BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 16, 2009
Novel : Pergilah Air Mata 46
Nama Pena : Hanni Ramsul

Sesekali dia menjenguk ke dalam. Tidak Nampak apa-apa. Gagal mendapat jawapan pada rasa hairannya, Sabrina bersandar ke kerusi. Menyambung menungannya sambil menikmati nyaman suasana malam. Perbualan yang tenggelam timbul antara Badrul dan Datin Hamidah, tidak lagi dia hiraukan. Bukan urusannya. Seketika dia teringat pada cakap-cakap Jamilah petang tadi. Badrul mahu berpindah. Satu berita yang mengejutkan. Satu berita yang sedikit sukar untuk dia terima. Andai Badrul keluar dari rumah ini, apa statusnya nanti? Bagaimana letak duduk dirinya di dalam banglo besar ini? Apakah dia juga terpaksa keluar dari sini? Persoalan demi persoalan sentiasa bermain di fikirannya. Ingin dia ajukan pada Badrul, tetapi, melihat lelaki itu cuma membisu, hasratnya dibatalkan. Badrul tidak berbincang dengannya. Keputusan yang Badrul buat pun, langsung tidak dia ketahui. Betul-betul di luar jangkaannya. Mengapa mesti lelaki itu keluar dari rumah sebesar ini? Dari rumah yang memang miliknya sendiri.
"Hey!,"
Sabrina tersentak. Sapaan secara tiba-tiba membuat semangatnya bagaikan hilang. Dan, cuma seorang sahaja manusia yang suka menyapanya dengan cara itu. Dia menoleh. Badrul tersenyum panjang. Suka hati kerana berjaya membuat dia tersentak, barangkali.
"Kau buat apa kat sini? Kira berapa banyak jembalang yang lintas depan rumah?,"
"Ish, awak ni. Janganlah cakap mengarut macam tu,"
"Kenapa? Takut?,"
"Taklah. Mana ada takut?,"
Badrul tersenyum panjang. Senyum yang membuat hati Sabrina sedikit membara. Senyum mengejek.
"Kenapa belum masuk tidur?,"soal Badrul sedikit serius. Sabrina cuma tersenyum.
"Belum mengantuk. Kalau awak tak kisah nak cerita, boleh saya tahu kenapa dengan mama? Saya dengar dia macam marah-marah…,"
Badrul mengeluh perlahan. Memandang wajahnya sebelum perlahan-lahan mengambil tempat di hadapannya.
"Kau curi dengar ya?,"selamba sahaja Badrul menuduh.
Sabrina menggeleng.
"Saya terdengar,"
Badrul tersenyum kecil.
"Samalah tu….,"rungut Badrul dengan nada perlahan. Sabrina mengerling. Barangkali Badrul tidak mahu berkongsi cerita. Mengerti dengan pendirian Badrul, dia tidak mahu mendesak lagi. Majalah di tangan, dibuka semula. Membelek helaian demi helaian tanpa tujuan yang pasti.
"Mama marah…,"
Jemarinya terhenti. Perlahan dia mengangkat muka.
"Mama marah? Kenapa?,"
"Aku cakap nak pindah. Kau pun tahu kan? Aku nak pindah…,"
Sabrina mengangguk perlahan.
"Mama bising. Dia tak izinkan,"
"Dah tu? Tak jadilah awak pindah?,"
"Jadi. Minggu depan aku pindah. Lama-lama hilanglah marah mama tu…,"
Sabrina diam. Langsung tidak gembira dengan keputusan Badrul.
"Awak pindah, saya macam mana?,"akhirnya dia bertanya perlahan.
"Kau duduklah sini. Tak ada masalah kan?,"
Keputusan mudah Badrul membuat dia terus terdiam. Diam sehinggalah lelaki itu benar-benar keluar dari rumah besar ini. Sudah hampir dua minggu. Bermakna sudah hampir dua minggu juga dia tidak melihat wajah Badrul. Tidak mendengar suara marah Badrul. Usikan dan sindiran Badrul. Dan, semua itu membuat hatinya kini dibelenggu rindu. Dia rindukan Badrul. Satu perasaan gila yang tidak harus tersangkut pada ranting rasanya.
"Ina…,"
Sabrina menoleh. Mencari wajah Jamilah.
