BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 09, 2009
Novel : Jiranku kekasihku 10
Nama Pena : Mel Mellisa

"Takpelah. Saya boleh naik bas jek. Bukan jauh pun Melaka tu. Takpelah, awak balik heh. Kesian Ija."
Kataku lagi sambil mengangguk-angguk. Takpelah sekali-sekala naik bas. Lagipun, dah lama aku tak naik bas ekspress ni sejak dah ada kereta. Teringin jugak nak rasa naik bas lagi. Lagipun, adik dia lebih penting dari aku. Jadi, aku tak kisah kalau kena naik bas sekalipun.

"Betul ni?"
Aku mengangguk laju-laju. Mengiyakan.

"Betul. You just go back. Ija lagi penting kan. Dia perlukan awak di sisi"
Ujar aku dengan bersungguh-sungguh.

"Awak juga penting."
Katanya padaku sambil mata coklatnya merenung dalam ke anak mataku. Mata bulatku juga memandangnya. Menafsir maksud kata-katanya itu.

"Hah?"
Telinga aku ni pekak ke? Kurang jelaslah apa yang dia cakap tadi. Tak tahulah, sejak akhir-akhir ni telinga aku ni bermasalah pulak.

"Sebenarnya…"
Dia berhenti. Kemudian menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Kembali menatap ke mukaku.
Aku menanti kata-kata selanjutnya. Senyuman kembali terukir di bibirnya.

"Saya pergi berkemas dululah."
Sambungnya lagi dan menghembuskan nafas halus. Lah…asyik tergantung jek ayat dia tu. Dah banyak kali dah. Apa yang dia cuba nak beritahu aku ni? Ni yang buat aku bertambah bengang ni. Sebenarnya…sebenarnya…apa yang sebenarnya…?

Aku akhirnya mengangguk saja dan membiarkan dia masuk ke rumah untuk mengemas pakaiannya. Dia nak cakap apa tadi hah? Kenapa mesti ayat tu tergantung begitu saja? Susah sangat ke nak cakap, ‘sebenarnya, saya suka awak’. Susah sangat ke nak cakap macam tu? Ish…aku ni melebih pulak. Alahai…nilah padahnya kalau orang suka berperah-santan ni. Kalaulah benda itu yang dia nak cakapkan. Kalau dia nak cakap benda lain? Perasan pulak aku ni. Ni semua terpengaruh dengan kata-kata Ellin lah ni. Yang dah tukar profesion jadik Kaunselor dan doktor cinta.

……………………..

"Hati-hati bawak kereta ye"
Pesan emak padanya. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. Tangannya menyalami emak.

"Insya’Allah mak cik. Saya minta maaf sebab tak dapat hadir untuk kenduri arwah malam ni. Saya terpaksa balik"
Katanya dengan nada penuh kesal. Emak menggeleng-geleng sambil menepuk-nepuk belakang tangannya yang masih dalam genggaman tangan emak. Mak buat dia macam anak sendiri pulak aku tengok.

"Takpe. Lagipun, Shah ada urusan lebih penting kan. Mak cik tak kisah pun. Takde rezeki Shah nak ada kat sini sampai majlis kenduri tu. Takpelah."
Ucap emak perlahan. Bibirnya tetap menguntum senyum. Aku disebelahnya juga terangguk-angguk.

"Hmm…mak cik, boleh tak kalau saya nak pinjam anak dara mak cik ni kejap?"
Katanya pada emak dan ibu jarinya merujuk kepada aku. Emak tersenyum dan mengerling sekilas ke arahku. Kemudian, dia mengangguk.

"Nak pinjam lama-lama pun takpe bang."
Hafiza menyampuk. Tersengih-sengih memandangku sambil mengenyit mata. Aku pula membalasnya dengan renungan yang tajam. Macam aku nak terkam jek si Hafiza ni. Tak habis-habis nak mengenakan orang.

Dr. Sharizal membawaku ke satu sudut. Jauh sedikit dari keluargaku. Bukan dekat mana pun, kat bawah pokok jambu air ni jek. Dia ingin mengatakan sesuatu padaku. Aku menantikan saja kata-katanya yang bakal keluar dari mulut dia. Apa yang dia nak cakap ye?

"Faiza, saya nak minta maaf sebab tak dapat balik dengan awak dan biar awak balik naik bas. I’m really sorry"
Dia menunduk ketika melafazkan kata-kata itu. Macam dia dah lakukan kesalahan berat pula bila aku terpaksa balik sendiri naik bas. Aku mengerutkan dahi.

"it’s ok la. Kan saya dah cakap tadi. Takde masalah kalau saya terpaksa naik bas. Lagipun, bukannya jauh sangat Melaka."
Balasku. Aku sebenarnya tidak mahu dia terus rasa bersalah. Nak buat apalah nak rasa bersalah, bukan menjadi satu kesalahan pun kalau aku terpaksa naik bas.
Yang dia ni beriya-iya nak rasa bersalah tu kenapa?
"Faiza, sebenarnya saya…"

Dia menunduk ke tanah. Menarik nafas sedalamnya sebelum menghembuskannya perlahan. Giginya menggigit-gigit bibir. Macam susah sangat dia nak menyambung ayatnya yang tergantung itu. Aku menanti saja kata yang ingin dikatakan padaku. Mataku tertumpu ke wajahnya. Berdebar jugalah rasanya dada aku ni. Aku lihat mulutnya terkumat-kamit ingin mengatakan sesuatu. Baca mantera ke?

"Sebenarnya saya…"
Dia menyeluk poket seluarnya dan menggenggam sesuatu. Aku tak nampak apa yang digenggam dalam tangannya itu. Nampak macam kecil saja. Langsung tak nampak bayangnya benda apa yang baru dikeluarkan dari poket seluar jeansnya itu.

