Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam itu air matanya tumpah lagi. Peristiwa pertengkaran dengan suaminya petang tadi masih terbayang-bayang… bait-bait patah perkataan yang dihamburkan oleh suaminya masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Riza mengeluh lalu bangun dari tempat beradunya menuju ke jendela yg sedikit terbuka membenarkan angin malam yg berhembus lembut menyapa lembut rambutnya. Dia masih merenung jauh… merenung nasib yang menimpa dirinya dan dua orang anaknya yang nyata masih memerlukan kasih sayang dan perhatian dari insan yang bergelar ibubapa. Teringat anak-anaknya, Riza pantas mendapatkan mereka. Dia menuju ke bilik sebelah ingin melihat anak-anaknya sama ada sudah lena kah mereka. Jam di dinding jelas menunjukkan tepat pukul 11 malam. Anak-anaknya patutnya sudah masuk tidur…aduhai, kenapa lah aku ni asyik melayan perasaan, keluhnya…sehingga terlupa seketika anak-anaknya yang memang memerlukan perhatiannya sebelum mereka tidur. Kebiasaannya mereka mahukan Riza membaca buku cerita kanak-kanak untuk mereka sebelum mereka mampu melelapkan mata.
Daun pintu bilik ditolak…sepi…hanya ada nyalaan lampu tidur. Ermm sudah tidur mereka. Riza menghampiri anak sulungnya, Danial yang berusia 10 tahun. Dikucupnya pipi montel anaknya itu, diselimutnya baik-baik. Kemudian beralih pula ke Danish, anak bongsunya yang sangat manja itu...amat petah berkata-kata walaupun baru berusia 6 tahun. Diusapnya rambut Danish…tiba-tiba airmatanya tumpah lagi…wajah Danish yang sememangnya seiras wajah suaminya membuatkan hatinya jadi sayu. Peristiwa petang tadi terimbas kembali. Bagaimana harus ku lupakan mu…hatinya berdetik. Riza cepat2 mengesat airmatanya. Tidak mahu dia melayan perasaan dukanya itu. Setelah dikucupnya pipi Danish dan membetulkan selimut yang membaluti tubuh anaknya itu, dia terus beredar menuju ke biliknya semula. Dia baru teringat, dia belum menunaikan solat Isyak lagi.
****************************
Beep… beep…beep… alarm handphone berbunyi. Riza meraba-raba mencapai handphonenya yang masih berbunyi itu. Owh, sekejap sangat malam… sudah pagi rupanya. Masa menunjukkan pukul 5.30 pagi. Riza cuba bangun, tapi kenapa berat sangat kepalanya ini. Dia rebah kembali. Tangannya memicit-micit kepalanya yang bengal itu. Digagahi juga untuk bangun. Dia perlu siapkan sarapan pagi untuk anak-anaknya yang akan ke sekolah.
***************************
Selesai juga akhirnya tugasan Riza menguruskan anak-anaknya ke sekolah. Dia juga sempat ke klinik. Ubat pun sudah ditelan dengan harapan akan pulih segera. Sekarang dia hanya mahu berehat… kalau boleh mahu melelapkan matanya bagi melupakan segala yang bersarang di dalam kepalanya ketika ini. Kringggg…kringgggg…kringggg, handphonenya berbunyi bermakna ada orang menelefonnya. Riza mengeluh, siapa pula yang menganggunya pagi-pagi begini. Mesti orang ofis tapi tadi dia sudah maklumkan bahawa dia cuti sakit hari ini. Riza mencapai handphone dan menjawab lemah.
"Assalamualaikum"… Riza bersuara. "Waalaikumsalam. Awak ok ke, Riza?" Riza tersenyum. Dia kenal benar dengan suara itu. Suara Ilham. Kau Ilham ku…selalu sangat Riza berkata begitu bila berhadapan dengan Ilham. "Hei, mana awak tahu saya tak ok? Pantasnya berita" , Riza cuba bersenda. "Pertanyaan saya tidak dijawab lagi, awak dah ajukan persoalan pula", serius nada Ilham.
