Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Majlis bersanding diadakan dengan gilang gemilangnya. Puspa dan Kassim di arak di atas tandu sambil kompang dan rebana di palu-palu menerbitkan suasana yang meriah. Selesai itu, mereka berdua dihidangkan dengan aksi silat. Puspa dan Kassim terpukau dengan gerakan lincah anak-anak kecil yang bersilat itu.
Puspa dan Kassim sama cantik sama padan dengan pakaian serba merah yang sangat menawan hari itu. Pakaian pengantin untuk majlis persandingan ini disewa khas di sebuah butik pengantin mewah di kawasan Kuala Lumpur.
Usai sesi tepung tawar, mereka berdua dihidangkan dengan hidangan yang sungguh lazat. Ayam golek, udang bakar, ikan bawal masam manis, buah-buahan dan pelbagai lagi juadah yang menyelerakan.
Jurugambar majlis meminta diadakan sesi suap menyuap oleh kedua mempelai. Jurugambar ingin merakamkannya di dalam album perkahwinan mereka. Pada mulanya Kassim dan Puspa menolak tapi ibu dan emak mereka berdua mahu bahawa gambar sedemikian di ambil.
Kassim menyuap Puspa menggunakan sudu di tangannya. Di suakan ke mulut Puspa. Di sumbatkan laju ke mulut Puspa dengan rakus. Puspa tersedak kecil. Matanya merah. Dicapai gelas dan meneguk laju.
Cilaka betullah si mamat mereng ni. Ikutkan hati aku, aku tumbuk muka dia sekarang jugak! Dalam hati Puspa sudah mula meradang.
Di pandang wajah Kassim tajam. Kassim mengangkat-angkat keningnya. Matanya berkedip-kedip seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi. Wajahnya di palingkan ke arah lain. Ibu jari tangan kanannya spontan menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal.
Padan muka kau! Rasakan… Kassim berbisik kecil dalam hati.
Puspa tahu Kassim membalas dendam terhadap hantukan dahinya semalam. Kassim sengaja membuat tanda ‘very good’ itu kepadanya.
Sakit di hati Puspa hanya Allah yang tahu. Dada Puspa sudah mula berombak kecil. Jika tidak difikirkan kerana majlis sudah lama ayam golek di atas meja itu dibenamkan ke muka Kassim.
Mata Puspa terbeliak sedikit besar. Jika boleh dilihat mentol yang tiba-tiba menyala di dalam benak ketika ini memaparkan idea jahatnya yang timbul. Puspa dengan laju memijak kuat kaki kiri Kassim dengan high heel 3 incinya yang tirus dan panjang itu. Menjayakan misi jahatnya. Kassim tiba-tiba terus berdiri menahan sakit yang teramat.
--------------------------
comment... pasni lmbt sket sy pos... mklumlah dah nak final exam...
"Aduh! Aduh! Aduh..." Kassim melompat-lompat sebelah kaki, sambil tangannya memegang kaki kirinya yang sudah nampak membengkak dan membenjol biru.
Sukses!
Puspa tahu bahawa idea jahatnya itu pasti akan berjaya. Kassim hanya memakai capal untuk baju persandingan itu. Capal itu disertakan sekali dalam pakej busana pengantinnya itu. Kali ini Puspa pula menggaru hidungnya dengan ibu jari tangan kanannya.
Padan muka kau Kassim...!
Kassim lekas-lekas berlalu ke dalam rumah sambil di pimpin Andak yang menjadi pengapit kepada Kassim.
Andak memandang Puspa tajam.
"Apa kau dah buat Tam?!" Suara Andak terbit di dalam hati Puspa. Komunikasi halus antara Puspa dan Andak.
“Takda pape," Puspa menjawab di dalam hati sambil mengangkat-angkat bahunya berpura-pura tidak tahu kepada Andak.
Andak dan Kassim hilang di dalam perut rumah.
“Ouch!" Lengan Puspa terasa perit. Dilihat ke kanannya, emak berdiri di sebelahnya sambil berkeriut keningnya. Masam wajah emak.
“Kamu jangan buat tak tahu ye Tam. Macamlah mak tak tahu apa yang kamu buat kat Kassim tu yer," emak bercakap dengan nada amarah.
"Mana Tam ada buat apa-apa," Puspa cuba membela diri.
"Jangan tipu mak Tam. Orang lain kamu nak temberang bolehlah. Dengan mak tak payah. Sekarang mak nak kamu masuk. Pergi tengok Kassim tu. Minta maaf kat dia. Tak bau syurga nanti kamu Tam. Derhaka kamu pada suami," bicara emak dalam perlahan. Tidak mahu diketahui tetamu sekalian.