"Saya sebenarnya dah lama nak cakap benda ni kat awak Faiza. Tapi takde masa yang sesuai untuk saya katakan. So, sekarang ni, saya dah tak boleh bertahan lagi…"
Dia meraih tangan kiriku dan serta-merta meyarungkan sebentuk cincin berlian di jari manisku. Aku tergamam. Jantung aku macam luruh saja. Betul ke ni? Ke aku bermimpi? Mataku bulat memandangnya. Betul-betul bulat dan besar aku buka mata memandangnya. Mungkin ketika itu, mulutku juga melopong dan memandangnya dengan penuh tanda tanya. Apa semua ni? Aku jadi bengong. Kemudian, aku memandang pula ke jari manisku yang tersarung cincin berlian berkilat berwarna perak. Aku pandang ke mukanya lagi yang sedang menguntum senyum bahagia padaku. Aku halakan pula pandanganku ke arah ahli keluargaku yang melongo dan melopong melihat insiden yang berlaku sekarang. Sekali lagi aku pandang ke muka dia.

\"Apa ni, awak? Cincin apa ni?\"
Sungguh aku terkejut dengan tindakannya. Dia bagi aku cincin berlian pulak tu. Cincin yang selalu dipakai mak-mak datin atau orang kaya.

\"Cincin ni sebagai tanda yang saya nak...L love you, Faiza. I love you so much\"
Ucapnya dengan penuh perasaan. Aku tergamam lagi. Jantung aku macam nak gugur saja bila mendengar lafaz cinta darinya. Terasa seperti jantung berhenti dari mengepam darah.

"Aw…awak…nak bagi saya sakit jantung heh?"
Soalku sedikit gugup dan penuh bengong. Serius. Aku memang bengong, keliru, tak percaya dan bermacam-macam lagilah. Betul ke ni apa yang sedang aku alami sekarang? Sungguh aku tergamam dengan tindakan spontan dari dia tadi yang menyarungkan cincin berlian ni cun-cun kat jari manis aku dan muat pula tu. Jari-jemariku masih dalam genggamannya.

"Saya bukan nak bagi awak sakit jantung tapi, sakit cinta. I love you, Faiza! Will you be my wife?"
Ucapnya lagi dengan penuh perasaan padaku. Zzztt..! Aku rasa macam terkena renjatan elektrik bila mendengar ulangan kata-kata yang dilafazkannya sebentar tadi. Dia sedang melamar aku ke kat bawah pokok jambu air ni? Ya Allah Ya Tuhanku! Aku rasa tubuh aku macam nak rebah saja ke tanah. Aku rasa…argh..macam-macam yang aku rasa. Gembira, suka, tak percaya,…semua tu bercampur menjadi satu. Dalam masa yang sama, aku masih tak percaya apa yang aku dengar tadi. Aku diam tidak membalas kata-katanya. Aku sememangnya masih lagi tak percaya dengan situasi sekarang.

"Saya tak paksa awak, Faiza. Cuma, saya harap awak dah ada jawapannya bila awak balik ke Melaka esok. Kalau cincin ni masih lagi tersarung di jari manis awak, maknanya, you are mine. Dan bila cincin ni takde lagi di jari awak, saya terpaksa menerima kenyataan yang awak bukan milik saya."
Katanya lagi sambil merenung mataku dalam-dalam. Aku juga membalas renungan matanya yang redup. Dan aku akhirnya mengalah juga dan mengalihkan mataku ke arah lain. Jantung aku mula nak berdegup laju menendang dada bila melihat panahan matanya yang nyata tajam menikam mataku. Naik sesak dada aku ni rasanya. Silap-silap, boleh dapat penyakit TIBI tau.

"Ok."
Ucapku padanya antara dengar dan tidak. Kepalaku menunduk ke tahan dan terangguk-angguk.

"Thanks. Nampaknya, dapatlah saya balik ke Melaka dengan tenang."
Sambungnya lagi sambil mengukir senyuman di bibir. Aku juga mengukir senyuman. Teragak-agak.

…………………….

Seluruh ahli keluargaku melambaikan tangan ke arah Dr. Sharizal yang sudah pun meluncurkan keretanya di jalan raya. Sempat lagi tangannya membalas lambaian keluargaku. Aku pula mengekori keretanya melaui ekor mataku sehinggalah kelibat kereta Toyota altisnya menghilang dari pandangan mataku.

"Mak, tengok ni mak. Akak dapat cincin berlian!"
Hafiza berteriak pada emak. Kesemuanya datang mengerumuni aku dan melihat cincin berlian di jari manisku.

"Ya Allah…mahal cincin berlian ni. Mahu ribu-ribu ni. Untungnya kakak dapat Abang Sharizal tu. Siap dia lamar lagi kat bawah pokok jambu tu"
Farhana sudah mengekek ketawa.

"Hish…"
Aku menampar lengan Farhana. Over pulak budak ni.

"Eh, dah…dah…semua pergi masuk tolong kat dapur tu apa yang patut. Jangan asyik nak jaga tepi kain orang saja tengah-tengahari buta ni. Dah masuk semua"
Arah emak kepada kesemua adik-adikku. Emak cuba hendak menyelamatkan aku dari usikan mereka barangkali.

Emak kemudiannya merangkul bahuku dan kami jalan seiringan ketika mereka semua masuk kerumah. Ada yang ingin dikatakan oleh emak padaku.

"Akak,ni mak nak cakap sikit. Mak mahu akak fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Akak kena buat keputusan yang tepat untuk masa depan akak. Tapi, kalau macam Sharizal tu yang akan jadi menantu mak, mak sokong akak seratus peratus! Mak memang suka sangat dengan dia. Bak kata orang, dia sudah cukup sempurna untuk dijadikan sebagai suami. Tapi kalau sebaliknya, mak tetap akan sokong keputusan akak walaupun dia bukan calon pilihan akak, ye?"
Begitu panjang lebar nasihat emak padaku. Nasihat seorang ibu untuk kebahagiaan anaknya. Aku mengerti dan menganggukkan kepala. Cincin berlian itu sekali lagi aku tatap. Bibirku menguntum senyuman bahagia.

…………………….
Aku masuk ke bilikku. Melabuhkan punggung di kerusi meja solek. Aku tenung wajah sendiri menerusi cermin solek dihadapanku. Kemudian, aku senyum sorang-sorang.