Dia benar-benar risau bila mendengar sahabat baiknya itu tidak sihat. Ilham rakan sekerja Riza. Memang dia amat mengambil berat tentang Riza dan anak-anak. Segala masalah Riza akan dicurahkan kepada Ilham. Lantas itu Ilham teramat bersimpati dengan nasib ibu beranak dua ini. Hendak dikatakan status ibu tunggal tidak, isteri orang pun tidak. Tergamak suaminya membiarkan Riza begitu. Kekerasan Riza dijadikan alat untuk suaminya menutupi kelemahannya.
Hampir 10 minit mereka di talian. Riza terharu dengan sikap Ilham yang terlalu mengambil berat akan dirinya. Talian diputuskan dengan ucapan salam.
************************
Tengahari itu Ilham yang menjemput anak-anak Riza dari sekolah lalu menghantarnya ke rumah. Ilham mengambil kesempatan itu untuk menjengah Riza. Mahu melihat sendiri keadaan sahabatnya itu.
Darah Ilham berderau…mata Riza dilihatnya membengkak seolah-olah selepas menangis lama. Riza pula cuba mengukir senyuman bagi menyembunyikan kedukaan hatinya. Setelah anak-anaknya naik ke atas, Riza duduk berhampiran Ilham. Ruang tamu rumahnya kelihatan kemas...ada hiasan jambangan bunga. Cantik, bisik Ilham.
"Terima kasih, Ilham. Tolong ambik budak-budak ni tadi", ucap Riza ringkas. Kepalanya sudah mula terasa ringan. Mungkin sebab kesan ubat yang dimakannya pagi tadi, selain dapat melelapkan matanya sebentar.
"Sama-sama, Riza. Saya nak tanya sesuatu…harap awak jawab dengan jujur", balas Ilham.
"Eh, lain macam je ni Ilham. Kenapa serius sangat ni…", memang itulah cara Riza. Orang serius tapi dia sebaliknya. Kalau boleh dia tidak mahu orang tahu masalahnya.
"Kenapa awak menangis sampai bengkak mata?" tanya Ilham.
Riza memaling-malingkan mukanya. Dia tidak sangka Ilham akan perasan matanya yang membengkak itu.
"Jawab Riza, tolong jawab" desak Ilham lagi.
Tidak sempat menjawab pertanyaan Ilham, airmata Riza tertumpah lagi. Hatinya benar-benar sebak untuk memulakan cerita bagi menjawab soalan Ilham tadi. Ilham terasa bersalah. Dia menghampiri Riza lalu menyapu airmata Riza yang laju mengalir itu.
"Maafkan saya, Riza. Saya tak bermaksud memaksa awak tapi…"
"Yer Ilham" pintas Riza.
"Saya faham. Awak memang sahabat yang terlalu baik. Awak banyak mengambil berat hal peribadi saya. Awak lebih memahami diri saya. Awak…."
"Sudah Riza, sudah. Jangan memuji saya sebegitu. Saya hanya mahu tahu kenapa awak menangis. Awak bergaduh lagi dengan suami awak yer?" teka Ilham.
Airmata Riza berhambur lagi…tak henti-henti malah lebih laju mengalir di pipi cengkungnya. Ilham sendiri sebak melihat keadaan Riza ketika itu. Kalau tidak dia seorang lelaki, dia pun mahu menangis bersama Riza. Mahu saja dia memeluk Riza…biar reda tangisan derita yang ditanggungnya itu.
"Ilham…" Riza memanggil lembut.
"Saya, Riza" jawab Ilham.
"Suami saya…dia…dia…dia…" agak terketar-ketar suaranya. Dia tidak mampu meneruskan bicaranya tentang suaminya. Sedang Ilham masih sabar menunggu patah perkataan yang mahu Riza keluarkan.
"Dia ditangkap khalwat…." Bicara Riza terputus di situ. Airmata bertamu lagi.
