BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Oktober 04, 2009
Cerpen : Fantasi Cinta
Nama Pena : iNtRiNsIk CiNtA

"Hai papa... apa yang penting sangat sampai papa suruh Joe balik hari ni jugak?" soal Johan sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa buatan Itali di ruang tamu rumah mereka.
"Papa nak cakap sikit pasal perkahwinan Johan." Datuk Johari membetulkan duduknya.
"Wow... bukan ke hari tu papa yang tak bagi Joe kahwin dengan si Maria tu? Apa yang buat papa ubah fikiran tiba-tiba ni?" soal Johan, teruja. Dia ternyata gembira dengan kata-kata yang baru terluah daripada mulut bapanya itu.
"Papa tak maksudkan perkahwinan kamu dengan Maria. Papa maksudkan perkahwinan kamu dengan anak arwah uncle Kamarul."
"What? You mean... Tiara? Oh my God... papa jangan buat lawak. Soal kahwin ni bukan boleh buat main-main!" Johan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan keputusan bapanya itu. Wajah Tiara muncul sejenak di fikirannya. Masih jelas tergambar gadis riang yang hidup dalam alam fantasinya. Gadis yang sentiasa berpakaian merah jambu dan mengelek buku cerita dongeng walau ke mana ia pergi hingga menjadi bahan ejekan masyarakat setempat. Johan melepaskan satu keluhan hampa.
"Tia anak yatim piatu sekarang. Dia tak ada saudara mara lain kat dunia ni. Sebagai kawan baik arwah uncle Kamarul, papa bertanggungjawab untuk jaga Tia. Kamu tahu kan betapa besarnya jasa uncle Kamarul pada keluarga kita?"
"Tapi, pa... takkan sampai kena kahwin? Lagipun, dah bertahun Joe tak jumpa Tiara tu. Macam mana Joe nak kahwin dengan orang yang Joe dah lama tak jumpa?" Johan sudah tidak menemui Tiara agak lama. Sewaktu uncle Kamarul meninggal dunia tempoh hari, dia masih berada di Bali, bercuti dengan kekasih hatinya, Maria.
"Yang itu, kamu tak perlu bimbang. Lepas ni kamu boleh jumpa Tiara hari-hari."
"Maksud papa?"
"Abang Johan!" seorang gadis muncul di belakang Johan. Johan segera menoleh. Hampir saja tubuh sasa itu didakap oleh gadis ceria itu. Namun Johan sempat mengelak.
"Mulai sekarang, Tia akan tinggal dengan kita sampailah hari perkahwinan kamu tiba," ujar Datuk Johari sebelum meninggalkan Johan yang terpinga-pinga di sisi Tiara.
"Abang Johan... jom pergi beli ais krim Vanilla kat kedai. Tadi uncle Johari bagi duit kat Tia suruh beli aiskrim. Jomlah!" Tiara menarik tangan Johan hingga ke garaj kereta. Johan memandang kelibat bapanya di muka pintu dengan pandangan simpati.

"You... you janji nak kahwin dengan I. Kenapa tiba-tiba dengan pinky girl tu pulak?" kedengaran suara Maria merengek di hujung talian.
"You... you kena faham. Semua ni atas permintaan papa I. Takkanlah I nak menolak." Johan cuba memujuk kekasih hatinya.
"Habis, I ni macam mana? Takkan nak jadi tunggul je tengok you kahwin?"
"I promise... lepas I dapat tawaran kerja kat London tu nanti, I akan tinggalkan dia. Then I akan kahwin dengan you. Kita stay kat sana. Okay, sayang?"
"Promise?"
Belum sempat Johan menjawab soalan kekasih hatinya itu, ada suara yang berteriak memanggil namanya. Segera dia mematikan talian telefon bimbitnya dan kembali masuk ke dalam butik pakaian pengantin yang dikunjunginya.
"Tia nak baju ni. Barulah nampak macam princess." Tiara menunjukkan ke arah sehelai gaun kembang berwarna merah jambu yang dipamerkan di butik itu.
"What? Euww... mana ada orang pakai gaun macam ni time kahwin. Tak naklah!"
"Adalah... siapa kata tak ada? Siti Nurhaliza pakai macam ni tau masa dia kahwin dulu."
"Itu Siti Nurhaliza... awak tu Siti Sifir, tau tak?! Nah, awak pakai gaun ni je lah." Johan mencapai sehelai gaun putih yang tergantung di sebelahnya. Mata Tiara mula bergenang.
‘Oh, God! Dia dah mula dah!’ Sangkaan Johan tepat. Gadis itu mula menangis dan meraung di dalam butik itu.
"Tia nak jugak gaun tu. Tia tak kira. Kalau abang tak bagi, Tia report kat uncle Johari!" ujar Tiara sambil menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.

