Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sahabat, Dalam kabut, ku tercari-cari cahaya. Akhirnya, Ku temui sinar ceria, di raut wajahmu. Andainya alam ini mampu berkata-kata, Pastilah pujian buat dirimu. Pada waktu itu, Akulah yang bertuah, Punya sahabat sepertimu.
Sahabat, Kau bimbinglah aku menuju ILLAHI. Sahabat, Aku ingin sepertimu, Dalam ketenangan, Menghadapi hidup ini.
Sahabat, Aku bersyukur mengenalimu. Ku harap, Moga kita kan bersama, Mengharungi segala suka dan duka.
Moga kejayaan milik kita. Agar hidup menuju mulia.
Cuaca panas hari ini. Yusliza resah di bawah sebatang pohon. Sudahlah panas, lama pula tu. Kalau tidak kerana orang yang ditunggunya itu adalah teman sebiliknya, tidak mahu dia terus tercegat di situ. "Err…kak, toilet kat mana?" tegur seorang lelaki. Yusliza menoleh. Dia semakin berang. Ewah..sedap aje panggil orang kakak. Apa, nampak tua sangat ke aku ni? rungutnya sendirian. Dia perhatikan lelaki itu dalam-dalam. "Assalamualaikum, pak cik. Maaf, saya tak tahu toilet di mana. Saya student baru kat sini" jawab Yusliza penuh sopan. Lelaki itu malu sendiri. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Ma…maaf. Saya ingat awak ni akak senior. Tak apalah, saya pergi dulu. Thanks." Lelaki itu terus pergi. Yusliza hanya menggelengkan kepala. Sepuluh minit telah berlalu. Kelibat teman sebiliknya tidak juga kelihatan. Hisy...dia ni pergi tandas ke,buat tandas?rungutnya lagi. Hai,dah berapa kali la dia merungut di bawah pokok ni? Yusliza nekad. Dia melangkah untuk mencari rakannya. Belum sempat dia mencapai tombol pintu, tiba-tiba seseorang menolak pintu itu dari dalam. Sakit dahi Yusliza akibat terhantuk pada pintu tersebut. Dia merungut kesakitan. "Sorry...sorry,saya tak sengaja. Awak okey ke?"soal lelaki itu cemas. Yusliza mendongak melihat siapakah gerangan yang menyebabkan dahinya sakit. "La…awak rupanya. Saya minta maaf. Apa awak buat kat sini?" soal lelaki itu. "Takkan saya berdiri kat pintu ni,tilik pintu ni. Mestilah saya nak masuk. Maaf je dari tadi. Kalau boleh saman ni, saya mintak ganti rugi satu juta" marah Yusliza. Lelaki itu hanya tersenyum melihat kemarahan gadis di hadapannya. Kasihan pun ada apabila melihat gadis itu menggosok-gosok dahinya. " Ni apa senyum sorang-sorang? Gila? Ke…tengah sindir saya dalam hati tu?" Yusliza menjeling. Terhambur ketawa lelaki itu. Yusliza hanya memandang pelik. Asal mamat ni tiba-tiba ketawa pula? Memang dia ni gila ke? " Apa, ingat saya gila ke?" tegur lelaki itu apabila melihat gadis di hadapannya memandangnya dengan penuh kepelikkan. "Anyway, saya Hakim. First year student of Architecture. Awak?" Yusliza tersenyum. "Samalah kita. Saya Yusliza. Panggil Yus je. Kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum ni?" soal Yusliza ramah. Hakim pelik. Tadi bukan main garang. Ni dah okey pula. Pelik betul perempuan ni. "Saya masuk lewat. Baru semalam daftar. Ada problem sikit. Awak tunggu siapa ni?" Hakim mula menyenangi gadis itu. Yusliza tarik muka masam. Geram dia dibuatnya. "Saya tunggu..." Perbualan mereka terhenti apabila satu suara memanggilnya. Yusliza dan Hakim