BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Oktober 13, 2009
Novel : Inikah Hidup 4
Nama Pena : oRkId eDyliYnE

"Awak," panggil satu suara membuatkan aku terus membuka mata.

Dah sampai ke? Dekat mana aku ni? Aduh. Mengantuknya.

"Dah sampai ke?"

"Dah. Jomlah turun," suruh Feroz dengan senyuman.

Muka aku ok kan? Tak ada air liur basi ke, tahi mata ke? Blusher masih pink lagi kan? Lipglos... Masih lembab lagi bibir aku ni. Eye liner, tak sememeh kan?

"Ok dah tu," beritahu Feroz. Macam tahu-tahu je apa yang aku bualkan dalam kepala otak aku ni sambil betul-betulkan tudung aku yang macam nak tertanggal je aku rasa sebab tidur tadi.

"Dekat mana ni" tanya aku nak minta kepastian. Buat kata dia bawa aku tempat bukan-bukan.

Aku ni nama je anak Johor, dah 20 tahun duduk Johor, tapi aku pergi bandar adalah boleh kira dengan jari tangan. Tak payah nak campur dengan jari kaki. Memang aku ni tak kenal dengan bandar ni. Sebab aku kalau nak keluar, mesti ibu tak bagi. Ibu ni jaga je aku ni. Kalau Kak Asha, dia bagi pula. Sebab tu aku ni macam katak bawah tempurung sikit. Tapi aku berjuta kali lagi comel dari kataklah. Memang tak sosial lansung.

Yang aku ingat kali pertama aku menjejakkan kaki aku pergi tengok wayang, waktu aku balik cuti masa matrik. Itu pun Kak Asha yang bawa sebab boyfriend dia yang kononnya nak jadi menantu ibu tu yang belanja. Itulah kali pertama dan sampai sekarang ni aku tak pernah lagi jejakkan kaki aku ke panggung wayang. Ke itu juga yang terakhir? Aku pun tak pasti.

"Thailand," jawab Feroz dengan muka siriusnya sambil membuka sun glassesnya dan diletakkan di atas dashboard.

What? Dah berapa hari aku tidur ni?

"You’re joking, right? Haha. Kelakar," balas aku dengan muka selamba.

"CS. Tak pernah pergi ke sampai tak cam?" tanya Feroz seakan menyindir aku je bunyinya. CS tu maknanya City Square kata kawan sekolah aku dulu. Sampai jauh ke tengah bandar ni dia bawa aku?

"Sebab tak pernah pergilah tak cam," jawab aku kembali masih lagi dengan nada cover cool. Dia boleh cover macho, aku pun nak cover coollah.

"Ketinggalan zamanlah ni? Tak pernah jejak sekali pun ke?" tanya Feroz masih lagi dengan nada menyindirnya. Dia ni nak tengok aku marah ke apa?

Kitorang dah keluar dan berjalan untuk masuk ke dalam mall. Entah apa yang dia nak buat dalam ni aku pun tak tahu.

Aku dah malas nak menjawab cuma geleng je. Memang aku tak pernah nak jejak sini. Nak buat macam mana. Ibu tak pernah nak bagi aku jadi manusia kenal bandar. Yang aku kenal, kampung aku, kampus, matrik dulu. Ingat aku reti ke nak berjalan macam orang lain? Dah setahun aku duduk Kelantan, kawan-kawan aku semua tahu pasal Kelantan. Mana itu dan mana ini. Aku? Paling jauh pun KB mall yang ambil masa 15 minit naik kereta dari U aku, itu pun baru 3 kali aku pergi. Bayangkanlah macam mana diri aku ni.

Kitorang berjalan beriringan tapi ada gab antara aku dengan dia. Muat lagi sorang yang saiz XXXL untuk disumbatkan di tengah-tengah antara aku dengan dia.

Mata aku dah bersinar-sinar tengok ais krim yang ada jual dekat tepi tu. Tapi, ibu... Kenapa tak bagi Wawa duit?

"Kesiannya awak ni. Ada juga orang yang tak pernah sampai sini," tambah Feroz lagi dengan nada yang memang menyengat. Aku dah naik geram dibuatnya. Tapi cool Wa. Cool.

Aku diam dan mata melilau tengok barang-barang yang jual dekat kedai kecil-kecil dekat tepi ni. Malas aku nak layan dia.

"Awak. Masuk situ kejap," ajak Feroz membuatkan aku tumpukan perhatian pada kedai yang dia nak masuk tu.

