Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
“Aiii….awalnya kau datang rumah aku, Daud!" tegur Dato’ Razali menghampiri teman baiknya. Sudah 50 tahun, mereka bersahabat baik. “Kenapa salah ke?" “Tak salah. Kedatangan kau selalu aku alu-alukan tapi kot ya pun, kau tengok la dulu sekarang ni time berapa?" Dato’ Razali mengerling ke arah jam dinding di ruang makan. "Alah, itu pun kau nak berkira." Tan Sri Daud menggunyah kuih karipap yang dihidangkan di hadapannya tanpa mempedulikan kata Dato’ Razali. "Ini mesti bergaduh dengan Daniel?“ teka Dato’ Razali "Mana ada?" "Alah, macam la aku tak tahu perangai kau. Setiap kali kau bergaduh dengan Daniel pasti kau lari ke rumah aku." Dato’ Razali ketawa. Sejak dari dulu lagi, bila gaduh dengan cucunya saja. Sahabatnya itu akan datang terus ke rumahnya. Macam budak-budak. Merajuk la konon. "Malas aku nak layan kau." Tan Sri Daud menjeling ke arah Dato’ Razali yang duduk berhadapan dengannya. "Kali ni kau bergaduh pasal apa pulak dengan Daniel?" Tan Sri Daud menarik nafas panjang seketika. "Pasal projek hotel 5 bintang kat Batu Feringgi." "Ada masalah ke?" "Pada saat akhir, mereka ubah fikiran. Nak kami bayar 4 kali ganda dari harga asal." "Macam mana boleh jadi macam tu? Bukan ke perkara tu dah settle dah. Just nak sign agreement je" "Kerja siapa lagi kalau bukan kerja Si Johari tu. Dia ingat aku tak tahu apa dia buat kat belakang aku selama ni. Kalau bukan disebabkan janji aku pada arwah abang aku, dah lama aku kerjakan Si Johari tu. Tamak dan tak kenang budi." Tan Sri Daud naik menyampah bila menyebut nama anak saudaranya itu. "Dah settle ke belum problem tu?" "Dah!" "Yang kau bergaduh dengan Daniel pasal perkara ni, kenapa? Kan dah settle." Dato’ Razali mengerutkan dahinya. "Yang aku geramnya, dia ubah syarat pembelian tanah tu tanpa persetujuan aku. Mana aku nak naik angin." "Perkara kecil ni pun kau nak perbesarkan. Kau sendiri pernah cakap, projek ni kau serahkan bulat-bulat kat Daniel. Kalau dia buat apa-apa pun, kau benarkan. Asalkan projek ni berjalan dengan lancar. Kau dah lupa ke?" Tan Sri Daud terdiam seketika. Betul ke aku pernah cakap macam tu? Ya ke? "Dah lupa la tu. Kau ni! Teruk la. Tak pasal-pasal Daniel kena marah. Kalau budak tu lari, kau yang susah nanti kot." “Biarlah dia lari. Aku tak rugi pun." Tan Sri Daud bercakap besar. "Jangan kau menyesal sudah la. Dania?" "Dania! Itu lagi satu. Asyik sebelahkan adiknya saja. Mana tak naik tocang Si Daniel tu." Dato’ Razali menggelengkan kepalanya. Salah cucu nampak sangat. Salah sendiri tak pernah nampak. Daud! Daud. "Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan perangai Dania. She’s so unpredictable. Sepanjang aku besarkan dia, dia tak pernah menangis atau marah. Aku marah macam mana sekalipun, dia tetap tersenyum. Macam tak ada perasaan langsung. Kalau dia ada masalah, tak pernah dia beritahu aku. Dia akan selesaikan sendiri.Tapi aku respect bila Dania uruskan perniagaan, dia amat berkaliber. Dia bijak dan licik." "Macam kau?" Dato’ Razali mencelah dan ketawa. “Ya macam aku." Kata Tan Sri Daud geram bila sahabatnya itu mencelah. “Aku dengar cerita Dania beli 30% saham syarikat Dato’ Shahrul. Betul ke?" tanya Dato’ Razali. Dia terkejut bila mendapat tahu chalet milik Dato Shahrul di Pulau Tioman dibeli oleh Dania. "Hmmm....Ya. Biasa la bila ada orang cuba nak kenakan adiknya, dia pun apa lagi mula la. Jangan harap la orang tu nak terlepas." Tan Sri Daud mengeluh. Kadang-kala dia sendiri juga takut dengan Dania. Dia boleh lakukan apa saja. "She’s so protective of Daniel, right." “Yes." Jawab Tan Sri Daud. “Kau dah beritahu Dania yang Hairi akan balik minggu depan?“ "Sudah.“ "Dia kata apa?“ soal Dato’ Razali. Hairi merupakan cucu tunggalnya yang kini sudah tamat menyambung pelajaran di UK. “Apa lagi? Dia hanya tersenyum saja. Tak cakap apa-apa pun. Zali, kau rasa perbuatan kita ni betul ke? Maksud aku, mereka tak pernah berjumpa langsung. Sepanjang mereka bertunang, tak pernah pun mereka berhubung antara satu sama lain. Lagipun Dania tu lain sikit, aku takut Hairi tak suka nanti." Tan Sri Daud meluahkan kebimbangannya. "Perkara tu kau jangan risau. Biar mereka berjumpa dulu" kata Dato Razali sambil fikirannya memikirkan tentang Hairi.
