Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Selesai saja memberi maklumat kepada pihak polis,Zero dan Moon pun pulang ke rumah masing-masing.Sepanjang perjalanan menuju ke perhentian bas,Zero tidak banyak bercakap,dia masih kesal dengan sikap Moon.Hatinya masih sakit.Nak tak nak saja Moon memandang Zero.Ada riak bersalah di wajahnya,tapi ungkapan maaf terlalu sukar untuk dituturkan.Lidahnya kelu.
Kereta Uncle Adin berhenti tepat dihadapan Zero dan Moon.Moon memandang Zero.Kau nak tumpang??Soalnya tapi dalam hati sajalah..mulut terlalu sukarkah kau untuk mengucapkan kata-kata itu?Zero memandang Moon dengan wajah pelik.
"Hei!Kau tak nak naik?" Moon tersentak.Cepat-cepat kepala dipalingkan kearah kereta.Moon tunduk seketika.Lalu mengangkat wajah semula,dia ingin mengatakan sesuatu kepada Zero tapi Zero cepat memintasnya.
"Naiklah!" Katanya sepatah lalu beredar tanpa sempat Moon menjawab.Belakang Zero dipandang sayu.
"Kau tak nak tumpang?" Bisik Moon sambil memandang Zero yang semakin hilang ditengah-tengah kesesakan ramai orang.Kenapa dengan aku ni?Susah sangatkah nak ajak di tumpang sekali?Melihat Uncle Adin yang masih setia menunggu di dalam kereta,Moon pun masuk tanpa berlengah lagi.Kereta di pandu keluar dari perhentian bas itu.
"Moon,Tuan Sarandani dan Puan Saphiera sudah menunggu dirumah," Pesan Uncle Adin sambil memandang Moon melalui cermin depan kereta.
"Moon tahu..kenapa diorang balik?Kan baru 2 bulan diorang pergi..selalunya sampai 4 bulan tak balik rumah," Ada nada menyindir.Bosan dengan sikap ibubapanya.Fedup!Orang dah susah baru nak balik,waktu aku dapat anugerah pelajar cemerlangkah apa..seorang pun tak datang.Sekolah aja milik Puan Saphiera,ibu aku sendiri tapi..mama juga tak datang.Teruk sangatkah aku?Moon mengeluh.
"Mereka tak bermaksud begitu Moon..mereka sayang dengan Moon.Cuma mereka terlalu sibuk," Uncle Adin sengaja menyenangkan hati Moon.Bukan sengaja,memang pun sayang.
"Sebenarnya..Moon ni yang buat diorang sentiasa sibuk." Jawab Moon.Uncle Adin tidak dapat berkata apa-apa lagi,cukuplah dia sudah memberitahu yang ibubapanya masih sayangkan anak mereka lagi.Tapi dia tetap bersimpati dengan Moon,sejak kecil hanya dia yang memandang budak-budak lain mendapat kasih sayang dari ibubapa,sedangkan dia sentiasa mengharap.
Kereta hitam yang dipandu oleh Uncle Adin berhenti ditempat letak kereta.Moon terus keluar tanpa sempat Uncle Adin membukakan pintu untuknya.Lagakkya seperti tergesa-gesa masuk kedalam rumah sehingga lupa menutup pintu kereta.Uncle Adin tersenyum.
"Moon juga rindukan mama dan papanya," Kata Uncle Adin lalu membantu Moon untuk menutup pintu.Uncle Adin menuju ke belakang rumah.
Pintu giant itu dipandang,tangannya nak tak nak membuka pintu tapi akhirnya pintu dibuka juga.Tenang Moon..aku tahu kau rindukan mama dan papa..begitu juga aku..hati Moon berkata-kata sendiri.Kaki Moon melangkah masuk.
Puan Saphiera yang sedang duduk atas sofa dengan wajah cemas,tersentak lalu memandang kearah pintu.Melihat saja wajah Moon,Puan Saphiera terus mendapatkan Moon lalu memeluk erat tubuh Moon.
"Moon..."
Tuan Sarandani yang sedang berdiri sambil melihat di luar jendela kaca menoleh ke arah mereka.Wajahnya kelihatan tegang melihat Moon.Moon memandang Tuan Sarandani.
