BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, September 01, 2009
Novel : Kisah Mereka 3
Nama Pena : Lada Hijau

KISAH 3 – MEREKA KERAS HATI


"Terima kasih. Sila datang lagi." Ucap Oly kepada seorang pelanggan sebaik memulangkan duit baki. Macam biasa, restoran Pak Harun pasti dipenuhi pelanggan di antara jam dua belas setengah hingga tiga setengah. Waktu inilah ramai yang datang untuk makan tengah hari. Hidangan pula disediakan dalam bentuk bufet. Pelanggan-pelanggan datang dan melayan diri sendiri. Sambil menjamu selera mereka berbual-bual dengan rakan-rakan lain yang makan semeja. Selesai makan masing-masing akan membawa sekeping kertas kecil bertulis harga ke kaunter. Mereka akan membayar mengikut jumlah yang telah ditulis.

Sebelum ini tugas menulis harga dilakukan oleh Azam tetapi kini diambil - alih oleh Fizi sementara Yan ditugaskan untuk mengangkat dan mengutip pinggan-pinggan dan cawan-cawan kotor. Pak Harun pula yang dulu seorang diri menguruskan dapur kini dibantu oleh Azam. Dengan kehadiran Fizi dan Yan operasi di restoran Pak Harun sedikit lancar.

Sudah sebulan Fizi dan Yan bekerja. Waktu kerja mereka bermula dari awal pagi lagi. Jam lima mereka berempat sudah pun berada di pasar borong. Pak Harun biasa melanggan bahan-bahan mentah di situ. Fizi, Yan dan Azam yang mengikut sama membantu mengangkat dan memasukkan barang-barang tersebut ke dalam van. Menurut Pak Harun, kalau datang awal pagi dapatlah dia membeli bahan-bahan mentah dengan harga yang murah. Setelah selesai memborong, mereka terus menuju ke restoran dan memunggah barang-barang melalui pintu belakang. Masing-masing sudah arif dengan tugas sendiri. Mereka bekerja tanpa berkata apa-apa. Cuma sesekali terdengar gelak tawa mengisi ruang dapur restoran tiap kali mereka terhibur dengan lawak spontan Fizi.

Jam tujuh setengah pagi, mereka sudah mula menyiang dan membasuh bahan-bahan mentah berpandukan arahan daripada Pak Harun. Jam sembilan pagi, barulah Oly tiba sambil membawa sarapan yang disediakannya dari rumah. Sudah menjadi tugasnya memastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas sebelum datang membantu yang lain di restoran. Mereka berhenti menyiang dan membasuh sebaik Oly menghidangkan sarapan. Sementara menunggu yang lain mengalas perut, Oly yang sudah bersarapan di rumah terus mencapai penyapu dan mop berserta baldi berisi air untuk membersihkan lantai di bahagian hadapan restoran yang dipenuhi dengan susunan meja dan kerusi.

Jam sepuluh pagi, Pak Harun sudah mula memasak mengikut menu yang telah disusunnya. Azam dan Oly membantu sementara Fizi dan Yan mengelap dan menyusun bekas-bekas untuk mengisi lauk-pauk. Jam sebelas setengah pagi, satu-persatu hidangan diangkat dari bahagian dapur dan disusun di atas meja hidangan. Setiap bekas mempunyai lilin yang dinyalakan api di bawahnya bagi memastikan lauk-pauk sentiasa panas.

Tepat jam dua belas tengah hari restoran dibuka untuk pelanggan. Oly sudahpun bersedia duduk di kaunter menunggu kehadiran pelanggan sehinggalah restoran mereka ditutup pukul empat petang.

Berbeza pula pada sebelah malam. Setelah empat jam berehat, restoran mereka beroperasi semula hingga jam dua belas tengah malam. Kali ini lain pula caranya. Pak Harun hanya akan memasak makanan yang dipesan oleh pelanggan-pelangannya saja. Tiada lagi hidangan dalam bentuk bufet. Bagi mempercepatkan kerja, Oly dan Azam turut menjadi tukang masak di dapur sementara Adib menjaga kaunter menggantikan tempat kakaknya. Tugas Fizi dan Yan tetap sama. Begitulah rutin hidup mereka setiap hari.



