Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nadhirah selonggar almari pakaiannya.Dia mencari-cari baju yang dia beli di pasar malam semalam.Dia hairan.Semalam dia beli baju itu dan terus meletakkan dalam almari.Malas hendak mencuba baju itu.Dia mahu menunjukkan kepada rakan serumahnya, Zakiah tentang baju itu.Dia masih mencari-cari.Habis semua pakaian dalam almari telah diselerakkan.Tetapi masih belum berjumpa.
"Mana pulak aku simpan ni.Rasa semalam aku letak dalam almari ni.Macam mane leh tak ade ni." rungut Nadhirah sendirian.
"Kau cari apa tu.Macam tongkang pecah dah aku tengok."tegur Zakiah seraya dia memasuki bilik Nadhirah.Memerhati Nadhirah yang asyik mencari sesuatu dalam almari pakaian.
"Kau ada nampak tak baju yang warna pink ada corak sulam bunga kat leher.Pastu ada riben besar kat sebelah kiri."tanya Nadhirah sambil tangannya mengayakan ciri-ciri baju yang dia cari.
"Errmm….kalau tak silap aku..baju tu aku ada nampak"Zakiah menggaru kepala yang tidak gatal cuba mengingati baju tersebut."Tapi aku lupa la kat mana."
"Hish kau ni..kalau lupa baik tak payah bagitahu.Kau ni mematikan langkah pencarian aku je la."Nadhirah menampar bahu Zakiah dengan lembut.Nadhirah melangkah berlalu dari Zakiah.Dia mesti menyambung pencarian nya lagi. Zakiah turut serta menolong sahabatnya mencari baju yang dimaksudkan.Setelah puas mencari akhirnya pencarian mereka berjaya.Zakiah yang menjumpai baju itu.Baju itu berada dalam bakul pakaian kotor.Zakiah mengambil baju itu dan semasa dia mengambil baju tersebut tiba-tiba terjatuh sesuatu dilantai.Zakiah menggamati ‘benda’ itu.Mukanya tiba-tiba panas kemerahan.Menahan malu.Dia menggeleng kepala.Beristiqfar dia dalam hati.Jantungnya berdebar-debar.Semakin kencang. Nadhirah yang perasan Zakiah masih tercegat di satu sudut ruang dalam biliknya, dia menghampiri Zakiah.Mahu di lihat sebab Zakiah tidak berganjak dari situ.Dia hairan.’Kenapa pulak minah ni.’mata Nadhirah memandang sesuatu dilantai.’Alamak!!anak-anak bajuku’tergaman Nadhirah.Tanpa banyak soal dia terus mengambil anak-anak baju itu dan dimasukkan semula ke dalam bakul.Dia memandang Zakiah dengan malu."Sorry la.Aku bukan sengaja pun."luah Nadhirah. Dia masih memandang Zakiah dan matanya terlihat sesuatu ditangan Zakiah."Eh..baju aku" terus Nadhirah mengambil baju yang berada di tangan Zakiah.Zakiah tersentak.
"Nape kau tak letak elok-elok semua anak-anak baju kau tu.Berapa kali aku nak pesan ni.Kalau orang lain nampak macamana.?"marah Zakiah.Mukanya masih lagi kemerahan menahan malu.Jantungnya berdebar-debar lagi takkala matanya memandang Nadhirah.Sudah lama dia menaruh hati kepada Nadhirah.Cuma tiada keberanian terbit di dalam jiwa.Dia menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan isi hatinya pada Nadhirah.Dia mahu Nadhirah menerima dia seadanya.
