Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah genap tiga bulan usia perkahwinan kami. Bermakna sudah tiga bulan juga aku melalui hari-hariku dengan perasaan keliru yang begitu mencengkan jiwa. Tidak pernah aku membiarkan walau sesaat hatiku lepas dari menilai suamiku. Segala tindak tanduknya dan tutur katanya tidak pernah menguris hati dan perasaanku. Segalanya terjaga. Tidak seperti lima tahun lepas. Hari pertama pernikahan sudah mencalitkan perasaan luka yang tidak terhingga. Tanpa aku sedari hubungan kami sudah menakuk ke tahap yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Kami sudah boleh berbual panjang dan bergelak ketawa. Sudah bisa meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kami gemari bersama. Jauh disudut hati aku berasa senang dengan perubahan ini. Tapi aku juga takut sekiranya begitu cepat aku melupakan kesakitan yang pernah dia tinggalkan untuk diriku dulu. Justeru, aku masih tidak melakukan perkara yang selayaknya dilakukan oleh seorang isteri. Dan Yusrizal juga tidak pernah memaksa. Tapi itu tidak bermakna ia adalah penghalang kepada perhatian dan kasih sayang yang dia curahkan kepadaku. Malahan, makin hari hidupku terasa terisi dengan semua itu. Terasa tidak percaya dengan apa yang aku alami sekarang. Hati yang begitu keras suatu ketika dahulu boleh mencair hanya dalam masa tidak kurang tiga bulan. Kini baru kufahami kenapa Yusrizal mengambil tindakan gila dengan meletakkan syarat terhadap pertolongan yang diberikannya dahulu. Tapi tidak bermakna aku akan terus memaafkan kesalahannya. Semua itu memerlukan masa yang lama. Lagipun tempoh masa tiga bulan tidak sama dengan setahun aku menahan keperitan hidup bersamanya. Aku perlu mengujinya lagi. Lagu Lastnight tiba-tiba berkumandang dari telefon bimbitku. Habis beterbangan lamunanku sebentar tadi. Terkapa-kapa aku mencari telefon bimbitku yang aku entah di mana aku letakkan. Akhirnya aku menjumpainya juga selepas mecari dengan berpandukan deringannya itu. Rupanya telefon bimbitku tersembunyi di bawah fail-fail yang bersepah di atas mejaku. Beginilah keadaannya walaupun universiti sedang bercuti. Pelajar yang bercuti sedangkan para pensayarah tidak. Kami sibuk merencanakan bahan-bahan pengajaran untuk semester hadapan. Tambahan pula subjek yang aku mengajar akan berganti sukatan pembelajarannya. Makinlah sibuk aku dibuatnya. Itu tidak ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti universiti yang melibatkan pensyarah. "Hello," sapaku tanpa melihat siapa pemanggilnya. Bimbang terputus talian kerana aku sudah mengambil masa yang lama untuk mencari telefon bimbitku tadi. "Hai, sayang!" Aku tersenyum sebaik mendengar suara pemanggil itu. Siapa lagi kalau bukan suamiku yang akan mengganggu ketenteramanku pada waktu-waktu sebegini. "Hai." "Sayang tengah buat apa tu?" sapa Yusrizal dengan suara yang ceria. "Buat kerja lah," jawabku pendek. Takkanlah aku hendak berterus terang dengannya. Malulah aku. "Yeke tengah buat kerja? Atau tengah teringatkan abang?" Alamak! Macam tahu-tahu saja lelaki ini. Apakah dia mengupah penyiasat untuk mengintai setiap gerak-geri aku di sini? "Mengarutlah awak ni. Kenapa awak telefon saya ni?" "Mengelat ek?" Kedengaran tawa kecil lelaki itu meletus. "Emm..abang nak ajak sayang lunch dengan