Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Need to see you, please.I'm at the parking" SMS dari Alan. Aku pun perlu berjumpa dengannya, masih banyak yang perlu dijelaskan padaku. Bingkas dari meja kerjaku, kumasukkan handphone di atas meja ke dalam handbag segera. Sekali lalu aku memeriksa kalau-kalau ada barang penting terbiar tak terendahkan di atas meja. Tiada. Kemudian aku menjenguk Lina. Sebalik dinding partition kulihat dia sedang leka menatap skrin komputer. "Lina..,"cepat perhatiannya berkalih padaku. Wajahnya berkerut penuh tanda tanya. "Aku nak keluar sekejaplah, nak jumpa Alan kat bawah,"beritahuku perlahan. Bukan takut keluar pada waktu pejabat, cuma tadi dia sibuk mengajakku untuk makan tengahari bersama. Inipun sudah hampir waktu rehat jadi aku bimbang pertemuan dengan Alan berlanjutan, kasihan pula jika Lina tertunggu-tunggu. "Oh,ok…,"Lina senyum simpati, sudah tahu ceritaku dan Alan. "Kalau Mr.Kaur cari aku, kau tolong inform ye,"pesanku sebelum melangkah keluar. Lina mengangguk, menghantarku pergi dengan pandangan yang memahami.
Jejakaku itu sedang tunduk, bersandar pada keretanya yang elok berteduh di bawah pohon rendang dalam lapangan parking bersewa itu. Santai sahaja pakaiannya, hanya t-shirt dan jeans. Agaknya sudah tak perlu lagi meneruskan tugas di sini, tinggal membilang hari sahaja untuk terbang pergi. .Bila aku semakin menghampiri, dia mengangkat muka memerhatikan aku. Sukar kubaca apa yang terluah pada pandangannya. Sayangkah atau apa? Atau tak bermakna sebagaimana hubungan aku dengannya yang bagaikan mahu ditolak ke tepi saat ini. "Kenapa?"antara berjuta-juta persoalan yang ingin kutanyakan padanya, hanya sepatah itu yang mampu aku utarakan. Kulihat wajah Alan yang terkedu seketika. "Ain, kita pergi mana-mana dulu? Have lunch somewhere?"sebelah tapak tangannya menadah, tabiat ajakannya yang biasa jika mahu aku di sisinya. Aku berdiri membatu sedepa darinya. Dia yang ingin pergi dariku, kenapa mahu aku mendekati? Bila tak kulayan, Alan menghampiri. "Where to?Australia perhaps?,"sinis suaraku sambil mengundur setapak. Jejarinya menyentuh lembut lenganku yang memeluk tubuh. "Ain….please. Kita perlu cakap tentang ini, tapi bukan kat sini," "Kenapa?!"bentakku, tak mahu peduli permintaannya lagi. Perlukah ke mana-mana jika akhirnya dia masih akan pergi meninggalkan aku? Tegang wajah Alan tika merenungku. Aku tahu itu reaksinya bila pujukannya tak berhasil, bila tak tahan dengan kedegilanku. "Fine!Kita cakap saje kat sini,"pantas tangannya merungkai tanganku yang memeluk tubuh. Kedua-dua tanganku digenggam erat. "Ain, first and foremost, you need to remember that I love you with all my heart,"Tipu!Aku memejam mata. Tak mahu beradu dengan pandangannya yang kurasa begitu menghiris jiwa. Bila kubuka mata, Alan masih tunduk mengintai wajahku. "Tengok I, Ain. I tak tipu!,"tekan Alan. Aku menarik tanganku lepas dari genggamannya. "Jadi kenapa nak pergi?kenapa nak tinggalkan I?"pertanyaanku disambut keluhan. Alan meraup wajahnya yang kini bermanik peluh. "You berhijrah, Alan. Permanent. Bukan sekejap macam bercuti. You tak pernah jelaskan apa-apa, tak pernah cerita perancangan hidup you yang terang-terang tak ada I. Sekarang you nak I ingat yang you cintakan I. Untuk apa?"sesak nafasku menghambur semua yang terbuku di hati. Menahan sebak agar semuanya yang kusut dapat kuluahkan. Lama Alan terdiam. Cuma matanya sahaja yang tak lepas-lepas memandangku. "It's not permanent. The