Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi itu, aku bercadang untuk ke pasar dengan mak untuk beli barang masakan untuk kenduri arwah malam ni. Tapi si Farizal ni pulak kata biar dia dan ‘abang’ dia tu yang pergi. Dia suruh aku tunggu kat rumah.
"Akak tunggu kat rumah lah. Biar Rizal dengan abang yang pergi. Rizal dah cakap kat abang Sharizal tadi." Begitulah ayatnya. Aku terlongo memandangnya. Ha…biarlah dia pergi.Aku pun malas sebenarnya nak pergi. Selebihnya, aku malas nak berjalan dengan Dr. Sharizal tu. Malu. Ahaii..
"Pergilah. Akak pun malas sebenarnya nak pergi." Balasku sambil tersengih. Farizal mencebik. Aku tersengih lagi padanya.
"Eleh, cakap jek lah malas nak pergi." Sindir Farizal. Aku buat tak tahu saja dengan sindirannya.
"Alah, abang kan Vet. Mestilah tau ikan dan ayam mana yang segar kan, kak?" Tiba-tiba saja si Hafizah menyampuk dari belakang. Entah dari ceruk mana dia datang agaknya. Dia berlari menyorok di belakangku bila Farizal hendak melancarkan serangan ‘ketam’ di lengannya. Tak padan lelaki budak ni. Suka sangat mencubit orang.
"Hei…nak menyindir orang pulak ke? Vet…Vet...apa kaitannya dengan ikan kat pasar?" Farizal bersuara tinggi. Hafizah menjelir lidah pada Farizal. Farizal pulak menjeling Hafizah geram. Hei…budak-budak ni. Nama jek dah besar panjang, perangai macam budak-budak. Si Hafizah ni pun satu, tak habis-habis nak menyakat abang dia tu. Dia memanggil abang dia Vet sebabnya Farizal mengambil bidang Perubatan Veterinar di UPM, Serdang. Tu yang asyik nak mengejek orang ni Vet…Vet…
"Dah..dah…jangan nak gaduh-gaduh. Dah, sekarang doktor vet pergi pasar ye."
"Tengok tu! Akak pun nak ejek Rizal." Farizal sudah memuncung. Hahaha…buruk bebenor muka adik lelaki aku ni bila muncung macam tu. Hilang terus sisi handsome dia tu.
"Ok..tak..tak…sorry. Akak terikut-ikut si Fiza ni!" Aku menampar lengan Hafizah di sebelah yang sedang menggelakkan sakan abang dia tu. Aku pun kadang-kadang terikut-ikut si Hafizah ni. Kesian pulak kat adik lelaki aku ni, karang dia taknak teruskan belajar pulak sebab diejek si minah senget ni. Habis pulak duit yang aku laburkan kat dia dulu masa belum dapat pinjaman. Siapa nak bayar balik?
"Dah siap ke?" Kami serentak menoleh ke suara itu. Dr. Sharizal sudah berdiri di depan pintu dengan senyuman mengulit di bibirnya. Bau minyak wangi polo sport tu sekali lagi menusuk-nusuk ke lubang hidung aku ni. Terus meresap ke hati. Aduh mak oii…
"Dah. Jomlah." Balas Farizal dan serentak itu kakinya bergerak menuju ke pintu.
"Bye…bye Doktor Vet" Hafizah mengusik lagi. Dia berlari terus ke dapur sebelum sempat Farizal berlari mengejarnya.
"Dah…dah…pergi cepat. Nanti habis pulak lauk kat pasar tu." Arahku padanya. Dia mendengus geram pada Hafizah. Kembang kempis hidungnya. Aku menghantar mereka berdua sampai ke muka pintu.
"Saya pergi dulu ye" Dr. Sharizal berkata padaku. Aku mengangguk. Nak pergi, pergi jek lah. Ish…
"Saya pergi ni" Katanya lagi ketika membuka pintu kereta. Aku mengangguk lagi sambil menggaru kepala. Eh, pergi lah. Macam budak kecil pulak dia ni.
