BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Oktober 29, 2009
Novel : Pergilah Air Mata 48
Nama Pena : Hanni Ramsul

Langkah Sabrina terhenti apabila dua pasang mata menikam wajahnya. Sedikit pelik. Dia mengukir senyum. Terfikir apa yang tidak kena padanya.
"Anything wrong?,"soalnya lambat-lambat.
Datuk Hamidi menunduk. Mencapai cawan kopinya.
"Bad, mana?,"Datin Hamidah membuka bicara.
Sabrina diam. Badrul? Tiada di meja, pastilah masih di biliknya.
"Kat bilik kot,"tekanya perlahan.
"Dia tak kerja ke hari ni? Cuba pergi kejutkan…,"
Mendengar arahan Datin Hamidah lututnya terasa kendur tiba-tiba.
"Saya?,"
"Yalah. Takkan nak suruh si Milah tu yang kejutkan. Cepat sikit. Kalau kerja, mesti dia bising-bising nanti. Sekarang dah pukul berapa ni..,,"
"Hmmm…yalah,"Sabrina membalas perlahan sambil berundur. Melangkah semula meniti anak tangga. Laju menuju ke bilik Badrul. Dia sendiri hampir terlupa Badrul masih di sini. Hampir terlupa Badrul tidur di sini malam tadi. Tercegat di hadapan bilik Badrul, dia termenung seketika. Cuba mengamati sebarang bunyi dari dalam. Sepi.
"Bad… Bad…,"
Sepi. Pintu diketuk perlahan sambil sekali lagi suaranya memanggil lembut. Juga tidak berjawab. Pintu bilik ditolak perlahan. Terkuak sedikit. Melihat Badrul masih terbaring lena di katil, membuat dia sedikit resah. Perlahan menggaru kepala yang tidak gatal. Dengan langkah yang berat, dia melangkah masuk. Kali kedua dia masuk ke bilik itu sejak bilik itu didiami Badrul dan Dayana. Ruang luas itu terasa dingin dengan penghawa dingin yang terpasang. Badrul lena di sebalik selimut tebal. Dia menarik nafas panjang.
"Bad…bangunlah. Dah pukul berapa ni? Awak tak kerja ke?,"
Badrul langsung tidak bergerak. Barangkali langsung tidak mendengar kata-katanya.
"Bad… bangun. Bad…,"suara ditinggikan sedikit sambil tubuh Badrul yang berselimut digerakkan perlahan. Badrul mula bergerak kemudian menyambung tidur.
"Bad… bangun…,"
"Hurm….mengantuklah sayang. Janganlah kacau I. Kejap lagi I bangun ,"perlahan suara Badrul menggumam dalam lena.
Sabrina ternganga. Pasti Badrul sangka Dayana bersamanya saat ini.
"Bad… bangunlah. Awak kerja ke tak ni?,"
"Hurm….,"
"Bangunlah…,"sekali lagi tangannya menggoncang lembut tubuh itu.
"Ermmm…. Come here. Sejuklah sayang…,"
"Ha?,"bulat mata Sabrina. Cepat-cepat dia mahu bangkit dari birai katil, tetapi, tangan Badrul lebih pantas menarik lengannya. Membuat dia terjatuh ke dalam pelukan Badrul.
"Bad! Bangunlah! Ini sayalah!,"jeritnya kuat sambil meronta minta dilepaskan. Jeritan yang memaksa Badrul membuka mata. Terjumpa wajah kelat Sabrina yang terkunci di dalam pelukannya.
"Apa kau buat kat sini?,"
"Lepaslah!,"
Seakan baru menyedari apa yang berlaku, pelukannya segera dilonggarkan. Sabrina pula, segera bergerak menjauh. Menyentuh pipinya yang terasa panas membara. Badrul bangkit dari baringnya. Dia berada di biliknya. Di rumah bapanya. Dan, tiada Dayana di sini. Cuma wajah Sabrina yang masam mencuka. Matanya dikejipkan berkali-kali.
"Apa kau buat kat sini pagi-pagi buta?,"
"Mama awak tanya, awak tak kerja ke hari ni?,"
"Kerja?,"
"Yalah. Kerja,"
Dalam mamai Badrul mula memproses mindanya. Semalam dia ke sini. Dan, hari ini, hari isnin. Dia sepatutnya bersiap ke pejabat.
"Kerja! Pukul berapa sekarang?,"
"Dekat pukul lapan,"
