Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Intan berjalan seorang diri. Niatnya untuk membeli barang di kedai terbantut apabila kedai berdekatan perumahan mereka itu tutup. Kenapalah dia bodoh sangat tak bawa kereta kalau tidak mesti boleh pergi jauh sikit.
‘alaaa terasa jauh pula rumah ni..tadi gatal sangat nak jalan kaki..rasalah’ Intan membebel sendiri. Kakinya tetap diatur perlahan. Dia teringin nak makan aiskrim sebenarnya itulah sebabnya dia bersemangat tak fakir panjang.
Telifon bimbitnya berbunyi. Intan terkejut pantas diraba poket tracknya. Mesej dari maya. Mungkin maya risau melihat dia tidak ada dirumah. Dia tersenyum tekaannya betul belum pun sempat dia ingin membalas mesej dari Maya itu sebuah motosikal laju dari belakang merampas dan menolak tubuhnya ke tepi. Intan terjatuh. Dia menangkap kelibat motorsikal yamaha yang meragut telifonnya. Dia terkedu. Tangannya calar sikunya dan kakinya luka akibat terjatuh di jalan tar. Dia mengerang sakit. Lama dia terduduk d situ memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.
Ping...ping... bunyi hon dari belakang mengejutkannya. BMW hitam. Macam kenal kereta itu. Tapi dia buat tak tahu dia cuba untuk bangun. Sakit di sikunya agak terasa. Tapi nasibnya baik sebab dia masih mampu bangun.
"kau ni kenapa nak tidur tepi jalan ni pula?" Shah bersuara tegang. Dia ingat perempuan itu sengaja duduk di situ menghalang laluannya.
"ehhh Intan kau ni kenapa?" wajah sayu Intan dipandang. Tadi mulanya dia tidak perasan langsung wanita itu adalah Intan. Intan masih diam. Dia berusaha untuk berjalan. Terjengkut-jengkut. Shah tidak puas hati, soalannya tak dijawab.
"ehhh aku tanya kau ni..bukan cakap dengan jalan" Shah menarik lengan wanita itu. Intan mengerang kesakitan.
"Aduhh sakitlah..." pantas Shah melepaskan tangannya. Tidak berniat menyakitkan wanita itu.
"kena ragut...." perlahan saja jawapan yang lahir dari mulut Intan. Wajah Shah tidak dipandang, dia terasa ingin menangis sebenarnya.
"Ya Allah macamana pulak jadi macam tu...kereta kau mana ni?" Shah bersuara bimbang . suaranya mula mengendur.
"kereta kat rumah saya jalan kaki.." sedaya upaya Intan bersuara. Dia terkejut lagi sebenarnya atas apa yang berlaku. Nasib baiklah dua peragut itu tidak menolaknya dengan kuat kalau tidak mesti dia terpelanting ke dalam parit.
"dah jom kita pergi klinik dulu..", tanpa banyak soal Shah membuka pintu keretanya, Intan masuk ke dalam kereta perlahan-lahan.
"sakit ke?" tanya shah setelah lama berdiam di dalam kereta.
"sakitlah..juga tapi nasib baik tak teruk sangat." Intan melihat bungkusan ubat ditangannya. Wajah shah dipandang. Lelaki itu kelihatan tenang memandu keretanya. Selepas ke klinik mereka membuat laporan polis.
"nasib baik juga peragut bodoh tu ambik telifon kau je..kalau benda lain...? hishhh..." shah bersuara serius.
"emmm..." Intan melihat lengannya yang sudah dibalut. ’Habis koyak baju aku’ rungutnya dalam hati.
Kereta BMW milik shah masuk ke dalam rumah kelihatan Maya dan Mak Siti sedang menunggu di bangku taman depan rumah.
"macamana shah dapat peragutnya?" soalan Mak Siti disambut ketawa Intan. Shah hanya tersenyum.
"Mak Shah datangpun dia ni dah terduduk kat jalan. Peragut tu dah siap pergi minum teh tarik dekat kedai.." Shah cuba berlucu. Jelingan Maknya membuatkan ketawanya semakin panjang.
"kau ni pun satu degil sangat aku tahulah kau nak makan aiskrim tu sangat..apa salahnya bawa kereta tak pun bagi tau kat aku.. ni tak yang berjalan sesorang tu kenapa?.." Maya mula membebel. Terkejut besar dia apabila Mak Siti memberitahunya Intan diragut. Terus ditinggalkan suapan mee goreng di atas meja.
