BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, September 30, 2009
Novel : Hyperzia 7
Nama Pena : kronika

BAB 11 : SEJARAH HITAM PUTRAJAYA

Tiga srikandi negara kelihatan sedang terbang meluncur membelah awan. Sophia berada beberapa puluh meter di depan dua lagi rakannya dan Noor tidak kelihatan. Kejayaan misi mereka kali ini lebih ditentukan oleh nasib mereka kerana mereka tidak tahu siapa lawan yang akan mereka hadapi. Sekiranya lawan mereka lebih hebat daripada mereka, mereka terpaksa terima hakikat untuk berjuang hingga ke titik akhir dengan sepenuh tenaga mereka. Tetapi keyakinan mereka bertambah kerana mereka memiliki seseorang yang berupaya menjinakkan taufan. Siapa lagi kalau bukan Noor. Sophia yang fokus dengan apa yang akan berlaku sebentar nanti juga sebenarnya menaruh harapan yang tinggi agar Noor menyertai mereka saat itu. Sekiranya mereka gagal dalam misi kali ini tanpa kehadiran Noor, pastinya dia akan berasa bersalah sepanjang hidupnya.
"Noor, maafkan aku. Aku harap kau datang… kami benar-benar memerlukan kau… Maafkan aku Noor." Bisik hati Sophia sambil menoleh ke belakang. Sayang… Hanya dua rakannya iaitu Ima dan Zaitun sahaja yang kelihatan. Kelibat Noor… tiada lagi. Sophia kembali berpaling dengan wajah yang hampa tapi dengan hati yang penuh cekal. "Walau apapun terjadi, aku akan terus berjuang walau tanpa kehadiran Noor!" Dia sedar yang dia harus bertanggungjawab jika Noor tidak muncul.
"Tujuh orang semuanya… kau lawan dua orang, Sophia lawan dua orang, Noor lawan dua orang, aku lawan seorang. Macamana? Bagus tak ide aku?" Ima sempat berseloroh dengan Zaitun dalam perjalanan mereka yang penuh debaran itu.
"Noor jangan kau kira.." Jawab Zaitun selamba.
"Kenapa?" Balas Ima.
"Cuba kau pandang belakang.." Zaitun tersengih sambil Ima cepat-cepat menoleh ke belakang. Memang benar, tiada kelibat Noor… Ima mencebik bibir tanda kecewa.
"Aku ingat dia tengah ekori kita." Kekecewaan Ima jelas terpancar.
"Tak apa lah… Nak buat macamana. Kau pulak jangan sesekali lemah semangat. Kita terpaksa teruskan juga. Insya Allah sekiranya tuhan menyebelahi kita, akan ada keajaiban berlaku nanti." Zaitun memberi kata-kata perangsang kepada Ima yang kelihatan sedikit sugul.
"Maksud kau, akan ada kesatria Aramus lain akan tolong kita kejap lagi?" Sindir Ima.
"Mungkin.. Kan kita tak tahu apa akan terjadi nanti. Kalau ada golongan Aramus yang berjuang bersama kita nanti, kekuatan kita akan bertambah dan pastinya peluang kita memenangi pertarungan ini amat tinggi." Keyakinan yang dilemparkan oleh Zaitun begitu tinggi sambil Ima turut berdoa akan ada keajaiban berlaku sebentar nanti. Sedar tak sedar mereka bertiga sudah sampai ke destinasi. Sayup-sayup dari jauh kelihatan pemandangan putrajaya yang berbeza dari sebelum ini. Kepulan asap di beberapa bangunan kerajaan bercantum menjadi satu beberapa ratus meter dia ruang angkasa Putrajaya. Beberapa bangunan juga rosak teruk. Antara yang paling teruk adalah Bangunan Jabatan Perdana Menteri. Berbagai jenis kenderaan bergelimpangan di jalan raya termasuk kenderaan tentera dan polis. Keadaan sungguh mengharukan. Saki-baki anggota keselamatan kelihatan sedang mengawal keadaan di bawah kebanyakan bangunan. Ada juga yang mengalami kecederaan. Ramai juga yang terkorban dalam tragedi hitam itu. Mayat-mayat orang awam dan anggota keselamatan bergelimpangan di sana sini. Anggota bomba yang datang dari pelbagai kawasan sedang sibuk membantu mangsa yang tersepit antara runtuhan bangunan dan kenderaan yang berteraburan. Angkara siapa semua ini?
Nun jauh di kubah utama bangunan pejabat perdana menteri yang rosak teruk, tujuh orang yang tidak dikenali sedang berdiri seakan menunggu sesuatu. Pastinya keadaan kelam kabut dan mengerikan itu berpunca dari mereka. Seperti kejadian di Menara Guan Teak Lim beberapa hari lalu, tidak terdapat senjata atau alat pemusnah bersama mereka. Sudah pasti, mereka bertujuh itu bukan orang sembarangan. Putrajaya yang begitu luas dan dipenuhi dengan berpuluh-puluh bangunan pencakar langit itu dapat mereka musnahkan tanpa menggunakan senjata canggih. Tujuh manusia luar biasa itu sedang berkumpul di puncak bangunan pejabat perdana menteri sedang menunggu lawan yang mereka telah jangka pasti akan tiba.
SHAH SI PENJINAK NAGA
Pemilik asas api ini kelihatannya seperti ketua dalam kumpulan tujuh orang itu kerana dia berada di tengah-tengah kumpulannya. Sungguh bergaya dengan baju ala komando dan muka berceloreng.
RASH
Pemilik asas air yang kelihatan tenang tetapi penuh muslihat.
SANG HELANG BIRU
Memakai topeng ala burung paras mata ke atas. Pemilik asas angin ini pastinya akan mencari lawan yang sama asas tenaga dengannya nanti.
LUCIFER
Wanita bertubuh kecil ini tidak boleh dinilai degan saiz badannya. Kawalan Tenaga Sejagat asas besi miliknya pasti membuat orang setuju yang dirinya lebih berbahaya dari seribu bala tentera.
CHONG
Sebenarnya Chong adalah antara yang terhebat di antara tujuh orang itu kerana asas kilatnya lebih tinggi dari Elius yang terkorban di tangan Noor. Pastinya dia akan mencari lawan yang terkuat antara musuhnya nanti.
SANG PUTIH
Pemilik asas magnet ysng sangat pendiam. Dapatkah Ima menandingi lawannya ini nanti?
