Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PERALATAN alat tulis bersepah di atas meja. Sekejap ditolak ke kiri,sekejap ke kanan. Kemudian dimasukkan semula ke dalam bekas pensil dan ditolak ke tepi meja. Tangannya kini mencapai beg berwarna biru dan dihempas ke atas meja. Digeledah satu persatu isi yang ada dengan harapan apa yang dicari sejak tadi ditemui. Aneh! Apa yang dicari masih tidak dijumpa. Keluhan berat kedengaran. ‘Mana pergi benda ni? Baru lima minit aku guna, takkan hilang macam tu je.’
Sepasang mata yang tajam ditujah ke arah sekujur tubuh yang berada di hadapannya. ‘Ni mesti kerja budak seekor ni!’ Langkah dihalakan ke arah susuk tubuh itu.
"Weyh!Izat! mana pen biru dan pensil mekanikal aku?!"tanya Qisti dengan penuh tegas. Aizat terus mendiamkan diri sambil menjeling ke arah Qisti. Dibiarnya soalan itu berlalu tanpa jawapan. Qisti geram. Dia terus merentap bekas pensil berwarna hitam milik jejaka itu. dia mengeluarkan dua batang alat tulis yang dimaksudkan.
"Apa ni? Suka hati kau saja nak rentap-rentap barang aku. Kalau koyak siapa yang nak belikan? Kau ke? Pasti bukan kau! Minah kedekut!" Aizat bersuara. Dia merentap kembali bekas pensilnya. Qisti mendidih. Dia terus menjelerkan lidahnya ke arah Aizat dengan matanya yang juling. Aizat yang sedang melihat tepat muka Qisti terbahak-bahak dengan reaksi muka itu.
"Apa ni bising-bising? Kau orang ni,kalau satu hari tak bertekak tak boleh ke? Tak penat ke mulut tu nak berperang saja?" Adyla bersuara. Entah dari mana dia muncul. Tiba-tiba sahaja mencelah.
"Tak pe. Kalau nak senang,kita bawak je dia orang ni jumpa tok kadi. Tak adelah kita yang jadi mangsa,kan?" Kamal pula muncul dengan tiba-tiba. Bagaikan magis. Jejaka yang berbadan rendah itu mengenyitkan sebelah matanya ke arah Adyla. Mereka berdua terseyum sinis. Puas hati dapat mengenakan kawan mereka sendiri.
Qisti geram. Dia hanya mengetap bibir menahan geramnya yang membara. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Mulanya sekadar ingin meredakan geram,tetapi…
Terpegun sungguh pabila melihat senyuman Azuan. Terkesima apabila menyedari bahawa mereka saling berpandangan. Cair hatinya. Terus hilang perasaan marahnya yang tadinya begitu membara. Dia mengukir senyuman. Kelihatan Azuan melambai-lambai ke arahnya.
Adyla yang perasan akan berubahan mendadak Qisti terus menyiku Aidil dan menepuk bahu Aizat lalu memuncungkan mulut ke arah Qisti. Serentak Kamal dan Aizat memandang Qisti.
"Woi,Qis! Kau tengok siapa tu sampai senyum sorang-sorang ?" tegur Kamal. Sejurus itu,Aizat bangun dari posisinya dan melihat ke bangunan sebelah.
"Ouh,tengok budak otai rupanya." Aizat bersuara. Qisti lantas merenung Aizat. Lama. Mata Aizat terkebil-kebil apabila berlawan mata dengan Qisti.
"Aizat.. kau boleh tolong aku tak? Mintakkan nombor budak otai tu. Bolehkan? Kau kan baik." Rayu Qisti dengan nada manja. Terasa kecut tangkai hati Aizat. Tak sangka perempuan yang amat disenanginya itu sebaliknya meminta nombor telefon lelaki lain. Sangkanya Qisti akan memarahinya. Namun,dia masih tak lupa akan statusnya yang hanya diaggap teman biasa.
"Sudah,sudah ! kalau ye pon,tak payah la sampai nak manja-manja dengan aku. Geli tahi telinga aku dengar." Mereka lantas ketawa sebaik sahaja Aizat menghabiskan kata-katanya. Sesungguhnya Aizat mengakui yang dia berasa teramat cemburu. Mana tidaknya,sang gadis yang menjadi pujaan hatinya kini sudah jatuh hati kepada orang lain. Dimintanya pula nombor telefon.
"Boleh tak?" Qisti masih ingin mendapatkan kepastian.
"Yelah. Nanti aku mintakan dalam bas. Nasib kau memang baik sebab aku satu bas sekolah dengan dia." Aizat bersetuju.
"Yeah ! Thank you Aizat ! That’s whylah aku sayang kau. Hahaha." Tawa Qisti kedengaran sungguh riang. Terasa seperti mahu sahaja dia memeluk Aizat pada saat itu. Namun, dia masih tak lupa pada ilmu yang dia peroleh sewaktu di sekolah agama berkaitan muhrim.
"CIKGU MAZNAH ! Saya tumpang letak buku Kemahiran Hidup ni kejap ye,cikgu?" tanya Qisti kepada seorang wanita yang berstatus guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup. Cikgu yang sedang sibuk di bengkel Kemahiran Hidup itu hanya mengangguk tanda kebenaran. Sejurus Qisti dan Adyla meletakkan buku mereka di atas meja yang tersedia di situ. Mereka keluar dan menuju ke surau untuk menunaikan solat Zuhur bersama-sama pelajar tingkatan satu yang lain.