"Aku baru dilamar ke tadi? Faiza, kau dilamar ke tadi?"
Aku bertanya diriku sendiri menerusi cermin. Dah macam orang tak betul dah aku ni. Bercakap dengan cermin. Aku pandang cincin berlian di jari manis kiri. Tentu mahal harganya. Patut ke aku terima cincin mahal ni? Seumur hidup aku, tak pernah pakai cincin semahal ni. Paling mahal pun, cincin emas belah rotan. Tu pun pemberian arwah ayah. Aku kembali menatap wajah di cermin.

‘I love you, Faiza. Will you be my wife?’
Kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Kata-kata yang begitu menusuk ke tangkai jantung aku yang telah dilafazkan oleh Dr. Sharizal. Tapi benarkah? Aku menampar kedua-dua pipiku berkali-kali untuk memastikan yang ini betul-betul dan bukannya cobaan macam dalam cerita P. Ramlee tu. Dan ternyata, aku merasa sakit. Perit dan pedih. I’m not dreaming! It’s true!

‘I love you, Faiza!’
‘I love you, Faiza!’
‘I love you, Faiza!’

"I love you too!"
Jeritku kuat di depan cermin.

"Hello…hello…dah puas ke berangan depan cermin tu?"
Aku menoleh ke pintu bilik yang terkuak sedikit. Farhana menjengulkan kepalanya saja di balik pintu. Aku menekup mulut. Ya Allah! Farhana dengar ke? Malunya muka aku ni.

"Kalau nak masuk tu bagi salam dulu boleh tak?"
Sengaja aku menegurnya begitu untuk menutup malu aku. Farhana mencebikkan mulutnya.

"Akak tu, dari tadi asyik berangan depan cermin jek. Mana nak dengar orang ketuk pintu ke, bagi salam ke"
Balasnya memerli aku. Bersahaja je mukanya. Ish…geram betul aku budak ni tau.

"Ha, nak apa ni?"
Soalku terus tentang kedatangannya ke bilik aku ni yang sekaligus menghentikan keberanganan aku tadi. Kacau daun betullah budak ni.

"Mak suruh akak pergi jemput nenek"
Jawabnya. Aku terangguk-angguk.

"Yelah. Kejap lagi akak pergi ambik nenek."
Kataku padanya.

"Jangan lupa pulak. Jangan asyik nak berangankan abang Sharizal jek."
Sempat lagi dia memerli aku sebelum beredar dari balik pintu. Menyibuk betullah si Fana ni. Orang baru nak berangan sekejap pun tak boleh. Hai…aku ni pun satu!. Sempat pulak berangan kat depan cermin. Macam budak kecik! Aku terus mengambil kunci kereta di meja kecil di sebelah katilku.

Kenduri arwah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Tetamu yang diundang dari masjid oleh Pak Ngah dan dicampur dengan orang kampong sebelah-menyebelah meramaikan lagi tetamu. Agak risau juga kalau-kalau lauk pauk tidak mencukupi. Tapi, Alhamdulliah, semuanya cukup. Ada lebih lagi. Aku dan emak menarik nafas lega kerana majlis kenduri arwah untuk arwah ayah berjalan dengan sempurna.

Ketika aku mengemas pinggan mangkuk yang sudah di basuh dan diletakkan di rak, mataku terpandang cincing berlian yang tersarung di jari manisku. Teringat akan Dr. Sharizal. Kan bagus kalau dia ada sekali malam ni. Baru sekarang aku merasakan rindu terhadapnya. Iyelah, dua hari dia ada di rumah aku ni. Rasa lain pulak bila dia tiada. Nak telefon, malas pulak. Dia pun takde nak telefon aku. Lagipun, buat apalah aku nak telefon dia? Ish..Mungkin dia sibuk menguruskan hal adiknya, Shariza. Hmm…akhirnya aku cium cincin berlian itu.

"Ehem…ehem…rindu ke kat buah hati? Termenung jauh je nampak?"
Entah bilalah si Farizal ni ada kat belakang aku. Mengenyit mata ke arahku. Siap dia memerli lagi. Aku memandangnya dengan mataku yang membulat.

"Hei…shhh…"
Kataku padanya sambil merintangkan jari telunjuk di bibir. Dia kemudiannya tersengih-sengih dan melarikan diri ke depan. Ada-ada saja nak kenakan orang. Nampak saja mata tu apa yang sedang aku buat. Aku sebenarnya bukan apa, aku takut Mak Ngah a.k.a Internet bergerak ni dengar. Karang tak pasal-pasal satu kampung heboh pulak kata aku dah dapat cincin. Huh…aku melepaskan satu keluhan. Ingatan aku terus-terusan kepada Dr. Sharizal. I miss u, sayang. Hehe…terlebih sudah!

Keseluruhan majlis pada malam tu siap kemas semuanya tepat pukul 2 pagi. Adik-adikku yang lain dah lama dibuai mimpi. Aku ni je yang masih tak tidur lagi. Niat hati memang tidur pun tadi. Bab kemas-mengemas ni esok pun boleh tapi memandangkan emak aku yang beriya-iya nak berkemas jugak, aku pun terpaksalah menolongnya. Tak sampai hati pulak biar dia kemas seorang diri. Sekali tengok, dah macam orang buat kenduri kahwin dah rumah aku ni.

Nenek aku pulak disuruh tidur sini tak mahu. Nak balik rumah dia jugak. Terpaksalah cucu dia si Farizal yang menghantar dia balik tadi walaupun dah jauh malam. Nenek aku tu memang liat sikit nak diajak tidur di rumah anak-anak. ayang betul nak tinggalkan rumah dia barang semalam pun. Apa-apalah nek oi…

Aku menguap beberapa kali. Mata pun dah semakin memberat dah aku rasa ni. Tunggu masa nak tutup habis je. Badan pulak letih semacam. Emak menegur aku kenapa aku tidur baring di ruang tamu. Aku kata nak lepas penat kejap. Kemudian, emak menyuruh aku tidur di bilik. Dia pun nak tidur juga sebab matanya pun dah menganntuk. Tanpa melengahkan masa barang sesaat, aku pun berlecup (berjalan pantas) menuju ke bilik. Dapat aje bantal, terus saja mata ni terlelap.