RAZ
Asas Titaniumnya masih belum digunakan dalam medan pertempuran dan ini masanya dia membuktikan sesuatu. Dia terpaksa menutup separuh wajahnya menggunakan kain untuk melindungi identitinya dari Dashing Doll.
Mereka tenang menanti kehadiran Dashing Doll terutama Raz yang tak sabar untuk menunjukkan sesuatu yang membanggakan kepada Tuan Jaque. Kini tumpuannya hanya satu. Iaitu mencari lawan yang paling kuat antara musuhnya. Pastinya dia menjangkakan Sophialah orangnya. Di medan tempur tak sama seperti di sekolah. Jika di sekolah dia dimanja-manja oleh Sophia, kini dia bertekad untuk menghapuskan rakan sekelasnya itu. Kejayaan misi kali ini adalah segala-galanya bagi Raz. Segala kenangan beberapa hari di sekolah berjaya dilupakan seketika oleh Raz tetapi untuk melupakan Noor pada saat itu amat sukar sekali. Walaupun begitu, sukses dalam Red Level tetap menjadi perkara utama dalam matlamat hidupnya.
Dashing Doll memasuki ruang udara Putrajaya. Pilu hati mereka melihat keadaan di situ. Airmata hampir menitis. Setiap seorang daripada mereka menahan sebak yang tak terhingga. Begitu kejam sekali aggota Red Level dari keturunan Aramus. Mereka sanggup melakukan pembunuhan beramai-ramai dan melakukan kerosakan yang amat dasyat seperti itu. Zaitun yang paling tersentuh ketika itu. Dia tidak dapat menahan kemarahan lalu menjerit sekuat hati dan menyebabkan tujuh musuh mereka tersentak dengan jeritan itu.
"Kawan… Tiga budak tu dah sampai. Chong, Lucifer dan Sang Putih, kau bertiga akan bertarung dengan mereka dulu kerana kamu bertiga mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat yang sama dengan mereka. Kami yang lain hanya sebagai ‘back up’ saja. Aku yakin kita akan menang dengan mudah kali ini kerana kamu bertiga setaraf dengan Elius. Sekiranya tiga budak itu lebih hebat dari kamu bertiga, kami akan bantu dan kita bersama hapuskan mereka." Arahan dikeluarkan oleh Shah yang ditugaskan oleh Tuan Jaque mengepalai pasukan itu.
Raz tidak puas hati dengan keputusan Shah kerana tidak diberi peluang awal. Tapi buat masa itu, Raz mengambil keputusan tunggu dan lihat saja. Tanpa membuang masa, Chong, Lucifer dan Sang Putih meluru ke arah musuh mereka yang baru tiba itu. Mereka tahu mana sasaran mereka. Sophia akan berhadapan dengan Chong, Zaitun pula akan ditentang oleh Lucifer manakala Ima mendapat tentangan dari Sang Putih.
Melihat musuh meluru pantas ke arah mereka dari satu arah, Dashing Dolls lantas menoleh ke arah itu dan menumpukan perhatian ke atas strategi yang mungkin digunakan oleh musuh mereka.
"Tiga dari mereka terbang ke mari. Ini bermakna ada empat orang lagi sedang tunggu dan lihat. Sekiranya kita berjaya mengatasi tiga musuh kita ni, sebelum rakan mereka tewas pasti yang lain akan membantu." Sophia cuba menebak strategi lawan yang lebih ramai daripada mereka.
"Ini bermakna juga, mereka mempunyai keyakinan yang lebih untuk menang dalam strategi pertama mereka. Kalau tidak, kenapa mereka tidak menyerang sekaligus? Itukan lebih mudah? Mungkin tiga orang yang menyerang kita sekarang ni sehebat Elius kot…Mungkin juga lebih hebat.. Kerana itu mereka hanya menyerang bertiga sahaja."Sambung Ima. Zaitun hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan pendapat kedua-dua rakannya itu. Nampaknya, strategi lawan mereka dapat mereka ramal. Jadi apa kata ketua mereka? Sophia….
"Baiklah…Aku pasti yang tiga orang ni mempunyai asas Kawalan Tenaga Sejagat yang sama dengan kita dan kita tiada pilihan lain selain dari menghadapi mereka! Berjuanglah sehabis mungkin walaupun kita ditakdirkan tewas…" Sophia membuat keputusan sambil membuka langkah untuk menggempur musuh.
"Dashing Dolls… !!! Sedia untuk menggempur!" Laungan Ima kepada rakan-rakannya. Tiga srikandi ini kelihatan begitu cekal dan berani sekali. Mereka sudah bersedia dengan apa jua keputusan pertarungan. Sememangnya darah pahlawan Aramus yang sedang mengalir dalam tubuh setiap seorang dari tiga anak gadis itu mencetuskan revolusi dalam diri mereka.
Satu pertembungan dasyat berlaku pada petang itu. Langit putrajaya bermandikan cahaya aura dari berbagai warna dan rupa. Kilat sabung menyabung, letupan demi letupan kedengaran serta pecikan arus elektrik seperti hujan api dilihat dari bawah.
Antara mereka bertiga, Sophia berdepan lawan yang paling ampuh sekali. Chong yang juga berasal dari Aramus Timur seperti Elius kini pasti ingin membalas dendam ke atas kematian rakannya itu walaupun sebenarnya bukan Sophia yang menamatkan riwayat Elius. Dia juga belum tahu yang Sophia berasal dari Aramus Tenggara. Sekiranya dia tahu, pasti dia curiga kerana kekuatan kesatria Aramus Timur tidak pernah tertanding oleh keturunan Aramus Tenggara.
"Aku mahu lihat sepantas mana kau boleh mengelak serangan pertama aku ni." Bisik hati Chong sambil melepaskan tumbukan jarak jauh yang mengeluarkan aura biru yang meluru pantas ke arah Sophia. Sang Putih dan Lucifer masih berada di belakangnya. Sophia sudah sedia mengelak serangan pertama musuhnya. Tetapi belum sempat pun dia bertindak, sebujur tubuh tiba-tiba muncul di tengah-tengah antara Chong dan Sophia dan siap sedia menangkis serangan Chong dengan kakinya. Dia seorang lelaki yang agak berusia memakai pakaian pejabat, bertali leher. Muncung kasutnya sebelah kanannya dihalakan ke arah aura biru itu. Sejurus aura itu tersentuh di muncung kasut, lelaki berusia itu memutar-mutarkan tubuhnya sambil kaki kanannya dihalakan ke atas dan menyebabkan aura biru tadi berputar-putar di sekeliling badannya sebelum menjulang tinggi ke awan.