Suara-suara sinis mula kedengaran sebaik sahaja pasangan mempelai melangkah masuk ke dewan besar itu. Johan ingin lari daripada situasi yang paling memalukan dalam hidupnya itu. Namun, jelingan tajam bapanya membantutkan hasrat pemuda yang kini sah bergelar suami.
"Auww... jambunya Johan!" kedengaran satu suara berteriak, diikuti dengan gelak tawa daripada para jemputan yang hadir ke majlis persandingan itu. Tiara tersenyum manis saat itu. Tangan kanannya memaut kemas tangan Johan, manakala tangan kirinya memegang sebatang ‘tongkat sakti’ berbentuk hati.
‘Orang lain pegang bunga time bersanding. Yang dia pegang tongkat Sailormoon pulak!’ bentak hati Johan. Dia mula berasa tidak selesa dalam tuxedo berwarna merah jambu yang dipakainya. Dia berharap agar majlis itu berakhir dengan cepat.
‘Baju pink, pelamin pink, kek pink, red carpet yang sepatutnya warna merah ni pun jadi warna pink. Argghh!!! Aku dah rasa macam pondan je!’

Johan muncul di muka pintu dengan perasaan berdebar. Meskipun dia tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa terhadap isterinya, namun berdua-duaan dalam satu kamar itu benar-benar menguji keimanannya. Dengan perlahan, dia menghampiri birai katil.
"Eh, eh, eh! Abang buat apa ni?" soal Tiara sebaik Johan merebahkan badannya ke atas katil.
"Buat apa lagi? Nak tidurlah," jawab Johan, acuh tak acuh.
"Mana boleh tidur sini. Ni tempat tidur Snow White dengan Prince Charming la," ujar Tiara lantas menolak tubuh Johan. Dia mengambil dua anak patung lalu dibaringkan di atas katil yang sepatutnya menjadi tempat peraduan Johan. Amarah Johan mula meluap-luap.
"Habis, saya nak tidur di mana?"
"Tuu..." muncung bibir gadis itu dihalakan ke atas sebiji bantal dan sehelai selimut yang diletakkan di atas lantai.
‘Gila. Aku boleh jadi gila macam ni. Ingatkan bila kahwin, boleh sedap-sedap bermanja dengan bini. Tapi last-last kena tidur bawah pulak. Argghh!!! Kalau macam ni, baik tak payah kahwin!’
Pagi itu, semasa di meja makan untuk menikmati sarapan pagi, Johan menyampaikan hasratnya kepada Datuk Johari.
"Err... papa, Joe ingat nak bawak Tia tinggal kat apartment Joe tu. Maybe besok kami start pindah." Tersedak Tiara tatkala mendengar kata-kata tersebut. Dia memandang tepat ke arah Johan, meminta penjelasan. Namun, Johan pandai meneruskan lakonannya.
"Tia pun dah bersetuju. Tia kata dia nak privacy sikit untuk mengenali Joe dengan lebih dekat. Bila Tia ajak pindah, Joe setuju ajelah. Semua ni untuk kebaikan rumah tangga kami. Kan, Tia?" Johan tersenyum sinis ke arah isterinya itu. Tiara hanya diam membisu.
"Hahaha, baguslah kalau macam tu. Papa setuju sangat. Lagi cepat kamu berdua pindah, rasanya lagi cepat papa dapat cucu. Tak gitu?"