"Ayah nak ke bank kejap. Jaga kedai." Pesan Pak Harun kepada anak perempuannya. Oly hanya mengangguk. Jam menunjukkan pukul tiga petang. Keadaan restoran agak lengang. "Pak Long nak ke mana tu?" Tanya Fizi sambil memegang sebatang mop. "Bank," balas Oly pendek. Fizi menyambung semula kerjanya mengemop lantai. "Fizi, mana Yan?" Soal Oly sebaik menyedari hanya Fizi seorang diri mengemop lantai. "Buang sampah. Kenapa? Rindu ke?" Tanya Fizi mengusik.

Oly hanya membalas dengan jelingan. "Tanya sikit boleh?" Oly meminta kebenaran. Fizi menoleh ke arah Oly. Badannya sedikit membongkok dengan kedua-dua gengaman kedap memegang tangkai mop. "Kenapa Yan lain? Tak macam Fizi?" Tanya Oly sambil berjalan ke arah Fizi. Dia menarik dan duduk di kerusi. Berdekatan dengan tempat Fizi mengemop. "Yan tu peliklah. Tak banyak cakap. Habis kerja terus masuk bilik. Tak bercampur orang." Komen Oly panjang lebar. "Ooo... suka orang yang banyak cakap ya. Macam abang?" Jawab Fizi berseloroh. "Ish, Fizi ni. Jawablah betul-betul." Oly mencubit lengan Fizi.

Fizi menoleh kiri dan kanan sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah Oly. Mukanya didekatkan sedikit ke telinga Oly. Gaya orang hendak berbisik. Oly bersedia untuk mendengar jawapan walaupun sedikit menyampah dengan gaya Fizi melengah-lengahkan jawapan. Sekejap membetulkan rambut. Sekejap membetulkan baju. Sekejap berdehem membetulkan suara. Tapi masih belum ada jawapan yang dibisikkan. "Lepas tutup kedai nanti kita kuar jalan-jalan nak? Gi dating...," bisik Fizi bersahaja. "Hei, orang tanya lain dia jawab lain!" Pantas Oly menepuk bahu Fizi lalu bangun menuju ke kaunter semula. Meninggalkan Fizi ketawa terhenjut-henjut seorang diri.

Jam sudah pun menunjukkan pukul satu setengah pagi. Fizi yang baru selesai berbual-bual kosong dengan Azam di ruang tamu tingkat atas berjalan menuju ke biliknya untuk tidur. "Apa yang kau tenung tu Yan?" Tegur Fizi setelah masuk ke dalam bilik tidur. Yan terkejut. Dengan pantas dia memasukkan kedua-dua jam tangan ke dalam beg berwarna merah jambu yang dimilikinya secara tidak sengaja.

"Apa je la kau ni Yan. Abang tengok kau ni lain macam je sejak datang sini." Fizi menarik bantal di sisinya. "Lain apa pulak bang?" Balas Yan sambil mendekati Fizi. "Yalah, kau menyendiri je. Bercampur la ngan dia orang. Kita ni menumpang. Tak elok la kalau asyik berkurung je." Fizi merebahkan badannya di atas katil sementara Yan duduk di sebelah. "Mana ada bang. Saya okay je ngan mereka. Ngan Pak Long, ngan Azam, ngan Adib...," jelas Yan. "Hmm ... dengan Oly?" Pintas Fizi. Kening sebelah kirinya ternaik mengiring soalan.

Yan terdiam. Memang benar, dia kurang selesa dengan Oly. Lebih tepat lagi dengan perempuan. Dia tidak sedar sejak bila perasaan kurang selesa itu muncul. Yang dia tahu nasibnya kebelakangan ini selalu malang bila bersama perempuan. Dengan kejadian di kampung yang masih menjadi igauan ngeri, ditambah pula kejadian dirinya hampir ditangkap polis, membuatkan Yan menjadi serik dengan perempuan. Mata Fizi terkelip-kelip memandang adiknya yang khayal mengelamun. Dia masih menunggu jawapan. Kerap sangat dia ditanya tentang sikap adiknya itu. Siang tadi Oly dan baru sebentar tadi, sebelum dia masuk ke bilik tidur, Azam sempat mengajukan soalan yang serupa. Mungkin Oly yang suruh tanya agaknya. Sedangkan dia sendiri tidak pasti apa yang membelengu diri Yan.