Nak masuk kedai jual cincin dengan rantai tu buat apa? Dia ni pakai barang kemas ke? Aku tengok tangan dia tu tak adalah pula pakai benda-benda tu. Nak belikan mak dia agaknya. Layan jelah. Dari aku jalan sendiri nanti sesat susah pula. Dahlah tak ada duit.

Dia dah berdiri depan satu meja kaca yang display all type of ring. Comelnya cincin tu. Mak ai. Cincin besar tu harga boleh belikan aku makanan sampai bolah mati kekenyangan. Boleh buat kenduri some more.

"Awak suka yang kosong ke yang ada dimond dia tu?" tanya Feroz memecahkan perhatian aku pada cincin yang banyak-banyak menarik hati dan perasaan aku dengan kilauan-kilauannya. Wah.

"Apa awak tanya tadi?" Aku buat muka blur.

"Suka yang kosong ke yang ada dimond?" ulang Feroz kembali.

Buat apanya dia tanya aku? Mabuk ke apa mamat ni? Tulah pergi jauh-jauh ni buat apa?

"Kenapa tanya saya?" Aku boleh pula nak main berbalas pertanyaan. Lepas dia tanya, aku tanya pula.

"Nak belikan awak, of courselah tanya awak. Takkan nak tanya cik ni pula. Cik suka yang mana? Yang kosong ke yang ada dimond?" Dia bertanya pada perempuan yang jaga kaunter tu dengan nada yang diromantikkan. Huh. Romantik tahi kucing rumah aku.

Perempuan tu pun senyum-senyum sambil betulkan rambut dia. Cover cun kena ngorat mamat poyo ni.

"Nak belikan saya buat apa?" Aku tanya lagi. Tak pasti betul aku dengan mamat ni.

"Cik. Kalau selau orang datang sini beli cincin nak buat apa?" tanya dia pada perempuan jaga kaunter tu lagi macam aku tanya dengan meja ni je aku rasa.

"Untuk beli cincin kahwin," jawab perempuan itu dengan nada malu-malu. Hish minah ni. Dengan lelaki ni pun dia boleh melayan lagi.

"Awak dengar?" tanya dia pada aku pula.

Sejak bila aku kata aku nak kahwin dengan dia? Ni yang aku marah ni. Suka-suka ajak aku keluar, lepas tu nak buat macam ni. Sabar Aleena Shirin Mawar Ahmad Zulkarnain. Kau tengah berada di tempat awam.

"Bila masa saya kata saya nak kahwin dengan awak?" tanya aku lagi. Nada masih lagi cool. Mungkin sebab aircond ni agaknya buat aku cool semacam je nak hadapai masalah ni.

"Cik. Dia tanya bila masa?" Dia berkata pada perempuan itu lagi.

Perempuan tu jungkit bahu tanda dia tak tahu. Memanglah dia tak tahu.

"Ibu kata, kalau awak nak keluar, maknanya awak setuju nak tunang dengan saya. Cuti sem nanti kita kahwin," beritahu Feroz lancar sambil membelek wajah perempuan depan muka dia tu. Dia ni bercakap dengan aku ke dengan perempuan yang nampak lurah tu? Dah namanya lelaki, lelaki juga. Perempuan seksi depan mata, tak berkelip mata dia. Bersinar-sinar some more.

What? Cuti sem? Dua bulan lagi cuti sem tu. But... Ke cuti sem lepas aku gred tiga tahun setengah lagi? Tapi lepas gred mana ada cuti sem dah?

"Biar betul?" Aku dah nak meledak tapi disabarkan riak dan nada aku sebab aku tak nak memalukan diri dengan menjerit tak tentu hala dan tak nak memecahkan rekod dunia Aleena Shirin Mawar membuat muka berkerut seribu dan menjerit.

"Cik. Tadi saya cakap ada macam muka orang main-main ke?"

Perempuan tu menggeleng.

"So?" Dia berpaling pada aku.

Ya Allah ya Tuhanku. Kau selamatkanlah hambaMu ini dari menjadi mangsa keadaan. Kenapa aku? Kenapa dia pilih aku? Kenapa dia nak dengan aku sedang aku tak nak dengan dia? Dia kenal ke aku ni macam mana? Dia tahu ke apa yang aku nakkan? Dia boleh ke faham aku? Lailahalillalah. Apa nak jadi ni?

"Cepatlah awak. Saya nak pergi makan ni. Lapar. Cik dah makan?" Dia dah membebel pada aku, dia kalih semula pada perempuan seksi tu.

Macam ni ke lelaki yang akan jadi suami aku? Bukannya ayah kata, ‘perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.’ Ni sekarang nak cakap aku tak baik ke or dah memang nasib aku macam ni?