Sophia kenal gaya pertahanan itu. Ianya gaya keempat TENDANGAN HYPERSONIK : KILAT MEMBIAS BADAI. Gerak geri lelaki itu pun seperti sudah biasa dilihatnya sehari-harian. Sophia hairan bercampur gembira setelah dia mengenalpasti lelaki itu.
"Ayah!!!" Jerit Sophia.
Ima dan Zaitun juga terkejut dengan kehadiran lelaki yang merupakan ayah kepada Sophia iaitu Encik Hamid. Begitu juga dengan ketujuh-tujuh musuhnya.
"Ada orang datang menolong mereka. Dia menggunakan Kawalan Tenaga Sejagat asas kilat juga." Ujar Shah sambil memandang ke arah Sang Helang Biru.
"Kau hendak aku tolong mereka ke?" Tanya Sang Helang Biru kepada Shah.
"Ya, kepantasan lawan kepantasan. Asas angin kau lebih sesuai." Jawab Shah ringkas. Raz sudah tidak sabar dengan percaturan Shah. Dia mula memberontak.
"Bila giliran aku? Aku tak cukup sesuai ke untuk lawan mereka tu?!" Bentak Raz. Shah tersenyum ke arahnya.
"Sabar anak muda… giliran kau akan sampai nanti. Lepas ni akan muncul lagi musuh yang tak diduga." Shah begitu yakin dengan kata-katanya sebentar tadi. Dalam kepala Raz, dia ingin bertarung dengan yang paling hebat sekali antara musuh-musuhnya kerana dia yakin dengan asas Titaniumnya yang pantas dan mempunyai momentum serangan yang tinggi kerana asas titanium sangat ringan dan keras.
Sang Helang Biru pun terbang di udara bagaikan seekor burung helang menuju ke sasarannya iaitu Encik Hamid. Encik Hamid tidak menunggu lama selepas menangkis serangan dari Chong sebentar tadi lalu meluru pantas ke arah Chong dengan mendepakan kedua belah tangannya.
"Dari gerakan ayah, dia masih lagi menggunakan gaya keempat! Ini masanya aku boleh lihat ayah bertarung pertama kali dalam hidup aku." Bisik hati Sophia yang belum sedar Sang Helang Biru sedang menuju ke arah mereka.
Chong yang agak terkejut dengan kemunculan seorang lagi musuh yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat yang sama dengannya masih sempat melepaskan beberapa tembakan aura ke arah musuh barunya itu. Dia tidak memberi ruang kepada musuhnya untuk menyerang secara dekat. Encik Hamid hanya perlu melenggokkan badannya untuk mengelak aura pantas dari Chong. Semakin dekat jarak antara Encik Hamid dan Chong. Satu perlanggaran dua kuasa berlaku. Mereka berdua berada di dalam satu gelembung aura yang bercampur warna. Saling berbalas tumbukan. Aura biru yang digunakan oleh Chong kebanyakannya terbias keluar dari gelembung aura yang terhasil dari pertembungan itu. Ini menandakan setiap serangan Chong berjaya ditangkis keluar oleh Encik Hamid dengan gaya keempat Tendangan Supersonik, "Kilat Membias Badai".
Chong sedar situasi itu. Dia harus mengubah taktik serangan setelah semua serangannya dapat dipatahkan oleh musuhnya.
" Hm… Boleh tahan ya gaya pertahanan kau ni. Sekarang cuba kau tangkis yang ini pula!" Kata-kata Chong itu diakhiri dengan hayunan kedua-dua belah kakinya dari berbagai arah. Tetapi kali ini ada sedikit kelainan pada aura yang ditimbulkan. Encik hamid yang menangkis serangan dari kaki Chong dapat merasakan perubahan itu. Setiap serangan yang ditangkisnya mendatangkan rasa sakit pada kedua belah tangan. Ini bererti aura serangan Chong dapat menembusi pertahanan Encik Hamid. Sakitnya semakin lama semakin mejadi-jadi sehingga dia terpaksa berundur dan menjauhkan diri dari Chong.
"Auranya kali ini lebih kuat dari dari gaya keempat aku. Aku tak boleh menangkis dari dekat. Kebas tangan aku" Bisik Encik Hamid sambil menggenggam erat telapak tangannya.
TUNGGGG!!!!
Tiba-tiba satu dentuman kuat terjadi di satu sudut lagi di ruang udara Putrajaya. Bunyinya seperti dua buah tiang besi padu berlaga dengan momentum kelajuan yang sangat tinggi. Apa yang terjadi?
LITTLE BLAST lawan MASSIVE DISASTER
Zaitun dan Lucifer saling melagakan telapak tangan masing-masing antara satus sama lain. Asas Kawalan Tenaga Sejagat yang sama menyebabkan dentuman kuat berlaku. Agak malang dalam pertembungan itu Zaitun terpelanting agak jauh ke belakang. Mujurlah dia tidak cedera.
"Asas besi kau boleh tahan juga anak muda… Tapi sayang kau terlalu muda untuk menandingi aku kerana kemampatan aura besi yang aku gelar "MASSIVE DISASTER" jauh lebih tinggi berbanding kau." Ayat pertama yang keluar dari mulut Lucifer. Zaitun tercungap-cungap akibat perlanggaran sebentar tadi. Dia dapat merasakan yang asas besi milik musuhnya mempunyai momentum yang lebih kuat berbanding dirinya. Walau bagaimanapun, dia harus meneruskan perjuangannya. Zaitun melancarkan "Little Blast" Peringkat ke-2 setelah dia menggunakan peringkat pertama di awal pertembungan tadi. "Little Blast" Terdiri daripada 4 peringkat semuanya. Beberapa biji bebola besi meluru pantas ke arah musuhnya yang dilancarkan dari jentikan jarinya yang pantas. Lucifer membentuk satu pertahanan di hadapannya yang kelihatan seperti perisai tentera Rom di zaman silam. Zaitun yang sedar keadaan itu tersenyum lantas bertindak mengelilingi musuhnya sambil melepaskan beratus-ratus lagi bebola besi. Ini memaksa Lucifer membentuk lebih banyak pertahanan di sekeliling tubuhnya. Semua bebola besi yang mengenai perisai Lucifer menghasilkan ledakan yang sama seperti sebiji bom tangan setiap satu. Ini bererti ada lebih kurang seribu biji bom tangan sedang meletup di sekeliling Lucifer.
