BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 23, 2009
Novel : Pergilah Air Mata 47
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Ina?,"
Sabrina menoleh. Memandang wajah Jamilah yang tajam merenungnya.
"Kamu kenapa? Macam nampak hantu rupanya tu,"
Sabrina sekadar mengukir senyum. Menutup rasa debar yang masih belum hilang di dadanya. Rangkulan tangan Badrul di pinggangnya seakan masih terasa.
"Jumpa Encik Badrul?,"wanita itu bertanya lagi.
Kepalanya sekadar mengangguk sambil memandang donut pelbagai jenis yang terhidang di pinggan.
"Banyaknya. Mana Kak Milah dapat ni?,"
"Encik Badrul yang bawa. Kegemaran Datin semua ni. Ina nak?,"
Sabrina menggeleng.
"Saya tak suka sangat. Manis…,"
Jamilah tersenyum.
"Nak minum ke?,"Jamilah bertanya lagi. Dibalas dengan satu lagi gelengan.
"Dayana tak datang sekali ke, Kak Milah?,"Sabrina mula bersuara. Mula mahu merisik apabila menyedari Dayana tiada di ruangan itu. Juga tiada bersama Badrul tadi.
"Tak. Encik Badrul seorang saja, tadi…,"
Mendengar jawapan itu, Sabrina tidak lagi menyambung bicara. Cuma terselit sedikit rasa hairan apabila memikirkan hubungan antara Badrul dan Dayana. Seakan tidak harmoni. Sering membuat keputusan yang tidak sama. Jarang jumpa kata sepakat. Sudah lama dia perhatikan hal itu. Kata sama-sama cinta. Sama-sama sayang. Tetapi, seolah-olah tiada keserasian. Dalam rasa hairan, dia membawa langkah ke ruang tamu. Bertenggek ke sofa sambil mencapai majalah di meja. Ingin lari ke biliknya, hatinya meronta untuk terus menatap wajah Badrul. Dia yakin, dia pasti tidak akan dapat bertemu dengan lelaki ini seandainya dia berkurung di bilik. Badrul pasti tidak akan mengacuhkannya. Badrul pasti berlalu tanpa datang menemuninya. Menyedari niatnya yang sedikit jahat, dia mengeluh perlahan. Tiba-tiba rasa bersalah pada Dayana menyelinap di hati. Dia telah berjanji pada Dayana yang tidak akan ada apa-apa hubungan perasaan di antara dia dengan Badrul. Dan, saat ini dia tersandar di sofa dengan niat ingin menatap wajah Badrul. Tidak. Tidak seharusnya dia berperasaan begini. Tidak sepatutnya dia bertindak begini. Dia harus melawan perasaan yang baru muncul ini. Perlahan dia mengangkat punggung.
"Nak ke mana tu?,"
Sapaan itu membuat dia terjerit kecil. Terkejut mendengar suara itu, sedekat itu. Segera dia menoleh. Badrul tersandar di sofa. Rupa-rupanya Badrul sudah berada di sebelahnya.
"Macam mana awak boleh ada kat sini?,"
"Kau nak ke mana tu?,"
"Haa.. errr.. hurm…,"
"Apa haa..err.. hurm..? Nak lari ke?,"
"Tak,"
"Kalau tak… duduk…,"Badrul bersuara sambil menarik tangan Sabrina. Memaksa Sabrina menurut.
"Macam mana saya boleh tak sedar awak duduk kat sebelah saya?,"
Badrul tergelak kecil.
"Kau tanya aku? Manalah aku tahu. Entah apa yang kau angankan. Kalau perompak masuk rumah ni pun… kau takkan sedar. Tahu tak?,"
Sabrina diam. Badrul sudah mula membuat andaian melampaunya.
"Kau sihat?,"
Sabrina menoleh. Memandang Badrul yang santai bersandar ke sofa, di sebelahnya. Membuat debarnya datang semula. Renungan Badrul mengunci mulutnya buat seketika.
"Kenapa? Tak sihat? Rindu kat aku?,"
Spontan bibir Sabrina mencebik.
"Rindu ke?,"soal Badrul tersenyum nakal. Sabrina tersenyum sambil mengangguk. Anggukan yang menyingkir senyum nakal Badrul perlahan-lahan. Bagai tidak percaya, jawapan itu yang diberikan Sabrina. Soalannya sekadar untuk mengusik. Dan, dia cuma mahu melihat wajah Sabrina yang gelisah menahan marah dan malu. Itu sahaja. Dia tidak mengharapkan jawapan yang sebegitu positif daripada Sabrina.
