Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
BAB 1 "Apalah kau ni.Mana ada apa-apa dekat dalam tandas tu,"marah Alina.Mungkin marah kerana lenanya diganggu.Adira hampir mahu menangis mendengar kata-kata rakannya itu. "Ada hantu,"jawab Adira. "Hantu?Kaulah hantunya malam-malam macam ni.Hei,aku ngantuk ni.Kau ajaklah orang lain,"kata Alina sambil menarik selimutnya kembali.Adira mencebik.Pantas dia bangun lalu memulas tombol pintu lalu memerhatikan lorong di sebelah kanan dan kirinya.Adira mengusap lengannya.Bulu romanya serta merta berdiri apabila teringat kembali cerita rakan-rakannya. Perlahan-lahan Adira menyarung selipar tandas lalu berjalan perlahan-lahan kearah tandas di hujung blok Cempaka.Dorm yang diduduki Adira pula berada di hujung iaitu dorm Cempaka 5.Adira menyusuri dari satu dorm ke satu dorm.Dorm 4,3,2,dan dorm 1.Adira menarik nafas lega apabila kakinya mula melangkah masuk ke dalam tandas. Selepas menunaikan hajatnya,Adira mencuci tangan.Tok..tok..tok..Adira menoleh ke arah salah satu pintu tandas.Bunyi ketukan itu kedengaran lagi.Bulu romanya menegak.Adira memberanikan diri membuka pintu yang agak renggang itu.Apabila dibukanya….. Lah…seekor kucing berwarna hitam sedang merenung ke arahnya.Kaki kucing tersebut mengetuk-ngetuk batang paip di situ.Adira mengeluh.Buat takut aku aje.Adira segera melangkah keluar.Apabila Adira sudah melangkah keluar,tanpa disedarinya sepasang tangan menggapai seperti meminta pertolongan daripadanya.
Adira tekun membuat kerjanya.Dari tadi dia mendengar cerita Alina dan rakan-rakannya mengenai tandas aras 1 di blok yang mereka duduki tetapi dia malas mahu masuk campur tambahan pula dia boleh dikatakan seorang yang agak penakut. "Betul,takkan aku nak tipu korang pulak.Ha Adira?Malam tadi kau pergi tandas tu,takde apa-apa ke?,"tanya Alina sambil tersengih-sengih.Adira mencebik.Malam tadi orang ajak teman tak nak,kata hatinya. "Eleh,kalau nak tau sangat,lain kali temanlah aku pergi tandas.Dahlah.Kan dah 2 tahun kita tinggal blok tu,"jawab Adira acuh tidak acuh.Namun,dia mahu menenangkan hatinya sendiri yang agak ketakutan.Dia teringat ketukan yang bertalu-talu semalam.Ah,kucing ajelah,katanya sekadar untuk menenangkan dirinya sendiri. "Ah,jangan dilayan si Adira ni.Penakutnya semacam,"sela Adhlin.Adira yang mendengar hanya menganggap itu satu gurauan sahaja.Lagipun,memang betul pun apa yang mereka katakan itu.
"Dari siang tadi aku suruh kau buat kerja ni.Tengok,kan sekarang dah tak siap,"kata Alina agak marah kepada Adira yang terkocoh-kocoh menulis.Semua dorm sudah gelap dan hanya study room sahaja yang masih berlampu. "Janganlah marah.Aku bukannya apa.Penatlah buat backdrop siang tadi.Mana aku tau esok ada majlis,"bela Adira.Beberapa orang pelajar yang ,membuat study group sudahpun beransur-ansur pulang ke dorm masing-masing.Kini,tinggallah Adira,Alina dan beberapa orang pelajar tingkatan lima yang masih menelaah pelajaran.Maklumlah,percubaan hampir tiba. Apabila melihat Alina yang tersengguk-sengguk di sisinya,Adira mengemaskan barang-barangnya."Lina,bangunlah.Kesian aku tengok kau ni,"kejut Adira simpati melihat temannya itu yang tersengguk-sengguk semata-mata mahu menemankannya.Alina terpisat-pisat merenungnya. "Eh,kerja kau dah siap ke?,"tanyanya perlahan. "Belum lagi.Takpelah.Nanti aku sambung dekat dorm." "Kau macamlah tak tau mana boleh bukak lampu lagi bila dah pukul 12 malam.Takpelah,aku temankan kau.Buatlah kerja tu.Kau macam tak tau Miss Rozie tu.Mampus kau kena dengan dia nanti." Adira mengangguk lalu duduk kembali menyambung kerja-kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi."Eh,Adira.Dah nak dekat pukul satu dah ni.Tak nak balik dorm ke?,"sapa Elyn sambil mengemaskan peralatan menulisnya.Adira tersenyum memandang pelajar tingkatan lima yang satu dorm dengannya itu. "Takpelah