BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Oktober 04, 2009
Cerpen : My memory
Nama Pena : nur

Aku menjeling tajam. Ada rasa marah yang tersimpan di dalam hati. Namun aku menahan rasa itu. Geram tidak terkata dengan tindakannya. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika ini. Mahu sahaja aku menjerit kepada satu sekolah, "hey, kalau korang nak tahu, mamat nilah yang buat, bukan aku, korang tahu tak...!?" Namun, aku masih punya harga diri. Masih punya muka untuk ku jaga.
"Haha..." Dia ketawa terkekeh. Aku semakin geram. Hendak sahaja ku baling buku-buku yang ku dakap ke arahnya. Senyuman sinis dilemparkan kepadaku. Ah! Bukan masalah aku pun kalau dia nak jadi samseng! Geramku membuak-buak. Dijelirkan pula lidahnya ke arahku. Ah...! Tuhan, sabarkan aku...!
"Hey... apasal ni? Kau marahkan siapa?" Hanim tiba-tiba menegur. Sejak bila pula si minah ni berdiri terpacak di sebelah aku? Aku menjeling ke arah Rizal. Ah... semakin geram...! Sabar... sabar... "Oi... kau okay?" Soal Hanim lagi. "Em... patutlah..." Aku menoleh ke arah Hanim. Keningnya terangkat sambil memandang ke arah Rizal.
"Apa?" Soalku kembali, dalam nada sedikit menekan.
"Dengan mamat tak betul tu pun kau nak marah. Apalah kau ni, Sya..." Hanim duduk di bangku berdekatan denganku. Aku menghempaskan punggung di sebelahnya. Meletakkan buku-buku yang ku kira seberat setengah kilogram di atas riba. "Dahlah tu... makin dilayan, makin menjadi-jadi mamat tu. Buat sakit hati kau saja..." Sebuah majalah di tangannya ditatap.
"Tak apa. Aku tahulah apa nak buat." Penumbuk kecil ku genggam kuat. "Dia belum kenal siapa aku agaknya. Siap dia! Nak rasa penangan kenakan aku ya... nanti kau." Aku mengetap bibir. Hanim tersenyum.
"Sya, kalau macam nilah gayanya, kahwin juga kau dengan dia nanti. Baik kau jangan layan sangat. Silap-silap, dia jadi laki kau nanti," usik Hanim. Kemudian terjerit kecil dicubit jemariku yang runcing. "Sakitlah..."
"Tak mungkinlah! Tak inginlah aku nak berlakikan mamat macam tu. Tak ada faedahnya." Hanim menggeleng.
"Kau yang kata tak ingin, tapi dia? Kau baik-baik, Sya. Orang lelaki ni, kadang-kadang ada yang pelik tau. Memanglah kalau bergaduh tu, perkara biasa bila tak sebulu. Tapi kalau kerap sangat... ha... aku tak tanggung..."
"Dahlah. Kau ni, buat kepala aku pening saja. Jomlah." Hanim ketawa kecil. Hanim ini pun satu. Tapi kata-kata dia ada betulnya. Ish! Minta simpanglah.
*********
Aduh, letih... Memang letih! Sudahlah bulan puasa... Petang-petang seperti ini seringkali aku membantu ibu di dapur. Heh... Macam dah tak ada masa lain nak buat kerja ini agaknya! Aku menyumpah-nyumpah di dalam hati.
"Hey... cepatlah... terhegeh-hegeh." Aku membutangkan mata ke arah Rizal. Merenung tajam. Rizal bena tak bena. "Apa lagi tunggu tu, cepatlah sikit."
"Nak cepat, bawalah sendiri!" Jerkahku. Rizal terus berjalan. Tanpa menoleh ke arahku. Dua bekas berisi bubur lambuk dijinjing olehnya. Entah seberat manakah bekas-bekas itu agaknya. Ah, pedulikan semua itu. Apa yang ku pegang sekarang memang sangat berat. Nak menyeksa orang berpuasa agaknya si Rizal ni!
"Letak sini," Rizal meletakkan dua bekas yang dibawanya tadi di tepi sebuah meja. "Letak air tu di atas ni." Aku meletakkan bekas berisi air yang ku jinjing sejak tadi di atas meja yang ditunjukkan oleh Rizal. Huh... Aku melepaskan lelah. "Ha, jangan nak berehat lagi. Ada banyak kerja. Ni, ambil plastik ni. Isi bubur ke dalam plastik." Sebungkus plastik dihulurkan.