"Kenapa kak?,"
"Datin…,"
"Kenapa dengan Datin?,"
"Datin nampak sedih benar…,"
Sabrina diam. Memang dia juga sedar akan perubahan wanita itu. Sering murung semenjak Badrul pergi. Cuma marah yang mengiringi pemergian Badrul dan Dayana tempoh hari. Jelas Datin Hamidah langsung tidak mahu berpisah dengan anak tunggalnya itu.
"Kenapa Badrul tak pulang jenguk mama dia ya?,"akhirnya satu soalan diajukan pada Jamilah.
Jamilah menjungkit bahu.
"Kasihan Datin. Mesti rindu sangat kat anak dia tu…,"sambungnya perlahan.
"Bukan Datin aje kot. Isteri dia pun sama kot. Dah seminggu lebih termenung panjang…,"
Sabrina menjeling. Disambut tawa kecil Jamilah.
"Apa kita nak buat kak?,"soalnya tanpa mempedulikan usikan Jamilah. Jamilah menjungkit bahu.
"Datuk, mana?,"
"Pagi-pagi dah keluar. Jumpa kawan agaknya,"
Sabrina mengeluh perlahan. Sampai hati Badrul memperlakukan ibunya sebegitu.
"Ina pergilah pujuk Datin,"
Bulat mata Sabrina merenung wajah Jamilah.
"Saya?,"
"Yalah. Ina kan menantu dia…,"
"Takutlah saya, Kak. Datin mana pernah sukakan saya. Nanti, tak pasal-pasal saya cuma akan tambah runsing dia saja…,"
"Dah tu, Ina sampai hati ke tengok Datin sedih macam tu? Tak pernah akak tengok Datin murung macam tu sekali,"
Sabrina diam. Memang hiba melihat keadaan Datin Hamidah saat ini. Hilang segala sifat garangnya dulu. Wanita itu bagai mengasingkan diri dari semua orang.
"Akak telefonlah Badrul,"
"Akak mana ada phone number dia. Ina lah yang call,"
"Saya pun tak ada,"
Jamilah merenungnya dengan renungan tidak percaya.
"Mana Datin sekarang?,"
"Ada kat ruang bacaan,"
"Saya pergi tengok dia sekejap ya,"
Jamilah mengangguk. Sabrina mengangkat punggung. Berlalu ke ruangan bacaan. Dia berhenti seketika di pintu. Memandang kosong ke arah Datin Hamidah yang sedang melayan menung. Dadanya tiba-tiba berombak kencang. Ada rasa gerun untuk mendekati wanita itu. Datin Hamidah tidak pernah suka padanya. Risau kemunculannya Cuma akan menambah rawan di hati wanita itu. Namun, untuk dia biarkan ibu mertuanya berterusan begitu, dia tidak sampai hati. Perlahan dia mengetuk pintu. Datin Hamidah berpaling. Seketika Cuma sebelum pandangannya dilontarkan jauh ke luar jendela. Bersandar lesu pada sofa. Tanpa dipelawa, Sabrina melangkah masuk. Mendekati Datin Hamidah.
"Boleh saya duduk, Datin?,"
Datin Hamidah diam lagi. Perlahan Sabrina mengambil tempat di sebelah wanita itu. Menelan liur lambat-lambat. Apa yang harus dia buat untuk hilangkan kemurungan ibu mertuanya ini?
"Datin… Kenapa ni? Saya tengok sejak Bad pindah, Datin macam sedih je?,"
Diam. Dengan sedikit ragu, Sabrina menyentuh jemari Datin Hamidah. Melihat wanita itu tidak menolak sentuhannya, jemari Datin Hamidah digenggam erat.
"Datin jangan sedih –sedih macam ni. Tak elok untuk kesihatan Datin. Nanti Datin stress. Bad bukan pergi mana pun. Mesti dia akan datang jenguk Datin nanti,"dia bersuara lembut. Berharap sangat agar kata-katanya itu tidak akan menambah rasa sedih Datin Hamidah. Namun, telahannya meleset. Keadaan Datin Hamidah bukan bertambah baik. Kata-katanya ternyata hanya membuat air mata laju membasahi pipi Datin Hamidah. Dia tergamam. Cepat-cepat air mata di pipi Datin Hamidah diseka dengan jemarinya.