"Ni bilik awak." Johan menunjukkan sebuah bilik berkatil bujang kepada Tiara.
"Kenapa Tia dapat bilik ni pulak. Dahla bilik ni sempit, katil dia kecil pulak tu. Tia tak pernah tidur kat bilik macam ni, tau tak. Mana cukup untuk Tia, Snow White, Prince Charming dan lain-lain tu tinggal nanti. Tia nak bilik sebelah!"
"Excuse me... bilik tu, bilik saya okay. Awak jangan nak banyak songeh. Karang saya campak awak dari tingkat lapan ni, baru tau."
"Okay... kalau abang tak nak bagi bilik tu, Tia bagitau papa Johari hal yang sebenar. Biar kita pindah balik rumah papa. Kat sana lagi best, ramai kawan. Ada Mak Tam, Mak Tim, Mak Tom..."
"Argghh!!!" Dengan berat hati, Johan melangkah ke bilik tidurnya dan mengeluarkan semua pakaian di dalam almari lalu dipindahkan ke bilik tidur sempit itu. Dengan senang hati, Tia melangkah ke bilik barunya.
"Saya nak pergi office ni. Awak jangan lupa masak, kemas rumah, cuci baju tu semua..."
"Eh... hello... Tak ada orang gaji ke? Tia ni princess, okay. Tia tak buat kerja-kerja tu semua. Euuww... pleaselah."
"Cik Tiara, untuk pengetahuan cik... cik bukannya princess betul pun. Dan cik tu dah 18 tahun. Cik dah kahwin, dah ada suami. Lagi satu, cik tu perempuan. Orang perempuan, kenalah buat semua kerja-kerja perempuan. Faham!!!"
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Ingat... kalau awak bagitau papa pasal perkara ni, nyawa Snow White awak ni dalam bahaya," ugut Johan sambil memegang anak patung Snow White milik Tiara.
"Okay, okay... Tia ikut je semua cakap abang. Cuma jangan apa-apakan Snow White Tia... please, give it back to me."
"No, no, no... saya akan bagi balik kalau awak buat semua yang saya suruh. Dahla, saya nak pergi office... dan patung awak ni, saya bawak sama okay!" Johan tersenyum puas. Kemenangan telah berpihak kepadanya.

