Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sepanjang perjalanan pulang, Maria asyik memikirkan apa yang diberitahu oleh mami. Fikirannya tidak tenteram. Terasa diri ditipu selama ini. Fikirnya apabila Hisyam lambat pulang, suaminya itu sibuk dan banyak kerja. Rupa-rupanya tidak. Hisyam lewat kerana dia bersama perempuan lain.
Melihat jam yang baru menunjukkan angka lapan, Maria mengambil keputusan untuk singgah di Carrefour, Seri Petaling. Ingin ditenangkan hati. Ingin lari dari masalah. Lagi pun untuk apalah balik ke rumah. Hisyam bukannya balik awal pun! Sunyi!
Langkah diatur menyusuri kedai-kedai yang ada. Kepala digelengkan bila jurujual mengesyorkan sesuatu. Begitulah, kalau tiada niat untuk membeli apa-apa.
Hati tertanya-tanya. Di manakah suaminya saat ini? Mungkinkah bersama Salina lagi?
Salina? Maria pasti gadis itu yang menulis semua surat yang diterima. Tentu gadis itu juga yang menelefonnya pagi tadi. Memang nyata, gadis itu ingin merampas suaminya. Peluang sudah di hadapan mata, masakan mahu dilepaskan? Hisyam pasti merasa terhutang budi. Budi orang harus dibalas namun patutkah perkahwinan mereka dikorbankan?
‘Arghh....mungkin tidak! Entah-entah dia dah ada kat umah. Kan pagi tadi dia janji nak balik awal ari ni? Hisyam tidak pernah lupakan janjinya. Ya, aku mesti balik! Kesian dia. Nanti lama lak dia tunggu aku.’ Desah di hati.
Memikirkan Hisyam risaukan dirinya, Maria membesarkan langkah. Ingin cepat menuju ke kereta. Ingin cepat balik menemui suami tercinta.
Semasa melintasi Deli’s Delights, sebuah restoran makanan segera, Maria tiba-tiba terpandang susuk tubuh yang amat dikenali. Dia amat pasti, tubuh yang tegap dan tinggi itu memang milik suaminya. Baju kemeja berwarna hijau lumut itu dia yang menggosoknya pagi tadi. Masakan dia tersilap orang!
Langkah kaki terhenti. Terpaku dia di situ melihat senyuman yang terukir di bibir si lelaki. Riang wajah itu mendengar celoteh si dia di sebelah. Ketika pasangan itu berlalu keluar, desakan hati memaksa Maria mengekori mereka. Dada berdebar kencang melihat wanita itu merapatkan diri dan memaut lengan Hisyam ketika mereka melintas jalan. Hati meratap sepi bila melihat perempuan itu mengusap pipi Hisyam ketika ingin memasuki kereta. Dari jauh Maria termangu sendirian, berdiri dengan manik-manik halus menitis membasahi pipi.
Lama dia berdiri kaku. Antara percaya dengan tidak. Mengharap agar kejadian itu hanya mimpi. Tapi, kenyataan memang pahit untuk ditelan, kan?
Memang jelas, lelaki itu Hisyam, suaminya. Dan tentulah wanita cantik itu ialah Salina.
"Lia, Salina sangat cintakan Hisyam. Bila Hisyam asyik mengelak dan tak nak kahwin dengan dia dulu, Salina merajuk dan balik ke England. Bila dapat kad jemputan korang, dia serang Hisyam kat ofis. Sekarang, mereka selalu bersama. Mungkin ini peluang dia nak rampas Syam dari Lia?"
‘Ya, mami. Tidak syak lagi, Salina memang benar-benar ingin merampas abang dari Lia. Apa yang ditulis, apa yang diucapkan dalam telefon, bukan tipu. Dia memang serius mengganggu hubungan kami suami isteri. Tadi, dia begitu mesra memeluk lengan abang. Dan abang? Nampaknya, dia juga rela.’
Apakah kini mereka sedang bercinta? Untuk kali kedua?
Suara mami kedengaran semula.
"Lia, betul Hisyam anak mami, tapi mami sayang Lia lebih lagi. Kita kena buat sesuatu sebelum yang buruk terjadi. Kita kena pastikan Hisyam tidak hanyut dibuai nafsu bersama perempuan tu."
Kali ini, hati Maria merintih sedih.
‘Mami, tolong Lia! Lia dah nampak dia orang, mami. Mesranya mereka. Siap pegang-pegang tangan lagi! Lia tak mahu percaya. Lia tak boleh percaya, kan mami! Lia kena sabar! Tapi......Apa yang boleh Lia buat, mami? Kalau ditakdirkan abang Hisyam berubah hati, siapa Lia untuk menahan. Lia tak ada apa-apa untuk mengikatnya. Mami tengoklah menantu mami ini. Seorang anak pun tak mampu Lia beri pada abang! Seorang cucu pun Lia tak dapat nak bagi pada mami!"