"Oh my god! Aku dah lewat. Kenapa tak kejutkan aku? Aku ada meeting pukul 9.30, kau tahu tak? Aku dah lewat!,"
Sabrina terkebil-kebil. Perlahan bergerak ke pintu sebelum Badrul mengamuk.
"Kau nak ke mana?,"
"Keluar. Tak nak ganggu awak bersiap,"balasnya sambil merapikan ikatan rambutnya yang sedikit terurai akibat bergelut untuk melepaskan diri dari Badrul sebentar tadi.
"Siapkan pakaian aku. Aku dah lambat,"
Belum sempat membuka mulut, Badrul sudah hilang ke dalam bilik air. Bermakna dia harus akur pada permintaan Badrul. Kaki dihayun ke arah almari. Membelek pakaian yang tidak banyak pilihan yang terdapat di situ. Cuma ada satu kemeja dan satu seluar slack. Segera dicapai dan berlalu meninggalkan Badrul. Ingin mencari seterika di bilik Jamilah.
Sebaik pintu bilik air terbuka, matanya liar mencari pakaian. Tiada. Bayang Sabrina juga tiada. Dia merengus perlahan. Geram. Matanya merenung jam di dinding. Pukul lapan lebih.
"Kamu tak kerja ke Bad?,"
Badrul tersentap. Menoleh ke pintu. Datin Hamidah tercegat sambil memeluk tubuh.
"Kerja. Dah lewat pun. Saya kena conduct meeting pagi ni,"
"Abah pesan.. dia akan take over. Kamu masuklah lambat sikit,"
"Hah?,"
"Masuklah lewat sikit,"
Badrul mengeluh lega. Apabila bapanya bersedia menawarkan diri, sekurang-kurangnya dia tidak perlu hadir di saat semua orang sedang menunggu. Dia tidak suka ditunggu.
"Bad… baju awak…,"
Suara Sabrina menarik perhatiannya. Dia mengangkat muka. Sabrina tercegat di sebelah ibunya.
"Tak pun… kamu terus ambil cuti pun tak apa. Bukan selalu kamu cuti. Kan?,"sambung Datin Hamidah sambil berlalu meninggallkan Sabrina yang terpinga-pinga tidak tahu apa yang sedang dibualkan.
"Ingat kau dah lesap,"Badrul bersuara sebaik Datin Hamidah hilang dari pandangan.
"Saya pergi iron bajulah,"
"Bawalah ke sini,"arahan itu meniti di bibir Badrul sambil tangan keringkan rambut dengan tuala kecil. Dalam enggan, Sabrina melangkah masuk. Meletakkan baju dan seluar yang sudah siap bergosok di atas katil.
"Saya keluar dulu,"
"Kemaskan katil tu sekali,"
Sabrina menjeling. Badrul sudah mengada-ngada. Dan mengada-ngada Badrul dibawa sehingga ke dapur.
"Aku nak makan Maggie goreng. Macam kau buat dulu,"
Dan, dengan perasaan terbuku, pagi-pagi buta dia masuk ke dapur sediakan Maggie goreng sambil diperhatikan Badrul. Bukan setakat memerhati tetapi, cukup dengan komen sana dan sini. Potong sayur besar sangat. Potong cili tak cukup nipis. Sudahnya, mulut itu diam apabila disuap sebiji cili segar yang belum dipotong. Terus mematung di meja.
"Nah. Dah siap,"
"Milo shake?,"
"Yalah…,"
"Hmm….,"
"Milo lebih, kurang manis. Guna susu tak mahu gula. And campur serbuk koko. Jangan banyak sangat. Takut pahit. Kan? And, of course I’ll shake it,"sampuk Sabrina bersama satu jelingan. Badrul tersenyum manis.
"Pandai…,"
Sabrina mencebik dalam diam sambil mencapai balang berisi milo.
"Tadi awak cakap dah lewat. Tapi, boleh pula order sarapan mengalahkan order kat kedai mamak…,"
"Tadi memang lambat. Sekarang tak. Abah take over meeting tu. And… telur dadar satu ya,"
Sabrina menoleh. Sudah sedikit geram.
"Tu…,"panjang muncungnya menunjukkan telur dadar di dalam piring. Telur dadar yang disediakan Jamilah untuk sarapan.
"Dah sejuk…,"balas Badrul tersengih. Sabrina menjeling lagi. Dia suka jelingan itu. Dan terus sabar menunggu milo shake nya. Juga telur dadarnya.

