Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KOTOMI keluar dari biliknya sebaik sahaja dia selesai membersihkan dirinya. Uniform hitam putih itu tersarung di tubuhnya. Kotomi tersenyum puas. Dia perlu menemui Mak Cik Misa dahulu sebelum dia memulakan tugasnya. Sementelah lagi dia tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya.
" Mak Cik Misa," sapa Kotomi. Mak Cik Misa sedang menyusun kuntuman bunga ros di ruang tamu. Beberapa kuntuman bunga ros sudah digubah cantik oleh Mak Cik Misa.
" Kamu dah makan?"
Kotomi mengangguk sekilas. " Apa tugas saya, mak cik?"
" Kamu pergi tolong Pak Cik Watabiki di rumah kaca. Dia tengah menyusun pasu dalam tu. Mungkin dia perlukan bantuan kamu," cadang Mak Cik Misa.
" Ba…" sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya, seseorang telah mencelah percakapan dia. Kotomi merasakan ada tangan yang diletakkan pada bahunya.
" Dia boleh tolong Pak Cik Ozu kemas bilik bacaan saya. Boleh, mak cik?"
Kotomi tergamam. Dia segera menoleh ke belakang. Apa yang dilihatnya benar-benar memeranjatkan dia.
" Awak?"
Kira tersengih. Cengkamannya pada bahu Kotomi dikuatkan lagi. Kira menghadiahkan senyuman kepada Kotomi sebelum dia bercakap dengan Mak Cik Misa. Degupan jantung Kotomi semakin kuat. Dia langsung tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi ‘ mangsanya ’ tempoh hari merupakan anak majikan nenek saudaranya. Tidak!!! Mahu sahaja dia menjerit di situ.
" Baiklah. Kotomi, kamu pergi tolong tuan muda, boleh?" tanya Mak Cik Misa, tidak menyangka bahawa ada sesuatu yang telah terjadi antara mereka berdua.
" Er… em… baik… baiklah." Tanpa ada pilihan lain, Kotomi bersetuju. Mak Cik Misa menghilang ke dapur. Hanya tinggal Kotomi dan Kira sahaja di ruang tamu.
" Budak kecil, sekarang ni kau pembantu di rumah ni. Aku akan minta dengan Mak Cik Misa, kau akan jadi pembantu peribadi aku. Kau tentu gembira, boleh jumpa dengan aku sekali lagi, kan?" kata Kira sarkastik. Dia memandang sinis kearah Kotomi. Kotomi mendengus.
" Awak ingat saya pembantu di sini awak boleh nak ejek saya sesuka hati? Awak..." Kira menyambar lengan Kotomi tanpa berkata apa-apa. Dia menarik Kotomi menuju ke bilik bacaannya. Pintu bilik dibuka. Dia menolak Kotomi ke dalam.
" Lembut sikit boleh tak?" marah gadis itu. Dia memegang lengannya yang ditarik kasar oleh Kira. Kira tersengih.
" Kau yang pijak kaki aku tempoh hari tu tak apa pulak?" tanya Kira.
" Yang awak ejek saya tu kenapa? Tanggung sendirilah!"
Kotomi ingin keluar dari bilik itu, namun tangan kasar Kira sempat mencapi lengannya. Sekali lagi dia terdorong ke dalam bilik. Kira tidak melepaskan pegangannya dari lengan Kotomi, tidak membenarkan gadis itu keluar dari bilik bacaannya. Kotomi merenung tajam kearah Kira.
" Awak ni kenapa?" marahnya. Sudah dua kali dia ditarik dengan kasar oleh Kira. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menendang kaki budak sombong itu. Namun apabila mengenangkan nenek saudaranya bekerja dengan ibu bapa budak lelaki itu, dia terpaksa mengalah.
Kira melepaskan pegangannya. Kotomi segera mengusap lengannya. Kelihatan bekas berwarna kemerah-merahan di lengannya akibat cengkaman Kira yang kuat. Simpati menguasai Kira apabila melihat keadaan gadis bertubuh kecil itu sebegitu.
" Sakit ke?" lembut dia bertanya.
Kotomi menggeleng. Apahal pulak dengan mamat ni? Nak buat baik dengan aku pulak tu.