"Betul?,"sedikit serius Badrul meminta kepastian. Sabrina tersengih sambil mengangguk lagi.
"Kau nak mainkan aku ke?,"
"Taklah,"balas Sabrina bersama senyum yang mekar di bibir.
"Kenapa lebar benar senyumnya tu?,"
Sabrina menyambung senyum tanpa menjawab soalan Badrul. Badrul pula, berdehem perlahan sambil bergerak hampir dengan Sabrina. Mengangkat kaki ke sofa sambil menghadap wajah gadis itu.
"Kau… rindu aku? Rindu yang macam mana tu?,"
Sabrina menutup majalah di tangan. Menatap wajah Badrul yang sedikit serius sambil tersenyum.
"Betul nak tahu?,"
Badrul diam. Tidak memberi jawapan. Cuma renungannya memberi isyarat dia memang mahukan jawapan.
"Hmm… rindu sebab tak ada orang nak marah-marah saya. Tak ada orang nak sindir-sindir saya. Nak takutkan saya, pun tak ada…,"balas Sabrina sambil tergelak.
"Bodoh!,"geram alunan suara Badrul sambil jari telunjuknya melekat ke dahi Sabrina. Sabrina tergelak besar sambil cuba mengelak, walaupun sebenarnya sudah terlambat.
"Dah agak kau memang nak kenakan aku,"
Sabrina terus tergelak. Melihat gelak itu, tanpa sedar, bibir Badrul turut mengukir senyum. Senang dengan apa yang dilihatnya. Dia sekadar memerhati Sabrina membuka semula majalah yang masih terpegang di tangannya bersama sisa-sisa senyum. Manis.
"Kau sihat?,"Badrul bertanya lagi.
Sabrina mengangguk.
"Okay tinggal di sini tanpa aku?,"
Sabrina mengangguk lagi.
"Baguslah kalau macam tu…,"
Sabrina tersenyum kecil. Melarikan semula pandangannya ke wajah Badrul. Dalam menolak,dia tidak mampu melawan hatinya. Dia mahu menatap wajah itu sepuas hati. Selepas ini, wajah itu tiada lagi. Kini, dalam keliru, dia biarkan perasaan membalut rasanya. Dia alpa untuk melawan rasa yang bertandang. Dia biarkan akalnya jauh terpinggir.
"What?,"
Sabrina terkedu sejenak.
"What? What, apa?,"soalnya sedikit hairan dengan soalan tiba-tiba dari bibir Badrul. Badrul tersenyum lebar.
"Kau tak rindukan marah aku kan? Kau tak rindukan sindiran aku kan? Kau rindu aku.. betul kan?,"
"Tak betul langsung…,"
"It’s okay. Deny it. Nafikan selagi boleh. Kau dah jatuh cinta kat aku kan?,"
Sabrina menelan liur. Celuparnya tekaannya Badrul. Tekaan yang mengubah keseluruhan warna wajahnya. Melihat perubahan itu, Badrul tergelak besar. Sabrina menahan geram. Terasa tercabar dengan gelak itu.
"Kalau betul saya dah jatuh cinta kat awak, kenapa?,"dalam geram, lantang suara Sabrina melontarkan soalan itu. Hampir-hampir dia menampar pipinya sendiri di atas kelantangannya itu. Kelantangan yang sungguh tidak disengajakan. Tetapi, melihat tawa Badrul terhenti tiba-tiba, dia mengeluh lega. Dan melihat wajah Badrul yang sedikit terpinga-pinga, dia yakin kata-katanya berjaya membuat Badrul pula menjadi kelu.
"Kenapa diam?,"soalnya sedikit berani.
"Berani kau sekarang ya? Kau nak aku lawan ke?,"Badrul bersuara dengan wajah yang sedikit tegas. Membangkitkan semula rasa bimbang Sabrina. Dan, sekaligus menyingkir keberaniannya yang tadi berkobar-kobar.
Perlahan Sabrina menggeleng. Tidak mahu bercanda soal perasaan lagi. Bimbang dia akan terperangkap di dalam perasaannya sendiri. Badrul turut membisu. Dia sendiri tidak mahu panjangkan topik itu. Topik tidak selamat selagi perasaannya bagai terawang di udara.
