Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Assalammualaikum," Syah memberi salam. Keadaan rumah kampung yang sunyi itu begitu mendamaikan. Sudah lama rumah itu tidak dijejaknya. Walaupun sudah hampir 8 tahun berlalu, namun keadaan rumah itu tetap sama. Malah semakin cantik, mungkin sudah diperbaiki. Sekali lagi Syah memberi salam. "Waalaikumsalam. Anak ni nak cari siapa?" Syah berpaling ke belakang bila mendengar seseorang menegurnya. "Errrr..Ayah. ini Syah," Syah menyalami tangan Pak Alwi. Pak Alwi merenung wajah pemuda dihadapannya itu. Kemudian dia memeluk erat bekas menantunya. "Jemputlah naik. Dah lama ayah tunggu Syah datang ke rumah," Pak Alwi menarik tangan Syah dan mereka berjalan seiringan menuju ke rumah. Syah memerhati keadaan rumah yang kemas dan teratur itu. "Tiada yang berubah. Masih rumah yang sama," Pak Alwi membawa dulang berisi air. "Minumlah, Syah. Dah lama ayah tunggu saat ni," Syah duduk di hadapan Pak Alwi. Wajah tua itu kelihatan bertenaga dan ceria. "Ayah apa khabar?" Pak Alwi tersenyum. Senang dengan kehadiran bekas menantunya. "Ayah masih sihat. Macamana hidup kamu. Dah lama tak dengar cerita. Bila balik ke Malaysia?" Pak Alwi begitu berminat untuk mengetahui tentang keadaan bekas menantunya itu. "Setakat ni baik. Cuma sibuk sangat sejak balik ke sini. Hampir 1 tahun dah balik ke sini. Sekarang baru ada masa balik jumpa ayah." Pak Alwi angguk kepala. "Datuk dan Nenek apa khabar?" Syah bertanya bila merasakan kekurangan dalam rumah itu. "Mereka dah lama pergi. 2 tahun lepas. Jarak sebulan je. Sakit tua," Syah terkejut. Dia terkilan sebab tidak sempat meminta maaf dari mereka. "Anak-anak ayah, mereka apa khabar?" Syah malu hendak bertanya tentang Alia. Pak Alwi pula tersenyum. Seperti mengetahui gelodak dihati anak muda itu. "Azim masih belajar di Australia. Nak jadi Engineer. Alim dah bekerja dan berkahwin. Alia tinggal dengan Alim, jaga anak Alim." Terangnya satu persatu. Syah angguk kepala. Dia bersyukur, entah kenapa dia rasa gembira dengan berita yang disampaikan oleh bekas bapa mertuanya. Alia masih belum berkahwin. Apakah Alia masih menanti kehadirannya? Syah terdiam sejenak. Adakah Alia merasa seperti apa yang dia rasa. "Si Alia tu. Bulan lepas, dah 4 orang ayah tolak pinangan dari orang kampung ni. Tak faham ayah dengan perangai dia tu. Tak tahu bagaimana lelaki yang dia hendak. Suruh cari sendiri, tak juga mahu," Pak Alwi terus mengadu. Syah terdiam. "Belum sampai seru agaknya." Syah bersuara perlahan. "Syah berapa orang anak sekarang? Kenapa tak bawa mereka datang sekali?" Pak Alwi memandang wajah Syah yang tiba-tiba berubah muram. "Kenapa? Ayah salah tanya ke?" Soalnya pelik. Syah geleng kepala. "Isteri saya dah meninggal semasa melahirkan anak saya. Sekarang anak saya sedang sakit tenat." Syah tunduk memandang lantai. "Betul? Kasihannya." Pak Alwi turut termenung. "Syah tak berniat nak kahwin lagi?" Soal Pak Alwi serius. Syah angkat kepala. "Belum rasanya. Saya nak luangkan masa untuk anak saya. Lagipun, takde perempuan nak kahwin dengan duda beranak satu ni. Anak pun sakit tenat." Syah merendah diri. Pak Alwi terdiam seketika. "Nak ayah tolong carikan?" Pak Alwi tersenyum. Syah geleng kepala. "Takpe, yah. Syah belum bersedia lagi," Syah menolak. Pak Alwi angguk kepala. Semenjak dari hari itu, Syah sering pulang ke kampung melawat Pak Alwi. Dia tidak pasti dengan perasaannya. Bila berada di kampung tersebut, hatinya tenang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang pernah menyimpan kenangan indah bersama bekas isterinya. Kadangkala Syah tersenyum sendirian bila mengingatkan kenangan dia bersama Alia.
