Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
serba tak kena dibuatnya..bangun salah, duduk salah, tidur pun salah...bak kata orang mandi tak basah, makan tak kenyang. puas difikirnya tapi gagal. dia pun pening memikirkannya. bagaikan ada sesuatu yang tidak kena hari ini..tapi.... entahla.. nasib baik hari ni hari cuti, kalau tidak tak terbuat kerja-kerja pejabatnya. sejak pagi lagi, perasaannya terganggu. semua benda yang dibuatnya, tak kena.. akhirnya, dia mengambil mp3 sumbat dalam telinga dan berbaring di balkoni. terasa dingin angin yang bertiup namun tidak mampu menghilangkan perasaan kurang senangnya itu...
tut tut tut tut
bunyi handphonenya. terasa malas untuk bergerak, dia membiarkannya. 3 kali handphonenya berbunyi namun dibiarkan sahaja. malas. cuba menghayati lagu-lagu yang didengarinya.
tuk tuk... tuk tuk..
bunyi ketukan pintu biliknya tidak dihiraukan. malas melayan kerenah pengetuk. siapa lagi kalau bukan adiknya yang terchenta itu.. nanti-nanti kalau dah penat tangan, berhentilah dia....
tap!!
"oit,mak!" dikerling ke sebelah. "apahal ni? abang penat tau.." dijeling adik disebelahnya. ada sendu di wajah itu. aiii, apa pulak ni? takkanla sebab aku tak layan, dia nak menangis...huh.. "ya, adik abang yang tersayang...Sarah nak apa,sayang? ha?" sebenarnya dia kalah apabila melihat keadaan adiknya begitu. satu-satunya adik yang dia ada. dia begitu sayangkan adiknya, malah mampu membuat apa saja asalkan adiknya gembira..
Dia memeluk adiknya. bahu Sarah digosok perlahan-lahan. cuba menenangkan perasaan sedihnya. Sarah kembali menangis apabila berada dalam pelukan abangnya. dia sedih... "kenapa ni,Sarah? ada orang buli yekh? tell me.. kalau Sarah asyik menangis macam ni, macam mana abang nak tolong, ha?" pujuk Luqman Daniel. dia pimpin Sarah masuk dan duduk di kerusi biliknya. belum pun sempat dia bertanya lebih lanjut, kedengaran pintu biliknya terbuka. Mama dan papa! bukanlah sesuatu yang mengganjilkan apabila mama dan papanya masuk ke biliknya tapi.... sendu di wajah mama yang membuatkannya tertanya-tanya..kenapa?
masing-masing senyap. kepalanya berfikir. ada sesuatu yang penting yang aku tak tahu ke? "kenapa, ma pa? kenapa semua orang sedih ni? ada sesuatu yang el tak tahu ke?" dia curiga.. papa melangkah masuk ke biliknya dan membawa Sarah keluar. sebelum keluar, papanya sempat berkata sesuatu... "papa harap, el sabar and tabah. cuba tenangkan hati. papa bawak sarah keluar dulu..apa-apa pun, sabar..." semakin hairan dengan telatah papa. dia memandang mamanya..
Pn Huda senyum tapi hambar. dia melangkah perlahan ke arah Luqman Daniel. dipegang dan diusap perlahan tangan anaknya. "mama harap, el sabar dengan apa yang mama nak cakap ni..." "kenapa semua orang cakap macam tu kat el? apa sebenarnya yang berlaku ni?" ujar Luqman daniel. dia semakin tidak sabar dengan telatah mama dan papanya.. Pn Huda memeluk anaknya... "Anis kemalangan...." bisiknya perlahan..
terasa denyutan jantungnya terhenti. terasa seluruh badannya tak bernyawa. dunia disekelilingnya dirasakan berhenti.kaku. dia memandang mamanya. cuba memastikan apa yang didengarnya benar. mamanya mengangguk kecil. dia meraup wajahnya. cuba beristighfar dalam hati. cuba menenangkan hatinya yang tiba-tiba berkecamuk dengan berita yang disampaikan oleh mamanya. segala keresahan hatinya sejak pagi, terjawap akhirnya....