menoleh serentak. "Wei,apasal lama sangat? Penat aku tunggu." marah Yusliza. Fifi terkocoh- kocoh berlari anak menuju ke arah Yusliza."Kau simpan dulu marah kau tu. Kau bawa minyak angin tak? Aku nak. Sakit sangat perut ni." pinta Fifi.Yusliza menggeleng lantas menghulurkan minyak angin kepada Fifi. Sekejap sahaja, gadis itu kembali hilang dari pandangan mereka. Hakim hanya memerhati. Memang eloklah dua makhluk ni berkawan. Seorang mudah naik angin, seorang lagi pandai menjawab. "Kim,aku ingat kau tak jumpa tandas tadi. Lama aku tunggu." Belum sempat Yusliza menyambung kata-katanya, satu suara menegur Hakim. Hakim hanya tersengih mendengarnya. "Sorry la,aku baru berkenalan dengan seorang classmate kita ni. By the way, kenalkan,roomate saya, Zaidi. Adi, ni Yus." ujar Hakim. Yusliza dan Zaidi hanya berbalas senyuman. "Actually,saya dah kenal Adi ni. Maklumlah, sama-sama kena denda sebab turun lewat masa orientasi. Tapi tak perasan pula satu course." Yusliza terkenang kembali saat-saat menjalani minggu orientasi seminggu yang lalu. Kerana terlalu penat, dia,Fifi dan Yati tidak menyedari bahawa waktu berlatih sorakan sudah bermula.Mereka hanya tersedar apabila terdengar suara senior memanggil sambil mengetuk pintu. Kelam-kabut mereka bangkit lalu bersiap. Sampai sahaja di dalam dewan, mereka dikenakan denda yang memalukan. Berdiri di atas pentas sambil memeluk selimut dan bantal. Hanya mereka berempat. Yusliza, Fifi, Yati dan Zaidi. Sempat lagi Fifi dan Zaidi ber’debat’ di atas pentas. Mujurlah hanya mereka berempat yang mendengar. Kalau senior tahu, pasti denda yang lebih teruk akan dikenakan. "Wei budak air liur basi, apa kau buat kat sini?"sergah Fifi. Hilang segala lamunan tadi. Fifi semakin menghampiri mereka. Zaidi terkejut."Eh,kau bantal busuk. Mana bantal busuk kau?" Zaidi gelak. Hakim seperti biasa,terpinga-pinga. Yusliza membisikkan sesuatu ke telinga Hakim. Lelaki itu mengangguk faham. " Ni, roommate aku,Fifi."Yusliza memperkenalkan Fifi kepada Hakim dan Zaidi. Fifi membalas senyuman Hakim. Namun,senyuman Zaidi dibalas dengan jelingan. Zaidi pula terus mengusik.Yusliza hanya mengeluh perlahan melihat karenah mereka berdua. "Hai kawan-kawan."tegur seorang gadis. Mereka berempat berpaling. Kelihatan seorang gadis ayu bertudung dan berbaju kurung. Siapa dia? Masing-masing tidak mengenali gadis itu. "Err..korang semua.. Architecture,kan?" gugup gadis itu bersuara.mereka berempat saling berpandangan. Kemudian, mengangguk perlahan. "Great,hai,I’m Wanda.from Kelantan."hanya Yusliza dan Fifi yang menyambut huluran salam Wanda. Mereka memperkenalkan diri masing-masing. "Aku baru daftar hari ni. Saja je daftar lewat. Malas la nak join orientasi. Penat. Buang tenaga aje." Ulas Wanda tanpa ditanya. "Oh,ye ke?" mencebik Fifi mendengarnya. Berlagak betul minah ni. meluat aku tengok. Kutuknya di dalam hati. "Tadi aku dah daftar kat kolej. Bilik korang nombor berapa? Bilik aku B410" katanya lagi. Yusliza dan Fifi berpandangan."What?" serentak mreka bersuara. Begitulah bermulanya perkenalan diantara Yusliza, Fifi Wahidah, Zaidi, Muhammad Hakim, dan Nur Wanda.
