Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mama memang lagi suka kalau kamu berhenti kerja saja. Bukan Bad tak boleh nak tanggung kamu. Duduk saja di rumah. Jaga makan pakai suami kamu," Dayana bungkam. Tunduk menahan rasa. Mahu menjawab. Tetapi, dia sedar, dia bukan berdepan dengan ibu atau ayahnya. Di hadapannya kini, ibu mertuanya. Dia tidak boleh melawan sesuka hati. Namun, satu perkara yang nyata, dia sudah mula rimas berada di kerusi ini. Berhadapan dengan Datin Hamidah. "Selalu sangat kamu balik lewat. Out station sana –sini. Mama tak sukalah semua tu," "Mama, saya kerjalah. Bukannya saya keluar jalan-jalan," "Sebab tu, mama suka kamu berhenti saja," "Mama… saya sayang kerja saya. Bad pun faham. Dia tak pernah merungut pun," Datin Hamidah merenung tajam wajah isteri kesayangan anak tunggalnya itu. Degil juga budaknya. "Kamu nak tunggu suami kamu merungut dulu? Baru kamu nak bertindak? Ni… mama nak Tanya sikit," "Apa dia?," "Kamu sayang tak perkahwinan kamu ni?," Dayana tersenyum kelat. Tiba-tiba pula soalan ini yang melantun keluar. Betul-betul buat dia berasa kurang senang. "Memanglah sayang mama. Kalau saya tak sayang, buat apa saya kahwin dengan Bad?," "Kalau sayang, mestilah sanggup berkorban," "My career? Maksud mama? No. tak mungkin," "Itu maknanya, sayang kamu belum cukup banyak lagi," Dayana tergelak sumbang. Menyirap sebenarnya dengan komentar itu. Mampu membuat darahnya mendidih. Tidak patut rasanya Datin Hamidah membuat kesimpulan semudah itu. "Mama tak boleh cakap macam tu. Mana boleh compare rasa sayang dengan benda-benda macam tu?," "Kalau betul-betul sayang, kita sanggup berkorban," "Bagi saya, kalau dah sayang… sayanglah. Tak ada kena mengena langsung dengan nak berkorban sana. Berkorban sini," Datin Hamidah mula menarik muka. Kurang senang dengan mulut menantunya yang sudah seperti bertih jagung menjawab setiap kata-katanya. "Nasib baik, Bad tu ada dua isteri…,"akhirnya dia bersuara selamba. Sengaja mahu mengumpan geram di hati perempuan itu. Dayana terkedu. Kata-kata Datin Hamidah kedengaran tidak sedap langsung di telinganya. Apa yang cuba ibu mertuanya itu sampaikan? "Maksud mama, apa ya?,"soalnya lambat-lambat. Ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam rumah ini dan dia tidak tahukah? Jantungnya tiba-tiba berdegup lebih kencang. "Yalah. Sekurang-kurangnya, bila kamu tak ada, Sabrina tu ada. Tak tahulah macam mana dia boleh kahwin dengan Badrul. Tapi, rasanya, dia lebih tahu tanggungjawab sebagai isteri. Kalau nak dibandingkan dengan kamu," Dayana mendengar dengan wajah kelat. Datin Hamidah sudah mula membuat perbandingan. Dan, dia tidak suka. Lebih dari itu, dia betul-betul resah memikirkan apa yang berlaku di antara Sabrina dengan Badrul. "Apa yang Sabrina dah buat?,"kaku soalan yang meniti di bibirnya. Datin Hamidah tersenyum nipis. Tahu pun risau! "Kamu kena ingat Yana. Kamu tu bermadu. Jangan sampai nanti, Badrul hilang kasih pada kamu pula. Mama pesan, sebab mama tak nak kamu menyesal nanti," "Maksud mama…Badrul dengan Sabrina… apa yang mereka dah buat?,"Dayana mula mengatur soalan. Hatinya tiba-tiba resah. Tidak mungkin Badrul mengkhianatinya. Tidak mungkin Sabrina memungkiri janji. "Kamu fikirlah sendiri. Mama tak mahu masuk campur. Cuma mama nak kamu belajar jadi