"Moon tak apa-apa?Moon sakit tak?" Soal Puan Saphiera kerisauan sambil menyentuh balutan dikepala Moon.Moon menggeleng tersenyum.
"Mama risau?Kenapa nak ambil masa yang lama untuk balik rumah?" Soal Moon tiba-tiba.Puan Saphiera terkesima.
"Moon marah mama,ya?Moon marah mama tak balik rumah?" Seperti selalu,suara Puan Saphiera sentiasa saja lembut berbicara.Pipi Moon disentuh.
"Entah nak cakap macam mana...Moon dah tak peduli.Mama dan papa nak balikkah,tak nak balikkah..Moon tak kisah," Bersahaja ayat itu terucap dibibir Moon.Puan Saphiera memandang moon dengan mata yang ingin menitiskan air mata.Terlalu besar salahnya pada Moon,sudah terlalu banyak dia mengguris hati anaknya.Puan Saphiera tunduk,ingin menyembunyikan air matanya yang sudah jatuh.
"Begitu cara bercakap dengan mama,Moon?Begitu cara Moon menyambut mama dan papa pulang?" Soal Tuan Sarandani tiba-tiba sambil menuju ke sofa.Dia melabuhkan punggungnya.
"Sambut kepulangan mama dan papa?" Ajuk Moon.Moon mendengus kecil.Aku yang tercedera,aku yang masih dalam kesakitan tidak diambil peduli???
"Hmm...papa akan suruh mereka mendakwa Trisha." Moon tersentak.Mendakwa Trisha?Papa dan mama dah tahu dalang semua ni adalah Trisha?
"NO!Papa tak boleh buat begitu...ini masalah Moon.Moon akan selesaikannya dengan cara Moon sendiri," Bantah Moon.
"Kenapa tak boleh?Mereka tu sepatutnya dimasukkan dalam penjara..mereka tak sepatutnya buat Moon begitu.Kalau terjadi sesuatu pada Moon macam mana?" Moon dan Puan Saphiera menuju ke sofa lalu melabuhkan punggung.
"Tapi Moon okey..Moon tak apa-apa!" Bantah Moon lagi.
"Kenapa Moon beriya-iya sangat nak bela diorang?" Moon terdiam,tidak tahu mahu jawab apa.
"Sebab...sebab..." Otak Moon berfikir ayat mana yang sesuai untuk dijadikan jawapan
"Sebab apa?" Gesa Tuan Sarandani.Puan Saphiera sekadar menjadi penonton dalam soal jawab dua beranak itu.
"Sebab..diorang kawan Moon," Jawab Moon.Ayat yang sudah lama tidak dituturkannya.Ayat yang sudah terkubur lama dalam hati Moon.Dan hari ini,sekali lagi dia menggunakan ayat itu.
"Kawan?Orang yang merancang untuk mencederakan Moon?Itu Moon anggap kawan?" Soal Tuan Sarandani lagi.
"Moon tak kisah diorang nak buat apa pun,just jangan masukkan diorang dalam penjara..Moon tahu diorang akan berubah juga,"
"Hah!Tulah masalah Moon..orang yang buat jahat pada Moon pun Moon masih percaya diorang akan berubah..Moon sedar tak yang Moon ni terlalu naif?Bila Moon nak jadi matang?"
"Bila masa papa tahu Moon ni naif?Bila masa pula papa tahu yang Moon ni tak matang?"
"Papa kenal anak papa,"
"Kenal??Papa kenal Moon?Anak yang berbulan-bulan ditinggalkan selepas kakak Hanna hilang?Anak yang dibiarkan hidup sendirian dengan pembantu rumah???Betulkah papa dan mama kenal Moon?" Soal Moon sambil berdiri sambil memandang wajah papa dan mamanya bergilir-gilir.Puan Saphiera tersentak,dia tidak menyangka
Moon yang selama ini berdiam diri,sebenarnya dalam kesakitan.
"Moon tak pernah tahu pula yang papa ni ambil berat dengan Moon..dan mama,betulkah mama juga kenal Moon?" Puan Saphiera memandang wajah Moon.
