Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Seawal-awal pagi, aku keluar ke pejabat sebelum sempat menikmati sarapan. Alishah tidak banyak soal malah dia tetap membawa sama si kecil untuk ku cium di muka pintu. "Hello, along." "Kenapa, ngah?." "Mama dengan papa ada call along tak?." Pejabat masih sunyi. Mungkin baru aku seorang yang sampai. Jam pun baru pukul tujuh. "Tak ada pula. Apa hal? Angah cakap pasal Irman kena culik ke?." "Mana ada. Semalam isteri saya cakap, mama dengan papa nak buat umrah minggu depan. Bertolak tuesday nanti." "Hah? Don’t tell me.." "Ya, diorang memang nak melawat along sekali. So, nak buat apa ni? Diorang mesti hairan kalau Irman tak ada kat rumah. Sekarang bukan summer." Along terdiam. Papa memang tak cukup percaya dengan anak sulung dia ni. Waktu remaja nakal bukan main, pelajaran entah ke mana…dah jadi bapa orang pun, keluarga pula tak keruan… "Along kena jumpa syaitan tu. Mesti." "Saya pun fikir macam tu juga. Kalau along tak bertindak sekarang, pecah rahsia kita. Yang kena nanti, saya juga. Saya tak nak kehilangan isteri dan anak saya." "Alishah tu kan baik? Dia tak terima ke kalau dia dimadukan?." Provokasi along yang satu ini hampir-hampir membuatkan aku terjatuh dari kerusi. Dah menyusahkan aku, dia boleh tanya soalan bodoh macam tu? "Sekali lagi along cakap macam tu, saya tak teragak-agak ceraikan sofea dan korbankan along sekeluarga." Titik. Aku terus menghempas telefon. Bosan. Letih dengan karenah satu-satunya saudara yang aku ada. Mungkin selama ini aku nampak lembut sangat jadi along mengambil kesempatan. Tapi dalam hal ini, Alishah sentiasa yang utama dalam hatiku. Malah aku kadang-kadang jauh lebih sayangkan Alishah berbanding kedua orang tuaku yang sepatutnya wajib aku taati. Mungkin adat orang beristeri memang begini. Tak dapat aku bayangkan kalau aku perlu berpisah dengan Alishah. Tak mungkin. Aku mungkin boleh mati dibuatnya. Aura Alishah terlalu kuat menyelebungi seluruh hidupku. Aku tak pasti kenapa. Sedangkan kami bercinta cuma selepas akad nikah. Baru setahun lebih kami bersama tapi sayangku sudah benar-benar menggila.
Sedang aku elok bermesyuarat, telefon pula bergegar tanda ada panggilan yang masuk. Segan, aku biarkan. Dua minit menjerit akhirnya dia diam semula. Huh! "Tuan, saya.." Suara Hei Wan terpintas. Bunyi gegaran telefonku sekali lagi mengganggu. Kali ini semua orang memfokuskan pandangan kurang senang padaku. Terpaksalah juga aku keluar dari bilik mesyuarat. "Angah!!." "Janganlah jerit, long." Tak selesa. "Along minta maaf. Kau kena buat sesuatu kalau tak nak rahsia kita pecah." Adakah itu ugutan? Terdiam aku menyandar di dinding. "Apa lagi?."
Hancur. Musnah. Ya Allah… Sejak mendengar ugutan ayah sofea, aku rasa terlalu tertekan. Silap sikit, aku mungkin boleh menjadi gila. Ya, perasaanku jadi tak keruan. Emosiku memuncak. Selera hilang. Semuanya jadi serba tak kena di mataku. Di pejabat, PA dan secretary jadi mangsa paling kerap, di rumah…mak mah yang aku hormat pun aku dah pandai kuatkan suara. Tercengang orang tua itu dibuatnya. Nasib baik aku belum pernah menyakiti Alishah dan Asha. Rasanya aku boleh membunuh orang saat ini dan orangnya ialah abang kandungku sendiri. Silapnya. Kebodohannya. Kenapa sampai aku yang jadi mangsa? Kenapa? Itu yang buat aku terasa terlalu bodoh dan kecewa. Kenapa aku ditakdirkan punya saudara sebodoh along? Kenapa tak dia dilahirkan dalam keluarga lain? Atau kenapa tidak dia jadi cacat saja waktu kecil jadi dia tiada peluang menyusahkan dan mendera aku sampai begini sekali? "Kau kena bersama sofea. " Arahan tu bodoh!!! Memperbodohkan. Mungkin kalau lelaki lain tidak kisah malah tak perlu sampai diugut untuk menerpa ikan segar di depan mata seperti sofea tapi aku bukan lelaki begitu. Aku ada harga diri. Alishah padaku ada kedudukannya sendiri yang takkan terserah kepada orang lain lagi. Walau siapa. Walau sampai bila. Cintaku. Diriku. Batinku. Semuanya hanya untuk Alishah seorang. Arghhh!!!!!!!!!!!!!
