Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Nazrin tolong lupakan Rissa. Rissa tak sesuai untuk Nazrin." Nazrin terkejut dengan penyataan marissa. "Rissa tolong jangan tinggalkan Nazrin. Please…" rayu nazrin. "Maafkan Rissa. Nazrin tolong ambil balik barang pemberian Nazrin ni. Rissa tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan Nazrin." "Tapi Rissa, Nazrin bagi iklas semua ni untuk Rissa." Marissa terus berlalu pergi meninggalkan Nazrin yang masih terpinga-pinga dengan keputusan yang dibuatnya. "maafkan Rissa. Ini saja jalan penyelesaian yang terbaik antara kita berdua Nazrin." "Rissa tidak mahu hubungan kita ini nanti akan menyekat kebebasan Nazrin disana. Maafkan Rissa Nazrin." Marissa meneruskan perjalanannya dengan linangan air mata. Walaupun hatinya berat untuk memutuskan hubungan mereka tetapi marissa terpaksa demi kebahagian Nazrin. "Maafkan Rissa Nazrin." Marissa terkejut apabila bahunya di pegang. Dia terus kembali ke dunia realiti. "Maaf doctor, saya menganggu ke?" "Tak…tak. Jemput duduk." "Terima kasih. Doctor ni baru dekat sini kan." "Ya, saya Marissa. Panggil Rissa je." "Saya Mia. Salam perkenalan doctor Marissa." "Saya juga. Mia bertugas dekat bahagian mana." "Saya bahagian kecemasan doctor." "Mcam mana kerja bahagian kecemasan dekat sini. Ramai patients tak." "Boleh lah doctor. Tapi kalau musim perayaan bahagian kami ni susah sikit nak dapat cuti." "Biasalah tu. Saya dulu pun macam tu." "jadi doctor ni dari bahagian kecemasan juga." "Itu dulu masa saya bekerja dekat Uk. Sekarang saya bahagian neurologi. Duduk bahagian kecemasan memang penat sikit tapi best sebab bila kita berjaya selamatkan satu patient kita akan rasa diri kita ni dah lepas dari tanggung jawab yang berat. Lagi satu kita juga akan rasa lega sangat sebab dapat tolong mereka yang memerlukan." "Saya setuju dengan kata-kata doctor tu." "Ok lah Mia saya nak kena pergi dulu ni. Ada janji dengan family patient nak bincang tentang anak mereka. Jumpa lagi nanti."
Bab 3
Marissa menunggu di biliknya sehingga dia mempunyai keyakinan dan bersedia untuk bertemu kembali dengan Nazrin. Selepas mendapat keyakinan dia berjalan menuju ke bilik Nazrin. Marissa mengetuk pintu bilik terse but. Satu suara dari dalam yang amat Marissa kenali menyuruhnya masuk. "Coming, please sit down. What can I am help you?" tanya Nazrin. "I am Marissa. Crystal, ask me to came see you," Marissa memulakan bicara walaupun dadanya terasa sukar untuk bernafas. Nazrin menutup fail yang sedang di telitinya. Nazrin kehilangan kata-kata apabila melihat Marissa sedang duduk di hadapan nya. "Marissa. That really you. Nazrin tak sangka kita berjumpa kat sini. Marissa apa khabar? Lama kita tak jumpakan, " tanya Nazrin seperti orang yang baru berjumpa dengan orang yang telah sekian lama di carinya. "Memang tak sangka kita jumpa kat sini. Rissa baik-baik sahaja. Nazrin apa khabar?" Marissa berbahasa basi. Marissa cuba mengawal perasaan yang bergelora dihatinya. "Nazrin macam yang ada kat depan Rissa ni lah. Setakat ni Nazrin sihat. Rissa kerja dekat mana sekarang?" tanya Nazrin. "Rissa kerja dekat sini. Baru semalam lapor diri di sini. Ingat kan semalam nak datang jumpa Nazrin tapi Nazrin tak ada dekat dalam bilik jadi hari ni Rissa datang lagi. Aunty dan uncle apa khabar? " terang Marissa. "Mama dan papa sihat. Kalau mereka tahu Rissa dah balik mesti mereka tak sabar nak jumpa dengan Rrissa." " Dah berasa lama Rissa sakit. Rissa tak beritahu Nazrin pun yang Rissa sakit. Nazrin masih guna number lama takut Rissa akan call Nazrin." tanya Nazrin dengan nada kesal. "Rissa tak nak Nazrin risau pasal Rissa. Lagi pun, Nazrin ada ramai girl friend yang nak di jaga," usik Marissa. Senyuman masih tidak lekang dibibir Marissa. "Cantik sungguh." Bisik Nazrin dalam hati. "Apa… Nazrin kata apa tadi?" " Tak ada apa-apa lah. Mana Rissa dengar semua ni. Nazrin masih setia tunggu