contract is only for five years long. Tak lama, tak ada apa yang akan berubah. We can work it out…,"perlahan kudengar penjelasan darinya. Penjelasan yang tidak memberi apa-apa jaminan padaku. Lima tahun terlalu panjang jangka masanya. "Oh now you want us to work it out…masa you plan semua ni, you tak pernah cakap apa-apapun. Macam tak payah libatkan I pun. Kenapa?!"Wajah Alan yang serba salah kutentang. Aku perlukan jawapan. Senang-senang buat semua keputusan tanpa satu isyarat pun padaku, sekarang apa yang hendak kami usahakan? Atau pertahankan…"Kenapa you buat macam ni?"suaraku lemah, tak pasti itu satu pertanyaan atau keluhan. "The thing is, I need to think about us. Then came the job offer..so I thought…," "Why did you have to think about us?"tinggi semula nadaku yang semakin keliru dengan Alan. Apa yang kurang dalam hubungan selama tujuh tahun ini? Kenapa perlu difikirkan semula? "Ain…,you fahamkan? If I'm going to be with you…I need to sacrify everything in my life."Saat itu semuanya jelas dalam fikiranku. Aku memandang Alan yang masih berusaha menyusun kata. Begitu rupanya tanggapan dia pada hubungan ini. Yang dia perlu berkorban, perlu merubah segalanya dalam hidup dia untuk bersamaku. Begitu banyakkah yang aku pinta selama ini?Begitu besar? "Alan, sebelum ini, kita sama-sama tahu apa, bagaimana atau segalanya tentang hubungan ini. Sudahlah, I bukan siapa-siapa pun untuk you korbankan segalanya. So you tak payah fikirkan tentang korban. In fact you don't even have to think about us,"pantas aku mengatur langkah laju. Aku perlu pergi jauh dari dia. "Ain….!"kudengar derap tapak kakinya yang rapat dibelakang tapi kubiarkan sahaja. Saat dia memaut lenganku, langkahku terhenti. "Ain please…I really love you," pedih kata-kata itu di telingaku, meski sudah hambar maknanya pada saat ini. "You nak apa dari I sebenarnya Alan? You yang nak berfikir tentang kita, you yang berkira-kira tentang pengorbanan, you yang nak pergi dari I…so you nak apa lagi?"tubuhnya kutolak sekuat-kuat hati. Biar dia jauh dariku. Sebab aku sudah tak faham lagi apa-apa tentangnya. "Please wait for me.Ain, give me time?,"pinta Alan dalam kesah yang buat aku terpana seketika. Tunggu dia? Untuk apa, sehingga dia benar-benar jelas yang aku cukup bernilai untuk pengorbanan yang terpaksa dibuat?Atau sehingga dia benar-benar jelas untuk melupakan aku? "Stop taking me for a fool, Alan,"sakit hatiku berbuku lantas tika dia mendekati laju saja tanganku hinggap di pipinya. Kuat. "Ain, please don't make a scene here!"tegang suara Alan. Marah. "So let's end the scene then!Pergi je!"balasku geram. Alan terhenti di situ, mungkin itu yang ditunggu. Supaya aku yang mengakhiri, bukan dia. Supaya bukan dia yang meninggalkanku, tapi pintaku sendiri. Aku berundur setapak. Wajah Alan yang masih tegang kutatap dalam-dalam. Dia juga begitu, merenungku dalam riak marah dan tertekan."Good bye, Alan,"Dan aku terus melangkah pergi tanpa ada lagi derap tapak kaki yang mengekori. Sekelip mata. Sekejap tadi aku masih di pejabat, masih berkira-kira untuk keluar makan tengahari bersama Lina atau melayan laraku di meja kerja. Sekarang aku sedang bingung berteleku di anak tangga menuju ke pejabatku. Tadi aku pilu bertentang mata dengan Alan, terasa payah untuk meminta penjelasan. Kini aku merenung tapak tanganku yang masih berbekas merah dan rasa pijar dek kerana menampar Alan. Kabur semuanya….yang nyata hanyalah satu, Alan telah pergi. Pergi dari aku.
