Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Marjan berdiri di hadapan kolejnya diiringi satu keluhan panjang. Dia kini merupakan pelajar di situ. Hai, apalah malang nasib aku.
Minggu lepas, dia dan Kasturi bertungkus lumus membuat "perhitungan" dengan pengurusan kolej di hari sepatutnya dia mendaftar. Selepas itu, Dato' Safwan memberinya wang tunai pula untuk dibelanjakan bagi membeli keperluan kolej seperti pakaian baru (memandangkan dia memang "miskin" betul, bajunya yang dibawa Cuma 3 helai sahaja, itupun setelah penat memilih baju yang paling "buruk" untuk dipakai) dan peralatan belajar.
Namun akhirnya duit itu tersimpan rapi di dalam dompetnya kerana dia telah mengerahkan Kasturi untuk membawa semua pakaiannya yang sesuai dipakai di kolej itu kelak. Cadangnya, apabila semuanya berakhir, duit Dato' Safwan akan dipulangkan semuanya.
Dia tetap menjadi driver Lu'lu' dan Laila seperti yang dijanjikan Dato' Safwan. Cumanya, dia akan diberi kelonggaran di dalam masa belajar.
Marjan melangkah lemah. Lu'lu' dan Laila sudah menghilang dahulu seperti biasa. Dari apa yang dia tahu, dia dimasukkan ke dalam bidang pengurusan perniagaan sama seperti Lu'lu' dan Laila. namun untuk dia bertanya kepada mereka mengenai bidang itu adalah sesuatu yang amat mustahil.
Dah lah masuk semester 1 balik! Diploma pulak tu! Hampeh tol! Mana aku nak campak sijil sarjana aku?? Marjan melangkah tanpa arah tujuan. Jika diikutkan, dia tidak perlu masuk ke kelas pun. Tapi dia tahu untuk meyakinkan Dato' Safwan dan ahli keluarga itu yang lain, dia perlu masuk juga ke kelas. Sekali sekala.
Huh, sekali sekala. Dua kali dua kala pun dah macam neraka bagi aku. Marjan melilau mencari kelas yang sepatutnya dimasukinya.
Penat berpusing, dia berhasrat untuk bertanya dengan orang sekeliling.
Seorang lelaki berjalan kelam-kabut melintasinya. Hah, mangsa aku!
Marjan pantas menahan.
"hai bro, minta maaflah ganggu ni tapi saya nak Tanya ni, kelas business management semester 1 kat mana?" lelaki itu yang pada mulanya kelihatan terganggu berubah ceria wajahnya.
"eh, awak budak BM sem 1 ke? Aku pun, jom, aku nak masuk kelas la ni! aku Jam. Jamil." Dia menghulurkan tangan. Marjan menyambut dengan senang hati dan mereka beriringan ke kelas.
Sempat Jamil bertanya namanya.
"Marjan."
Jamil angguk faham.
Syarahan sudah bermula dan sebaik Marjan melangkah masuk, mata pensyarah tersebut merenungnya penuh makna.
Mereka duduk di satu sudut. Marjan sudah mula terasa bosan. Dia melilaukan matanya dan pandangannya menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang memintal hujung rambut yang kerinting. Dia juga kelihatan bosan.
La, budak ni kecik lagi rupanya. Ingat dah lebih 20. Patutlah budak-budak habis perangai. Tapi muka Nampak cam dah atas 20 je. Marjan menggosok dagunya, berkerut-kerut dahinya.
Jamil yang perasan tingkah Marjan itu menegur.
"kau tengok awek tu ke?" Jamil memuncungkan mulutnya ke Lu'lu' yang duduk selang beberapa baris dari mereka. Marjan mengalih pandang ke Jamil.
"apasal?"
Jamil membuat riak wajah pelik. Dia mendekatkan mukanya dengan Marjan seraya berbisik.
"dia tu dah tua la, tua dari engkau kot? Dia masuk belajar lambat. Tak taulah kenapa. Anak dato, biasalah." Marjan angguk-angguk faham. Lagi tua dari aku? Aku lagi tua dari dia tak kata.