"Saya…"
"Ehem..ehem…bila nak pergi ni yek?" Farizal segera memintas. Selamba saja mukanya sambil memandang ke arah lain. Haha…kan dah kena perli?
Aku melihat kereta Toyota Altis hitamnya sudah meluncur ke atas jalan raya. Aku tengok, sempat lagi dia melambai-lambai ke arahku. Aku membalas lambaiannya. Hai..macam-macam la Dr. Sharizal ni. Aku menggeleng-geleng. Kadang-kadang pelik bila aku fikirkan tentang perangai Dr. Sharizal sejak akhir-akhir ni. Aku kembali berfikir tentang kata-kata Ellin semalam tentang Dr. Sharizal. Betul ke apa yang dicakapkan tu? Dr. Sharizal suka kat aku? Hei…entahlah. Biarlah dia cakap sendiri dengan aku. Takkan aku nak tanya pulak? Hmm…sebenarnya, aku pun keliru lah dengan perasaan aku terhadap dia. Perasaan suka sebagai kawan atau suka sebagai…err…entahlah. Malaslah nak fikir dulu. Bikin kusut kepala aku je nanti. ………………………………….
"Kau cerita semuanya Faiz?" Soal Ellin ketika aku menelefonnya.
"Ha’ah. Dia nak tau sangat. Aku cerita semuanya. Takde yang tertinggal." Jawabku sambil menghempaskan satu keluhan.
"Habis tu? Apa reaksi dia?" Ellin terus-terusan ingin tahu. Budak ni, kalau pasal aku denga doktor kesayangan dia tu, laju jek.
"Dia terkejut bila tau aku cuba bunuh diri lepas putus dengan Hakimi." Ellin mencetuskan reaksi terkejut di hujung talian.
"Lepas tu?" Soalnya lagi penuh dengan excited tahap dewa.
"Lepas tu, dia cakap, kalaulah dia ada bersama aku masa tu, mesti dia takkan benarkan semua tu terjadi kat aku." Aku menjawab perlahan. Sekali lagi Ellin mencetuskan suara reaksi terkejutnya. Kalau dia ada kat depan aku ni, mesti dia tengah menutup mulutnya yang terlopong. Lepas tu, mata membulat besar pandang ke arah aku.
"Dia cakap macam tu Faiz? Dia cakap macam tu? Kau tau tak apa maksudnya tu?"
"Apa?" Soalku bodoh. Tergaru-garu kepala.
"Ish..kau ni lembaplah. Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah." Amboi, terlebih betul minah sekor yang tak berekor ni.
"Amboi, sesedap kau jek heh. Nak merasa penampar Johor ke?" Tegur aku tegas. Cet…konon jek tu. Ellin ketawa di hujung talian.
"Ok…ok..sorry sis. Hei…kau tau tak apa maknanya tu? Maknanya dia memang suka kat kau Faiz. Dia betul-betul sukakan kau. Kau tau tak dia bagi kau hint tu. Tu pun tak sedar-sedar lagi ke? Faiz…Faiz..kau ni slow sangat lah." Aku diam tidak membalas kata-kata Ellin. Sebenarnya aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku pun sebenarnya sukakan dia. Tapi, tak tau suka yang macam mana dan at the same time, aku takut. Betul ke dia suka kat aku. Aku takut aku yang terlebih over perasan pulak. Nanti aku jugak yang malu. Mana nak sorok muka kalau dah malu? Lagipun baru beberapa bulan kami berkenalan. Takkan secepat itu dia dah jatuh hati kat aku? Aku menggaru lagi kepala yang tak gatal.
"Lepas tu, dia kata apa lagi?" Ellin menyambung kemudiannya. Aku menggaru kepala. Dia cakap apa lagi? Itu jek lah. Ish..tapi, sebelum Farizal dan Hafizah menegur kami, dia macam nak cakap something.