Rissa. Tak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempat Rissa di hati Nazrin. Nazrin pernah ke Uk untuk cari Rissa tapi tak jumpa. Memang tak sangka Rissa yang sering perkatakan oleh Crystal ialah Marissa yang Nazrin cari selama ini," beritahu Nazrin dengan rasa tidak percaya. " Mungkin bukan jodoh kita untuk bertemu di Uk." Wajah Marissa bertukar serius " Apa yang Crystal dah beritahu Nazrin tentang penyakit Rissa?" "Crystal tidak beritahu apa-apa sebaliknya meminta Nazrin bertanya pada Rissa sendiri. Katanya itu janji dia pada Rissa ,"beritahu Nazrin. " Rissa ada blood cancer tapi masih di peringkat awal," Marissa berterus terang. Wajahnya bertukar sepi. Tiada lagi senyuman manis menghias bibirnya seperti sebentar tadi. " Marissa maksudkan leukemia. Marissa tak bergurau dengan Nazrin kan." tanya Nazrin sedikit terkejut. " Sudah tentu Rissa tak bergurau dengan Nazrin. Lagipun Crystal yang recommend Rissa supaya berjumpa dengan Nazrin," beritahu Marissa. Wajah Marissa masih diselumbungi awan mendung. " Maknanya Marissa sekarang ialah patient Nazrin dan juga orang bawahan Nazrin. Nazrin boleh berjumpa dengan Marissa setiap hari," kata Nazrin sambil tersenyum. "Kenapa Nazrin senyum? Ada yang tak kena dengan Marissa ke," tanya Marissa. Dia mula tidak tentu arah apabila Nazrin memerhatinya seperti itu. " Tak de apa-apa cuma seronok tengok Marissa tak tentu arah. Dah lama Nazrin tak tengok Marissa tak tentu arah macam ni," usik Nazrin. Marissa tidak menjawab sebaliknya hanya senyuman yang terukir dibibir. Tanpa mereka sedari hari sudah merangkak ke petang. "Rissa , sudi tak keluar minum petang dengan Nazrin?" Dengan wajah yang mengharap Nazrin memandang wajah Marissa. Betul kata hatinya tadi. Marissa sekarang semakin cantik. Bahkan semakin menarik mampu mengoncang iman mana-mana lelaki yang memandangnya. "Buah hati Nazrin tak marah ke kalau Nazrin keluar dengan Marissa? Nanti heboh satu hospital yang mengatakan Marissa rampas boy friend orang," usik Marissa dan di ikuti ketawa besar Nazrin.. " Siapalah yang nak kan Nazrin ni dah lah tak hansom. Jawatan pun tak de bukan macam orang tu dah lah cantik, bijak pulak tu. Tapi suami Rissa tak marah ke Rissa keluar dengan Nazrin ni." usik Nazrin. Marissa hanya tersenyum senang mendengar usikkan nakal Nazrin. "Rasanya tak marah kut. Lagi pun apa salahnya Risa keluar dengan rakan sekerja. Kalau Marissa jawab sudi Nazrin nak bawa Marissa minum kat mana. Lagi pun Marissa tak tahu sangat tempat dekat sini. Sekarang ni Malaysia dah banyak sangat membangun sampai Marissa boleh sesat," beritahu Marissa terus terang. " Kalau macam tu lepas minum biar Nazrin bawa Marissa berjalan keliling bandar. Lepas tu baru Nazrin hantar Marissa balik," cadang Nazrin. "Tapi motosikal Rissa macam mana? Takkan nak tinggal dekat Hospital." "Rissa bawa motosikal pergi kerja." Nazrin kelihatan terkejut. Dia masa sekali tidak menyangka bahawa Marissa menunggang motosikal ke tempat kerja. "Kalau macam tu esok pagi Nazrin ambil Rissa pergi kerja." Marissa dan Nazrin keluar dari bilik Nazrin dan menuju ke tempat letak kereta. Nazrin memandu kereta meninggalkan perkarangan hospital. Nazrin membawa Marissa menikmati permandangan waktu petang di tepi pantai. Selepas itu, Nazrin membawa Marissa menikmati makan malam di salah sebuah restaurant di tepi pantai. Nazrin memesan makanan kegemaran Marissa iaitu ikan terubuk bakar serta beberapa jenis lauk yang lain. Marissa dan Nazrin menikmati hidangan terse but dengan penuh berselera. Selesai sahaja makan malam Nazrin menbawa Marissa mengelilingi bandar sebelum menghantar Marissa pulang ke rumahnya. Marissa mengucapka terima kasih kepada Nazrin kerana membawa nya makan di tepi pantai dan mengelilingi bandar. " Thank you, Nazrin. See you tomorrow," ucap Marissa. "It Ok. Marissa. I am really happy because you want dinner with me Rissa. Thank you. I am really happy to night. See you tomorrow," beritahu Nazrin.