Malas Marjan mahu memanjangkan bicaranya dengan Jamil mengenai itu. Dia berhasrat mahu mengorek maklumat tentang Lu'lu'.
"kau pernah sembang dengan dia?" Jamil geleng pantas.
"aku tak nak sembang dengan dia. Dia cepat marah. Kalau dia bersuara sebab nak tengking orang je bro." Hah, memanglah, aku pun dah berapa kali kena tengking dalam seminggu ni.
"dia ada masalah kot?" sengaja Marjan mahu mencucuk Jamil. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan gadis itu begitu.
Jamil menoleh ke Lu'lu' sekilas.
"aku rasa tak ada tapi tak taulah. Aku peduli apa dengan dia. Aku Cuma pedulikan sorang saja dalam kelas ni." beritahu Jamil tanpa diminta. Wajahnya berubah ceria tiba-tiba.
Marjan jeling Jamil. Ek eleh budak ni, aku Tanya lain jawab lain. Ah, layan jelah.
"siapa?" Jamil pantas angkat tangannya menuding ke satu arah yang amat bertentangan dengan Lu'lu'. Tudingannya tepat jatuh ke Laila.
Marjan melopong. Laila pun budak lagi ke? Ke dia pun lambat gak belajar? Aduh, confuse betul.
"tu, Laila aku." Jamil tersengih-sengih bagai orang angau.
"kau suka dia?"
"haah. Dia baik, walaupun dia tak pernah senyum dengan aku, tapi dia tak jahat mulut macam Lu'lu'. Cakap baik-baik je. Laila ku..."
Marjan tengok Laila yang kelihatan tekun, jeling Lu'lu' yang Nampak bosan, dan malas. Hai, memang hitam Putih betul dua-dua anak Dato' Safwan ni. memang berbeza dari semua segi.
"kau tau tak diorang tu adik-beradik?" Tanya Marjan pada Jamil. Dia yang sedang berangankan Laila tersentak.
"hah? Mana kau tau?" Jamil buat muka tidak percaya.
Marjan pandang depan, bersahaja.
"aku tau lah, aku driver diorang," Marjan toleh ke sisi, mulut Jamil sudah terlopong luas.
"biar betul!" serentak semua mata memandang mereka. Marjan renung Jamil tajam. Jamil sengih-sengih macam kerang busuk.
Aduh, buat malu betul! Mujur pensyarah tu dah tau aku siapa! Hish! Budak Jam ni! aku buat jem strawberi kang baru tau!
"sorry, sorry," Jamil angkat tangan minta maaf, Marjan dah tutup muka dengan tangan. Dia angkat mukanya sedikit, dan matanya menangkap renungan tajam Lu'lu' yang memanahnya dari jauh.
Marjan angkat tangan, membuat gerak mulut, "Apa?" Lu'lu' jeling tajam sebelum memandang ke hadapan semula. Ish, aku korek jugak biji mata perempuan ni!
Jamil dekatkan mukanya dengan Marjan kembali.
"betul ke kau driver diorang? Kenapa kau ada dalam kelas ni?" Tanya Jamil berminat.
Marjan sudah malas mahu menjawab. Menyesal betul aku layan budak ni.
"dato nak aku belajar." Jawab Marjan acuh tak acuh.
"dia tanggung kau la?"
"haah."
"waa! Bestnya!" best? Neraka la!
"hmm, biasa je."
Jamil tiba-tiba menjauh, pandang Marjan atas bawah.
"tapi, aku tengok kau ni tak ada gaya driver pun?"
"habis gaya apa? Anak raja?" tukas Marjan.
"hmm, ada jugak." Marjan telan liur.
"betullah, aku driver diorang. Baru je kerja seminggu."
"ye ke? Laila kat rumah macam mana?" Jamil mendekat kembali, menunjukkan minat.
Aduh, malasnya aku nak jawab!
"biasa je."
"dia selalu keluar rumah?"
"tak."
"dia pandai masak?"
"tak."
"dia suka buat apa?"
"tak tahu."
"dia..."
"kau tolong aku boleh?" pintas Marjan.
Pandangan Jamil bercahaya.
"apa dia? Kau cakap je kau nak aku buat apa, aku akan buat."
"tolong satu je. TOLONG DIAM."