Di kesempatan itu Zaitun Menyerbu ke arah Lucifer yang di kelilingi aura pertahanannya itu lalu melancarkan satu serangan pantas dengan sekuat hatinya menggunakan peringkat keempat iaitu peringkat terakhir "Little Blast". Perisai Lucifer hancur berkecai disamping dia hanya berjaya menahan serangan pantas Zaitun itu menggunakan tangan kosong sahaja. Dia seolah-olah tidak sempat mengaktifkan kuasanya. Lucifer terpelanting jauh hampir dengan kedudukan rakan-rakannya di pejabat Perdana Menteri!! Apa terjadi?
Zaitun tersenyum puas dengan tindakannya itu. Datuknya pernah berpesan kepadanya sekiranya berhadapan dengan musuh asas besi yang menggunakan pertahanan berbentuk perisai Rom, ada cara tertentu untuk menewaskannya dan Zaitun berjaya melakukan seperti yang di ajar oleh datuknya.
"Bodoh! Lucifer terpedaya oleh helah budak itu…. Dia mengambil kesempatan dari pandangan yang terhalang oleh perisai yang terjelma di sekeliling tubuh Lucifer sehingga Lucifer tak dapat mengagak kedudukan musuh. Brilliant…!!" Ujar Shah sambil menggeleng kepala melihat Lucifer terpelanting jauh berdekatan dengannya.
Lucifer dalam kesakitan yang tak terkira ketika ini. Dia sedar yang dia baru sahaja terkena serangan peringkat tertinggi dari musuhnya. Tak sangka dia akan tewas dalam masa yang singkat. Dia cuba mengatur langkah kembali tetapi luka dalamannya terlalu teruk sehingga dia rebah dan jatuh ke bumi. Shah yang melihat dari jauh menoleh ke arah Rash. Rash faham dengan isyarat Shah yang gilirannya sudah sampai menggantikan tempat Lucifer yang sudah rebah ke bumi. Rash meluru pantas seperti sedang meluncur dia atas permukaan air. Kini tinggal Shah dan Raz sahaja yang tinggal. Raz sudah tidak boleh berdiri dengan tenang. Raz merasakan yang tiada lagi yang akan muncul selain dari empat orang musuh yang berada di hadapan mereka ketika ini. Shah memandang sinis ke arah Raz.Sebenarnya dia hanya mengikut arahan Tuan Jaque supaya Raz diberikan lawan yang paling ampuh sekali dan jika ada antara musuh yang masih bertahan dengan menewaskan lima orang dari mereka, raz haruslah menjadi pertaruhan terakhir mereka kerana Tuan Jaque tahu kemampuan Raz yang belum ditunjukkan lagi. Dia pernah mengkaji kekuatan asas Titanium milik Raz dan menyembunyikannya dari pengetahuan Raz. Hanya Shah sahaja yang mengetahui hal ini.
Sementara itu, Ima melayan serangan hebat dari Sang putih yang berusia tiga kali ganda dari usianya. Tentunya pengalaman Sang Putih menjadi penghalang Ima untuk menewaskannya. Pertembungan dua asas magnet ini lebih berpihak kepada Sang Putih. Gerakan pantas Ima dan hayunan Nuclear Sticknya berjaya dibaca oleh Sang Putih yang sering membalas serangan Ima dengan kuasa asas magnet yang lebih berkuasa dari Ima. Sebenarnya Ima sudah cedera di beberapa bahagian tubuhnya tetapi tetap bertahan.
Sophia yang masih lagi terpaku melihat bapanya menyertai mereka dalam pertempuran itu tersentak dengan satu tiupan angin kencang yang berubah-ubah hala di sekitarnya. Ada sesuatu akan menghentamnya dari satu arah yang dia tidak pasti kedudukannya. Dia cuba memberikan tumpuan kepada situasi ketika itu. Beberapa saat kemudian dia merasakan ada tekanan angin dari atas kepalanya. Semakin lama semakin kuat tekanan itu. Sophia menoleh ke atas secepat mungkin dan….
"BOOOOOMM!!!!"
Dua tapak tangan Sang Helang Biru hinggap di muka Sophia. Rupanya Sang Helang Biru menyerangnya dari atas seperti seorang atlit terjun di kolam renang. Tetapi Sophia yang terkenal dengan kepantasan gerakannya berjaya membuat ‘balik kuang’ sebelum tekanan tangan Sang helang Biru semakin kuat di mukanya. Bukan itu saja, Sophia sempat menusukkan kasut tumit tingginya ke perut Sang Helang Biru yang memaksa Sang Helang Biru terpelanting sedikit dari arah terjunan asalnya. Hati Sophia berdegup kencang setelah mengenalpasti asas Kawalan tenaga Sejagat milik lawannya. Asas Angin…. Asas yang dimiliki oleh Noor. Adakah mungkin lawannya itu sehebat Noor? Itu masih belum dapat dipastikan lagi. Apa yang perlu dilakukannya kini mengawal kerisauan dengan menunjukkan sifat beraninya.
"Woi Keluang Man! Kenapa main serang hendap ni? Takut kalah ya?!" Sophia memerli lawannya yang berpakaian ala superhero itu.
"Kau cakaplah apa kau nak cakap. Asalkan kerja aku cepat habis hari ni sudahlah…" balas Sang Helang Biru yang pastinya terkejut dengan kepantasan Sophia sebentar tadi.
Sang Helang Biru menggerakkan jari jemarinya seperti ahli silap mata. Udara di sekitarnya seakan-akan patuh kepada gerakan jari jemari Sang Helang Biru. Dia menarik badan Sophia dari jarak jauh menggunakan udara di sekelilingnya. Sophia cuba bertahan dari tarikan itu. Tarik menarik berlaku antara mereka berdua. Sang Helang Biru menggandakan tarikan udara terhadap Sophia. Kali ini Sophia tidak dapat menahan tenaga yang dihasilkan oleh lawannya. Dia tertarik ke arah lawannya dengan pantas. Apa yang sempat dilakukannya sekarang hanyalah mengaktifkan ‘Badan Kebal Elektron’ untuk melindungi diri. Pada masa tubuh Sophia berada beberapa meter dari Sang Helang Biru, Sang Helang Biru mengubah gerakan udara. Dia menjadikan udara sebagai aura untuk dilepaskan ke dada Sophia yang tidak dapat meloloskan diri. Sophia mengetap giginya tanda dia akan mengaktifkan ‘Badan Kebal Elektron’ ke peringkat tertinggi pernah dicapainya.