Aku dah keras membatu memikirkan apa yang sebenarnya terjadi. Aku sekarang ni tengah alami night mare ke?

"Cik dia tak tahu nak pilih yang mana. Cik boleh cadangkan?" tanya dia pada perempuan depan dia tu.

"Nak yang couple ring ke atau single ring?" tanya perempuan tu kembali pada Feroz.

"Kalau cik, cik pilih yang mana?"

"Lagi better yang couple ring sebab nampak more romantik," jelas perempuan itu dengan senyumannya.

More romantik ke, more menghabiskan duit? Dah nama pun pekerja kedai ni. dia tawarkan yang mahal-mahallah.

"Ok juga."

"Nak yang mana?"

"Cik rasa yang mana cantik?"

Hantu apa yang dah merasuk lelaki ni dekat tengah-tengah bandar ni?

"Yang ni." Dia keluarkan sepasang cincin platinum kosong tapi ada corak cantik dekat permukaan dia. Memang aku tengok pun cantik.

Dia ambil satu yang besar dan disarungkan pada jari manis tangan kiri dia. Muat.

"What do you think?" Dia ni memang dah abaikan aku sekarang ni.

"Perfect." Perempuan tu jawab dengan senyum-senyum malunya.

Kau kahwin dengan perempuan ni jelah. Kena je aku tengok.

"Cik. Trylah. Kalau tak muat, kita ada size yang lagi besar atau lagi kecil dari ni," beri perempuan tu pada aku yang dari tadi macam patung perhiasan je dekat sini.

Feroz dah tengok aku macam nak telan. Dia tengok perempuan seksi ni pandai pula nak senyum.

Aku pun tak nak banyak membantah terus ambil dan sarung. Boleh fit cantik je pada tangan aku.

"Ok saya ambil yang ni," kata Feroz sambil membuka cincin dekat tangan dia dan beri pada perempuan tu. Aku pun buka, letak atas meja kaca tu dan jalan pergi tengok benda lain yang berada dalam kedai ni. Aku dah lansung tak boleh nak proses benda yang berada dalam kepala otak aku ni. Semuanya macam dikeraskan dalam freezer je dan tidak mampu mengeluarkan idea lansung.

"Dah jom." Feroz berjalan keluar dari kedai tu. Dia dah siap ke? Beli ke? Cepatnya?

Aku pun terkedek-kedek berjalan dan menyaingi dia.

"Saya nak makan McD. Awak nak makan mana?" tanya Feroz sambil kitorang berjalan teruskan hari yang penuh kebosanan dan kesakitan hati dan perasaan aku ni.

Dia tanya buat apa? Duit dia kan? Aku bukan bawa duit.

"Tak lapar." Aku jawab ala kadar je. Penat pula rasa diri aku ni.

"Tak lapar? Fine." Dia menjawab sambil mengatur langkah menuju ke McD yang tak berapa jauh lagi dari kitorang. Pantas je kaki panjang dia ni jalan. Tak nampak ke aku ni jalan macam mana? Slowlah sikit.

Sampai dekat McD. Kitorang beratur. Kitorang? Buat apa aku beratur? Aku nak makan ke? Laparnya. Tu spicy Mc Delux. Lapar. Ibu...

Sampai depan kaunter.

"Nak apa?" Dia tanya lagi pada aku yang sibuk merenung spicy Mc Delux. Memang aku suka nak mati spicy Mc Delux. Lagi kena dengan air milo McD ni meleleh.

Aku menggeleng.

"Cik. Saya nak tu. Bigmac large." Feroz mengorder.

"Lagi?" tanya perempuan jaga kaunter tu dengan senyuman mesranya.

"Nak cik." Dia menjawab. Lelaki ni kenapa? Gatal nak mati.

Perempuan tu dah senyum semacam je atas ayat yang Feroz cakap tadi. Dia senyum pada aku, aku senyum balik. Mana boleh aku buat muka ketat. Tak ada dalam sejarah orang nampak aku bermuka ketat.

"Satu bigmac large. Air coke." Dia berkata lembut sambil menekan sesuatu dekat atas komputer.

Dan tak berapa minit, tersedia satu bigmag bersama air coke dan kentang. Aku menelan air liur tapi orang tak perasan sebab cover.

Dia angkat dan berlalu. Aku cuma membontot je.

Aku duduk, dia duduk depan aku. Kenapa meja ni kecil sangat. Dekatnya. Tak pernah aku
duduk dekat macam ni dengan lelaki.