Jamil terdiam.
"itu je?"
Argh! Tak reti bahasa ke budak ni?
"haah."
"ok."
"bagus."
"aku dah tolong kau, kau tolong aku boleh?" argh! Kenapa budak Jam ni tak reti bahasa?
"apa kau nak?" Tanya Marjan acuh tak acuh.
"kau tolong ambilkan nombor telefon Laila. Aku nak. please?"
Marjan tenung Jamil tidak percaya. Aduh, kenapa aku mengaku tadi??? Kan dah dapat kerja bodoh ni! mana pernah orang macam aku mintak nombor telefon perempuan!
"err, aku takut dato marah, kau mintak la sendiri." Dalih Marjan.
Jamil capai tangan Marjan.
"please? Please.... Dia susah nak bercakap dengan orang la. Haraplah dia nak bagi nombor dia kat aku. Entah dia kenal aku ke tidak." Jamil merayu lagi.
Marjan garu kepala, bengang.
"kalau dia tak kenal kau tak payah mintak la." Lagi ada hati!
"alah, aku nak jugak. Aku nak berkenalan dengan dia. Tak kenal maka tak cinta. Tolong la Marjan." Marjan angkat kening tengok Jamil tidak percaya.
"ish, ha, yelah, yelah." Aduh! Cari pasal betul!
Jamil capai tangan Marjan, diciumnya bertalu-talu.
"weh, ko pehal no? Gelilah!" Jamil ditolak kasar. Tersengih lagi.
"thanks! Kau lah penyelamat aku dunia akhirat!" dunia je, akhirat kau punya hal sendiri.
Marjan tenung Laila dari jauh. Garu kepala lagi. Aduh, macam mana aku nak cakap dengan dia ni?
*******
Petang itu, habis sahaja kelas, di dalam kereta. Marjan tenung Laila ikut cermin pandang belakang. Gelisah.
"hei, kau ni kenapa tengok-tengok orang?" aduh, perasan pula perempuan sorang ni. aku bukan tengok kau la!
"saya tak tengok cik Lu'lu' la." Perasan!
Lu'lu' mendengus kecil.
"baru masuk belajar dah buat kepala! Memang dasar budak miskin! Tak tahu malu!" Marjan angkat kening. Aik, ni dah melampau ni!
"cik Lu'lu', yang cik tak puas hati sangat dengan saya ni kenapa?" hah! Jawablah!
"siapa yang tak puas hati dengan kau?"
"habis, cik Lu'lu' asyik cari salah saya je kenapa? Kita baru berjumpa. Saya ada jumpa cik Lu'lu' kat mana-mana ke sebelum ni yang membuatkan cik Lu'lu' dendam kat saya?" ambik kau! Mintak simpang la aku nak jumpa kau! Laila masih tenang. Tidak endah langsung. Telinga dia ni telinga besi apa?
"hei, kau diam boleh tak?" marah Lu'lu'.
Marjan senyum sinis.
"hai, cik Lu'lu', kenapa la cik Lu'lu' tak sama dengan cik Laila? tak banyak cakap, tak menyakitkan hati orang, dari banyak cakap, buat orang angin je buat apa." Dah malas aku nak jaga mulut aku. Lantak la, kena pecat lagi bagus, boleh berhenti belajar!
Marjan jeling cermin sekilas. Merah padam muka Lu'lu'.
"kau jangan sekali-kali samakan aku dengan perempuan ni! aku benci dia! Aku benci kau!" tengking Lu'lu'.
"cik Lu'lu' benci dia? Dia kan adik cik Lu'lu' juga?"
"hei! Aku tak ada adik! Aku anak tunggal tau! Tak ada siapa boleh rampas status tu dari aku! Aku anak tunggal Dato' Safwan!" tempelak Lu'lu' lagi.
Marjan terdiam. Apa dia merepek ni? Laila pun buat bodoh je. Boleh dia tahan duduk tepi perempuan yang macam singa ni? ish, pening aku!
Apa dah jadi dengan keluarga ni sebenarnya?
Marjan tidak menjawab lagi. Malas mahu melayan. Lu'lu' benar-benar marah. Kenapa agaknya?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best n sempoi!