"So, macam mana rumah baru?,"Sabrina mula mengubah tajuk perbualan.
"Okay..,"
"Baguslah. Tapi, Datin betul-betul risaukan awak. Rindukan awak. Sejak awak pindah, dia murung. Tak banyak cakap. Selalu menyendiri,"
"Kau?,"
Sabrina mengerutkan kening. Sedikit geram apabila Badrul seakan berlucu dengan topik yang sedang dia bicarakan.
"Saya… masa awak ada pun memang suka termenung… menyendiri. Saya seriuslah awak. Janganlah main-main pula,"
Badrul mengeluh perlahan. Memandang wajah Sabrina. Betul, gadis itu serius. Sedikit pun tiada senyuman di bibir.
"Mula – mula mungkin susah dia nak terima kot. Maklumlah, mama memang tak pernah berpisah dengan aku. Tapi, InsyaALLAH, nanti, mama akan biasa,"
"Awak selalulah jenguk dia…,"
"Tahulah aku,"
Sabrina tersenyum kecil. Senang dengan jawapan yang sedikit positif daripada Badrul.
"And… thanks Sabrina…,"
Badrul tersenyum. Sekali lagi dahi Sabrina berkerut. Satu perlakuan spontan Sabrina yang baru dia sedar. Suka kerutkan kening. Dan, dia suka melihat kerutan itu. Kenapa mesti dia sukakan segalanya tentang gadis ini, kini?
"Thanks? For what?,"Sabrina bertanya hairan.
"Buat mama faham. Aku cakap benda yang sama dengan mama before aku pindah. Tapi, mama marah aku sampai aku keluar. And… bila kau cakap tadi, mama diam. Diam… dengar…dan terima. Aku tak tahulah. Tapi, kau ni memang ada miracle. Kau tahu tak?,"
Sabrina tergelak.
"Miracle? Mengarutlah. Tak baik cakap macam tulah,"
"Serius…,"
Sabrina menyambung gelak sambil menggeleng.
"Mungkin cara cakap tak sama. Mungkin emosi mama awak yang berbeza. Mungkin itu penyebabnya. Tak ada kena mengena dengan miracle segala. Awak jangan cakap yang bukan-bukanlah…,"akhirnya Sabrina bersuara memberi pendapat.
Badrul diam. Tidak menjawab. Kesederhanaan Sabrina lebih membuat dia leka berbanding daripada kata-kata yang meniti di bibir gadis itu. Lembut… tenang…dan rendah diri. Hari demi hari kelebihan Sabrina yang makin bertambah di matanya. Perlahan-lahan membuat prasangkanya menyisih.
"Bad…,"
"Hmm….,"
Panggilan lembut itu seperti biasa meresap jauh ke tangkai jantungnya. Memang dia suka setiap kali Sabrina mengalun namanya selembut itu.
"Saya tanya sikit, boleh?,"
"Apa dia?,"
"Ermm….Awak dengan Dayana ada masalah ke?,"
"So far tak ada. Kenapa? You wish for it?,"
"Ish! Awak ni! Tak baiklah. Ingat saya jahat sangat ke?,"
Badrul tergelak. Marah betul Sabrina dengan andaian itu.
"Just kidding…,"
Sabrina menjeling. Sedikit terasa sebenarnya dengan kata-kata gurauan itu. Dia tidak sejahat itu untuk mendoakan ketidaksejahteraan rumahtangga orang lain. Soalannya, cuma kerana dia peduli.
"Why?,"
Sabrina menggeleng perlahan. Niatnya untuk bertanya. Niatnya untuk menegur sudah hilang entah ke mana. Yang ada cuma rasa terkilan dengan kata-kata yang dianggap gurauan oleh Badrul.
"Cakaplah. Kenapa kau tanya?,"
"Tak ada apa-apa…,"
"Mustahil. Kau tak akan tanya kalau tak ada sebab. Cakap jelah..,"
"Tak ada apa-apa. Just forget it,"
Badrul diam. Mengamati wajah Sabrina yang sedikit kelat sambil membelek majalah. Pantas majalah itu dicapai.
"Kenapa ni? Orang nak baca ni…,"
"Terbalik,"selamba Badrul bersuara sambil menghulurkan semula majalah di tangannya. Teguran yang membuat darah menyerbu naik ke wajah Sabrina. Terbalik? Betul ke dia tengok majalah terbalik? Dia cuba mengingat kembali. Gagal. Dan, untuk menoleh mancari jawapan di wajah Badrul, malu rasanya. Sudahnya dia mengerutkan kening dalam diam. Cuba untuk mengingati sekali lagi.