"Saya?"
"Ada sesiapa lagi ke di sini?" Rizal mengangkat kening ke arahku.
"Awak." Aku menghalakan jari telunjuk ke arahnya.
"Saya banyak kerja." Rizal terus melangkah meninggalkan aku termangu di situ. Kurang ajar punya mamat. Sabar... sabar... Puasa, tak baik marah-marah. Pandanganku tidak lekang dari langkahan Rizal yang kian jauh. Aku mengeluh pendek. Apalah nasib diri diseksa sebegini. Aku bersandar ke dinding. Mengangkat tudung yang menutupi salah satu bekas yang berisi bubur lambuk. Mencedok beberapa senduk dan diisi ke dalam plastik. Rasa marah itu ku simpan di dalam hati. Jika tidak, sudah tentu tunggang terbalik segala barang yang telah tersusun di situ. Getar telefon bimbit mengejutkanku. Aku menyeluk ke dalam saku seluar track yang ku pakai. Nama Rizal tertera. Apahal pula ni?
"Ya?"
"Awak siapkan bungkusan dulu. Saya datang lambat sikit. Ada kerja lagi di dewan."
"Ha? Apa?" Seraya talian dimatikan. Apa? Rizal!!!
*********
"Marah lagi?" Aku mendengus. "Em... dah nasib badan..." Hanim sengaja mengusikku. Aku menjeling tajam.
"Kenapa? Kenapa dari dulu lagi asyik aku saja yang kena buli...!? Kenapa aku tak dapat buli dia!? Kenapa!?" Aku mengetap bibir. Menyandarkan tubuhku di kerusi. Peristiwa bubur lambuk tempoh hari amat menyakitkan hatiku. Aku ditinggalkan seorang diri menguruskan pembungkusan bubur lambuk untuk diedarkan. Malah aku juga yang mengisi air ke dalam gelas. Dan tidak ketinggalan aku juga terpaksa menyusun kesemuanya di atas meja makan. Rizal? Entah ke mana menghilangnya ketika itu. Tiada sesiapa yang muncul untuk membantu aku. Aku ada mendengar desas-desus beberapa sukarelawan mengatakan Rizal melarang sesiapa pun datang menolongku. Ah! Tekanan! Sudahlah namaku sengaja diisi ke dalam senarai sukarelawan tanpa persetujuan aku. Rizal, kau memang cari nahas! "Ee! Geramnya aku...!" Hanim sekadar menggeleng.
"Sabar sajalah, Sya." Hanim menggosok-gosok lenganku. "Eh. Tu." Aku memandang Hanim. "Tu." Bibir Hanim dimuncungkan ke satu arah. Aku menoleh. Argh! Jangan muncul di depan aku! Nanti aku bunuh kau! Rizal melangkah spontan. Duduk di kerusinya. Degup jantungku kian menderas. Hanim memaut lenganku. Kemudian memberikan isyarat supaya jangan bertindak apa-apa. Jangan? Dia sudah melampau, kau kata jangan? Sabar... sabar... Aku merenung ke arah Rizal. Lelaki bercermin mata berkumis tipis itu tidak menghiraukanku. Selamba buku di hadapannya ditatap ralit. Seolah-olah tidak bersalah.
Tiba-tiba Rizal berdiri. Membuka langkah menapak ke arahku. Apa pula kali ini? Seraya dia menghulurkan sepucuk sampul biru muda kepadaku.
"Nah." Aku teragak-agak. Bimbang kalau-kalau hendak dikenakan aku lagi.
"Apa ni?"
"Ambillah. Mereka dari rumah anak-anak yatim yang kirimkan."
"Kirimkan? Untuk saya?" Rizal mengangguk. "Tapi..." Sampul biru muda itu diletakkan di atas mejaku. Rizal berlalu ke luar kelas tanpa sempat aku meminta sebarang penjelasan. Siapa yang bagi? Siapa yang kirimkan? Jangan-jangan Rizal yang sengaja nak kenakan aku.
"Bukalah." Aku terkesiap. Hanim mencuit lenganku.
"Kalau dia nak kenakan aku, macam mana?" Aku sedikit tidak keruan.
"Bukalah dulu. Kalau tak, manalah nak tahu." Hanim mengambil sampul itu. Dihulurkan kepadaku. "Jangan risau, aku ada." Aku mengambilnya. Tanganku sedikit terketar. Ku buka perlahan-lahan. Sepucuk kad ucapan ku keluarkan.