Bab 3
Alan sudah pergi. Anehnya, walaupun kurasa kenyataan itu merubah segalanya tentang hidup aku namun segalanya tetap sama. Aku masih bekerja, masih menjalani rutinku seperti biasa. Hari-hari yang dulu rasa mustahil tanpa dia kini adalah realiti untuk aku. Janggalkah aku tanpa dia?Yang peliknya tidak. Bila dia pergi, tak banyak aturan hidupku yang berubah. Meskipun tujuh tahun dia mengisi hatiku namun setelah dia pergi, hati tidak terus hancur remuk tapi jadi beku. Kecewakah aku…patah hatikah?Aku pun tak tahu , yang jelasnya segala yang pedih dulu kini seakan mati rasanya. Kaku dan kebas. Sudahnya aku seakan tidak pernah ada Alan dalam hidupku, tak pernah terluka kerana dia. "You go,girl!"selalu suara Lina bila lihat aku ceria seperti biasa. Aku pun senang begini, menjalani hidup seperti selalu tanpa ada lagi soalan-soalan tentang Alan. Biar hanya aku tahu tentang peritnya mengingat dia pada setiap hujung hari-hariku. "Ain!"suara Lina tiba-tiba menegur. Dia terjenguk di sebalik dinding partition yang memisahkan ruang kerja kami. "Ada lagi…ingatkan dah pengsan. Senyap je dari tadi,"usiknya sambil kini mengatur langkah ke mejaku. Kujelirkan lidah padanya. "Kalau aku pengsan, takdenya senyap-senyap. Ni drama queen la…mesti siap dengan sound effect lagi..,"ujarku dalam senyum. "Eh,macam kebetulan je.Aku memang nak ajak kau tengok movie pun,"Lina mengangkat kening sambil terangguk-angguk. Menunggu aku berkira-kira akan perancangannya. Aku senyum, terasa beruntung dan senang ada rakan sekerja yang boleh dibuat teman. Lantaran jarak umur yang hanya beberapa bulan berbeza, kami jadi rapat. "Bolehlah. Lama jugak tak layan movie ni,"Lina menguntum senyum. "Malam ni?"tanya Lina, mengatur masa. Malam ini malam minggu. "Kalau esok ok tak? Boleh shopping sekali,"alang-alang mahu bersukaria biar sehari suntuk. Lina pantas memetik jari."Ok set!"Lina tergelak sendiri. "Macam therapy pula. Sebut shopping je, terus senang hati,"ulasnya. "Ops..aku pun kena buat therapy kejapla. Sebelum balik,"pantas aku beralih perhatian pada skrin monitor komputerku. Mengakses akaun emel. Lina menjenguk sama. "Isy..tak nak baca ke?"Lina bertanya sambil ralit memerhati tingkahku yang laju menanda semua emel daripada Alan sebelum mengklik butang ‘delete'. Aku senyum puas bila selesai. "Bacalah sekali,"saran Lina lembut. "Not ever,"dalam senyum aku berkata. Tegas.
"So, which one?" Mata kami masih lagi leka menatap skrin preview pilihan filem-filem di layar perak hari ini. Aku dan Lina, masing-masing kurang pasti selera menonton sendiri. Sudah lama kami berdiri berkira-kira di situ. Biasanya kalau aku ke sini, mudah dan cepat sahaja. Jarang benar keliru memilih filem apa yang nak ditonton. Apa sahaja cerita, boleh dilayan sebab yang penting masaku rasa indah di sisi Alan. "Cerita hantulah. Ok juga, boleh jerit-jerit…release tension,"saran Lina sambil berpaling padaku yang masih berkerut dahi, berfikir supaya wajah Alan yang tiba-tiba muncul di minda pergi segera. "Hantu? Tak mau tengok yang tu? Ada Hugh Jackman, handsome tu…,"Lina tergelak, agaknya sebab sarananku yang terdengar sama dungu saja dengan cadangannya. "Apa yang handsome..dengan side burn macam tu..aku cuma boleh nampak kukunya je. Panjang tak tentu hala,"getus Lina merujuk pada poster filem X-Men. "Oklah tu…handsomelah juga daripada tengok rupa hantu..aku tak tahan kalau horror sangat"balasku. "Yalah kan? Sekurang-kurangnya ada juga rupa manusia. Tengok X-Menlah,"putus Lina senang sambil menarik lenganku untuk beratur membeli tiket. Hanya ada dua orang dalam barisan sebelum