"Aku tipu pun… kau dah confuse. Apa kau buat pun, kau tak tahu. Melamun? Or… merajuk?,"
Sabrina menoleh. Tipu? Bulat matanya merenung wajah Badrul. Badrul membuat muka tiada perasaan. Menambah rasa geram di hati Sabrina.
"So, kenapa kau tanya?,"
"Kan dah cakap tak ada apa-apa,"
"Merajuk?,"
"Taklah,"
"Sebab aku cakap macam tu?,"
"Mana ada?,"
"Marah?,"
"Tak,"
"Sebab aku tanya macam tu kan?,"
"Malas nak layan awak…,"
"Betullah tu merajuk,"
Sabrina menoleh. Memandang wajah Badrul.
"Kan?,"soal lelaki itu tersenyum manis. Sabrina menghela nafas panjang.
"Malas nak layan awak…,"ujarnya sekali lagi sambil mengangkat punggung.
"Kau nak aku pujuk ke tu?,"
"Saya tak merajuklah,"
"Tak merajuk… cakaplah apa kau nak cakap tu…,"
Sabrina tercegat di hadapan Badrul sambil menggaru kepala.
"Hmmm… I made up my mind. Tak nak campur hal rumahtangga awak. So, lupakan,"sambil tersenyum Sabrina memberi jawapan. Badrul mencebik sambil menggosok hidung.
"Lupakan apa ni?,"
Sabrina menoleh. Badrul perbetulkan duduk. Datin Hamidah tercegat di belakangnya.
"Tak ada apa-apa Datin,"
"Hmm…. Kamu Bad? Bermalamlah kat sini malam ni..,"
Badrul diam.
"Sesekali ingatkan diri tu. Kat sini pun kamu ada tanggungjawab. Biar sama berat. Biar sama rata,"
Mendengar kata-kata kiasan ibu mertuanya, Sabrina segera berlalu. Tidak mahu mendengar lebih lanjut. Dan, Badrul terus termangu.
"Hai… mama cakap, buat muka cicak telan kapur pula?,"
"Tengoklah mama. Tak janji, okay,"
"Kasihan Sabrina, Bad…,"
Badrul tersenyum kecil. Datin Hamidah bergerak perlahan mengambil tempat di sebelah anak tunggalnya.
"Nampaknya dah satu rumah sayangkan Sabrina tu ya?,"
Datin Hamidah mengeluh panjang.
"Kenapalah kau orang mesti kahwin pasal kena tangkap basah, dulu?,"
Badrul tersenyum kelat. Soalan ibunya dibiar sepi. Sebolehnya dia mahu melupakan mimpi ngeri yang memalukan itu.
"Tidur sini ya?,"
"Saya tengok baju saya dulu. Tak sure saya ada tinggal ke tak kat bilik. Kalau ada saya stay,"
"Jangan nak mengada. Baju abah melambak. Tidur kat sini. Bukan mama suruh tinggal terus pun. Cuma bermalam aje,"pujukan Datin Hamidah sudah bertukar menjadi arahan tegas. Badrul tergelak.
"Yalah, mama. Saya nak jenguk bilik kejap,"akhirnya Badrul memberi persetujuan sambil mengangkat punggung. Bergerak meninggalkan ruang tamu, menuju ke biliknya. Bilik yang sepatutnya menjadi milik Sabrina sekarang. Itulah pesannya pada Sabrina sebelum dia berpindah. Pintu bilik diketuk perlahan. Tidak bersahut. Agak lama menunggu, dia memulas tombol. Membuka pintu yang tidak berkunci. Kemas dan teratur sama seperti sewaktu dia meninggalkan bilik ini. Laju kakinya melangkah menuju ke arah almari. Pintu almari dibuka. Kosong. Cuma ada beberapa helai pakaian dia dan Dayana. Terbukti, Sabrina tidak mengikut arahannya. Segera dia meninggalkan bilik, menuju pula ke bilik Sabrina. Tanpa mengetuk, pintu terus dibuka. Membuat Sabrina tersentak di meja soleknya.
"Awak! Tolonglah ketuk pintu. Terkejut saya,"
Tanpa menjawab, kakinya terus dihayun merapati meja solek. Memandang Sabrina yang merenungnya dengan renungan pelik.
"Kenapa?,"
"Kalau tak silap aku… sebelum aku pindah, aku suruh kau pindah ke bilik aku, kan?,"Badrul bersuara sambil memeluk tubuh. Sabrina mengalihkan pandangan ke cermin. Menyambung semula kerjanya yang terhenti. Facial cotton diusap lembut ke wajahnya. Membersihkan muka.