………………

Bunyi telefon bimbitku yang berdering-dering menyebabkan aku membuka mata yang masih kelat. Siapalah ni yang telefon aku yang tengah sedap tidur ni? Mengacau betullah! Dengan rasa malasnya, aku pun menekan punat hijau tanpa melihat nama si pemanggil di skrin.

"Hello"
Sapaku dengan suara yang sedikit serak. Baru bangun tidurlah katakan. Mataku masih lagi aku pejamkan. Badan masih lagi berselimut.

"Hello. Baru bangun ke?"
Hah?! Dengar saja suara tu, serta-merta mata aku terbuka luas. Bingkas bangun dan duduk di atas katil. Aku menggosok mata dengan kasar sehingga mencetuskan rasa pedih di kelopak mata.

"Ha…err…ha’ah"
Aku mengaku juga. Ish…kenapalah kau telefon aku pagi-pagi ni? Nak buat spot check ke? Ish…Aku menggaru kepala laju-laju.

"Baru bangun? Tau tak sekarang ni dah pukul berapa, tuan puteri?"
Aku melihat jam loceng di atas meja. Mataku terbeliak. Pukul 11.00 pagi! Ya Allah! Macam mana boleh terlajak sampai ke tengah hari ni? Nasib baik aku tak boleh sembahyang. Kenapa takde sorang pun yang kejutkan aku ni?

"Hmm…malam tadi saya penat sangat. Tidur pukul 2 pagi. Tu yang terlajak tidur agaknya."
Kataku sambil ketawa kecil. Mampus! Mesti dia kata aku ni anak dara apalah agaknya tidur sampai pukul 11 pagi. Dari nak jadi calon isteri, terus tak jadi nanti. Oh…tidak!!!

"Oh…penat ye. Ok. Alasan diterima"
Dia membalas. Ni perli aku ke apa ni?

"Hmm…Ija macam mana? Dia dah ok dah?"
Aku mengubah topic. Tak maulah keadaan aku yang baru bangun tidur ni jadi topic perbualan dia pulak.

"Dia dah stabil. Dah sedar dah. Tapi dia masih guna alat bantuan pernafasan lagi untuk bernafas."
Terangnya. Aku mengangguk-angguk. Macamlah dia nampak aku mengangguk macam burung belatuk ni. Aku garu kepala. Apa lagi aku nak cakap ye? Lidah aku ni kelu pula tiba-tiba.

"Awak balik semalam keadaan dia macam mana?"
Akhirnya aku melanjutkan pertanyaan tentang Shariza. Ingin tahu lagi pasal Shariza. Walaupun kami jarang bercakap tapi aku amat menyenangi dia kerana Shariza ni peramah orangnya.

"Semalam memang teruk. Boleh dikatakan kritikal jugalah. Semuanya panik tak tau nak buat apa sampailah saya datang."
Ujarnya berserta keluhan yang panjang. Runsing agaknya.

"Kan saya dah kata, dia perlukan awak kan. Tengok, awak datang jek dia dah ok kan."
Dia ketawa mendengar kataku. Hai…lucu ke apa yang aku cakap tu? Tak betul ke apa yang aku katakan?

"Ya. Tapi...awak rindu kat saya tak?"
Dah mula dah nak tukar topik lain. Ni yang aku lemah sebenarnya.

"Cincin tu, ada pakai lagi tak?"
Dia terus menyambung tanpa mendengar jawapanku pada soalan pertamanya. Aku mengetap bibir. Ni lagi satu soalan killer. Aku melihat cincin berlian yang masih lagi tersarung kemas di jariku.

"Sebenarnya…err….sebenarnya kan wak…"
Sebenarnya aku nak bagitahu dia yang aku dah pun terima dia. Patut tak aku cakap yang aku dah terima dia? Tak terlalu cepat ke? Patut tak aku cakap sekarang sedangkan dia bagi aku masa sampai esok. Lidah aku ni tiba-tiba terasa tebal pula. Liat nak menuturkan kata-kata itu.

"Sebenarnya apa?"
Dia menyoalku lagi. Aku mengetuk-ngetuk dahi berkali-kali. Ish…nak cakap ke tak ni? Aku berkira-kira dalam hati untuk mengatakan isi hatiku padanya. Nak cakap, malu pulak. Tak cakap nanti, hati aku ni tak tenteram pulak. Serba salah jadinya. Ya Allah…tolonglah aku!

"Faiza!"
Panggilnya. Menambahkan sedikit volume suaranya.

"Err…sebenarnya awak…saya…hmm…"
Tergagap-gagap aku berkata. Ish…rasa segan pulaklah nak bagitau. Betul kea pa yang aku nak cakapkan ni? Aku sendiri pun tak tahu. Sehingga sekarang,masih keliru dengan persaan sendiri.

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya saya dah terima awak. Saya dah terima awak dalam hati saya. Saya dah terima lamaran awak semalam dan saya dah fikirkan semasak-masaknya yang saya sanggup jadi isteri awak sehidup semati sehingga ke akhir hayat"
Dengan sekali lafaz saja, kesemua ayat-ayat yang terangka secara spontan di kepala otak aku ni meluncur keluar satu-persatu dari mulut. Ambik kau! Ini semua disebabkan oleh sergahannya tadi, terus saja kata-kata itu terkeluar dari celahan bibir aku. Aku sendiri pun tak sangka, kata-kata itu spontan keluar dari mulut. Serius!

"Betul ke ni? Is it true, sayang?"
Dia bertanya. Tengok. Sekejap je dah tukar ganti nama diri. Dah panggil aku sayang pulak. Aduh mak…betul ke tindakan aku ni. Tak terburu-buru ke? Ish…mulut ni! Tulah orang tua-tua kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Inilah dia apa yang sedang aku lakukan. Dah terlangsung pulak.

"Ye. Saya dah fikirkannya. Dah tolak, tambah, bahagi, darab semuanya. Pilihan saya muktamad"
Kataku lagi. Ni lagi satu, pandai-pandai bagi harapan ni kenapa? Ya Allah…Aku mendengar dia mengucap syukur dalam talian. Selebihnya, ketawa memanjang. Gembira semacam jek aku dengar dia ketawa macam tu?. Macam orang menang loteri pulak.Sebenarnya, aku memang suka kat dia tapi cinta tu, baru separuh yang aku rasa.