Hubungan Marissa dan Nazrin semakin rapat. Setiap hari mereka sering keluar bersama. Marissa tidak beritahu keadaan nya pada keluarga. Nazrin merupakan orang ke dua yang megetahui penyakitnya selain Crystal. Marissa menjalankan tugas nya seperti biasa. Walau pun Marissa sering sakit kepala namun tugas yang di amanahkan kepada nya tidak pernah tertangguh . Dari segi luaran Marissa kelihatan sihat dan sentiasa ceria. Sudah hampir setahun Marissa ber tugas di sini. Hubungan antara Nazrin dan Marissa jugak bertambah rapat. Hari ini genap usia Marissa 27 tahun. Nazrin telah mengatur rangcangan untuk menggadakan jamuan hari lahir buat Marissa. Nazrin datang menjemput Marissa di hospital kira-kira pukul 8.00 malam. Nazrin dan Marissa hanya senyap sepanjang perjalanan ke rumah Nazrin di Shah Alam. Apabila sampai di perkarangan rumah Nazrin, Marissa di sambut oleh emak Nazrin. Marissa hairan kerana ramai tertamu yang hadir di sana. Sebaik sahaja sampai Nazrin terus menghilangkan diri. " Aunty, ape khabar?" Marissa bersalaman dan berpelukkan dengan puan Salina. " Khabar baik. Marissa apa khabar?" " Baik aunty. Uncle mana aunty? " Marissa jangan panggil aunty. Rissa panggil je mama. Papa ada dekat sana dengan Nazrin," tunjuk puan Salina ke arah dua orang lelaki yang sedang asik berbual. Marissa dan puan Salina menghampiri Nazrin dan Encik Khairul Nizam. " Uncle, ape khabar?" Marissa bersalaman dengan Encik Khairul Nizam. " Bukan uncle tapi papa," tegur Nazrin. " Ape khabar papa?" Marissa dengan muka yang merah padam kerana di kenakan oleh Nazrin. Encik Khairul Nizam hanya tersenyum. Bergitu juga Puan Salina. Marissa di bawa ke meja utama yang terhidang sebiji kek berbentuk hati dan Nazrin menyalakan 27 batang lilin di atas nya. Semua yang hadir menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk Marissa. Setelah itu Marissa meniup lilin di atas kek terse but sebelum memotongnya. Marissa mengambil sepotong kek dan menyuap kek terse but ke mulut puan Salina. Puan salina memeluk dan mencium pipi Marissa. Nazrin juga tidak ketinggalan merenget bagaikan anak kecil minta disuapkan kek. Puan Salina dan Encik Kairul Nizam hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Selepas selesai upacara memotong kek, Marissa di ajak menari oleh Nazrin. Pada mulanya Marissa menolak tetapi apabila di suruh oleh Puan Salina dan Encik Khairul Nizam. Marissa menerima untuk menari dengan Nazrin. Setelah selesai menari Marissa kembali duduk bersama Puan Salina dan Encik Khairul Nizam. Marissa berbual dengan puan salina dan encik Khairul Nizam. Sedang asik mereke berbual datang sepasang suami isteri yang merupakan sahabat baik encik Khairul Nizam. " Khairul boleh aku tanya sikit itu pun kalau engakau tak marah." " Tanya lah. Aku tak marah." "Siapa yang duduk sebelah Salina tu. Nak kata anak kau yang aku tahu cuma Nazrin sorang je anak kau." tanya Zaire sambil memandang ke arah Marissa. " Yang bertudung tu ke." tanya encik Khairul Nizam. \"Ya lah yang tulah. Cantik.\" jawab Zaire. " Yang tu bakal menantu aku lah." beritahu encik Khairul Nizam. " Kau maksud kan bakal isteri Nazrin." tanya Zamri. " Rissa, mari papa kenalkan dengan kawan baik papa." encik Khairul Nizam memanggil Marissa. Marissa bangun dan di ikuti oleh Nazrin. Mereka berdua bersalaman dengan Zaire dan isterinya Shalini. " Rissa, ni papa nak kenalkan Rissa dengan sahabat baik papa. Uncle Zaire dan aunty Shalini. Uncle Zaire ni peguam syarikat papa." encik Khairul Nizam memperkenalkan Marissa kepada Zaire dan Shalini. " Apa khabar uncle, aunty? "Marissa bertanya khabar. "Sihat." jawab puan Syazlin dan encik Zaire serentak. "Marissa apa khabar?" " Marissa baik aunty." " Kalau uncle nak tahu Marissa ni baru tujuh bulan balik dari Uk." " Marissa berapa lama di UK." tanya puan Syazlin. " Lama tu tak lah lama sangat kira-kira 11 tahun." beritahu Marissa. " Marissa belajar dekat sana ambil jurusan apa?" tanya encik Zaire. " Marissa ambil jurusan medic. Lepas habis belajar Marissa terus je sambung kerja dekat sana. Sampai awal tahun ni baru terdetik di hati Rissa nak balik sini. Mana tahu Rissa kerja satu tempat dengan Nazrin cuma Rissa di bahagian lain." terang Marissa dengan panjang lebar.