Ucapan ringkas yang amat menyentuh hatiku. Sesaat aku menemani mereka terasa amat berharga tatkala terbaca tulisan si kecil dari rumah anak-anak yatim itu. Sebak terasa di dadaku. Aku menoleh ke arah Hanim. Dia tersenyum manis. Tiba-tiba aku terkenangkan Rizal. Rasa bersalah mula menyelinap. Alangkah dungunya aku kerana memaki hamun lelaki yang berniat baik itu. Namun aku bingung. Siapa Rizal sebenarnya? Rizal yang ku kenal, amat jahat pada pandangan mataku. Tidak sedikit pun perasaan suka ku ada padanya. Segalanya hanya rasa benci yang membuak-buak. Malah aku merancang untuk membalas segala perbuatannya ke atasku. Kini, wajahnya yang ku bayangkan seperti hantu tiga kepala itu bertukar kepada wajah seorang budiman yang baik dan mulia. Itulah penangan aku meluangkan masa bersamanya di rumah anak yatim tempoh hari. Nyanyian merdunya memasung perasaanku. Hatiku menjadi lembut apabila terkenangkan saat-saat itu. Dan sekarang aku pula yang menerima ucapan terima kasih daripada anak-anak kecil itu. Siapakah engkau, Rizal?
*********
Telah tujuh tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Segala pahit dan manis pernah aku rasai di sana. Hanim, teman baikku. Rakan-rakan sekelasku. Guru-guru... Dan seseorang yang sekian lama aku tidak bersua dengannya. Rizal. Nama yang paling ku benci suatu ketika dahulu. Malah mana-mana pelajar lelaki yang senama dengannya juga aku boikot. Benci betul aku padanya! Lantas, di mana dia sekarang? Sudah berjayakah dia, mengejar cita-cita yang diimpikan? Di benua manakah dia bersembunyi? "Saya ingin berjaya. Tidak kira bidang apa yang akan saya ceburi, saya hanya mahu berjaya suatu hari nanti." Kata-kata itu terngiang-ngiang semula di legar fikiranku. Di saat apabila guru Bahasa Melayu bertanyakan soalan tersebut, itulah jawapan yang diberikannya. Manakala aku dan rakan-rakan yang lain, mengarang bermacam-macam prosa dan ayat untuk menyatakan betapa seriusnya kami mahu mengejar impian yang diharapkan. Sedangkan dia hanya memberikan penjelasan seringkas itu.
Aku tersenyum sendiri. Ceteknya fikiran ku ini. Kerana selalu bersangka buruk terhadapnya. Namun aku masih tidak mengerti. Gurauan apakah yang hendak ditunjukkannya kepadaku? Kerana sering sahaja hatiku disakitkan. Sering sahaja dia cuba mencetuskan kemarahanku. Apakah tujuannya?
"Sya." Aku terkesiap. Sedulang berisi dua gelas air diletakkan di atas meja. "Minum." Hakimi duduk di hadapanku. "Jauh mengelamun. Ingatkan siapa?" Soal Hakimi. Aku sekadar menggeleng. Enggan menjelaskan. Hakimi meneguk milo panas di hadapannya.
"Saya tiba-tiba teringatkan kawan-kawan saya masa sekolah dulu. Dah lama tak jumpa, rasa rindu pula." Aku menyedut jus oren yang terhidang. "Kalaulah masa boleh diputar kembali..."
"Rindukan kawan-kawan ke... atau rindukan kekasih lama...?" Usik Hakimi.
"Mana ada kekasih. Saya tak pernah bercinta masa sekolah dulu tau...!" Aku menjeling manja.
"Ya ke? Boleh percaya ke?" Hakimi mengangkat sedikit keningnya. "Nak putar balik masa... maknanya kita takkan pernah jumpa buat selama-lamanyalah...?"
"Kimi..." Hakimi terkekeh. "Saya kata, kalau."
"Kalau, itulah yang tak sedap didengar. Awak macam betul-betul rindukan seseorang." Hakimi cuba meneka. "Betul tak?" Aku menundukkan sedikit wajahku. "Awak nak berselindung pula?" Hakimi menyentuh lembut daguku. Mengangkat sedikit mukaku. Melemparkan senyuman manis. "Siapa dia?" Soalnya lagi. Aku serba salah. "Janganlah buat keputusan yang akan menyebabkan awak menyesal. Saya tak mahu awak menyesal pula nanti."