isteri Badrul yang baik," Dayana mengeluh panjang. Sekali lagi Datin Hamidah membawa topik peranan isteri. "Tak ada benda tak baik pun yang saya buat pada Bad, mama. Saya Cuma sibuk dengan kerja saya. Itu pun bukan setiap masa saya sibuk, mama,"Dayana sedikit membidas. Tercabar dengan suara lantang ibu mertuanya memberi kritikan. "Kamu ni, suka lawan cakap mama ya? Apa mama cakap tu, salahlah ya?," "Sorry, mama. Saya tak bermaksud nak kurang ajar. Tapi, it’s not fair… mama cakap saya macam tu. Bad pun tak cakap apa-apa," "Lagi-lagi itu yang kamu ulang. Suka hati kamulah. Mama dah nasihat. Mama dah tegur. Sekarang, semuanya terserah pada kamu," Dayana terkebil-kebil melihat Datin Hamidah mengangkat punggung. "Aik. Mama nak ke mana?," Datin Hamidah menjeling. "Tak kuasa mama nak naikkan darah tinggi mama sebab kamu," Dayana tersenyum. "Sorrylah mama. Saya tak bermaksud nak melawan. Tapi, kan setiap orang ada pendirian masing-masing kan? Saya cuma berpegang pada pendirian saya saja," "Apa-apa sajalah, Dayana. Apalah nasib aku dapat menantu. Seorang macam ni. Yang seorang macam tu…," Dayana Cuma memandang kosong pada ibu mertuanya yang melangkah perlahan meninggalkannya di ruang membaca. Meninggalkannya termangu memikirkan tentang Sabrina dan Badrul. Laju dia berlari sebaik dia melihat kelibat Jamilah. "Kak Milah!," "Kak Milah!,"suaranya sedikit meninggi apabila Jamilah seperti tidak mendengar panggilannya. Langkah Jamilah terhenti. Berpaling ke arahnya. "Kak Milah, sini kejap," Jamilah akur. "Ada apa Puan?," Dayana tersenyum kecil sebaik Jamilah sudah berdiri di hadapannya. "Akak dari mana?," "Hantar kopi ke bilik Datok," "Hmmm… saya Tanya sikit, boleh?," "Apa dia?," Dayana diam sejenak. Menyusun kata. "Kebelakangan ni, Encik Badrul dengan Sabrina… dia orang macam mana ya?," Jamilah melopong. "Macam biasa saja,"lambat-lambat Jamilah menjawab dengan nada hairan. Memang hairan dengan soalan itu. "Mereka mesra ke?," Jamilah menggeleng. "Selalu berbual ke?," Jamilah menggeleng lagi. "Betul ni? Atau… Kak Milah sembunyikan sesuatu dari saya?," "Betullah Puan. Saya nak sembunyi apa pula," "Mereka selalu keluar ke, semasa saya tak ada?," "Taklah selalu," Dayana menahan nafas. Tidak selalu! Bermakna Badrul dan Sabrina sering keluar bersama! "Maksud Kak Milah. Ada ya?," Jamilah tersenyum kelat. Terlepas cakap. "Ada ya, Kak Milah?," "Sekali je saya Nampak Puan. Tu pun, sekejap saja," "Bila?," "Dua hari lepas," "Pukul berapa?." "Dalam pukul 4 petang," "Pukul berapa mereka balik? "Lepas maghrib, Puan," "Mereka ke mana?," Jamilah mula menggeleng lagi. "Takkan mereka tak ada cakap dengan awak?," "Saya ni siapalah Puan. Takkan mereka nak cakap dengan saya. Tapi, masa Encik Badrul balik jemput Puan Sabrina tu, muka dia macam marah je," "Marah?," Jamilah mengangguk. Dayana diam. Mendengar penjelasan Jamilah, dia sedikit lega. Badrul pergi di dalam keadaan marah. Itu cukup untuk menjelaskan keadaan antara Badrul dan Sabrina tidak lagi membuat kedudukannya goyah. "Kenapa Puan Tanya?," Dayana sedikit tersentak. Segera dia menggeleng. "Tak ada apa-apa. Saja Tanya. Anyway, terima kasih ya. Kak Milah boleh pergi," Jamilah mengangguk perlahan sambil berlalu. Meninggalkan Dayana berdiri sambil menduga sendiri tujuan Badrul membawa Sabrina keluar.