Kira-kira pukul 11.30 malam majlis terse but tamat. " Rissa, malam ni tidur kat sini je lah lagi pun hari dah jauh malam. Tak manis anak dara balik jauh-jauh malam." cadang puan Salina. " Tapi mama, Rissa kerja shift pagi esok mama. Rissa tak bawa baju nak tukar. Lagi pun menyusahkan mama dan papa je." Marissa memberi alasan. " Tak menyusahkan mama dengan papa pun," jawab puan salina dengan encik Khairul Nizam serentak. Mama dengan papa lagi suka kalau Rissa terus je tinggal kat sini. Lagi pun rumah ni bukan ada orang pun," terang puan Salina. "Betul apa yang mama Rissa katakan tu. Kalau Rissa ada tentu tak sunyi sangat. Lagi pun Nazrin sering outstation. Tak de orang nak berbual dengan papa." beritahu encik Khairul Nizam sambil memandang kearah Nazrin. "Mama dengan papa suruh je Nazrin kahwin tentu mama dengan papa tak sunyi lagi." cadang Marissa sambil memandang puan Salina. " Ada orang tu jual mahal sangat. Jadi mana ada calon nak kahwin." beritahu Nazrin sambil mengerutkan dahinya. " Siapalah yang menolak tuah untuk kahwin dengan Nazrin ni. Dah lah hansom ada pangkat pulak tu. Sape lah yang malang sangat kahwin dengan dia ni." usik Marissa. " Sudah geharu cendana pula sudah tahu bertanya pula." kata Nazrin sambil menjeling ke arah Marissa. " Tak de calon atau awak tu yang memilih sangat. Kat hospital tu ramai yang suka kan awak. Cuma awak tu je yang jual mahal sangat." usik Marissa. " O.k lah Nazrin mengaku kalah. Malam ni Rissa tidurlah dekat rumah Nazrin. Nazrin janji esok pagi Nazrin hantar Rissa ke hospital. " pujuk Nazrin. " Setuju je lah Rissa. Dah ada orang nak tolong hantar Rissa pergi kerja pagi esok." pujuk puan salina. " Kalau Nazrin tak nak hantar Rissa pergi hospital esok papa boleh tolong hantarkan." beritahu encik Khairul Nizam. " Baik lah mama, papa. Rissa tidur kat sini malam ni." beritahu Marissa. " Kalau macam tu biar mama suruh orang kemaskan bilik untuk Rissa tidur malam ni." lalu puan Salina bangun dan masuk ke dapur. Selepas itu puan Salina keluar dari dapur dan naik ke tinggkat atas. Kemudian di ikuti oleh mak timah iaitu pembantu rumah terse but. Tidak lama selepas itu puan Salina turun kembali dan menyertai mereka yang sedang berbual di ruang tamu. " Marissa boleh tidur di bilik tamu. Mama dah siapkah bilik untuk Marissa.," beritahu puan Salina. " Terima kasih mama," ucap Marissa. " Esok pukul berasa Marissa nak pergi kerja ," tanya Nazrin. " Esok Rissa nak balik awal sikit sebab Rissa nak balik rumah dulu sebelum pergi hospital.," beritahu Marissa. " Mama dengan papa ada hadiah untuk Rissa," kata puan Salina sambil memberikan hadiah terse but kepada Marissa. " Terima kasih papa , mama?" ucap Marissa dengan perasaan terharu. " Rissa bukalah hadiah tu. Tak lah mahal sangat," beritahu encik Khairul Nizam. " Rissa tak kisah pasal harga mama, papa. Yang paling penting bagi Rissa hadiah ni paling beharga sebab mama dengan papa yang belikan untuk Rissa," beritahu Marissa dengan jujur. Marissa membuka hadiah terse but. Alangkah terkejutnya Marissa apabila melihat sepasang baju kedaya berwarna biru laut beserta sehelai selendang teletak di dalam kotak yang di buka nya " Terima kasih papa , mama dengan hadiah ni. Mesti mahal kan," ucap Marissa sambil memeluk puan Salina lalu mencium pipi puan Salina. Kira-kira pukul 12.30 malam mereka semua masuk ke bilik untuk tidur. Ketika Marissa sedang mencuba baju yang baru di beri oleh puan Salina dan encik Khairul Nizam di bilik nya, pintu bilik nya di ketuk. Lantas Marissa membuka pintu terse but. Marissa terkejut kerana Nazrin berada di hadapan pintu bilik terse but. " Boleh Nazrin masuk?" duga Nazrin. " Tak manis anak teruna masuk bilik anak dara. Lagipun kita bukan muhrim untuk duduk berdua-duaan dalam satu bilik." Panjang leba syarahan marissa. "Kenapa Nazrin cari Rissa?" " Nazrin saja je nak duga Rissa. Mana lah tahu Rissa dah lupa tentang ajaran agama islam. Lagi pun Rissa kan lama kat UK," terang Nazrin. " Rissa ingat tentang larangan agama kita. Selama mana pun Rissa di tempat orang Rissa takkan lupa pesanan dan larangan agama. Itu adalah amalan hidup kita sebagai umat islam. ,"beritahu Marissa. " Tak sangka Nazrin yang Rissa ni boleh jadi ustazah bila bercakap bab agama. Nazrin datang ni nak bagi Rissa hadiah ni. Kalau Rissa tak suka buang je dekat tong sampah tu," Nazrin mengunjuk kotak yang di balut kemas. "Terima kasih sebab ingat birthday Rissa. Rissa sendiri pun dah lupa ," ucap Marissa sambil membuka balutan hadiah yang di beri oleh Nazrin. " Tak kan terima kasih je. Tak de good night kiss ke?" usik Nazrin. " Nazrin jangan nak mengada-ngada. ini Malaysia bukan UK," marah Marissa. Alangkah terkejut nya Marissa