Walaupun sikap dia dan Yan amat ketara tetapi adiknya itu tidaklah sependiam sekarang masa di kampung dulu. Dengan semua orang dia ramah bertegur-sapa biarpun tak banyak cakap. Rindu kampung kot budak ni. Entah-entah kejutan budaya. Hati Fizi mengagak bila adiknya masih mengelamun tanpa jawapan. Yan tiba-tiba bingkas bangun sebaik fikirannya keluar dari lingkaran lamunan. Dia mematikan suis lampu dan merebahkan badan di sisi abangnya setelah seluruh ruang bilik menjadi hitam. Fizi pula terus terkelip-kelip dalam kegelapan dengan seribu satu tekaan rambang.

Keesokan harinya seperti biasa restoran dibuka. Dalam kesibukan menjalankan tugas masing-masing, kelihatan sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Unser berwarna keemasan meluncur laju melintasi hadapan restoran sebelum membelok ke kanan memasuki Jalan Merbok. Setibanya di destinasi, Unser tersebut berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo. Selang beberapa minit, pintu pagar dibuka secara automatik dan Toyota Unser tersebut terus dipandu masuk.

"Kita dah sampai. Inilah rumah baru kita," Puan Salbiah bersuara sebaik mematikan enjin. "Mari," ajak Puan Salbiah. Sebaik dia turun dari kereta, seorang gadis berlari mendapatkannya. "Mama!" Jasmin memeluk Puan Salbiah. "Hai, sayang... mari mama kenalkan kamu pada anak-anak mama." Puan Salbiah memimpin tangan Jasmin menuju ke keretanya. "Eh, kenapa tak turun lagi ni?" Puan Salbiah mengetuk cermin kereta.

"Hai sayang... hmm, kenapa ni?" Tegur Encik Dali sambil memeluk pinggang Puan Salbiah dari belakang. Dia yang baru muncul adalah pemilik banglo tersebut, ayah kepada Jasmin. "Papa, mereka tak nak turun." Adu Jasmin sambil merangkul tangan kanan Encik Dali.

Encik Dali tersenyum. "Kamu tak pelawa mereka turun...," usik Encik Dali. "Sudah, mama dah ajak," balas Jasmin manja.

"Err... abang, ajak Jasmin masuk dulu. Biar saya pujuk mereka," minta Puan Salbiah. "Baiklah sayang. Perlahan-lahan... jangan paksa mereka," nasihat Encik Dali sebelum masuk ke dalam rumah.

Sebaik saja kelibat Encik Dali dan Jasmin hilang dari pandangan, pantas tangan Puan Salbiah membuka pintu belakang keretanya. Dalam keadaan menahan marah, Puan Salbiah berkata, "Apa kena dengan kamu berdua ni?" Kecil mata Puan Salbiah merenung anak-anaknya. "Mama kata turun... turunlah. Jangan tunjuk perangai kat sini. Jangan cuba nak malukan mama ya." Menggigil Puan Salbiah menahan marah melihatkan karenah anak-anaknya.

"Kamu berdua bukan budak-budak lagi. Joe, ajak Aki turun... cepat." Puan Salbiah mengawal suara agar tidak terpamer kemarahan. Dia tidak mahu mengejutkan keluarga barunya yang sedang menanti di dalam rumah. Seboleh-boleh Puan Salbiah cuba untuk menunjuk dan mengekalkan imej yang baik di mata suami baru dan anak tirinya. Sesekali Puan Salbiah mengerling ke muka pintu utama rumah Encik Dali bagi memastikan yang perbualan antara dia dan anak-anaknya tidak kedengaran hingga ke dalam rumah.

"Ini bukan rumah kita!" Bentak Aki. "Diam... jangan tinggikan suara. Kamu nak malukan mama ya?" Puan Salbiah merenung Aki. "Baik, ikut suka kamulah," Puan Salbiah terus berlalu meninggalkan mereka yang masih berkeras tidak mahu turun.

