Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hello, kak, macamana ni? Su meragam. Badan dia juga panas ni," Alia kelam kabut. Selama 2 bulan dia menjaga Suriani, bayi tersebut tidak pernah buat hal. Apabila kakak iparnya pergi outstation ke China, Suriani demam pula. Alim juga tiada di Malaysia membuatkan Alia semakin tertekan. "Bawa dia ke klinik yang berdekatan. Demam agaknya budak tu. Kak ada seminar kejap lagi. Alia boleh uruskan ye?" Pinta Sitah penuh mengharap. Alia mengeluh. "Ok. Alia cuba yang terbaik. Kakak jangan risaulah. Tahulah Alia apa nak buat," Alia memutuskan talian. Kemudian dia menyediakan keperluan untuk membawa Suriani ke klinik. Kad kesihatan Suriani di simpan elok dalam handbegnya. Alia mengenakan baju t-shirt dan seluar jean ketat mendukung Suriani yang beratnya hampir 6 kilagram itu. Bersusah payah dia membawa bayi kecil itu. Sebaik keluar dari kereta, Alia terus menyerbu ke kaunter pertanyaan. Mereka yang melihat Alia tergopoh gapah hanya geleng kepala dengan penampilan Alia yang simple itu. "Puan duduk dulu ye. Nah ini nombor giliran puan." Alia menyambut cebisan kertas yang tertulis nombor 30 itu. "Cik, berapa lama kena tunggu ni?" Alia bertanya cemas. Suriani juga sudah mula menunjukan tanda hendak menangis. Cepat-cepat Alia memujuk bayi comel itu. "Sabar ye. Ramai lagi yang tunggu giliran tu," Alia kembali ke tempat duduknya. Dia mendodoi Suriani sehingga bayi itu kembali tertidur. Alia turut sama tertidur akibat keletihan menjaga Suriani yang asyik menangis malam semalam. "Suriani binti Alim," Panggilan dari kaunter membuat Alia terjaga. Dia segera bergerak ke kaunter. "Masuk bilik nombor 15. Doctor tunggu kat sana," Alia angguk kepala dan segera masuk ke bilik yang di sebut oleh jururawat tersebut. "Suriani binti Alim," Alia angguk kepala. "Errrrr.. awak ingat saya lagi?" Tiba-tiba doctor tersebut bertanya sebaik sahaja Alia duduk. Alia hairan. Dan dia merenung wajah lelaki dihadapannya itu. "Errr…sorry. Saya kurang pasti. Kita pernah berjumpa?" Alia pula bertanya. Rambutnya yang lurus itu di ikat tinggi. Doktor tersebut tersenyum dan memeriksa Suriani yang sedang enak tidur. "Kenapa dengan dia ni?" Doktor tersebut bertanya ramah. "Tak tahu. Semalam dia kuat menangis, lepas tu tak nak menyusu. Puas saya pujuk dia, pagi tadi badan dia panas sangat. Bimbang saya dibuatnya." Alia bersuara bimbang. Doctor tersebut tersenyum. "Biasalah tu. Budak-budak. Demam. Selalu tak dia menangis malam?" Alia geleng kepala. Doktor tersebut menulis sesuatu di atas kertas setelah membuat pemeriksaan ke atas Suriani. "Betul awak tak ingat saya?" Soalnya lagi sambil tersenyum. Alia merenung wajah itu sekali lagi. Kemudian dia geleng kepala. "Ingat tak, awak hampir dilanggar oleh kereta adik saya. Dua bulan lepas, kalau tak silap saya. Kertas awak bertaburan di atas jalan. Saya tolong awak kutip, ingat?" Alia terdiam seketika. "Oooowhhh..awak. ingat, ingat. Jadi awak doctor kat sini ye," Alia tersenyum. Awan juga tersenyum. "Saya Awan. Perempuan cantik macam awak, sukar untuk dilupakan," Ucapnya perlahan. Alia tersipu malu. "Mana ada cantik biasa je. Macam orang lain jugak. Sorry ye, sebab tak cam awak tadi," Alia membetulkan kedudukan Suriani. "Orang tak hensem macam saya ni, mana ada