apabila melihat seutas rantai tangan emas putih yang bertatahkan berlian berwarna Biru. Nazrin menawarkan diri untuk membantu Marissa memakai rantai tangan terse but. Marissa hanya menu rut kehendak Nazrin. Marissa menyuruh Nazrin masuk ke bilik nya sendiri kerana Marissa ingin tidur. Setelah puas di pujuk akhirnya Nazrin masuk ke bilik nya sendiri. Marissa kembali berbaring di katir sehingga terlena. Kira-kira pukul enam pagi Marissa terjaga kerana terdengar bunyi riuh di bawah. Marissa bangun dan mandi. Setelah itu Marissa menunaikan solat subuh sebelum bersiap untuk pergi ke hospital. Marissa menggenakan kebaya biru pemberian puan Salina dan encik Khairul Nizam . Setelah memakai selendang yang juga merupakan pemberian puan salina dan encik Khairul nizam yang sedondon dengan baju Marissa menggenakan solekkan yang nipis yang menyelahkan lagi wajah Marissa yang ayu. Ketika Marissa turun ke tingkat bawah semua mata tertumpu ke arahnya. Marissa terus ke meja makan dan duduk di sebelah Nazrin yang asik memerhatikan diri nya. "Kenapa Nazrin pandang Rissa macam tu. Ada yang tak kena dekat muka Rissa ni ke," tanya Marissa dengan penuh tanda tanya. " Tak de yang tak kena dengan muka Marissa. Cuma Marissa nampak ayu dengan baju ni," usik Encik Khirul Nizam. "Marissa nak ucapkan terima kasih sebab mama dengan papa bagi baju dengan selendang ni," ucap Marissa. "Betul kata papa tu, Rissa nampak ayu dengan baju ni," Nazrin menyokong kata-kata papanya. Ketika mereka sedang asik mengusik Marissa ,mak Timah masuk membawa sarapan pagi. Pagi itu mereka makan dengan bergitu berselera sekali. Selesai makan Nazrin menghantar Marissa ke hospital dengan kereta sporty nya. Nazrin jarang memandu kereta sporty nya untuk pergi ke hospital. Nazrin dan Marissa tidak banyak ber cakap ketika dalam perjalanan. Nazrin memberhentikan kereta di tempat letak kereta yang di khaskan untuk nya. "Nazrin, Rissa nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab sambut hari lahir untuk Marissa dan kesudian Nazrin untuk hantar Marissa pergi kerja pagi ni," ucap Marissa ikhlas. "Nazrin yang patut ucap terima kasih pada Rissa sebab sudi datang dan bermalam di rumah Nazrin," beritahu Nazrin. Marissa keluar dari kereta dan di lihat oleh beberapa orang jururawat. Marissa terus masuk dan menuju ke biliknya. Nazrin pulang semula ke rumah kerana hari ini Nazrin masuk kerja lewat sedikit. Hari ini Marissa tidak banyak menerima kes. Hari yang kurang sibuk dan Marissa boleh berehat. Marissa ke kanting untuk lunch setelah selesai melawat persakitnya di wad. Marissa membeli segelas orange jus dan sepingggan nasi ayam. Semasa Marissa sedang makan dia terdengar beberapa orang doctor dan jururawat bercerita tentang diri nya. " Siapa agaknya yang hantar doctor Marissa pagi tadi?" tanya salah seorang jururawat terse but. " Mungkin suami dia……… ," " Kalau tak suami, mungkin tunang dia." Sampuk rakan nya. " Mungkin juga . Lagi pun doctor Marissa tu baru kat sini. Kita tak tahu sangat tentang diri dia," sambung seorang lagi jururawat. Tidak lama kemudia Kelihatan Nazrin berjalan menuju ke arah Marissa. Nazrin duduk di kerusi ber hadapan dengan Marissa. Marissa menceritakan apa yang di dengarnya tadi kepada Nazrin. Nazrin tidak mengambil perduli apa yang Marissa ceritakan. " Marissa dah makan ubat? Tanya Nazrin dengan wajah yang serius. "Tak makan lagi sebab ubat Marissa tertinggal dekat bilik," jawab Marissa dengan muka yang masam. "Ambil ubat ni makan. Lain kali jangan tinggalkan ubat ni dekat dalam bilik. Bukannya bilik tu yang nak makan ubat ni tapi Rissa. Rissa makan sekarang kat depan Nazrin. Nazrin tak percaya kalau Rissa makan dekat bilik Rissa nanti. Nazrin nak tengok Rissa makan ubat ni," Nazrin bersyarah panjang lebar. " Baik lah tuan doctor. Saya makan ubat sekarang juga.Marissa mengambil beberapa biji ubat untuk di makan. Nazrin memerhatikan tingkah laku Marissa. Setelah selesai makan mereka berdua kembali menyambung tugas mereka. "Rissa tunggu Nazrin bila balik nanti. Nazrin hantar Rissa balik rumah selepas kita pergi dinner sama-sama. Nazrin dah beritahu mama dengan papa yang malam ni Nazrin dinner dengan Rissa dekat luar. Mama dengan papa tak kisah pun." beritahu Nazrin. " Nanti bila Rissa dah habis kerja, Rissa nak tunggu Nazrin kat mana?" tanya Marissa. " Hari ni Nazrin bawa kereta yang sama Nazrin bawa pagi tadi. Jadi Rissa tunggu Nazrin dekat dalam kereta. Ni Rissa ambil dulu kunci sebab Nazrin mungkin lambat sikit sebab nak hantar report pada doctor Jeffery. Rissa tak kisah kan tunggu Nazrin sekejap dalam kereta," Nazrin menyerahkan kunci keretanya kepada Marissa sebelum berlalu pergi tanpa menunggu jawapan daripada Marissa.