kak.Kejap lagi Dira baliklah dorm." Elyn mengangguk lalu keluar membuntuti rakan-rakannya yang sudah ke tandas sebelah untuk menggosok gigi dan mencuci muka sebelum masuk tidur.Tinggallah mereka berdua sahaja.Adira mempercepatkan kerjanya.Alina sudah terlentok di sebelahnya. Tiba-tiba Adira dapat merasakan angin kencang bertiup.Adira menoleh ke luar.Secara tiba-tiba juga pintu study room yang sudah tertutup rapat ditutup Elyn tadi terbuka luas.Adira tersentak.Bulu romanya serta merta meremang."Kak Elyn ni tutup ke tak pintu ni tadi,"ngomelnya seorang diri. Adira pantas bangkit dari kerusi yang didudukinya itu.Ketika tangannya hendak memegang tombol pintu yang agak berkarat itu,dia merasakan ada sesuatu yang pelik.Eh,angin dah tak ada lagi.Rasanya tadi angin bertiup kencang tapi sekejapan sahaja angin yang menderu tadi hilang secara tiba-tiba. Adira cepat-cepat menutup pintu study room tersebut lalu menguncinya dari dalam.Ketakutan yang menguasai diri hampir-hampir sahaja membuatkan tangannya ringan mahu mengemas tetapi apabila teringatkan wajah Miss Rozie yang bengis itu membuatkannya membatalkan hasratnya. Adira meneruskan kerjanya dengan ketakutan yang masih menguasai dirinya.Tok..tok..tok…Pintu bilik study room tersebut diketuk dari luar.Adira…Adira….terasa sayup-sayup namanya disebut.Adira menggigil ketakutan.Dia ingin mengejutkan Alina tetapi niatnya dimatikan. Dengan lafaz bismillah,Adira membuka pintu.Elyn dan rakannya tersengih-sengih memandangnya.Adira menarik nafas lega."Akak ni buat takut Dira aje tau.Kenapa panggil nama Dira macam tu?,"berkerut-kerut dahi Adira sambil membuka pintu tersebut luas-luas. Elyn mengerutkan dahinya."Akak nak ambik pencil box tertinggal tadi.Eh,rasanya mana ada akak panggil nama Dira.Akak ketuk pintu aje tadi.Kalau tak percaya tanya Kak Kina ni hah,"kata Elyn.Kina mengangguk mengiakan kata-kata rakannya itu. Adira membeliakkan matanya tidak percaya.Biar betul,kata hatinya."Eh,kak.Tadi ada angin tak masa akak nak balik dorm?,"tanya Adira.Elyn berpandangan dengan Kina.Kedua-duanya mengerutkan dahi tanda kehairanan mendengar kata-kata Adira itu. "Kau mengigau ke Dira?Angin apa pulak ni?Jangankan angin,daun pokok pun tak bergoyang tau,"kata Kina.Elyn mengangguk.Adira kehairanan. "Eh,akak tau tak masa lepas akak semua keluar aje dari sini,pintu ni terbukak sebab ada angin tiup.Kuat sangat.Tapi bila Dira nak tutup balik,angin tu dah takde,"jelas Adira.Elyn dan Kina kelihatan agak ketakutan mendengar kata-kata Adira itu. "Kau ni biar betul,Dira?,"tanya Kina. "Eh,apa pulak yang tak betulnya.Alah,mungkin perasaan Dira aje tu.Kenapa akak berdua ni nampak takut-takut aje?,"tanya Adira.Walaupun hatinya kehairanan,tetapi tangannya masih lincah menulis apabila mengenangkan kerjanya banyak lagi yang perlu dibereskan. "Dahlah Dira.Jom balik dorm cepat.Seram sejuk akak dengar cerita kau tu.Kejutlah si Lina tu cepat,"gesa Elyn.kelam-kabut dia mengejutkan Alina yang sedang tidur itu. "Kau buat aku takut ajelah Lyn.Aku takut pulak nak balik dorm aku.Dahlah dorm aku aras 3,"rungut Kina. "Kau tidur ajelah dorm aku.Besok pagi-pagi baliklah dorm kau.Kalau kau naklah.Kalau kau tak nak mungkin aku ke…." "Ok..ok…aku tidur dorm kau.Dah cepatlah Lina,Dira,"gesa Kina sambil menarik tangan Alina yang masih terpisat-pisat itu.Adira yang masih tidak mengerti apa-apa hanya menurut.Pandai-pandailah dia mahu mencari alasan kepada Miss Rozie esok.
citer ni macam penah berlaku masa sya di sekolah lama sya di kelantan.. waktu dlm tandas dan ketika waktu study sama ngan kawan2 lain cuma beza dengar org berjalan kehulu hilir dibalik pintu..
eeee...suke suke,hehe best la seram je mcm bleh rasakan seolah olah saya berada brsama2 mereka. cepatla sambung
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
first ye??
heeeee...cepat la sambong...cepat laaa
(pilet)