Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Farisya menanti taliannya berjawab. Sudah dua kali mencuba masih tidak berjawab. Akhirnya, Farisya meletakkan ganggang talifon perlahan. Sudah dua minggu dirinya cuba menghubungi Anisa. Ingin bertanya khabar berita. Agak lama mereka tidak berhubungan. Farisya merenung monitor computer di hadapannya kosong. Sejak dirinya berkhidmat di syarikat Perwaja Berhad, tidak pernah walau sekalipun Anisa cuba menghubunginya.
Ke mana Anisa menghilang. Apa yang telah terjadi kepadanya. Fikirannya tidak berhenti berfikir mengenainya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Masuk!" arah Farisya. Wajah setiausahanya kelihatan di sebalik pintu. "Puan, En.Hamidi dan Tuan Hashim dah tunggu puan di bilik mesyuarat," Farisya mengerutkan dahi. 'Apasal pula ni…takkan ada problem lagi…'
Untuk apa mereka menantinya di bilik mesyuarat. Walaupun masih baru, dirinya telah di beri jawatan yang agak tinggi di syarikat berkenaan. Ini semua di sebabkan Haziq, suaminya. Memang di akui keluarga Haziq mempunyai satu nama yang besar. Perwaja Berhad adalah salah satu syarikat yang sering menggunakan perkhidmatan Kembara Holding untuk menguruskan import dan export bahan-bahan binaan dari luar negara.
"Ada tak mereka bagitahu untuk apa?" soal Farisya kepada setiausahanya. "Tak pula puan. Tapi semalam saya ada dengar yang pihak syarikat ada buat temuduga. Jawatan apa saya tak pasti," Farisya mengeluh. Kerja yang masih belum terusik dibiarkan. Buku catatan harian dan talifon bimbit dicapai lalu bangun meninggalkan biliknya.
Farisya menaiki lif untuk turun ke tingkat tiga. Melangkah perlahan sambil menegur sapa beberapa staff. Farisya mengetuk pintu bilik mesyuarat. Memulas tombol pintu dengan perlahan. Wajah En Hamidi dan Tuan Hashim mendongak ke arahnya. Terdapat seseorang sedang duduk membelakanginya.
"Masuk Farisya. Kami lupa nak inform you awal sikit. You kena jadi panel untuk temuduga hari ni," Farisya sudah mengagak dari awal lagi. Bukan tiada sesiapa lagi yang berjawatan tinggi selain darinya tetapi dirinya juga yang dipilih. Farisya mengambil tempat duduk yang di sediakan. "Ramai ke yang nak datang untuk interview ni?" soal Farisya. "Tak ramai sangat. Cuma ada lima calon je," ujar Tuan Hashim sambil tersenyum-senyum. Senyuman yang paling di benci Farisya. Andai ia satu sedekah, pasti Farisya akan menyambutnya dengan baik. 'Dasar lelaki tua miang keladi…'
Farisya merasa tidak selesa. Pandangan Tuan Hashim menyesakkannya. Memang sejak dari awal dirinya berkhidmat disyarikat berkenaan, sudah banyak kali Tuan Hashim cuba mendekatinya. Sudah bermacam-macam cara Tuan Hashim lakukan. Mujur dirinya bijak mengelak. Mungkin mereka menganggap dirinya kelihatan seperti perempuan-perempuan zaman sekarang yang tidak mengenal hukum-hakam batasan agama. Farisya cuba bersikap professional. Berurusan atas nama kerja.
Wajah seorang lelaki di hadapannya direnung. Mempunyai perwatakan yang menarik dari segi penampilan. Kemas. Farisya hanya mendengar Tuan Hashim dan En.Hamidi bertanya itu dan ini kepada calon temuduga. Fail yang menempatkan sijil-sijil milik calon disemak. Agak membanggakan. Calon tersebut mempunyai kelulusan dari luar negara dalam bidang pengurusan. Sayangnya, calon tidak mempunyai pengalaman kerana baru saja menamatkan pengajian.
"Kamu ada apa-apa nak soal Farisya?" Tuan Hashim bertanya lembut membuatkan Farisya tersentak. En.Hamidi di sisi hanya tersenyum. 'Dua-dua sama je…dah tua makin miang…menyampah aku…' rungut Farisya. Wajahnya sedikit kelat. Geram dengan sikap yang di tunjukkan oleh orang yang lebih kurang sebaya dengan bapa tirinya. Berapa ramai agaknya yang telah menjadi mangsa dengan lelaki tua yang bermulut manis ini. "Tak de kot," jawabnya pendek. Malas untuk memanjangkan sesi. "Kalau macam tu, kamu boleh balik. Kami akan hubungi kamu untuk keputusan interview ni nanti," dengan wajah yang tenang, calon iu melangkah pergi.