Setelah tamat shift Marissa mengambil beg tanggannya lalu berjalan pergi ke parking kereta. Tanpa Marissa sedari setiap gerak gerinya di perhatikan oleh beberapa orang doctor lelaki dan jururawat yang telah tamat shift mereka. Marissa membuka kereta dan masuk ke dalam perut kereta terse but sambil menunggu Nazrin. Nazrin sampai tidak lama kemudian dan mereka terus ke Restoran Sagano untuk makan malam. "Rissa tadi masa Nazrin nak balik ,Nazrin nampak bebe rapa orang doctor lelaki memerhatikan Marissa kat dalam kereta. Lepas tu mereka tanya Nazrin sama ada Nazrin kenal atau tak siapa yang Marissa sedang tunggu. Jadi Nazrin pun join lah mereka. Lama juga mereka mengendap Marissa. Lepas tu mereka bosan terus balik. Jadi Nazrin cepat-cepat lah masuk kereta." bicara Nazrin panjang lebar. " Kenapa Nazrin cemburu ke?" Marissa bertanya. " Tak lah."jawab Nazrin ringkas. "Ya ke Nazrin tak cemburu." "Betul, tak." " It ok kalau Nazrin tak nak mengaku. Rissa pun bukan ada apa hubungan special dengan Nazrin kan. " "Ok lah Nazrin mengaku. Memang Nazrin jealous dengan mereka tu." "Ha kan senang kalau mengaku dari tadi." Marissa memeluk lengan Nazrin.
Nazrin terus memandu menuju Restoran Sagano. Sampai saja di Restoran Sagano mereka terus ke bilik tatami yang telah di tempah oleh Nazrin. Suasana di sepanjang laluan ke bilik tatami sangat mengasikkan Marissa. Di kiri dan kanan lalauan di hiasi dengan lampu buluh bulat. Marissa dan Nazrin terus mengikuti pelayan restoran terse but ke bilik yang di tempah oleh Nazrin. Suasana di bilik tatami terse but sangat mengasihkan dan menarik perhatian Marissa. Bilik terse but di hiasi dengan meja rendah dan kerusi sandar tanpa kaki. Marissa mengambil tempat duduk ber hadapan dengan Nazrin. Marissa duduk bersimpuh di hadapan Nazrin. Walau pun berada di bilik yang berunsur jepun tetapi Marissa tetap mengekalkan cara hidup melayu. Nazrin memesan pelbagai jenis lauk untuk mereka berdua makan malam itu. Sementara menunggu makanan di hidang kan mereka berdua berbual tentang hiasan bilik terse but. "Nazrin suasana kat sini tak ubah macam kita sendiri berada kat Japan. Marissa suka dengan dekorasi bilik ni, " Marissa menyuarakan kekagumannya terhadap restoran terse but. " Nazrin tahu Marissa memang suka kan suasana yang aman macam sekarang. Kalau Marissa suka tempat ni kita boleh datang sini selalu." cadang Nazrin. "Tak nak lah. Lagi pun kat sini mahal,"Marissa menolak dengan baik. "Nazrin yang belanja, Marissa cuma tolong habiskan makanan je." jelas Nazrin sambil tersenyum. "Nazrin boleh Marissa tanya satu soalan?" Marissa meminta kebenaran. " Kenapa pulak tak boleh. Apa yang Marissa nak tanya pada Nazrin." tanya Nazrin. "Kenapa Nazrin tak ambil business study masa kat UK dulu?" soal Marissa ingin kan kepastian. "Mungkin sebab Nazrin tahu Nazrin hanya dapat jumpa Marissa kalau Nazrin study medic." jawab Nazrin sambil tersenyum. "Nazrin ni orang tanya betul- betul dia main-main pulak." marah Marissa kerana pertanyaan nya tidak di jawab dengan betul. " Betul, Nazrin tak tipu. Nazrin bukan main-main," jelas Nazrin bersungguh-sungguh "Betul ke Nazrin pergi UK semata-mata untuk cari Marissa." uji Marissa. "Kenapa Marissa tak percaya yang Nazrin pergi UK sebab nak cari Marissa. Dalam setahun Nazrin akan pergi sana dua kali. Paling sekejap Nazrin kat sana seminggu." beritahu Nazrin. "Tak, bukan tak percaya cuma macam tak releven je Nazrin pergi cari Marissa sampai ke UK." Kata Marissa sangsi. "Marissa boleh tanya sikit tak?" tanya Nazrin. "Boleh, tanya lah. Nazrin nak tanya apa?" Marissa menanti persoalan yang akan Nazrin tanya kan dengan debaran. " Bila Marissa ada masa?" tanya Nazrin. "Kenapa Nazrin tanya?" soal Marissa keliru. "Tak ada apa. Cuma Nazrin nak bawa Marissa ke satu tempat yang istimewa. Marissa mesti suka kalau dapat pergi sana. Lagi pun, sejak Marissa balik Nazrin tak pernah bawa Marissa pergi jalan-jalan atau bercuti." terang Nazrin. "Nazrin nak bawa Marissa pergi bercuti dekat mana. Marissa memang dah lama tak ambil cuti. Tapi girlfriends Nazrin tak cemburu ke." duga Marissa. Nazrin ketawa kecil. Baginya pertanyaan Marissa tadi berbau cemburu. "Nazrin mana ada girl friends. Kita pergi satu tempat yang Marissa tentu suka kalau dapat pergi tempat ni. Kawasan dia bersih." jawab Nazrin. "Berapa lama kita nak pergi bercuti. Kalau setakat nak balik hari baik tak payah. Buat penatkan badan je." tanya Marissa ingin kan kepastian. "Kita pergi lah dalam dua tiga hari. Marissa ambil lah cuti dulu baru Nazrin beritahu ke mana kita nak pergi bercuti." cadang Nazrin. "Kalau macam tu sekarang juga marissa hantar borang cuti. Marissa memang dah lama tak pergi melancong dalam Negara. Sejak Marissa balik dari UK Marissa tak pernah pergi ke negeri lain selain Kuala Lumpur, Selangor, dan Pahang." beritahu Marissa. "Kalau Marissa cakap macam tu Nazrin ikut je. Lagi pun cuti Nazrin dah di luluskan cuma tunggu Marissa cuti je." beritahu Nazrin. "Kalau macam tu Nazrin pergi lah balik bilik dulu biar Marissa isi borang cuti sekejap nanti kita jumpa di café." Marissa mengarah Nazrin supaya meninggalkan dia seorang di bilik nya. Nazrin terus berlalu pergi. Marissa mengambil borang permohonan cuti untuk di isi. Setelah selesai mengisi borang tersebut Marissa terus ke bilik pengarah untuk menghantar borang terse but.
