Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kau dah fikir masak-masak?," Badrul diam. Cuma memandang gelagat anak saudara Darius yang berlari-lari di dalam butik. "Takkan sampai macam tu sekali?," Sekali lagi soalan Darius dibiarkan sepi. "Kakak kau mana?,"sudahnya cuma itu soalan yang meniti di bibir Badrul. Soalan yang mengundang keluhan panjang di bibir Darius. Bukan jawapan itu yang dia inginkan. "Entah. Kat belakang kot,"jawabnya acuh tidak acuh. Badrul diam lagi. Meneguk perlahan air mineral yang Darius hidangkan untuknya. "Kenapa sampai pindah?,"Darius terus merisik. "Setakat ini, aku rasa itu saja caranya," "Cara apa?," "Aku perlu berada jauh dari Sabrina," Darius mengeluh panjang. "Mama kau macam mana?," "Aku belum beritahu lagi," "Sah – sah dia tak setuju," "Itu kena pandai-pandai aku pujuklah," "Sabrina?," "Di sanalah. Macam aku cakap tadi, aku pindah sebab nak cuba jauhkan diri dari dia," "Maksud aku, dia dah tahu ke?," Badrul menggeleng. "Tapi, aku yakin dia tak kisah," Darius menggeleng perlahan. "Kau tinggalkan dia seorang diri kat rumah besar tu?," Badrul diam. Sekadar memandang wajah Darius yang jelas tidak bersetuju dengan rancangannya. "Aku perlu belajar menerima ketiadaan dia," "Kau tak pernah terima dia, tiba-tiba nak belajar lupakan dia pula? Pelik betul kau ni Bad. Are you falling in love?," Badrul menjeling. "Nonsense,"gumamnya perlahan. "Bad…Bad… aku tak tahu macam mana lagi aku nak cakap dengan kau. Sekarang ni, kalau kau rasa kau betul-betul tak ada apa-apa perasaan pada Sabrina. Konon apa kau rasa ni, cuma fizikal attraction, let her go. Jangan buat dia macam tu. Dia berhak untuk mengecap hidup yang lebih baik. Lebih baik daripada menjadi isteri kau. Mungkin dia boleh jumpa lelaki yang jauh lebih layak untuk dia, berbanding kau," "I can’t," "Kenapa?," "Sebab…sebab… sebab aku tak nak lepaskan dia," "Selfish," "Bukan aku selfish. Aku cuba. Tapi, tiap kali dia cakap pasal cerai ni, aku tak boleh nak terima. Tak boleh nak dengar pun," "Hishhhh…. Sakit otaklah aku cakap dengan kau ni!,"Darius merungut sambil mengangkat punggung. Mundar-mandir di hadapan Badrul. Memang Badrul sakit! "Bad… aku suggest kau pergi jumpa pakar psikitri. Kau ni ada masalah jiwa. Tahu tak? Jiwa kacau. Penyakit jiwa kacau…," Badrul menjeling. "Jiwa saper kena kaco Paksu? Saper kaco? Hantu ke?,"
Badrul tergelak. Lucu mendengar suara anak saudara Darius yang menyampuk di dalam pelat. "Jiwa uncle Bad. Hantu lawa kacau jiwa dia…," "Oooo… hantu lawa. Hantu lawa nak takut buat apa, uncle Bad? Lainlah kalau hantu macam Jangan Pandang Belakang tu. No worry lah. Everything will be okay…," Gelak Badrul makin kuat melihat gaya nasihat anak kecil itu. Sungguh matang. Saling tidak tumpah gaya ibunya memberi nasihat. Dan, selintas mendengar perkataan ‘jangan pandang belakang’ dari mulut kecil itu, membuat tawanya semakin kuat. Teringat gelagat Sabrina ketika menonton filem itu dahulu. Darius tersenyum. "Betul-betul anak Kak Difa ni,"dalam tawa Badrul sempat mengkritik. Darius tergelak mendengar komen Badrul. "Anak Ka Difa tu, betullah. Tapi, kau ni, macam kena hysteria ni, kenapa? Lucu sangat ke apa Danish cakap tu?," Badrul terus tergelak. Membuat Darius semakin hairan. "Are you okay?," "Aku okaylah. Cuma, bila Danish sebut jangan pandang belakang tu, aku teringatkan Sabrina," "Oh…. Teringatkan hantu lawa. Kenapa? Kenapa dengan hantu lawa tu?," "Dia tengok filem tu dalam mute mode. And siap tarik selimut tutup muka. Tutup badan," "Hah?! Penakut ke budak tu?," "Penakut sangat. Lepas tu, aku tinggalkan dia seorang kat bilik. Aku masuk pagi esoknya, kau tahu apa jadi?," "Apa?," "Dia terlelap dalam telekung sembahyang. Surah Yasin ke