Fifi, Hakim dan Zaidi berjalan beriringan menuju ke kolej. Mereka baru sahaja pulang dari pasar malam. Riuh mulut mereka bercerita itu ini. Yusliza yang menyusuri di belakang hanya tersenyum mendengarnya. Yusliza memang begitu. Dia seorang yang pendiam dan penuh rahsia. Adakalanya, pelajar lain menganggapnya seorang yang sombong. " Yus,aku tak puas hati la dengan minah gedik tu."rungut Fifi tiba-tiba. Berkerut dahi hakim dan Zaidi mendengarnya. " kau tau tak,dia nak pinjam baju aku, aku bagilah. Lepas tu,boleh dia kata macam-macam. Itulah, inilah, nak pakai cakap ajelah. Tak payah nak kutuk-kutuk baju aku!" bentak Fifi melepaskan geramnya. "Lain kali, kalau dia nak pinjam baju kau, cakap je yang baju kau semuanya tak mengikut citarasa dia. Semuanya saiz kecil. Tak sama dengan saiz baju dia yang bersaiz ‘besar’ tu."perli Yusliza. Dia turut geram mendengarnya. Kalaulah negara ini tiada undang-undang, dah lama dicekik-cekik si Wanda itu. "Kalau apa-apa hal terjadi pada dia, jangan mak bapak dia salahkan aku,sudah. Memang cari nahas kalau aku dilibatkan bersama." sambung Yusliza lagi. "hisy...korang ni. Sampai ke situ pula. Dah,jom makan."sampuk Zaidi. Mereka berempat terus menuju ke kafe.
"Yus, kau percaya tak yang aku tak suka kat kau."soal Zaidi tiba-tiba. Fifi menampar kuat bahu Zaidi. Lelaki itu tetap selamba. Hakim sudah tersenyum-senyum melihat tingkah mereka berdua. Yusliza tetap membisu. Kalau dulu, dia akan melenting. Tapi sekarang, dia sudah biasa. "Hoi Yus,aku cakap dengan kau ni"sergah Zaidi. Bengang dia melihat sikap selamba Yusliza. "Apa dia...?" "Kau percaya tak yang aku tak suka kau?"soalnya lagi. "Em...aku percaya. Mana ada orang yang suka kat aku yang sombong lagi hodoh ni."Yusliza merendah diri. Tangannya terus ligat menyalin semula nota-nota kuliah tadi. Apalah yang aku tulis masa kuliah tadi. Berserabut betul!. Marahnya sendirian. "Ala…jangan cakap macam tu. Aku bukan apa. Aku cuma tak suka sikap kau yang pendiam tu. Aku ni jenis yang happy go lucky. Kecohlah sikit macam si Fifi ni. Baru la aku rasa selesa nak join kau. Kau diam macam ni,buat aku gerun nak dekat dengan kau."luah Zaidi. Terhambur ketawa dari Yusliza. "kau ni buat lawak la. Kau nak cakap,cakap je la. Apa, kau ingat aku ni makan orang? Fifi,aku nak ke toilet kejap. Zaidi,aku tetap aku. Kalau kau nak tahu macam mana aku sebenarnya, sama-samalah kita saling mengenali diri dengan lebih dalam. InsyaALLAH, kau akan sentiasa selesa dengan aku." Yusliza berlalu meninggalkan mereka bertiga seketika. "Wei,asal kau cakap macam tu? Kalau kau nak tahu, mulut dia tu lagi bising daripada kitaorang tau. Si Wanda tu, dah berapa kali kena sembur dengan dia."ujar Fifi. Termenung Zaidi mendengarnya. Betul ke? "Fifi,kau nampak Yus tak?"tegur Yati, seorang lagi teman sebilik mereka. Yati menghampiri mereka lalu duduk di sebelah Hakim. Kuaci di tangan Zaidi dirampasnya. "wei, tak malu ke?"marah Zaidi. Yati hanya menjelir lidah lalu makan kuaci yang dirampasnya