Kelibat kereta BMW warna biru berkilat papa di garaj tiba-tiba menghantar debar yang bukan kepalang dalam dada. Buat apa mama dan papa datang? Semakin aku hampir ke ruang tamu, semakin lemah rasanya lututku. Kedengaran suara ketawa mama yang pastinya bermain dengan Asha. "Abang?." "Ah?." Alishah. Dia sudah siap berpakaian dengan wajah yang segar turun dari tangga. Spontan aku memandang jam. Pukul 6. Dia mesti baru sampai. "Assalamualaikum." Ucapnya lembut sambil menghadiahkan satu ciuman mesra ke pipiku. Beg kerjaku diambilnya seperti selalu. "Mama dengan papa dah lama sampai ke?." "Mama aje. Papa nanti baru datang." Tali leherku dilonggarkan. "Mama sampai lepas asar tadi mak mah cakap. Rindu dengan cuculah tu.." Segaris senyumku terukir juga akhirnya. Kami sama-sama bergerak ke dapur. Suara mama mengagah Asha semakin jelas. "Assalamualaikum, ma." "Eh, lambatnya kamu balik rumah zik. Dah jam enam." "Abang banyak kerja kat pejabatlah tu, ma." Alishah sudah menjawab. Melegakanku. Sebenarnya kerjaku habis pukul lima lagi tapi aku habiskan sejam di masjid. Bertafakur. Cuba mencari ketenangan dalam diri. Alishah maju ke kabinet. Mencapai cawan, diletakkan satu uncang teh, sedikit gula, sehiris lemon segar dan dituangkan air panas. Walau cuma minuman secawan, diletak juga dalam dulang. Disertakan sepiring kuih koci sebelum dihidangkan padaku. "Sayang tak minum sekali?." "Tak apa. Abang cerita-ceritalah dengan mama. Isha nak tolong mak mah siapkan makan malam. Nanti papa sampai, kita boleh makan jemaah." Satu rancangan yang sangat baik. Dia penat tapi lebih mengutamakan suami dan keluarga mertua. Mulianya isteriku. "Mama datang ni nak khabarkan yang kami dah confirm nak fly pergi mekah hari selasa depan. Nak melawat along sekali." Huh! Mujur sekali ini aku tak terkejut. Kalau tak, mau tersembur teh panas ke muka mama. Nahas aku nanti. "Kamu tak nak ikut sekali ke?." "Hah?." Tak sempat tertahan, terlepas juga air teh dari mulut ke muka mama. "Zikri!!." Kelam-kabut aku mengambil tisu. Tapi Alishah lebih pantas. Dilapnya muka mama dengan tisu, perlahan. Lembut. Kemudian diambilnya sehelai lagi tisu buat mengelap sekitar mulutku yang sudah bersememeh. "Thanks, dear." Sempat aku kucup pipinya. Tersipu-sipu dia. "Entah apa hal anak mama ni ,Isha. Terkejut sampai sembur muka mama." Kecoh mama menjelingku. Yalah, anaknya yang dah 28 tahun boleh minum sampai tersembur. "Abang ingat kat siapa ni? Dreaming?." Sempat pula dia mengusik. "Ingat kat siapa lagi. Kat angel depan mata ni lah." "Thanks." Dilayannya juga gurauanku sebelum dia meminta diri ke dapur semula. Lenggangnya menjadi tatapan mataku sampai dia menghilang di balik pintu. Sedar-sedar mama menyiku lenganku dengan jelingan nakal.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sambung la lagi...
saye x sabar nak bace citer ni lagi..
plssssss