Kaki dia berlaga dengan kaki aku dekat bawah meja membuatkan mata aku terus jadi bulat. Ini yang paling aku anti sekali. Aku bangun dan duduk kerusi lagi sebelah.

Dia buat muka tak tahu je dan terus buka kotak bigmac tu. Apa lagi. Makan.

Kejamnya. Dia tak hiraukan aku. Alamatnya kalau aku kahwin dengan dia memang akan menjadi kurus kering tinggal tulang tak berkalsiumlah aku dikerjakan mamat ni. Memang tak bertimbang rasa.

Cerita dalam tv tu selalu tipu je. Yelah. Kalau dalam cerita, perempuan tu kata tak lapar, mesti yang lelaki tu dia belikan juga lepas tu suruh perempuan tu makan. Ni, dia tinggalkan aku menjadi patung dekat tepi ni dan dia melantak.

Dah habis tu buat muka kenyanglah tu. Aku je yang terkulat-kulat dekat tepi ni. Kelapran tapi ego. Itu ke aku? Ke disebabkan dia aku jadi macam ni? Tapi ayah kata tak boleh salahkan orang lain atas apa yang jadi pada kita. Jadi bukan salah dia. Salah aku. Aku yang cakap aku tak lapar.

"Saya nak pergi tengok wayang. Awak nak pergi mana?" tanya dia sambil bangun. Aku pun bangun juga mengikut. Di tempat asing begini membuatkan aku kalah dari prinsip ‘single is beter’.

"Suka hati," balas aku. Nanti ada dia tinggal aku sorang-sorang dekat luar panggung kalau aku kata aku tak nak tengok wayang. Tengok jelah tadi.

Lapar. Ibu... Wawa lapar... Tak pernah ibu biarkan aku lapar. Memang aku tak dididik untuk berlapar dan mengikat perut. Kalau puasa tu lain, pagi waktu sahur aku dah lantak berpinggan-pinggan nasi. Sebab tu boleh stay sampai petang.

"Pernah masuk panggung tak?" Dia bertanya setelah lama kitorang senyap dan sekarang ni tengah naik elsicator. Kenapa ramai orang pula time nak naik ni. Ish tepilah sikit orang oi. Punggung aku. Ish. Nasib baik perempuan belakang aku ni. Sebab aku memang anti kalau orang tersentuh aku. Lagi-lagi part yang aku memang jaga sangat tu.

"Pernahlah sekali," jawab aku sekadar memberi respon atas apa yang dia nak cakapkan. Kejap lagi sindir aku lagi.

"What? Memang kampung gilalah awak ni rupanya. Nasib baik style tak macam ke kampungan sangat," balas Feroz dengan tawa kecil tapi sinisnya.

What? Lelaki ni memang sungguh-sungguh dah buat aku punya tahap kesabaran dah hampir nak terover limit. Tak apa. Sabar. Memang betul benda yang dia cakap tu. Kutuk lagi. Kutuk.

Dalam berjalan, aku ternampak satu benda yang memang aku nak sangat beli, gelang kaki. Aku dah lama cari. Sebab aku pernah ada gelang kaki dulu, tapi hilang. Aku nak beli yang sama macam dulu sebab aku suka sangat gelang kaki tu. Lepas hilang, aku cari gelang kaki yang sama jenis macam tu, tapi dah tak ada jual. Aku ada juga beli yang lain, tapi aku pakai sekejap je. Lepas tu tanggal sebab aku rasa tak sedap. Biasalah aku ni, pakai satu benda tu, setia je terus. Sebab tu hati aku lansung tak boleh lepaskan perasaan aku pada Tae Chee Xiang itu pergi dan bina perasaan baru untuk orang lain. Sebab itu juga agaknya.

"Nak beli ke?" tegur Feroz. Dia pun berhenti juga agaknya sebab tengok aku berhenti. Nasib baik dia tak tinggal. Kalau tak mesti aku jadi tak macho dekat sini sebab menangis. Aku takut sikit dekat tempat asing ni.

"Tak ada duit. Lain kali," jawab aku dan aku tak sangka aku mengeluarkan nada hampa. Sebab memang aku nak sangat. Kenapa ibu tak bagi aku duit? Time tak ada duit nilah benda ni nak muncul depan mata.

"Pakai duit saya. Nak yang mana?" Dia dah berjalan mendekati tempat tu.

"Tak payahlah. Nanti bila masa pula nak pulang." Aku menggeleng berkali-kali. Kenapa kaki aku ni susah sangat nak bergerak. Jalanlah. Tapi... Kenapa tak ada duit...