******************************
"Wah, kebelakangan ni aku tengok kau happy nampak! Maklumlah ada orang datang jumpa setiap hujung minggu. Siapa? Sugar daddy kau?" perli Melissa sewaktu menghampiri meja Halina di bilik kuliah. "Kau nak apa lagi, Melissa. Sehari kalau kau tak cari pasal dengan aku, tak boleh ke?"Halina merenung wanita yang sedang berdiri dihadapannya. "Biasalah. Mulut aku! Suka hati akulah nak kat siapa. Yang pasti orang tu mestilah kau." Halina menggelengkan kepalanya. "Kenapa? Tak cukup lagi ke dosa yang kau tengah tanggung sekarang ni? Nak tambah lagi? Kau teringin sangat ke nak masuk ke neraka?" balas Halina. Salwa yang duduk di sebelah Halina ketawa. Wajah Melissa tiba-tiba berubah. "Kau! Mulut kau memang tak ada insurans. Kau tak kenal siapa aku lagi." Melissa menunding jari ke Halina. Halina hanya tersenyum. Siapa suruh kau cari pasal dengan aku? Tiap-tiap hari kalau kau tak rosakkan mood aku memang tak sah. "Aiii....terasa pulak ke? Biasalah. Mulut aku! Suka hati la aku nak kata kat siapa." Halina mengulang kembali ayat yang dituturkan oleh Melissa tadi. "Kau!" Melissa cuba menahan kemarahannya. Semua pelajar yang berada di situ memerhati ke arah mereka. "Apa! Hey, Melissa. Aku datang sini semata-mata untuk belajar bukan nak bertikam lidah dengan orang yang tak bertamadun dengan kau. Tahu nak bergaduh dengan orang saja. Tak malu ke?" Belum sempat Melissa ingin bersuara. "Melissa, kau ni kalau tak buat kecoh satu hari tak boleh ke? Asyik nak cari salah orang saja. Kalau kau tak nak belajar kat sini, baik kau blah. Orang macam kau ni aku dah naik meluat. Betul tak, girls!" kata Sarimah menoleh ke arah kawannya yang berada di situ. Semua yang berada di situ bersorak sebagai tanda setuju akan kata-kata Sarimah. Mereka semua tak suka dengan sikap Melissa yang dengki dan berlagak. "Hey, Sarimah!" Melissa menuding jari ke arah Sarimah. "Apa! Kau nak cari gaduh dengan aku pulak? Marilah! Aku tak takut dengan kau la. Kalau kau nak sangat rasa tumbukkan aku ni, boleh je. Sudah lama aku tak belasah orang." Melissa menelan alr liur pelahan-lahan apabila mendengar kata-kata Sarimah. Kat UPM, siapa yang tak kenal Sarimah. Naib Pengerusi Kelas Cekak Hanafi lagi. Cari pasal dengan Sarimah, mampus aku. Tak pasal-pasal teruk muka aku dibelasahnya nanti. Baik aku blah. Halina melihat Melissa sudah beredar. Melissa duduk di tempat duduknya sambil matanya masih lagi merenung Halina seolah-olah tidak puas hati dengan apa yang berlaku. "Lina, kalau si minah gila ni cari pasal dengan kau. Kau beritahu aku saja. Tahulah aku nak ajar dia nanti." kata Sarimah. "Thanks, Sarimah!" Halina tersenyum Melissa hanya mendiamkan dirinya sahaja.