"Datin… jangan menangis Datin. Bad mesti tak suka tengok keadaan Datin macam ni. Janganlah menangis ya…Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak tambahkan lagi sedih Datin.
Kalau datin nak bersendiri, saya keluar dulu ya? Saya minta maaf. Sebab saya, Datin menangis…,"
Dia mahu berlalu apabila genggaman Datin Hamidah tiba-tiba erat di jemarinya.
"Mama tak pernah berpisah dengan dia…,"
Sabrina terkedu. Terduduk semula di sofa. Mama? Dia silap dengar atau Datin Hamidah yang tersilap sebut?
"Dia dapat offer sambung belajar oversea. Mama tak izinkan dia pergi. Dia sambung belajar di sini saja. Kenapa? Sebab mama tak sanggup nak berpisah dengan dia. Dia segala-galanya pada mama. Dia tak membantah pun masa tu. Dia cakap, yang penting mama bahagia. Yang penting mama gembira. Tapi, sekarang ni, bila dah kahwin, dia sanggup tinggalkan mama. Dia dah tak nak gembirakan orang tua ni lagi. Kebahagiaan mama dah tak penting lagi. Dia tinggalkan mama seorang kat sini…,"
Sabrina kelu. Luahan hati Datin Hamidah begitu meruntun jiwa.
"Mama rindu sangat kat dia…,"
"Datin call lah. Kalau Datin call, mesti Bad datang,"
"Buat apa mama nak call? Kalau dia ingat mama, dia dah balik,"
"Mungkin Bad sibuk kot. Maklumlah, baru pindah, mesti nak kemas apa yang patut,"
"Kenapa mesti nak pindah? Apa, rumah ni tak cukup besar ke untuk dia dengan Dayana?,"
Sabrina mengeluh perlahan sambil tangannya menarik tubuh Datin Hamidah ke pelukannya.
"Datin… mungkin bagi Bad, ini keputusan yang paling baik untuk dia. Kita kena hormat keputusan dia, kan?,"
"Dia dah tak sayangkan mama,"
Sabrina tersenyum.
"Mana ada. Takkanlah Bad tak sayang Datin. Bad pindah, tak bererti Bad dah tak sayangkan Datin. Kita bagilah ruang untuk Bad pilih hidup yang dia suka…,"
"Dia lagi pentingkan Dayana. Dia lebih sayangkan Dayana berbanding mama…,"
"Datin, tak baik Datin cakap macam tu. Mana boleh samakan sayang isteri dengan sayang ibu. Saya percaya sayang Bad pada datin tak pernah kurang. Cuma, kalau apa yang berlaku boleh jejaskan kebahagiaan rumahtangga dia, dia mesti kena cari jalan penyelesaaiannya, kan? Datin janganlah marah Bad. Terimalah keputusan dia tu. Saya yakin, kalau dia dah tak sibuk, mesti dia akan datang cari Datin,"
Datin Hamidah diam. Kepalanya yang terlentok di bahu Sabrina diangkat perlahan-lahan. Menatap wajah gadis yang tidak pernah sekali pun dia terima sebagai menantu. Hatinya tersentuh dengan susunan kata-kata Sabrina yang cukup teratur. Kata-kata yang sama yang meluncur di bibir Badrul sebelum anak tunggalnya itu nekad juga untuk berpindah. Dia berpindah demi perkahwinannya. Dia berpindah bukan sebab dia sudah tidak sayang pada ibunya. Itu jugalah yang Badrul luahkan padanya. Tetapi, kenapa kata-kata yang meniti di bibir Badrul saat itu, membuat dia marah? Membuat dia berkecil hati? Dan, kenapa kata-kata yang baru meniti di bibir gadis ini, boleh meresap sebagai satu nasihat di telinganya?
"Kamu tak kisah ke, dia tinggalkan kamu kat sini?,"
Sabrina tersenyum. Soalan yang di luar jangkaan.
"Kamu pujuklah Bad balik semula ke sini…,"
Sabrina tergelak kecil.
"Saya? Takkan dia nak dengar pujukan saya, Datin…,"
"Kamu pujuklah dia. Mama tak boleh duduk berjauhan dari Badrul. Mama rindu sangat kat dia. Takkan kamu tak rindukan dia? Kamu pun rindukan dia kan?,"
Sabrina tersengih. Mencabar sungguh soalan Datin Hamidah.
