Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Entah mengapa seringkali dia ingin melupakan lelaki itu, dia akan kalah dengan hatinya sendiri. Dia tahu berdosa dia masih menaruh hati pada insan yang bukan miliknya. Lagi-lagi sekarang dia sudah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Sungguh dia tidak pernah merelakan pekahwinan itu. Atas dasar ingin menghormati keputusan dan impian orang tuanya dia sanggup berkorban. Tidak pernah sekali pun orang tuanya menghalang kehendak dan cita-citanya, namun apabila dia memilih untuk tetap setia menanti kekasih hatinya sejak peristiwa itu, dia sendiri akhirnya terpaksa mengalah.
Sudah tiga bulan usia perkahwinan Sara dan Ariff, namun Sara masih menganggap suaminya itu seperti orang asing dalam hatinya. Memang dia akui Ariff seorang lelaki dan suami yang baik, walau kadangkala Ariff seperti berputus asa dengan sikap Sara. Itu hanya pada pandangan Sara. Sara menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri dari segi luarannya. Cukup sempurna, segala-galanya. Namun hanya zahirnya sahaja.
Memang betul mungkin hati tidak boleh dipaksa. Ariff memang tidak pernah lagi dapat mencuri hati Sara. Jauh di sudut hatinya, Ariff telah menyayangi Sara sejak akad menemukan mereka sebagai suami isteri. Sara melayannya dengan baik, namun dia tahu hati Sara masih belum boleh dimiliki. Dia tidak pernah memaksa, tetapi dia juga punya hati dan perasaan. Terdetik perasaan cemburunya apabila melihat Sara menangisi sesuatu kerana lelaki lain. Sungguh dia tidak mahu melihat air mata itu mengalir lagi. Apalah yang dia boleh lakukan lagi. Hati memang tidak boleh di paksa. -------------------------
(2) " Mmm..awak saya nak minta izin keluar petang ni boleh?" " Awak nak pergi mana?" Ariff cuba berlembut. " Mmm..sa..saya..". Sara kematian kata-kata. Ariff memandang lembut wajah Sara. Sara hanya menunduk apabila pandangannya bertembung dengan mata Ariff. " Saya izinkan…" Ariff terus bangun dari tempat duduknya di meja itu. Tadi dia bersarapan bersama-sama Sara. Sara buru-buru bangun. Lantas dia mengejar suaminya dan menggapai tangan Ariff untuk disalami. " Awak…saya minta maaf..saya nak minta izin keluar jumpa kawan saya..". Sara menyalami tangan Ariff dan menciumnya. Ariff tidak lepas memandang Sara, tangan Sara juga digenggam erat. Sara gelisah melihat perlakuan Ariff. " Tapi..kalau awak tak izinkan saya takkan pergi". Cepat-cepat Sara menarik tangannya dan menjauhkan diri sedikit dari Ariff. Ariff terkejut dengan tindakan Sara. Namun akhirnya dia tersenyum. Lantas dia mendekati Sara dan mengucup dahi isterinya itu.
--------------------------
Setelah habis waktu kerjanya tadi, Sara terus memandu keretanya ke sebuah restoran. Dia ingin menemui seseorang. Seseorang yang telah lama mencuri hatinya. Dia tahu tidak seharusnya dia menemui lelaki itu, namun desakan hatinya yang menyuruh dia menerima pelawaan lelaki itu. Ariff suaminya. Lelaki itu…pemilik hatinya. Memang dia rasa bersalah terhadap Ariff. Tapi…dia kalah dengan dirinya sendiri dalam mengatur hidupnya sebagai seorang isteri yang baik dan mulia.