Marissa di beritahu oleh jururawatnya bahawa cutinya telah di luluskan. Setelah mendapat tahu bahawa permohonan cutinya telah di luluskan Marissa terus mencari Nazrin. Dia ingin menyampaikan berita gembira itu kepada Nazrin. Marissa dan Nazrin akan bercuti bersama-sama. Marissa terus ke bilik Nazrin untuk mengkhabarkan berita gembira itu. Apabila sampai di bilik Nazrin Marissa terus mengetuk pintu dan masuk. Alangkah terkejutnya Marissa apabila melihat seorang perempuan yang sangat dia kenal sedang menangis di dalam pelukkan Nazrin. Nazrin terkejut dan terus meleraikan pelukkan perempuan terse but. Marissa dengan segera memohon maaf sebelum meninggalkan bilik terse but dengan perasaan cemburu. Nazrin terkejut dan Marissa dapat melihat perubahan air muka Nazrin dan perempuan yang berada bersama dengan nazrin di dalam bilik tersebut. "sorry!!"Marissa terus keluar dan berlalu pergi. "Zek, siapa doktor perempuan tu. Girl friend u ke?" tanya Rita. "Nama dia Doctor Marissa. Dia tu girl friend I masa school dulu." beritahu Nazrin jujur. "U ada hati dekat dia lagi ke?" tanya Rita untuk kepastian. "Why u asking me like that?" tanya Nazrin kembali. "Kalau u ada hati lagi pada dia lebih baik u kejar dia sekarang kalau tidak nanti melepas." beritahu Rita. "Thank you Rita." ucap Nazrin. Nazrin terus meningggalkan Rita untuk ke bilik Marissa. Nazrin mencari Marissa di bilik tetapi tiada. Dia terus ke café. Di café Nazrin ternampak Marissa bersama dengan seorang lelaki yang Nazrin tidak kenali. Marissa sangat leka berbual sehingga tidak sedar akan kehadiran Nazrin di situ. Nazrin kembali semula ke biliknya dan menyambung kembali kerjanya. Setelah itu, Marissa terus mengambil keputusan ke café untuk minum petang dan mengubat hati yang luka. Semasa dalam perjalanan ke café Marissa di panggil oleh Syazlin kerana ada orang yang hendak berjumpa dengan nya. "Rissa, boleh jumpa awak sekejap?" tanya Syazlin. "Dah tentu boleh. Tapi Syazlin ada hal apa nak jumpa dengan Rissa." tanya Marissa sangsi. "Ada orang yang nak jumpa dengan kau." jawab Syazlin. "Siapa? Kenapa tak pergi bilik aku." tanya Marissa ingin tahu. "Dah pergi dah, tapi kau tak ada dalam bilik. Jom lah pergi bilik aku. Dia kata mustahak nak jumpa kau." beritahu Syazlin dengan bersungguh-singgah. "Tapi siapa lagi yang tahu aku dah balik dari UK ni." Marissa tertanya-tanya pada diri nya sendiri. "Apa yang kau tercegat dekat situ jom lah, nanti aku perkenalkan kau dengan dia. Dia ni penganting baru." sergah Syazlin. "Siapa? kau jangan nak main-main dengan aku. Aku ada banyak kerja nak buat ni." marah Marissa kerana masih ragu-ragu dengan Syazlin. Walau pun ragu-ragu di sebabkan ingin tahu Marissa terus menbontot Syazlin ke bilik nya. Alangkah terkejutnya Marissa bila melihat Shah berada di bilik Syazlin. "Apa khabar Rissa?" tegur shah. "Baik, lama kita tak jumpa?" jawab Marissa singkat kerana terkejut. "Marissa lama I tak jumpa u. kalau Mimi tahu yang I tahu yang u dah balik tapi tak beritahu dia tentu dia bunuh I " "Takkan dia sampai hati nak bunuh suami dia sendiri. Nanti bila u balik rumah kirim salam I pada Mimi." " Shah ber setuju dengan pendapat Rissa." Shah menyokaung pendapat Marissa. "U buat apa dekat sini?" tanya Marissa ingin tahu. "I datang nak jumpa Syazlin. Hari ni I dengan Mimi seharusnya ada temu janji dengan Syazlin tapi Mimi ada hal." beritahu Shah. "Kiranya u datang sini ada hal lah." tanya Marissa ingin kan kepastian. "I dah habis urusan dengan Syazlin. kalau U tak ada kerja I nak belanja u minum dekat café." tanya Shah. "No problem. Syazlin, U pun ikut sekali." ajak Marissa. "Sorry, I