"Banyak masa lain nak pulangkan," jawab Feroz selamba sambil dibeleknya satu persatu gelang kaki yang bergantung-gantungan dekat situ. Macam dia pula nak beli.

"Yang ni cantik. Design baru. You belilah satu untuk girlfriend you. Cantik ma. Lagi dia cantik. Pakai ini lagi cantik," kata auntie yang jaga kedai tu mempromote barang dia. Puji aku lagi. Memang nak menarik hati aku yang tengah bergelodak nakkan benda tu. Ye. Yang Feroz pegang tu yang aku nak.

Feroz mengangguk dan tersenyum. Kemudian berpaling pada aku. Tangannya masih lagi pegang gelang kaki yang aku nak tu.

"Nak yang mana?"

"Tak payahlah. Auntie tak apa. Thanks," ucap aku dan terus berlalu. Aku tak nak diri lama-lama dekat situ nanti aku semakin nak benda tu. Aku tak boleh nak manjakan sangat hati aku ni nak itu ini.

Tiba-tiba dalam aku berjalan menjauhi kedai tu, dia pun dah sampai dan beriringan dengan aku. Selamba je riak dia.

Memang bukan rezeki aku agaknya nak dapatkan gelang kaki tu. Lain kalilah.

Kitorang jalan sampai depan panggung tempat beli tiket. Banyak cerita orang putih yang tayang time macam ni. Dia ni nak tengok cerita apa? Ice age 3. Nak yang tu. Macam mana aku nak cakap dengan dia ni. Nak yang tu...

"Saya nak beli tiket. Awak tengok filem aksi tak?" Dia tenung muka aku macam ada benda yang pelik pada muka aku ni.

Aku menggeleng. Kita hati perempuanlah awak. Mana tengok filem aksi. Sebenarnya aku tengok je tapi, aku nak tengok Ice age 3 tu. Nanti kalau aku kata aku tengok filem aksi nanti mesti dia beli yang tu Transformers. Nak juga tengok yang tu, tapi aku tengah serabut ni nak tengok filem yang boleh buat aku ketawa, yang boleh buat aku senyum.

Dia berlalu tanpa bertanya lagi.

Aku yang ditinggalkan ni pun hanya mampu terkebil-kebil pandang sekeliling. Banyak manusia yang berkaliaran dan berseronok.

"Awak nak solat sekarang ke, nak solat jamak takhir je?" tanya Feroz setelah sampai di tepi aku.

Kitorang ni masih dikira boleh solat jamak sebab aku baru dua hari dekat sini.

"Cerita pukul berapa?" Sekarang dah pukul 2 rupanya. Aku tak perasan pun. Tadi keluar pukul 11. Dan sekarang dah pukul 2. Lama juga dah ni. perjalanan ke sini berapa jam eh? Aku pun tak tangok jam tadi masa sampai.

"Kejap lagi." Kalau gitu, serupa awak tak payah tanya. Menduga kesabaran betul manusia ni.

"Jamak takhir jelah," jawab aku malas.

"Jom," ajak Feroz sambil berlalu untuk membeli something dekat kaunter yang ada benda-benda. Banyak benda dekat situ aku tak tahu nak describe tu kaunter apa.

Dia beli satu kotak popcorn dengan dua air.

"Nah." Dia hulurkan pada aku satu air dan kotak popcorn.

Aku pun ambil jelah. Lapar gila ni. Aku pun bantailah popcorn tu sambil berjalan.

Dia dekat sebelah aku ni senyap je kenapa?

Aku tengok dia, dia cuma senyum je. Apa je mamat ni. Tak sihat ke? Ini ke bakal doktor? Senget semacam je otak dia.

"Nah. Dalam ni sejuk." Disangkutkan sweater yang tadi dia pakai dekat belakang aku.

Aku pun pandang dia.

Patutlah dia bersweater tengah-tengah hari ni. Rupanya dia pakai baju lengan pendek dan ketat. Ketul-ketul muscle badan dia jelas gila nampak sebab baju tu. Yang dia pakai baju adik-adik ni buat apa? Dah tak ada baju sangat ke?

"Awak pakai macam tu tak sejuk ke?" duga aku kembali. Sebab dia punya baju tu dahlah ketat, kecil, nipis, lengan pendek. Aku rasa kalau dia tunduk pun, nampak belakang dia. Tak pun angkat tangan, nampak perut dia. Nasib baik dia pakai jeans besar. Kenapa tak pakai baju besar je supaya tak menyusahkan diri. Dia ni...

Dia tak menjawab dan terus jalan.