Sewaktu Ariff mengucup dahinya tadi, pada mulanya dia terkejut. Namun dalam tidak sedar dia merelakannya. Dia juga dapat mendengar dengan jelas Ariff mengucapkan ‘saya izinkan’ di telinganya. Ya…tapi dia juga mendengar perkataan yang lain. ‘Saya sayangkan awak’. Dia terharu mendengarnya, namun apabila mengenangkan Zammil dia terus memadamkan perasaannya itu. Terlalu kerdilkah Ariff selaku suaminya dibandingkan dengan Zammil?? Sara tidak punya jawapan itu. Setiap kali dia membandingkan Ariff dan Zammil, hatinya degil ingin berpihak kepada pemilik hatinya itu. Walau akal kadangkala berpihak pada sebaliknya, terlalu keras hatinya menidakkan. Ahh perasaan…
" Sara..". Zammil memandang gadis di depannya itu. Sungguh dia masih menyintainya seperti dahulu, namun keadaan sekarang sudah tidak sama. Sara sudah bergelar isteri kepada seorang suami, manakala dia juga sudah bergelar tunangan gadis lain. Memang bukan kehendak mereka. Tetapi takdir itu telah terlukis buat mereka. Entah di mana silapnya. Dia sendiri tidak dapat mengetahuinya. Dia sendiri sebenarnya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perkahwinan Sara dengan lelaki lain. Tetapi fikirannya masih waras untuk berkelakuan negatif.
" Am..Sara tak mampu nak terima dia…hati Sara hanya untuk Am". Sara memandang sayu ke arah Zammil. Zammil membuang pandang ke arah lain. " Sara..tujuan Am nak jumpa Sara ni ada perkara yang kita perlu selesaikan di sini". " Maksud Am?". Sara mengharap pengertian. " Sara…Am tak nak Sara terus macam ni..Sara sendiri tahu kan berdosa seorang isteri masih menaruh hatinya pada lelaki lain yang bukan bergelar suaminya…kita kena terima kenyataan ni yang kita bukan ditakdirkan untuk bersama, Sara untuk suami Sara…Am untuk bakal isteri Am…Am nak Sara kuat hadapi hakikat ni…berhentilah menyintai Am…Am juga telah melakukannya". Menitis air mata Sara apabila insan yang dicintainya selama ini mahu dia berhenti dari mencintainya, dan ia keluar dari mulut lelaki itu sendiri. " Sara..jangan terus bazirkan air mata Sara untuk Am..Am tak nak lihat Sara macam ni…Sara kena kuat…simpan air mata tu. Am tahu Ariff memang lelaki yang baik untuk Sara. Sara layak bahagia bersama dia. Dia juga layak mengecapi bahagia itu Sara…Carilah kebahagiaan itu bersama dia".
" Am bahagia dengan Misha?". " Sara…kalau Sara terus bersikap sarkastik macam ni…Sara tak kan jumpa kebahagiaan tu". " Sekarang Sara tanya Am..Am bahagia tak bersama Misha?". Sara mengulangi soalannya. " Sara…Misha adalah jodoh Am…Am terima seadanya dia dalam hidup Am sebagaimana dia menerima Am sekarang". " Jadi?". " Jadi Sara juga kena percaya Ariff adalah pilihan terbaik Allah untuk Sara…Sara kena terima kehadiran dia..belajarlah menyintainya…Am yakin suatu hari nanti Sara akan dapat terima dia dalam hidup dan hati Sara…dia berhak Sara…". " Tapi Sara…Sara masih cintakan Am…". Sara masih mahu berkeras. " Cukup Sara…cukup sampai sini cinta kita..ia dah berakhir…kita masing-masing dah ada jalan hidup kita sendiri, situasi sekarang dah tak macam dulu. Sara kena selalu ingat dan sedar Sara dah jadi isteri kepada suami Sara. Lupakan kisah kita..bukalah hati Sara untuk dia…". Zammil memandang tepat mata Sara. Sara juga membalasnya. Namun hanya sebentar apabila Zammil memandang ke arah lain. " Ini kali terakhir kita jumpa..lepas ni Am nak Sara cuba belajar lupakan semua pasal kita, Am akan ke Jepun dengan Misha lepas kami kahwin". Sara sekali lagi memandang tepat ke arah mata Zammil. Namun dia hanya terdiam dan hanya mendengar. " Jaga diri baik-baik". Setelah itu Zammil terus bangkit dan beredar meninggalkan Sara. Sara hanya memandang dengan ekor mata langkah pemergian Zammil, dan tidak lama selepas itu dia berlari ke keretanya dan menangis semahu-mahunya. Tanpa disedarinya ada mata yang memandang dari jauh. Mata itu juga turut sayu melihat Sara sedemikian.
best... xpt2 sambung k.. hope boleh wt lebih panjang..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam...hrp sape2 yg baca dpt bg komen...ni novel pertama yg sy hntr kat cni slps 3 cerpen...selamat membaca...thanks...