"Sayang, I love you very much."
Ucapnya padaku. Ucapannya itu terus masuk ke tangkai hati dan meresap jauh ke dasar hati. Buat seketika, aku terkesima mendengar ucapan keramat itu. Tersentap. Aku dah lama tak dengar perkataan keramat sebegitu dilafazkan seorang lelaki yang menyayangiku.

‘I love you too’
Ringan saja mulut ni nak membalas ucapan dia tu tapi mulut aku ni tiba-tiba berat pula nak mengungkapkannya. Malu pun ada jugak ni. Sudahnya, perkataan itu hanya terlafaz dalam hati saja tanpa dapat dikeluarkan dari mulut. Hehe…tapi, betul ke tindakan aku ni?

"Tak sabar nak tunggu my sayang ni balik."
Rintihnya padaku. Aku hanya ketawa mendengar rintihannya. Dalam hati, hanya Tuhan je yang tau.

"Wait..wait…ni kenapa panggil orang sayang pulak ni?"
Aku pura-pura marah. Marah-marah sayang orang kata. Nak protes sikit kat dia. Dah berani-berani nak panggil aku macam tu pulak.

"Kenapa? Tak suka?"
Soalnya semula. Cuba menduga reaksiku.

"Takdelah. Tiba-tiba je. Macam janggal pulak"
Balasku sambil ketawa.

"Starting today, you gonna be my sayang forever and ever. So, sekarang kena biasakan. I will call you sayang everytime, everyday. Faham?"
Katanya padaku separuh memaksa.

"Macam ugut jek?"
Dia ketawa. Aku juga ketawa. Ketawa paksa sebenarnya. Sebenarnya aku tak kisah dia nak panggil aku apa asalkan tidak melebih-lebih. Aku suka sebenarnya kalau dia panggil aku macam tu. Kedengarannya lebih mesra. Ahak! Kalau dengar si Ellin ni, mau dia muntah hijau karang. Silap-silap boleh demam seminggu!

"Bukan ugutan my dear. Peringatan. One more things, starting from now, you must call me ‘abang’, can you?"
Ni yang aku lemah ni. Dah mula balik dah. Dah mula nak suruh aku panggil dia macam tu pulak. Masalahnya sekarang, lidah aku ni, sememangnya liat nak menyebut perkataan tu selain dari tak biasa dan janggal. Seram pun ada.

"Kena panggil jugak ke?"
Aku bertanya padanya. Harap-harap dia berubah fikiran.

"Dah lupa ke? Dulu kata kalau dah ada ikatan baru boleh panggil macam tu. Sekarang ni, kita dah ada ikatan walaupun secara tak rasmi."
Aku ada cakap macam tu ke sebelum ni? Entah. Aku tak ingat pulak. Aduh…ni semua mulut punya pasal. Tulah orang tua-tua selalu kata. Kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, ha..inilah padahnya.

"Cuba panggil abang. Nak dengar."
Cett…dia ni memang sengajakan dari dulu nak kenakan aku. Ish…aku gigit jari. Menggaru kepala laju-laju.

"Cepatlah, nak dengar ni. Sekali pun jadilah. Please…"
Dia merayu lagi. Alamak…ni kes naya. Aku dah terima dia jadi aku punya special, dia nak tetapkan syarat itu ini pulak. Nak kena panggil abang pulak.

"Oklah. Abang…abang beca…abang beca di tengah jalan…ba.."

"Tengok tu. Nak main-main pulak ye? Cepatlah…jangan main-main. Just once…"
Dia memintas sebelum sempat aku nyanyikan habis lagu ‘Abang Beca’ tu. Haha…aku ketawa menutup mulut. Baru nak nak berkobar-kobar nyanyi lagu abang beca tu.

"Ok sayang. I’ll call you later. Ada emergency!"
Tup. Talian terus dimatikan tanpa sempat aku nak menyebut memanggilnya ‘abang’. Aku memandang telefon aku yang sudah tidak bersuara. Aku menghela nafas dan kembali berbaring di atas katil. Berfikir tentang kisah aku dan Dr. Sharizal. Kenal hanya sebagai rakan setugas satu bumbung. Mesra sebagai jiran menyebelah dan sekarang…terus jadi sepasang kekasih. Tu pun, aku tak pasti lagi. Kalau dikira betul-betul, tak sampai tiga bulan pun kami berkenalan dan sekarang sudah bersetuju untuk menjalinkan satu ikatan yang lebih erat. Takke semua ni kerja gila? Jatuh cinta hanya dalam masa tak sampai tiga bulan? Aku sendiri pun hairan macam mana secepat itu aku pun dah jatuh cinta kat dia. Betul ke jatuh cinta ni? Ish…aku keliru. Rasa macam nak pecah kepala bila fikirkan. Dan sebenarnya, aku memang dah jatuh cinta kat dia sejak dia lamar aku hari tu. Berbunga-bunga hati aku bila dia lafazkan ungkapan cinta tu padaku. Hehe…Tapi ada ke orang macam aku ni? Jatuh cinta dalam masa tak sampai tiga bulan? Ah…susah nak kata kalau hati dah suka. Kalau mulut menyebut cinta. Orang nak kata apa pun dah tak peduli. Ah…malaslah nak fikir lagi. Sekarang ni aku patut pergi mandi. Sekarang ni dah pukul 12 tengahhari dah. Nak balik Melaka bila lagi? Hai…anak dara apalah aku ni agaknya.

Aku terus mencapai tuala dan bergegas ke dapur untuk ke bilik mandi.

……………………

Ketika sampai di dapur, emak sedang memanaskan lauk semalam yang masih berbaki. Hari ni tak payah masak lagi. Lauk malam tadi pun masih elok dan cukup untuk kami anak-beranak makan.

"Mak kenapa tak kejut akak mak? Dah tengahari dah ni baru akak bangun"
Kataku pada emak sambil tanganku menarik keluar kerusi dari bawah meja. Tiba-tiba rasa lapar pulak perut aku ni. Tengokk ada lagi mee goreng untuk sarapan pagi tadi.