"I’m Sorry..Aku tak sengaja.Aku ingat la pesan kau tu.Aku lupa nak cuci tadi.Nantilah aku cuci."Nadhirah merayu.Dia merapatkan kedua belah tanganya macam Amir dalam raja lawak musim 3 mohon kemaafan dari Zakiah Nadhirah masih lagi mengingati pesan sahabatnya itu.Dia hairan dengan perangai Zakiah.Terlalu menjaga tata tertib.Pada hal mereka sesama perempuan.Apa yang hendak di malukan.Kadang-kadang Zakiah tidak mahu mereka selalu berdampingan.Bersentuh-sentuhan.Geli katanya..Zakiah pernah memberitahunya dulu bahawa dia malu jika melihat pakaian-pakaian dalam perempuan.Nadhirah memang tidak faham dengan perangai Zakiah.Pernah juga Nadhirah terfikir yang sahabatnya itu seorang lesbian.Geli geleman bulu tenguknya mengingatkan itu semua.Tapi lama-kelamaan dia merasa selesa dengan sikap Zakiah.Baginya ada baik juga menjaga tata tertib tidak kira sesama perempuan.Ada logiknya juga.Fikirnya.
."Tapi kita kan perempuan apa yang nak di malukan."Nadhirah masih mahu menegak kebenaran.
"Tak kira la kita ni sama jenis pun tapi tata tertib kena la jaga.Jangan depan orang lain je tunjuk sikap yang elok.Diri kita sendiri kena la jujur."terang Zakiah.Masih mahu mengingati sahabatnya.
"Ye la..aku akan ingat selalu pesan kau tu."Nadhirah akhirnya mengalah juga.Setuju dengan pandangan Zakiah.Mereka diam seketika.
"Kau ada apa-apa plan tak petang esok."tanya Nadhirah kepada Zakiah sambil mengayakan baju yang dijumpai tadi.
"Tak ada apa-apa pun.Nape..kau nak ajak aku pergi mana?"soal Zakiah.Matanya memerhati gelagat Nadhirah mengayakan baju itu di hadapan cermin.Dia terpegun melihat wajah Nadhirah.Semakin hari, hatinya semakin berdebar-debar setiap kali dia menatap wajah Nadhirah.Hatinya betul-betul terpaut pada gadis di hadapannya itu.Dia melirik tersenyum.
"Aku ingat nak ajak kau balik kampung aku.Memandangkan lusa cuti dan tambah dengan cuti minggu.Jadi 3 hari cuti ni, aku nak kenalkan kau kat family aku.Sudah lama kita tinggal serumah ni.Tapi aku belum kenal kan kau lagi kat family aku.Famili aku selalu bertanyakan kau."terang Nadhirah panjang lebar. Dalam kepala Nadhirah sudah tersimpan rancangan yang cukup bernas.Dia ingin menjodohkan Zakiah dengan abangnya, Lokman.Dia merasakan memang sesuai Zakiah menjadi kakak iparnya.Selama dia tinggal serumah Zakiah lah yang selalu mengambil berat.Kalau sakit Zakiah akan menjaganya.Kalau dia ada masalah Zakiah lah tempat dia meluahkan segala-galanya.Dia menganggap Zakiah seperti kakaknya sendiri memandangkan dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang kakak.Dia hanya ada dua beradik sahaja dengan abangnya, Lokman.Walaupun perwatakan Zakiah sedikit kasar namun masih lagi menjaga tata tertib sebagai seorang perempuan.Bagi Nadhirah, Zakiah seorang wanita yang cukup sempurna kerana semenjak Zakiah menjadi rakan serumahnya 7 bulan dulu, Zakiah sentiasa menutup aurat meskipun hanya mereka tinggal berdua sahaja..Dia sendiri bila hendak keluar rumah dan jika tetamu datang ke rumah barulah dia akan memakai tudung.Dia tidak menafikan amat mengkagumi sikap Zakiah.Oleh sebab itu dia merasakan Zakiah adalah pilihan yang tepat.
"Nape lak family kau nak kenal aku.Aku ni bukannya kekasih kau "berkerut dahi Zakiah mahu kepastian.
