Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku membuka warkah terakhir pemberian Amirul Hassan dengan berhati-hati. Tanganku terketar-ketar ganas. Ku lihat tulisan jawi milik Amirul Hassan amat cantik dan kemas sekali. Hatiku berombak kencang memandang lipatan warkahnya kali ini. Terasa ada belati yang menusuk-nusuk jantungku. Andai luka ditangan dapat ku balut dengan kemasnya,namun luka menatap warkah terakhir ini membuatkan aku hilang arah.
Assalamulaikum:
Kehadapan Amani yang tersayang.
Terlebih dahulu Amirul memohon sejuta kemaafan seandainya kehadiran warkah ini membuatkan jiwa Amani tidak tenteram. Amani……terasa berat untuk Amirul perkatakan,jauh di sudut hati yang dalam,cinta dan sayang yang pernah kita cipta tidak akan padam biar gelora datang bertandang. Namun siapalah Amirul di mata Amani,sekadar layak digelar lelaki pengecut yang takut untuk mempertahankan maruah cintanya.
Maafkan Amirul entah yang ke berapa kalinya. Amirul nak Amani tahu,cinta yang telah Amirul semai buat seorang gadis impiannya tidak akan pudar walau nyawa berada di hujung pedang. Hakikat yang terpaksa diterima,Amirul bukan lelaki sejati dalam mempertahankan cintanya. Jiwa ini meronta-ronta saat ijab yang Amirul cuba lafaskan diragut Ummi secara paksa. Amirul hilang arah bila impian kita musnah secara paksa. Puas Amirul bertegang urat dengan Ummi,tapi jawapan Ummi tetap sama………..sampai matipun Ummi tak akan merestuai perkahwinan kita. Apa ertinya sebuah perkahwinan yang nampak sempurna di luarnya tapi di dalamnya penuh kecacatan. Amirul tahu,keputusan mengikut kata hati Ummi,bukan sahaja membunuh rasa hormat seorang anak pada ibu sendiri,tapi secara tidak langsung telah membunuh rasa cinta pada wanita lain.
Maafkan Amirul lagi,saat Amani bertandang ke rumah setahun yang lalu,Amirul tidak ubah seperti boneka tolol. Jauh di sudut hati,terasa ingin melepas rindu yang lama bernanah. Namun rasa rindu yang terpahat mula gugur menyembah bumi bila terpandang wajah Ummi. Penat rasanya bertegang urat. Cukuplah berkali-kali Ummi mengelar diri ini anak derhaka. Tak sanggup rasanya mendengar sumpah seranah Ummi yang mengaku dirinya hebat dan mulia.
Cerita yang perlu Amani ketahui,Amirul menangis saat Ummi ingin menjodohkan Amirul dengan Liza sepupu sendiri. Ummi tetap meneruskan hajatnya,biar dia tahu………….Amirul tidak akan menerima wanita lain selain Amani. Saat itu,diri ini tak ubah seperti patung wayang kulit,Ummilah yang mencorak perjalanan hidup Amirul. Seperti lembu dicucuk hidung,Amirul sekadar mengikut dan memerhati tingkahnya.
Amani………….saat Amirul kehilangan arah diri,Amirul cuba bangkit dari kekecewaan demi meneruskan kelangsungan hidup. Semakin Amirul berusaha menghapus kenangan,hidup ini semakin merana. Bagi diri ini,kenangan yang kita lakar saat kita Di SMAP Labu,masih subur menguntum. Sebesar dan sekuat mana azam Amirul,kuat lagi memori yang bertandang.Amani……….biarlah, warkah Amirul kali ini dapat membangkitkan kenangan kita lewat musim yang lalu biarpun ia mungkin tidak akan membawa apa-apa makna.
Bila mengenang sejarah pertemuan kita…………..,Amirul akan tersenyum sendiri. Betapa bodoh dan tololnya diri ini kerana tersilap mengambil sepatu kepunyaan orang lain sebaik sahaja keluar dari makmal komputer. Amani pun tahu,semua warga SMAP Labu tahu,Amirul adalah lelaki paling pemalu yang bertapak di bumi Labu. Betapa kejamnya hati ini,tidak pernah mengambil tahu perihal kelas sendiri semata-mata mempertahankan sifat pemalu yang tak bertempat. Sampai saat tertukar sepatu,Amirul tidak sedar ada seorang gadis ayu berada dalam kelas kita. Amani…………seandai sejarah dapat diputar,ingin rasanya Amirul merubah sejarah lampau agar dapat merentas kebahagiaan dengan lebih manis lagi.