Aku geleng kepala jelah. Masuk je dalam, kesejukkan memang menyucuk. Dapat je tempat duduk aku dah bersila atas kerusi besar tu sebab nak tahan sejuk sebab kaki aku yang terdedah. Sebenarnya sakit kaki. Siapa suruh pakai kasut tinggi. Nak kejar mamat kaki panjang ni berjalan lagi. Sedih je. Kalau aku tahu dia macam ni, lebih baik aku pakai selipar je.

Apasal certia romantik ni? Lemahnya aku tengok cerita orang putih ni. Belum jauh lagi ceritanya, dah ada babak sensor tu. Rosak otak aku dia ni kerjakan. Aku tak nak tengok filem aksi tapi tak bermakna aku nak tengok filem romantik macam ni. Dia nilah. Tak faham betul. Tengok tu. Mata dia tumpu je. Kotor otak aku.

Aku pun tunduk dan makan popcorn. Lama lagi ke babak dia ni?

Cerita ni best juga bila dah tengok dalam sejam ni. Cuma awal tadi je ada babak tu. Pandai juga dia pilih cerita.

Dan dalam asyik-asyik tengok, biasalah babak yang tidak mahu tu keluar lagi. Tiba-tiba aku rasa tangan aku yang dekat penghadang rasa ada benda sejuk yang hinggap membuatkan aku toleh.

Tangan mamat sebelah aku ni tengah galak menyentuh tangan aku.

Aku pun apa lagi aku tarik lepas tu berdiri. Tengah orang lain syok-syok tengok, aku boleh disturb pula.

"Oi duduklah," marah orang belakang.

Feroz dah pandang aku. Aku punya kemarahan memang dah pecah termometer dah. Dari tadi aku sabar dan sekarang ni dia memang dah over sampai nak ambil kesempatan dekat aku.

Penampar sekali aku bagi dekat dia. Dia buat muka biasa je tak sakit agaknya. Tangan aku je yang rasa pijar. Memang aku pecah rekod dunia Aleena Shirin Mawar kerana buat pertama kalinya aku marah orang dan tampar muka dia macam ni.

Aku jalan keluar tinggalkan panggung.

Aku dah tak tau nak ke mana. Aku berjalan je.

Dah jauh baru aku perasan kaki aku tak berkasut dan tempat ni terlampau asing untuk aku. Agaknya aku keluar pintu lain, bukannya pintu yang aku masuk tadi. Mana aku nak pergi ni? Mata aku mula rasa panas.

Aku seluk kocek sweater yang aku pakai. Ada something. Aku tarik keluar. Berdecing bunyi loceng yang bergantungan pada rantai kaki yang aku pegang ni. Rantai kaki yang aku nak beli tadi.

Air mata aku dah mengalir dan gelang kaki tu kembali duduk dalam poket sweater. Sweater dia rupanya ni. Aku ingatkan sweater aku.

Nasib baik tak ramai orang dekat sini. Agaknya memang time orang menonton. Jadi dekat luar panggung tak ramai orang.

Tiba-tiba handset aku bergetar. Aku ambil.

‘FEROZ’. Nama dia yang ada dekat skrin tu buat aku rasa nak campak telifon ni.

Beberapa minit, dia berhenti bergetar. Aku cari toilet. Nasib baik tak kena bayar. Aku pun masuk dan duduk kunci diri dalam tandas. Aku tutup mangkuk tandas duduk tu lepas tu aku duduk. Menangis semahunya. Itulah aku. Tension je nangis.

Tak guna punya lelaki.

Phone aku bergetar lagi.

Aku tengok. Mesej.

-Awak pergi mana? Dengan tak berkasut awak jalan. Sorry pasal tadi. Saya tunggu depan kaunter beli tiket ni. Jangan buat saya macam ni. Saya dah janji dengan ibu dengan ayah nak bawa awak dan hantar awak balik.

Tahu kau nak takut dengan ibu dengan ayah. Kau buat tak senonoh pada aku tak fikir pula? Bodoh punya lelaki.

Aku letak tepi. Aku dah tak boleh nak fikir. Kepala aku pening. Air mata ni tak nak berhenti. Bodohnya aku ni kenapa? Perut aku pula time ni nak berbunyi.

Dalam tak sampai 5 minit, telifon aku berbunyi lagi. Mesej kedua masuk.

-Awak please. Saya tahu saya salah. Saya tak sengaja tadi. Awak pergi mana?

Kepala otak dia tak sengaja. Kau ingat aku ni kekampungan, aku bodoh sangat ke tak dapat bezakan benda tu kau sengaja ke kau tak sengaja? Aku tak sangka ada bakal doktor yang bodoh macam kau ni.