tepi bantal. Lampu bilik tak tertutup. Rupa-rupanya satu malam dia tak tidur. Baca Yasin," Pecah tawa Darius mendengar cerita dari bibir temannya itu. "Kat mana?," "Pangkor. Semasa aku cari Dayana," "Kau pula? Kau ke mana, tinggalkan dia seorang dalam bilik?," "Aku? Aku pulak takut kat dia. Dah menjerit terkejut tengok hantu sampai mendarat atas riba aku. Mahu tak takut,"selamba Badrul bercerita membuat Darius pula yang histeria melayan gelak. "Apa nak takut. Bukan orang lain. Isteri sendiri juga," Badrul mencebik sambil menyambung perhatiannya pada tingkah Danish. Memikat jiwa. Sudah lama dia suarakan niat untuk melengkap keluarga yang baru dibina bersama Dayana. Namun, topic anak, bukanlah topic kegemaran Dayana. "Akak dengar tadi. Ada yang sebut nama akak. Mengumpat ya?," Badrul berpaling. Tersenyum memandang Mardifa yang melenggang membawa dua mug sederhana besar. "Minum ya. Setakat hidang air mineral, buat apa?," Darius tersengih sambil mengesat air mata yang membasahi pipi. Tahu sindiran itu memang ditujukan padanya. "Cerita pasal apa ni? Sebut-sebut nama akak? Dah tu, ketawa sampai berair mata ni?," "Alaa… citer uncle Bad kena kacau. Eh, bukan. Jiwa uncle Bad kena kacau ngan hantu lawa….tak apalah kan, mama? Hantu tu lawa. Kalau tak lawa, barulah boleh nak takut. Kan mama kan?," Mardifa tersenyum panjang. "Hantu lawa? Lain macam bunyinya tu," "Tak adalah akak. Kepala si Dar ni, mana boleh pakai…," Mardifa memandang wajah Darius sambil mengangkat kening. Darius Cuma tersenyum panjang. "Kamu lama ke kat sini?," "Kenapa?," "Kakak nak pergi cari barang kejap. Yanti balik awal hari ni. So, boleh jaga butik kejap?," "No problem," Mardifa tersenyum sambil mencapai beg tangan dan kunci kereta di atas meja. "Danish. Come. Ikut mama. And, Bad… gangguan hantu lawa ni, bahaya. Kalau orang bujang tak apa. Tapi, kalau suami orang, kena cepat pergi berubat. Susah-susah sangat, hantar je hantu lawa tu kat si Dar ni. Mana tahu tersangkut," Badrul tergelak sumbang. Sempat Mardifa terseyum nakal sambil memimpin anaknya keluar dari butik. Darius tersengih panjang. "Ambil kau…,"ujarnya lucu. "Hantar kat kau? Terima kasih. Never!,"balas Badrul sambil mengangkat punggung. Membelek baju yang tergantung. "Berbalik pada topic kita, kenapa kau tak terima saja Sabrina tu?," "Aku dah cakap sebabnya Dar. Sudahlah tu. Aku tahu apa yang aku buat," Darius menghela nafas panjang. "Aku bimbang kau tak tahu sebenarnya," "Maksud kau?," Darius memandang Badrul yang leka membelek baju. "Aku tak nak kau jadi macam aku," Badrul berhenti membelek baju yang bergantungan. Perlahan dia mengangkat muka. Mencari wajah Darius. Kata-kata Darius menarik perhatiannya. "Maksud kau?," "Aku tak nak kau Cuma akan sedar bila kau dah kehilangan Sabrina. Sama macam aku..," "Maksud kau…Syuhada?," Darius diam. Diam yang membuat Badrul semakin berminat untuk terus bertanya. "Kau masih ingatkan Syuhada ke?," Darius tersenyum kelat. "Kalau aku tak ingat, takkan wujud Ida’s Boutiqe ni," Badrul diam seketika. Perlahan melangkah mendekati Darius. "Lamanya kau tak sebut nama dia. Aku fikir kau dah lupa," "Aku tak sebut, bukan sebab aku lupa. Tapi, sebab rasa bersalah aku. Tiap kali aku sebut nama dia, tiap kali tu juga aku akan ingat balik betapa kejamnya aku pada dia…," "Patutlah berderet-deret calon, tapi tak seorang pun kau tersangkut," Darius tersenyum tawar. "Aku tak nak kau jadi macam aku Bad," "Situasi kau dan aku tak sama, Dar," "Tapi, rasa kehilangan tu, pasti sama, Bad," "Tak sangka kau masih mengharapkan Syuhada," "Sebab aku belum jumpa sesiapa yang boleh menyaingi dia. Tak ada," Badrul tidak bersuara. Cuma seraut wajah tenang gadis berkulit hitam manis yang pernah hadir