orang nak ingat. Betulkan?" Awan sengaja mengusik Alia. Alia tersenyum cuma. "Saya memang pelupa. Awak jangan ambil hati tau. Nanti, kalau jumpa, tegur je." Alia bersuara perlahan. "Errrr..Ubat ni macamana? Kat mana nak ambil?" Alia bertanya setelah menyambut kertas yang dihulurkan oleh Awan. "Pn.Sitah pergi ke kaunter tu. Tunjuk kertas ni, nanti mereka bagi ubat." Alia tergamam bila Doktor tersebut memanggilnya dengan nama Sitah. Lama dia mendiamkan diri kemudian Alia angguk kepala. Dia tersentak bila, telefon bimbit Awan berbunyi. Alia sedia untuk beredar. "Ye…sekejap. Aku masih ada pesakit ni. Kau tunggu aku kat lobby ye. Kejap lagi aku datang," Awan menghampiri Alia. Mereka berjalan beriringan menuju keluar. Alia terus bergerak ke kaunter pertanyaan. "Awan, cepatlah. Nanti lambat pulak," Syah menepuk bahu sahabatnya. Mereka bercerita dengan rancak sekali tanpa memandang sekeliling. Pada masa yang sama Alia menoleh ke arah suara lelaki yang bercakap itu. Suara yang sangat dirindu dan juga yang sering mengganggu tidur malamnya. Tetapi hampa bila lelaki itu membelakanginya. ‘Mungkinkah dia? Dia dah balik ke Malaysia tanpa pengetahuan aku,’ Alia berbisik sendirian. Dia termenung seketika. Airmata mengalir tanpa disedari. Dia hanya tersedar bila bahunya ditepuk oleh jururawat yang memanggilnya untuk mengambil ubat. "Puan tak apa-apa?" Soalnya ramah. Alia geleng kepala dan mengesat airmatanya. "Saya tak apa-apa. Cuma sedih tengok baby ni demam. Mama dia pulak takde kat sini," Luahnya perlahan. "Owhhh.." Jururawat tersebut hanya mampu tersenyum. Selepas membayar bil, Alia bergegas berjalan menuju ke kereta. Lama dia mendiamkan diri di dalam kereta. Termenung mengingatkan kenangan lama. 8 tahun berlalu tanpa disedari dan sudah 4 tahun dia tidak mendengar berita dari bekas suaminya. Biarpun sering menziarahi bekas mertuanya, namun mereka takut untuk bercerita tentang Syah. Dia juga langsung tidak bertanya, biarpun keinginan untuk mengetahui perkhabaran Syah semakin hari semakin meninggkat. Rindunya pada lelaki itu juga semakin menebal. Susah untuk dia melupakan lelaki yang pernah menjadi suaminya. Apa yang dia tahu, Syah memang sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Alia tersentak bila mendengar suara tangisan Suriani. "Maafkan mak su, sayang." Alia mencium pipi anak kecil itu. Dia terus memandu balik ke rumah. Untuk melupakan masalahnya, dia menyibukan diri dengan kerja rumah. Alia terkejut bila telefon berbunyi. "Hello. Waalaikumsalam," Alia menyahut salam dari si pemanggil. "Ye. Dia demam. Tapi dah ok. Ada apa ayah telefon ni?" Alia bertanya. Dia mendengar dengan tekun kemudian mengeluh. "Yah, Alia belum sedia nak kahwin lagi. Tolong buat apa yang patut. Cakap Alia dah ada calon ke, apa ke. Tolong ye," Alia bersuara manja. Memujuk ayahnya. Dia tahu, dia terpaksa mengecewakan ayahnya. Termasuk itu, sudah 4 kali dia menolak pinangan orang. Setelah bertanya khabar, Alia memberi salam dan menamatkan perbualan. ‘Kenapa semua orang nak tengok aku kahwin. Pening kepala,’ Alia geleng kepala. ************************
bla smbungnnya,dh x sabar nk baca.teruskn dng gaya penulisa yg ringkas tp padat dan sedap.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cpt smbung.
hrp2 syah dpt kat alia.
i like it.