Tanpa belas kasihan Sang Helang Biru meledakkan satu tumbukan ke arah dada Sophia.
"CAKAR HELANG PERINGKAT 3!!"
Tubuh Sophia bergetar. Aura pelindungnya bercahaya tanda sedang menahan intipati aura angin dari Sang Helang Biru. Nampaknya tiada aura angin yang menembusi aura baju kebalnya. Dia berjaya menahan dirinya dari terlontar jauh. Sophia masih kekal di tempatnya. Sedar keadaan itu Sang Helang Biru menambah lagi satu tumbukan menggunakan tangan kirinya pula. Oleh kerana Sophia sudah tidak terkongkong oleh tarikan udara di sekitarnya, dia bebas menggunakan tulang empat keratnya sekarang. Sophia menggunakan kesempatan itu untuk menangkis serangan kedua musuhnya. Penumbuk Sang Helang Biru berjaya digenggam di hadapan mukanya walaupun buku lima Sang Helang Biru lebih besar dari tangan Sophia. Kakinya yang juga bebas kini mula beraksi. Kini dia bersedia mengejutkan lawannya dengan gaya ke-5 TENDANGAN HYPERSONIK iaitu PANAHAN KILAT MENEMBUSI BUMI. Hayunan demi hayunan dihujankan ke arah musuhnya memaksa musuhnya itu menangkis semua serangan. Beratus-ratus tendangan singgah di segenap tubuh Sang Helang biru.
"Cis! Kelajuannya melampaui batas. Sungguh di luar dugaan! Aku boleh terjerumus jika aku tak serang balik. Tapi… bila aku nak menyerang balik? Dia langsung tak bagi aku ruang!!! Kalau aku ada peluang sedetikpun, aku takkan sia-siakan. Pasti aku akan melancarkan serangan aku yang paling hebat dan aku yakin dia pasti tewas ketika tu! Aku terlampau ambil ringan terhadap kuasa budak-budak ni." Fikir Sang Helang Biru. Memang benar, dia tidak berkesempatan untuk menyerang balas mahupun mengaktifkan sebarang aura baru.
"Keluang man!! Aku tahu kau tengah fikir macamana nak serang aku kan?! Cubalah kalau kau ada ruang. Yang pasti aku takkan bagi kau sedikit ruang pun!!" Jerit Sophia yang sudahpun mencapai kelajuan gerakan tahap tertinggi pernah dicapai dalam hidupnya.
Sementara itu di satu sudut lain di mana Encik Hamid dan Chong sedang bersedia melancarkan serangan masing-masing..
"Hm… Rupanya ada juga keturunan Aramus lain yang berani tampil. Ingatkan masih nak sembunyikan identiti." Chong menyindir Encik Hamid.
"Sekarang bukan masa untuk bersembunyi. Takdir menentukan kita semua akan mendedahkan identiti. Tapi aku memilih untuk menggunakan kuasa nenek moyang kita ini untuk jalan kebaikan. Tak seperti kau. Pengkhianat bumi!!!"Jerit Encik Hamid sambil menuding jari.
"Justeru kamilah penyelamat bumi yang sejati. Menghalang makhluk asing dari membunuh kita semua umat manusia di muka bumi apabila mereka tiba nanti."Balas Chong.
"Menyelamatkan bumi dengan cara mengabdikan diri kepada makhluk asing kau kata penyelamat bumi?! Kau mahu kita dikuasai mereka? Kau mahu bumi kita ini menjadi rumah kedua mereka? Macamana dengan anak cucu kita nanti. Sepatutnya orang yang hebat seperti kalian semua harus bersatupadu menghalang makhluk lain dari menceroboh bumi. Bukan bersekongkol dengan mereka. Jadilah makhluk yang bermaruah." Jelas Encik Hamid panjang lebar.
"Hm! Maruah konon… Bagi kami, meneruskan hidup dan menjalaninya dengan harta, pangkat dan kemewahan lebih penting dari maruah!! Pergi jahanam dengan maruah kau tu!!" Kata-kata Chong tadi membuat Encik Hamid begitu marah sekali.
"Diam kau Pengkhianat bumi!!!" Jerit Encik Hamid lantas menerpa ke arah Chong. Lagi sekali pertembungan dua kuasa asas kilat bertembung. Kali ini Encik Hamid meningkatkan kepantasan dengan menggunakan gaya kelima "TENDANGAN HYPERSONIK" iaitu ‘PANAHAN KILAT MENEMBUSI BUMI’.
Chong cuba untuk tidak mengubah gaya dan kekuatan serangannya seperti di awal pertarungan tadi. Dia silap…kerana semakin tinggi peringkat Tendangan Hypersonik, semakin tidak terduga kelajuan serangan. Kini dia seperti Sang Helang Biru, terperangkap dalam kelajuan serangan gaya kelima TENDANGAN HYPERSONIC. Tiada ruang untuk membalas serangan. Kemana sahaja dia cuba lari serangan tetap dilancarkan dari berbagai arah. Chong semakin hilang fokus. Dia tiada idea atau kesempatan berbuat apa-apa.
"Nampaknya Chong dan Sang Helang Biru menghadapi masalah yang sama. Kau tunggu sini biar aku yang bantu mereka. Kau akan tahu sendiri bila giliran kau tiba. Kau jangan cuba-cuba ingkar arahan aku. Arahan ini datang dari Tuan. Bukan aku yang pandai-pandai mengarah kau". Shah sedar dua rakannya perlu dibantu. Tetapi dia memilih dirinya sendiri untuk melakukannya dan bukan Raz. Raz yang mendengar bahawa itu adalah arahan dari Tuan Jaque terus terdiam. Diam tidak faham kenapa Tuannya mengarahkan dia sebagai last ‘back-up’.
Sementara itu Ima masih lagi bergelut dengan kecederaan. Dia menahan segala kesakitan untuk meneruskan serangan terhadap Sang Putih. Kini Sang Putih mendahului Ima. Sang Putih tahu lawannya itu semakin lemah lalu dilancarkan serangan terakhirnya terhadap Ima yang menyebabkan Ima tersungkur jatuh ke bawah. Dia terhempas di atas sebuah kereta. Nasibnya tidak begitu baik kerana berdepan lawan yang begitu berpengalaman dan ampuh sekali. Dia cuba bangkit. Tapi tidak berdaya. Kali ini Ima pula yang tersingkir awal di antara mereka.