****
Darius tersenyum kecil. Topi keselamatannya ditanggalkan. Bersandar pada Honda CRV hitam miliknya sambil matanya terus memerhati tingkah Badrul.
"Kau senyum kenapa?,"
"Senyum tengok kau,"balas Darius selamba. Badrul menggaru kepala.
"Ada yang pelik ke?,"
"Pasal peliklah, aku senyum,"
Badrul menarik muka. Menanggalkan topi keselamatan.
"Jomlah,"
"Happy semacam aku tengok. Kenapa ni? Dahlah tiba-tiba meeting tukar chairman pagi tadi. Masuk office pun lambat. Dah masuk office, sehari suntuk aku tengok muka kau bukan main ceria,"
"Mengarutlah. Aku macam biasa saja,"
"Kau luar biasa hari ni…,"
Badrul memandang wajah Darius. Diam, tidak menjawab. Cuma tangannya laju membuka pintu kereta.
"Jomlah,"
"Ke mana?,"
"Baliklah. Dah dekat 4.30 ni,"
"Amboi. Tak sabar-sabar nak balik,"
Badrul sudah diam di tempat duduk hadapan. Terfikir-fikir begitu ketarakah keriangan yang terpamer di wajahnya? Dan, terfikir, kerana Sabrinakah keriangan ini menjelma? Sebaik membuka mata, Sabrina berada di dalam pelukannya, memberi satu getaran halus di jiwanya. Sungguh dia tidak sedar bila dia menarik gadis itu ke pelukannya. Namun, dia tidak kesal dengan apa yang berlaku itu. Dan, rentetan seterusnya membuat dia seakan-akan menikmati satu kehidupan yang baru. Kehidupan yang membahagiakan. Dia suka apabila Sabrina menyediakan pakaian kerjanya. Dia senang melihat Sabrina mengemas katilnya, walaupun dengan mulut yang sedikit memuncung. Dia gembira melihat Sabrina sibuk menyediakan sarapannya. Dan, teramat senang apabila Sabrina mengingati satu persatu makanan dan minuman kegemarannya. Sekuntum senyum spontan terukir sebaik teringatkan mulutnya yang disumbat cili segar. Satu tindakan Sabrina yang betul-betul di luar jangkaannya. Mulutnya yang sengaja menegur itu dan ini, terus terdiam selepas itu.
"Dah… senyum seorang pulak… Kau kenapa Bad? Macam angau saja,"
Badrul menoleh. Darius sudah pun berada di sebelahnya.
"Tak ada apa-apalah,"
"Yana pregnant ke?,"
Badrul tergelak kecil.
"Kau ingat dia nak pregnant awal-awal?,"
"Dah tu, Sabrina?,"soal Darius tersenyum nakal. Badrul menjeling sekilas. Darius tergelak kecil.
"So, macam mana? Berkesan ke cara kau? Dah boleh lupakan Sabrina tu?,"
"Pagi tadi, aku dari rumah mama aku…,"Badrul bersuara tanpa mengacuhkan soalan Darius.
"Oh… aku agak muka ceria kau ni, ada kena- mengena dengan Sabrina kot. Am I right?,"
Badrul diam seketika. Kemudian berpaling mencari wajah Darius.
"Bila aku tengok cara dia layan aku pagi tadi, I wish Dayana pun boleh buat macam tu kat aku,"
Darius menggosok dagu sambil membuat muka.
"Layan macam mana?,"soalnya bersama sekuntum senyum penuh makna.
"Sediakan pakaian kerja aku. Sarapan aku. Temankan aku sarapan…,"
Darius tergelak.
