Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Assalamulaikum cik,……………cepat turun,dah sampai dah". Aku kaget bila namaku dipanggil oleh seseorang,namun begitu diriku yang masih mamai sekadar memandang lelaki itu dengan seribu pertanyaan Aku mengaru-garu kepalaku yang tak gatal. "Cepatlah…………dah lewat ni,abang Cuma ada satu jam setengah je. Pukul lapan nanti abang masuk kerja". Aku membiarkan abang Zaky membebel seorang diri. Ku perhatikan emak dan abah telah tiada di dalam MPV Estima Kak May May,begitu juga dengan Imam Basri dan Mak Eton."Kak May May mana?". Abang Zaky terseyum mendengar pertanyaanku. "Dia ke butik,katanya klien menunggu dia sejak jam 5 petang lagi. Tu yang abang pandu MPV dia. Tadi masa kita sampai rumah,Amani tidur nyenyak. Tak tergamak rasanya nak mengejutkan puteri kesayangan abang. Lepas hantar orang tua kita,abang hantar pula kak May May ke butiknya. Orang terakhir………Amani le"
"Abang……….terima kasih banyak-banyak sebab memahami keadaan Amani saat ini. Tak terbalas rasanya segala budi baik abang selama ini.Kalau abang tiada…………tak tahulah macam mana Amani nak teruskan hidup ini". Abang Zaky berterusan memandangku sambil tersenyum. "Senang aja nak balas jasa abang……….".Aku terpegun mendengar jawapan abang Zaky yang kedengaran agak pelik."Apa dia….?" "Tepuk dada,tanyalah diri sendiri !!!, Eh…..abang balik dulu ya,sekarang pun dah dekat pukul 7 malam. Pukul 8 malam nanti dah kena ada di hospital. Ni pun ntah sempat mandi entahkan tidak,selamat tinggal buah hati abang. I love you". Aku tersenyum mendengar ucapan terakhir abang Zaky. Aku memandang MPV Estima Kak May meninggalkan perkarangan rumah kami ketika senja mula berlabuh.
Selepas solat isyak,aku rebahkan badan di atas katil pemberian abah lewat musim lalu. Dapat kurasakan,seluruh urat sarafku bagaikan mahu tertanggal. Alangkah damainya hati ini seandainya saat ini aku dikelilingi orang tersayang,namun apakan daya hajatku sering kali hampa bila kebahagiaan mula melemparkan senyumannya. Aku mengurut-urut dadaku. Ada rasa sebak yang masih bersarang. Terasa diri ini begitu sunyi. Ku lihat bulan dan bintang yang berkerdipan menghias dada malam seolah-olah mentertawakan diri ini. Sebak ku mula bertandang dan tanpa diundang air mataku tumpah sendiri. "Abang Zaky…………alangkah indahnya jika saat ini abang ada disisi Amani menghibur hati yang semakin lara. ". Aku cuba membayangkan keletah nakal abang Zaky agar kesunyiaanku terubat,apakan daya memori bersama Amirul gagal ku hapus walau untuk sesaat. "Amirul…………Amani derita,Amani rindu……………….."
Ku capai senaskah Al-Quran. Ku buka Surah Maryam. Terasa damai saat ku alunkan bacaan Al-Quran. Rasa sebak mula berlalu. "Abang Zaky……..Amani perlu kuat kan !!!!,Amani tahu…….abang akan sentiasa bersama Amani menempuh hari-hari mendatang". Entah mengapa saat ini aku amat memerlukan abang Zaky. Telatah lucunya sudah pasti akan membuatkan aku tertawa gembira.