"Kamu pujuk dia ya?,"
"InsyaALLAH,"Sabrina mula memberi janji palsu.
"Mama berharap pada kamu ya. Tolonglah pujuk Bad balik semula ke rumah ni. Mama rindukan dia…,"
"Datin… tak kisah Bad tinggal di mana pun. Yang penting, Bad tak akan lupa pada Datin. Saya yakin dia tak akan lupa…,"
"Kalau dia tak lupa, kenapa dia tak muncul-muncul?,"
"Dia takut Datin marah kot?,"
"Takut kena marah sampai langsung tak ingat mama dia ni?,"
Sabrina tersenyum. Cukup sensitif rupanya perasaan wanita ini. Cepat tersentuh. Satu sifat Datin Hamidah yang baru dia terokai.
"Nanti mesti dia akan datang cari mama dia ni…,"seloroh Sabrina sekadar cuba menghibur.
Datin Hamidah tersenyum kecil. Tenang hatinya mendengar pujukan demi pujukan yang beralun lembut di bibir gadis ini.
"Terima kasih, Sabrina,"
Sabrina mengukir senyum lagi.
"Kamu… sikit pun tak ingat Badrul ke?,"
Senyum manis di bibirnya hilang perlahan-lahan. Matanya melilau mencari jawapan. Dan, terpaku seketika pada susuk tubuh yang tercegat di pintu. Bersyukur kerana masih tiada jawapan yang muncul di bibir. Kalau tidak, pasti kata-katanya sampai ke telinga Badrul. Baru dia mahu membuka mulut memaklumkan kehadiran Badrul yang tiba-tiba kepada Datin Hamidah, namun, niatnya dibatalkan apabila Badrul meletakkan jari telunjuk ke mulutnya. Faham permintaan Badrul, Sabrina sekadar tersenyum kecil. Kembali memandang wajah sugul Datin Hamidah.
"Kamu tak ingat dia? Kamu tak rindu dia?,"soalan yang sama meniti di bibir Datin Hamidah. Sabrina tersengih. Segera dia mengerling. Memandang wajah Badrul yang bersulam senyuman. Cukup santai lelaki bersandar di pintu. Pasti menanti jawapannya.
"Datin bagi saya no phone Badrul, saya call dia. Minta dia datang jenguk Datin? Okay?,"Sabrina memberi pendapat. Pendapat yang sekadar untuk mengelak dari menjawab soalan Datin Hamidah di hadapan Badrul.
Datin Hamidah mendengus perlahan. Dan, senyum Badrul semakin melebar.
"Tak payah. Kalau dia ingat mama dia yang tua ni, dia datang. Kalau tak nak datang pun tak apa. Duduklah dengan isteri muda dia tu. Tak payah datang sini lagi…,"
"Datin… janganlah cakap macam tu. Dia mesti datang…,"
"Kalau dia nak datang, dia dah datang. Hari ni kan, hari minggu. Dah dua minggu tak balik sini. Takkan hari ni tak boleh luangkan masa sekejap? Singgah sekejap,"suara marah Datin Hamidah kembali bertukar sayu. Sekali lagi Sabrina melayangkan pandangan ke arah Badrul. Berharap Badrul keluar dari persembunyian dan memujuk hati Datin Hamidah yang sedang rawan. Badrul bergerak menghampiri ibunya dalam diam.
"Mestilah saya datang mama. Lagi satu, siapa cakap mama saya ni dah tua?,"
Datin Hamidah segera menoleh. Memandang Badrul yang tersengih panjang. Wajah hiba tiba-tiba bertukar berang.
"Ingat pun jalan balik ke sini ya?,"sinis soalan yang meniti di bibir Datin Hamidah. Badrul tersenyum sumbing.
"Mestilah ingat mama. Bad minta maaf ya. Memang sibuk sikit dua minggu ni,"Badrul bersuara sambil melabuhkan punggung ke sofa. Datin Hamidah menjeling marah, membuat Sabrina tersenyum kecil. Rajuk ibu dan anak. Hatinya tiba-tiba terusik melihat aksi itu. Rindu untuk merasai kemesraan dan kasih sayang sebegitu. Ingin dimanjai oleh seorang insan bergelar ibu. Ingin dimarahi oleh seorang insan bergelar ibu.