"Bukan. Saya tak rindukan sesiapa. Hanya kawan-kawan."
"Ya, mungkin awak boleh berbohong dengan saya. Tapi awak tak boleh berbohong pada diri sendiri. Janganlah kerana saya, awak rasa terpaksa." Lelaki ini sungguh ikhlas! Jujur! Dia tahu menjaga hati. Di mana lagi akan ku dapat lelaki semulia ini? Di mana lagi akan ku temui lelaki sebaik ini? "Dan janganlah kerana saya juga, awak sanggup lepaskan apa yang awak inginkan." Kau memahamiku. Benarkah? Benarkah begitu? Kerana aku sendiri keliru dengan perasaanku. Aku tidak tahu apa yang terbuku di hatiku sebetulnya. "Ambillah masa awak. Ingat, jangan paksa diri ke atas perkara yang awak tak suka." Hakimi menundukkan wajahnya. Sedih itu sengaja disembunyikan. Aku tahu, Kimi. Aku tahu. Maafkan aku jika hatimu terluka.
*********
"Apa lagi yang kau fikir?" Soal Hanim. "Kau nak kecewakan dia?" Aku terdiam. Kecewakan? Adakah aku jahat? Kerana mengecewakan kau, Hakimi? Sungguh... aku buntu! Aku mengeluh. Ku hela nafas yang panjang. "Jangan pula kau kata nak putuskan pertunangan." Hanim sengaja menekanku. Nada suaranya sedikit gusar.
"Tidak, Hanim. Aku takkan buat macam tu."
"Kalau macam tu, apa yang kau fikir lagi? Hakimi tu dah cukup sempurna, tak cukup lagi?"
"Bukan masalah Hakimi. Tapi aku."
"Apa ni, Sya? Kau ada masalah apa? Kalau masalahnya pada kau, cuba terangkan. Biar aku faham. Aku dah lama kenal kau. Takkan aku pun kau tak percaya."
"Rizal." Terpacul nama itu di bibirku. Hanim membutangkan mata. Telah ku agak reaksinya begitu. "Aku pernah mimpikan dia. Lepas tu, perasaan aku jadi berbelah bahagi. Aku tak tahu apa nak buat, Hanim. Aku takut aku akan kecewakan Hakimi." Hanim merapatiku. "Lepas aku mimpi tu juga, segala kenangan kita masa sekolah dulu muncul semula dalam kepala aku. Separuh hati aku dah kembali ke masa lalu." Bahuku dipeluk.
"Kau serba salah? Maksud kau, kau masih ingat pada Rizal? Ringkasnya, kau rindukan dia?" Pertanyaan telus itu amat sukar untuk ku jawab. Masih rindukah aku pada lelaki itu? Rindu apakah yang dimaksudkan? Adakah rindu itu hanya sebagai sahabat? Ataukah cinta? Tetapi ianya amat mustahil. Kerana tiada cinta yang pernah wujud antara kami. Hanya benci yang bertukar kepada perasaan kagum. Kagum? Mungkin juga. Lalu, perasaan kagum itu membuatkan hatiku berbelah bahagi? Ah, apa semua ni? "Sya, kau mesti yakin dengan perasaan kau. Rizal dah lama menghilang. Aku sendiri tak ada berita tentang dia." Yakin? Ya, keyakinanku sudah goyah. Goyah kerana kenangan lelaki itu! Kelopak mataku kian bergenang. Air mata apakah ini? Mengapa aku perlu menangis?
"Aku tak tahu, Hanim. Aku tak tahu..." Hanim memeluk erat tubuhku.
"Jadi, kau kena yakin. Ada dua kebahagiaan terbentang di depan kau sekarang. Satu, kebahagiaan yang telah tentu kau akan rasa. Iaitu Hakimi. Lagi satu, kebahagiaan yang belum tentu kau akan rasa. Iaitu Rizal. Jangan buat pilihan yang salah hanya kerana satu mimpi, Sya." Pilihan? Kalaulah dalam hidup ini tidak perlu memilih. Aku buntu!
*********
Hakimi tersenyum ke arahku. Saat itu aku merasakan suatu perasaan yang sejuk tatkala terpandang wajahnya. Entah mengapa. Perasaanku telah bertukar. Hatiku hanya ada Hakimi. Ya, hanya lelaki itu yang memenuhi ruang garisahku kini. Dialah cinta sebenar yang cuba untuk ku tinggalkan pada suatu ketika. Aku mengukir segaris senyuman untuknya.