Zaitun pula mendapat tentangan baru dari Rash, pemilik asas air. Pemilik Asas Air itu memberikan tentangan yang agak sengit terhadap Zaitun sehingga memaksa Zaitun menggunakan sepenuh tenaga fizikal dan Asas Besinya. Berpuluh-puluh bebola besi dilancarkan dalam pertarungannya dengan Rash. Ada yang mengenai sasaran dan ada yang tersasar. Letupan demi letupan kedengaran di tubuh Rash. Sesekali juga Zaitun terkena serangan aura asas air dari Rash yang berbentuk mata pisau berbentuk bulat di segenap tubuhnya. Baju Tae-Kwon-Do yang dipakainya koyak rabak di beberapa tempat.
"Gila! Auranya tajam macam gergaji pemotong besi!" Bisik hati Zaitun sambil menahan sedikit kesakitan. Dia tidak sedar yang Rash juga sedang menahan kesakitan menangkis bebola besi darinya.
"Aku tak boleh terus macam ni. Pandangan aku terhalang oleh letupan bebola besinya. Aku tak boleh serang dia membabi buta tanpa mengetahui sasaran sebenar. Lebih baik aku gabungkan beberapa aura air aku menjadi satu ketulan yang besar."
Apa yang difikirkan lantas dilaksanakan oleh Rash. Dia yang sedar nasibnya akan malang sekiranya tidak mengubah taktik terus membuat satu serangan hebat berupa aura air raksasa yang terbentuk dari beberapa buah aura air saiz biasa lalu dilepaskan ke arah Zaitun. Kini Zaitun berhadapan dengan bayangan sebuah mata pisau pemotong besi gergasi yang sedang berpusing pantas. Panik menyelubungi… Dia tak sangka yang Rash boleh membentuk aura gergasi sebesar sebuah rumah banglo dua tingkat yang bergerak selaju kilat!!
Sang putih yang baru berjaya menghentam Ima ke bumi bergegas turun ke bawah untuk menamatkan riwayat Ima yang sudah tidak bermaya.
"Aku sangkakan tugas aku hari ni mudah. Rupanya budak ni berjaya juga mematahkan satu tulang rusuk aku. Sebagai balasannya, aku akan patahkan semua tulang yang ada pada badannya." Sang Putih berbicara seorang diri sambil menyentuh bahagian rusuknya yang patah akibat terkena hayunan Nuclear Stick Ima dalam pertarungan sengit sebentar tadi yang berpihak kepadanya. Belum pun sempat Sang Putih menamatkan riwayat Ima, satu suara memanggilnya dari atas.
"Sang Putih!!! Biarkan budak tu dulu. Aku yakin dia sudah tidak mampu berdiri apa lagi untuk berlawan. Kau bantu Sang Helang Biru. Kalau tidak dia akan tewas di tangan musuhnya. Aku akan bantu Chong. Dia menghadapai masalah yang sama. Asas Kilat dua musuh kita ni mempunyai tahap kelajuan yang tak boleh kita tandingi. Jadi kita perlukan satu cara yang boleh mematahkan kepantasan mereka!" Shah sedang berada beberapa meter di atas Sang Putih mengarahkan rakannya itu bertindak segera mengikut arahannya.
"Mematahkan kepantasan?" Sang Putih mengerut dahi beberapa ketika lalu mengukir senyuman. Ima terlepas dari maut buat seketika.
Shah yang baru selesai memberi arahan kepada Sang Putih lantas menerpa ke arah Chong yang terperangkap dalam serangan Encik Hamid. Begitu juga dengan Sang Putih. Dia meluru pantas ke arah Sang Helang Biru dan Sophia. Pastinya mereka sudah tahu apa yang harus dilakukan.
Asas Api Shah yang digelar TERAS MATAHARI terdiri dari dua peringkat. Pastinya Shah akan menggunakan peringkat pertama bagi membantu Chong meloloskan diri dari Encik Hamid kerana aura api peringkat pertama mengeluarkan haba yang begitu panas sekali sehinggakan boleh membakar apa sahaja dalam lingkungan beberapa ratus meter. Itulah kehebatan Kawalan Tenaga Sejagat Asas Api! Dia hanya perlu merapatkan kedudukannya dengan Encik Hamid yang sedang memberikan tumpuan pada Chong dan mengaktifkan ‘Teras Matahari’. Kepanasan yang luar biasa menyebabkan Encik Hamid kehilangan tumpuan dan gerakannya semakin perlahan. Encik Hamid terpaksa memberhentikan serangannya. Chong pula yang turut terkena bahang aura api Shah berjaya menjauhkan diri dari Encik Hamid buat seketika. Kini Encik Hamid menghadapi dua orang lawan sekali gus setelah dia berjaya mengaktifkan ‘Baju kebal Elektron’ dan menjarakkan diri dari Shah yang diselubungi aura api birunya.
"Kalau dia tak terganggu dengan aura magnet ni, memang dia seorang budak yang hebat." Bisik hati Sang Putih yang sedia melepaskan sesuatu ke arah Sophia dari jarak jauh.
Sang Putih cuba menarik perhatian Sophia dengan melepaskan gelombang magnet yang mungkin boleh menggangu gerakan Sophia. Ya..! Teknik itu berjaya mengurangkan ketepatan serangan Shopia walaupun kelajuan Sophia tidak terjejas. Ini bermakna Sang Helang Biru boleh bertindak balas ke atas Sophia yang sudah tidak lagi menyerangnya dengan tepat.
"Eh! Ada sesuatu menggangu gerakan aku. Ni kerja asas magnet!"Sophia yang sedar akan hal itu lantas menoleh ke arah Sang Putih yang berada di bawahnya. Kesempatan itu diambil sebaik mungkin oleh Sang Helang Biru untuk menyerang balas dengan serangan terhebatnya.
"Aku yakin ini serangan terakhir aku terhadap dia. Aura pelindungnya pun pasti akan musnah dengan serangan ini." Bisik hati Sang Helang Biru.
CAKAR HELANG PERINGKAT KE-5!!!!