Telefon bimbitku berbunyi dengan begitu kuat sekali. Alunan lagu "Cahaya Hati"nyanyian Aqasah membuatkan lamunanku berhenti. "Assalamulaikum…………….buah hati abang dah makan ke belum?". Aku kaget bila mendengar suara abang Zaky dihujung talian. "Eh……….abang tak kerja ke !!!" "Cik adik sayang,tak tengok ke jam pukul berapa?. Kan sekarang dah pukul 2 pagi,abang breek kejap. Alangkan mesen pun boleh jem,inikan abang. Boring pulak melanguk tak tentu arah. Buat penatkan mata je. Telefon Amani lagi best. Terubat sikit rindu abang pada gadis pujaan. ". Aku tersenyum mendengar penjelasan abang Zaky yang disulami tawanya yang memikat hati "Abang ni macam tahu-tahu je Amani teringatkan abang." "Apa Aman cakap tadi,cuba ulang semula………." "Amani kata abang tu miang,gatal,birah…………"Abang Zaky diam membisu. Aku tahu saat ini pasti dia sedang tersenyum puas. "Abang……….Amani sunyilah,hidup terasa kosong. Kalau abang tak ada,tak tahulah macam mana Amani nak teruskan perjalanan hidup yang semakin mencabar." Aku dan abang Zaky diam seketika.
"Amani esok free tak" "Free,kenapa" "Kalau free abang nak ajak Amani pergi ke majlis perkahwinan kawan abang Kat Jasin. Lama betul abang tak jumpa dia. Sudi ya……………".Rayuan abang Zaky membuatkan aku gagal menolak tawarannya. Lelaki itu terlalu baik kepada ku. Selama ini,dialah yang sering meniup kata-kata semangat saat kegagalan mengetuk pintu kejayaan. Adalah tidak wajar aku menolak undangannya setelah terlalu banyak budi yang ditaburkan untuk ku. Budinya yang melangit tinggi,belum pasti mampu ku bayar walau mata tertutup rapat.
"Nanti Amani tanya abah. Kalau abah bagi,ada le peluang abang nak berpasangan dengan Amani kan!!!!" .Abang Zaky tertawa kecil. "Pandai gak buah hati abang buat lawak ya,Esok abang akan hantar baju yang abang tempah kat butik Kak May May. Harap sudilah memakai baju yang mungkin tak cantik di mata Amani. Tapi kata Kak May May,Amani suka warna tu!!!". Aku tersenyum kembali. Ternyata dia tidak mahu menyusahkan aku. "Amani………dah ya,tinggal 2 minit lagi. Abang nak sambung kerja balik. Assalamulaikum puteri Aisyah Amani. I love you". Belum sempat aku memperkatakan sesuatu,abang Zaky cepat-cepat mematikan telefon bimbitnya,namun begitu panggilan abang Zaky sebentar tadi sedikit sebanyak berjaya menampal kesedihannya.
Aku cuba melelapkan mata,namun kata-kata abang Zaky yang kelihatan amat berbeza kini membuatkan aku berfikir berkali-kali. Mungkin sudah masanya Tuhan mengutuskan seorang lelaki semulia Zaki@Zaky@Zakry Zakwan untuk menyiram benih cinta yang mula layu. Aku tidak pasti,adakah aku telah bersedia menerima lelaki lain sebagai pengganti Amirul biarpun semua orang tahu antara aku dan Amirul sudah tiada jodoh lagi. Aku semakin keliru dengan semua ini. Kubur Amirul masih merah lagi. Ya……biar kenangan cinta telah menguncup,namun bekasnya masih melekat di dinding-dinding memori.
Aku memusing-musingkan tubuhku di atas katil. Entah mengapa aku gagal untuk melelapkan mataku biar cuma seketika. Aku semakin keliru dengan diri sendiri. Di kiriku memori bersama Amirul masih berbekas walau ia sekadar suam-suam kuku. Di kanan ku pula senyuman dan gurau senda abang Zaky yang mencuit hati kewanitaanku mula bertapak kuku. Ternyata aku gagal membuat keputusan saat aku berada di persimpangan . Haruskah aku menyambut cinta abang Zaky ?. Fikiranku mati seketika. Ibarat kata perpatah"ditelan mati emak,diluah mati bapak". Sanggupkah aku membuang kenangan demi memperjudikan perjalanan cinta yang belum pasti menguntungkan diriku sendiri.