"Rizal sungguh bertuah," ujar seorang wanita pertengahan usia yang berdiri di sebelahku. "Tak sangka betul, mak cik. Sofea tu sempurna. Sangat sempurna," tambah wanita itu lagi. Ya. Hatiku mengiakan.
"Yalah, Miah. Aku tumpang gembira," sampuk seorang lagi wanita yang kurang lebih sebaya dengan wanita tadi. "Bertuah sesiapa yang dapat menantu macam Sofea tu." Ya. Sekali lagi hatiku mengiakan kata-kata itu. Sofea. Itulah suri hati Rizal. Yang kini sah menjadi ratu mahligai indah itu. Mahligai yang dimiliki Rizal. Aku memandang ke arah dua mempelai yang berdiri berdampingan antara satu sama lain. Sepadan! Begitu aku terpegun. Rizal tampak bahagia. Di sisi Sofea yang sungguh cantik jelita. Anggun sekali. Entah apa yang aku rasakan. Yang pasti, hatiku berasa amat gembira. Malah aku berdoa seikhlas mungkin untuk pasangan bahagia itu.

Terasa bahuku disentuh. Tersentak lamunanku. Hanim melingkari tangannya di lenganku. Meletakkan dagunya di bahuku. Rupa-rupanya aku di majlis yang lain. Bukan majlis Rizal.
"Kau fikir apa?" Soal Hanim. Aku sekadar menggeleng lembut. "Ceria sikit." Pipiku dicuit Hanim. Sebentar kemudian Hakimi menghampiri kami. Langkahnya yang perlahan menambahkan debar di hatiku yang mula mengganas. Aku mengerling wajahnya sekilas. Lalu pandangan itu ku larikan ke tempat lain. Sesak nafasku cuba ku tahan.
"Tahniah," ucap Hanim sambil menghulurkan tangan kepada Hakimi. Aku mengangkat muka memandang Hakimi. Salam Hanim disambut Hakimi. Matanya tertancap padaku pula. Ah, usah renung aku begitu! Aku amat takut akan rasa ini. Dengan rasa dalam getar, aku menghulurkan tanganku kepadanya.
"Tahniah," ucapku pendek. Hakimi menyambut jabat tanganku. "Semoga awak bahagia dengan penyatuan ini." Dia tersenyum. Janganlah... berat hatiku untuk menerimanya nanti. Senyumanmu terlalu berharga buatku! Aku menarik kembali tanganku. Namun berat kerana direntap lembut tangan Hakimi.
"Terima kasih. Saya juga doakan awak bahagia dengan pilihan awak. Sungguh, amat bertuah sesiapa yang memiliki suri hidup seperti awak. Barangkali, saya bukan insan bertuah itu." Ringkas luahannya. Namun amat menyentuh jiwaku yang tinggal kosong kini. "Syakila, hargailah cinta sejati itu. Jangan kecewakan hatinya, dan hati awak." Hakimi melepaskan dengan perlahan genggaman tangannya. Aku berusaha mengukir sebuah senyuman yang ikhlas. Agar duka itu tidak dikesan hati suci lelaki bernama Hakimi yang berdiri di hadapanku ini. Air jernih yang melonjak-lonjak hendak merembes keluar melalui kelopak mata, ku tahan sebaik mungkin. Hakimi berlalu. Sesusuk tubuh lelaki itu ku lepaskan dengan rela dalam terpaksa. Redhalah hati. Jangan bersedih.