"Mak malas nak kejut akak. Mak tengok akak lena sangat tidur. Tak sampai hati nak kejut. Lagipun, semalam mak tengok akak tu penat sangat."
Balas emak sambil membawa pinggan untukku. Buat susah-susah je mak aku ni pergi ambilkan pinggan untuk anak dara dia ni. Dari bilik nak pergi mandi. Bila dah tersangkut kat meja makan ni, hmm…apa lagi, terus mengisi perut aku yang tengah lapar ni. Dah tengahari! Mahunya tak lapar.

"Bila akak nak balik Melaka?"
Soal emak kemudiannya.

"Petang kut mak. Dalam pukul 3 petang nanti."
Balasku sambil menyedok mee goring ke dalam pingganku. Emak menganguk-angguk.

"Akak dah fikir ke tentang lamaran Shah semalam?"
Soal emak tiba-tiba. Aku yang baru nak menyudu mee goring ke mulut terus terhenti.

"Dah mak. Akak dah pun terimanya."
Balasku sambil melempar senyuman pada emak. Teringat tentang pengakuan cinta aku pada Dr. Sharizal secara tak sengaja. Mataku mengerling sekilas cincin berlian di jari. Aku lihat emak menguntum senyuman meleret-leret.

"Baguslah kalau macam tu. Mak cuma nak tengok akak bahagia. Mak tengok, Shah tu baik budaknya. Pendek kata, mak memang berkenan sangat kalau nak buat dia jadi menantu. Bila dia nak masuk meminang akak?"
Aku tersedak bila mendengar kata-kata emak. Pantas aku capai gelas berisi air putih yang aku tuang tadi dan meminumnya. Emak aku ni, terus direct je nak tanya aku soal itu semua.

"Mak ni, tak menyempat-nyempat. Nantilah mak akak bincang dengan dia. Lagipun, akak pun tak kenal lagi ahli keluarga dia. Akak cuma kenal adik dia saja."
Emak mengangguk-angguk lagi tanda faham.

"Jangan lama-lama sangat kak, nanti dia dikebas orang. Ha, melopong akak nanti"
Sempat lagi emak memesan padaku. Aku ketawa mendengar kata-kata emak yang aku anggap lucu itu. Lucu ke?

"Takkan lari gunung dikejar mak. Hmm…budak-budak mana mak?"
Soalku bila seorang adik aku pun aku tak nampak. Yang aku tahu, Farhana dan Syafika sudah ke sekolah. Sejam dua lagi, baliklah dia. Yang lagi dua orang tu. Yang selalu bertekak macam anjing dengan kucing tu, mana pula dia menghilang?

"Si Fiza ikut Farizal pergi rumah Pak Usu. Pak Usu tu sibuk suruh Rizal tengokkan lembu dia tu bila nak beranak"
Aku serta-merta ketawa mendengar jawapan dari emak. Farizal pergi tengok lembu Pak Usu? .Tak pernah-pernah pulak Pak Usu suruh si Rizal ni tengokkan lembu dia. Mana perginya doctor lembu dia tu? Dulu, bukan main lagi perli adik aku tu ambik bidang Veterinar. Sekarang, adik aku juga yang dicarinya.

"Pandai pulak dia cari Rizal mak. Dulu, bukan main lagi dia memperlekehkan adik kita tu. Kata tak baguslah, apalah. Sekarang pandai pulak nak cari adik kita ye"
Aku memang tidak senang hati dengan perangai Pak Usu aku tu. Suka sangat memandang rendah kat orang. Berbeza dengan sikap Mak Usu yang pendiam dan tak banyak cakap.

"Dahlah kak. Jangan diungkit lagi. Orang dah minta tolong kan. Dah, cepat makan. Nak mandi lagi, nak berkemas lagi. Nanti lambat pulak nak balik Melaka."
Emak menegurku lantas bangun menuju ke sinki meninggalkan aku yang masih membebelkkan Pak Usu. Eii..kalau aku jadik si Farizal tu, tak ingin aku nak tolong. Menyampah betul aku dengan Pak Usu tu. Huh…

……………….

Aku memasukkan beg baju dan segala macam beg lain ke dalam bonet kereta Honda Accord arwah ayah yang digunakan Farizal. Beg tangan je aku aku sendiri yang pegang.

"Mak, akak balik dulu ye."
Aku menyalami emak dan memeluknya erat-erat. Rindu aku padanya belum hilang lagi. Aku rasa macam malas je nak balik Melaka. Rasa macam nak duduk kampung dulu puas-puas baru boleh balik Melaka. Tapi, apakan daya., dah kerja aku kat sana.

"Yelah. Jaga diri baik-baik ye kak."
Ujar emak ketika membalas pelukanku.

"Insya’Allah mak. Mak jangan risaulah ye"
Kataku meyakinkan emak yang nyata bersedih. Janganlah sedih-sedih. Nanti tak pasal-pasal aku tak jadi balik Melaka karang.

"Tolong kirim salam kat Farhana dan Syafika ye. Kata akak tak sempat nak tunggu dia balik"
Kataku pada emak. Emak mengangguk saja. Kemudian, aku menyalami Hafiza pula.

"Akak balik dulu ye. Assalamualaikum"
Ucapku pada mereka berdua dan dijawab oleh mereka juga. Berat pula hati aku ni nak melangkah masuk dalam kereta. Tertoleh-toleh aku ketika kaki ni nak masuk ke dalam perut kereta. Aku melambai pada emak dan Hafiza ketika kereta yang dipandu Farizal meluncur keluar dari halaman kereta dan di terus berjalan atas jalan raya. Aku menghela nafas. Sedih sebenarnya nak tinggalkan kampung lagi. Uuuu….

…………………….

Aku menyuruh Farizal singgah sekejap di kebur arwah ayah. Aku mahu singgah sekejap sebelum balik ke Melaka. Rasa rindu pada ayah masih lagi menebal di dada. Aku menyangkung di sisi kuburnya. Aku sedekahkan al-Fatihah padanya dan beberapa ayat Al-Quran. Lima belas minit kemudian, selepas bertafakur di sisi kubur ayah, aku pun bangun dan menuju ke kereta.