"Dia ada cakap….’sebenarnya saya’…. Lepas tu, Rizal dan Fiza tegur kitorang. Tak tau la dia nak cakap apa. Lepas tu aku terus masuk bilik. Tidur." Seingat aku, itulah kata-kata terakhir yang aku dengar dari dia malam tadi.
"Ha…mesti dia nak cakap..sebenarnya saya sukakan awak Faiza. Sebenarnya saya dah jatuh hati kat awak Faiza. Saya cintakan awak Faiza."
"Ish…kau ni. Pandai-pandai jek. Entah-entah dia nak cakap benda lain tu. Kau ni…ah!" Aku membidas kata-kata Ellin yang boleh membuatkan aku terperasan. Menafikan kata-katanya.
"Eh, dahlah…dahlah…malas aku nak cakap tentang tu lagi. Eh, oklah. Aku nak tolong mak aku kat dapur jap." Terus aku mematikan talian tanpa mendengar butir-butir percakapan selanjutnya dari Ellin. Makin sesak nafas aku bila Ellin mendesak aku begitu.
……………….
Aku segera mengatur langkah ke dapur. Aku tengok mak tengah mengurut-urut tengkuk Syafika yang sedang muntah-muntah di sinki. Pantas aku menghampiri mereka.
"Kenapa ni mak?" Soalku pada emak. Aku melihat ke muka Syafika yang sudah merah-merah kerana muntah. Aku turut mengurut belakang Syafika.
"Dia loya katanya. Tu yang muntah." Itu jawapan dari emak aku. Demam lagi budak ni? Aku meraba dahi dan lehernya. Panasnya. Tulah, orang nak bawak pergi klinik taknak.
"Demam lagi Ika ni. Kita pergi klinik ya?" Tiada jawapan dari Ika bahkan dia beriya-iya memuntahkan segala isi perutnya. Kesian pulak aku tengok sampai lembik badan dia. Aku membantu emak mendudukkan Syafika di kerusi makan di dapur. Kepalanya menunduk. Lemah tidak bermaya. Mukanya pucat. Emak mengurut belakang tengkuknya lagi. Aku pulak memicit kepalanya.
"Kenapa ni kak?" Farizal sudah berdiri di sebelahku. Entah bilalah dia balik agaknya alih-alih terjengul kat sebelah aku ni. Diikuti pula dengan Farhana dan Hafiza.
"Ika ni, muntah-muntah. Dia demam lagi. Ingat nak bawak dia pergi klinik" Jawabku pendek tanpa memandang ke wajahnya. Tanganku masih lagi memicit kepala Syafika.
"Panas ni kak. Lebih baik bawak pergi jumpa doktor" Saran Farizal pula selepas dia merasa dahi Syafika.
"Abang kan doctor jugak" Hafizah menyampuk. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Pantas Farizal merenungnya tajam. Hidungnya sudah mula kembang kempis. Hai..dah mulalah budak berdua ni. Macam anjing dengan kucing.
"Dah…dah…nak bertekak jugak? Fiza ni tak habis-habis nak usik abang kenapa?" Aku memarahi Hafizah. Tak habis-habis nak kenakan abang dia ni. Nanti kalau kucing dia sakit, abang dia ni jugaklah yang dia minta tolong.
"Kak, abang Sharizal kan ada. Dia kan doctor. Suruhlah dia periksa adik." Farhana melontarkan cadangan. Ya tak ya jugak ya. Kan ke ada Dr. Sharizal kat dalam rumah ni. Kenapa tak suruh dia saja. Apalah aku ni. Lambat pick up betul.
Mata kami serta-merta tertumpu kepada Dr.Sharizal yang baru datang ke dapur membawa bungkusan barangan yang dibeli bersama Farizal.
"Kenapa?" Soalnya sambil memandang pelik kepada kami yang serentak memandang ke arahnya. ………………………….