Ingat lagi ungkapan ini " Ma…..ma….maafkan saya,ambil balik sepatu awak. Tak senghaja". Sampai saat ini,Amirul tak akan lupa. Itulah pertama kali dalam hidup,Amirul berinteraksi dengan perempuan. Amani tahu……….jantung ini bagai mahu pecah semata-mata mahu menuturkan perkataan maaf di hadapan perempuan semanis Amani. Saat itu,Amani sekadar memberikan secalit senyuman. Namun ……..Amirul nak Amani tahu,senyuman pertama itulah yang berjaya melekat kukuh di hati hingga terbit rindu dan cinta.
Mulai detik itu,kita mula memahami hati budi masing-masing. Betapa ruginya…………saat manis itu telah lama hilang. Ketulusan dan kemurnian hatimu benar-benar menyemarakkan api cintaku. Biar apa pun yang terjadi,harapan Amirul……….jangan sesekali ada sekelumit benci bersarang di hati kita. Relakanlah apa yang terjadi,anggaplah apa yang Tuhan berikan untuk kita sebagai rencah kehidupan yang harus kita tempuhi walaupun kadang kala apa yang dizahirkan untuk kita bisa membuatkan kita menangis. Itulah namanya kehidupan. Tidak akan dinamakan kehidupan,jika di dalamnya Cuma ada sebaris perkataan yang tertera dengan perkataan KOSONG.
Amaniku sayang……………dapat Amirul rasakan,detik yang akan menyatukan Amirul dan Hasliza sudah semakin hampir. Izinkan Amirul memperisterikan Liza demi melihat kebahagiaan Ummi. Namun …………dapat Amirul rasakan,harapan Ummi yang mengunung tinggi tidak akan tertunai. Entahlah………..sejak akhir-akhir ini,terasa bayang kematian seolah-olah amat mersa menyapa diri ini. Agaknya inilah yang dinamakan "pertemuan" sejati seperti yang disampaikan Oleh Ustazah Salmi dulu. Apa pun yang terjadi,harapan Amirul,sudilah kiranya Amani hadir buat kali terakhir di hadapan Amirul agar dapat menyerah kemaafan yang belum tertunai lagi. Amirul benar-benar berharap agar pertemuan terakhir kita akan menjadi ingatan paling manis sebelum mata ini terpejam buat selama-lamanya.
Maafkan salah silap Amirul selama ini. Andai janji Tuhan datang dulu,izinkan Amirul menyimpan rasa cinta milik kita buat selama-lamanya. Biarlah nyawa menjemput kita,namun cinta yang Amani berikan untuk seorang lelaki bernama Amirul Hassan, akan tetap bertahan dijiwanya.Itulah tanda cinta Amirul buatmu sayang .Sebesar dan seteguh mana dugaan yang mendatang,percayalah ia tidak mampu memadam rasa cinta yang kian membara. Maafkan Amirul buat terakhir kalinya,dan seandainya masih ada cinta dihati Amani,taburkanlah secekak mawar dan kemboja andai nanti pertemuan yang diharapkan hanya menjadi tanda tanya.………………………..
Salam sayang Amirul Hassan Razlan
Warkah pilu Amirul ku lipat kembali. Aku gagal membendung kesabaranku. Air mataku gugur jua akhirnya. Ternyata Amirul masih menyimpan rasa cintanya untuk ku. Abang Zaky memandangku dengan pandangan yang pilu . "Kenapa Amani……………?". Aku mengeleng-gelengkan kepalaku. Malunya aku………..bila tangisanku telah mengejutkan abang Zaky yang lena sejak tadi. Kak May May yang sedang memandu,sekadar memandang wajahku dari cermin pandang belakang.
Aku membiarkan sahaja pertanyaan abang Zaky. Biarlah aku sendiri menahan rasa di jiwa. Ku perhatikan Banjaran Titiwangsa yang tegak berdiri. Terasa damai seketika hati ini bila melihat kabus pagi menyapa perjalanan kami. Namun segalanya tidak lama,bila kenangan pertama bersama Amirul mengetuk pintu hatiku. "Tak apalah,awak kan tak senghaja. Nama saya Aisyah Amani. Saya berasal dari Muar Johor. Nama awak siapa?. Saat itu ku lihat wajah Amirul bagaikan ditoreh tidak berdarah. Aku yang memerhatikan tingkahnya tersenyum sendirian. Tidak ku duga,dizaman moden seperti ini,masih ada umat manusia yang pemalu sepertinya.