"Miss you, mama…,"ujar Badrul lembut sambil mencapai jemari Datin Hamidah. Perlahan dibawa ke bibirnya. Lama tangan itu dikucup. Datin Hamidah menjeling dalam diam. Marahnya reda perlahan-lahan.
"Kalau rindu, jenguklah selalu. Tak pun, pindah semula ke sini..,"
"Mama… Bad dah datang ni kan?,"Badrul bersuara sambil menarik tubuh Datin Hamidah ke dalam pelukan. Tangannya sengaja dipanjangkan sehingga ke pinggang Sabrina yang masih setia memeluk ibunya. Membuat gadis itu sama-sama masuk ke dalam rangkulannya. Dia nampak wajah Sabrina sudah bertukar kelat. Dan terasa jemari Sabrina sudah mula cuba leraikan pautannya. Dia tersenyum panjang. Membiarkan jemari Sabrina terus berusaha. Lamanya dia tidak menatap wajah itu. Lamanya dia tidak mengusik gadis ini.
"Kamu kenapa Sabrina?,"
Mendengar soalan ibunya, senyum Badrul makin lebar. Pasti ibunya menyedari duduk Sabrina yang sedikit resah.
"Saya… saya sakit perut. Saya tinggal Datin dengan Bad ya. Mungkin banyak yang Datin dan cakap dengan Bad,"
Kata-kata Sabrina berakhir dengan satu cubitan kuat di lengannya. Membuat dia terjerit kesakitan. Rangkulannya terlepas tiba-tiba. Sepantas kilat Sabrina berdiri tegak.
"Sakitlah….,"ujar Badrul sambil menggosok lengan.
"Kamu berdua ni, kenapa?,"Datin Hamidah bersuara hairan. Pelik melihat wajah kelat Sabrina. Terkejut mendengar jeritan Badrul.
"Saya keluar dulu,"
Sabrina berlalu tanpa menunggu jawapan dari Datin Hamidah mahu pun Badrul. Juga tanpa menjawab soalan Datin Hamidah.
"Kenapa? Kamu buat apa kat dia? Dia buat apa kat kamu?,"sekali lagi Datin Hamidah bersuara hairan. Badrul tersenyum sambil menggeleng perlahan. Matanya mengekori langkah Sabrina yang laju.
"Bad bawa donut favourite mama. Ada kat bawah. Jomlah makan,"Badrul bersuara sebaik bayang Sabrina hilang di sebalik pintu.
"Dayana mana?,"
Badrul diam.
"Bad?,"
"Rumah papa dia,"
"Kenapa dia tak ikut sekali? Benci sangat tengok muka mama?,"
"Mama… bukan macam tu. Kebetulan dia pun memang dah lama tak balik. Bad nak ke sini. Dia pula nak ke sana. Jadi, biarlah dia balik sana. And, Bad balik sini jumpa mama…,"
"Tak elok macam tu. Sepatutnya kamu suami –isteri kenalah buat keputusan bersama. Tolak ansur. Mana boleh ikut kepala masing-masing macam ni,"
"Biarlah mama. Perkara kecil,"
"Perkara kecil. Semuanya bermula dari perkara kecil, tahu? Lama-lama makin parah jadinya. Jangan mengalah sangat dengan isteri. Sayang pun, biar bertempat. Ini tidak… isteri gila kerja…biarlah. Isteri nak pindah… terus pindah,"
Badrul mengeluh perlahan. Sesi kaunseling bermula kembali.
"Jomlah mama. Kita makan donut,"
Datin Hamidah mendengus marah.
"Cakap mama tak nak dengar. Nanti, jadi apa-apa, baru nak menyesal…,"
"Yalah..yalah. Bad dengar. Nanti Bad cakap dengan Yana. Sekarang, jom kita pergi makan donut,"
Datin Hamidah mengerling.
"Kamu nak makan donut ke, kamu dah gelisah nak tengok muka Sabrina lagi?,"
Badrul tersengih. Terdiam. Terkedu. Kelu seribu bahasa. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya mengiyakan soalan ibunya.

****
posted by Penulisan2u @ 5:10 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group