"Ika cuma demam biasa saja. Badan dia kurang air akibat terlalu banyak muntah. Lagipun dia tak makan kan, perut kosong dan masuk angin. Tekanan darah dia pun rendah. Tapi jangan risau lah, she’ll be fine." Begitulah serba ringkas penerangannya setelah memeriksa Syafika. Aku hanya menganggukkan kepala saja sambil mengusap kepala Syafika yang sedang lena. Mungkin akibat suntikan yang diberi Dr. Sharizal tadi. Entah dari manalah dia dapat jarum suntikan dia tu. Bila aku tanya, dia tunjukkan kepadaku beg hitamnya yang digelar sebagai beg serbaguna.
Beg yang mengandungi segala macam ubat-ubatan dan harta karun peralatan perubatannya yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Tak kira masa dan tempat. Beg serbagunanya itu akan sentiasa dibawa.
"Saya mesti sentiasa bersedia kalau ada orang yang memerlukan. Macam sekarang" Ujarnya sambil tersenyum. Aku terangguk-angguk dan membalas senyumannya. Bagus juga kalau dia macam tu. Prihatin kat orang sekeliling.
"Baguslah macam tu. At least, save sikit la duit saya. Tak payah bawak pergi klinik beli ubat. Hehe…" Aku berseloroh. Tapi aku taklah berkira sampai macam tu sekali.
"Eiii…berkira betul" Tangannya tiba-tiba mencubit pipi kanan aku. Terkejut jugak aku dibuatnya dengan tindakan dia tu tapi sakit jugak. Aku mengaduh sambil menggosok pipi aku. Kurang asam jawa betul orang tua ni. Sesedap rasa jek nak cubit pipi aku yang gebu ni. Aku lihat dia tersenyum.Sakit hati aku. Ish…memang terlebih…
"Sakitlah!" Giliran aku pulak menampar lengannya. Balas balik. Dia ketawa kecil sambil menggeleng. Aku baru perasan, dia ada lesung pipit di pipi sebelah kiri. Buat seketika, tertawan juga aku dengan lesung pipitnya tu. Nampak comel. Huhu…
"Macam mana dengan Ika?" Kedengaran emak bertanya di muka pintu bilik. Kami serentak menoleh ke arahnya.
"Aa…Ika tak apa-apa. Demam biasa saja." Aku menjawab. Emak berjalan masuk kedalam bilik. Aku bangun dari dudukku dan membiarkan emak duduk di tepi kepala Syafika yang sedang tidur. Tangannya mengusap lembut ubun-ubun kepala Syafika.
"oh...demam saja?\" Soal emak beserta kerutan didahinya. Pandangannya dihalakan kepada Dr. Sharizal.
"Ye. Demam dia agak kuat juga tapi tak payah risau. Dia akan ok. Isya\'Allah." Terangnya meyakinkan emak. Aku lihat emak menganggukkan kepala. Aku juga begitu.
"Nasib baik ada Shah. Boleh juga tengokkan Ika. Terima kasih ya." Ucap emak sambil memegang tangan Dr. Sharizal.
"Sama-sama kasih mak cik" Balas dia sambil memandang ke arahku. Sempat lagi dia mengenyit mata padaku. Ish…tak senonoh! Depan mak aku pun dia nak mengenyit mata. Aku pura-pura tak tau sambil membelek kuku sendiri. Pelik dengan sikapnya sejak ikut aku balik ni. Hubungan dengan keluargaku juga dah macam kenal lama. Rapat semacam.
"Nak harapkan kakak dia ni, hmm…haram dia tak tau nak buat apa." Aduh…pedih betul telinga aku ni. Emak ni nak smash aku pulak depan Dr. Sharizal tu. Mak ni tak dengar ke tadi aku nak bawak Ika pergi klinik? Ish…ada ke patut dia kata aku haram tak tau nak buat apa? Memang terlebih betul mak aku ni.