"alaaa dekat je kedai tu aku tak sangka pula akan jadi macam ni..." Intan membela dirinya. Bahu maya dipeluk dia tahu sahabatnya itu risau dengan dirinya. Terbayang mesej Maya yang risau tadi sebelum telifon bimbitnya dikidnap.
"tapi telifon aku dah hilang arrr...habislah..banyak nombor penting dalam tu.." Intan bersuara sedih.
"tak payah nak fikirkan telifon tu...nyawa kau lagi penting. Sekali lagi Maya bersuara." Mak Siti mendengarnya hanya tersenyum.
Intan masuk ke dalam rumah untuk berehat. Apa yang best Mak Siti sudah berjanji akan memasakkan sup ayam untuknya. Maya mencebik, bila Intan mendapat layanan manja dari jiran mereka itu. Tapi bukannya dia cemburu sengaja mengusik kawannya itu.
****
Cahaya bulan malam ini kelihatan sangat indah. Intan masih duduk di tamannya. Kesakitan di tangannya sudah hilang. Peristiwa petang tadi tak mungkin dilupakan. Terbayang kelibat mereka yang menolaknya. Tapi dia memujuk hatinya mungkin mereka sesak ketika ini perlukan duit. Tiba-tiba bayangan shah menjelma. Dia terpandang muka gelisah, muka garang, muka kelakar yang tercalit diwajah lelaki itu petang tadi. Cepat-cepat dia mengusir bayangan itu..
‘hishhh apa hal pula kau ni Intan tetiba berangankan mamat tu...hishhh berangan benda lain’ Intan bercakap sendiri.
"wei berangan....." Intan terkejut. Tiba-tiba saja lelaki itu ada di depannya.
"awak ni kan tak reti nak bagi salam ke...main terjah je masuh rumah orang kenapa?" Marah Intan sebenarnya dia malu apabila disergah begitu.
"elehhh banyaklah kau bagi salam...nak bebuih mulut aku bagi salam kat pagar tu tadi...kau boleh pulak buat muka.."
"emmm ye ke?"
"kau menung apa ni ingatkan aku ke?", Shah meneka..
"eiii perasan... tak de masa nak ingatkan awak.." mukanya sudah merah menahan malu tekaan Shah memang betul. Dia melarikan pandangannya jauh ke langit yang dihiasi bintang.
" haiiii tu muka dah merah tu malulah tu..." ketawa Shah sudah kedengaran. Intan mencebik. Malas dia melayan lelaki itu. Kalau dilayan makin menjadi nanti, akhirnya dia juga yang kalah.
"nah..." Intan memandang tidak percaya.. Wall’s Cornetto coklat bertukar tangan.
"mana awak tahu saya teringin nak makan aiskrim ni?"
"alaaa...tadi dekat balai kan kau cerita dari A sampai Z mestilah aku tahu...kebetulan aku lalu dekat kedai tadi tu yang belikan sekali.." Shah mula mereka cerita. Terbayang bertapa susahnya dia masuk ke tiga buah kedai mencari aiskrim ni. semata-mata untuk Intan tak pernah dia melakukan perkara ini demi seorang perempuan selain ibunya.
"emmm semalam saya dah tanya dekat kedai-kedai dekat ni semua habis stok.. awak beli dekat mana?" hahhh soalan Intan membuatkan Shah tersenyum.
"kedai dekat ni je...stok baru sampailah tu..."
"terima kasih.."
"sama-sama kasih"
"kenapa ek awak baik dengan saya?" soalan itu sengaja diajukan.
"aku memang dilahirkan sebagai seorang yang baik..kau yang tak tahu.." Intan mencebik.
"perasan.." gelak Shah kedengaran.
"oklah...lama-lama kat sini kang tak pasal-pasal kena kawin free..aku tak kisah Cuma kalau boleh nak juga kawin dengan jalan yang elok..." ketawa shah makin menjadi.
"apa awak cakap?" tanya Intan tak dapat menangkap makna kata-kata shah.
"tak ada apa...ok sweet dream...jangan mimpikan aku sampai jatuh katil.." sekali lagi lelaki itu ketawa.
‘bodoh’ bisik Intan perlahan. dia melihat aiskrim ditangannya. Lantas tersenyum. teringat kata-kata maya tadi ‘aku dah cari di kedai dekat-dekat ni tapi tak ada stok aiskrim ni...’ makna ye... perlahan aiskrim idamannya itu dimakan. Dia tersenyum sendiri.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat sambung!!