Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi yang mulai mencerah bangkit menyinari dada langit, perlahan - lahan memancarkan cahayanya ke seluruh alam semesta. Kokokan ayam yang memecah kesunyian diselangi kicauan burung - burung memberikan satu irama yang harmoni di waktu pagi. Kebanyakkan manusia masih bermalas – malasan untuk meneruskan tugas harian dan ada juga yang terus lena diulit mimpi yang indah.
Adawiya cuba membuka mata, kepalanya terasa amat berat sekali seolah – olah dihempap batu besar. Badannya juga terasa sakit dan sengal, tak terdaya langsung untuk bangun. Kesan daripada ubat yang diambil malam tadi agaknya.
Tiba – tiba dia tersentak apabila merasai sesuatu yang bergerak di dalam selimutnya! Alangkah terperanjatnya Adawiyah apabila mendapati seorang lelaki tanpa pakaian lena di sebelahnya dan melihatkan dirinya juga…masyaallah! apalagi terus dia melompat dari atas katil sambil menarik selimut agar dapat menutupi tubuhnya yang juga tidak berpakaian.
"hoi!..", serentak itu Zaqrie turut terkejut lalu bingkas bangun dan cuba menarik hujung selimut yang sedikit terjulur. "Eh! Apa ni, jangan…" Adawiyah menyentap semula selimut itu. Zaqrie terpaksa beralah dan kelam kabut mencari baju dan seluarnya. Adawiya menutup mata. Malu dia melihat lelaki itu yang sedang menyarungkan seluarnya.
Adawiya berdebar – debar dan merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap dirinya. Tapi kenapa aku tak sedar? Kenapa aku tak ingat langsung apa yang berlaku malam tadi. Apa dah jadi ni? Aku cuba mengingatinya tapi gagal. Terasa badanku masih sengal dan bahagian sulitku pula sedikit pedih.
"Awak siapa? Apa awak buat kat bilik saya? Macamana awak boleh masuk? Apa yang telah awak lakukan pada saya? …bertalu - talu soalan keluar dari mulutku. Airmataku sudah bergenang dikelopak hampir menitis, hatiku tak keruan.
Mak oii…banyaknya soalan. Berputar kepala Zaqrie cuba menafsir satu persatu soalan yang keluar dari mulut gadis itu. Benarkah gadis itu tidak mengerti ataupun dia berpura – pura untuk memerangkap aku maklum la ..aku kan anak dato’, gumam Zaqrie di dalam hati sambil meraup muka dan menyisir rambutnya ke belakang.
"Mustahil awak tak tahu apa yang telah saya lakukan pada awak", Zaqrie tersenyum sinis. Matanya kecil melihat gadis itu. "Bukankah kita ada perjanjian, masakan awak sudah lupa". "Apa awak cakap ni, perjanjian apa? Saya tak faham". Adawiya kebingungan. "Kitakan dah ‘deal’....tubuh awak, duit saya…banyak tu", balas Zaqrie dengan riak.
Mendengarkan kata – kata Zaqrie, berderailah airmata Adawiya tanpa disekat - sekat. Fahamlah dia akan maksud lelaki itu. Dia menangis teresak – esak di situ. Dia tidak menyangka kesucian dirinya telah dicemari oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Terasa dunianya gelap, sakit hatinya bagaikan dirobek. Akhirnya Adawiya terduduk, berteleku meratapi dirinya. Aku telah dinodai. Airmatanya terus mengalir dan membiarkan anak mata lelaki itu merenung tepat kepadanya. Satu pandangan yang pelik!
Tiada apa yang perlu ditangiskan oleh gadis itu sedangkan perjanjian dibuat atas persetujuan bersama pada fikiran Zaqrie. Zaqrie tidak mahu berlama di situ gusar dia akan terperangkap dengan airmata gadis itu andainya itu hanyalah satu lakonan yang paling berkesan.
Daun pintu dikuak. Marini menjengkulkan kepalanya. Ingin melihat apabila sebentar tadi kedengaran bunyi bising dari bilik kawannya itu. Akan tetapi pandangannya tiba – tiba terpempan pada susuk tubuh seorang lelaki yang berada di dalam bilik itu. Marini tidak terkata. Kelu lidahnya melihatkan keadaan Adawiya yang dibaluti dengan selimut dan berlari meluru ke arahnya.
