Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Assalamualaikum mak, Alia ni," ujar Alia ketika menelefon Pn Fauziah.
"Waalaikumsalam… oo, Alia. Ada apa call ni? tak kerja ke?" "Tak kerja hari ni. Alia call ni sebab nak ajak mak teman Alia pergi kenduri dekat rumah Tn Din malam ni. Dia jemput Alia, tapi Alia segan lah nak pergi kalau sorang," balas Alia. "Oo, pasal kenduri tu mak dah tau." "Macam mana mak boleh tau? Tn Din dah telefon mak ke?" "Semalam Zafril datang sini sebab nak bincang pasal seminar, lepas tu dia jemput lah mak pergi kenduri malam ni," jelas Pn Fauziah. "Oo… hah mak, lagi satu ni…," Alia menyambung bicara. "Apa dia?" "Jom kita pergi lunch dekat Hotel Pearl. Kan hari tu Tn Din bagi Alia voucher, Alia belum guna lagi. Lagipun hari ni Alia malas la nak masak," baritahu Alia. "Alia memang bukan selalu ke malas masak?" giat Pn Fauziah. "Ala mak ni… alia bukan malas, tapi tak sempat," dia beralasan. "Yelah kamu tu." "Ok ye mak, pukul 12.30 nanti Alia datang Darul Syuhadah," putus Alia. "Yelah, assalamualaikum," jawab Pn Fauziah tanda bersetuju. "Waalaikumsalam mak."
Seperti yang dijanjikan, lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, Suzuki Swift Alia sampai di Darul Syuhadah. "Assalamualaikum," sapa Alia sebaik sahaja memasuki pejabat Pn Fauziah. "Waalaikumsalam… eh, Alia dah sampai rupa nya! Maaflah, mak tak perasan," ujar Pn Fauziah. "Takpe… hah, jom lah mak kita pergi. Alia dah lapar ni," balas Alia sambil mengusap-usap perutnya. "Ok, jom!" Pn Fauziah Selepas memandu lebih setengah jam, mereka berdua tiba di Hotel Pearl. tanpa berlengah Alia terus memarkir keretanya. Kemudian mereka menuju ke coffee haouse yang terletak di lobi hotel. "Sedapnya nasi kerabu ni. Dah lama Alia tak makan nasi kerabu," ujar Alia sebelum menyambung suapannya. "Itu lah, dulu mak nak ajar masak Alia tak mahu. Kalau tak dah boleh masak sendiri," balas Pn Noraida yang sedang enak menjamu selera dengan hidangan nasi dagang. "Masak nasi kerabu ni rumit la mak, dengan ulam-ulamnya lagi. Baik beli yang dah siap je. jimat masa," Alia menjawab. "Memanglah rumit sikit tapi hasilnya tengoklah macam mana," bicara Pn Fauziah. "Ok…ok, Alia surrender. Alia kalau lawan cakap dengan mak pasal makanan mesti mak yang menang," putus Alia. Sambil menikmati hidangan, pelbagai perkara yang dibualkan mereka berdua. Kebanyakannya berkaitan dengan seminar yang akan berlangsung pada hujung minggu hadapan. Mereka berharap semuanya akan berjalan dengan lancer walaupun ini bukan kali pertama seminar sebegitu dianjurkan. Guru-guru yang akan memberikan ceramah dan tips mengenai sesuatu subjek adalah terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman. "Alia tak payah balik rumah lah, nanti takde lah susah-susah nak ambil mak malam ni," cadang Pn Fauziah ketika kereta Alia memasuki perkarangan Darul Syuhadah. "Erm, betul juga. Boleh Alia tolong budak-budak buat ulangkaji," Alia bersetuju. "Tapi mak, Alia tak bawa baju kurung lah!" tambah Alia sambil menepuk dahinya. "Baju kurung Alia kan ada sehelai dekat dalam bilik Alia tu. Alia tak ingat ke?" tanya Pn Fauziah. Alia mempunyai bilik sendiri di rumah anak-anak yatim itu. di bilik itulah Alia akan bermalam sekiranya dia tidur di Darul syuhadah. "Ha’ah la mak! Alia terlupa pulak," ujar Alia lagi. Mereka berdua telah sampai di hadapan pejabat Pn Fauziah. Pn Fauziah terus memasuki pejabatnya sementara Alia menuju ke perpustakaan atau bilik study yang terletak bersebelahan dengan pejabat. Beberapa orang anak-anak sedang mengulangkaji pelajaran dan membuat homework. Kerana tidak mahu mengganggu mereka, Alia mengambil tempat yang agak jauh daripada mereka agar mereka tidak berasa terganggu dengan kehadirannya. dia memilih untuk membaca buku motivasi kerana sedikit sebanyak dia mendapat input yang berguna. "Kak Alia…," tegur seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun. "Eh fida. Ada apa sayang?" taya Alia lembut. "Ni fida buat kan khas untuk Kak Alia," Fida