Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam itu di atas katil di dalam biliknya, Balqis berguling-guling beberapa kali memikirkan tentang kata-kata Haiqal siang tadi yang dia tidak mahu memohon masuk ke Universiti Malaya(UM)."Kenapa Haiqal taknak masuk UM?Dia nampak terganggu..takkan la genius macam dia pun ade problem kot?"tanya Balqis pada bantal peluk yang berbentuk hati itu."Adoiyaiii nape aku asyik fikir pasal dia je ni?Problem aku pun tak habis-habis lagi.Dah dah skang ni masa untuk..STUDY!"jerit Balqis sambil berjalan ke meja studinya penuh semangat.Selang beberapa minit kemudian..Balqis terpisat-pisat membuka matanya,"La…aku tertidur lagi..pantang sentuh buku je mata aku ni automatik mesti ngantuk."rungut Balqis.Balqis terfikir mungkin dia memerlukan air nescafe untuk membantunya berjaga sepanjang malam.Apabila dia melintasi ruang tengah tingkat atas itu, dia ternampak Haiqal yang sedang membancuh kopi menggunakan mesin pembancuh kopi yang sudah tersedia di situ.Balqis melangkah menghampiri Haiqal…
"Aik,tak tidur lagi ke?"tanya Haiqal seraya menjeling jarum jam yang sudah menunjukkan jam 1 pagi."Aku tengah study, kau pun tak tidur lagi?"soal Balqis yang ralit memerhatikan Haiqal membuat kopi."Kau study?Biar betul?"perli Haiqal."Eh,aku study la..tak percaya ke?"keras nada suara Balqis."Tapi dekat muka kau ade kesan orang baru bangun tidur."tunjuk Haiqal selamba.Balqis meraba-raba pipinya,memang ada kesan garisan-garisan pada buku yang melekat di pipinya akibat wajahnya melekap di atas buku itu semasa tidur.Cepat-cepat di kesat Balqis,"Erk,man..mane ade,kau berangan je ni."kata Balqis kelam kabut.Haiqal hanya tersenyum sinis memerhati gelagat Balqis,"Kau nak kopi ni?"tunjuk Haiqal."Erm..boleh jugak."jawap Balqis tersengih-sengih.Lalu,Haiqal menuangkan secawan kopi kepada Balqis.’Bahagianya minum kopi dengan dia tengah-tengah malam macam ni..bukan ke dalam iklan ada kata, walau sesibuk mana pun aku,aku sentiasa ada masa untuk menikmati kopi bersamamu..’angan Balqis tersenyum-senyum seorang diri…
Seperti biasa,Balqis yang kuat tidur itu sudah tertidur di sofa yang disediakan di ruang rehat itu.Apabila dia terjaga dari tidurnya.."Eh,Haiqal mana?"carinya di sekeliling ruang tengah itu dan apabila dia menghampiri tangga dia ternampak yang Haiqal sedang duduk di tepi tangga seolah-olah sedang mengintip sesuatu, lalu Balqis menghampiri Haiqal,Haiqal yang ternampak Balqis mendekatinya merapatkan jarinya ke bibir menyuruh Balqis diam.Balqis yang terpinga-pinga turut duduk di tepi tangga dan terdengar perbualan di ruang tamu bawah,"Ha tengok floor plan yang mama buat ni,kawasan tengah ni kena banyakkan pencahayaan lagi lepas tu yang kawasan tepi kolam renang pun kena tambah landskap lagi."kedengaran suara Puan Amiza bercakap dengan Encik Hashim dan Pakcik Bakri."Yang ni pulak kawasan yang paling selamat untuk budak-budak kecik bermain."terang Puan Amiza sambil menunjukkan pelan rumah yang telah siap dilukisnya."Ha, yang ini kawasan apa pulak?"soal Encik Hashim."Yang ini ruang tamu.."jelas Puan Amiza panjang lebar.