"Aduh... lenguhnya badan. Kan bagus kalau ada yang tolong picit." Johan menjeling ke arah Tiara yang sedang leka melukis sesuatu di atas meja kopi. Tiara hanya mencebikkan muka tatkala mendengar kata-kata tersebut. Dia tahu kata-kata itu ditujukan untuknya.
"Hmm... tak nak picit sudah. Haish... kesian kat kau, Snow White. Dengar kata hari tu, ada orang sanggup lakukan apa saja demi Snow White ni. Tapi, nampak gayanya orang tu dah tak sayangkan kau lagi. Lepas ni, bolehlah aku siat-siat badan kau, kemudian aku bakar dan aku campak kau ke bawah. Hahaha!" Johan ketawa seorang diri sambil bercakap dengan patung Snow White di tangannya. Tiara mencuri-curi pandang ke arahnya sambil tangannya leka melakar rekaan pakaiannya.
‘Owh... tak takut ya.’ Johan bingkas bangun dari sofa dan mencapai gunting di atas meja. Spontan, Tiara bangun dan menghampiri Johan.
"Kalau nak minta Tia picitkan, cakap jelah. Tak payahlah pakai pakai taktik kotor!" Tangannya pantas memicit bahu Johan. Johan tersenyum sendirian sambil memejamkan mata, menikmati urutan tersebut.
"Lepas urut bahu, urut kaki saya pulak!"
‘Lepas urut bahu, urut kaki saya pulak! Ceh... dahla kaki berbulu mengalahkan orang utan. Ada hati nak suruh Tia picit.’ Tiara mengajuk kata-kata Johan, perlahan.
"Awak kutuk saya ya?" sergah Johan. Tiara segera mengunci mulutnya. Tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu yang menjalar di kakinya. Lantas dia segera memandang ke bawah.
"Arghh!!! Lipas! Lipas!" Gadis itu bersembunyi di belakang suaminya sambil menghentak-hentakkan kaki ke lantai, cuba menghalau lipas tersebut. Johan ketawa berdekah-dekah melihat telatah isterinya. Johan mencapai sebatang bulu ayam di terletak di atas rak.
"Dengan kekuatan bulan, akan menghukum mu!" Johan mengajuk salah satu babak yang terdapat dalam kartun Sailormoon sebelum mengetuk lipas tersebut menggunakan bulu ayam tersebut.
"Hmm... tak sangka, berkesan jugak tongkat sakti saya ni. Dahla, lepaskanlah baju saya. Lipas tu dah mati pun." Johan cuba menarik hujung baju T yang dicengkam kuat oleh Tiara yang masih ketakutan.
"Err... awak, malam Jumaat ni. Kalau awak duduk rapat-rapat dengan saya lama-lama, saya takut lain pulak yang jadi. Saya on je... tapi tak taulah awak," Johan mula mengusik. Segera cengkaman itu dilepaskan. Johan tersenyum nakal sebaik isterinya menghilang di balik pintu kamar.
"Tau takut!" Di sebalik senyuman nakal itu, ada satu perasaan aneh menerjah sanubari sang suami.

"You... bestkan percutian kita ke Perth. Lepas ni kita pergi ke Paris pulak ye. I nak you lamar I kat depan menara Eiffel tu. Mesti romantik." Maria melentokkan kepalanya di bahu Johan sambil tersenyum sendirian. Johan tidak mengendahkan permintaan kekasihnya itu. Dia memfokuskan pemanduannya di jalan raya. Entah mengapa, percutian 5 hari di Perth itu sangat membosankan bagi dirinya.
"You... you nak I hantar you balik rumah terus ke, atau you nak singgah mana-mana?" soal Johan ketika kereta yang dinaiki oleh mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat.
"Kita balik rumah you jelah. Lagipun, I nak tayang baju baru I depan bini kesayangan you tu. Mesti dia jelouse."
20 minit kemudian, mereka tiba di apartment milik Johan.
"You masuk dulu. I nak angkat beg-beg ni," ujar Johan setelah membukakan kunci pintu rumahnya.
"Argghhh!!!!" Baru beberapa kaki melangkah, Johan terdengar Maria menjerit. Segera dia mendapatkan gadis yang berdiri di muka pintu dengan wajah yang pucat.
"You, kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
"Rumah you..." ujar Maria. Matanya seolah-olah baru melihat sesuatu yang dahsyat. Johan menyangka rumahnya telah dirompak. Segera lelaki itu menerpa masuk ke dalam. Dia tergamam seketika.
"Ya Allah... pink!" Matanya melilau ke sekeliling rumah. Dinding rumah, alas meja dan kusyen, pintu bilik, perhiasan dalam rumah... semuanya berwarna merah jambu. Dia menjengah ke segenap ruang di dalam rumah itu. Bahagian dapur, bilik air malah bilik tidur juga telah bertukar kepada tema merah jambu.
"Hai abang Johan. Abang dah balik?" soal Tiara yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya sambil mengulum sebatang lollypop di tangan. Dia tersenyum ceria ke arah suami dan tetamu mereka.
"Tiara!!!" Johan tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Dia harus bertindak segera. Membiarkan Tiara berada di rumahnya lebih lama hanya akan menyeksa jiwanya. Dia tidak sanggup melihat apartment yang dibeli dengan duit titik peluhnya bertukar menjadi warna merah jambu.
"Minggu depan, saya akan hantar awak ke Mesir. Saya akan uruskan pengajian awak di sana. Awak akan tinggal dengan kakak angkat saya, Suzane," lancar saja lelaki itu memberikan arahan. Dia sudah lama merancang untuk menghantar Tiara jauh daripada hidupnya. Dan kini, masa yang dinanti telahpun tiba.
"What? Mesir?" soal Tiara, agak terkejut.