"Sampainya hati mak cakap akak macam tu. Kan akak nak bawak dia pergi klinik tadi. " Kecik hati aku bila mak cakap macam tu. Geram dengan kata-kata emak. Emak ingat aku sanggup ke nak biar adik sendiri sakit? Ada ke patut dia kata aku macam tu? Ke dia sengaja nak kenakan aku? Emak mencebik sambil menggeleng beberapa kali. Si dia tu, asyik nak tersenyum jek tengok aku, lepas tu buat mimic muka depan aku. Nak aje aku lempang-lempang muka dia tu. Nanti, tak apsal-pasal terus hilang sisi handsome dia tu. Huh…
"Mak, makngah dah datang." Farhana menjenguk di muka pintu.
"Hah…yelah." Emak sudah bangun dari duduknya.
"Mak cik nak ke depan sekejap. Tengokkan makngah si Faiza ni" Ujar mak sebelum beredar dari bilik Syafika. Dr. Sharizal hanya mengangguk.
"Sukalah tu. Mak puji-puji dia." Gerutuku padanya setelah emak keluar. Dia hanya senyum dan senyum lagi. Itu sajalah modalnya selain dari tersenyum. Senyuman yang tak pernah lekang dari menguliti bibir merahnya. Sampai hati aku pun cair bila melihat senyumannya. Hai…
Dia tidak membalas kata-kataku dan tangannya memasukkan semula segala harta karun peralatan perubatannya ke dalam beg hitam serbaguna dia tu. Sesudah itu, dia bangun dari birai katil dan mengendong begnya di bahu.
"Jealous ke?" Selamba saja dia berkata sambil berlalu ke pintu bilik. Makin sakit hati aku bila dia buatt thumb up padaku. Wah…memang terlebih-lebih ni. Kemudian, aku pula mengikutinya keluar dari bilik.
Baru saje kaki melangkah keluar bilik, terlihat kelibat Makngah dan anak bongsunya, Myra di tepi pintu bersama emak. Aku tergamam. Makngah juga tergamam.
"err…mak Ngah. Apa khabar?" Aku menyalami Mak Ngah dan bertanya khabar. Nak cover line ketergamaman aku tadi. Makngah hanya mengangguk dan matanya tak lepas dari memandang ke muka Dr. Sharizal.
"Ni kawan Faiza dari Melaka, Kak Ngah" Emak memperkenalkan Dr. Sharizal setelah dapat mengagak pandangan mata Mak Ngah yang tak berkedip memandang ke muka Dr. Sharizal. Dr. Sharizal mengangguk dan tersenyum. Dia kemudian menyalami makngah sambil bertanya khabar.
"Oh…ingat Faiza bawak balik calon suami ke" Aku tiba-tiba terbatuk. Kata-kata Makngah tu memeritkan kerongkong aku rasanya. Malu pulak dia berkata begitu. Aku mengerling ke arah Dr. Sharizal yang nyata asyik tersenyum sedari tadi.
"insya’Allah, Mak Cik" Selamba saja dia menyampuk. Aku membulatkan mataku dan tangan kiri aku ni mudah saja mencubit pinggang kanan dia. Hadiah dari kelantangan suara dia tadi. Rasakan. Padan muka. Dia menggeliatkan sedikit badannya. Cuba menghindari dari terkena cubitan berbisa dari aku. Bila tersedar akan keterlanjuran perbuatanku tadi, segera aku meminta maaf. Malu pulak rasanya. Rasa macam over pulak aku ni. Ish…memang terlebih sudah aku ni. Dia hanya menggeleng dan mengejek aku. Mak oii…memang nak kena doctor kesayangan si Ellin ni tau.
Mak Ngah dan emak ketawa kemudiannya. Mak Ngah menepuk lengan mak. Entah apa yang dia suka sangat tu.
"Jomlah kak ngah. Kita ke dapur." Ajak emak kemudian. Mereka kemudiannya meminta diri untuk ke dapur.