"Layanan itu ke? Selama hari ni, dia tak pernah layan kau macam tu ke? And, kat rumah baru ni, siapa yang layan kau? Mestilah dia, kan?,"
Badrul tersenyum nipis. Dayana mahu lakukan itu semua? Dia tidak pernah meminta, namun, dia seakan yakin, Dayana akan menolak.
"Dayana? Kau tahu tak, Yana suruh maid parent dia datang pagi-pagi, kemas rumah. Pendek kata siapkan semuanyalah. Tengahari balik semula ke rumah parent dia. Kasihan maid tu. Terkejar-kejar ,"
"Tegaslah sikit Bad. Takkan setakat kau seorang pun dia tak boleh nak jaga. Sepatutnya dah tinggal berdua macam ni, dia mestilah lebih beri perhatian pada kau,"
"Nak bertegas macam mana? Kau bukan tak tahu perangai Yana. Kau ingat kepala angin dia tu, boleh dilawan ke?,"
"Kepala angin ke. Kepala ribut ke. Kau suami, dia isteri. Cakap siapa yang lebih penting? Aku rasa itu, kau sendiri pun tahu kan? Cuma…Yang aku pelik, satu saja,"
"Apa pula yang peliknya?,"
"Yalah… dengan Sabrina bukan main lagi kau marah. Suruh itu ini. Tapi, dengan Dayana kenapa kau menikus?,"
Badrul diam. Sesekali turut pelik dengan sikapnya sendiri.
"Hmm… dahlah. Tak payah cakap lagi pasal ni. Aku nak balik. Cepat sikit,"
Darius tersenyum.
"Balik ke mana? Kat Dayana ke kat Sabrina?,"
"Cepatlah! Jangan buang masa,"Badrul sedikit membentak, membuat tawa pecah di bibir Darius.
"So, kau dah decide, bila kau nak lepaskan Sabrina?,"Darius terus mengajukan soalan. Diam di tempat duduknya menanti jawapan Badrul. Arahan Badrul dibiarkan sepi.
"Belum…,"
"Fikir masak-masak kawan. Then, jangan terus buat tindakan macam ni. Tindakan kau tak bijak. Kau abaikan tanggungjawab yang sepatutnya kau galas. Kalau kau betul-betul tak mahu dia, lepaskan dia dengan cara baik. Kalau kau tak mahu lepaskan, layan dia selayaknya. Jangan buat macam ni,"
"Tengoklah nanti…,"
"Tengoklah nanti. Itulah jawapan kau. Dah dekat setahun kau kahwin dengan dia kan? Berapa lama lagi, kau nak buat dia macam tu?,"
"Dia tak kisah, Dar…,"
"Dari mana kau tahu?,"
"Dia yang cakap sendiri,"
Darius tergelak sinis.
"Bad…Bad… dalam pandai, kau ni bodoh juga. Takkanlah si Sabrina tu nak mengaku. Kalau pun, dia kisah, dia tetap akan cakap tak kisah. Takkan dia nak kau rasa macam dia desperate sangat nakkan kau…,"
Badrul terdiam. Sekaligus teringatkan tingkah Sabrina yang sering berubah-ubah. Kadang-kadang mesra, kadang-kadang dingin. Kadang-kadang takut-takut, kadang-kadang beraninya melampau-lampau. Mungkinkah apa yang meniti di bibir gadis itu tidak seperti apa yang bermain di hatinya? Sekilas dia memandang yang Darius yang tersengih sambil menggeleng-geleng kepala.
"Tolonglah! Jalan je lah…,"sudahnya cuma itu yang meniti di bibirnya.
"Ya lah…ya lah. Tak nak dengar nasihat, cakap je lah,"
Badrul diam. Malas mahu menjawab lagi.