abang." "Lunch?" "Ye, lunch!" "Dekat mana?" "Emm...sayang nak makan dekat mana? Abang ikut aje." "Dekat UUM boleh?" "Dekat UUM? Alaa..tak naklah sayang. Tak bestlah. Apa kata dekat Alor Setar. Abang dengar ada restoran baru buka dekat sini. Restoran ekslusif. Makanannya pun sedap. Kita try nak tak sayang?" "Alor Setar? Tak ada tempat yang lagi jauh ke awak?" Aku mneyindirnya. Bukan dia tidak tahu jarak antara Alor Setar dan Sintok boleh tahan jauh juga. Perjalanannya mengambil masa lebih daripada setengah jam. "Alaaa..sayang please."Yusrizal sudah mula merengek seperti anak kecil. Hampir ketawa aku mendengarnya. "Jauhlah awak. Then pukul berapa kita nak balik ke sini? Nak solat lagi?" "Sayang dah lupa ke sekarang tengah cuti semester. Bukan sayang ada kelas pun. Lagipun sayang jugak yang cakap waktu keluar masuk pensayarah tak ketat sangat kan?" Betul juga, fikirku. Jadi tidak ada salahnya kalau aku terlewat masuk. Waktu keluar masuk kami para pensyarah tidak sama dengan kakitangan universiti yang bekerja di bahagian admin yang perlu menepati masa. "So, macam mana? Sayang jangan risau. I'll pick you up. I'll be there in one hour." "Oklah, kalau macam tu! Nanti kalau dah sampai call saya." Akhirnya aku menyatakan persetujuan. "Yes, macam tulah isteri abang. Thanks sayang. I love you. Jumpa nanti ya?" "Okay, bye!" Aku pantas memutuskan talian. Entah mengapa ungkapan cintanya begitu menusuk ke kalbuku. Itulah salah satu sebab mengapa aku cepat lembut hati dengan suamiku ini. Aku melihat jam kecil yang terletak di atas meja kerjaku. Sudah pukul 11.45 pagi. Bermakna aku masih punya satu jam lagi untuk aku melakukan kerja-kerja yang tergendala sebentar tadi. Lali tanpa membuang masa aku mengambil fail dan mula menelitinya.
Tuk!! Tuk!! Ketukan di muka pintu sedikit mengganggu konsentrasiku yang baru saja mahu meyapaku. Dengan malas aku bangun untuk membukakan pintu. "Hai, Ifa! Emm I menganggu ke?" "You, Daniel! I ingatkan siapa. Kenapa tak masuk aje. Macam tak biasa," kataku. "Manalah tahu kalau you busy. Takut mengganggu pulak." "Tak adalah. Anything important?" "Acctually, I nak bincang dengan you tentang PBL ni. You ada masa tak?" "Emm.." Aku melihat jam di pergelangan tanganku. Aku masih punya setengah jam sebelum waktu lunch. "Bolehlah." "Kalau you tak ada masa tak apalah. Maybe esok ke?" "Eh, it's okay! I ada masa setengah jam lagi before lunch. Acctually I janji dengan my husband nak lunch sama-sama," terangku. Lelaki kelihatan tersenyum sahaja. Aku bersyukur kini. Daniel sudah tidak mendesak aku lagi seperti beberapa bulan yang lalu. Mungkin dia fikir sudah tiada gunanya mahu melakukan itu kerana aku sudah punya suami. Apatah lagi hubunganku dengan Yusrizal juga sudah semakin baik. Gembira hatiku tidak terkira kerana sudah mendapat sahabatku kembali. Perasaan gembira semakin bertambah apabila Daniel menyampaikan berita perkahwinannya yang akan berlansung hujung tahun ini. Itu sudah cukup membawa makna bahawa lelaki di hadapanku ini sudah membuat keputusan untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dalam hati aku berdoa semoga sahabatku ini akan ketemu bahagia yang di cari-cari selama ini. Dan aku juga berharap bahagia yang aku cari-cari juga bakal kutemui suatu hari nanti. Aku menjemput Daniel masuk. Pintu aku