"Abang rasa, elok kita turun," Joe mula bersuara sebaik mamanya masuk ke dalam rumah. Aki hanya mendiamkan diri. "Ini bukan rumah kita," Aki mengulangi semula kenyataannya setelah lama mendiamkan diri. Joe serba-salah. Dia tersepit di antara kehendak mamanya dan kedegilan adiknya. "Kita kena terima dik. Mama dan Pak Cik Dali dah bernikah dan kita kena ikut mereka," Joe cuba memujuk. "Aki tak nak tinggal kat sini. Aki nak balik. Aki nak balik rumah papa. Rumah papa kita," Aki terus berkeras. "Papa tak sayangkan kita lagi. Dia tak nak terima kita," Joe cuba menyedarkan adiknya.

"Semuanya mama punya pasal!" Tuduh Aki. "Tapi papa pukul mama. Aki tak ingat ke?" Joe menyoal. "Papa pukul mama sebab mama jahat!" Aki mempertahankan tindakan papanya. "Adik! Tak elok cakap macam tu. Baik atau jahat, dia tetap mama kita. Kita tak ada pilihan," suara Joe agak tinggi. Aki terdiam. Joe menarik nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya. "Jangan macam ni dik," Joe merendahkan suaranya sambil memeluk Aki.

"Benda dah jadi. Kita kena belajar terima kenyataan. Kalau boleh, abang pun tak nak mama kahwin lain. Tapi apa yang kita boleh buat dik?" Pujuk Joe. "Abang tahukan... mama buat papa marah dan benci kita semua," Aki menangis dalam pelukan abangnya. Joe hanya membisu. Di dalam hati dia mengiyakan segala kata-kata adiknya. Memang mama mereka yang bersalah. Membuatkan papa tersayang hilang sabar dan menghalau mereka anak-beranak. Kalau ikutkan hati hendak saja dia memberontak dan lari meninggalkan mamanya yang menjadi punca utama keluarga bahagianya musnah tapi apakan daya, dia masih tidak mampu untuk hidup berdikari lebih-lebih lagi berpisah dengan adik kesayangannya Aki.

"Pak Cik tahu, kamu berdua masih sukar untuk menerima Pak Cik dan Jasmin sebagai keluarga, tapi sebagai tuan rumah, Pak Cik tak boleh biarkan tetamu terus berada di luar," tiba-tiba Encik Dali muncul di pintu kereta. Joe dan Aki tersentak.

"Kamu menangis?" Tanya Encik Dali. Aki menundukkan muka sambil mengesat-ngesat air matanya. Joe dengan perlahan turun dari kereta dan menghulurkan salamnya kepada Encik Dali. Salamn Joe disambut dengan pelukan Encik Dali. Joe tergamam. Adakah pelukan tersebut ikhlas atau lakonan semata-mata? "Mari, kamu berdua tentu letihkan," pelawa Encik Dali sambil menoleh ke arah Aki yang masih terpaku di dalam kereta.

Joe menarik perlahan tangan adiknya. Akhirnya Aki akur. Dengan perlahan dia turun dari kereta. Pintu kereta ditutup Encik Dali. "Mari, barang-barang kamu berdua semalam lagi dah sampai. Semuanya ada di bilik kamu. Nanti papa tunjukkan," Encik Dali cuba bermesra. "Awak bukan papa saya." Aki merenung tajam ke arah Encik Dali. "Maaf, maafkan Pak Cik," Encik Dali merendah diri.

Sejak tengah hari tadi Aki terus berkurung di dalam bilik barunya. Mengelamun jauh di atas katil sambil memeluk patung beruang panda, hadiah harijadi daripada papanya dua tahun yang lalu. Papa... papa kat mana? Bisik hati Aki. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Lamunan terus membawanya mengimbau kembali tragedi yang melanda keluarganya.