Sang Helang Biru berjaya menekap tapak tangannya ke muka Sophia yang hilang tumpuan ke atasnya lalu Sophia di dorong ke sebuah bangunan berhampiran oleh Sang Helang Biru dengan kelajuan maksimumnya. Kepala Sophia dihempas ke dinding bangunan dan dalam keadaan tangannya masih mencengkam muka Sophia, kepala Sophia diseret ke kiri dan ke kanan oleh Sang Helang Biru pada permukaaan dinding bangunan yang penuh dengan tingkap kaca dan batu konkrit. Sungguh kejam serangan Sang Helang Biru. Sungguh tidak berperikemanusiaan. Sophia yang masih mengaktifkan Baju Kebal Elektronnya tak dapat menahan Cakar Helang Peringkat ke-5 milik Sang Helang Biru. Betul Kata Sang Helang Biru, Sophia tidak akan selamat sekiranya dia berpeluang menyerang seperti sekarang ini. Kesakitan di bahagian kepalanya sangat dasyat. Bila-bila masa sahaja nyawanya boleh melayang. Sang Putih tersenyum simpul melihat kehebatan gaya tempur Sang Helang Biru yang terhasil atas ihsannya.
Encik Hamid yang memang sedang cuba mengenalpasti kedudukan Sophia terlihat sesuatu yang menyayat hati terjadi ke atas anaknya di depan mata.
"Sophia!!!!!" Jeritan Encik Hamid begitu kuat sekali. Dia cuba mendapatkan anaknya yang berada di ambang maut. Malangnya dia yang sedang dikepung oleh musuh tidak dapat berbuat demikian. Shah dan Chong menyekat pergerakan Encik Hamid.
Kelibat Ima sudah tidak kelihatan lagi di medan tempur. Kini tinggal Zaitun dan Sophia serta Encik Hamid sedang bergadai nyawa menghadapi musuh yang begitu ampuh sekali. Sophia bakal berdepan dengan ajal sebentar lagi sekiranya dia tidak mendapat bantuan dari sekutunya manakala Encik Hamid yang tidak dapat membantu anak kesayangannya sedang berdepan dengan dua musuh yang tentunya setiap seorang daripada mereka sama taraf dengannya walaupun sebentar tadi dia hampir-hampir mengalahkan seorang dari mereka. Zaitun yang baru menewaskan Lucifer pula dalam keadaan panik dengan serangan mega dari lawannya yang baru, Rash. Tambahan pula, Red Level masih ada seorang lagi ‘pemain di bangku simpanan’ iaitu Raz yang tak sabar ingin menyertai rakan-rakannya. Dia merasakan yang dia sudah tidak diperlukan lagi kerana Shah, Sang Putih, Sang Helang Biru, Chong dan Rash seperti tiada masalah untuk menewaskan musuh-musuh mereka. Tiada apa yang boleh dibuktikan kepada Tuan Jaque pada hari itu. Sungguh mengecewakan hati Raz.
Ima masih bernyawa…Beberapa bahagian tubuhnya mengalami kecederaan yang amat teruk. Dengusan nafas Ima yang kuat tanda dia memerlukan bantuan segera. Dari bawah dia dapat melihat keadaan sebenar pertarungan di ruang angkasa Putrajaya itu. Dia tahu yang dua lagi rakannya sedang dalam kesusahan. Ima cuba berpaling ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan bantuan dari sesiapa sahaja. Tiada siapa berhampirannya. Hanya suasana kelam kabut dan porak peranda saja yang kelihatan. Kepala Ima berdekatan dengan papan pemuka kereta tempat dia terhempas. Perlahan-lahan dia membuka penutup kotak penyimpan barang-barang di papan pemuka kereta itu. Di dalamnya terdapat barang-barang peribadi seperti jam, sikat, pil sakit kepala dan telefon bimbit milik tuan punya kereta yang malang itu…
Telefon bimbit?
Dalam banyak-banyak barangan yang Ima nampak, Ima tertarik dengan telefon bimbit yang berada di dalam kotak penyimpan barang-barang. Dengan kudrat yang masih ada, dia mencapai telefon bimbit itu.

Sementara itu di satu lokasi di pinggir Bandar Baru Sungai Buloh…

Seorang gadis bertudung sedang duduk di atas sebuah batu besar berhampiran Lebuhraya Guthrie sambil memerhatikan kenderaan yang lalu lalang beberapa puluh meter di hadapannya. Dia kelihatan sugul sekali. Fikirannya melayang memikirkan rakan-rakannya yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan bumi di masa akan datang.
"Kenapa aku masih duduk berpeluk tubuh di sini sedangkan aku tahu rakan-rakan aku mungkin akan tewas dan terbunuh di Putrajaya? Perlukah aku pergi ke sana tanpa persetujuan Sophia? Apa kata Sophia jika aku sertai mereka? Kenapa Sophia sanggup berkata begitu kepada aku?" Noor menahan air matanya dari jatuh setelah dia selesai bercakap seorang diri.
"Kita bertiga saja pun boleh uruskan mereka! Tak perlu berempat!" Kata-kata Sophia sebelum berangkat ke Putrajaya sebentar tadi memberi impak yang mendalam pada hatinya. Di depan Ima dan Zaitun, Noor tidak menunjukkan perasaannya yang sebenar. Setelah tiga rakannya beredar meninggalkannya seorang diri, baru dia berasa sedih dan terkilan kerana Sophia seakan-akan tidak merestui pembabitannya pada misi kali ini. Tetapi Noor tetap berharap Dashing Dolls akan pulang dengan membawa kemenangan kerana kejayaan Sophia, Ima dan Zaitun adalah kejayaan semua rakyat malaysia khususnya dan keselamatan dunia amnya. Dia berdoa pada Allah semoga musuh yang mereka bertiga hadapi ketika ini tidak hebat sepertimana Elius.
Noor kembali tenang setelah dia menadahkan tangannya memohon kepada Allah supaya tiada apa yang buruk berlaku. Tangan kirinya menyentuh pipi yang basah kesan dari air mata yang mengalir. Noor tersenyum memandang jauh ke hadapan di mana lokasi Putrajaya berada sambil berkata,"Kamu bertiga adalah serikandi bumi yang sangat berani. Tidak seperti aku yang lemah menghadapi tekanan dalam diri. InsyaAllah tuhan akan membantu kamu bertiga. Teruskan perjuanganmu, Dashing Dolls…" Kata-katanya itu jelas menunjukkan yang dia tidak akan pergi ke Putrajaya.
"Triiit Triit….!!"
"Triiit Triit….!!"
Telefon bimbit Sonyericcsson K800i kepunyaan Noor berbunyi dalam beg sekolahnya… Dia mendapat satu SMS dari nombor yang tak dikenali.