*********
"Mak usu...!" Terkesiap aku ditujah Anisa yang menolak bahuku.
"Apa sayang?" Soalku pada anak buahku itu.
"Nisa nak buang air..." Rengeknya manja. Aku tersenyum.
"Jom." Aku mendukung Anisa menuju ke bilik air berdekatan.
"Mak usu... abah..." Anisa menuding jari kecilnya ke arah abangku yang sedang menjinjing sebuah bagasi menuju ke arah kami. "Abah...!" Bingkas Anisa meronta turun dari dukunganku. Kemudian berlari ke arah abang Aidil.
"Nisa..." Laungku separuh menjerit. Aku berlari anak ke arah mereka. Anisa di atas dukungan abang Aidil kini. "Kata nak buang air tadi...?" Soalku sambil menjegilkan mataku ke arah Anisa. Anisa terkekeh manja. Pipi comelnya ku cuit. Nakal!
"Oh... Nisa buli mak usu ya..." Abang Aidil menggeletek pinggang Anisa. Anak kecil berusia hampir empat tahun itu tergelak kecil. Bagasi yang dibawa abang Aidil tadi bertukar ke tanganku. Aku menarik bagasi itu ke tempat menunggu.
"Kau pasti dengan keputusan kau ni?" Hanim menggenggam erat tanganku. Baru sebentar Hanim tiba di situ. "Kau takkan menyesal?" Soalnya lagi. Ku lihat air jernih itu mula memenuhi kelopak matanya.
"Tak. Aku tahu, dan aku sedar, inilah keputusan yang terbaik."
"Kau akan lupakan aku?" Aku menggeleng. "Jangan lupakan aku. Dan jangan lupakan kawan-kawan kita di sini juga."
"Aku tahu. Enam tahun saja. Pejam celik, pejam celik, dah habis. Aku pergi bukan tinggal dalam gua. Aku akan sentiasa hubungi kau dan yang lain." Pujukku agar Hanim tidak terus menangis. "Tapi, bila makan nasi minyak nanti, jangan lupa pula maklumkan aku. Kalau tidak, aku tak nak kawan dengan kau lagi...!" Pipi mulus Hanim ku cuit. "Aku sedar sekarang. Cinta tak boleh dibuat main. Diri sendiri yang akan merana nanti. Kasih sayang yang ikhlas dari Hakimi aku sia-siakan hanya kerana kenangan yang langsung tiada maknanya. Sedangkan cinta Rizal bukan untukku. Dan aku pula terlepas cinta terbaik yang pernah dimiliki. Semua itu mengajar aku agar menghargai apa yang berada di sisi. Dan tidak terlalu mengharapkan kebahagiaan yang belum tentu aku akan rasai." Hanim mengangguk seraya mendakap erat tubuhku.
"Berat aku nak lepaskan kau pergi. Kau kawan yang paling rapat dengan aku. Susah senang kau semua aku tahu. Begitu juga dengan aku. Jaga diri kau baik-baik." Aku menyeka air mata yang berjejeran di wajah Hanim.
"Kau jangan risau. Abang aku tu kan ada." Telatah Anisa menceriakan sedikit perasaanku yang gusar. "Aku tinggal dengan dia di sana nanti. Bukan dengan orang lain. Kau jangan risau."