Johan meletakkan briefcasenya di atas meja. Tubuhnya disandarkan pada sofa empuk di ruang tamu rumahnya. Jam telah menunjukkan pukul 9.00 malam. Tugasan yang banyak di pejabat menyebabkan Johan benar-benar keletihan.
"Awak... buatkan saya air," seperti biasa Johan memberikan arahan. Namun kali ini, tiada sesiapa yang menyahut.
Tiba-tiba Johan tersenyum, teringatkan sesuatu. Lelaki itu lupa bahawa isterinya sudah 2 minggu berada di Mesir. Entah mengapa, dia berasa sunyi berada di rumahnya itu. Tiada lagi bayangan wajah Tiara yang tertawa riang tatkala menonton rancangan kartun kegemarannya di televisyen. Johan tersenyum lagi. Bagaimanakah gadis yang berperangai keanak-anakan itu membiasakan dirinya di negara orang? Johan merindui usikan-usikan nakal yang dilakukannya terhadap gadis itu. Dia berasa suka tatkala melihat Tiara merajuk, sebelum rajuknya hilang sebaik sahaja mendapat semangkuk aiskrim Vanilla kegemarannya. Dia kembali mengimbau zaman kanak-kanak mereka. Sikap Tiara semenjak daripada kecil hingga kini memang tidak pernah berubah sama sekali.
Johan menjengah ke dalam bilik Tiara. Anak-anak patung pelbagai saiz dan bentuk memenuhi ruang bilik itu. Dia melabuhkan punggungnya ke birai katil. Matanya tertancap pada anak patung Snow White dan Prince Charming kesayangan Tiara. Johan berkeras tidak membenarkan gadis itu membawa patung-patung tersebut bersamanya ke Mesir. Dialah yang curi-curi mengeluarkan patung-patung tersebut dari dalam beg Tiara sebelum gadis itu berangkat pergi.
"Saya rindukan awak," ujarnya sendirian. Tiba-tiba, dia terpandang ke arah sebuah buku berwarna merah jambu yang diletakkan agak tersorok di belakang deretan anak-anak patung milik Tiara. Dengan perlahan, buku itu dicapai. Di bahagian kulit depan buku tersebut, tertulis perkataan ‘My Prince Charming’. Johan membuka kandungan di dalamnya. Dia tersenyum tatkala menatap gambar-gambarnya bersama Tiara yang menghiasi buku tersebut. Gambar-gambar mereka semasa kecil sehinggalah mereka berkahwin.

Tia dh jumpa Prince Charming Tia... Harap hubungan kami kekal selama-lamanya macam Snow White dan Prince Charmingnya...

Johan terpempan tatkala melihat kandungan terakhir dalam buku itu. Tia mencoret sebaris nota kecil di atas sekeping gambar persandingan mereka.
"Aku Prince Charming dia?"

