BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, September 10, 2009
Novel : Di Penghujung Rindu 8
Nama Pena : Hanni Ramsul

Hakimi membelokkan kereta memasuki perkarangan rumah Shahril. Ada jemputan makan malam untuknya. Beria-ia benar Julia mengajaknya makan malam bersama. Puas ditanya untuk apa, Julia cuma tersenyum panjang. Enjin keretanya dimatikan. Sedikit rasa hairan terselit di hatinya, melihat sebuah waja berwarna emas yang cukup asing di matanya. Ada tamukah Julia dan Shahril? Terdetik soalan itu di hatinya. Perlahan pintu kereta dibuka. Agak was-was untuk melangkah keluar. Tidak mahu mengganggu sebenarnya.
"Kimi! Kenapa tercegat kat situ? Masuklah.", suara Shahril membuat dia beralih pandang. Shahril tercegat di ambang pintu sambil bercekak pinggang. Mungkin sudah bersedia menunggunya.
"Kau ada guest ke?", soalnya sambil menutup pintu kereta. Perlahan dia menapak ke arah Shahril yang cuma tersengih panjang. Seperti tidak mahu menjawab soalannya. Dia memandang sekeliling. Yakin soalannya tidak akan berjawab.
"Fairuz dengan Lia mana?", dia bertanya apabila menyedari kereta Fairuz tiada di perkarangan rumah Shahril. Belum sampaikah? Biasanya dia yang sering lewat.
"Fairuz call tadi. Dia tak dapat datang. Hantar Lia ke klinik."Shahril memulakan cerita.
"Kenapa dengan Lia?"laju soalan itu meniti di bibir. Risau kalau-kalau sesuatu yang buruk menimpa wanita itu. Shahril tersenyum kecil.
"Buat apa nak risau isteri orang? Orang suruh kahwin, tak nak. Kalau kahwin, kau boleh risaukan isteri sendiri,"gurau Shahril bersama gelak kecil.
"Aku seriuslah,"
"Yalah. Katanya deman. Mungkin demam biasa saja. Don’t worry lah. Kalau teruk, mesti Fairuz dah cakap. Kan?,"
Hakimi diam. Sedikit lega mendengar penjelasan Shahril. Betul juga kata Shahril
"Kau ambil berat sangat pasal Lia. Kau masih simpan perasaan ke kat dia?,"Shahril bersuara perlahan. Cuba mencungkil rahsia sebenarnya. Rahsia Fairuz terpaksa jadi pengantin segera Camelia. Sungguh dia mahu tahu punca sebenar peristiwa yang sudah bertahun berlalu. Segalanya tersimpan kemas di lipatan hati tiga insan itu. Langsung tiada cerita untuk dia dan Julia.
"Dia kawan aku. Mestilah aku kisah,"
"Tapi, hampir jadi pengantin kau. Bertahun-tahun jadi buah hati kau. Cuma, beberapa tahun kebelakangan ni aje, kembali jadi kawan,"
Hakimi tersenyum tawar. Itu semua sudah menjadi sejarah. Tidak perlu diungkit lagi.
"Cerita lamalah,"
"Ya, memang cerita lama pada kau. Tapi, pada aku, cerita tu tetap segar kat sini,"sampuk Shahril sambil jari telunjuknya diletakkan ke dahi. Hakimi tergelak kecil.
"Kenapa pulak?,"soalnya sambil menggaru kepala.
"Dalam kad jemputan dah tertulis nama kau. Tup-tup seminggu sebelum nikah, tukar pengantin. Tiba-tiba Fairuz jadi bidan terjun. Mestilah aku ingat sampai bila-bila. Lebih –lebih lagi, sampai hari ni, kau tak beritahu apa puncanya pada aku,"
Hakimi cuma tersenyum tenang. Wajah Shahril dipandang sekilas.