giliran kami. Sebenarnya aku tak kisah, mana-mana filem pun tak apa. Asalkan fikiranku tak kosong menerawang melakar wajah Alan. "Nasib baik tak ramai sangat orang,"ujar Lina tersenyum selepas membeli tiket. Letak bajunya yang sedikit terusik, dibetulkan. "A'ah. Awal lagi kot,"balasku sambil meninjau sekeliling, melihat pada beberapa orang yang berlegar-legar di ruangan depan kaunter tiket. Entah mengapa tiba-tiba kurasa tak senang,tiba-tiba sahaja hati berdebar tak tentu. Kutatap satu persatu poster filem yang terpamer di dinding sehingga mataku kini terhenti pada satu tubuh yang elok berdiri di antara beberapa orang yang lain. "Alamak!"cetusku terkejut sambil segera rapat pada Lina. "Kenapa ni?"Dia turut sama menggelabah. "Aku tak mahu dia nampak aku. That guy over there in black, with cap,"beritahuku pada Lina. Sedaya upaya aku berlindung di balik tubuh Lina, kutarik rambut depanku agar menutup muka. "Yang tengah tengok sini tu?Siapa dia?"suara Lina kini mencemaskan aku. "Jangan tengok dia,"ujarku sambil menarik Lina agar cepat-cepat bergerak menuju ke tangga untuk ke ruang menunggu sebelum masuk ke pawagam. "Kenapa dengan mamat tu, Ain?"getus Lina, masih lagi keliru. "Dia tu psiko!"balasku. Memang lelaki itu psiko, serba serbi tentangnya di luar jangkauan pemikiranku. "Ha?Nampak ok je…,"suara Lina ragu-ragu. "Nampak je ok tapi…,"aku terhenti, kulepaskan keluhan kecil. Biarlah kuterangkan pada Lina dalam bahasa yang lebih mudah, kasihan dia keliru dengan ceritaku yang tak tahu hujung pangkal. "Dia kawan Alan,"jelasku pendek ketika kami sama-sama memanjat tangga untuk ke ruang lapang tempat menunggu waktu tiba tayangan. Aku berpaling seketika pada Lina yang masih menunggu cerita selanjutnya. "We don't like each other,"sambungku lagi."Kenapa pula?"Lina masih keliru. "Entah…dia memang tak sukakan aku. Aku..tak suka dia sebab dia tak sukakan aku,"terangku. "Kenapa dia tak suka kau?"soalan Lina entah kenapa membuat aku termangu seketika, terusik sedikit. "Entah…yang pasti dia tu memang psiko.,"Tak pasti bolehkah Lina memahami penjelasanku yang ringkas tapi berbelit. "Oh..,"Lina mengangguk. Dia diam selepas itu, mungkin benar-benar faham yang aku tak ingin bercerita panjang tentang lelaki itu. *** Kaki mula terasa kejang, penat menapak dari satu kedai ke kedai yang lain sedari tadi. Usai menonton tadi, berjam-jam aku dan Lina mencuci mata, membelek itu dan ini di bangunan pusat membeli-belah ini. Entahlah, memang mungkin ini terapi terbaik bagi kami, rasa seronok dan puas. Badan penat pun, tak ingin bersungut. "Aku nak cari kasutlah,"cetusku pabila terpandang satu butik jenama kasut yang nampak cantik mempamerkan segala macam jenis kasut. "Eh, aku pun!"suara Lina yang membalas, teruja. Segera kami menyertai beberapa pelanggan di butik itu yang nampak ralit memandang rekaan dan stail kasut-kasut yang dipamerkan. "Ni cantik kan?,"tanya Lina sambil mencapai sebelah kasut bertumit dua inci. "That's hot!"aku mengenyit mata pada wajah ceria Lina kala dia selesai menyarungkan kasut hitam itu. Lina tergelak. "Kau cuba yang merah ni, lagi hot!"pantas dia menghulur kasut warna merah garang kepadaku. Cantik dan seksi dengan tumit tiga incinya. Segera kusarungkan dan kemudiannya menatap imej kaki sendiri di cermin yang disediakan. "Pakai sepasanglah. Then do some catwalks,"saran Lina gila-gila. Dia telah selesai menyarung sebelah lagi kasut hitamnya. Kemudian, dia hulurkan sebelah lagi kasut merah itu padaku. Dalam tergelak, aku menurut. Seronok pula melayan karenah senang hati tika mood santai begini. Gila-gila. Aku