"eiii…mulut tu. Tak boleh nak kawal ke?" Kataku padanya dan cuba untuk mencubit lagi (kali ni memang betul-betul) tapi sempat dia melarikan diri. Dia berpaling dan mengenyit mata padaku. Aku rasa macam nak cekik saja leher dia tu. Ish…geramnya aku! Habislah kalau Makngah tu, bukan boleh percaya mulut orang tua tu. Mesti satu kampong ni dia bagi tahu kononnya aku bawak balik calon suami. Aduh…aku menggaru kepala lagi dan lagi.
………………..
"Untunglah kau Nab. Nak dapat menantu. Dapat menantu doctor lagi kan, Yah" Makngah menyenggol pula lengan Mak Uda. Mak Uda yang tak banya cakap tu hanya mengangguk dan tersenyum.
"Takdelah kak. Budak tu, kawan-kawan jek." Emak membalas. Cuba menyelamatkan aku agaknya.
"Eh, Nab. Kau tak dengar ke budak tu cakap? Kan dia cakap Insya’Allah. Maknanya, betullah tu. Kau ni tak faham-fahamlah" Makngah menambah lagi. Masa ni aku rasa macam nak hantuk kepala ke dinding saja bila dengar kat-kata Makngah. Sah lepas ni dia pergi heboh satu kampong. Aduh… ni semua dia punya pasallah ni! Pandai-pandai mengaku pulak! Akhirnya, aku hantuk juga kepala ke dinding. Rasa sakit pulak. Bodoh. Yang pergi hantuk kepala kat dinding tu kenapa? Aku menggosok-gosok kepala yang aku hantuk ke dinding tadi.
…………………………………….
Aku melihat dia resah gelisah. Berkerut-kerut mukanya sambil memegang hanphonenya. Ke sana salah, ke sini salah. Serba serbi tak kenalah. Kenapa pulak ni? Ada yang tak kena ke? Macam kucing hilang anak pulak aku tengok. Aku menghayun langkah mendekatinya di anjung rumah.
"Awak" Panggilku. Dia menoleh ke arahku. Badannya dipusing menghadapku.
"Awak kenapa? Macam ada yang tak kena je? Awak ada masalah ke?" Soalku. Cuba untuk prihatin. Dia meraup mukanya dengan tangan. Kemudian, menghempaskan satu keluhan. Wajahnya berubah jadi muram.
"Ija." Jawabnya perlahan. Aku menjungkit bahu.
"Kenapa dengan Ija?" Aku bertanya. Kenapa pula dengan Shariza?
"Dia kena masuk hospital pagi tadi. Asma dia dah teruk. Dia ada di ICU sekarang" Aku terkejut. Serius. Aku memang terkejut dengar berita itu. Aku melihat raut mukanya yang keruh bercampur sedih. Ini baru pertama kali aku lihat raut mukanya sebegitu. Kalau tidak, bibir tu sentiasa mengukir senyuman. Kesian dia. Kesian Ija. Tak sangka pulak gadis selincahnya boleh ada penyakit asma. Aku memang tau dia ada asma. Tapi tak tau pulak teruk macam ni.
"hmm…kalau macam tu, baik awak balik Melaka dan tengokkan dia." Aku memberi cadangan. Dia sepatutnya ada disisi Shariza ketika ini. Shariza amat memerlukan dia. Dia memandang ke mukaku.
"Habis, awak macam mana nak balik?" Dia bertanya. Menaikkan sedikit keningnya.
"Takpelah. Saya boleh naik bas jek. Bukan jauh pun Melaka tu. Takpelah%2
salam mel mellisa.. da lame tgu episode ni..nk tau sgt pe seterusnye.. so,cepat2 la wat smbungan lg..!! nice story..keep up a gud work..!! niya1501@yahoo.com
cepat la masukkn n3 baru.... xsaba ni nk tau cer selanjutnye....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam mel mellisa..
da lame tgu episode ni..nk tau sgt pe seterusnye..
so,cepat2 la wat smbungan lg..!!
nice story..keep up a gud work..!!
niya1501@yahoo.com