****
"Bad… apa yang awak buat, bukan salah awak. Memang betul awak suami saya. Tapi, kenapa awak jadi suami saya? Bagaimana awak jadi suami saya? Itu semua perlu juga diambil kira. Saya faham perasaan awak. Saya tak pernah salahkan awak. Saya tak kisah semua tu. Awak jangan bimbanglah. Jangan fikir benda ni, sampai menjejaskan hidup awak. Saya ingat awak ada masalah besar tadi," Selintas kata-kata yang meniti di bibir Sabrina dua hari lalu, menjentik nalurinya. Tenangnya Sabrina mengalun kata. Ketenangan yang membuang segala sikap tenangnya sendiri. Saat itu, dia berasa terlalu lemah untuk berdepan dengan Sabrina. Buat pertama kalinya, Sabrina mampu menguasai keseluruhan perbualan. Sabrina benar-benar membuat dia kehilangan kata-kata. "Saya faham kalau marah awak pada saya belum hilang lagi. Terserahlah pada awak. Saya cuma beri cadangan. Setakat ini, itulah cadangan yang paling baik yang boleh saya fikir. Ambillah selama mana masa pun. Saya tak kisah. Saya akan tunggu. Saya tak akan ungkit perkara ni banyak kali depan awak. Sebab, topic cerai ni, bukan elok selalu diulang-ulang. Bila dah sampai masa, awak cakap sajalah. Saya akan pergi," Dan, kata-kata itu ternyata membuat dia bertambah berat untuk merungkai ikatan yang ada. Namun, untuk dia teruskan perkahwinan ini selamanya, pasti keadaaan itu tidak akan adil pada Sabrina. Sudahnya dia Cuma mengeluh perlahan. Serba- salah dengan perasaannya ini. Dia tidak akan menerima Sabrina hanya disebabkan daya tarikan yang ada antara mereka kini. Dia yakin itu bukan cinta. Cintanya Cuma pada Dayana. Tetapi, dia tidak sanggup melepaskan Sabrina pergi. Dia mahu Sabrina terus berada di hadapannya. Dia senang menikmati seraut wajah itu. dan, dia ingin terus menikmatinya. Satu rangkulan mesra dari belakang, membuat dia tersenyum. Perlahan dia mendongak. Dayana tersenyum sambil melentokkan wajah ke bahunya. "Panjang keluhan tu. Apa yang sedang you fikirkan?," Badrul tersenyum. Menyentuh jemari Dayana di dadanya sambil menarik perlahan gadis itu ke ribaannya. "Nothing,"jawabnya sepatah. Dayana tersenyum manis. Merenung wajah yang beraja di hatinya itu. "You ingat tak? You pernah janji dengan I, you tak akan rahsiakan apa-apa dari I?," Badrul termangu seketika. Janji? Dia sendiri sudah lupa janji tentang apa. "Janji apa?," "You lupa. Patutlah you langgar janji tu,"Dayana bersuara sambil mengusap lembut pipi Badrul. "Sorry sayang. I tak pasti, janji tentang apa. Kenapa? Janji apa yang I dah langgar ni?," "You janji you tak akan rahsiakan apa-apa tentang apa yang terjadi antara you and Sabrina," "Yeah. And, itulah yang I buat kan?," "No, sayang. You keluar dengan dia. And, you tak cakap dengan I pun. You lupa? Or, you memang saja tak nak cakap?," Badrul terkedu. Di luar dugaan apabila Dayana boleh tahu tentang itu. "Oh… itu…," "Let me guess.. you nak cakap, itu bukan perkara penting, and rasa tak perlu untuk inform I? Betul kan?," Badrul tersenyum. "Betul sayang," "So, you salah. I nak tahu. Or else, nanti I fikir bukan-bukan, macam mana?," "Sorry. Salah I," Dayana