"Maafkan mama,sayang..maafkan mama ya?" Pinta Puan Saphiera sambil memeggang kedua-dua tangan Moon.Puan Saphiera tertunduk lalu mengangkat wajahnya semula dengan air mata dipipinya.Moon tersentak,dia baru tersedar yang dia sudah membuatkan orang yang paling disayanginya menitiskan air mata.
"Mama...mama..please jangan nangis...Moon minta maaf..Moon minta maaf,ya?" Moon menyeka air yang ada dipipi ibunya.
"Moon terlalu lemah!Moon terlalu berlembut hati dengan diri Moon sendiri," Kata Tuan Sarandani lagi.
"Papa..cukup!Mama dah tak sanggup dengar pertengkaran kamu lagi..tak bolehkah kita berdamai saja?Biar yang lalu itu berlalu.Kamu tak penat bertekak?" Puan Saphiera tidak dapat bertahan lagi.Dia tidak sanggup melihat keluarganya bertngkar sekali lagi selepas Hanna.Moon bangkit.
"Papa yang lemah,bukan Moon.Mama maafkan Moon.Moon nak keluar kejap," Kata Moon lalu beredar keluar dari rumah itu.
"You!!Moon,came back here!" Panggilan Tuan Sarandani tidak diendahkan.Pintu giant itu tertutup rapat.
"Puas hati papa sekarang?Papa nak Moon juga tinggalkan kita?" Soal Puan Saphiera.Tuan Sarandani memandang Puan Saphiera.
"Bukan begitu caranya berbaik dengan anak,bukan begitu caranya membantu Moon..papa faham tak yang papa dah rosakkan hubungan kita dengan Moon?" Sambung Puan Saphiera lagi lantas meninggalkan suaminya yang masih tergamam mendengar ucapan isterinya.
*****
"Aarrrggg!!!" Moon melepaskan rasa sakit dihatinya dengan menjerit sepenuh hatinya dikawasan pergunungan itu.Suara jeritannya masih bergema diruang itu.Moon mengeluh,lalu melabuhkan punggung dibangku yang disediakan.
Satu,kakak.Dua,papa dan mama.Tak puas-puas lagikah hati ini disakiti.Tak cukup lagikah hati aku sakit selama ini?Sudah beberapa jam dia meneangkan diri di kawasan pergunungan itu,tapi hatinya masih lagi bercelaru.
Moon memandang langit yang kian senja,fikiran dilontarkan pada perbualan dia dan kakaknya dibanglo tengah hari tadi.Bila difikirkan balik,rasa bersalah menghimpit dadanya lagi.Rasa bersalah pada Zero.
"Kenapa kakak bersembunyi disini bersama Gia?"Soal Moon.Hanna memandang Gia yang sedang bermain bunga ditaman berhampiran pondok dibelakang banglo mereka.
"Sebenarnya,bukan kakak dan Gia aja yang tinggal di banglo ni,tapi Zany juga.Suami akak." Terlopong mulut Moon.
"Abang Zany juga tinggal dibanglo ni?" Hanna mengangguk.
"Bila kakak berkahwin dengan abang Zany?"
"5 tahun lepas..selesai saja abang Zany tamatkan pembelajarannya di oversea,"
"Tapi macam mana kakak dan abang sembunyikan diri?Kan jejak abang Zany akan ditemui kalau dia bersekolah?"
"Zero yang membantu...tapi kakak tak boleh cakap macam mana dia membantu Zany." Moon menggangguk.Tapi dia masih dilanda persoalan..dia tak tau pula dunia ada begitu banyak persoalan.
"Kak,kenapa Zero boleh berada dibanglo ni..dan macam mana Moon boleh ada disini??" Soal Moon lagi.Kali ini wajahnya menunjukkan muka pelik.Takkan secara tak sengaja Zero menjumpai banglo ni?
"Sebenarnya..Zero dah lama tahu kakak dan Zany tinggal kat sini,dan Zero juga yang selamatkan Moon.Dia mencari Moon selama sehari.Zero juga menjaga Moon selama Moon tidak sedarkan diri,"
"Zero..selamatkan Moon dan menjaga Moon??" Soalnya pelik
"Tapi kan hari gelap,macam mana dia boleh jumpa Moon?"