tadi. Fifi hanya menggeleng. "Yus pergi toilet. Apa hal kau cari dia ni?" "Aku nak pinjam kalkulator. Aku lupa mana aku letak. Kau ada bawa tak,Fi?"tanya Yati. Fifi menggeleng lagi. Yati memang selalu lupa. Entah apalah yang selalu diingatnya. Fifi menyelup begnya. Dihulurkan kalkulatornya kepada Yati. "Yes,thanks Fi. Nanti aku pulangkan balik. Bye." Yati berlalu meninggalkan mereka. Sempat lagi dia menampar kuat bahu Zaidi. Sajalah tu nak cari gaduh. Geram lelaki itu dibuatnya. "Hai guys. How are you?" Wanda bersuara manja. Meluat Fifi mendengarnya. Kalaulah ditangannya ada cili sekarang ni, mahu saja dicili mulut gadis itu. "Sepatutnya kitaorang yang tanya soalan itu pada kau."balas Fifi. Dia mendongak. Terbeliak matanya melihat penampilan Wanda hari ini. Hakim sudah tertunduk. Malu Fifi dibuatnya. Orang lain yang pakai,orang lain yang terasa malunya. "Wanda,baik kau balik tukar pakaian tu. Tak elok tahu tak! Hodoh. Tak malu ke?"tegas Fifi. Wanda menahan malu. Mahu tak malu. Dia ditegur di hadapan dua orang lelaki. "Ala...bukan seksi sangat. Eleh...Hakim,buat-buat tak biasa pulak. Hari-hari si Yus tu tak bertudung.nampak juga auratnya.tak pula kau tunduk."Wanda mencebik melihat tingkah Hakim. "Tak seksi kepala otak kau! Skirt atas lutut,terbelah pula tu. Bersinglet, apa,kat kedai dah tak ada baju lain? Sebelum aku koyak-rabak pakaian kau kat sini, baik kau blah. Blah sekarang!"tengking Fifi. Tahap kemarahannya sudah mencapai ke tahap kritikal. Dia segan dengan Hakim yang terkenal sebagai pak bilal di kolej. Malu dengan Zaidi yang selamba dan gila-gila,namun lelaki itu sebenarnya cukup menghormati kaum hawa. Wanda menghentak-hentak kakinya."Yelah,yang tak baik semuanya aku.yang hodoh,yang buruk, semua aku. Hisy…kalau Yus tak apa" "Ni kenapa tiba-tiba libatkan aku? Kau apa hal? Apa masalah kau dengan aku?"marah Yusliza apabila terdengar Wanda merungut tentangnya. Wanda hanya menjeling lalu beredar dari situ. Wanda tahu,kalau dengan Yusliza, diakhirnya nanti pasti dia disindir habis-habisan oleh gadis itu. Hakim tergelak melihat muka bengang Wanda."Husy...garangnya kau ni Yus. Takut aku. Tapi jangan macam ni selalu.kesian kat anak-anak kita nanti." Yusliza mengecilkan matanya memandang Hakim."banyaklah kau! Anak-anak kita konon. Tak nak aku kahwin dengan kau. Ni baru sikit tau. So, jangan nak buat perangai dengan aku. Kalau tak nak menangis, duduk diam-diam."amaran daripada Yusliza. Fifi dan Zaidi hanya tersenyum. Yusliza mengemas barang-barangnya."Jom blah. Lepas zuhor nanti aku ada meeting dengan Abang Midi pasal pameran tu"
