Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Telefon yang berbunyi di biarkan sahaja. Sudah tentu panggilan itu dari Imran. Sudah berpuluh-puluh kali dia telefon tapi satu pun tidak angkat. Iskh tak habis-habis nak ganggu aku. Gumam Anis di dalam hati.
"Anis! Angkat la telefon tu. Bisinglah. Dari tadi asyik berbunyi je. Kalau tak off kan je telefon tu. Akak nak tidur lah." Ujar Kak Hafizah. Kedengaran suara teman sebiliknya memarahinya kerana tidak menjawab panggilan telefon. Terpaksa Anis mengangkat panggilan dari Imran.
"Assalamualaikum," suara Imran jelas kedengaran.
"Waalaikummussalam. Imran. Ada apa call malam-malam ini? Akak bilik saya dah marah. Telefon ni asyik berbunyi je." Ujarnya dengan nada geram. Sakit hatinya dengan tindakan Imran.
"Anis, kenapa marah-marah ni sayang?" balas Imran. Ah, pura-pura tak tahu pula. Lepas kau sakitkan hati aku, kau ingat aku akan layan kau baik-baik. Tolong lah.
"Apa sayang…sayang…jangan panggil saya sayang. Saya tak suka tau tak." Rengus Anis.
"Anis kenapa ni? Kalau ada masalah cerita pada Im." Ujar Imran. Dia pelik dengan sikap Anis. Telefonnya tidak di angkat. Mesej pula tak di balas.
"Awak tanya la diri awak sendiri. Saya ada hal ni. Bye." Anis menekan butang merah, menamatkan penggilan. Sakit hati di buatnya. Ah, tak pandai langsung nak jaga perasaan orang lain. Kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan lelaki macam ini. Kenapalah aku bodoh sangat. Dah tahu yang dia sukakan mempermainkan perempuan tapi kenapa lah aku boleh sukakan dia. Tak sedar yang selama ini, Imran hanya mainkan perasaan aku sahaja. Aku ingat dia sudah berubah. Rupa-rupanya tidak.
"Anis! Tunggu!" jerit satu suara di belakang. Anis berhenti melangkah. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menoleh dan melihat kelibat Imran sedang berjalan menuju ke arahnya.
"Apa?" tanya Anis pendek. Dia langsung tak memandang ke arah Imran. Di pujuk dirinya agar bersabar. Kalau di ikutkan hati mahu saja dia memaki hamun lelaki yang berada di hadapannya sekarang.
"Ini nota yang awak bagi pinjam. Saya tunggu awak kat café semalam tapi awak tak datang. Kata tak suka orang datang lambat tapi awak yang tak datang langsung. Penat saya tunggu tau. Tapi saya tak sempat nak salin lagi la. Nanti saya pinjam lagi, ya." Imran menghulurkan nota itu pada Anis.
"Kalau saya bagi pinjam sebulan pun, belum tentu awak siap slin lagi," ujar Anis sambil cuba mengambil nota itu dari tangan Imran. Tapi usahanya tidak berhasil. Imran tidak melepaskan pegangannya. Anis mencuba sekali lagi tapi gagal juga.
"Anis, awak ni kenapa? Lain macam je awak layan saya. Kenapa asyik nak marah-marah saya ni? Saya ada buat salah dengan awak ke?"
"Ala, buat tak tahu pula. Dah la Imran. Tak perlu la pura-pura dengan saya," sindir Anis.
"Kenapa ni Anis? Dari semalam awak layan saya semacam je," balas Imran
"Ala…tak perlu pura-pura baik la dengan saya Imran. Salah? Memang awak ada buat salah dengan saya. Awak dah banyak buat salah dengan saya. Awak dah sakitkan hati saya. Awak faham tak. Awak dah sakitkan hati saya. Awak ingat saya tak dengar apa yang awak kata pada Lina kat café semalam. Saya datang semalam. Saya dah dengar semuanya. Saya ingat awak ikhlas selama ini. Awak hanya nak mainkan perasaan saya je. Awak nak ambil kesempatan atas saya. Saya sedar saya ni anak orang kampung mana layak nak berkawan apatah lagi nak bercinta dengan orang kaya macam awak.
Saya bersyukur pada ALLAH sebab akhirnya DIA tunjuk rupa sebenar awak dan perangai sebenar awak. Depan saya awak tunjuk baik tapi di belakang saya awak tikam saya dari belakang. Awak patut dapat anugerah. Anugerah pelakon berpura-pura terbaik. Memang sesuai untuk awak. Selama ini saya ingat awak betul-betul nak berubah tapi rupanya saya salah. AWAK TAK AKAN PERNAH BERUBAH," Anis menarik kasar nota itu dan ia berjaya. Dia melangkah mahu meniggalkan tempat itu. Tiba-tiba tangannya di pegang.