****
posted by Penulisan2u @ 5:20 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
59 Comments:
  • At 29/10/09 8:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sangat best...x sabar nk tau kisah selanjutnya...
    biler nk dibukukan?

     

  • At 29/10/09 8:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cerita semakin hangat... tak sabar nak tunggu episode seterusnyer.......-silkysimple06-

     

  • At 29/10/09 9:04 PG, Blogger Penulisan2u said…

    pada januari 2010. akan berada di pasaran

     

  • At 29/10/09 10:45 PG, Anonymous nad said…

    adoi lmbt nye kene tgu january, thn depan dh x saba nk tau....kene tgu dlm 2 bln lg.....cepat la........

     

  • At 29/10/09 12:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adoii lmbt nyerr nk kuar nvel ni..npe thun dpn psar je la tahun ni...eeee..xsabo nyerrrr la
    bad tu sebenor nyerr dh suke kat sabina tuh tp ego je lebih dia tuh..fuhh..laki2 mmg cam tu kn2..hehe..(^-^)v-chuby2-

     

  • At 29/10/09 12:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aduh lambat ye nak dipasarkan
    kena tunggu lg
    harap tajuk di kekalkan
    senang nak cari nanti

     

  • At 29/10/09 2:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ssgt...!!

     

  • At 29/10/09 2:41 PTG, Anonymous Nurisma said…

    ...woww lambatnya...hmmm cepatlah sikit,rasa tak sabar nak beli nih!!!

     

  • At 29/10/09 6:08 PTG, Anonymous yunix77 said…

    tak sabar tunggu novel ni keluar
    rasa cam nak jer tukar date kat PC jadi Januari 2010
    aci tak? hehehe

    errr...hanni dah siapkan manuskrip ni ke?

     

  • At 29/10/09 6:27 PTG, Anonymous hanni ramsul said…

    Salam semua...
    yunix77...manuskrip sudah dihantar. Dlm proses. InsyaALLAH dalam dua bulan lebih lagi, akan berada di pasaran, kalau tak ada aral la.
    Sejunjung ucapan terima kasih kepada pembaca yang terus menyokong dan memberi komen membina. harap terus dapat sokongan daripada pembaca semua. :)
    Peace... hehehe ( Cam Trio hantu lawak lak...)

    salam manis,
    hanni

     

  • At 29/10/09 8:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kak hanni cpt la upload lg
    xsbr nk bc kesudhan citer nie...
    best sgt...
    congratulation....

     

  • At 29/10/09 11:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kak hani cptla sambung cita...
    novel bila nk kuar

     

  • At 30/10/09 3:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kak hanni,
    rasa tak puas baca tapi.. karya kak hanni mmg best.
    by the way, karya kak hanni - ku seru rindu itu, bila nak sambung?

    liliniaadam

     

  • At 1/11/09 8:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehe suke citer ni...tp kn writer, plz....jgn la bgi ikmal dgn maria akhirnya....sbb org sejahat maria tu x layak untuk lelaki sebaik ikmal...untuk ikmal create ar watak lain ke hape ke...x kisah janji bkn ngan maria...k..betul2 mgharap nih....sbb citer ni da best... x nk mghilangkn best tu nnt kalo last2 ikmal ngan maria...huhu x nk................

     

  • At 5/11/09 10:56 PG, Anonymous shima said…

    best sgt2...cptla sambung lagi..

     

  • At 9/11/09 11:05 PTG, Anonymous UMMIHURAIRAH said…

    i suke sgt2 cite ni...lagi2 writer nih..cpt la terbitkan n ovel nih...jgn lupe post ke tawau cepat2,,...

     

  • At 23/11/09 4:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kenapa lambat cerita nak keluar...tak sabar nak tau cerita selanjutnya.... hari2 saya tuggu nak tau cerita nya

     

  • At 1/12/09 2:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alama....apa sdanya crita ni...ceptla smbg..apa jdi ngan sbrina...akn ada lg ke smbgnnya kt sni....ceptla crita lg...bessst..ehe...bagus...