"Jadi, mereka bukan anak saya? Bukan darah daging saya? Sampai hati awak tipu saya!" Bertubi-tubi Encik Dhani menyoal Puan Salbiah. "Selama ni anak-anak yang berbin dan berbintikan saya bukan dari benih saya sendiri?" Encik Dhani terus mendapatkan kepastian daripada isterinya. Jari telunjuknya menunding-nunding ke arah Joe dan Aki yang sedang berpelukan dan menggigil ketakutan. Tidak pernah mereka lihat Encik Dhani dalam keadaan begitu marah.

"Awak yang bersalah. Awak yang menyebabkan saya terlanjur!" Puan Salbiah menyalahkan suaminya. Tidak mahu mengalah. "Saya kesunyian!"

"Perempuan tak guna!" Tanpa disedari, tamparan Encik Dhani hinggap di pipi Puan Salbiah. "Sembilan belas tahun awak tipu saya. Selama ni anak-anak yang saya peluk dan sayang sebenarnya anak awak dengan jantan-jantan lain! Hasil perbuatan terkutuk awak!" Encik Dhani cuba menerkam Puan Salbiah. Marahnya tidak tertahan-tahan lagi.

"Papa, jangan!" Joe melepaskan Aki yang berada dalam pelukan dan terus meluru ke arah Encik Dhani. Dia cuba menghalang. Papanya dipeluk kuat. "Lepaskan aku anak haram! Jangan panggil aku papa!" Joe tersungkur ditolak. "Papa, kami anak papa. Joe dan Aki anak papa. Mama... bagitau papa, Joe dan Aki anak papa. Anak mama dan papa," Joe merayu.

"Papa, Aki sayang papa. Aki anak papa," Aki merangkul tangan Encik Dhani. "Bukan, kau bukan anak aku!" Encik Dhani mengoncang-goncang bahu Aki sebelum menolaknya ke arah Puan Salbiah. "Itu mama kau!" Sayang Encik Dhani terhadap anak-anaknya hilang sekelip mata setelah mengetahui kedudukan sebenar.

Segalanya terdedah apabila Encik Dhani mengalami kemalangan dan kehilangan banyak darah. Semasa dia bertarung nyawa di bilik kecemasan, Joe dan Aki gagal menjadi penderma darah untuknya. Setelah berjaya diselamatkan dan pulih, persoalan demi persoalan bermain difikiran Encik Dhani mengenai kegagalan kedua-dua anaknya menjadi penderma. Dalam diam dia mula menyiasat sehinggalah malam itu, segala-galanya terbongkar. Tanpa mengendahkan rayuan anak-anaknya Encik Dhani menceraikan Puan Salbiah dan menghalau mereka tiga beranak. Sejak itu Aki terus terputus hubungan dengan papa kesayangannya. Encik Dhani pula membawa diri entah ke mana.

Empat bulan selepas bercerai, Puan Salbiah bernikah dengan Encik Dali. Seorang duda yang telah sepuluh tahun kematian isteri. Jasmin Dalia satu-satunya anak hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya. Kesunyian Puan Salbiah terubat setelah mengahwini Encik Dali tetapi tidak anak-anaknya. Jiwa mereka terus menderita, bukan sahaja kerana penceraian tetapi kerana gelaran anak haram yang diberikan oleh papa tersayang.

"Dik," Joe menepuk bahu Aki. Lamunan Aki terhenti. "Abang," Aki terus merangkul Joe. Patung beruang panda yang dipeluknya terlepas bergolek jatuh ke lantai. "Betul ke kita ni anak haram?" Suara Aki tengelam-timbul dalam tangisan. Air mula bergenang di mata Joe. Dia faham. Cukup faham dengan kesedihan adiknya. Papa yang selama ini tempat mereka bermanja menghalau mereka begitu sahaja. Dihina dan dikeji tanpa pembelaan. Gedung kasih sayang yang terbina runtuh sekelip mata. Tiada lagi papa untuk mereka bermanja dan mengadu. Hanya mama tempat mereka bergantung hidup. Seorang mama yang hanya mementingkan diri. Mengejar kebahagian sendiri tanpa mengendah rintihan hati anak-anak.