"Don’t touch me," rengus Anis. Tangannya di tarik kembali. Imran terkesima sebentar. Inilah kali pertama Anis berkasar dengannya. Selama ini dia mengenali Anis sebagai seorang yang amat lemah lembut. Tak pernah Anis berkasar dengannya. Walaupun selama ini dia bannyak buat Annis sakit hati dengannya, Anis hanya mendiamkan diri. Kalau hendak di bandingkan dengan kawan-kawan perempuannya yang lain. Anis sememangnya berbeza.
"Maksud Anis? Awak dengar apa yang saya cakap pada Lina semalam?" Imran terkesima.
"Tak kisah la awak ada niat atau pun tak tapi yang pasti awak dah sakitkan hati saya." Mulai hari ini, awak jangan tunjukkan muka awak lagi di depan saya. Saya benci orang macam awak."
Imran hanya berdiam diri melihat Anis berlalu pergi. Fikirannya kosong. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang. Dia benar-benar tidak menyangka yang Anis mendengar apa yang dia katakan pada Lina semalam. Sebahagian dari dirinya meronta-ronta mahu dia mengejar Anis. Kakinya kaku. Ah! Apa yang dia sudah lakukan ini. ******************************************* Anis tercegat di hadapan pintu bilik Prof Razak. Anis memikirkan kenapa Prof mahu berjumpa dengannya hari ini. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu milik persyarah itu. Kedengaran suara seorang lelaki dari dalam bilik yang menyuruhnya masuk. Di bukanya pintu itu perlahan-lahan, kelihatan Prof Razak sedang tersenyum padanya. Kelihatan juga susuk tubuh yang dikenalinya. Imran.
"Come in. Please have a seat," ujar Prof Razak sambil menunjukkan ke arah kerusi bersebelahan dengan Imran.
Anis melangkah masuk, menuju ke kerusi tersebut. Dia lantas melabuhkan punggungnya di kerusi empuk itu. Di pandangnya Imran yang berlagak selamba. Ah dia ni memang pandai berlakon.
"Okay, because both of you dah ada kat sini. I think we should begin know. Regarding to your group assignment, saya betul berpuas hati. Saya rasa kamu berdua tahu yang saya akan evaluate kamu berdasarkan komen dari partner. Kita mulakan dengan Imran. Is there any problem sepanjang awak bekerjasama dengan Anis?" tanya Prof Razak sambil memandang ke arah Imran.
Imran kelihatan gugup. Peluh sudah menitik-nitik di dahinya walaupun bilik ini ada aircond. Sekilas dia memandang ke arah Anis. Bercelaru hatinya. Di pandang Prof yang sedang menanti jawapan darinya.
"Anis is very good partner. Dia banyak tolong dan bersabar dengan saya. Sayaa sedar yang saya bukanlah partner yang baik sebab dia patut dapat partner yang lebih baik dari saya. Saya banyak terhutang budi dengannya. Saya nak ucapkan terima kasih pada Anis sebab saya tahu selepas ini saya tak akan berpeluang lagi.
Anis yang mendengar hanya berdiam diri. Ikhlaskah apa yang di katakan oleh Imran. Prof yang tadi hanya mendengar, mencatat sesuatu pada kertas yang berada di hadapannya.
"Anis, awak pula macam mana?"
"Seperti apa yang Prof cakap dahulu. He is smart person, just a bit lazy. Dia banyak menimbulkan isu yang saya tak terfikir tentangnya. Ia menjadikan assignment kami lagi mantap. Dia pun banyak bantu saya dalam siapkan assignment ni. Dia beri kerjasama yang baik dengan saya. Dia tak seperti apa yang saya fikirkan selama ini. Saya juga nak ucapkan terima kasih pada dia untuk apa yang dia lakukan selama ini." Imran memandang ke arah Anis. Kata-kata Anis betul menusuk hatinya. Seperti ada sesuatu yang merobek-robek hatinya. Dia sedar perkatan terima kasih itu hanya untuk memerli drinya.
"Betul apa yang di katakan oleh Anis tadi, Imran?" soal Prof Razak. Imran hanya mengangguk. Dia tak tahu nak mengatakan apa lagi. Jika dia menceritakan apa yang berlaku, tentu markahnya kan berkurangan. Kemungkinan besar dia terpaksa berhenti belajar kerana dia akan gagal dalam subjek ni. Keputusan peperiksaanya pertengahan semester pun bukannya bagus sangat.
"Kalau macam itu. Baguslah. Is there anything that both of you want to say?" ujar Prof sambil memandang ke arah Anis dan Imran. Kedua-duanya menggelengkan kepala.
"Kalau macam itu, kamu berdua boleh beredar."
Anis bangun lalu mengucapkan terima kasih pada pensyarahnya. Dia dengan segera keluar, dia tidak mahu terserempak dengan Imran. Imran yang sedar Anis cepat berlalu pergi cuba mengejar Anis tapi tidak berjaya. Dia sedar yang Anis tidak mahu bertemu dengannya. ******************************
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nama saya pun anis jugak
nasib baik x jadi macam dalam citer ni
what ever citer nie memang best