************************** "Alia, betul kau tak nak jumpa lelaki tu?" Maziah bertanya lagi. Alia tetap menggeleng kepala. Ros menghampiri mereka berdua. "Kenapa tak nak? Sampai bila nak membujang ni? Kau tak teringin nak kahwin, punya keluarga sendiri? Aku yakin, lelaki yang Yah cari untuk kau ni, memang lelaki yang baik punya," Ros memujuk temannya itu. "Aku belum ada rasa nak kahwinlah. Lagipun, aku segan nak jumpa dengan orang yang aku tak kenal." Alia menolak dengan baik. Ros geleng kepala. Ajay menghampiri sahabatnya itu. "Kau sudah ada yang berkenan? Dah ada lelaki idaman?" Ajay bertanya serius. Alia tunduk membisu. Memang, hatinya milik seseorang. Rahsia yang lama di simpan tetap menjadi rahsia. Alia selalu mencari waktu yang sesuai untuk menceritakan tentang masa silamnya. Namun dia takut akan penerimaan mereka semua. ‘Aku harus bagitau mereka,’ Alia tarik nafas kemudian menghembusnya perlahan. "Errr…Aku ada hal nak cakap dengan korang. Tak tahu nak mula dari mana," Alia bermain dengan jari-jemarinya. Wajah setiap sahabatnya direnung dengan riak bersalah. "Tapi…sebelum tu, korang janji, jangan marahkan aku. Aku takde kekuatan nak bagi tau korang sejak dulu lagi," Alia membetulkan duduknya. Ketika itu, mereka sedang berkelah. Ia adalah perjumpaan mereka yang ke-8 setelah tamat sekolah. Setiap tahun mereka adakan perjumpaan. Ajay, Ariy, Hafiz, Fizan, Maziah, Ros, Imah dan Sara menanti dengan sabar. Alia semakin gelisah. "Errrr…Aku pernah berkahwin…." Alia berhenti seketika. Mereka yang lain terlopong. "Apa? Ulang semula?" Soal mereka serentak. "Aku pernah kahwin dulu. Masa kita di tingkatan 5," Alia menjawab perlahan. Temannya batuk. Ada yang membeliakkan mata tanda tidak percaya. Ros yang sedang mengunyah sosej berhenti mengunyah. "Aku salah dengar ke? Alia pernah kahwin? Korang dengar tak?" Sara bertanya pada rakan-rakannya. Mereka yang lain angguk kepala. Semua mengelilingi Alia. "Kau dah kahwin? Dengan siapa?" Soal Ajay pelik. "Ye aku dah kahwin dan dah bercerai pun," Alia tunduk. "Hahhhhh," Serentak mereka menjawab. "Kalau aku bagitau, korang janji jangan bising," Alia memandang satu persatu wajah rakan-rakannya. Mereka angguk kepala. "Aku kena tangkap basah dengan lelaki tu. Kami terpaksa berkahwin. Tapi hanya keluarga terdekat saja yang tahu. Kami tak buat salah pun. Tapi mereka tak percaya." Alia tarik nafas lagi. Mereka yang lain menanti dengan sabar. "Kejadian tu berlaku masa aku kena demam campak. Jadi segalanya diurus masa aku sedang bercuti dan pengetua merahsiakannya dari pihak sekolah dan juga pihak pentadbiran. 3 tahun kemudian, kami bercerai, sebab dia berkahwin dengan gadis pilihan hati dia yang sama belajar dengannya. Selama ni aku rahsiakan sebab tak mahu kehilangan kawan yang baik seperti kamu semua. Tetapi kalau kamu tak sudi nak berkawan dengan aku lagi, aku tak dapat nak buat apa-apa," Alia bersuara sedih sambil memandang wajah teman-tamannya yang sedang terdiam itu. Dia mengeluh lega kerana dapat meluahkan apa yang terbuku dihatinya. "Kau tak cakap pun siapa bekas suami kau tu?" Maziah bertanya mewakili mereka yang lain. "Errrrrr….. kamu semua kenal dia," Alia gigit jari. Wajahnya turut berubah menjadi merah. "Siapa?" Serentak mereka bertanya. "Cikgu Syah," Mereka semua terlopong. "Cikgu Syah Aiman? Anak pengetua kita dulu?" Imah bertanya lagi. Alia angguk kepala. "Patutlah dia suruh aku tanya kat kau, apa perasaan kau jika terpaksa kahwin dengan lelaki yang kau tak cinta. Rupa-rupanya kamu berdua memang dah berkahwin," Imah geleng kepala. "Jadi, selama kita belajar bersama, kau kena marah oleh Cikgu Syah, masa tu, kau memang dah berkahwin dengan dia?" Ajay pula bertanya. Sekali lagi Alia angguk kepala. "Kenapa dia tinggalkan kau?" Ros bertanya pula. "Aku suruh dia lepaskan aku. Kalau dia nak kahwin dengan perempuan tu, dia mesti lepaskan aku. Aku cakap kat dia, aku tak cintakan dia juga dan aku nak cari lelaki yang cintakan aku," Alia menjawab tenang. Mereka yang lain terdiam seketika.
la kesian ya lak... cepat continues ya x sabar nak baca
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ada blog?