tersenyum. "So, kenapa you keluar dengan Sabrina?," Badrul menarik nafas panjang. Merenung wajah Dayana yang sedia menanti jawapan. "Ada sesuatu yang I bincang dengan dia," "Apa tu? Sampai tak boleh bincang kat rumah saja?," "I tak nak ada telinga yang mendengar," Dayana tersenyum. "Tak nak ada telinga yang mendengar? You mean, abah? Or, mama?," Badrul menjungkit bahu. "You bincang pasal your divorce ya? I hope so. Sebab dah lama sangat. And you pun macam dah lupa je pasal tu," Badrul tersenyum. Tidak menjawab soalan itu. "So, you dari mana ni?,"dia menyusun soalan. Mahu lari dari soalan Dayana. Dan, ternyata soalannya itu tiba-tiba menghapus senyum manis yang menghias bibir Dayana. "Aik. Tiba-tiba tarik muncung? Salah soalan ke?," Dayana menjeling manja. Soalan Badrul bersama senyum lucu mengendurkan rasa geramnya. "Mama you lah," "Kenapa dengan mama?," "You ada mengadu kat mama ya?," "Mengadu apa pula? I tak fahamlah. Apa mama cakap dengan you?," "Mama suruh I resign. Duduk rumah jaga you," "Baguslah tu. I setuju. Bagus cadangan mama tu," "You!," Badrul tergelak sambil menggeliat menahan sakit apabila satu cubitan hinggap di lengannya. "Sakit sayang," "Padan muka. I serius. You main-main pula," Badrul menggosok lengannya. Memang sakit. "Mana ada I main-main. Kalau you setuju, memang I suka," Dayana menarik muncung. "I tak sukalah. You tahu kan? Kerja I segala-galanya pada I," "I?," Dayana mengeluh panjang. Merenung wajah Badrul yang sedikit serius. "You pun. Tapi, pleaselah. Janganlah compare kerja dengan you pula. I love you. I cintakan you. Tapi, tak bermakna I kena berhenti kerja kan?," "You kerjalah. Kalau you rasa nak kerja. I tak halang pun," "Tapi, mama? I tak suka dia masuk campur hal kita sampai macam ni. I’m sorry sayang. Bukan maksud I… nak biadab. Tapi, inikan hal kita. Hal antara you dengan I. Kenapa perlu ada orang lain yang masuk campur? I tak suka macam ni," "Mama Cuma nak yang terbaik untuk I, sayang," "Dah tu, selama ni, apa yang I buat untuk you, bukan yang terbaik ke?," "Tak cukup baik kat mata dialah tu,"Badrul cuba berlucu. "You! I cubit lagi kang," "Ok…Ok…I serius. Biarlah. Mama memang macam tu. You dengar, dahlah," "Memanglah I boleh dengar, yang. Tapi, kalau dah start comparing me dengan Sabrina. I tak suka langsung! Okay," "Mama? Compare you dengan Sabrina?," "Yes," "Dia compare apa?," "Malas I nak ingat. Malas I nak cakap," Badrul tersenyum melihat wajah cemburu Dayana. "Dah tu, pandai-pandailah layan I. Tak adalah mama compare lagi," "Bad. I’m serious lah. I ajak you pindah, you tak nak. I tak nak nanti hubungan I dengan mama jadi semacam. I tak suka mama buat macam ni. Lama-lama nanti, kalau I lawan, mesti mama tak suka," Badrul diam seketika. Pindah? Kepalanya ligat berfikir. Barangkali, cadangan itu boleh diterima. Pindah dan keluar dari rumah ini. Mungkin jarak bakal menghilangkan gelora yang melanda perasaannya saat ini. Mungkin ini cara terbaik untuk dia menepis perasaan pelik yang mula bertenggek. Dia perlu berada jauh dari Sabrina. "Betul you nak pindah?," "Of courselah. You