Itukah alasannya? Kerana anakkah perempuan itu kini bersama suaminya?
‘Hisyam sudah jemu dengan akukah? Dia marah kerana aku tak dapat nak beranak? Sungguhkah?’
Semua sudah jelas di hadapan mata. Dia sudah melihatnya sendiri. Memang Hisyam sudah berubah hati. Memang Salina berjaya merebut hati suaminya kembali. Hisyam tidak mampu lagi untuk setia pada seorang isteri yang tidak punya apa-apa. Tidak mampu mempertahankan cinta kepada isteri yang mandul seperti dirinya! ...................
Sudah sejam, diri lesu di dalam kereta. Alat pendingin hawa tidak mampu menyejukkan hati panasnya. Fikiran yang berkecamuk tidak bisa ditenteramkan. Segala yang berlaku berputar-putar di kepala. Berulang kali!
Tiba-tiba, Maria dikejutkan oleh deringan telefon bimbitnya. Lagu Nash, Pada Syurga di Wajahmu yang berkumandang membuat senyuman sinis terukir di bibir. Diri dimarahi! ‘Hah, suka sangat lagu tu. Sekarang suami sendiri pun curang macam si penyanyi. Padan muka aku.’
‘Ah, biarkan telefon tu menjerit!’
Bagaimanapun, jika bunyi itu terus-terusan membingitkan telinga, mampukah dibiarkan sahaja? Lantas punat hijau ditekan dan telefon itu didekatkan ke telinga.
"Lia, Lia kat mana? Kenapa diam? Kenapa tak cakap apa-apa?"
Suara kerisauan suami menyentuh hati. Namun diri tidak mampu bersuara.
"Lia, abang risau ni. Apa yang terjadi? Kereta rosak ke? Hello? Lia?"
Suara Hisyam kedengaran resah. Seperti seorang yang susah hatinya. Bagai terlalu mengambil berat tentang dirinya. Benarkah?
"Lia, Lia kat mana ni? Apa yang terjadi? Cakaplah, sayang. Cakap dengan abang. Kenapa diam?"
Suara lembut itu menimbulkan kemarahan Maria. Teringat kemesraan suaminya dengan Salina tadi. Pasti, suara yang sama dibisikkan ke telinga gadis itu tadi. Pasti, bisikan mesra itu juga yang perempuan itu dengari. Dengan cemburu menguasai hati, Maria akhirnya bersuara, "Tak usah ambil tahu hal Lia. Biarkan Lia sendiri. Biarkan Lia sorang-sorang. Jangan pedulikan Lia!"
Hisyam mendengar dalam rasa tidak percaya. Mariakah tadi yang menengkingnya? Mariakah yang marahkan dia? Lain benar bunyi suara isterinya itu. Maria tidak pernah begini. Mengapa?
Niat untuk terus memujuk terbantut bila talian terputus. Marah dan geram bertamu ketika jari menekan punat. Sebaik Maria menjawab "Ya", dia terus menyergah, "Lia, kenapa ni? Apahal mengamuk tak tentu fasal? Kenapa marah? Apa salah abang?"
Rasa ingin benar Maria menjerit memberitahu Hisyam apa yang dia nampak. Ingin benar dia mengamuk dalam telefon. Tapi suara keras Hisyam menghentikan niat. Dia jadi sedih. Sebak. Perlahan-lahan dia berbisik, "Lia tak nak balik rumah malam ni. Lia nak tidur kat hotel. Abang pun tentu suka kalau Lia tak ada di sebelah abang, kan?"
Hisyam tersentak mendengar kata-kata Maria. Lebih dia tidak faham ketika mendengar tangisan isterinya. "Sayang, kenapa ni? Marah sangat nampaknya pada abang. Tapi, apa salah abang? Kalau ya pun, janganlah sampai tidur di hotel. Lia, Lia balik rumah, ya. Nanti boleh kita bincang!" Dia mula memujuk.
Maria diam.
Hisyam semakin risau. "Lia, Lia kat mana sekarang? Cakaplah , sayang. Nanti abang ambil sayang, ya?"
"Lia ada kat Deli’s di Carrefour Seri Petaling, bang. Dah lama Lia kat sini."
Talian terus dimatikan. Dia amat pasti bahawa Hisyam sudah memahami mesej yang ingin disampaikan.
apa sambungan cerita ni.. cepat la keluarkan.. x sabar ni..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best citer nie
smbng cpt k, tak sbr lah....
ada blog tak?