Johan resah sewaktu berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA. Sudah dua kali penerbangan gadis itu ditunda akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Enam tahun dia menunggu kepulangan gadis itu ke Malaysia. Entah apa rajuknya gadis itu sehingga tidak mahu pulang meskipun sudah lama menamatkan pengajiannya.
"Tiara?" Johan mengerutkan dahi saat matanya bertatapan dengan seorang gadis yang sedang menghampirinya. Si gadis tersenyum lalu mengangguk, mengiakan tanggapan Johan.
"Assalamualaikum..." sapa gadis manis yang berjubah dan bertudung litup itu.
"Waalaikumsalam..." jawab Johan, seakan-akan tidak percaya.
Malam itu, pasangan suami isteri itu menginap di rumah Datuk Johari. Datuk Johari mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan menantu tunggalnya dari luar negara. Johan tidak berpeluang untuk bercakap dengan isterinya memandangkan Datuk Johari memintanya melayan para tetamu yang hadir. Kesempatan hanya diperolehi ketika mereka berada di kamar tidur.
"Tia nampak cantik hari ni. Abang suka imej Tia sekarang." Johan tidak teragak-agak membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Dia ingin memaknakan semula rumahtangga yang dibina oleh mereka lebih 6 tahun yang lalu. Kisah percintaannya dengan Maria sudah menjadi sejarah. Mereka berpisah kerana hati Johan sudah beralih arah. Namun, siapa sangka, baru sebulan berpisah, Johan mendapat sekeping kad undangan ke majlis perkahwinan Maria dengan seorang duda berpangkat datuk. Ternyata cinta Maria terhadap Johan hanya berlandaskan wang semata-mata. Kini, Johan akan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Tiara.
"Tia... abang nak cakap sesuatu..."
"Awak... sebelum awak cakap apa-apa, biar saya cakap dulu." Johan terkedu. Tiara membahasakan dirinya sebagai ‘saya’ dan Johan sebagai ‘awak’, seolah-olah cuba mewujudkan jurang di antara mereka.
Tiara meletakkan sekeping sampul surat berwarna coklat di hadapan Johan. "Tadi, saya suruh kawan saya ambilkan borang ni sebelum datang ke kenduri." Johan memandang tepat ke wajah isterinya.
"Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab awak hantar saya ke Mesir. 6 tahun berada di negara orang membuatkan saya tersedar akan sesuatu. Selama ini, saya hanyut dalam dunia fantasi saya sendiri. Saya mengejar sesuatu yang tak pasti. Tapi sekarang, semuanya dah jelas. Saya kena kembali ke alam realiti. Oleh itu, saya dah buat satu keputusan untuk kebaikan kita berdua."
"Maksud Tia?"
"Kita bercerai!"

Johan menyandarkan tubuhnya pada dinding bilik Tiara. Dia memandang sayu ke arah gadis yang bakal meninggalkannya sekali lagi. Tiara sempat menghadiahkan senyuman kepadanya sebelum menyambung semula kerja-kerja mengemas.
"Tia nak buang patung-patung tu? Itu kan patung kesayangan Tia." soal Johan, kehairanan.
"Saya dah besar, dah tak main patung-patung ni semua. Saya nak dermakan kepada rumah anak-anak yatim. Lagipun, tak baik kita simpan patung-patung kat rumah, nanti malaikat tak masuk."
Gadis itu mencari-cari sesuatu, namun tidak kelihatan.
"Tia cari ni?" soal Johan sambil menunjukkan buku yang menyimpan 1001 kenangan dalam hidup Tiara. Buku itu menjadi tatapan Johan saban malam di kamar tidurnya. Gadis itu tersipu-sipu malu sebelum mengambilnya dari tangan Johan.
"Rasanya, semua barang-barang ni saya dah kemas. Saya dah suruh orang untuk keluarkan barang-barang ni semua. Yang ini, saya nak hantar ke rumah anak-anak yatim. Yang ni pulak, saya nak bakar. Rasanya, dah tak ada makna kalau saya simpan semuanya." Mata Johan tertancap pada kotak yang mengandungi barang-barang peribadi Tiara yang perlu dibakar. Salah satunya adalah buku ‘My Prince Charming’ milik gadis itu.
"Emm... dah sampai masanya untuk saya bergerak ke KLIA."
"Err... biar abang hantarkan."
Perjalanan mereka ke KLIA hanya diiringi dengan alunan muzik daripada corong radio. Tiara lebih gemar berdiam diri saat ini. Lidah Johan pula terasa kelu untuk menuturkan sesuatu. Setibanya di KLIA, kedua-duanya masih lagi membisu. Hanya pandangan sayu yang menjelaskan segala-galanya.
"Err... tu pesawat saya. Elok saya daftar masuk sekarang," ujar Tiara, serba salah. Dia akan terbang ke Dubai, tempat yang menawarkannya pekerjaan sebagai pereka landskap.
"Tia!" panggil Johan, tidak lama selepas Tiara melangkah pergi. Langkahnya terhenti, Tiara segera berpaling.
"Masihkah ada lagi harapan untuk kita bersama semula?" soal Johan tanpa ragu-ragu. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada insan yang dicintainya itu.
"Mungkin..." jawab Tiara, ringkas.
"Mungkin?" ulang Johan.
"Mungkin..." ujar Tiara sebelum gadis itu melangkah menuju ke balai perlepasan.
"Mungkin..." ucap Johan, sendirian sejurus kelibat gadis itu menghilang daripada pandangan.