"Sabrina…,"
"Pasal tu ke awak redah masuk bilik saya?,"Sabrina bersuara apabila nada suara Badrul sudah sedikit berubah. Memang dia sudah tahu, pantang bagi Badrul kalau cakapnya tidak diacuhkan.
"Ya. Kenapa tak ke sana?,"
Sabrina meletakkan kapas muka ke meja. Memandang wajah Badrul.
"Itu kan bilik awak. Buat apa saya nak ke sana?,"
Badrul mengeluh.
"Orang nak bagi selesa, tak nak…,"rungutnya perlahan sambil bergerak ke birai katil.
"Tak apalah. Kat sini pun dah selesa. Lagipun, awak bukan tak balik ke sini kan? Kalau awak dengan Dayana balik ke sini, awak berdua nak tidur kat mana?,"
"Hmmm… betul juga. Kenapa aku tak terfikir ya?,"Badrul bersuara perlahan. Malas bertekak tentang itu sebenarnya. Tidak penting untuk dipanjangkan. Selebihnya, perasaan untuk bertengkar seakan-akan sudah tawar di hatinya.
"Buat apa kat situ?,"laju Sabrina bertanya, sebaik melihat Badrul mahu melabuhkan punggung ke katil.
"Duduklah,"jawab Badrul pelik. Sebenarnya sedikit hairan dengan tingkah Sabrina. Sikap gadis itu sudah mula berubah-ubah.
"Eh, tak payahlah. Pergilah keluar,"
"Kau halau aku ke?,"
"Bukan halau. Tapi, tak selesa kan? Lagipun saya nak mandi. Awak pergilah keluar. Sembang dengan mama awak ke…,"sejujur mungkin Sabrina bersuara. Tidak mahu Badrul berasa dirinya dihalau. Tidak mahu Badrul berkecil hati.
"Hmm… sediakan towel untuk aku, boleh?,"
"Nak buat apa?,"
"Nak mandi,"
"Hah?! Awak ni kenapa? Nak mandi kat sini, buat apa? Pergilah mandi kat bilik awak,"
"Ada aku cakap nak mandi kat sini ke? Aku cuma nak towel. Perasaan,"
Sabrina tersengih malu. Wajah mula terasa membahang. Segera dia bergerak ke almarinya. Mengeluarkan sehelai tuala berwarna biru yang belum dipakai. Segera dihulurkan pada Badrul.
"Terima kasih…,"ujar Badrul sambil tersenyum.
"Awak tak balik ke?,"
"Malam ni turn kau…,"Badrul bersuara sekadar berjenaka. Jenaka yang tidak mampu mengurangkan bahang di wajah Sabrina. Jenaka Badrul mampu meledakkan jantungnya. Mampu membuat wajahnya hangus andai lelaki itu menyambung lagi.
"Okay, sayang?,"usik Badrul senang sambil mengusap pipi Sabrina. Seronok melihat wajah itu merah menyala menahan malu.
"Keluarlah…,"
Badrul tergelak kecil.
"Thanks for this towel…,"ujarnya sambil berlalu ke pintu. Sabrina tidak menjawab. Cuma mematung sambil mendengar degup jantungnya sendiri.
"Hantu….,"bisiknya perlahan.
"Apa kau cakap?,"
Sekali lagi Sabrina tersentap. Pintu yang hampir tertutup, terbuka semula. Terjengul wajah Badrul yang masih tersimpan sisa senyuman. Laju dia melangkah ke pintu. Menolak pintu agar tertutup rapat. Terdengar gelak Badrul yang semakin menjauh di telinganya. Perlahan dia menyentuh pipinya. Hangat. Tangannya dibawa ke dada. Degup jantung terasa cukup laju. Menyesakkan nafas.
posted by Penulisan2u @ 5:22 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 23/10/09 6:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg diakui karya sekrang mmg bertemakan cinta. Betul. Tapi jln cerita bagai roda yang x ada jln keluarnya. Penulis harus menulis lebih kreatif lg. Byk yg boleh dijdkan ilham. 1 cth karya islamic tema cinta, sejarah tema cinta, sains fiction, thriller, kekeluargaan antara si janda/duda, ibu tunggal/YB or byk lg. Ini paling2 karya yg ditulis antara si dara and teruna kemudian plot yg menyerupai jg.Sorry la guys bukan mengutuk. nak kongsi luahan sj