"Kak, kalau Rizal nak tanya sikit boleh tak?"
Farizal bertanya ketika aku sedang melayan perasaan pasal arwah ayah tadi. Aku menoleh ke arahnya yang sedang focus memandu.

"Apa dia?"
Soalku semula sambil memandang ke wajahnya sekilas.

"Akak dah terima ke lamaran abang Sharizal, kak?"
Aku menghempaskan keluhan halus. Ni lagi satu, tadi mak dah tanya lepas tu tak sabar-sabar nak bermenantukan Dr. Sharizal. Sekarang ni, adik aku pulak yang tanya.

"Rizal rasa, patut ke akak terima dia?"
Aku pula menyoalnya. Sengaja mahu meminta pendapatnya.

"Itu hak akak sama ada nak terima dia atau tak. Tapi, Rizal sebenarnya suka kalau akak dengan Abang Sharizal tu. Nampak kena sangat. Abang Sharizal tu pun Rizal tengok baik orangnya. Sopan santun, berbudi Bahasa. Ni apa yang mak cakap lah. Rizal rasa rugi kalau tak dapat abang ipar macam dia tu, kak"
Panjang lebar lagi penerangan Farizal. Aku menghela nafas lagi. Memang diakui semua tu. Mak pun bukan main puji lagi Dr. Sharizal tu. Semua orang cakap dia macam tu. Sebab tulah, aku tak fikir panjang-panjang untuk terima dia.

"Macam yang orang selalu kata, ada chemistry. Rizal tengok akak dan Abang Sharizal tu macam ada chemistry atau Bahasa Melayunya, ada Kimia"
Dia menambah lagi sambil ketawa. Aku juga ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Ada—ada saja adik aku ni. Ada kimialah, apalah.

"Rizal tak nampak ke akak masih pakai cincin berlian ni?"
Aku menayangkan cincin berlian di jari manisku padanya. Rizal meleretkan senyuman.

"Jadi, akak dah terima dialah ni?"
Aku mengangguk sambil mengukir senyuman di bibir. Farizal tersengih suka padaku. Sukalah tu sebab angan-angan nak berabang iparkan Dr. Sharizal semakin menjadi kenyataan.

……………………………

Akhirnya, sampai juga aku kat depan rumah aku ni tepat pukul 8 malam. Kalau aku bawak kereta ni, dah sampai awal dah. Ni naik bas, kejap-kejap karang berhenti. Lepas tu dari stesen bas nak ke rumah aku ni kena naik teksi. Tu yang mengambil masa lama sikit tu. Apa-apa pun aku lega sebab dah sampai kat rumah. Kereta Myvi SE aku juga masih ada. Hehe…

"Sorrylah, sayang. Kita balik kampung tak bawak awaklah. Kesian awak kena tinggal sorang-sorang kan, sayang"
Aku menggosok-gosok dan bercakap dengan kereta kesayangan aku tu. Kalau orang nampak, mau dia kata aku ni gila bercakap sorang-sorang. Dengan benda tak bernyawa macam kereta pulak tu. Silap-silap, aku dimasukkan ke Tanjung Rambutan sebab berkelakuan pelik macam ni.

" Assalamualaikum"
Aku berhenti cakap sorang-sorang bila terdengar orang memberi salam. Automatik leher aku berpusing. Dan orang yang memberi salam itu tak lain dan tidak bukan melainkan jiran sebelah aku. Siapa lagi? Orang yangbaru aku terima sebagai ehem…ehem…kekasih hati!

"Waalaikummussalamwarahmatullahiwabarakatuh"
Aku menjawab dengan salam yang panjang. Sengaja sebenarnya. Bibirku mengukir senyuman kecil.

"Sihat ke tak?"
Diar bertanya. Aku mengerutksn muka. Kenapa tanya soalan macam tu pulak? Aku menjungkit bahu.

"Kenapa? Nampak macam orang sakit ke?"
Soalku semula sambil mempamerkan raut wajah penuh kehairanan dengan soalannya itu. Kenapa pulak nak bertanya macam tu? Dia hanya ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Melangkah setapak ke depan berdekatan dengan jeriji besi.

"Tu yang bercakap-cakap dengan kereta tu kenapa? Kereta tu boleh bercakap ke? Siap bersayang bagai."
Aku meletuskan tawa. Dia dengar rupanya aku bercakap sorang-sorang dengan ‘kekasih’ awal dan akhir aku ni. Malu pulak rasanya bila diperli begitu. Mulalah muka terasa membahang. Aku tersengih-sengih memandangnya.

"Perli ke?"
Tempelakku sambil menaikkan kening. Bukan main lagi nak perli-perli orang, ya. Aku membentuk-bentuk muka. Kononnya, kurang senang dengan kata-katanya. Dia hanya tersenyum sambil kepala tu menggeleng-geleng untuk kesekian kalinya. Hidung aku terbau wangi dari tubuhnya. Maklumlah, jarak pun tak jauh. Hanya dipisahkan jeriji besi saja. Pakaiannya juga kemas. Rambut juga telah disikat rapi. Nak ke mana malam-malam ni?

"Pakai baju cantik dengan minyak wangi yang harum semerbak ni, nak pergi mana?"
Aku melontarkan pertanyaan. Yelah, bau wangi-wangi ni, nak ke mana? Ada nada cemburu sikit di hujung ayatku tadi. Manalah tau, dia nak jumpa somebody ke. Perempuan ke. Jelous juga. Dia kan dah jadi special aku secara tak langsung.

"Kenapa? Tak boleh?"
Balasnya. Malam ni, aku bermain soal-soal saja dengan dia. Dia tanya aku, lepas tu aku tanya dia balik. Tiada jawapan langsung. Aku akhirnya tersengih secara paksa padanya. Cover malu sebab bertanya dia macam tu. Agaknya aku ni terlalu over. Tak pernah pulak aku tanya dia macam tu. Mungkin dia rasa pelik. Tapi, apa salahnya? Bukan ke sekarang dia dah jadi special aku? Aku ada hak nak tanya dia tau.