"Tapi.."
"Takde tapi-tapi. Cepat!" emak mengarah Puspa.
"Alah mak. Bagilah Tam makan kejap. Tam lapar ni mak.." Puspa cuba beralasan. Namun memang benar perutnya memang lapar. Sejak dari pagi tadi dia tidak menjamah sebarang makanan.
Emak menjegilkan matanya ke arah Puspa. Puspa bungkam. Tahu sangat dia perangai emak. Dia bingkas bangun dan masuk ke perut rumah menuju kamar pengantinnya.
Pintu kamar tertutup rapat. Di buka. Di lihat Kassim duduk di sisi katil sambil kaki kirinya di ampu di atas pangku paha kanannya. Di usap-usap kakinya yang bengkak itu. Tidak mempedulikan kehadiran Puspa.
"Hurmmm..." Puspa berdehem kuat. Cuba untuk mula bersuara.
Kassim buat-buat tak tahu.
Menyampah aku tengok minah senget yang biol ni. Ikut hati aku, aku humban dia keluar ikut tingkap tepi ni.
"Sorry..." perlahan Puspa mengucapkannya.
Kassim masih berdiam. Puspa melangkah menghampiri Kassim. Dilihatnya kaki Kassim bengkak dan biru. Timbul rasa simpati di hatinya.
Kenapalah aku ikutkan sangat rasa marah aku tadi? Puspa sedikit menyesal dengan perbuatannya.
Puspa bingkas ke luar semula dari kamar. Dia kembali ke dalam kamar dengan membawa sebekas ais. Di ambil sehelai tuala bersih yang kecil di ambil ais sedikit dan di bungkus dengan kain itu. Dia kemudian melutut di hadapan Kassim. Di tuam kaki Kassim perlahan.
Kassim sedikit terperanjat dengan perbuatan Puspa. Dia spontan menepis kasar. Tuala itu berterbangan jatuh. Ais yang tadi terbalut kemas bersepah keluar. Puspa mengerutkan keningnya memandang mata Kassim. Dibuang rasa marahnya kepada Kassim itu.
Puspa bangun dan segera mengutip kembali kain tuala dan ais yang bersepah itu. Di balut semula. Dia membawa kembali tuala itu kepada Kassim. Kali ini dia tidak menuamkannya ke kaki Kassim. Dia hanya menghulurkan kepada Kassim. Kassim mendongak memandang Puspa.
“Kau tuamlah sendiri. Kang aku tertuam kuat kau kata aku nak bunuh kau pulak.." tangan Puspa masih menghulurkan tuala itu. Dicapai Kassim tuala itu dan ditekapkannya ke kakinya yang bengkak itu.
"Sorry.." kata Puspa lagi. Puspa laju menghayun langkah untuk keluar kamar.
"Thanks.." jujur Kassim mengucapkannya.
"Hurm..." balas Puspa.
Baru Puspa hendak memulas tombol pintu kedengaran ketukan di pintu kamarnya. Puspa pantas memulas tombol dan terjengahlah wajah Mokcu. Mokcu tersengih memandang Puspa.
"Kenapa Mokcu?"
"Ni hah... Ada tetamu ISTIMEWA yang nak berjumpa dengan kamu pengantin baru," Mokcu tersengih sumbing kepada Puspa. Sengaja Mokcu menekankan perkataan istimewa itu kepada Puspa. Puspa gagal menelah maksud ’istimewa’ Mokcu.
Tiba-tiba terjergul dua manusia yang tidak Puspa duga daripada belakang Mokcu.
Ini rupanya manusia yang istimewa tu...
"Abang, ada tetamu nak jumpa dengan kita ni bang..." spontan Puspa menuturkannya. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa loyanya Puspa hendak memanggil Kassim ’abang’.
Aik! Asal pulak si minah senget ni tiba-tiba je panggil aku abang? Kassim bersoal sendiri di dalam hati. Tanpa dia sedari dia menggaru-garu dahinya itu.
Kassim bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah Puspa. Kelihatan olehnya insan ’istimewa’ yang menyebabkan Puspa memanggilnya ’abang’.
"Ayang, asal pintu tu buka sedikit je? Bukalah besar sikit. Ajak tetamu masuk bilik kita ni. Manalah tahu diorang ni nak tengok bilik pengantin kita ni.." Kassim menyambung lakonan Puspa.
Nak runtuh jantung Puspa mendengar Kassim memanggilnya ’Ayang’. Terasa aorta dan vena kava di jantung bagai nak putus. Puspa pantas menguak pintu kayu kamar pengantinnya itu. Masuklah Mokcu dengan tetamu ’istimewa’ mereka itu.