Marah betul aku dengan dia ni. Aku marah pun air mata aku ni boleh lebat lagi.

Dalam aku marahkan dia dan diri aku, mesej ketiga masuk.

-Wa. Kawan-kawan kirim salam dekat kau. Diorang kata, diorang rindukan kau.

+Kau dekat mana?

-Masih dengan diorang lagi. Kenapa?

+Dekat mana?

-CS. McD. Kitorang baru sampai dan kumpul dekat sini. Lepas ni nak naik tengok wayang.

+Kau boleh tolong aku?

-Boleh apanya? Nak tahu pasal Chee Xiang juga ke? Boleh je.

+Tak. Benda lain. Boleh tak?

-Boleh. Apanya?

+Kau pergi kedai kasut, beli selipar saiz 4. Lepas tu kau naik. Aku ada dekat toilet dekat dengan panggung.

-Macam mana kau boleh ada dekat sini? Kenapa kena beli selipar baru boleh jumpa kau? Syarat nak jumpa puteri raja ke oi.

+Jangan nak melawaklah. Please. Tolong aku Di.

-Ok fine. Selipar apa?

+Apa-apa. Tak payah mahal-mahal. Aku pinjam duit kau dulu. Nanti aku pulang.

-Awak. Saya tak balik selagi awak tak ada.

Dalam asyik aku mesej Diana, masuk pula mesej mamat gila ni. Mampus kau kering dekat situ. Jawab sendiri dengan ibu ayah. Aku tak nak balik dengan kau. Tadi je kau berani buat aku macam tu. Jangan harap aku nak percaya kau.

-Ok. Nanti aku sampai.

+Thanks Di.

Aku pun keluar dari bilik kecil tu. Aku buka tudung. Basuh semua make up aku yang dah rosak sebab mamat gila tu. Aku bantai je gel cuci tangan untuk tanggalkan make up ni. Lepas cuci bersih semua, aku lap pakai tisu tandas. Memang banyak aku bazirkan tisu tandas tu. Biarlah. Dah nama pun awam kan?

Lepas tu aku pakai semula tudung dan betulkan apa yang patut.

Nasib baik aku ni memang comel. Tak payah make up pun comel je sebenarnya. Tapi, aku memang selalu pun pakai make up kalau keluar. Kalau pergi kelas, memang make up sentiasa. Sampai kawan aku kata, itu identiti aku. Yelah mana ada orang yang make up macam aku pergi kelas. Diorang pernah juga tanya aku, ‘kenapa make up. Kan kau dah cantik. Nak make up apa lagi.’

Aku tak tahu nak jawab apa. Memang dah itu yang aku suka nak buat macam mana. Aku suka lain dari orang.

"Hah. Wa. Ada pun. Kenapa kau tak berkasut ni?" Diana yang datang menerpa dan bertanya.

Aku tengok muka aku dalam cermin. Tak ada riak orang lepas nangis. Nasib baik. Nanti mesti banyak tanya minah ni.

"Sebab tu aku suruh kau beli selipar. Aku join korang boleh. Rindu aku dengan diorang," jelas aku memotong topik Diana. Selipar dekat tangan dia aku ambil dan keluarkan dari plastik dan kotak.

"Lah. Cantiknya selipar kau beli. Aku suruh beli yang murah je." Siap renda-renda segala dia ni. Apa dia ingat aku ni minah renda ke apa?

Belum sempat Diana hendak menjawab, telifon aku berdering memecah suasana dalam bilik air tu. Mamat gila tu lagi.

"Siapa?" tanya Diana pantas sambil dikemaskan apa yang aku dah sepahkan tadi. Mana taknya. Dapat selipar, kotak dengan plastik campak tepi.

"Nombor tak kenal." Itulah jawapan paling bernas sebab Diana dan kawan baik aku dekat sekolah yang 6 orang tu, tahu perangai aku ni. Kalau nombor tak kenal, mesti aku tak angkat. Jadi diorang kalau tukar nombor kena mesej aku dulu baru aku layan. Kalau tak, haram. Jangan harap aku nak layan.

"Kau datang dengan siapa sebenarnya ni?" tanya Diana lagi tidak puas hati pertanyaan dia aku tak jawab tadi.

"Sendirilah." Aku buat muka innocent. Inilah aku. Ingat aku senang ke nak buat orang berubah riak sebab aku. Aku tak suka orang risaukan aku. Sebab tulah aku selalu simpan sendiri. Bertapai perasaan aku sampai boleh menghancurkan diri aku sendiri kadang-kadang sebab aku bila sendiri je mesti menanggis macam orang apa entah. Aku pun tak dapat nak describe.