"Tahu la kau tu bukan kekasih aku, tapi mana tahu kau boleh jadi kakak ipar aku."terang Nadhirah sambil memegang lengan Zakiah. Zakiah menepis tangan Nadhirah yang sudah memaut lengannya.
"Berapa kali aku pesan…jangan la pegang-pegang...aku tak suka..lepas la..."sambil Zakiah cuba meleraikan pegangan Nadhirah.Hatinya berdebar apabila Nadhirah tidak mahu meleraikan pegangannya.
"Aku akan lepaskan..tapi kau kena setuju ikut aku balik kampung.."ugut Nadhirah.Berderau darah Zakiah takkala Nadhirah merapatkan tubuhnya.Terasa kehangatan tubuh gadis itu.Bertambah kencang denyutan jantung Zakiah.Menahan gelora di jiwa.
"Ok..ok…aku setuju.So..bila kau nak lepaskan tangan aku ni"Zakiah memuncungkan mulutnya ke arah lengannya.Minta segera dileraikan pegangan.Takut gelora di jiwa bertambah gundah gulana.Dia melarik nafas lega apabila Nadhirah meleraikan pegangan.
"Tapi biar kerja aku kat office selesai dan aku kemaskan pakaian aku dulu, baru kita balik.."luah Zakiah.Dia tersenyum apabila Nadhirah hanya mengangguk sahaja tanda setuju.Dia terus berlalu dari bilik Nadhirah.Dia tidak mahu berada lebih lama dengan Nadhirah.Dia masuk ke biliknya.Dia melabuhkan punggung ke birai katil.Otaknya perlu memikirkan sesuatu.
"Hissh..macam mane ni.Apa aku nak buat ni.Nape la aku setuju nak ikut dia balik kampung.Nanti kat kampung dia macam mane dengan aku pulak."keluh Zakiah sendirian. Menyesal bersetuju mengikut Nadhirah untuk balik kampung.Zakiah mengingati pepatah melayu berkata ‘Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata kena tanggung sendiri.’.Dia melepaskan keluhan yang entah ke berapa kali..Berat benar rasa hati untuk menerima cadangan Nadhirah.Tapi jika dia tidak segera setuju semakin bergelora perasaan di jiwa.Takut dia tidak dapat mengawal perasaannya yang semakin memuncak apabila tubuh Nadhirah semakin rapat dengannya.Oleh kerana itu dia terus saja bersetuju tanpa memikir kemungkinan yang akan berlaku .Lama dia termenung memikirkan apa yang akan berlaku nanti.
"Arrgghh…malas la nak fikir lagi.Tengok la apa yang akan terjadi nanti."keluh Zakiah.Fikiran nya buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian.Dia menuju ke arah almari pakaiannya.Dia mengambil beg dan mula mengemaskan pakaian yang perlu di bawa untuk ke kampung Nadhirah.Dia membawa hanya sedikit sahaja pakaian oleh kerana cuti yang ada cuma 3 hari.’Boleh aku cuti lama sikit.Asyik kerja je..boring jugak.Boleh la aku kenal famili dia’desis hati Zakiah.Dia mengemaskan pakaian sambil menyanyi bagi mengurangkan beban yang sarat di hati.Dia mengemaskan pakaiannya lebih awal supaya petang esok selesai kerja dia boleh pulang terus ke kampung Nadhirah.
zakiah ni lesbian ker?ker mcm yg org pertama yg komen 2.lelaki menyamar jadik pompuan.sambunglah cpt citer dier nk tau lesbian ker lelaki menyamar jadik pompuan.
i rasa kan...zakiah ni menyamar jadi perempuan...sbb tu dia tak bg Nadhira sentuh dia lebih2....kan? anything la....hope ada sambungan lagi...good job to writer...
Mcm misteri nusantara lak..x sabar nk beli le novel ni
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
zakiah nie lesbian ke???
ke laki nyamar jd pompuan??
nice story...
nk tau lebih lnjut...
so cepat2 la update k..