Lama dia menadah tangan, memohon restu dan petunjuk daripada-NYA. Lewat usia 26 tahun, dia masih tercari-cari cinta sejatinya. Hari ini, di hadapan bangunan yang menjadi kiblat kaum muslimin di seluruh dunia, dia telah menemui apa yang dikatakan cinta sejati. Cinta yang mampu menjamin kebahagiaan di akhirat kelak. Cinta antara makhluk dengan penciptanya. Cinta yang ternyata lebih indah daripada fantasi cintanya sebelum ini.
"Tia, awak naik bilik dulu ya. Saya nak jumpa abi saya kejap," ujar Umairah, rakan senegaranya yang juga bertugas di Dubai. Keluarga Umairah banyak membantunya ketika dia tiba di negara itu buat kali pertama.
"Okay. Saya naik atas dulu ya. Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam..."
Tiara menekan butang lif ke tingkat 13. Hatinya tergegau tatkala melihat kelibat seseorang di hadapan lif. Namun, belum sempat Tiara mengamatinya, pintu lif telah tertutup.
"Astagfirullahal’azim... Ya Allah, cubaan apakah ini?"
Dia mengeluh. Pintu lif telah tertutup sebelum sempat dia menghampirinya.
‘Ahh... mungkin imaginasi aku je.’ Johan berpatah balik ke tempat rombongan jemaahnya berkumpul. Baru 2 hari dia tiba di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah. Inilah kali kedua dia berkunjung ke Makkah. Pada mulanya, dia sekadar menemani bapanya yang telah uzur. Namun, akhirnya dia sendiri telah tertarik dengan nikmat beribadah di Makkah sehingga mendorongnya untuk pergi buat kali yang kedua.
"Berdoalah, Johan. Semoga Allah pertemukan semula jodoh Johan dengan Tiara." Datuk Johari cuba memujuk hati anak tunggalnya itu. Bukan setakat Johan, malah Datuk Johari sendiri ada melihat kelibat Tiara di lobi hotel itu sebentar tadi. Tapi dia tidak dapat menolak sekiranya kelibat itu hanyalah imaginasinya semata-mata. Mungkin dia terlalu merindui menantunya yang satu itu.
"Tia, tunggu sini kejap. Abi nak kenalkan kita dengan rakan niaganya dari Malaysia," arah Umairah sebelum melangkah mendapatkan Haji Basiran yang sedang berbual-bual dengan dua orang lelaki. Salah seorang lelaki berpaling ke arah gadis yang sedang menunggu di belakang mereka. Masing-masing terpaku tatkala bertatapan antara satu sama lain.
"Tia?"
"Abang Johan?"
Mereka tersenyum kegembiraan. Akhirnya doa mereka untuk bertemu kembali telah dimakbulkan oleh-NYA. Inilah fantasi yang tidak pernah disangka-sangka oleh Tiara. Namun, itulah yang diharap-harapkannya selama ini. Cinta yang diredhai oleh-NYA.
"Kita rujuk?" soal Johan, tiba-tiba. Masing-masing yang ada di situ, kecuali Datuk Johari kelihatan terpinga-pinga. Tiara tersenyum lalu menganggukkan kepalanya, perlahan.
posted by Penulisan2u @ 5:54 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
22 Comments:
  • At 4/10/09 11:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best tuhhhh..
    keep it up

     

  • At 4/10/09 6:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nya.. tapi lawak gak si tiara tu.. betul betul gila pink tu.. hehehe

     

  • At 4/10/09 7:37 PTG, Blogger Absolute Chocolate said…

    cool.....