Sementara itu di tangga Balqis bertanya pada Haiqal,"Apa yang diorang cakapkan tu?Nampak happy semacam je."soal Balqis perlahan manakalah Haiqal masih menumpukan pada bicara ibubapanya dan bapa Balqis."Ok,dan yang akhir ni,special mama arrangekan bilik tidur abang dan Balqis!yang sebelah bilik diorang ni bilik baby!"ucap Puan Amiza gembira."Tapi mama rasa macam kecik sangat la bilik Balqis dengan abang ni."luah Puan Amiza lagi sambil meneliti pelan itu.Haiqal yang sudah tidak tahan terus turun dari tangga,"Apa maksudnya bilik Balqis dan Haiqal ni mama,papa?"tinggi nada suara Haiqal.Mereka bertiga terkejut kerana menyangkakan yang Balqis dan Haiqal sudah tidur."Em…em..yela kalau dah kahwin mestilah kena tidur satu bilik kan?"kata Puan Amiza lembut."Mama buat keputusan ni tanpa tanya kami berdua dulu?"soal Haiqal marah."Walaupun Haiqal mungkin satu hari nanti sukakan Balqis, Haiqal takkan terima rancangan ni!"marah Haiqal lagi sambil menjeling pada pelan itu dan terus berlalu ke tingkat atas.Begitulah sikap Haiqal,paling tidak suka hidupnya diaturkan. ****************
"Cikgu Azman,dah 2 bulan dah saya tengok prestasi kelas F, masih takde perubahan lagi."jelas pengetua sedikit marah."Saya bagi cikgu peluang lagi sekali ni je, kalau lepas dapat keputusan SPM ni,takde siapa pun dari kelas cikgu yang dapat masuk ke universiti yang bekerjasama dengan sekolah kita ni,saya terpaksa mengambil keputusan drastik."kata pengetua lagi.Cikgu Azman hanya sekadar menggangguk-angguk. ****************
"Kelas,saya sebenarnya betul-betul tak tahu nak buat apa dah tentang prestasi kelas kita ni."ujar Cikgu Azman memulakan kata."Saya dah buat bermacam cara untuk kamu semua tapi semuanya tak menjadi."ujarnya lagi seperti orang yang putus harapan."Tapi saya sangat-sangat berharap kamu semua boleh berusaha untuk masa depan kamu buat kali yang terakhir."sambungnya."Cikgu,jangan risau akan kami buktikan dalam peperiksaan percubaan yang akan datang ni."kata Balqis yang bersuata tiba-tiba."Kawan-kawan semua, jangan hancurkan harapan cikgu.Kita berusaha sama-sama ok??"jerit Balqis menaikkan semangat rakan sekelasnya."OK!!!!!!!"sahut mereka semua serentak. ***************
Petang itu,Balqis mengajak Zati dan Ika untuk belajar bersama-samanya di rumah.Sedang mereka bertiga berborak-borak di dalam bilik dan bukannya belajar seperti yang dikatakan,terdengar pintu bilik diketuk dan kemudian terjengul wajah Puan Amiza yang menatang sedulang teh dan kek batik yang baru dibuatnya tengah hari tadi."Auntie bawah minum petang ni,jemputlah ye."kata Puan Amiza sambil tersenyum manis."Jarang tau ada anak dara ramai-ramai kat rumah ni, dahla comel-comel pulak tu."puji Puan Amiza melangit.Zati dan Ika mula tersenyum-senyum perasan kerana dipuji sebegitu mengucapkan terima kasih pada Puan Amiza."Tak comel pun."kata Haziq yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik."Elleh Haziq ni jealous diorang comel ni."kata Puan Amiza sambil memicit pipi Haziq yang tembam itu."Umur macam kamu semua nilah waktu yang paling seronok, persabatan,percintaan,borak-borak,belajar sama-sama,kongsi rahsia..seronok betul perasaan tu!"kata Puan Amiza yang sedang teruja itu.
"Erm oklah auntie taknak ganggu korang nak main ke,nak study ke..kalau nak makan ke minum ke jangan segan-segan bagitau auntie ok?"kata Puan Amiza ramah."Ok auntie, terima kasih."ujar mereka bertiga serentak dan kemudian Puan Amiza pun hilang disebalik pintu.Zati dan Ika yang terperasan keadaan bilik Balqis yang begitu dihias indah bertanya kepadanya,"Balqis kau tak rasa bilik ni macam over sangat ke?"tanya Ika pelik."Ntahlah,ni semua impian Puan Amiza."jawap Balqis tersenyum."Oh,macam mana pulak bilik Haiqal?"soal Zati pula."Bilik dia yang setentang dengan aku ni la."jawap Balqis lagi."Wah jejaka paling hot dekat sekolah punya bilik depan mata kita je?Ni kena intai ni."ujar Zati dan Ika yang sudah mula membuka pintu bilik.
Balqis yang geram dengan gelagat kawan-kawannya terus menarik mereka berdua,"Zati duduk!Ika pun!Tujuan kita kan nak study."marah Balqis sambil mereka bertiga duduk di bawah menggunakan meja jepun."Memandangkan kita semua ada masalah dengan matematik,apa kata kita mulakan study kita hari ni dengan matematik?"usul Balqis yang sudah menyelak-nyelak helaian bukunya."Mula-mula kita buat dulu latihan ni,lepas tu baru kita bincang sama-sama."katanya lagi.Zati dan Ika hanya menurut sahaja tanpa sebarang bantahan.Selang 30 minit kemudian,"Rasanya Haiqal baru balik tu, macam dengar bunyi suara dia je."kata Balqis perlahan tapi dapat didengari oleh Ika."Apa kata..kita mintak tolong dia nak?"usul Ika."Ala dia mesti tak kisah nak tolong 3 gadis comel yang memerlukan pertolongan ni kan.."kata Zati pula sambil tersengih-sengih.