Usai sahaja solat Zuhur,mereka bersurai ke kelas masing-masing. Murid kelas Satu Berlian Satu atau lebih tepat kelas di mana Qisti ditempatkan bergerak ke bengkel Kemahiran Hidup. Qisti dan Adyla berjalan agak lambat kerana mereka suka melambat-lambatkan sesi pembelajaran mereka.Sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam bengkel,mereka terus menjadi panik. Kenapa? "Wei ! kau ada nampak tak buku KH aku? Tadi sebelum pergi solat,aku letak buku aku kat sini." Tanya Qisti kepada seorang rakannya,Intan. Intan hanya menggeleng menunjuk tanda tidak tahu. Qisti mulai rasa tidak senang hati. Dia mula membuat pusingan di dalam bengkel demi mencari bukunya yang sudah tiada. Masih tidak dijumpai. Qisti mulai berang. Dia berjalan menuju ke arah cikgu. Mujur Puan Maznah belum mula mengajar. "Cikgu,boleh saya tanya? Cikgu ada nampak tak buku KH saya di sini tadi?" dua soalan sekaligus diajukan kepada wanita itu, seperti dialah pesalahnya.
"Saya tak perasan pula siapa yang ambil buku awak. Mungkin pelajar Satu KA(Kelas Agama) Satu agaknya kerana,tadi ada pelajar kelas tu datang ambil buku mereka. Mungkin mereka tersalah ambil. Tak apalah,awak ambil pas keluar kelas ni untuk ambil buku awak." Puan Maznah menghulurkan pas kebenaran keluar kelas kepada Qisti. Qisti menarik tangan Afiana sebagai tanda dia memerlukan Afiana saat ini untuk menemaninya.
Sebaik keluar dari bengkel kemahiran hidup,Qisti dapat menangkap kelibat Azuan dengan begitu pantas. Kelihatan Azuan dan teman sekelasnya menuju ke bengkel kerja kayu yang bersebelahan dengan bengkel di mana kelasnya ditempatkan. Jantungnya berdegup laju. Terasa mengalahkan F1. Qisti dan Afiana terus berjalan menuju ke bangunan yang berada di hadapan mereka tanpa menoleh sedikitpun ke arah Azuan dan kawan-kawan.
"Hai,awak dua orang. Nak pergi mana?" tanya seorang daripada mereka. Tetapi,yang pasti bukan ditanya oleh Azuan. Qisti dan Afiana membisu. Tiada apa yang perlu dijawab rasanya. Qisti memandang pelajar lelaki itu lalu berkalih kepada Azuan. Azuan seperti tersenyum. Auhh! Senyuman itulah yang membuatkannya berdebar tiada penamat.
"Awak,awak pernah kena cium? Pernah tak?" Qisti dan Afiana terpana sebaik sahaja soalan itu diajukan. Mereka saling berpandangan. Sekali lagi Azuan tersenyum dengan pertanyaan temannya itu. ‘Fuhh! Apalah ! ada ke patut kita ditanya soalan seperti itu. Tak boleh berfikir dengan waras agaknya. Umur baru setahun jagung,dah pandai nak tanya macam tu. hish !’rungut Qisti. Pelajar lelaki tadi yang berbadan gempal dijeling Qisti tanda tidak puas hati dengan soalan yang diajukan. Qisti dan Afiana pantas meninggalkan mereka tanpa sedikitpun layanan dan senyuman.
Qisti dan Afiana mendaki tangga dengan penuh sabar. Mendaki tangga ke kelas yang berada ditingkat tiga membuatkan kaki mereka berasa sungguh longgar. Mereka menarik nafas bersempena ingin menaikkan kesegaran semula. Qisti segera menjengah mencari buku yang dimaksudkan. Dicapai dua biji buku yang berada di atas meja temannya lalu dipastikan nama tersebut. Qisti Aweera Binti Ismayl. Sudah terang lagi disuluh,itu memang buku miliknya. Pasti ada pelajar yang terambil.
Afiana menarik bahu Qisti dengan tujuan agar Qisti berpaling memandang ke arah yang dimaksudkan. Qisti tersentak. Dia kini sedang memandang Azuan di bengkel yang berhadapan dengan bangunan di mana dia berada. Mereka saling berpandangan.
"Kau tahu tak? Tadi masa kau jumpa buku kau tu,aku terperasan dia tengah tengok kita. Kau tak takut ke kalau dia dah dapat cam budak yang dia lambai selama ni?" Sambil menyelam minum air. Alang-alang dah berhujah,Afiana tanyalah sekali.
"Itulah yang tengah ligat aku fikirkan sekarang ni. Aku rasa dia dah tahu kut. Habis,kalau dia dah tahu bererti tiada lambai untuk aku lagilah?"Qisti cemas. Berharap sungguh dia akan lambaian daripada seseorang yang sudah berkekasih yang bernama Mohamad Azuan Naym. Mereka menuruni tangga depan pantas dan berhati-hati dengan harapan tidak ketinggalan akan sesi pembelajaran. Soalan yang diajukan tadi dibiarkan tanpa jawapan.
Azuan ligat memerhati dua gadis yang sedang berjalan di hadapannya. Dia mengamati wajah kedua-duanya. Berharap dapat mengecam wajah salah seorang daripadanya. Tetapi hampa. Yang seorang berkulit hitam manis,yang seorang lagi berkulit putih melepak. Dia tertawa kecil. Tapi tak terluahkan tawanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Hye..Join mybLog.. :)