"Tipu ni. Kau mana pernah sampai sini. Kau tahu. Diorang 6 orang dekat bawah tu menjerit terkejut bila kata kau dekat sini. Dengan nak suruh beli selipar segala. Diorang ingatkan kau main-main," jelas Diana sambil berjalan beriringan dengan aku.

"Yang penting aku sampai kan? Dahlah. Aku saja je nak suprisekan korang. Sebab aku tahu kan korang suka kumpul sini," jelas aku membuat cerita. Aku tak reti nak kongsi benda-benda yang membuatkan aku sedih ni pada orang. Kenapalah aku macam ni? Susah sangat mulut aku ni nak beritahu perkara pahit yang sebenarnya berlaku. Tipu untuk membuat orang sentiasa tersenyum, selalu aku buat dan mudah je untuk aku lakukan.

"Yelah tu." Diana mula ketawa dan percaya cerita tipu aku tadi.

Handphone aku berbunyi lagi.

"Di. Kejap eh," pinta aku sambil menjauhi Diana.

Diana mengangguk dan menuju ke kedai kecil yang berdekatan dengan tempat kitorang berhenti untuk tengok-tengok sementara aku nak cakap phone ni.

Nak tak nak, aku angkat juga.

"Hallo awak. Dekat mana? Janganlah marah. Kan saya kata saya tak sengaja," jelasnya kedengaran risau di hujung talian.

Jangan marah kepala hangguk dia. Ingat aku ni apa? Perempuan murahan ke apa? Boleh blah lah. Ingat muka handsome aku nak sangat ke? Lambat seribu tahunlah. Orang lain bolehlah. Aku, jangan harap. Aku tak kebulur dengan muka handsome kau tu.

"Saya balik sendiri. Awak baliklah dulu," suruh aku. Tengok. Kan aku dah kata. Ingat senang ke nak nampak aku ni meledak macam tadi tu sampai makan penampar. Ni pesalah ni yang tengah bercakap dengan aku ni. Tapi nada aku, macam dia tak salah je.

"Awak please. Awak tak ada duit, awak tak tahu tempat ni, awak tak pakai kasut. Macam mana awak nak balik sendiri? Please jangan buat saya macam ni. Nanti ayah dengan ibu tanya. Saya dah janji saya nak jaga awak," jelas Feroz lagi. Betul-betul nada orang bersalah.

Kau bukannya jaga aku lah tu mangkuk, tu kau nak makan aku. Kau ingat aku bodoh?

"Nanti pandai saya nak jawab. Tak payahlah nak risau. Kaki saya tak ada kasut, saya tak ada duit, saya tak tahu tempat ni. Itu lagi baik dari saya diri dan duduk sebelah awak yang umpama menyerah diri nak kena rogol dengan awak. Tak perlu. Saya tahu nak cari jalan balik," ucap aku dengan nada yang begitu cool.

Macam manalah kawan-kawan aku tak cakap aku ni heartless. Tengoklah cara aku berhadapan masalah macam ni. Siapalah yang mengajar aku jadi macam ni. Entahlah.

"Kenapa cakap macam tu? Hey saya takkan buat macam tu. Please beritahu saya awak dekat mana. Saya hantar awak balik sekarang," bidas Feroz. Masih ada nada bersalah walaupun ditegaskan suaranya.

"Encik Feroz Ejaz. Kalau awak nak tahu, sekali orang buat saya tak percaya pada dia, sampai bila-bila saya takkan percaya dia. Awak dah rosakkan kepercayaan saya. So, awak fikirlah sendiri. Saya tinggalkan sweater awak dekat depan tandas perempuan dekat dengan panggung. Awak pergilah ambil. Saya tak ada hutang apa-apa pun dengan awak. Kasut saya tu awak buang je dalam tong sampah," jelas aku dan terus putuskan talian.

Aku matikan terus telifon aku. Ceraikan beteri dari badan phone tu dan masukkan dalam poket seluar. Memang aku dah tinggalkan sweater dia depan tandas tadi. Pergilah ambil sendiri. Dia kenal apa yang milik dia.

"Di. Jom," ajak aku sambil menggapai tangan kawan aku yang tengah asyik je dia menatap barang-barang.

"Dah. Siapa?" Dia bertanya lagi.

Aku cuma tersenyum. Senyuman aku memang kadang-kadang tak ada makna apa-apa sebab kalau hati aku bengkak pun aku boleh senyum. Memang plastik je banyak dari yang ikhlas.
posted by Penulisan2u @ 5:26 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group