" Awak nak saya buat apa?" tanyanya malas. Dia dah malas mahu melayan perangai anak majikan nenek saudaranya itu. Kotomi melihat sekeliling bilik bacaan kepunyaan Kira. Hatinya tercuit. Bilik bacaan ini memang cantik. Warna pastel biru melatari dinding. Langsir putih menghiasi tingkap dan pintu lungsur.
" Awak tolong saya buang barang yang dah lama. Bawa ke tempat pembakaran. Dah banyak kertas yang bertimbun dalam ni. Ikut saya." Tanpa banyak soal, Kotomi mengikut langkah Kira. Nampaknya, Kira dah berlembut dengan dia. Tak lagi beraku dan berkau dengan Kotomi. Kotomi mengeluarkan beberapa buah kotak sederhana besar dari bawah meja belajarnya. Kotomi menjenguk isi kotak itu. Sebahagian besar isi kotak itu mengandungi nota-nota muzik. Terdapat not-not muzik yang terlakar di atas kertas-kertas itu. Kotomi duduk di atas lantai bersebelahan dengan Kira.
" Awak nak buang semua not muzik ni?" tanyanya. Kotomi mengambil sehelai daripada not muzik itu. Dia meneliti apa yang ditulis di atasnya.
Kira mengalihkan tumpuannya dari bawah meja belajarnya. Dia baru sahaja ingin berkata sesuatu, namun apa yang sedang dilakukan oleh Kotomi menarik minatnya. Kotomi cuba menyanyikan lagu itu.
Kira tersenyum. Dia menarik helaian kertas itu dari Kotomi. " Kalau tak tahu nak nyanyi lagu ni, baik jangan nyanyi," usik Kira. Dia mengusap kepala Kotomi, seolah-olah Kotomi itu adiknya. Kotomi mencebik. Tangan Kira ditolak.
" Semua not muzik ni awak yang karang ke?" tanya Kotomi.
Kira menghentikan kerjanya secara mendadak. Pertanyaan Kotomi menyentap jantungnya. Kotomi mengerutkan dahinya. Kira seolah-olah terperanjat dengan pertanyaannya.
" Awak?"
Kira menggeleng. " Dah, buat je kerja tu. Tak payah banyak tanya. Saya nak keluar sebentar, jangan usik apa-apa kecuali barang-barang ni je. Saya keluar dulu," tanpa menoleh ke arah Kotomi, Kira segera keluar dari bilik bacaannya.
" Salah ke apa yang aku tanya?" tanyanya sendirian.
Kira yang berada di luar bilik sedang berdiri membelakangi pintu. Tapak tangannya menekup muka, nafasnya sesak, dadanya berombak. Dia ingin memarahi dirinya sendiri kerana membiarkan Kotomi melihat semua not muzik itu. Namun itu salahnya juga, dia yang meminta Kotomi menolongnya. Muka Kira bertambah merah. Dia perlukan Pak Cik Ozu, sekarang juga.
" TUAN MUDA KIRA suruh Kotomi buat apa tadi?" tanya Miyuki. Seperti biasa, mereka bertiga akan bersembang dahulu sebelum tidur. Kotomi mendongak memandang siling bilik. Patung beruangnya dipeluk erat.
" Dia minta tolong kemaskan barang dia, tu je," katanya perlahan. Peristiwa petang tadi masih terbayang di mindanya. Sebaik sahaja Kira keluar, dia tidak kembali langsung ke bilik bacaan itu. Kotomi hanya menyusun kembali kotak-kotak itu kembali di tepi meja itu dan meninggalkannya di situ begitu sahaja. Dia bimbang jika dia membakar kesemua isi kotak-kotak itu, ada sesuatu yang masih belum diambil oleh Kira.
" Tak ada perkara lain?" tanya Fuyuki pula.
Lantas, Kotomi menggeleng. Selimutnya dibawa rapat ke dagu. Dia berpusing ke kiri dan menyembunyikan mukanya dengan patungnya. Miyuki dan Fuyuki hanya berpandangan sesama sendiri.
Hana sambung novel ni dlm blog Hana. www.lovinyounovella.blogspot.com
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Hana sambung novel ni dlm blog Hana. www.lovinyounovella.blogspot.com