"Apa yang korang merepek ni?Bukan ke tujuan kita nak study?"marah Balqis."Memanglah tapi masalahnya aku tak faham langsung soalan ni,macam mana nak selesaikan."terang Zati disertai anggukan oleh Ika."Lagipun alang-alang dah ada super genius kat depan mata, baik kita mintak tolong betul tak?"kata Ika pula."Ala,korang ni saje je,cuba tengok soalan ni betul-betul mesti boleh jawap punya."kata Balqis lagi.Dia sebenarnya takut Haiqal akan memarahinya jika mereka pergi ke biliknya.Bukan Balqis tidak tahu Haiqal punya perangai yang tidak tentu anginnya itu.Setelah Balqis putus asa,dia sendiri mengajak mereka berdua ke bilik Haiqal.Tok!Tok!Balqis memulas tombol pintu apabila mendengar suara menyuruhnya masuk.Kelihatan Haiqal sedang duduk di meja studinya menghadap laptop manakala Haziq sedang membuat kerja sekolah di meja bersebelahan.
"Erm…kau nak apa?"tanya Haiqal tanpa memandang wajah Balqis.Balqis yang takut-takut itu meletakkan sedulang air teh dan kek batik di atas meja Haiqal perlahan-lahan."Kau nak apa?"kasar sedikit bunyi suara Haiqal."A..aku..kit..kitorang buat air teh ni,rasalah."kata Balqis."Taknak."pendek jawapan Haiqal.Zati dan Ika di muka pintu hanya memerhati gelagat Balqis dan Haiqal."Kau ada masa tak sekarang?"tanya Balqis."Tak."semakin pendek jawapan Haiqal."Balqis,tanya jelah direct."desak Zati.Zati dan Ika menolak-nolak Balqis ke hadapan untuk memujuk Haiqal manakala Balqis pula terpusing-pusing di situ.Haiqal yang ternampak situasi kelam kabut dari bayangan pada laptop di hadapannya hanya menggelengkan kepala."Diamlah!"marah Haziq kerana konsentrasinya terganggu."Qis,pergilah Qis..tanya dia,please……."rayu Zati dan Ika perlahan.’Perangai macam ni,ada hati nak masuk U.’desis hati Haiqal sambil tersenyum nipis.
"Erm…ermm macam ni,kitorang tak tahu nak jawap soalan ni..boleh tak kau tolong tunjuk?"tanya Balqis lembut sambil mengunjukkan buku itu di atas meja studi Haiqal."Tak boleh."balas Haiqal."Ala…janganlah macam ni Haiqal,satu soalan je."rayu Balqis lagi."Abang jangan layan dia ni, nanti kita pun jadi bodoh macam diorang ni."marah Haziq."Adik..."tiba-tiba Haiqal menjeling pada Haziq kerana berkelakuan biadab."Apa yang kau tak faham?"tanya Haiqal sambil meneliti soalan itu."Semuanya..please Haiqal ajar kitorang."sampuk Zati pula.Haiqal kemudiannya terus menyelesaikan masalah itu dalam masa kurang dari seminit."Cepat,cepat salin jawapan ni.."kata Zati kepada Ika sambil menyalin jawapan dari buku Balqis."Dah siap,dah jangan kacau aku lagi."kata Haiqal sedikit keras."Ok,terima kasih banyak-banyak Haiqal."ujar mereka bertiga sambil berlalu keluar dari bilik Haiqal dengan riang."Wow hebatnya Haiqal,tak sampai satu minit dah siap!"jerit Zati."Pandainya dia,hebatnya!!!"teriak Ika pula."Syhhh..janganlah jerit-jerit."kata Balqis.
Selepas itu mereka bertiga terus membuat soalan yang kedua pula, 5 minit pertama..Ika sudah mula menggaru-garu kepalanya,10 minit kemudian Zati pula sudah mengetuk-ngetuk kepalanya dan akhir sekali selepas setengah jam,Balqis sudah mula mengaku kalah."Susahnya soalan ni!"jerit Balqis tiba-tiba.Dia kemudiannya mendapat idea,’nampaknya aku kena pergi tanya Haiqal lagi ni.’getus hatinya lalu mereka bertiga kembali semula ke bilik Haiqal walaupun masing-masing takut dimarahi."Haiqal…boleh tak kau tolong ajar nak buat soalan nombor 2 ni?"tanya Balqis takut-takut.Dan begitulah seterusnya Balqis berulang-alik bertanya sehingga habis semua soalan ditunjuk oleh Haiqal."Soalan nombor lapan pulak?".Walaupun Haiqal sedikit geram tapi dia masih menunjukkan langkah-langkah untuk menyelesaikan soalan matematik itu.Balqis yang menyedari perubahan Haiqal tersenyum di dalam hati.
sepatutnya ada sedikit kemajuan pd Balqis sbb pernah dpt tunjuk ajar dr Haikal & dh jd top 100 tp penulis cm lupa lak. Balkis sepatutnya dh leh jd contoh kt dlm kelas tu...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sepatutnya ada sedikit kemajuan pd Balqis sbb pernah dpt tunjuk ajar dr Haikal & dh jd top 100 tp penulis cm lupa lak. Balkis sepatutnya dh leh jd contoh kt dlm kelas tu...