"Nak pergi hospital lah, sayang. Malam ni kena on call. Takkan nak pakai baju selekeh. Nanti semua patient tu bukan makin sembuh, tapi makin sakit bila tengok kita berpakaian selekeh."
Itu jawapan yang keluar dari mulutnya untuk soalan over aku tadi. Pulak tu, dia panggil aku sayang lagi. Aku ni, langsung tak terbit pun kat bibir ni nak panggil dia seperti yang diminta. Aku malu sebenarnya nak panggil dia begitu. Bila nak panggil macam tu, lidah aku ni tiba-tiba jadi kelu. Macam orang bisu. Lagipun, kami baru declare hubungan kami. Tapi, untuk menuturkan panggilan sebegitu, aku belum bersedia lagi.

"Oh"
Jawabku pendek. Aku melempar senyuman kecil padanya.

"Oklah. Pergi dulu ye. Dah lambat ni."
Dia meminta diri dan berjalan ke pintu pagar. Membuka pintu pagar rumah seluasnya sebelum membuka pintu kereta Toyota Altisnya.

"Take care. I love you"
Ucapnya padaku sambil menyengit mata. Aku terpana dengan lafaz cintanya itu. Entah kenapa, bila saja dia melafazkan kata-kata itu, Jantungku berdebar-debar dan menendang kuat dadaku. Macam nak pecah rasanya. Selebihnya, mestilah mulut ni melopong sikit.
Aku berkira-kira mahu membalas lafaz cintanya, tapi,perkataan I love you too’ itu seakan tersekat dikerongkong.

"Take care too"
Perkataan itu pula yang meluncur keluar dari mulutku. Saat ini, aku rasa macam nak tampar-tampar je mulut sendiri kerana tidak berani mengeluarkan perkataan yang aku nak lafazkan.

Aku hanya mampu melihat saja keretanya meluncur keluar ke jalan raya. Aku menghembuskan keluhan halus. Kenapalah mulut ni susah sangat nak cakap perkataan tu ha? Just ‘I love you too’. Susah sangat ke? Eiii…mulut ni. Akhirnya aku tampar juga mulut aku ni. Geram.
posted by Penulisan2u @ 2:30 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
21 Comments:
  • At 9/10/09 7:57 PG, Blogger farah said…

    okk,cpt smbg...ader blog x???

     

  • At 9/10/09 9:45 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...

     

  • At 9/10/09 10:33 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    macam tak logik la pulak. nak tipu pun biar la kena pada tempatnya. ini...katanya pagi tak boleh sembahyang...uzur. tapi petangnya boleh pula menziarah kubur. kan dah kantoi.

     

  • At 9/10/09 10:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sukenye novel nie..
    klu bce msti asyik t'snyum je..hehe
    blh bg blog x?? plez...

     

  • At 9/10/09 11:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    err...period xleh g kubur ker?
    xtau la pulak..hehe

     

  • At 9/10/09 2:16 PTG, Blogger Unknown said…

    best2...

    nk lagi...

     

  • At 9/10/09 5:41 PTG, Anonymous mizzuin said…

    best la cte ney...hehe
    cpt le smbg ag...
    x sabaw nk taw ending nye cane..

     

  • At 9/10/09 6:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bila lak nak kuar nvel??
    nvel AD+IZ dah nak kuar..
    awak bla lg??xsar rse..
    nway gud luck,gud job!!
    tgah2 lam mggu exam pun smpat ag kta nie bka web nie tau..huhuhu
    ~wisws~

     

  • At 11/10/09 4:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Kenapa pulak tak boleh pergi kubur bila time period? Saya boleh pergi kubur apa raye aritu walaupun period...bagi sebab sikit....

     

  • At 15/10/09 11:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kan dia g kubur siap sedekah surah yassin

     

  • At 15/10/09 11:34 PTG, Anonymous sn0w_princeSS said…

    bla nk smbung g..
    x sabar la...

     

  • At 16/10/09 2:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sambunglah cepat x sabar nak tahu kesudahanya.

     

  • At 17/10/09 1:33 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy tgu sambungan cite awk ni...best lh plk.... nuraziana

     

  • At 18/10/09 7:14 PG, Blogger sAra said…

    cpt6 sambung....

     

  • At 22/10/09 7:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Agaknya penulis ni terlepas pandang lah tu kot...biasalah pada penulis2 baru ni...kalau dah excited nak menulis, mungkin dia terlepas pandang dan tak buat double check lagii...rilek la kawan2...kan...kann...! -Nana-

     

  • At 23/10/09 9:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betoi tu..bez cite niey..smbg cpt tau..
    mmg x ley msuk kbur lu period..sebabnye org2 kate,tkut drh kotor kite tu jatuh kat tanah perkuburan tu..x elok r.so,sape2 y period tu,jgn aml p kubur yer..
    good job writer..teruskan k..readers plak,tgur ler leklok..jgn sentap ngat..writer bru nk bertatih krang citer..ok per citer niey..cool..

     

  • At 27/10/09 1:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    apa2 pn cerita yg bagus wlupn ada yg trsilap pandang.
    kte yg mmbaca kna bg sokongan. lgpun ada fedback yg baik dr pembca kan kta best cte dia.

     

  • At 10/3/10 1:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    PG NYA PERIOD... MYB SBLM DIA BLIK PERIOD NYA DH ABES.. DH MANDI WAJIB.. SMUA TU XMUSTAHIL.. LGPUN XDE LAK DIA CKP TU 1ST DAY DIA PERIOD KAN... XKAN LA DIA NK CKP LAK TD DH MANDI WAJIB HUHUHU.. PAPEPN BEST LA CITER NI

     

  • At 14/3/11 9:44 PTG, Anonymous aisyah said…

    haha .. sooooo sweet ar..
    sambung ar.. huhu ..
    aww! haha.. like it!!! ^.~

     

  • At 17/5/11 1:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    elex larh clap cket un na kcoh...law na perfect cgt uat ah cter sndry...tape2 cy skong awk..bez cter awk swit cgt...gud job...

    jihah,k.k

     

  • At 29/5/11 3:40 PTG, Anonymous momoe said…

    best cite ni, xyh r nk kecoh2 sal period, bc sudah?????

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group