"Aki tetap adik abang. Biarlah papa bencikan kita. Buang kita, asalkan kita berdua tetap bersama. Kita kena bersabar dik. Abang janji, bila abang dah mampu suatu hari nanti, abang akan bawa adik pergi jauh dari sini. Kita mula hidup baru. Hanya abang dan adik." Joe menanam harapan di hati adik kesayangannya.

"Abang, Aki nak cuba cari papa lagi. Aki nak pujuk papa. Aki tahu, papa kalau marah sekejap je. Aki percaya, satu hari nanti papa mesti terima kita semula," Aki bersungguh-sungguh menyatakan harapannya.

"Hai, bual apa tu? Macam mana... selesa tak dengan bilik ni?" Joe dan Aki terkejut dengan sapaan Jasmin. Entah bila masanya Jasmin terpacul di muka pintu. Aki yang tidak senang dengan sikap Jasmin bingkas bangun. "Kau tak reti hormat orang ke? Curi dengar perbualan kami...," Aki menolak bahu Jasmin. Tolakan tadi menyebabkan Jasmin terundur ke belakang. "Aki... jangan," Joe melarang. Dia tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan panas baran adiknya. Lagipun Jasmin anak tuan rumah dan mereka adik-beradik hanya menumpang.

Aki merenung tajam ke arah Jasmin. "Maaf... Min tak bermaksud nak mengganggu, cuma papa dan mama suruh Min ajak kamu berdua turun. Kita minum petang bersama," Jasmin menerangkan tujuan sebenar.

"Beritahu mereka, kita orang tak lapar," tegas Aki lalu terus menutup pintu. Jasmin terkedu seorang diri di luar bilik. Setelah agak lama menanti, Jasmin bergerak menuju ke anak tangga. Sebaik dia menuruni anak tangga ketiga, pintu bilik Aki terbuka. Langkah Jasmin terhenti. Dia menoleh, dilihatnya Joe melangkah keluar. Pintu bilik ditutup. Joe menghampiri Jasmin. "Maaf, adik saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak," Joe cuba melindungi adik kesayangannya.

Jasmin tersenyum. "Takpe... saya faham. Hmm... mari kita turun. Papa dan mama dah lama tunggu," Jasmin cuba mempelawa sekali lagi. Tanpa membalas senyuman Jasmin, Joe menggeleng. "Takpe... terima kasih je. Saya tak lapar. Cuma letih. Saya nak berehat," Joe terus meninggalkan Jasmin dan menuju ke biliknya. Sekali lagi Jasmin terkedu. Pelik dengan sikap dua-beradik itu.

"Geram betul saya dengan perangai budak-budak tu. Mereka tak tahu nak bersyukur. Saya kahwin dengan awak supaya kehidupan mereka lebih terjamin." Puan Salbiah melepaskan geramnya sambil menyiat kuih donat lantas menyuap ke mulutnya. Encik Dali menghirup tehnya dengan tenang. Sebaik meletakkan cawan dia bersuara, "Biarlah... berikanlah mereka masa. Dalam hal ini kita tak boleh memaksa."

"Kalau Jasmin boleh terima saya, kenapa mereka tak boleh? Susah sangat ke nak terima awak sebagai papa mereka?" Puan Salbiah memandang suaminya. Encik Dali hanya tersenyum. "Sayang, Jasmin tu dah sepuluh tahun dahagakan kasih-sayang seorang ibu tapi anak-anak awak tidak. Papa mereka masih hidup lagi. Tentu sukar untuk mereka terima saya secara mendadak," terang Encik Dali sambil menggengam tangan Puan Salbiah.

"Hah, mana Joe dan Aki?" Tanya Encik Dali kepada Jasmin yang sedang menuruni anak tangga. Jasmin terus menuju ke meja makan, menarik kerusi dan duduk di sebelah Puan Salbiah. "Mereka tak lapar. Mereka letih dan nak rehat dulu," Jasmin menjawab sambil menuang air teh ke dalam cawannya. Petang itu Puan Salbiah buat pertama kalinya menikmati hidangan minum petang bersama keluarga baru tanpa kehadiran anak-anak yang sedang merajuk atas tindakannya berkahwin sekali lagi.
posted by Penulisan2u @ 4:58 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group