"Dia tak jumpa Moon malam Moon hilang,tapi dia jumpa Moon dalam gaung pada tengah hari esoknya.Bermakna dia tak putus asa dalam pencariannya," Jawab Hanna.Terlopong mulut Moon,tanpa diminta jantungnya berdegup kencang lagi.Patutlah dia marah sangat tadi.Tapi,aku bukannya tahu dia yang selamatkan aku.Aku kan dengan Kenichi?Kenichi?!I almost forgot..tapi percayakah kakak kalau aku kata aku merentasi masa?Hmm...tak apalah..lagipun kakak dah tahu aku pernah merentasi masa..
"Dan luka di tangan Zero..."
"Ya...tangannya terluka waktu mengangkat Moon keluar dari gaung,dan untuk pengatahuan Moon juga,2 hari Moon pengsan..2 hari juga Zero tak makan," Kata Hanna diikiti tawa.
Moon tersentak seraya bangkit.Entah kenapa dia mahu sangat berjumpa dengan Zero.Dia mahu mengucapkan kata maaf dan terima kasih.Tapi dalam masa yang sama..ada satu perasaan lagi yang menguasai Moon untuk berjumpa dengan Zero.Tanpa Moon sedari dia melangkah menuju ke keretannya.Kelihatan Uncle Adin menunggu Moon sehingga terlelap.Moon masuk kedalam kereta.
Pintu rumah banglo Zero terbuka dari dalam.Alangkah terkejutnya Zero apabila wajah Moon terpampam dihadapannya.Wajah Zero tiba-tiba bertukar cemas.Dia memandang kedalam sesaat,lalu keluar dari rumah sambil membawa Moon jauh dari pintu itu.Cemas lagaknya.Seakan ternampak hantu.Moon memandang Zero.Pelik.
"Shuu!!" Kata Zero sambil meletakkan jari telunjuknya dibibir.Moon mengedutkan dahi,sambil memandang banglo yang tersergam indah didepannya.
"Aku tak kata apa-apa pun," Kata Moon.Zero mencekak pinggan dihadapan Moon
"Apa kau buat kat sini?" Soal Zero dalam nada berbisik.
"Kau kenapa?" Soal Moon pula,juga dalam nada berbisik.
"Ishh!Kau buat apa kat sini,aku tanya," Ulang Zero lagi.
"Aku nak jumpa kau,aku nak cakap sikit." Zero terpaling dua kali kearah Moon.Terkejut.Biar betul?Selalunya kalau dia nak jumpa mesti dia hantar mesej dulu.
"Okey," Jawab Zero sambil melihat jam ditangannya.7 tepat.
"Jom!" Sambungnya lalu menarik tangan menuju ke tempat pakir motosikalnya.
"Hei!" Marah Moon tapi Zero tetap menarik Moon sehingga tiba ditempat pakirnya.Tangan Moon dilepaskan.Topi keledar yang tersangkut di kepala motor diberi kepada Moon.Aku tak apa pecah kepala..tapi kalau Moon,jangan.Dia kan Witch..perlu masa yang panjang.Untuk menginsafkan diri.
"Apasal kau bagi topi buruk ni?" Soal Moon selamba.Zero menjeling kearah Moon.Pantang nenek moyang aku kalau kata topi keledar aku buruk.Tapi dilupakan saja niat untuk memarahi Moon,memandangkan sekarang adalah masalah darurat.
"Untuk dipakailah..takkan aku bagi untuk suruh kau makan pula," Jawab Zero sambil menghidupkan motornya."Naik!" Arahnya pula.
"Tapi.."
"Kita tak boleh bercakap kat sini sekarang,jadi sekarang naik.Jangan banyak soal..aku tau kau ada masalah jantung..tapi kalau kau menolak,tu bermakna kau sukakan aku." Moon mengetap bibir.Tanpa menjawab apa-apa,topi keledar disarungkan di kepala.Glup!Jantung..jangan bagi aku masalah..untuk hari ini aja..Moon membonceng di belakang Zero.Zero tersenyum kecil.Siapa suruh,ego sangat...kan dah kena..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hohohohohoho
suka2...
cpt a smbg
ad blog ak????