saja yang tak pernah mahu," "Okay," "Okay apa?," "Okay. Kita pindah," Dayana tergamam. Cuma mampu menatap wajah Badrul tanpa berkelip. Susahnya untuk dia memujuk lelaki ini selama ini. Dan, malam ini? Hanya mendengar rungutannya, Badrul terus bersetuju. "You main-main,"tebaknya sedikit risau. "No, sayang. I’m serius," Dayana terjerit kecil. "Betul ni?," "Betul. Kita pindah," "Thanks sayang. I love you. I love you so much!,"Dayana menjerit girang. Mengeratkan pelukan di leher Badrul. "Takkan tu aje?,"usik Badrul tersenyum. "Thanks,"ujar Dayana sambil melayangkan ciuman ke pipi Badrul. "Tak nak kat situ," Satu lagi ciuman diyangkan ke dahi suaminya. "Tak nak," Dayana tersenyum kecil. Ciuman seterusnya hinggap di hidung Badrul. "Nak kat tempat lain,"Badrul bersuara bersama senyum nakal. Dayana tersengih sambil matanya di alihkan ke meja kerja. "I ada kerja sikitlah," Badrul mengeluh lemah. "Sorry sayang. Kejap je. Give me two hours," Badrul menggeleng perlahan. Meleraikan pelukan di pinggang Dayana. "Merajuk ke?," "Ha ah," Dayana tersengih. Bangkit dari ribaan Badrul. "Dua jam saja sayang. Promise," "Dah tahu sangat dua jam you tu…," "Malam ni, memang betul-betul dua jam," Badrul tersenyum kecil. Perlahan mengangkat punggung. Pujukan Dayana bersama lirikan manja itu, sedikit menghapus kecewanya. "Jangan marah ya," "I tak marah. Geram je," Dayana tersengih lagi sambil mengangkat tangan. Menunjukkan isyarat dua. "Dua jam…,"bisiknya mesra membuat Badrul tergelak kecil. "Ok. I tunggu. Dua jam," Dayana tersenyum. "I turun kejap. Tak nak ganggu dua jam you,"ujar Badrul seraya mengucup dahi Dayana. Dayana tersenyum senang sambil mengangguk.
bila dia org berdua dah pindah,pasti bad akan lebih mengingati sabrina dan pasti cinta dan rindu akan hadir sepenuhnya....bad lama2 akan bosan ngn perangai dayana...mana ada suami yang sanggup diabaikn isteri...lama2 mesti bosan...teruskan kak hanni berkarya kami semua akn rindu dan tertunggu2 utk sambgn seterusnya...
aku suke citer ni...tp aku sikit musykil,Kenape ye isunya dlm citer2 skrg kbykkannya konfliknya psl da minah lain minat giler kat si hero n kdg2 da mamat lain minat kat heroin? Pd aku..byk lagi konflik yg boleh tcipta dr persekitaran lain. Or...citer2 ni mlmbang betapa xbmoralnya msyrkt kite skrg smpai suke mrampas suami n isteri org. Sbnrnya aku copy je komen aku dr nvl lain ke sini, sbb isu tetap sama...
emm..isu tu ja yg menarik... bukan xdak isu lain... lgpun sekarang ni meng isu rampas suami org tgh hot kan... cntoh terdekat artis kita sendiri... xbemoral tu hanya untuk yg rampas suami org ja... yg tulis cita ni cuma ikut saja perkembangan isu semasa yg tgh hot...
ya tuhan... hari ni first time sy baca cite ni. dari kol 9am - 5:15pm sy dok baca cite ni dari chapter 1 - 43. satu keje hape pn tak buat kat opis dek penangan cite kak hanni. best gilerrrr...
p/s: kak hanni, tolong la cpt sket wat sambungannya.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Hmm.. bagus juga dayana buat mcm tu..
biar bad pergi pada sabrina..
kami menanti
sambung la cepat..