Lalu kini, aku terbang di langit biru bersama awan nan memutih. Melepasi Laut China Selatan. Menuju ke sebuah benua kecil. Segala memori di sini akan ku tinggalkan jauh-jauh. Bukan niatku untuk mengelakkan kenyataan. Aku hanya mahu memulakan sebuah lembaran baru dalam tabir kehidupanku. Biarlah semua di sini menjadi kenangan yang meninggalkan banyak pengajaran dalam diari hidupku. Rizal, biarlah dia bahagia di sisi Sofea. Hakimi, biarlah dia bahagia di sisi Adila. Biarlah Hakimi tidak tahu pokok pangkalnya status aku sekarang. Biarlah mereka bahagia. Aku doakan kalian. Bandar Perth sedang menantiku. Pentas hidupku bakal ku mulakan semula di sana. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal memori. Kalian amat berharga buatku. Terima kasih kerana telah mengajarku erti menghargai. Dan erti kasih sejati.
posted by Penulisan2u @ 6:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
15 Comments:
  • At 4/10/09 12:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hargailah apa yg ada di sekeliling kte skrg
    bersyukur dgn ape yg ada....
    cerpen ni bnyk bg pengajaran




    are-in....

     

  • At 4/10/09 7:01 PTG, Blogger Absolute Chocolate said…

    sayu...

     

  • At 5/10/09 3:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kdg2,leka mmlih mbuatkn kt xsedr yg ms ttp trus brlalu...
    kdg2,trlalu mmlih, mmbuat kt trleps sumenya...
    ms silam...bkn utk dlupakn @ d realisasikan...
    tp utk d keng smpi bl2...
    skrg, adlh ms yg spttnya kt hargai...
    utk ms dpn kt sndri...InsyALLAH...

     

  • At 6/10/09 2:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    full of moral values..
    well done writer!

     

  • At 6/10/09 9:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    crte nie x bpe nk phm..
    tpi ayt2 die syok la..
    mnyentuh perasaan,
    huhu..
    anyway gud luck !

     

  • At 8/10/09 12:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menyanyangi dan disayangi..perasaan yang indah tetapi sgt perit melaluinya..menghargai dan dhargai..due bende yg berbeza..cume jgn smpi ade benci..'give and take'..saling beralah..dan redha dgn ketentuannyer..
    -miss_purple-

     

  • At 8/10/09 7:44 PTG, Blogger ilahAlid said…

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

     

  • At 9/10/09 5:53 PTG, Blogger syahirah said…

    best.. x semua kisah ada happy ending..

     

  • At 11/10/09 7:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    have more moral values..all d best..;-)

     

  • At 17/10/09 11:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so touching dis story..
    aku pun akan bw diri gak 1ari nant

     

  • At 23/10/09 12:24 PTG, Anonymous ctpah said…

    cerita ni sedih sgt...
    tp byk pengajaran...
    memang bagus la cerpen ni..

     

  • At 3/11/09 11:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fuhhhh...sdih amat..

     

  • At 11/11/09 3:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good... tp tak slhkan kalau cite tu diberi a happy ending. very person has right to be happy, right?

     

  • At 28/3/11 5:07 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Nice.mnyentuh hati.kita akn mrasai bhawa sesuatu itu berharga when it is gone.~Good Luck penulis~

     

  • At 20/6/11 1:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bes..... aku sukeeeeeeeee..........

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group