di dalam hidup temannya itu, tiba-tiba bermain di fikirannnya. "Kau masih terus cari dia sampai sekarang?,"akhirnya dia bertanya perlahan. Darius menggeleng. "Aku tak tahu di mana nak aku mulakan. Aku tak mahu kau rasa apa yang aku rasa sekarang. Bersalah. Rindu. Terseksa. Hilang punca…," "Aku dengan Sabrina…," "And, you know something?,"sampuk Darius tiba-tiba. "Apa?," "Bila aku jumpa Sabrina, buat aku makin teringatkan Syuhada," "Maksud kau?," "Ada jelmaan Syuhada dalam diri Sabrina," "Jelmaan? Mengarut bahasa kau hari ni, Dar," Darius tergelak. "Sabrina and Syuhada sama-sama punya hati yang tulus. Itu yang susah aku nak jumpa pada gadis lain," "Maknanya sekarang, kau cuba nak cakap yang Sabrina berjaya ganti tempat Syuhada lah?," Darius tersenyum panjang. Dari riak wajah dan alunan suara, dia tahu Badrul tidak senang dengan pengakuannya itu. "Kalau berjaya pun, dia isteri orang…," "Dar, kau jangan nak cari pasal…," "See. Kau melenting. Apa maknanya tu? Maknanya kau cemburu, Bad. Apa yang jadi antara kau dengan Sabrina bukan setakat fizikal attraction. Percayalah cakap aku. Kau dah mula ada rasa sayang pada dia," "Entahlah. Malas aku nak fikir. Sekarang, aku rasa aku dah buat keputusan paling tepat untuk aku, Dayana dan Sabrina," "Untuk Dayana, mungkin. Untuk kau, tak. Untuk Sabrina, jauh sekali," "What ever lah. Aku tak nak cakap pasal aku sekarang. Cerita Syuhada menarik semula minat aku ni. Dah lama sangat kau tak bercerita pasal dia. Tiba-tiba hari ni, kau sebut semula nama tu. Dah lebih enam tahun rasanya aku tak dengar kau sebut nama dia," "Besar salah aku pada dia, Bad. Besar dosa aku pada dia. Sampai aku tak ada keberanian pun untuk sebut nama dia. Aku yakin aku dah miliki yang terbaik. Tapi rupanya-rupanya aku buang yang lebih baik. Kalaulah aku tak bodoh…,"kata-kata Darius terhenti di situ. Badrul diam seketika. Menunggu kalau-kalau Darius ingin menyambung luahannnya. "So, kau masih menunggu dia. Kalau kau tak jumpa Syuhada, macam mana?,"dia bersuara apabila melihat Darius terus membisu. "Hati-hati. Mungkin aku akan cuba dapatkan Sabrina kot,"jawab Darius bersama gelak kecil. "Serius… Dar," "Serius? I don’t know. Mak aku dah bising. Kakak aku, tak payahlah aku cerita. Kau pun tahu. Semua asyik paksa aku kahwin. And, serius lagi? Bukan aku tak cuba. Aku cuba. Tapi, aku tak jumpa. Tak jumpa pengganti Syuhada. Hakikatnya, aku masih mengharapkan Syuhada muncul semula dalam hidup aku. Aku sumpah, aku tak akan lepaskan dia pergi, andai dia muncul sekali dalam hidup aku," Badrul diam. Menghayati tiap patah harapan temannya itu. "Aku doakan Syuhada muncul semula," "Kenapa? Kau takut, kedudukan kau tergugat? Takut aku tackle Sabrina?," "Dari tadi tak habis-habis dengan Sabrina… kau memang sukakan dia. Kan?," "Kau sendiri pun. Dari benci boleh jadi gila bayang macam ni. Ini kan pula aku,"Darius bersuara dalam teka-teki. "Stop it. Okay?," "Okay," Badrul menggeleng perlahan. Mula kurang selesa dengan bicara Darius. Sukar untuk dia menebak perasaan sebenar Darius kini. "Jangan risaulah. Aku tak akan ganggu Sabrina. Aku dah ada butik impian Syuhada untuk aku terus hidup dengan dia. Dengan kenangan dia. Kalau tak sehingga aku jumpa dia semula pun, sekurang-kurangnya sehingga aku jumpa pengganti dia,"Darius bersuara lagi. Badrul diam. Mula melayan perasaannya, sekaligus memberi ruang untuk Darius melayan perasaan sendiri. ***
betul..betul..betul..klau cter ny dnvelkn sure cter dy shebat cter "andai itu takdirnya"fuhh!!!cayalh!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehehe..best2...smbg cerita ni cpt ckit..klu x pun keluarkn la novel ni cpt skit x sabar nak baca episod seterusnya..cerita ni klu bt filem mst best..