"Eh…..eh…..nama saya Amirul Hassan. Saya berasal da……dar…..dari Sungai Daun,Alor Star Kedah". Saat itu ku lihat mukannya merah bak udang di bakar. Aku pula sekadar memandang wajahnya yang tersipu-sipu malu. Jahatnya aku menyiksa jiwa Amirul dengan memandangnya secara berterusan wajahnya. Seperti kucing mahu beranak,Amirul memusing-musingkan tubuhnya. Sekejap-sekejap dia menoleh ke belakang,sekejap-sekejap dia mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Aku menjadi bertambah seronok melihat aksi lawak jenaka secara sepontan."Eh…..saya balik dulu ya. Nanti warden nampak,nahas kita". Geramnya aku saat itu bila Hana kawan baikku mencuit pinggangku. Ku perhatikan Amirul sekadar menyengih melihat aku berlalu pergi.
"Kau ni Hana………..langsung tak bagi peluang kat aku nak bual-bual dengan buah hati". "Amboi,birah nampak!!! Selama ni,kau langsung tak pandang muka mamat pemalu tu walau dia Cuma kat belakang kau kan. Apa mimpi……….?" . Aku memandang wajah Hana. "Bukan apa Hana……………selama sebulan lebih aku kat sini,tak pernah aku dapat kenal walau seorang kawan dalam kelas kita kan secara rapat terutamanya lelaki.. Semua buat hal masing-masing. Yang perempuan dengan dunia mereka,yang lelaki juga macam tu. Aku teringin gak nak berkawan macam mana kau berkawan dengan Haikal Aiman tu……… ". Hana membesarkan biji matanya. "Aku lain dengan kau,aku dan Haikal Aiman dah belajar kat sini sejak kami tingkatan satu lagi. Aku dan dia pun tak ada apa-apa. Kawan biasa je…………Tak kan nak jelous kot. Kau kena ingat tau,kau tu budak baru kat sini macam si Amirul Hassan". "Belagaklah tu…………."Ku halakan tangan comelku ke pipi Hana."Rasakan". Hana mengadu kesakitan bila pipinya yang gebu ku cubit halus.
Sejak kejadian tertukar sepatu,hubunganku dan Amirul menjadi mesra. Dua tahun kami memperkukuhkan persahabatan kami di bumi SMAP Labu dengan begitu indah sekali. Takdir Tuhan memang hebat. Selepas keputusan cemerlang dalam SPM,kami sama-sama menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang yang sama iaitu Pengajian Ilmu Wahyu. Jodoh kami berpanjangan lagi bila kami ditakdirkan belajar di Maktab Perguruan Raja Melewar tika menyambung pengajian untuk kursus KPLI. Hebatnya perancangan Tuhan,sekali lagi aku dan Amirul ditempatkan di sekolah yang sama ketika kami mula-mula posting. Pertemuan demi pertemuan yang kami lalui,akhirnya membenihkan cinta di hati. Betapa bahagianya saat cinta berputik. Namun akhirnya saat manis yang kami lalui tidak berpanjangan. Gelora yang bertandang telah meragut seluruh kebahagiaan yang seakan berada dalam gengaman.
Air mataku mengalir lagi tapi kali ini tiada esak kedengaran dalam ruang MPV kak May May. Dalam sendu yang berpanjangan,ada sejalur kenangan terindah melakar perjalanan hidupku. Aku memandang wajah mak dan abah yang lena sejak tadi. Di luar hujan renyai mula melebat seolah-olah mengerti gelora yang bersarang dihatiku. Aku biarkan bebola mataku memandang deretan pepohon hijau yang mengiringi perjalanan kami. Saat hujan lebat membasahi bumi,hatiku dipagut rasa rindu yang dalam. Biarlah semuanya seakan berakhir…………aku perlu kuat menangkis gelora demi meneruskan kelangsungan hidup yang tak pasti. Apa pun yang terjadi,doaku agar Tuhan mengutuskan aku seorang lelaki yang mulia,penyabar agar bisa menyemai kembali benih-benih cintaku yang telah pudar warnanya.(Nukilan: kayaizzat)
ni y last ke?or de lg sambungan?cte ni byk mngjar kte spaya mnjdi sorg y kuat.jgn trlalu mnangisi dgn ape y tjdi.sblik nye jd kn ia sbgai pmbakar smngat utk trus bjuang.gd job.
Tanpa nama: Saya bukan bekas pelajar smap labu,tapi saya pernah menjalani praktikum sbg guru pelatih di SK Labu Ulu(bersebelahan smap labu)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ni y last ke?or de lg sambungan?cte ni byk mngjar kte spaya mnjdi sorg y kuat.jgn trlalu mnangisi dgn ape y tjdi.sblik nye jd kn ia sbgai pmbakar smngat utk trus bjuang.gd job.