menghulurkan sekeping kad kepada Alia. "Kenapa Fida bagi dekat akak? Birthday akak lama lagi la," pelik Alia melihat tingkah Fida. Selalunya kanak-kanak comel itu ceria sentiasa tidak seperti hari ini, agak muram. "Esok Fida dah takde lagi dekat sini," jawabnya sayu. "Fida nak pergi mana pula?" tanya Alia hairan. "Kelmarin ada orang datang. Dia nak ambil Fida jadi anak angkat," peath kanak-kanak itu berbicara. "Yeke? Akak tak tau pun," ujar Alia sedikit beremosi. Betapa beruntungnya menjadi seperti Fida, bakal mempunyai keluarga baru. Pasti kehidupannya lebih sempurna dan dilimpahi dengan kasih sayang yang menggunung. Sedangkan dia, dari kecil hingga tamat persekolahan membesar dirumah anak-anak yatim dan apabila disekolah sentiasa dihujani dengan cemuhan serta hinaan hanya kerana dia tidak mempunyai ibubapa. Kadangkala ada juga pertanyaan dari rakan-rakannya yang membuatkan hatinya jadi pilu. ‘Mana mak dengan ayah awak Alia? Kita tak pernah nampak pun diorang jemput awak balik sekolah.’ ‘Mak awak buat sarapan apa untuk awak hari ni Alia? Mak kita buat nasi lemak.’ ‘Ayah awak kerja apa Alia? Ayah kita kerja doktor, ala yang selalu cucuk orang sakit tu.’ ‘Ayah awak… mak awak… ‘ dan seterusnya. Panggilan ‘ayah’ memang langsung tiada dalam diari hidupnya apatah lagi menyebut kalimah tersebut. "Akak…akak," panggilan Fida menghalau semua memori zaman kanak-kanaknya. "Err..ya," balas Alia. "Fida sayanglah nak tinggalkan rumah ni. Sayang nak tinggalkan mak, kawan-kawan dan akak," ujar Fida sedih. "Takpe, nanti bila mak ayah Fida tak kerja, Fida boleh ajak diorang datang sini. Nanti Fida dapat la jumpa kawan-kawan," pujuk Alia. dia seboleh-bolehnya tidah mahu Fida berasa sedih kerana peluang sebegitu haruslah direbut. "Ha’ah kan kak…," Fida termakan dengan kata-kata Alia. "Eh, ok lah akak. Fida nak pergi main badminton dengan Nurul ni. Mesti dia dah tunggu Fida,"ujar Fida selepas menyerahkan kad buatannya itu kepada Alia. Kemudian dia terus berlari keluar dari situ. ‘Semoga dia mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna,’ doa Alia didalam hati. lamunan Alia terganggu dengan panggilan daripada handphonenya. "Assalamualaikum," ujar Alia sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut. Tiada nama yang keluar dari skrin telefonnya hanya nombor sahaja. "Waalaikumsalam… alia, malam ni bawak sekali paper work yang baru tu," suara seorang pemuda kedengaran di corong telefon Alia. "Siapa ni? Paper work apa?" tanya Alia pelik. "Laa, ni Zafril. Paper work untuk seminar tu la," balas Zafril. "Kan saya dah bagi paper worknya pada En Zafril sebelum ni," ujar Alia. "Itu paper work yang lama. Saya nak paper work yang baru," jawab Zafril. "Hah? Paper work baru? Mana ada," tukas Alia. "Ada… cuba Alia tanya dekat Pn Fauziah." "En Zafril tanya la sendiri. Saya tak tahu menahu pasal pasal paper work yang baru tu. Lagipun saya ni cuma sukarelawan je dekat Darul Syuhadah," ujar Alia. "Takkan lah doktor tak tau apa-apa pun. Tapi saya tak kira, saya tau malam ni paper work tu doktor bawa sekali," balas Zafril kemudian memutuskan panggilan. ‘Ceh, tak sopan betul! Ikut suka hati dia aje," omel Alia sendirian. Kemudian tanpa berlengah,dia menuju ke pejabat Pn Fauziah. "Mak, En Zafril nak paper work baru pasal seminar tu," ujar Alia. "Mana Zafril nya?" tanya Pn Fauziah sambil menjengah ke pintu untuk mencari Zafril. "Dia mana ada dekat sini. Tadi dia call Alia, minta suruh bawak paper work tu malam ni," terang Alia. "Kenapa dia tak telefon mak sendiri?" tanya Pn Fauziah pelik sambil tangannya menghulurkan peper work kepada Alia. "Entah, mana Alia tau. Dari mana dapat nombor Alia tah," jawab Alia. "Eh, Alia kita pergi rumah Tn Din sebelum Maghrib boleh tak?" yelah, takkan kita nak datang time makan je," tutur Pn Fauziah. "Boleh mak, Alia tak kisah. Kita keluar lepas Asar karang dan boleh bawa kuih sikit," balas Alia.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...
cpt la smbg...
xsbr nk bc nie...huhu