     

  • At 2/12/09 3:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suka suka suka citanya .nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak sabar nak tahu selanjutnya.................
    besssst gila citanya...... siap saya buat cita sendiri.............hahahaha\......jangan marah yeeeeeeeeeeeee

     

  • At 2/12/09 6:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tolong ye..cepat laa smbung cite ne..best sgt2..smbung cepat ek..xsbar nk thu cte sterusnye..jan bwt bdrul craikan sbrina ye..cian sbrina,n tmbahkn lg adegan msra sbrina dan bdrul ye..hehe,best le

     

  • At 5/12/09 2:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dear kak hani,
    firstly saye jumpa blog akhir tahun lepas, and novel ni novel pertama yang saya baca kat blog ni tp saye bace je.. x bg komen pun....saya tertarik dgn novel ni coz x rmai penulis yang sanggup ambik risiko untuk buat watak2 baik macam kak hani buat.yelah si badrul syg kat dyana x mungkin dye ceraikan n dlm mase yg same dye mulai syg kat sabrina plak....ikmal dengan maria ade cerita dye.lastly mmg syok habissss... teringin sgt tahu..ape kate upload terus semua yg kak hani tulis..
    ....sky95@mmps....

     

  • At 8/12/09 9:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat la kak hani upload cter ni...
    dh x sbr la nk thu cter seterusnye...

     

  • At 11/12/09 11:56 PTG, Blogger ummi said…

    harap2 sabrina je yg hidup ngn badrul..bia badrul ceraikannn isteri keduanya 2...saya sgt2 harapkan endingnye mcm 2..

     

  • At 12/12/09 2:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    kak hani dah lama sy bc siri 48 ni..
    xde smbungan ker?
    ke dh kuar novel...klu dh kuar nvel nya sy nk g bli...hehehe

     

  • At 7/1/10 10:45 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bila nak kuar sambunganye ni...
    pesal lambat sangat kak hanni??
    nak dapat novel punya la susah.
    pembelian on line pun dah tutup.
    kate lagi nak dapatkan sambungan citer ni kalau bukan kat cni.nak daptka novel susah.xde di kedai-kedai buku berhampiran di kelantan ni...
    pleaseeeeeee...
    tlglah sambung balik ye kak hanni citer "pergilah air mata" kat cni yer..
    pleaseeee....

     

  • At 6/2/10 2:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhu..tlg lah smbungkan novel ni..
    kcian laa kami yg duduk jauh ni..hanya dapat bc novel sekerat jalan..plsss...tlg lah upload lg cite ni..

     

  • At 9/2/10 1:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    maner nie... tgu dah lame....

     

  • At 10/2/10 10:56 PTG, Anonymous wardah89 said…

    novel ni da kluar ka blom....?????
    sila respon secept mngkin ye....sya x sabr nak dptkn novel ni....huhuhu...
    seksa prasaan x dpt bca hbis novel ni.....

     

  • At 12/2/10 3:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyerrr,,,,
    bile nk smbg...
    xsbar nie

     

  • At 14/2/10 8:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    novel ni dah kuar dah

     

  • At 15/2/10 12:26 PG, Anonymous linda leo said…

    kak ani best la cetir ni...... menunjukan pergorbanan wanita yang setia kepada suami,,,cepat la sambung, rasa x sabar nak tahu kesudahannya. mesti best kan...

     

  • At 6/3/10 7:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    leh xsmbung novel nie,,,plezzzz,,,cdap sngt cter nie,,,cari punye cri novel nie da abiz,,,,plezz smbung,,,,pppleeeeeeeeeeeeezzzzzzzzzzzzzz

     

  • At 31/3/10 10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie mmg best tp asenye cra penulisan 2 kna perbaiki lg...

     

  • At 12/4/10 5:04 PTG, Anonymous dahlia said…

    jln cerita yang biasa tetapi olahannya yang baik membuatkan novel ini menarik untuk dibaca. tetapi saya tiada gambaran yang jelas tentang keadaan sebenar situasi yang diceritakan dan rupa paras serta sikap sebenar watak yang diceritakan. apa-apapun, novel nie memang menghiburkan. good luck.