"Apa???" getus Ilham. Ya Tuhan, apakah ujian yang Engkau cuba berikan pada hambaMu yang bernama Riza ini. Kesiankanlah dia ya Tuhanku…hati Ilham berbisik dalam-dalam. Dia amat memahami kesulitan yang ditanggung oleh sahabat baiknya itu tapi dia tidak mampu hendak membantu lebih dari sebagai seorang kawan. Ini semua Riza sendiri yang minta. Pernah Ilham menyatakan perasaannya…rasa suci yang dirasa terhadap isteri orang itu. Ya…Ilham tahu, memang salah dari segi hukum kerana dia menaruh perasaan kepada seorang perempuan yang masih bergelar isteri orang.
Jauh disudut hati Ilham, dia memang bersedia untuk menerima Riza sebagai surinya apabila sah dia berpisah dengan suaminya itu nanti. Hatinya memang mengasihi Riza. Sifat keibuan dan kemelayuan sejati milik Riza benar-benar menambat hati lelakinya. Selain itu Riza juga tidak mementingkan kedudukan walaupun dia dari kalangan diraja tetapi sedikit pun dia tidak pernah mengagung-agungkan darah kerabatnya itu.
Ilham melangkah lemah menuju ke kereta. Berat hatinya hendak meninggalkan Riza bersendirian ketika berduka.
*************************
Riza merasa kepalanya sudah pulih seperti biasa. Badannya juga. Dia bersyukur kerana susah juga kalau dia tidak sihat… siapa pula yang hendak menjaga dan menguruskan keperluan anak-anaknya. Selain itu mungkin juga kata-kata semangat dari Ilham tadi menjadi pemangkin untuk dia sihat. Riza tersenyum. Dia berbangga sangat mempunyai sahabat sebaik Ilham. Anak teruna itu memang matang tetapi sesekali Riza tertanya-tanya juga kenapa dalam usia Ilham yang menjangkau 35 tahun itu, dia masih tidak berumahtangga.
Riza tersenyum sendirian. Bukan tanggungjawabnya hendak memikirkan urusan rumahtangga orang lain. Rumahtangga sendiri pun tidak tentu hala, inikan pula hendak memikirkan hal rumahtangga orang. Riza menggeleng-gelengkan kepala. Dia terkenang jodoh, pertemuan, ajal dan maut…Tuhan yang tentukan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
Riza terkenang kembali bagaimana papanya mengaturkan jodohnya bersama Ikhwan. Ketika itu muda benar lagi dia…baru berumur 22 tahun. Baru tamat belajar sudah disuruh berkahwin. Hendak dibantah terlalu takut kerana Riza kenal benar dengan papanya itu. Segala arahan usah dibantah…itulah Tengku Rosman.
Berkahwin dengan pilihan keluarga, tanpa ada rasa cinta…aahhh mampukah aku mengharunginya. Apakah bahagia akan bisa menyusul antara kami. Berbagai persoalan timbul di benak ketika itu. Mahu saja melarikan diri. Tetapi tidak tergamak pula hendak memalukan keluarga. Anak dara Tengku Rosman lari? Uihhh…buruk benar bunyinya. Silap haribulan langsung tiada orang hendak melamar jika persepsi orang mengatakan anak dara Tengku Rosman, anak dara liar. Suka lari rumah. Sikit-sikit lari tinggalkan rumah. Nanti kalau bergaduh dengan suami, pun lari tinggalkan rumah. Seram mertua dengar.
Perkahwinan berlangsung juga akhirnya. Dengan muka kelat, Riza dihiasi sebagai pengantin. Dua minggu menikah, Ikhwan terpaksa meninggalkannya. Ikhwan harus meneruskan pembelajarannya di Glasgow, Scotland, UK. Ketika ditinggalkan…ada terasa rasa rindu antara kami. Riza tersenyum-senyum sendirian. Mula-mula tak suka tapi kemudian merindu pula. Lapan bulan ditinggal, Ikhwan tamat belajar dan pulang semula ke tanahair.