Yusliza meletakkan sesuatu di atas meja Wanda. Gadis yang sedang leka membelek kukunya itu terpinga-pinga."Nah,Yazid kirim suruh aku bagi pada kau. Lagi satu,dia kirim salam." Ujar Yusliza. Segera dia menuju semula ke meja belajarnya. Meneruskan latihan-latihan yang belum disiapkan.Wanda merenung hadiah tersebut. Kemudian, dia bangun lalu meninggalkan bilik. "Woi Fifi,handphone kau bunyi tu.Angkatlah. Aku nak tidur pun susah!"marah Yati. Dibalingnya sebiji bantal ke arah Fifi. Yusliza tersenyum. Budak dua ekor ni kalau dah tidur,liat betul nak bangun. "Aku mengantuklah..."jawab Fifi apabila handphone sudah melekap di telinganya. "Kau suruhlah orang lain."rungutnya lagi. "Hisy...yelah...yelah... tunggu kejap." Talian dimatikan. Fifi memandang Yusliza dengan mata kuyunya. Tergelak Yusliza melihatnya. "Yus,teman aku. Emergency case" pinta Fifi. " Ha? Kenapa? Apahal?"Yusliza terkejut apabila Fifi mengatakan ada hal kecemasan. " Ala…mamat dua ekor tu lah. Si Hakim dan Zaidi tu. Jomlah" Fifi bangkit menukar pakaiannya. Yusliza menuruti Fifi. Fifi menggoyang-goyangkan tubuh Yati. "Wei kuih lapis. Jaga bilik. Aku nak keluar kejap dengan Yus" "Hmm..."balas Yati lalu menyambung tidurnya. Yusliza mengeluh sendirian. Seorang kuih lapis, seorang minah gedik, seorang lagi Donald duck. Aku pula...? si sombong agaknya. Hai...macam-macam gelaran.
" Itulah,orang ajak main takraw, kau main bola tampar. Sekarang padan muka. Tangan dah terseliuh."bebel Fifi kepada Zaidi. Yusliza yang sedang mengurut tangan Zaidi hanya tersenyum mendengarnya. "Eleh...bukan aku sengaja.memang aku main takraw. Tapi waktu tu aku tak ready lagi. Tiba-tiba bola datang. Aku try halang,tapi terseliuh pula tangan ni. Lagipun, yang kau bising-bising ni kenapa? Tengok Yus,maintain je."jawab Zaidi. "Boleh kau tanya aku macam tu? Tu,si Hakim call aku malam-malam,time aku tengah syok tidur, disebabkan kau. Menyusahkan aje. Aku tengah dok syok mimpi putera raja datang meminang. Tengok si Hakim tu. Bukan main sedap dia sambung tidur." Fifi merengus geram. Yusliza menoleh kearah Hakim. Lelaki itu sedang tidur di kerusi. Siap bawa selimut dan bantal lagi. "Fi,kau tidurlah dulu. Nanti dah siap urut Adi aku kejut kau. Korang bising-bising ni,silap-silap satu kolej terjaga."gurau Yusliza. Zaidi tertawa mendengarnya. Fifi hanya menjeling tajam. Perli akulah tu. Tapi okey juga. Daripada melayan si Zaidi ni. Bisik Fifi sendirian. Terus dia menuju ke sebuah kerusi lalu tertidur di situ. Tersenyum Zaidi danYusliza melihatnya. "Sorrylah menyusahkan kau malam-malam ni."Zaidi memulakan bicara. Yusliza tersenyum.Tangannya terus ligat mengurut tangan Zaidi. "Taklah. Aku belum tidur pun tadi. Lagipun,kitakan kawan. Apa salahnya aku tolong kawan aku yang dalam kesakitan. Pedulikan kata-kata Fifi tu. Dia memang macam tu. Hati dia baik sebenarnya."ucap Yusliza. "Aku tahu. Aku tak ambil hati pun. Pandai juga kau mengurut."puji Zaidi. Memandang tepat pada wajah Yusliza. Comel juga dia ni.Desis hatinya. "Aku dah biasa jadi tukang urut kat rumah."Yusliza berkata. " How’s Anisa? Sihat?" "She’s fine. Kau sebut nama dia ni,rindu pula aku pada buah hati aku tu" tutur Zaidi selamba. Yusliza mencubit geram lengan lelaki itu. Gatal! Zaidi merungut kesakitan. "Anyway,aku nak balik hujung minggu ni. Jom."pelawa Zaidi. Yusliza memandang Zaidi seketika. Kemudian, meneruskan urutannya. "Tengoklah macam