"Rini …….", esakkan Adawiya di dalam pelukan Marini semakin kuat. "aaa…aku telah ….". Terputus – putus suara Adawiya, tak berdaya untuk menghabiskan ayatnya. Marini sebak sambil mengangguk dan mengusap rambut Adawiyah seolah memahami keadaannya.
Hah! Rini?...benar ke apa yang aku dengarkan ni? Zaqrie seperti tidak percaya nama panggilan perempuan yang baru muncul itu. Dia tergamam. Wajahnya menjadi pucat. Tapi kalau diperhatikan cara pakaian dan penampilan perempuan tu, memang ada kemungkinan dialah Marini. Perempuan yang sepatutnya melayani aku. Tapi kenapa bukan dia yang berada dalam bilik ni. Habis tu siapa pulak malam tadi. Alamak! mampus aku…..tiba – tiba Zaqrie mengelabah.
Dia bergegas menuju ke pintu, ingin segera beredar. Tidak mahu terlibat dalam situasi yang meruncing itu walaupun dia tahu satu kesilapan yang amat besar telah berlaku malah lebih dari itu.
"Err…..En Zaqrie, tunggu dulu", pinta Marini, inginkan penjelasan terhadap kejadian yang telah berlaku. "You Marini ke?. Marini hanya mengangguk. Adawiya merenggangkan dirinya jauh sedikit, dahinya berkerut. Marini kenal lelaki ini.
"Apa En Zaqrie buat dalam bilik ini?. Eh! Tanya aku pulak. "Err… I datang seperti yang diminta cuma… I dilayan oleh kawan U tu", Zaqrie memuncungkan mulutnya ke arah Adawiya yang masih berendam airmata. "Tapi En Zaqrie tak patut masuk bilik ni. Kan saya dah pesan bilik saya sebelah kanan hujung sana. En Zaqrie dah salah, dah langgar janji kita", bidas Rini sedikit geram. "I don’t care. Hujung kanan ke ..kiri ke ..yang penting I dah penuhi semua syarat you. All I did as your requested. Dan yang penting you cakap pintu bilik you tidak berkunci so ..i ikut juga. Semuanya perfect plan termasuk gadis yang layan I tu juga". Senyuman sinis Zaqrie meleret.
"So I puas hati, berbaloi dengan bayarannya kan. And then, you jangan sekali – kali hubungi I lagi atau menuntut hak yang tak sepatutnya. Harap you faham". Dengan lagaknya Zaqrie melangkah pergi meninggalkan mereka berdua terkesima di situ .
Adawiya tersentak mendengarkan kata – kata Zaqrie. Marini mengenali lelaki ini rupanya?. Sungguh tak ku duga. Marini ada hubungan dengan lelaki ini. Tapi kenapa aku yang dijadikan korban?. Apa salah aku? Adawiya menangis buat sekian kali.
"Kenapa kau tipu aku, Rini. Tergamak kau gadaikan aku pada lelaki ini?". Hatiku meruntun hiba. Dadaku semakin sakit. Aku tidak betah lagi untuk terus melihat sandiwaranya. Tiba – tiba marahku meruap. Aku benci pada manusia hipokrit seperti Marini, yang selama ini aku percaya malah aku telah menganggapnya sebagai saudaraku sendiri.
"Please!! Wiya let me explain. Aku bukan sengaja dan aku tidak pernah terfikir semua ini akan berakhir begini", rayu Marini hiba.
"No. cukup! Aku benci …benci pada kau, Rini. Kesucianku tergadai hanya kerana kerakusan kau terhadap wang. Kau tipu aku atas nama persahabatan kita. Dan patutlah selama ini hidup kau mewah! punyai segalanya rupanya kau jual tubuh kau. Aku buta menilai kau Rini".
Amarahku tidak tertanggung lagi lantas aku segera mengemas pakaianku dan meninggalkan Marini dalam kekeluan. Saat itu juga aku memutuskan hubunganku dengannya dan memadamkan segala memori suka-duka bersama. Aku tidak mahu mengenangnya lagi. Hatiku pedih, jiwaku merana. Bagaimana harus aku menghadapi hari –hari yang mendatang, Ya! Allah…bantulah aku.
salah blog ni... patut blog adalah lucah2u.com bukan penulisan2u... feeeling parok weh..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ya Allah
ini betul2 kes naya
kesian kat Wiya
tak guna punya jantan
ikut sedap dia jer
saya puas hati dengan jalan cerita
tak terlalu perlahan...tak kalut dan tak terlalu pantas
good luck utk penulis