Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Anis, apa yang awak menungkan tu?" Anis tersentak. Dia memandang ke sebelah dengan hati yang berdebar. Wajah Fariq memenuhi pandangan matanya. Senyuman hambar dihadiahkan kepada jejaka itu.
"Tak ada apa-apa," perlahan suara Anis. Dia kemudian memandang ke hadapan. Sesaat itu Danny melambai ke arahnya dan Fariq. Mereka berdua membalas lambaian itu.
"Danny, jangan berlari kuat sangat. Nanti sakit lagi," Anis mengingatkan tetapi Danny kelihatan tidak peduli malah lariannya dipercepatkan apabila melihat seekor rama-rama yang cantik. Dia mahu mengejar rama-rama itu.
"Degil betul Danny ni," komen Anis sambil tersenyum kecil.
"Saya tak pernah mengaku dia ayah Danny. Lupakan pasal dia. Dia tidak ada kena mengena dengan Danny!" tegas Anis. Fariq mengangguk. Anis bangun dan ingin menuju ke arah Danny sebelum tangannya direntap Fariq. Dia segera berpaling memandang jejaka itu yang sudah tersenyum.
"Kita pergi bersama," Fariq menarik tangan Anis menuju ke arah Danny. Anis terkedu dengan tindakan Fariq namun senyuman terukir perlahan-lahan di wajahnya.
********************************************
"Kau ikut aku petang Rabu nanti," ujar Aiman Daniel tiba-tiba. Anis tersentak. Dia memandang bosnya itu lama.
"Kenapa? Awak dah terpikat pada saya ke sampai tenung saya begitu?" sindir Aiman Daniel. Anis mengetap bibir geram. Failnya digenggam erat.
"Kenapa?" soal Anis dingin. Aiman Daniel tersenyum kecil.
"Oh, tidak boleh," selamba juga Anis menolak pelawaan Aiman Daniel. Segera jejaka itu mengangkat muka dan memandang tajam Anis. Mungkin tidak menjangka Anis akan menolak pelawaannya.
"Kenapa?" tanya lelaki itu dingin. Anis mengangkat bahu.
"Tiada sebab tertentu. Lagipun saya nak temankan anak saya," Anis tenang memberi jawapan. Aiman Daniel kembali mengadap fail di atas meja.
"Aku tak kira. Kalau aku kata kau kena pergi, maknanya kau kena pergi. Tiada alasan lagi. Sudah, pergi siapkan kerja kau!" sudah kembali sikap diktator Aiman Daniel. Anis menggigir bibir.
"Saya tak…" kata-kata itu terhenti apabila Aiman Daniel memberikan renungan tajam a.k.a mautnya. Gerun Anis dibuatnya. Akhirnya dia keluar dengan hati yang sebal. Sesampainya di luar bilik kakinya terus dihentak geram, mukanya dikelatkan. Aiman Daniel yang memerhati dari dalam pejabat tersenyum geli hati.
*********************************
"Assalamualaikum," suara Fariq membuatkan kepala Anis yang asyik mengadap komputer mendongak. Senyuman terukir di wajah.
"Waalaikumussalam," sesaat itu mata Anis memandang seorang gadis di sebelah Fariq. Cantik, itu anggapan pertama Anis.
"Siapa ni?" tanya Anis. Fariq tersenyum lebar.
"Ini Rina. Dia sepupu saya. Mulai hari ini dia mula berkerja," terang Fariq. Gadis itu menghulurkan tangan.
"Rina," gadis itu tersenyum lebar. Anis membalas senyuman itu.
"Anis," tangan gadia itu digenggam erat.
"Abang, Syara nak lapar la. Jom makan," Rina memandang ke arah Fariq semula. Fariq berfikir semula lalu menganggukkan kepalanya.
"Baiklah. Anis, kami pergi dulu," Fariq dan Rina meninggalkan Anis dan hilang dalam sekelip mata. Anis tersenyum hambar. Bibirnya diketap. Entah kenapa, dia benar tidak senang hati apabila melihat betapa mesranya Fariq dengan Rina. Biasanya, Fariq akan mengajaknya makan sekali tetapi kali ini dia ditinggalkan. Malah, dia pergi bersama Rina..
"Mereka cuma pergi makan tengah hari je, Anis. Jangan fikir bukan-bukan," Maira menegurnya sambil tersengeh. Anis membuat muka selamba sedangkan dia begitu malu kerana Maira seolah-olah dapat membaca fikirannya.
"Saya tak fikir apa-apa. Tapi saya suka tengok muka Rina. Cantik, manis..," puji Anis. Maira tersengeh.
"Ala, tak nak mengaku pulak dia. Aku tahu kau tentu pelik kenapa Fariq tak ajak kau makan dengan dia hari ini. Ala, jangan risaulah. Dia nak belanja Rina la tu sebab hari ini hari pertama Rina kerja," Maira masih lagi tersengeh-sengeh. Anis mencubit paha Maira.
"Padan muka. Tulah, fikir bukan-bukan lagi. Saya tak ada apa-apa pun, awak yang lebih-lebih. Dahla, pergilah makan, saya nak buat banyak kerja ni," Anis kembali mengadap komputer.
"Tak nak pergi makan ke?" tanya Maira. Anis menggeleng.
"Fariq pergi makan dengan perempuan lain, terus hilang selera!" usik Maira. Serentak itu Anis membaling kertas ke arah Maira tetapi rakannya itu lebih cepat mengelak.
"Tak kena!" Maira menjelirkan lidahnya lalu terus ketawa dan berlalu. Anis tersenyum. Macam budak-budak!
"Nah," ada satu bungkusan diletak di atas mejanya. Anis mengangkat wajah. Fariq!
"Apa ni?" tanya Anis sambil memandang Fariq yang tersenyum manis itu.
"Makanan untuk awak. Saya tahu awak pasti tak akan pergi makan tengah hari kalau saya tak paksa awak seperti dulu. Awak makan ya. Nanti sakit perut. Kesian saya," kata Fariq. Anis mengerutkan kening.
"Kenapa pulak awak yang kesian kalau saya yang sakit perut. Patutnya sayalah yang paling kesian," tanya Anis sambil mengangkat pening. Fariq merapatkan wajanya ke arah Anis. Serentak itu jantung Anis berdebar.
"Kalau awak sakit, saya akan rasa sakit juga. Malah saya akan risau dan tak boleh makan, tak boleh tidur. Jadi, jangan cederakan diri awak ya. Kesiankan saya," bisik Fariq di telinganya. Badan Anis kaku kerana terkejut dengan kata-kata Fariq itu.
"Ingatkan saya bila makan," Fariq mengenyitkan matanya sebelum berlalu. Anis memandang plastik makanan itu. Pantas bibirnya mengukir senyum. Awak memang baik, Fariq!
bez ye cter..hehehe lau wat bku ag bez.. ltak c0ver c0mey2.. eermmm.. tp sy nk fariq gan anis bsme.. huhuhu.. tp slalu ye cter cmner nie.. msti daniel dpt anis kn.. huhuhuhhhhhuu
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best, cpt2 smbg k
klu anis dgn fariq pun ok...
dia yg syng& take care kat anis....