Akhirnya………..mataku terpejam jua. Saat Azan subuh berkemundang,aku terus bangkit menunaikan solat. Bagiku……….soal solat sudah menjadi keutamaan,seteruk dan sesakit mana diri ini,kewajipan sebagai hamba mesti dilangsaikan terlebih dahulu. Sesudah subuh,aku kemas bilikku. Aku perlu kuatkan diri sendiri,membenam memori bersama Amirul jauh ke dasar kenangan. "Amirul……………..doakan kebahagiaan Amani,kenangan bersamamu akan ku simpan kemas dalam kotak kehidupan cinta kita yang tidak akan Amani buka sampai bila-bila. Titik dan mukhtamat keputusan Amani kali ini Amirul."
Tanpa membuang masa,aku terus ke dapur untuk membuat sarapan. Ku lihat emak sedang sibuk menjerang air. Abah pula sedang sibuk menyiapkan cangkulnya untuk di bawa ke bendang. Ternyata rutin abah tidak pernah berubah sejak dulu lagi. Pantang cuti sekolah bermula,pagi petang bertamu di bendang. Mungkin untuk membuang rasa hati yang bernanah jauh dari hidupnya. Kematian abang Jasmee,kegagalan pernikahanku dulu masih mekar subur diminda abah. Sewajarnya ………….abah berkelana lama di bendang. Aku pasrah.
"Assalamulaikum mak". Emak memandangku dengan pandangan yang amat berlainan. "Apa mimpi anak mak ni,gembira semacam je". Aku memandang emak dengan senyuman yang amat manis. "Ni tentu ada apa-apa. Kalau tak ……tak kan terkesing-kesing macam kerang busuk". Aku memeluk tubuh tua emak. Lama benar aku tidak memperlakukan emak seperti itu. "Mak………..abang Zaky………..". "Kenapa dengan abang Zaky. Dia nak pinang anak emak ke !!! Kalau Zaky tu yang Amani pilih,emak dan abah akan restu. Sudah masanya Amani teruskan hidup dengan lebih sempurna lagi.". Kata-kata emak yang serkap jarang membuatkan aku gagal menahan tawa."Apa ke hal dua beranak ni,pagi-pagi buta dah mengilai macam pontianak". Suara abang tiba-tiba kedengaran di balik pintu. Emak memandang wajah abah. "Awak ni…………..kalau tak curi dengar tak boleh ke!!! Tak sudah-sudah nak jadi telinga kuali. Ni hal orang perempuan le" . Abah tersenyum mendengar kata-kata emak. Sudah lama benar keceriaan itu hilang dalam kamus hidup kami. Sikap abah dan emak tidak ubah seperti anjing dan kucing.
"Ni hah…………ada orang nak pinang anak awak,orang dekat je". Mulut abah terlopong besar. "Tak kan cepat sangat,Amani dah fikir masak-masak ke!!!. Abah tak nak Amani merana lagi. Cukuplah sekali Amani menerima dugaan yang begitu hebat sekali. Tak tergamak rasanya nak tengok Amani tersiksa lagi". Ku peluk tubuh abah. Luhur benar hati seorang lelaki bernama abah. Tawaku semakin besar. Emak dan abah berpandangan sesama sendiri.
"Mak……………….apalah yang mengarut pagi-pagi ni. Tak sudah-sudah serkap jarang. Amani belum habis cakap,mak dah potong kata-kata Amani". Ada kerut diwajah emak. Ku tutup mulutku. "Mak……………abang Zaky, nak ajak Amani gi Jasin. Kawannya nikah hari ini. Emak dan abah izinkan tak?". Abah memandang muka emak. "Tulah mak engkau ni Amani…….suka sangat menyampuk cakap orang. Sudahnya malu sendiri.". Emak memandang abah dengan perasaan yang geram. Emak cepat-cepat menghalakan tangannya di perut abah. "Ah…………sedap betul cubitan awak. Lama betul awak tak buat macam tu. Terkenang pulak masa muda-muda dulu.". Muncung emak panjang sedepa. Aku bahagia melihat gurau senda mula berputik di dalam rumah kami."Abah,mak………….boleh tak Amani temankan abang Zaky?" Emak dan abang mengangguk serentak. Ada senyuman manis terukir diwajah mereka dan hatiku mula berbunga riang.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
SALAM..CPT2 SMBG CITE NI..SUKA SGT..
SBB..SY PNH MGALAMI KJADIAN CAMNI..SO SWEET KALO AMANI NGAN ZAKY..