mana nanti."jawab Yusliza. Suasana kembali sepi. Masing-masing mendiamkan diri. Zaidi hanya memerhatikan tangan Yusliza yang sedang mengurut tangannya. Tiba-tiba, matanya menangkap sesuatu. "Stop…stop…"arah Zaidi. Yusliza menghentikan urutannya. Berkerut dahinya memandang Zaidi. Zaidi mencapai pergelangan tangan Yusliza. Yusliza hanya membiarkan. Mamat ni nak tilik nasib ke? "Kenapa dengan tangan kau ni? Macam kena air panas je.?"tegur Zaidi. Dia terus membelek tangan gadis itu. Macam teruk aje. Bisik hatinya. Yusliza cemas. Segera dia menarik semula tangannya lalu disorokkan kebelakang. "Err...dah siap urut. Kau berehatlah. Aku naik bilik dulu. Jumpa esok." Yusliza segera mendapatkan Fifi lalu mengejut rakannya itu. Mereka berdua beredar meninggalkan Zaidi dan Hakim di situ. Zaidi semakin hairan melihat perubahan Yusliza. Namun dia yakin. Suatu hari nanti, pasti dia akan mengetahuinya. Perlahan-lahan Zaidi bangun mendekati Hakim.
"Korang nak dengar cerita tak? Prof. Adam akan berkahwin dengan Prof. Rohana. Awal bulan depan"beria-ia Fifi bercerita. Yusliza dan Zaidi hanya mendengar. Tiada langsung riak teruja mereka mendengar berita itu. "Kau baru tahu ke,Fifi?" Hakim bertanya. Fifi memandang mereka bertiga. Satu persatu wajah dihadapannya diperhatikan. "Korang...dah tahu lama ke?" "Dah lama kitaorang tahu."ucap mereka serentak."Cuma lupa nak beritahu kau. Sorry."sambung Zaidi. Fifi tarik muka masam. Dia sangka, dia adalah antara orang yang terawal mengetahui berita tersebut. Rupa-rupanya tidak. Tergelak mereka melihat riak wajah Fifi. Dewan kuliah semakin lengang. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang mula membuat perbincangan. Mereka berempat mula bangun untuk meninggalkan dewan kuliah. "Eh...eh...korang" tegur satu suara. Langkah mereka terhenti seketika. "Assigment tu…buat in group,kan?aku nak join korang."pinta Wanda seakan mengarah. Yusliza malas melayan. Terus dia melangkah pergi. Hatinya masih sebal dengan sikap Wanda. Mereka baru sahaja bertengkar pagi tadi kerana Wanda meninggalkan bilik tanpa mengunci pintu. Mujur tiada apa yang hilang. "Yus,tunggu aku."Hakim segera menyaingi langkah Yusliza.Sejak peristiwa Wanda menyindirnya,Hakim sering mengelak daripada bercakap dengan gadis itu. Tinggal Fifi dan Zaidi di situ. Wanda masih menanti menunggu jawapan. "Em...joinlah"jawab Fifi ringkas lalu pergi.Zaidi menuruti langkah Fifi. Wanda hanya memandang. Macam tak ikhlas aje. Tapi tak apalah, asalkan aku ada group. Gumamnya sendirian.
erm..bleh thn... mmg la 'not all kelantanese girl gedik' pnulis pn xde ckp camtu... ko xbc cite ni tol2 ke?? lg 1,pnulis xckp pn wanda tu klantn tulen ke...apa ke... just bgtau dari klntan... jgn trlalu snsitif n brfkrn negatif... ni hnya crita utk dibaca... pompuan gedik ni, kat mn2 pn ad... pe2 pn...nice story... truskn usha anda,pnulis...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story..i like it.. awak sambungla cepat yer.. naksabar nak tahu citer ni nieh