     

  • At 23/10/09 9:29 PG, Anonymous nur suhana said…

    hahaha..best la,,,lagi2 sambung cpt...ni knp novel lmbt kuar ni..

     

  • At 24/10/09 11:34 PTG, Blogger ryna~lurve~nov said…

    sweet citer nie...
    plz cpt2 sambung... hehehe
    :)

     

  • At 29/10/09 6:16 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lambatnya sambungan..
    hu

     

  • At 29/10/09 11:27 PG, Blogger syasya said…

    apepun novel ni best tapi kepada kak hanni sila buat novel ni jadi lebih interesting lagik ye..sbb nnt xde la kitorang rase mcm menyesal je beli novel akk tu..coz da bnyk novel yg jalan citer nye lebih kurang cam ni..

     

  • At 10/12/09 1:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    baix bestla... pendek

     

  • At 16/12/09 2:57 PTG, Anonymous iefa169 said…

    saya suka jalan cite ni ..sgt menarik..cuma perlu lebihkan agresif.. kadang2ader jln citer ni lebih kurang sama terutama dialog antara badrul dan sabrina.. pe2 pun saya tgu sambungan..

     

  • At 8/6/10 8:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cpat2lah smbung...kak hanni..
    x sbr nk bace.............

     

  • At 27/10/10 9:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..jalan crita yg baik, sory sesangat b`kenaan dgn komen ini tp sepanjg bacaan sy dr bab 1-47 tdak t`dpt pun ayat yg b`kaitan soal agama cth solat..
    memang tdk dinafikan rentetan crita ini b`kisarkan psal keluarga & rmh tgga, tp p`lu jga diterapkan dgn nilai agama agar pembaca dpt mngambil nilai2 murni & pengajaran dr bacaan mrk bhwa rmh tgga yg x dihiasi dgn teras agama adalah sesangat tdk sempurna ibarat sebuah rmh di tepi pntai yg sentiasa di lmbung ombak badai, hidup ini memerlukan keradhoan ilahi untuk hidup yg sempurna d dunia & akhirat...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group