Setelah penat melalui sesi yang begitu membosankan, Farisya merasa amat lega kerana hanya tinggal satu saja calon yang akan ditemuduga. Sepanjang sesi itu, banyak juga yang dipelajari untuk menjalankan sesi temuduga. Bukan senang untuk membuat pilihan walaupun kesemua calon yang hadir mencukupi kriteria yang diinginkan. Sebaliknya, pengalaman dan daya pemikiran yang cekap juga diambil kira.
"Aida, panggil calon yang terakhir tu masuk," arah En, Hamidi menggunakan talian interkom. Mengarahkan agar calon yang terakhir memasuki bilik itu. Farisya meregangkan badan yang sedikit sengal. "You penat ke?" Farisya menoleh. Mengapa Tuah Hashim tidak pernah faham dengan bahasa tubuhnya yang merasa tidak selesa dengan cara Tuan Hashim melayannya. "Boleh la. Saya nak pergi ke tandas sekejap," Farisya memohon izin. Melangkah dengan pantas tanpa menanti jawapan dari Tuan Hashim.
Farisya melambat-lambatkan pergerakannya. Membelek penampilannya yang sederhana. Wajahnya yang mulus direnung. Wajah yang suatu tika dulu pernah dihina oleh suaminya sendiri. Mengapa cinta zaman sekarang tidak di ukur dari ketulusan hati. Mengapa sifat luaran yang menjadi keutamaan. Adakah semua itu mampu menjanjikan kebahagian. Bagaimana pula dengan hati dan perasaan. Tidakkah itu yang paling bernilai. Farisya mengeluh.
Terpaksa akur dengan peredaran zaman yang lebih berat ke barat. Anak-anak melayu lebih cenderung mengikuti cara hidup negara barat. Tiada lagi soal adat dan resam yang sering meniti di bibir pujangga. Begitu banyak pun pameran-pameran yang dilakukan, hanya seglintir anak muda yang masih mengekalkan keharmonian adat resam budaya ketimuran. Farisya melangkah menuju ke bilik mesyuarat semula. Merasakan dirinya sudah agak lama berada di tandas.
Ketika melangkah, Farisya merasa dadanya berdebar-debar. Jantungnya berdegup dengan pantas. 'Ish…kenapa aku ni…rasa lain macam je…' Farisya merasa tidak sedap hati. Namun langkahnya diteruskan jua. Menolak daun pintu dengan perlahan. "Sorry i'm late," ujar Farisya perlahan. Tidak mahu sesi itu terganggu atas kelewatannya.
"It's ok. We all baru je nak start," En. Hamidi bersuara. Farisya tersenyum. Malu kerana dirinya menjadi tumpuan. Melabuhkan punggungnya dengan tenang. Mengambil fail dihadapannya tanpa menoleh lagi. Menyelak helain demi helaian sijil dihadapannya. Sedangkan degupan jantungnya semakin pantas. Tidak reda walaupun Farisya cuba menarik nafas sedalam mungkin. "Kamu pernah bekerja sebelum ni?" kedengaran suara Tuan Hashim menyoal. "Pernah. Sebelum ni saya perkhidmat di salah sebuah syrikat yang menyalurkan projek-projek pembinaan kepada sub-sub kontrak. Terutamanya kepada kontraktor bumiputra,"
Farisya tersentak. Amat kenal akan suara itu. Suara yang pernah bertahta di hatinya. Perlahan Farisya mendongak. Sungguh benar jangkaannya. Merenung seraut wajah tanpa berkedip. Mata mereka bertentangan. Senyuman yang terukir di wajah itu tidak mampu dibalas. Farisya ingin bersuara tetapi lidahnya menjadi kelu. Kelu seribu bahasa. Dirinya menjadi kaku. Mengapa dirinya tidak sedar ketika meneliti sijil-sijil itu.
"Jadi kamu dah ada pengalaman la dalam syarikat pembinaan ni. Kenapa kamu berhenti?" "Saya terikat dengan kontrak. Pihak syarikat tidak mahu menyambung kontrak saya kerana krisis kegawatan ekonomi sekarang ni," Farisya masih lagi merenung wajah itu. Sedangkan wajah itu begitu tenang sekali. Memang tidak pernah berubah. Farisya terpana lagi.
Mengapa wajah itu bertamu kembali. Wajah yang pernah menjadi kekuatan pada dirinya. Dengan ketenangan itu juga, Farisya dengan redha melepaskanya pergi. Merenung kembali saat pertemuan membuat Farisya kehilangan kata-kata. Kecilnya dunia ciptaan yang Maha Esa. Walau sebesar mana yang terlihat, andai tersurat pasti akan bertemu juga. Tetapi untuk apa mereka perlu dipertemukan semula. Hanya sekadar mengeruhkan lagi keadaan.
Ahh…. Wajah Haziq pantas menerjah menepis segala bayangan yang memenuhi ruang fikirannya. Cepat-cepat dirinya tersedar. Adalah menjadi satu dosa andai dirinya terlalu memikirkan lelaki lain selain suaminya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...gd luck k.
mg awk cpt smbng citer ni..hehehe