biarkan terbuka. Tidak manis pula kalau kami berbincang dalam keadaan pintu yang tertutup rapat. "Sorrylah Daniel. Bersepah sikit meja I ni." Tanganku lincah menyusun fail-fail yang bertaburan sebentar tadi. Memberikan ruang yang lebih selesa untuk kami berbincang. "Tak apalah Ifa. I faham. You memang pemalas," katanya, selamba. Aku membuntangkan mata mendengarnya. Lelaki itu ketawa kesukaan kerana dapat mengenakan aku. Aku turut tersenyum. Senang hatiku sekarang. Inilah sahabat yang kukenal suatu ketika dahulu. "So, can we start?" Aku bertanya setelah selesai mengemas mejaku. "Sure." Daniel mula membuka fail yang dibawa bersama. Kami mula berbincang. Rupanya banyak juga usul berbangkit yang diutarakan Daniel. Aku fikir isu berkenaan PBL ini sudah selesai. Segala proposal dan sukatan pembelajaran juga sudah hampir siap. Nampaknya Daniel sudah kembali menjadi dirinya yang teliti dan sempurna itu. Tidak seperti beberapa bulan yang dulu. Lelaki itu kelihatan seperti hilang tumpuan. Mungkin kerana terlalu memikirkan tentang diriku. Sedikit perasaan bersalah kerana telah menyebabkan Daniel hilang hala tuju hidupnya beberapa bulan lepas. Sukar untuk dipercaya. Tapi itulah penangan cinta. Bisa mengubah seseorang kepada seseorang yang bukan mengambarkan dirinya yang sebenar. Pepatah yang mengatakan 'cinta itu buta' ada benarnya juga. Dan aku harus terima kebenaran itu. "Assalamualaikum." Perbincanganku dan Daniel sedikit terganggu apabila terdengar seseorang memberi salam. Mata kami berdua tunak menghala ke pintu bilikku yang terbuka lebar. Terkejut aku apabila batang tubuh Yusrizal yang sedang berdiri tegak di muka pintu menyapaku. Aku pantas melihat jam di atas mejaku. Sudah 12.50 p.m. Patutlah suamiku ini sudah terpacak di sini. Tapi bukankah aku menyuruhnya menelefonku dahulu sekiranya dia sudah sampai. Tapi lain pula yang terjadi. Alih-alih lelaki itu sudah terpacak di sini. "Eh waalaikumussalam, aw..abang!" Hampir aku terlupa tentang situasi kami. Nasib baik! Kalau tidak apa pula kata Daniel nanti. Aku mendapatkan suamiku. Tangannya yang dihulurkan aku sambut dan kucium penuh hormat. Suamiku membalas dengan mengucup dahiku. "Kenapa tak call dulu. Boleh Ifa turun tunggu abang." "Saja abang nak buat suprise. Nak tengok juga bilik Ifa," jawabnya sambil mata tidak lepas dari memandang wajah Daniel yang masih duduk ditempatnya. Perlakuan Yusrizal itu membuatkan Daniel tidak selesa. Lalu, lelaki itu bangun dan mengemaskan failnya. Menandakan ingin berlalu dari renungan dan wajah tidak senang suamiku ini. "Emm kenalkan, ini Daniel. Daniel ni suami I, Yusrizal!" "Hai Daniel," sapa Daniel sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Yusrizal masih lagi meletakkan pandangan tajamnya ke wajah Daniel. Jelas rasa tidak senang terlukis di wajahnya. Lambat-lambat huluran tangan Daniel disambutnya. "Yusrizal." "Okaylah Ifa. I pergi dulu. Nanti kita bincang lagi." Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian lelaki itu meninggalkan kami. Mata Yusrizal masih juga tidak lari dari lelaki itu. Sehinggalah tubuh Daniel tidak lagi kelihatan barulah dia mengalihkan pandangannya kepadaku pula. Pandangannya yang tajam membuatkan jantungku berdebar hebat.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ada blog x??????????