     

  • At 29/5/10 3:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best

     

  • At 8/6/10 8:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2 belaka novel kak hanni..
    cpt2lah smbung....

     

  • At 8/6/10 8:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ya allah sdp giler novel kak hanni..
    biarlah ym berbicara pun sdp...
    cayalah kak hanni..
    n cpt2lah smbung novel nie..
    plezzzzzzzzzz kak hanni...............

     

  • At 11/6/10 3:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bestnya kak hanni thanks for making my life so happy just because of this novel.

    Kak Hanni tolon pesan kat badrul jagan tipu perasaan sendiri and buat orang lain terseksa.I do not like Badrul

     

  • At 18/6/10 5:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    novel yg sgt best...tlng upload trbaru plez....:)

     

  • At 2/7/10 5:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aduhhh....
    cepat laaahhhh..xsabo2 dah ni...
    hehehe

     

  • At 13/7/10 4:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nape lmbt sgt kuar sambongan die????
    smp bab bape nih????

     

  • At 22/7/10 10:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    la gantunglah lau cam ni bila nak sambung...cerita panjang sangat

     

  • At 25/7/10 6:38 PTG, Anonymous Hanni Ramsul said…

    Salam.
    Untuk pengetahuan teman2 yg follow cerita ni, Pergilah Airmata sudah pun berada di pasaran sejak Februari lepas. Sesiapa yang berminat boleh dapatkan di kedai2 buku berhampiran anda atau boleh order online terus daripada penerbit (Kaki Novel Enterprise)
    Kesempatan ini, saya mahu ucapkan terima kasih atas sokongan pembaca semua.

    Salam manis,

    Hanni Ramsul

     

  • At 4/11/10 8:36 PG, Blogger Adii NakHeran said…

    ehh,,, xd sambungan lagi ke??

     

  • At 8/11/10 2:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya cari novel ni tp x jumpe pn

     

  • At 13/11/10 12:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alaaa nak sambungan cte nie,,,best nye,,,dari awal smpai yang last nie tersangat best,,,semua perasaan wujud dlam novel nie,,,cpatlah smbung cte nie,,,:)

     

  • At 24/11/10 9:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cptla smbung cerita ni..xkan bg gantung2 jew...tak sabar nak bce cerita seterusn
    ya...

     

  • At 9/1/11 6:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nape takde sambungannya??

     

  • At 19/1/11 11:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xde lg ke smbgn novel ni...?dhlh crk kak kdai bukupun xde..aduh...frustnye...

     

  • At 29/1/11 1:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam kak hanni,
    bila nk sambung lg novel ni...
    saya suka sgt.
    cepat2 la upload...

     

  • At 15/3/11 11:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni dh dinovelkan..so leh cari kat kedai buku..

     

  • At 23/3/11 9:41 PTG, Anonymous Farisya Iman said…

    Salam kak hanni pe cite ngan novel nie,
    boleh x akak send sambungan cerita nie dkt laman nie..
    please..

     

  • At 9/7/11 4:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam.nk sambung ke x kat sini...cakapla, jgn biarkn org tertunggu-tunggu...terus terang je.

     

  • At 2/8/11 12:05 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alaaaaaaaaaaaaaaa
    trgntung lah cter nih,,,hmmmmm
    sambg lh dlm nih....mne best bce trgntung mcm nih..kak hani pleaseeeeeeeeeee!!!!!!!!!

     

  • At 12/8/11 7:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    novel ni da ade d pasaran ke???

     

  • At 3/1/12 11:07 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lama dah tunggu, x sambung lagi ker citer ni..apa jadi kisah dia org ni..ish..syg la kalau citer ni bergantung jer...

     

  • At 14/1/12 7:03 PTG, Blogger hairia said…

    Salam Kak hani,saya suka sangat novel baca smpai menangis saya ni dari sg ni sg ade ke novel ni sg?

     

  • At 30/1/12 2:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best laa....
    nape xsambong lagi??
    da ada kat pasaran ke??

     

  • At 10/3/12 10:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cpat ar smbung...
    nk tau ape ksudahn nye....
    citer ny mmg best
    DAeeeeeBAK..........

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group