have to go know." Syazlin menolak. "Let’s go. I have many question to ask u." ajak Marissa. "I rasa tentu Mimi marah kalau dia tahu I jumpa dengan U tak ajak dia sekali." beritahu Shah sambil ketawa kecil. "Kenapa u tak ajak Mimi sekali. I rindu nak jumpa dia. Lama dah I tak jumpa dia." tanya Marissa kepada Shah. "Dia sibuk. Lagi pun Mimi tak ada dekat sini. Dia ke Perak. Petang ni baru balik. Tu yang I datang jumpa Syazlin sebab nak tunda temu janji dia." beritahu Shah. "Bila u dengan Mimi kahwin. Tak ajak I pun." tanya Marissa dengan nada seperti orang merajuk. "Macam mana nak ajak u kalau sebelas tahun sekali u balik. I jumpa mak u je masa kenduri." balas Shah sambil ketawa kecil. "Masa tu I tak balik lagi. I balik sini baru je lapan bulan. U kahwin dah dekat setahun. I sebenarnya saja nak uji U." beritahu Marissa jujur. "U dah kahwin ke rissa?" Tanya Shah. "Kalau I cakap belum, u percaya tak?" tanya Marissa. "Tak percaya lah. U duduk dekat luar Negara berbelas tahun takkan tak ada yang berkenan di hati." jawab Shah sambil mengikut kaupi. "Betul kan apa yang I cakap tadi. U bukan nak percaya." balas Marissa sambil tersenyum. "U mesti datang perjumpaan kelas nanti. I dengan Mimi pun ada sama. Semua orang tertanya-tanya kenapa U tak datang masa first reunion dulu." beritahu Shah. "Bukan I tak nak datang tapi masa tu I tengah final exam ."beritahu Marissa. Marissa teringat masa reunion yang pertama dulu dia memang nak balik tapi dia terpaksa ambil ujian mengejut. "I minta diri dulu, petang nanti I kena ambil Mimi dekat Airport." beritahu shah. "Kalau dah macam tu I minta diri dulu lah. Kita jumpa lagi nanti." "Nanti kalau korang ada appointment dengan Syazlin jangan lupa datang jumpa aku." Tanpa Marissa sedari Nazrin sedang memerhati perbuatan Marissa dari jauh. Dia tahu Marissa mungkin berjumpa dengan rakan lama atau pun salah seorang patient Marissa. Tetapi apabila melihat kemesraan Marissa bersama lelaki terse but Nazrin mula cemburu. Hatinya berasa sangat sakit. Mungkin Marissa ingin membalas dendam kerana hal tadi. "Dah tentu I akan bawa dia jumpa U. kita sambung lagi perbualan kita lain kali. Jumpa lagi." Shah terus berlalu pergi setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Marissa. Nazrin menghampiri Marissa apabila Shah sudah meninggalkan tempat terse but. "Rissa boleh Nazrin cakap sikit dengan Rissa." tanya Nazrin. "Rissa sibuk. Nak pergi melawat wad sekejap lagi." Marissa memberi alasan untuk mengelak. "Pleases, sekejap pun jadi lah Rissa." Nazrin merayu. "Lima minit je. Apa yang Nazrin nak cakap. Cakap lah sekarang." "Marissa dah salah faham dengan Rita. Dia tu sepupu Nazrin. Dia putus cinta sebab tu lah Nazrin cuba tenangkan dia." terang Nazrin. "Dah habis cakap dah. Kalau dah habis, Marissa nak pergi sambung kerja sekarang." Marissa terus bangun untuk pergi menyambung kerjanya kembali. "Tunggu dulu Rissa." Nazrin menarik tangan Marissa. "Lepas lah Nazrin. Ni kan tempat kerja. Ramai orang tengok." marah Marissa sambil cuba menewaskan tangannya dari gengaman Nazrin. "Pleases, tolong percayakan Nazrin. Rita tu sepupu Nazrin." Nazrin cuba untuk menjelas kan keadaan yang sebenar selepas melepaskan tangan Marissa dari gengamannya. "Dah lah Nazrin, Rissa dah tak nak dengar lagi. Itu hak Nazrin. Nazrin tak payah nak beritahu Rissa." Marissa terus berlalu meninggalkan Nazrin. Marissa kembali menyambung kerjanya. Dia ingin menyiapkan secepat mungkin kerjanya kerana dia tidak mahu apabila balik dari bercuti nanti dia akan dibebani dengan kerja yang tertangguh.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2...
ada blog x???