"ak dh tewas. s’phia & z’tun jg akn tewas. bpk s’phia pun ad kt cnie. Die pon dlm bahaya. Ak rayu ko spy dtg cnie tlg kita org. pls noor… kita org prlukn ko!! Pls… your hyper power could save us!! -ima"


Putrajaya…

Hancur hati Encik hamid melihat keadaan Sophia. Dia menitiskan air mata. Anak yang dijaganya dari kecil hingga mencecah usia 16 tahun kini diperlakukan sebegitu rupa. Dia tidak dapat menahan perasaan marahnya lagi. Hanya satu jalan yang mungkin dapat membantu anak tunggal kesayangannya itu.
"Aku akan paksa kalian semua mengerah tenaga ke peringkat tertinggi kuasa kalian. Takkan ada seorang pun yang akan selamat termasuk aku!!!" Kata-kata Encik Hamid itu menggambarkan sesuatu yang mengerikan akan berlaku sebentar lagi. Mungkinkah dia akan menggunakan peringkat tertinggi Tendangan Hypersonik yang mampu memenggal dua menara berkembar KLCC dengan nyawa sebagai ganti?
"Kalian semua akan menjadi saksi kehebatan gaya maut teragung Asas Kilat keturunan Aramus tenggara yang belum pernah digunakan lagi di medan tempur sepanjang zaman.Bersedialah..!!!!" Jeritan Encik Hamid diiringi dengan satu gerakan kaki dan tangan yang menjadi simbol kepada pembukaan gaya maut yang akan dilancarkan itu. Kilat sabung menyabung di angkasa seakan memberi penghormatan kepada seorang pahlawan Aramus Asas Kilat yang akan melancarkan serangan meganya sebentar lagi.
Shah dan Chong merasakan sesuatu yang buruk pasti menimpa mereka sekiranya mereka tidak melayan Encik Hamid dengan kuasa terhebat mereka. Shah lantas mengaktifkan aura ‘Teras Matahari’ peringkat kedua di kedua belah tangannya manakala Chong pula akan mengaktifkan ‘Tarikan Titik maut’ seperti yang digunakan Elius di menara Guan Teak Lim dulu. Tiga tenaga luar biasa dari unsur Kilat dan api akan bertembung di tengah-tengah ruang udara Putrajaya.
Sementara itu Zaitun yang berdepan dengan ‘pemotong besi gergasi’ tidak dapat memikirkan cara meloloskan diri yang terbaik. Dia mengambil keputusan untuk berhadapan aura gergasi itu dengan cara mendepakan tapak tangannya kehadapan dan mengaktifkan seberapa banyak yang mungkin tenaga ‘Little Blast’ dihujung tangannya yang merupakan aura sebiji bebola besi sebesar bola tenis. Walaupun sebesar bola tenis tetapi mampatan tenaga yang tersimpan di dalamnya bersamaan dengan momentum beratus-ratus tan besi. Jika bertembung dengan aura Rash sebentar nanti, ianya tak ubah seperti sebuah pisau pemotong besi sedang memotong sebutir bijih besi.
"Ini saja yang dapat aku buat. Aku tak ada banyak masa untuk mengumpul momentum aura aku ini. Aku hanya perlu tawakkal saja." Bisik hati Zaitun sedetik sebelum aura Asas Air Rash menyentuh aura ‘Little Blast’nya.
Pertembungan pun berlaku antara dua aura raksasa dan aura kerdil itu. Aura kuasa Rash berputar pantas dalam cubaan untuk memenggal sebutir aura bebola besi milik Zaitun. Ruang udara Putrajaya bagaikan bermandi percikan bunga api hasil dari pertembungan itu. Rash yang mengawal auranya menambahkan lagi kuasa putaran aura raksasanya itu ke tahap yang lebih tinggi sementara Zaitun juga cuba mempertahankan auranya dari hancur disiat kuasa lawan.
Rash kagum dengan apa yang terjadi. Dia tak sangka aura Asas Besi Zaitun yang bersaiz bola tenis itu sangat sukar ditembusi.
Ras dan Zaitun kini beradu kekuatan tenaga. Siapa yang boleh bertahan dalam pertembungan itu dalam jangka masa yang lama, dialah yang akan menang.
Lebih kurang 10 saat berlalu, peluh membasahi seluruh tubuh Zaitun. Tangannya juga sudah mula menggigil. Kondisi tubuhnya juga seakan bertambah lemah. Rupanya Zaitun hampir menghabiskan tenaganya demi mempertahankan aura bebola besi miliknya. Sesuai dengan janjinya akan bertarung hingga ke titisan darah yang terakhir. "Aku sudah tak tahan lagi… Aku akan mati sebentar lagi." Hati Zaitun berbicara dalam keadaaan tangannya mula melepaskan aura bebola besinya. Rash merasakan putaran auranya semakin laju. Ini menandakan sebentar lagi aura bebola besi lawannya akan hancur dan kemenangan menjadi miliknya. Pada ketika itu hanya satu yang terlintas di fikiran Zaitun… Noor. Begitu juga dengan Sophia yang berada di ambang maut. Tindakannya terhadap Noor terngiang-ngiang di saat kesakitan yang dasyat melanda ketika itu. Mereka berdua benar-benar berharap Noor akan muncul untuk meneruskan perjuangan mereka walaupun setelah mereka pergi buat selama-lamanya kerana bukan keselamatan mereka yang dipentingkan tetapi demi menghapuskan keturunan Aramus dalam kumpulan ‘Red Level’yang bakal menguasai dunia satu hari nanti.
Aura bebola Zaitun sudah mulai merekah. Sebentar lagi ‘pemotong besi gergasi’ akan memenggal tubuhnya. Tapi sesuatu yang memeranjatkan berlaku apabila aura pisau pemotong besi Rash berhenti berputar secara tiba-tiba! Kelihatan sebujur tapak tangan yang bersalut kain hitam sedang tersepit antara dua aura yang sedang bersaing itu. Zaitun yang hampir rebah terdengar satu bisikan suara melemparkan satu ungkapan purba yang selalu didengarnya.

"Selembut Bayu, seindah daunan melambai, sekekal udara, sepantas ribut dan sekejam taufan"
posted by Penulisan2u @ 5:01 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:
  • At 21/11/09 3:16 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best lh cite nie....bile nk smbng??????cpt skit k..x sbr lh nk bace..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group