     

  • At 6/10/09 11:02 PG, Anonymous sYaMiMi.. said…

    bestnyer..sy rse cite ni lg best klau dijadikan novel online kt sini..baru pnjg c'kit cite dyer..

     

  • At 6/10/09 5:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    elelelele...dah macam nur kasih pulak bunyi nyeeeeeeee

     

  • At 7/10/09 3:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Sweetnye...
    Ini cerpen kelima dari penulis yang sama saya baca.
    Tahniah... teruskan berkarya

     

  • At 7/10/09 4:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so romantik..huhuhu
    law ley biar r dyowg happy lu bru ending..
    tulisan yg baik....

     

  • At 7/10/09 8:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum...erm..ade blog x???sye nk bce cerpen2 dlm blog awk...erm..klu ade hntar kat email ni...pleaz...
    adam_hawa_96@yahoo.com

     

  • At 7/10/09 8:27 PTG, Anonymous marina shahira said…

    erm..nice r....
    love it.....
    ader blog x???

     

  • At 7/10/09 9:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best .. papepun sy tetap purple..huhu

    miss_purple

     

  • At 8/10/09 3:00 PTG, Blogger NaNa_MiSs said…

    Salam... Sy masih lg bertatih dlm dunia penulisan, masih dahagakan tunjuk ajar dan kritikan membina daripada para pembaca. Terima kasih atas segala komen yang diberi. Sy akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa.

    ~penulis~

     

  • At 8/10/09 8:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    macam nur kasih mix dgn cite lu'lu dulu tuh....
    but,best cter nie...

     

  • At 10/10/09 2:00 PTG, Anonymous rara_kenanga said…

    best...
    ayat cantik..
    jln cite mudah difahami..
    tapi,klu jd novel bersiri lg best kot...
    keep up the gud work!!

     

  • At 11/10/09 4:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best... saya setuju kalau cita ni di jadikan novel.. i like this story.. good luck..

     

  • At 15/10/09 11:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah...
    bez glew...
    rase nk nangis je....
    huh..
    inilh cinta..
    moge ak mndpt cinta yg sebegini....
    AMIN..

     

  • At 19/10/09 8:00 PTG, Anonymous someone said…

    best sgt lain drpd yg lain x boring...

     

  • At 26/10/09 1:45 PTG, Blogger najwa said…

    fuh best sgt.saya pon ade kawan yg minat giler color pink.cm same je ngan tiara 2.kalau dh jodoh mmg x kemana.akhirnyer johan b'satu kembali ngan tiara.

     

  • At 30/10/09 11:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cool...lagi best klau perangai tiara x bertukar...jadi pink...

     

  • At 8/11/09 3:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    purple macam blackcurrent..kah3..

    putra86

     

  • At 15/11/09 10:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la wehhhh.. jaln cter menarik n hepi!!!!
    lau ade kwn mcm tiara nie pning aq dohhh!!! sume pink... last part so sweet!!!!! jumpe jugk jo n tiara, kt tnah suci lak 2...

     

  • At 23/2/11 2:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tersangat best... giler pink... hehehe... so cute kalo lelaki pakai baju pink biler sanding... heheh...ape pun penulis... teruskan berkarya.....thumbs up:)

     

  • At 30/3/13 8:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Today, I went to the beach with my kids.
    I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She placed the shell to her ear and screamed.
    There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
    She never wants to go back! LoL I know this is
    totally off topic but I had to tell someone!


    My website; thedaddyblog.net

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group