**************************
"Kakak, nak pergi ke mana ni?" tanya Daniel melihat Dania. "Daniel! Nasib baik, Daniel dah balik. Kakak nak pergi berkhemah petang ni.“ Halina menggalas beg yang dibawanya. "Berkhemah? Kakak, dah lupa ke? Esok kita kan ada meeting dengan ahli lembaga pengarah. Dan kakak nak berkhemah di mana?" Daniel melihat Dania membawa beberapa barang untuk berkhemah. Irfan hanya mendiamkan diri dan setia berada di sebelah Daniel. "Dekat je. Esok awal-awal pagi kakak balik. Bye...." Dania tersenyum dan terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Daniel yang tercengang. "Kakak!" jerit Daniel. Dania hanya tersenyum dan melambai tangan. Irfan hanya memerhati gelagat kakaknya. Irfan teringat kembali sewaktu pertama kali berjumpa dengan Cik Muda. Waktu itu dia telah menolong seorang wanita yang begnya telah diragut oleh peragut. Ketika itu Cik Muda berada di situ dan dia juga menolong menangkap peragut tersebut.Semasa berada di balai polis, Cik Muda memberi kad namanya dan menyuruhnya berjumpa dengannya di pejabat keesokkannya. Katanya ada perkara yang ingin dibincangkannya. "Saya tahu kamu akan datang." Dania tersenyum bila melihat lelaki yang berkulit sawo matang yang berdiri jauh darinya. Seolah-olah takut akan Dania. Irfan memerhati keadaan sekeliling pejabat wanita tersebut. Mewah giler. "Errr...kenapa Cik Muda nak jumpa saya?" tanya Irfan. Sewaktu dia menunggu di luar tadi, pekerja di situ memanggil wanita tersebut dengan panggilan Cik Muda. Mesti wanita terhormat. "Irfan Sazali B. Salim. 24 tahun. Baru 4 bulan keluar dari penjara atas kesalahan mencuri. Berasal dari Puchong. Anak sulung dari 4 beradik. Tamat Sekolah Menengah saja." Dania membaca profil Irfan. Irfan terkejut. Macam mana dia tahu tentang aku? Dia siapa? Irfan merenung wanita yang sedang duduk di kerusi. "Awak berminat tak bekerja dengan saya?“ "Apa!" Irfan lagi terkejut. "Ya. Works with me. Saya tahu awak sedang mencari kerja sekarang ni." Eh, macam mana dia tahu aku sedang cari kerja. Sudah lama dia cari kerja tapi tak dapat atas sebab kerana dia mempunyai title banduan. Kebanyakkannya memandang rendah akan dirinya. "So? Awak suka ke tak?" “Tapi saya…….ni bekas banduan." Irfan berterus-terang. "Ada. Saya kisah." Dania tersenyum. Dia bangun dan terus menghampiri Irfan. “Apa yang saya perlukan hanyalah kesetiaan dan kepercayaan awak sahaja. Itu saja. Gaji awak setiap bulan adalah RM 5 ribu. Setuju?" tanya Dania. “5 ribuuuu…………." Bulat mata Irfan mendengarnya. Banyak tu. Sebulan gaji aku RM 5 ribu. Aku bukan ada ijazah pun. "Kenapa? Tak cukup ke?" "Takkk......Itu dah lebih dari cukup, Cik Muda." "Bagus. Awak akan bekerja sebagai pengawal peribadi adik saya, Daniel. Dia akan balik dari Ireland hujung minggu ni. Awak akan jaga keselamatan adik saya malah ....setia padanya walauapapun." tegas Dania. Irfan menganggukkan kepalanya. "Dan awak perlu setia pada adik saya saja. Jika satu hari dia akan menentang saya, awak tetap akan setia padanya. Faham!" Dania hanya tersenyum Sehingga kini, Irfan masih tidak faham apa yang Cik Muda hendak sampaikan. Mustahil Tuan Muda akan menentang Cik Muda. "Irfan!" panggil Daniel. Sudah beberapa kali dia memanggil Irfan namun tiada respon. "Irfan!" Irfan terkejut. "Ya!" "Kamu tak sihat ke, Irfan?" tanya Daniel. Selama ini dia tak pernah menganggap Irfan sebagai pekerjanya tetapi sebagai sahabatnya. "Sihat.“ Irfan mula gelabah. "Kamu ni. Saya dengar beberapa kelab malam Uncle Johari ditutup, kenapa?“ "Disyaki terlibat dengan sindiket pelacuran, Tuan Muda." "Apa!" Daniel menggelengkan kepalanya. Apa nak jadi dengan Uncle Johari ni? Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada. "Tuan Muda, saya dapat tahu sebelum pihak polis menyerbu tempat tersebut!" Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa yang akan mendengar apa yang dia ingin cakapkan. "Konco-konco Ali juga berada di situ." "Apa!" Daniel terkejut. Ali? Apa dia buat di situ? Adakah kakak juga terlibat sama? Ali hanya setia pada kakaknya. Setiap arahan kakaknya akan dia patuhi tanpa soal. Kadang-kala dia juga hairan. "Dengar kata semua yang masalah timbul di Batu Feringgi dan tender Dato’ Shahrul adalah kerja Uncle Johari. Jadi, ini hanyalah sebagai tanda amaran dari Cik Muda." beritahu Irfan. Daniel hanya mengeluh. Kenapa Uncle Johari tidak puas hati dengannya? Apa salahnya? Sedangkan mereka adalah sekeluarga.