"anis macam mana sekarang ma? dia ok ke? teruk ke? kat hospital mana sekarang?" bertalu-talu soalan dilontarkannya.. "mama pun tak pasti,el. tadi, abang Anis call Sarah. dia try call el, tapi tak dapat." "mama rasa, baik el bersiap-siap. mama dan papa nak pergi tengok Anis.." "erm..." balasnya perlahan..
dia termenung.cuba menghadam semula berita itu..bagaikan tak percaya. betul ke? dia bangun mencapai wallet, handphone dan kunci dan melangkah turun. "ma,pa el pergi dulu..erm, Sarah nak ikut abang tak?" Sarah mengangguk dan laju melangkah ke arah kereta abangnya..
no handphone Faiz didailnya. "ko kat mana? erm..nanti lagi 5 minit aku datang.."
kakinya melangkah laju ke wad kecemasan. sarah yang agak ketinggalan dibelakang, terpaksa berkejaran untuk menyaingi langkah abangnya.
"macam mana boleh jadi ni?" tanya luqman daniel sebaik sahaja berjumpa dengan Faiz "aku pun tak tahu. tadi, aku dapat call dari Anis tapi masa tu aku dalam OT. pastu dia ada try call abah aku. tak sempat abah angkat, phone tu dah off. lepas tu, langsung tak boleh nak contact.. sampaila tadi, ada orang call cakap Anis dengan Lisa kemalangan." "macam mana sekarang?" Faiz mengeluh panjang...walaupun dia cuba untuk bersikap tenang, namun wajahnya tetap kelihatan risau.. "Lisa agak kritikal. kaki dan kepalanya cedera teruk. sekarang dia ada dalam ICU. kemungkinan dia koma sebab dia mengalami gegaran dekat otak...." "anis??" "Anis....Anis pun agak kritikal. walaupun dia berada di sebelah driver, keadaannya agak teruk jugak..kepala dan badannya cedera teruk..kereta mereka dilanggar dari tepi dan impaknya terkena lebih pada Anis..kakinya mungkin bermasalah sedikit." "polis tak cakap apa-apa ke?" "menurut polis, ni kes langgar lari..mereka dilanggar dari belakang dan tepi dengan teruk. mungkin ni kes dendam. sebab menurut saksi, even kereta mereka dah terkena divider, orang tu still serang jugak..." "dapat no plat kereta penyerang tak?" "ada.. sekarang polis tengah siasat." masing-masing terdiam "aku harap kau sabar dan tabah dengan keadaan Anis.." "kau pun sama..harap-harap LIsa bangun cepat.." "Anis still tak sedarkan diri lagi.." "Faiz, apa-apa pun yang jadi kat ANis lepas ni, takkan ubah sikit pun perasaan aku terhadapnya. aku nak kau tahu tu. dia tetap dalam hati aku.." faiz hanya mampu tersenyum tawar...
luqman Daniel melangkah ke katil Anis. kelihatan wayar-wayar berselirat.. wajah pucat Anis ditatapnya dengan penuh kasih. tangan Anis dipegangnya. terasa sejuk. semakin erat peganggannya, cuba untuk menghadirkan haba ke tubuh Anis. hiba melihat orang yang disayanginya terlantar sakit sebegitu.
"el,mama, papa dengan Sarah balik dulu. nanti kalau ada apa-apa, call ok?"
dia mengangguk kecil. tangannya masih lagi kejap memegang tangan Anis. dia bagaikan berada dalam dunianya sendiri, bersama-sama Anis.. kehadiran orang lain langsung tidak dihiraukan. wajah pucat Anis ditatapnya dengan penuh kasih.. dia bahagia begitu. walaupun Anis tidak sedarkan diri, namun Anis terasa dekat dengan dirinya... menurut doktor yang merawat, Anis mungkin tidak akan sedarkan diri sampaila esok.
Luqman daniel tahu, pastinya Anis akan terkejut apabila terjaga esok..kehadirannya agak asing buat Anis. mungkin Anis baru mengenalinya, namun bagi Luqman Daniel, Anis sudah lama hadir dalam hidupnya. cukup lama. dan mungkin sudah tiba masanya untuk Anis menjadi suri hatinya. malam itu, luqman daniel bertidurkan katil hospital dengan tangannya erat memegang tangan Anis..dengan harapan, tangan angelnya takkan terlepas lagi darinya... dan malam itu juga, dia nekad...
ps: komen please...enjoy =) maaf sebab lambat pos. next n3 maybe lambat.tgh exam.maaf. OT = operation theater (bilik bedah)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan