BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, September 03, 2009
Novel : Syurga Cinta 8
Nama Pena : suri_maia

Raikal memerah tuala yang dibasahkan dengan air suam dan meletakkan di atas dahi Julita bertujuan untuk mengurangkan demam yang di alami oleh Julita. Berulangkali dia meletakkan tuala basah itu di dahi Julita dan menggantikannya apabila tuala tersebut sudah hampir kering dan membasahkannya semula. Tudung yang masih dipakainya dilipat sedikit supaya tuala tadi tidak membasahkan tudung tersebut. Tidak berani aku menanggalkan tudungnya, tak pasal-pasal aku kena pelangkung kalau dia sedar nanti.

"Ibu..ibu..." Julita mengigau. Lemah sekali suaranya.

"Awak mana ada ibu lagi, buat apa panggil ibu. Ish...Masalah apa yang menimpa aku ni!" Aku mencampakkan tuala basah ke dalam besen berisi air di depanku. Aku menyandarkan badan ke sofa. Aku mengurut-urut kepalaku yang berserabut.

"Ibu..Huk..huk..huk..." Julita mengigau lagi sambil menangis. Aku lihat setitik air matanya mengalir melalui tepi matanya. Aku terkedu. Mungkin dia benar-benar merindukan ibunya agaknya. Aku mengeluh lalu mencapai semula tuala basah yang kucampak tadi. Ku perah dan meletakkan semula di atas dahi Julita. Akhirnya aku juga tertidur di sofa tanpa ku sedari. Sakit belakangku apabila bangun keesokan hari kerana tidur secara duduk di sofa single.

*******

Julita terjaga dari tidur apabila terdengar suara yang kuat, seperti sedang memarahi seseorang.

"Kalau tak ada masalah, benda ni tak jadi macam ni. Kenapa tak siasat dulu sebelum jual pada saya!" Marah benar suara Raikal sedang bercakap di dalam telefon. Garang betul! Aku menjengulkan kepala sedikit untuk melihat Raikal yang berada beranda.

"Saya tak peduli, kalau ada apa-apa masalah yang timbul kelak..saya akan saman syarikat awak." Tengkingnya lagi dan terus memutuskan talian telefon. Cepat-cepat aku berbaring semula dan berpura-pura tidur. Raikal menghampiriku, aku berlagak seperti masih tidur lagi. Raikal meletakkan tangannya di dahiku. Ish! Apa pegang-pegang ni, haram tahu! Desis hatiku jengkel. Namun aku hanya berdiam diri sahaja apabila dia menyentuh dahiku.

"Dah kurang sikit dah." Ujar Raikal perlahan. Seketika kemudian, Raikal menggoyangkan bahuku perlahan. Aku membuka mata perlahan, berpura-pura baru sedar dari tidur.

“Saya nak keluar sekejap, ada hal sikit. Saya dah sediakan bubur untuk awak. Awak makan eh." Aku hanya mengangguk lemah tanda faham apa yang dikatakannya.

“Jangan lupa makan, lepas tu makan ubat." Aku mengangguk sekali lagi tanpa bersuara. Masih berpura-pura kononnya betul-betul dalam keadaan lemah. Sebaik sahaja aku mendengar enjin kereta Raikal menderum laju, aku terus bangkit dari sofa. Aku memegang dahiku..Mmmm...dah sihat dah ni.

"Waaa..lapar gila ni. Macam tahu-tahu je." Aku terus mengambil mangkuk bubur di atas meja dan terus menyuapkan ke mulut dengan lahapnya. Seperti orang kebuluran sepuluh hari. Memang pun, dah beberapa hari aku tak makan nasi. Setelah habis semangkuk bubur, perutku masih lagi terasa lapar. Aku menuju ke dapur. Waahhh..ada peti sejuk besarlah. Aku membuka peti sejuk, banyak makanan tersimpan di dalamnya. Buah, kek, air twister..sungguh menyelerakan. Aku membuka penutup botol air twister dan terus meneguknya dengan rakus sehingga air tersebut hanya tinggal separuh. Ni kalau Raikal tengok aku minum macam ni, mesti dia tak minum dah air ni. Hehe..aku tersengih sendirian. Aku meletakkan botol air dan mengambil buah pisang, kemudian buah epal, diikuti kek coklat moist dan hirisan buah tembikai. Kalah orang Somalia. Semasa aku sedang enak menjamah buah tembikai, kedengaran bunyi kereta Raikal masuk ke halaman rumah. Ketika itu jugalah aku tercekik mungkin kerana terkejut. Alamak! Mampus aku!!

Aku mengemaskan semula kulit-kulit buah yang telah aku makan tadi sambil terbatuk-batuk kerana masih tercekik. Aku menepuk-nepuk belakang badanku. Aku tidak punya masa, kerana takut tidak sempat, aku hanya mencampakkan sahaja kulit-kulit buah tersebut ke dalam tong sampah. Kelam kabut aku mengutip sisa-sisa makanan yang masih, ada yang terjatuh ke lantai. Ah! Gasaklah.. Aku terus berlari untuk berbaring semula ke sofa, belum sempat aku sampai ke sofa, aku tergelincir dan jatuh seperti nangka busuk. Aku mengusap-usap punggungku yang sakit. Terpaksa aku merangkak untuk sampai ke sofa. Nasibku baik, sebaik sahaja aku berselimut, Raikal membuka pintu rumah.

Kedengaran Raikal mencampakkan kunci di atas almari dan terus menuju ke tingkat atas. Aku menarik nafas lega. Tidak lama kemudian, Raikal turun semula dan menuju ke dapur. Aku menjadi gabra dan memejamkan mata, takut perbuatanku sebentar tadi terbongkar.

******

Raikal mencampakkan kunci kereta sambil memandang Julita yang masih terbaring kaku, sama seperti semasa aku meninggalkannya tadi. Aku terus menuju ke atas untuk menukar baju dan selepas itu turun semula untuk mengambil air di dapur. Terkejut aku apabila dapurku nampak bersepah dengan kulit-kulit buah bersepah di atas lantai. Aku membuka peti sejuk. Sebiji epal dan kulit tembikai jatuh betul-betul jatuh di hadapanku. Sah! Dia makan makanan dalam peti ais ni. Aku menuju ke ruang tamu dengan perasaan marah.

"Bangun!" Kataku tegas. Julita masih lagi kaku tidak bergerak membuatkan aku semakin panas.

"Jangan nak berpura-pura, saya tahu awak dah sembuh. Bangun!" Tengkingku dan terus menarik selimutnya lalu mencampakkan ke tepi. Julita bangun perlahan-perlahan dan terus menundukkan kepalanya. Aku menjeling mangkuk bubur yang kusediakan untuknya sebelum aku keluar tadi, kosong! Memang sah dia dah sihat, berselera je makan.

"Ikut saya..." Arahku dalam nada suara yang sengaja kutegaskan. Aku menuju ke dapur dan duduk di salah sebuah kerusi meja makan yang memang tersedia berada di dapur. Julita sengaja ku suruh berdiri di hadapanku.

"Maafkan saya...saya lapar sangat, sebab tu saya makan makanan awak dalam peti ais tu." Aku mengetuk mejaku dengan jari. Tidak tahu apa yang patut aku lakukan padanya ketika ini.

"Awak ni pengemis ke? Tidur depan rumah orang, makan makanan orang lain.." Kasar sekali kata-kataku tapi sekarang memang aku sangat marah kerana sudah beberapa kali ditipu. Julita hanya tunduk dan terdiam mendengar kata-kataku. Mungkin dia menyedari bahawa dia memang bersalah dalam hal ini. Aku menyeluk poket dan mengeluarkan sekeping sampul lalu menyuakan padanya.

"Apa ni?" Julita bertanya kehairanan namun tangannya tetap mengambil sampul tersebut dan membukanya.

"Duit? Kenapa awak bagi saya duit." Dia bertanya kehairanan. Aku menarik nafas.

"Bukan salah saya rumah ni saya beli, malah semua dokumen jual beli adalah sah. Saya tahu awak tak ada tempat lain yang boleh awak pergi. Saya juga tahu awak tak ada duit. So, saya beri awak duit tu untuk awak cari rumah sewa dan lebihnya awak boleh buat makan sementara awak belum dapat kerja ni. Anggaplah itu saguhati dari saya, kalau ikutkan saya tak payah beri awak apa-apa pun. Tapi sebab saya kasihankan awak, saya tolong awak. Lepas ni jangan ganggu saya lagi."

"Ambil balik duit awak ni! Saya cuma nak rumah ni, saya tak nak duit awak!" Ujarnya marah dan mencampakkan semula sampul tersebut di atas meja. Julita memandangku dengan pandangan yang tajam. Takut aku memandangnya. Aku tidak mahu mengalah. Aku berdehem sebelum membalas kata-katanya.

"Awak jangan nak berlagak, awak tu dahlah tak ada duit. Untung-untung saya sedekahkan awak duit buat belanja. Kalau saya tak bagi, awak nak merempat?"

"Awak betul-betul anggap saya ni macam pengemiskan? Awak ni teruk! Saya lebih rela mati tepi jalan dari terima duit busuk awak tu!" Herdik Julita sebelum dia berlalu membuatkan aku terkebil-kebil memandangnya. Julita mengambil begnya dan terus menuju ke pintu keluar.

"Jangan menyesal kalau awak tak ambil duit ni, saya offer sekali je! Kalau awak mati tepi jalan bukan salah saya." Sempat aku melaungkan ayat tersebut sebelum Julita sempat keluar, Julita membalas tanpa menoleh padaku.

"Pergi jahanamlah dengan duit awak!" Katanya kasar.

"Huh! Berlagak..kita tengok boleh ke ego awak tu buat awak kenyang!" Jeritku lagi tidak hati. Panas hatiku apabila dia menolak apabila aku ingin berbuat baik padanya. Tak sedar diuntung. Aku mengambil semula sampul yang dicampakkan tadi dan melihat semula isi di dalam sampul tersebut. Melampau sangat ke aku tadi. Ish..Pusing betul perempuan ni. Aku mencampakkan semula sampul surat tersebut di atas meja. Aku menyandar lemah di kerusi. Berfikir samada betul tindakanku memberikan dia duit.

"Ah! Kenapa aku nak susah-susah pasal dia, lantaklah..bukan aku yang susah pun. Untung-untung aku dah offer duit. Dia yang tak nak. Apa aku nak peduli lagi." Desis hatiku. Namun sebenarnya aku sangat bimbangkan keadaan Julita, mungkin dia belum pulih sepenuhnya. Kalau dia demam lagi, bagaimana?

Akhirnya aku memutuskan untuk melihat ke mana dia mahu pergi, sekiranya betul dia sudah mempunyai tempat tinggal, barulah hatiku akan lega. Aku menaiki kereta, mungkin dia masih lagi berada di perhentian bas berdekatan. Memang tepat jangkaanku, dia masih lagi berada di situ menunggu bas. Aku memberhentikan kereta agak jauh dari perhentian, kedudukanku agak tersorok sedikit dari pandangan Julita namun aku masih boleh melihatnya dari keretaku. Aku menunggu dengan sabar, sebuah bas berhenti di perhentian tersebut namun Julita tidak menaiki bas itu. Aku pelik. Bas tersebut berjalan setelah mendapati Julita tidak berhajat untuk menumpang bas tersebut. Aku menunggu lagi. Setengah jam kemudian, sebuah lagi bas muncul. Dia masih lagi tidak menaiki bas tersebut. Aku mengurut-urut daguku yang licin, berfikir sebenarnya, kenapa dia tidak menaiki bas-bas yang melalui perhentian tersebut. Mungkinkah dia masih berfikir arah tujunya ataupun memang dia tidak mempunyai tempat lain untuk dituju? Aku menunggu lagi. Bas yang ketiga juga begitu, dia tidak menaikinya. Aku menghidupkan enjin kereta dan menghampiri perhentian bas. Betul-betul berada di hadapannya. Aku menurunkan cermin kereta. Julita pada mulanya nampak tertanya-tanya siapakah kereta yang menghampirinya, namun setelah melihatku, wajahnya berubah dan terus memalingkan muka.

"Naik kereta." Aku mengarahkannya. Dia tidak mengendahkan kata-kataku dan memandang tempat lain. Aku keluar dari kereta, kemudian bersandar di pintu kereta sambil menyeluk poket.

"Naik kereta." Ulangku lagi.

"Saya gila ke? Buat apa nak naik kereta awak tu?" Ciss! Dia kata aku gila! Aku ni punyalah baik nak tolong dia. Sabar Raikal! Sabar...Pujuk dia balik.

"Awak ada tempat nak dituju ke?" Aku bertanya lagi.

"Suka hati sayalah, awak sibuk kenapa!" Julita menjawab dengan kasar. Rasa ingin marah namun disebabkan aku serba salah kerana menghulurkan dia duit tadi, aku bersabar. Perempuan ni banyak songeh betul!

"Bila awak nak bayar duit saya?" Pertanyaanku kali ini membuatkan dia tersentak. Dia berdiri.

"Bu..Bukan saya tak nak bayar..cuma, saya minta tempoh dulu boleh?" Suaranya bertukar menjadi lembut. Aku membuka pintu kereta.

"Masuk, kita bincang kat rumah." Berjaya juga akhirnya aku membawa Julita pulang semula. Sebenarnya aku sudah merancangkan sesuatu untuknya. Julita masih berdiri di perhentian bas.

"Masuklah, apa lagi awak tunggu." Tergesa-gesa dia menaiki keretaku.

“Sorry, bukan saya tak nak bayar, cuma saya memang tak ada duit sekarang ni." Aku menjelingnya. Dah tu, marah bila aku bagi duit tadi.

“Biasalah, pinjam pandai..pulang tak pandai. Bila saya bagi duit, berlagak..tak nak pula tu." Pedas aku memulangkan kata-katanya. Sengaja aku membalas dendam kerana dia mengatakan aku gila tadi. Dia menjelingku dan selepas itu dia mendiamkan diri sehingga kami sampai ke rumah. Aku mempersilakannya duduk di sofa yang masih berbungkus plastik.

“Saya dah fikirkan sesuatu untuk awak, saya risau awak akan lari dari bayar hutang saya kalau awak pergi ke tempat lain."

“Awak ingat saya ni penipu ke? Saya akan bayarlah.." Aku memandangnya sinis.

“Bukan betul ke awak tu penipu?"

“Bila saya tipu awak?" Dia bertanya dengan geram.

“Kat Bali dulu..awak kata awak makwe Emil." Berubah mukanya apabila aku menyebut nama Emil.

“Itu..itu..." Dia kehilangan kata-kata untuk membalas. Aku tersenyum sinis padanya.

"Sebab tu saya nak awak jadi orang gaji saya. Hutang awak akan ditolak dari gaji bulanan. Gaji awak.. kalau ikut gaji orang indon, dalam 500 sebulanlah. Itu pun saya rasa dah banyak dah tu. Kalau ikutkan hati saya, saya bagi 300 je." Mata Julita terbeliak.

"Orang gaji awak? Tak naklah saya..Dahlah samakan saya dengan orang gaji dari Indon. 500 je pula tu. Tak berbaloi langsung."

"Terpulang, kalau awak ada cara lain untuk membayar duit saya?" Aku memerlinya, berlagak betul perempuan ni! Demand pula tu.

"Tak ada cara lain ke?"

" Itu saja cara yang saya ada untuk membantu awak. Lagipun rumah ni memang tengah bersepah, saya kan baru pindah rumah. Tak ada masa nak kemas rumah ni lagi, sebab tu saya offer awak jadi orang gaji saya. Lagipun, awak mesti tak nak berpisah dengan rumah ni kan?" Lama dia terdiam, memikirkan tawaranku. Aku menyambung ayatku.

"Kerja awak tak susah..pagi, awak buat sarapan. Tengahari, saya akan beritahu samada saya balik makan ke tak, kalau saya kata saya balik, baru awak masak, kalau saya kata saya tak sempat balik, awak hanya perlu masak untuk makan malam je. Kemudian kemas rumah, pastikan rumah dalam keadaan bersih sentiasa. Saya ingatkan awak, saya seorang yang cerewet. Saya tak mahu tengok rumah dalam keadaan yang bersepah, saya nak awak mop satu rumah dua hari sekali. Cermin-cermin tingkap dan sliding door saya nak awak lap selalu. Saya tak nak tengok cap jari pun melekat pada cermin. Tandas, saya nak awak bersihkan hari-hari. Saya geli tengok tandas yang kotor. Kemudian, laman rumah..sapu selalu, saya nak pokok-pokok tu semua bersiram setiap hari, rumput pastikan dicabut. Lagi..Mmm...ha dapur pula, pastikan selepas menggunakan pinggan mangkuk, cuci terus, saya tak suka awak longgokkan pinggan mangkuk kotor tu lama-lama dalam sinki. Saya rasa setakat tu je dulu, ada apa-apa lagi yang saya ingat, saya akan beritahu kemudian." Julita ternganga mendengar butiran tugasnya yang keluar dari mulutku.

"Banyaknya, awak nak menyeksa saya ke?" Aku tersenyum sinis.

"Saya rasa kerja yang saya bagi tu sikit je..Aaa..satu lagi, saya tak nak makan roti waktu sarapan. Sediakan nasi goreng ke, nasi lemak ke, mee goreng ke..apa-apalah, janji yang berat."

"Ha..nak yang berat-berat..kejap, kejap..biasanya awak sarapan pukul berapa?"

"7" Jawapku ringkas, Julita mengira-ngira sesuatu. Dahinya berkerut.

“Jadi saya kena bangun pukul 6 lah? Haaa...awalnya.." Julita merungut.

"Apa saya kisah awak bangun pukul berapa, janji sarapan saya siap. Ada apa-apa masalah lagi?" Aku bertanya selamba.

"Habis tu, saya nak tinggal kat mana? Nanti kang, saya duduk rumah ni, tak pasal-pasal kita kena tangkap basah pula." Aku membetulkan dudukku, nampaknya dia akan bersetuju dengan tawaranku.

"Tu pun saya dah fikirkan. Belakang tu ada kotej kecilkan? Saya rasa sesuai untuk awak duduk."

"Kotej belakang tu?" Aku mengangguk.

"Mmm...bolehlah. Bila saya nak kena mula kerja?" Aku tersenyum puas, dia sudah bersetuju, hilang sudah kegusaranku.

"Sekarang!"

"Sekarang!" Julita mengulangiku ayatku.

"Ya..saya nak awak kemaskan barang-barang yang bersepah ni semua, cabut plastik sofa ni, kemas buku dan masukkan dalam rak, baju-baju saya kat atas tu kemaskan dan masukkan dalam almari. Lagi..mm...mop lantai ni. Lap cermin..cuci toilet..saya tak suka sepah-sepah. Sakit mata saya tengok. Saya tahu petang ni saya balik, semua kerja beres. Kalau tak gaji awak saya potong." Terbeliak biji matanya mendengar arahanku. Aku tersenyum dalam hati. Gila betul arahanku. Haha...

"Banyaknya kerja saya..." Dia merungut.

"Mestilah, rumah ni berhabuk. Awak tak pernah kemas ke masa awak duduk kat sini." Dia mencebikkan muka sambil menjelingku. Kemudian dia memandang sekeliling rumah yang masih bersepah.

"Awak tak nak tolong kemas ke?" Julita memandangku dengan muka kasihan.

"Saya sibuklah, petang ni saya ada rakaman. Mungkin dah nak maghrib baru saya balik."

"Satu lagi, saya nak tidur dengan apa. Takkan tak ada toto ke, bantal ke?"

"Balik karang saya singgah beli toto untuk awak, bantal ada kat atas. Selimut pun ada lebih tapi saya tak ingat saya letak dalam beg mana. Awak carilah sendiri. Oklah, saya nak pergi studio. Enjoy yourself.." Aku memerlinya. Memang enjoy menyuruh orang. Haha...

****

"Enjoy yourself konon! Enjoy apa ke bendanya ni. Arrrghhhh…gila banyak barang-barang dia yang tak berkemas ni. Mampus aku, mana larat nak kemas semuanya hari ni!" Aku memegang bulu rotan sambil memandang sekeliling. Aku melihat jam di dinding. Alamak, aku dah tak banyak masa ni. Baik aku mula sekarang. Aku bermula di tingkat bawah terlebih dahulu. Dari mencabut plastik sofa, menyusun perabot, kemudian menyusun buku-bukunya yang banyak ke dalam rak buku, lap cermin, mop lantai dan membersihkan dapur. Aku beralih pula ke tingkat atas, aku mengeluarkan semua baju-baju Raikal dan menggantungkannya ke dalam almari. Banyak gila baju dia. Baju-baju t-shirtnya ku lipat dan disusun rapi. Aku mengeluarkan cadar dan memasangnya pada tilam. Kerana kelelahan, aku berbaring sejenak di atas katilnya.

“Penatnya…" Aku mengurut-urut bahuku yang sengal. Aku meneruskan misi seterusnya, membersihkan kotej di belakang yang akan menjadi bilikku selepas ini. Aku berdiri di depan pintu kotej, terimbas kenangan dulu. Kotej ini sebenarnya merupakan ofis kedua ayah. Ayah akan menyiapkan lakarannya di kotej ini kerana ibu akan bising jika ayah pulang lambat dari ofis. Ibu lebih rela ayah membawa pulang kerjanya dari selalu lambat pulang. Takut katanya tinggal seorang diri di rumah. Kerja ayah sebagai arkitek memang membuatkannya selalu pulang tidak tentu masa. Sebab itu ayah membina kotej ini untuk memudahkan ayah menyiapkan kerja tanpa diganggu olehku yang ketika itu masih kecil. Namun aku akan curi-curi masuk untuk melihat ayah bekerja. Ayah pula, apabila menyedari kehadiranku, akan menggeletek perutku dan membuatkan aku ketawa sebelum membawaku semula masuk ke dalam rumah. Ah! Kenangan itu memang manis. Masih terbayang-bayang lagi kenangan tersebut. Aku mula mengemas, barang-barang yang aku rasa tidak diperlukan aku campakkan keluar untuk dibakar nanti. Setengah jam kemudian, kotej ini sudah kemas dan sedia untuk diduduki. Aku melihat jam di dinding. Hampir ke pukul enam petang. Aku bersiap-siap untuk mandi, badanku sudah melekit kerana berpeluh. Aku perlu bersiap sebelum Raikal pulang.

Raikal pulang apabila jam sudah menunjukkan pukul 7. Sebaik sahaja aku mendengar deruman keretanya memasuki laman rumah, aku terus memakai tudung dan menghampirinya. Dia mengeluarkan sesuatu dari bonet kereta dan kemudian menghampiriku.

“Saya tak masak, sebab tak ada barang untuk di masak dalam peti ais." Raikal menganggukkan kepala

"Saya dah beli nasi bungkus untuk awak." Katanya dan kemudian menyerahkan beg besar yang baru dikeluarkan tadi padaku. Aku terkejut.

"Apa ni?" Aku bertanya kebodohan, padahal aku boleh melihat sendiri isi di dalam beg besar tersebut.

"Toto untuk awaklah." Jawabnya ringkas dan terus membuka pintu.

"Toto je ke? Tilam tak ada? Sakitlah badan saya tidur atas toto je." Raikal memandangku.

"Dah awak minta toto, saya belikanlah toto. Lagipun ok pe, orang kat luar tu tidur pakai kotak je. Awak kira bernasib baik." Ujarnya dan terus menutup pintu. Aku mencebik. Eleh, kalau kedekut tu cakap je lah kedekut. Tak payah nak bandingkan dengan orang yang tidur dengan kotak tu. Ciss! Sempat aku menjeling pada pintu tersebut walaupun Raikal sudah memasuki rumah tanda tidak puas hati.
posted by Penulisan2u @ 5:28 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 3/9/09 3:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Ala....xbest je...mcm tiru drama TV je...kot pun jln citer die sma...try la cri kelainan dlm penulisan. gaya bahasa...gaya penceritaan sama. citer kbykkan sama je... yg membezakannya 'kekreatifan' si penulisnya... sorry la writer.. sy dah muak dgn crite mcm ni.

    -Budak bosan-

     

  • At 4/9/09 4:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jangan dengar cakap dia tu... he3..
    bukan nya semua pernah baca citer cam ni..
    i pun tak pernah
    soooo... keep writing..
    nak tahu next n3 dia...
    ok...!!
    -fara-

     

  • At 4/9/09 1:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala..kan dia dah ckp kat episod 1 g..sape xnk baca udah..so sape2 yg xnk baca tu ignore jela cite ni..pe susah..kalau dah muak,jangan bc..k!
    -dd-

     

  • At 9/9/09 9:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita best....tak kisahla tiru drama ker tak...saya pun tak pernah tgk cerita full house..sape tak puas hati takyah baca..senang cerita.

     

  • At 2/10/09 11:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sam citer full house

     

  • At 13/10/09 11:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xpe2, sy tetap suke bc tulisan kamu sambil byg2kan watak fullhouse...
    teruskan menulis yer...
    never give up...:-)

     

  • At 21/10/09 8:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer nie best pe.
    kalu kita kata same jer mmg ar.
    bkn sng nk carik idea skrg.
    semua novel pun citer same jer.
    dh bnyk sgt citer smpikan nk carik idea lain pun mcm dh kering kontang dh pun.
    so to the writer: teruskan menulis.

     

  • At 12/11/09 2:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best lah!! conti la cpt!!

     

  • At 24/11/09 12:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..ske2..
    keep writing..
    huhu

     

  • At 17/12/09 2:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bulat2 tiru cte full house.......
    xthulah klau cte ni akan dputar belitkan lagi..
    harap2 smbungannya nti xlah sme dngn cte full house....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group