*************************************
Johari terus menumbuk muka Omar. Omar jatuh terduduk. Dia tidak berani melawan majikannya. Mansur dan Sheila hanya memerhati. "Macam mana kelab kita boleh kena serbu, hah?" jerkah Johari. Matanya merenung orang bawahannya seolah-olah ingin membunuhnya. Tiga buah kelab malam miliknya diserbu oleh pihak polis. Dia sudah kerugian RM 5 juta disebabkan perkara ni. "Bukan ke tiap-tiap bulan, kita bayar kat si Khalid sebagai pemberi maklumat kita bila ada operasi polis. Mana dia? Makan gaji buta ke?" "Bbbbossss....Khalid dah kena tangkap sebab terlibat dengan kes rasuah semalam." tergagap-gagap Omar memberitahu pada Johari. "Apa?" "Papa, tak rasa pelik ke? Dalam masa yang sama Khalid kena tangkap lepas tu kelab kita kena serbu. Does it mean something for you?" Sheila tiba-tiba bersuara. Johari diam seketika. Betul jugak kata anaknya. Seperti telah dirancang. "Konco-konco Ali ada datang ke kelab kita. Selepas beberapa minit mereka keluar, pihak polis datang." "Dania!" jerit Johari. Hatinya benar-benar panas. "Aku rasa dia pasti nak balas dendam pasal apa yang berlaku di Batu Feringgi dan tender Dato’ Shahrul." kata Mansur. "Kan Shiela dah kata, kalau papa cari pasal dengan Daniel. Inilah akibatnya." kata Shiela lagi. Sejak dulu lagi, dia tidak setuju dengan rancangan papanya untuk menjatuhkan Daniel. "Kenapa? Kau sayang sangat kat Daniel tu sampai sanggup nak menentang papa kau sendiri." marah Johari. "Bukan la. Maksud Shiela, selama ni yang selalu berikan masalah pada papa adalah Kak Dania. Bukan Daniel. Papa uruskan Kak Dania sudah la. Yang papa nak kenakan Daniel sekali tu kenapa?" "Kau ingat Daniel tu baik sangat. Dia tu sama saja macam kakaknya cuma dia belum tunjuk taringnya lagi." kata Johari lagi. Anaknya tu terlalu taksub sangat dengan Daniel. Pada hakikatnya, Daniel langsung tidak pernah melayannya langsung. "Papa ni!" Shiela mula merajuk. "Apa? Baik kau balik. Jangan peningkan kepala papa lagi." arah Johari kepada anak perempuan tunggalnya. "Itulah papa dari lagi, Shiela dah suruh papa bunuh saja Kak Dania tu tapi papa tu baik sangat. Kalau Kak Dania mati, tak payah la papa nak pening kepala macam ni lagi." kata Shiela lagi. Johari menjegil ke arah anaknya. "Kau ingat papa bodoh macam kau ke?" marah Johari. Macam la aku tak pernah cuba nak bunuh si Dania tu tapi cubaan tersebut gagal disebabkan oleh Ali. Orang suruhan Dania yang bodoh tu. Sentiasa berada di sisi Dania walau di mana Dania berada. "Baik, kau balik! Balik!" jerkah Johari. Kehadirannya anaknya itu hanya menyusutkan otaknya saja. "Papa!" jerit Shiela bila dihalau oleh papanya. "Balik!" jerit Johari sambil jari telunjuknnya menunjukkan ke arah pintu. Mansur hanya mendiamkan dirinya. Dia malas nak masuk campur. Ini urusan mereka anak-beranak. Shiela terus keluar sambil membuat mimik muka sebagai tanda tidak puas hati dengan layanan papanya. Pintu bilik ditutup dengan kuat.
ehk!!...apsal penulis lain and cerita pun lain.....d previous one was aqeela naqiyah or something, but now its azimahlily??? salah criter ker??? or tajuk sama????
Miss PA said; aikk pelik...... ajaib... confused...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ehk!!...apsal penulis lain and cerita pun lain.....d previous one was aqeela naqiyah or something, but now its azimahlily??? salah criter ker??? or tajuk sama????
DiYaNN