dan Lina silih berganti mengatur langkah penuh gaya sambil mata hanya bertumpu di kaki masing-masing yang menyarung kasut bertumit tinggi itu. "Have to take this,"desis Lina kemudiannya, tika terhenti di hadapan cermin tinggi di kedai itu. Aku tersenyum, turut berhenti di belakangnya. Merenung pada sepatu di kaki, menyendengkan kepala berkira-kira sama ada untuk membeli kasut itu atau tidak. "You seems okay,"bisik satu suara hampir di telinga membuat aku tersentak. Tak sengaja terlanggar tubuh Lina di hadapanku ketika aku berpaling dan spontan berundur setapak. Terdengar suara Lina terjerit kecil, terkejut kerana terdorong rapat ke cermin. "Zakry?"berkerut dahiku melihat tubuh tinggi jejaka tersebut yang nampak santai berpeluk tubuh di hadapanku. "Hai..,"tenang suaranya menegur. Mengerling pada Lina sambil mengangkat kening, tersenyum. "Shopping?" tanyanya seakan tak perasan riak wajahku yang tak senang bertemu dengannya. Aku diam sambil memandang Lina, nampak raut wajahnya yang serba salah, mungkin sudah dapat mengecam Zakry. "Erm..aku pergi bayar kasut ni, ok?"suara Lina perlahan. Mungkin tak ingin terlibat dalam situasi begini. "Ok,"aku mengangguk melihat dia yang segera berlalu menggamit staf jualan di situ. "Boleh hidup?"suara Zakry. Sinis kini. "Hidup ke tak…not your business,"balasku sakit hati, disambut gelaknya yang dibuat-buat. "I thought your life revolves around Alan. Kalau Alan tak ada, dunia kau berhenti,"suara Zakry sengaja mengundang marahku. "Biar dia tak ada, you siapa untuk sibuk-sibuk?,"balasku kemudian. Kutentang wajahnya yang masih tersenyum sinis. "Aku cuma bertanya khabar," "Tak payah!"aku membalas geram. Jelas benar ketidak ikhlasan niat di hatinya, perlukah berpura-pura? "Kau memang begini ya?"nada suaranya masih mengejek. "Begini? Begini apa?" "Biadap…Spoilt,Ungrateful, selfish...pendek akal. Macam budak-budak,"panas telingaku mendengar ulasan karut lelaki ini. Siapa dia untuk menilai aku? Cukup sempurnakah dia untuk mengata aku sebegitu? "Cukup?Itu aje…?"umpanku geram. "Gedik…,"selamba lelaki itu menambah sepatah, sambil tersenyum mengejek. "Sebenarnya..apa yang you nak dari I,ha?I tak kacau you..,tak pernah!So you nak apa sebenarnya?"soalku keras, mengawal suara dari bertempik geram. Zakry tergelak kecil sambil menjungkit bahu, mengundang marahku yang bukan sebarangan. Soalanku dibiar tak berjawab dengan reaksinya yang kian membakar perasaan. "Leave! Pergi!"Ikutkan hati yang panas, mahu saja aku menjerit menghalau lelaki ini pergi. Tapi, yang terluah hanyalah bisikan keras, supaya dia faham aku tak ingin melayannya lagi. Dia hanya terus tersenyum. Terhibur agaknya sebab berjaya menyakitkan hatiku. "Psiko!"luahku lagi bila tiada reaksi lain darinya. Benci melihat mukanya aku segera duduk membelakangkan dia di bangku yang tersedia di situ. Sandal merah yang kucuba tadi kutanggalkan satu persatu dengan kasar. Sakit hati hingga tak mampu mengawal perlakuan. Kalau bukan di sini, mahu saja aku campakkan sandal bertumit tinggi ini ke arahnya. "You know what…Ain? Kalau orang nak pergi, tak perlu disuruh-suruh. Dia akan pergi sebab memang dia nak pergi..,"suara Zakry jelas di telingaku. Aku tak memandang, tapi kutahu selepas itu dia berlalu meninggalkan kata-kata sinisnya untuk kutafsir sendiri. Aku tahu dia bukan memaksudkan hanya tentang dia, tapi Alan juga. Alan yang pergi kerana kemahuannya sendiri, bukan kerana sesiapa menyuruhnya. Alan yang tetap mahu pergi walau sesiapa pun yang menghalangnya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
menarik! ada blog??