Mata tetamu ’istimewa’ itu memandang sekeliling bilik. Mengagumi keindahan kamar pengantin itu.
"Eh, cantik sungguh bilik pengantin ni Puspa," bicara Gayah candi a.k.a kekasih gelap Kassim.
"Tahniah kat korang berdua. Dah selamat kahwin..." ucapan tahniah yang lahir daripada mulut Abu itu kedengaran sedikit sinis dan sedih.
Inilah tetamu ’istimewa’ yang dimaksudkan Mokcu tadi. Kassim dan Puspa sengih sahaja memandang wajah Gayah dan Abu yang nyata terkilan tidak dapat berkahwin dengan mereka berdua.
"Ingatkan adalah jodoh kita tapi..." bicara Abu terhadap Puspa.
"Anggap jelah tak ada jodoh kita Abu..." Puspa cuba berbahasa baik dengan Abu. Sedangkan hatinya meluat melayan kerenah Abu.
Jangan harap aku nak kat kutu babun rayau macam kau. Mati hidup semula pun aku tak hingin!
"Kassim segak sungguh hari ni. Kan bagus kalau Gayah yang jadi pasangan Kassim," tutur Gayah tanpa malu.
Kassim hanya tersengih lebar.
Simpang malaikat 44, Sampai mati pun takkan kau dapat! Itulah pantun dua kerat, jawapan untuk kata-kata Gayah daripada Kassim namun hanya terbit di sudut sanubari sahaja.
Kassim merapatkan dirinya ke sebelah Puspa. Badan mereka berlaga. Tangan Kassim pantas memeluk bahu Puspa. Puspa laju memandang wajah Kassim. Kassim membalas pandangan Puspa. Di kerut-kerutkan dahinya dan di jegil-jegilkan biji matanya memberi isyarat untuk berlakon di hadapan Abu dan Gayah.
Puspa yang dapat menelah pantas membalas pelukan di bahunya dengan melingkarkan tangannya ke pinggang Kassim. Puspa dan Kassim sama-sama tersenyum ala-ala gembira dan bahagia di hadapan tetamu ’istimewa’ mereka itu.
"Abu dengan Gayah dah makan belum?" Kassim bertanya pula.
“Belum," serentak Abu dan Gayah menjawab.
“Mokcu bawalah dorang ni makan dulu," Kassim berkata pada Mokcu.
Mokcu mengangguk.
"Moh," Mokcu berkata kepada Abu dan Gayah.
Abu dan gayah menyalami Kassim dan Puspa. Abu yang bersalam dengan Puspa tidak rela melepaskan tautan tangannya dengan Puspa. Puspa cuba untuk menarik tangannya namun kuat pula genggaman tangan Abu.
Eleh Abu ni over acting pulak... Ada pulak kang makan terajang aku si Abu ni! Puspa dalam hati menyumpah-nyumpah Abu.
Segera Abu meleraikan tangan Puspa. Ada riak sedih di wajah Abu yang terlepas untuk berkahwin dengan Puspa. Abu tahu jodohnya dengan ratu di hatinya ini tidak kesampaian.
Kassim dan Puspa berjalan seiring menghantar tetamu istimewa mereka ke muka pintu. Tatkala pintu di tutup mereka berdua memandang wajah masing-masing. Anak mata mereka bertaut. Seakan ada kuasa listrik di antara mereka. Segera dileraikan pelukan dan lingkaran tangan yang tertaut erat di bahu dan pinggang mereka.
Buat kali pertama dalam sejarah hidup Kassim dan Puspa, mereka berganding bahu untuk menjatuhkan musuh-musuh mereka. Dan dengan gilangnya misi mereka di anggap berjaya.
Kassim pantas duduk semula ke birai katil dan menuam semula bengkak di kaki manakala Puspa bingkas keluar kamar menuju ke mana sahaja ingin di langkah kakinya. Tak rela duduk dengan Kassim dalam kamar itu setelah lakonan ’abang’ dan ’ayang’ mereka itu. Mual, sungguh mual!
sorrylah yer... pasni sy upload yg no 6... pas sy upload no 6 sy cuti lama sket from hantar karya ni semua... maklumlah duk kat u... dah hujung sem... final exam lg 3 minggu... buku pon lum bkak ag... thanx 4 all ur support...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hakhakhakhakhak!!! lawak dowh!! brutal gile mase time2 cam tu pun leh wat perangai. hahahaha. nnt habis je final sambg byk2 sket!!