****************************
"Ibu…Ibu…" teriakan Danish mengejutkan Riza dari lamunan panjangnya. Danish menunjukkan buku ceritanya kepada Riza. Apa lagi, minta perhatian ibunya lah tu. Riza melayan bahagia karenah anak-anaknya. Tidak sedikit pun merasa bebanan malah dia akan lebih bersedih jika tanpa anak-anaknya disisi. Sesekali bila anak-anaknya diambil suaminya…Riza rasa sunyi sangat. Seminggu dirasakan bertahun tak jumpa. Bagi Riza, anak-anaknya lah segala-galanya. Mereka lah dunianya. Demi anak-anak jugalah dia mampu bangun dan jalani hidup seperti biasa. Kalau tiada anak-anak, entah apa jadi dengan Riza. Mungkin juga berada di hospital bahagia gara-gara memikirkan sikap suaminya itu. Riza tak mahu memikirkan lagi hal suaminya itu. Terpulanglah sama ada dia mahu melepaskannya atau mahu terus menggantungnya tanpa tali sebegini…Riza akur. Dia sudah tidak kuasa lagi hendak bertegang leher dengan suami yg tidak bertimbangrasa itu. Kadang-kadang mahu saja dia berbuat perangai gila…mencari lelaki lain untuk keseronokan dunia…tapi apa untungnya dia berbuat begitu. Kalau hanya untuk membalas dendam pada Ikhwan, bukan itu caranya. Maruah sebagai perempuan masih harus dipelihara. Itulah pesanan arwah mamanya ketika dia menjejak status anak dara sunti. Arwah mama…yer rindu benar dia dengan arwah. Sebaik-baik manusia…paling sabar yang pernah dia jumpa. Tapi orang baik selalunya pergi awal…sebab Tuhan pun sayangkan insan-insan yang berhati luhur dan budiman ini.
Mengenangkan dirinya, Riza rasa mcm dirinya ini terbuang. Papanya dah punya isteri baru. Seketika dulu, dia pernah mendendami kaum lelaki. Tapi bila dia sedar yang papa dan anak-anaknya juga lelaki, dia jadi akur pada ketentuan. Terima segalanya sebagai satu ketentuan, itu adalah lebih baik daripada terusan mendendami orang lain yang tiada kena mengena dengan masalahnya…tiada guna. Itu fikiran yg sempit…itu fikiran orang yang tiada ilmu.
Tapi…mampukah Riza menerima segala kepahitan dengan hati yang terbuka. Atas kecurangan sang suami ke atas taat setianya selama ini. Terasa bagai dikhianati,kan. Sesekali bila difikir terasa dirinya diperbodohkan lantaran memberi sepenuh kepercayaan terhadap suami yang amat dicintai. Tapi…Riza pasrah. Riza selalu memotivasikan dirinya sendiri. Anggap semua yang berlaku sebagai satu ujian terhadap dirinya. Tetapi…sebagai manusia biasa, kemampuannya menghadapi dugaan ada batasan. Sampai satu tahap Riza rasa mcm putus harap. Tiada tempat untuk mengadu. Cuma anak-anak saja yang membangkitkan semangatnya. Riza harus teruskan hidup demi anak-anak. Mereka masih memerlukan Riza. Jadi tiada sebab Riza harus mengutuk terus nasib yang menimpa dirinya. Itulah Riza…kental jiwanya seumpama Tun Teja!
**********************************
Tutttttt…..tutttttt…..deringan telefon pejabat Riza. "Assalamualaikum…" jauh suara itu kedengaran di hujung talian. "Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…abangg…." Suara Riza terhenti di situ. "Abang nak minta maaf, Riza. Abang tahu abang yang bersalah. Abang tak berniat nak menyakiti Riza" tersekat-sekat suara Ikhwan memohon maaf.
Setelah berkali-kali menghubungi Riza di handphone tetapi gagal, Ikhwan berusaha menelefon Riza di talian pejabatnya. Kini dia berjaya mengumpul kekuatan untuk memohon maaf ke atas isterinya itu. Isteri? Ya Allah…lebih dua tahun Ikhwan meninggalkan Riza dan anak-anak. Tetapi hari ini lain…hatinya bagai diseru-seru untuk memohon maaf. Adakah ini kebesarannya bulan Ramadhan? Allahuakhbar…Allah Maha Besar…Ikhwan rela menundukkan egonya… kalau patut melutut di kaki Riza pun, dia sanggup. Ke mana hilangnya kelembutan hatinya selama tempoh dua tahun ini, dia sendiri tidak tahu. Yang pasti Ikhwan terlalu asyik melayan teman wanitanya, Juwita. Dan bila Juwita meninggalkannya, baru dia teringatkan kebaikan isterinya Riza. Memang tidak patut…tidak patut. Berkali-kali Riza memikirkan permintaan Ikhwan. Ikhwan mahu mereka memulakan hidup yang baru setelah menyesali segala kesilapan yang dilakukannya. Saat itu ingatan Riza bersilih ganti antara kenangan bersama Ikhwan dan kenangan bersama Ilham. Riza keliru. Bila difikir anak-anak, memang hatinya kuat untuk bersama Ikhwan. Tetapi dia terkenang pada satu saat di mana Ilham mencurahkan perasaannya. Riza tahu Ilham mempunyai hati terhadapnya tetapi Riza tidak pernah menyambut harapan Ilham yang menggunung itu. Terlalu sukar bagi Riza membuat keputusan. Haruskah Riza terusan menggembirakan hati orang lain tanpa dia perlu memikirkan kemahuan hatinya sendiri? Riza sendiri tidak tahu…
betul tu....kaum wanita selalu jaga hati org lain dari hati sendiri, apatah lagi kalau membabitkan anak....tak mustahil kalau reza pilih untuk kembali pada suami demi anak2....walaupun ilham yg bertahta di hati
wanita akan selalu jadi kuat bile anak2 da besar..time tu lelaki yg akan jadi lemah n x berani nk buat hal..memg sumer wanita akn fikirkan kebajikan ank2 dlu..xnk ank2 membesar tanpa kasih bapa..
itu lah kasih seorg ibu..alhamdulillah keluargaku sempurna..kasih ibu bapa ku xpernah luak..malah romantik betul mak ayah aku..huuhu
sbgai wanita kita selalu tak tahu menilai kerana kita terlalu tidak mahu anak jadi korban. kita sangup korban kan perasaan demi kebajikan anak2. itulah ibu berbanding bapa.....
TERIMA KASIH KEPADA YANG MELUANGKAN MASA MEMBACA TULISAN SAYA..KEPADA SETIAP KOMEN YG DIBERIKAN...JUGA TERIMA KASIH KEPADA PENULISAN2U KERANA MEMBERI RUANG.
salam wbt...sy x pandai nak komen ttg penulisan riza tapi setelah sy baca keseluruhan citer ni baru sy tau yg mmg sy ni tiada tempat lgi dlm hati riza...sbnarnye dlm segala masalah pon kita kena brterus terang...sy akur dlm kecewa...selamat berbahgia...muhammad ilham
ramai kn menyalahkn kaum riza bila terjd cmni...dpt hati/budi spt dia ok..klu x pedulikn apa nk jd ngn ank2..mana ikhwan..kau tiada berhatiperut..kau gantung dia tanpa tali.etc2..pd riza tabahkn jiwa mu.ingat pdNya selalu..hati mu kn tenang..sebaiknya sambung lah lg..luahkn isihatimu riza...insyaallah ada insan semulia ilham...
CARILAH SINAR LAIN YG BOLEH MENERANGI HIDUP RIZA.....YG BERLALU BIARKAN BERLALU...JADIKAN IA SATU SEJARAH KEHIDUPAN...BANYAKKAN BERSABAR YEA... ....JANGAN MENGHARAP PADA YG XSUDI KRNA DISINI SETIA MENANTI........
TERIMA KASIH KEPADA YANG MASIH SUDI MEMBACA DAN MEMBERI KOMEN WALAUPUN CERPEN NIE TELAH LAMA DISIARKAN. SEGALA ULASAN AKAN SAYA JADIKAN PANDUAN. JUMPA SETERUSNYA DI CERPEN 'MULANYA DI SINI, HURAIKAN SIMPULAN RINDU INI DAN APALAH ERTINYA CINTA'.
SAFFIYA
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
errr.....