"Cerita lama. Tutup bukulah. Sekarang kita buka buku baru,"
Shahril mengeluh. Usahanya gagal lagi. Baik Hakimi mahupun Fairuz juga Camelia, semuanya lebih senang menutup mulut. Memang ada rasa geram di hati, namun, sebagai sahabat, dia perlu menghormati pendirian teman-temannya itu.
"Hmm… sekarang aku nak bagi buku baru kat kau. Harap-harap lepas ni, bolehlah buat cerita baru. Cerita lain selain dari cerita bujang terlajak kau ni,"
Hakimi tergelak.
"Excuse me, kawan. Belum terlajak lagi. Belum masuk empat puluh pun,"
Shahril mencebik.
"Sudahlah. Come…hidangan pun dah siap. Kita terus makan sajalah."
"Kereta siapa tu?",Hakimi bertanya lagi seraya mengekori Shahril dari belakang. Namun, soalannya berjawab sebelum Shahril memberi jawapan. Bukan sedikit riak terkejutnya apabila matanya terpandang seraut wajah yang amat dia kenali. Yang bertahun cuba dia jejaki. Raut tepi wajah Nurul Huda. Nurul Huda duduk membelakanginya di meja makan, tetapi, sesekali apabila menoleh, membenarkan dia meratah setiap inci wajah itu. Ternyata ini benar-benar di luar jangkaannya. Inikah buku baru yang dimaksudkan Shahril? Nafasnya seakan terhenti. Tatkala sepasang matanya menjawah wajah itu, kakinya benar-benar terpaku. Tidak mampu bergerak. Tiada daya untuk melangkah. Selama lima tahun dia mencari gadis itu. Selama lima tahun dia menunggu. Namun hari ini, apabila Nurul Huda sudah berada di hadapannya, dia menjadi keliru. Bersediakah dia untuk berdepan dengan Nurul Huda? Kalau dia bersedia, kenapa langkahnya mati di sini? Kenapa jantungnya berdetak sekencang ini? Kenapa perasaannya segundah ini. Lain benar perasaannya, menanggapi gadis itu kali ini.
"Kimi…kenapa tercegat di situ? Marilah. Macam nampak hantu pula. Rumah aku tak ada hantulah"
Hakimi tersenyum kelat mendengar soalan Julia.
Dan, soalan Julia membuat nafas Nurul Huda terhenti seketika. Pinggan yang dipegangnya, diletakkan semula ke meja. Tidak kuat untuk terus menggenggam pinggan itu. Matanya tertancap pada jemarinya. Menggeletar. Benarkah semua ini? Atau…ini semua cuma satu mimpi semata-mata? Seperti mimpi-mimpi yang menemani rindunya pada Hakimi selama ini? Benarkah Hakimi berada bersamanya saat ini? Benarkah dia berkongsi ruang ini dengan Hakimi? Detak yang laju, membuat jantungnya seakan mahu pecah. Cukup laju degupan itu mengganggu emosinya. Dia menarik nafas panjang. Mencari ketenangan. Kuatkah dia untuk menghadapi realiti ini? Kuatkah dia untuk sembunyikan riak rindu yang kuat menghempas pantai jiwanya saat ini? Kuatkah dia? Kuatkah dia untuk membuang rasa cinta yang cukup lama mendera perasaannya ini?
"Huda…are you ok? Muka kau pucat",
Nurul Huda tersenyum. Cuba untuk senyum selebar yang boleh. Soalan Julia tidak mampu dijawab. Bukan tidak mahu menjawab soalan itu, tetapi, suaranya sudah hilang entah ke mana. Kelu. Benar-benar kelu.
Julia merenung wajah itu dengan sedikit rasa hairan. Apabila tiada jawapan dari Nurul Huda, wajah itu terus ditatapnya. Membuat Nurul Huda bertambah gelisah. Membuat Nurul Huda menjadi serba salah. Sudahnya dia cuma mampu mengukir senyum selebar yang boleh.
"Kau tak apa-apa? Kau tak sihat ke?,"sekali lagi soalan yang hampir sama meniti di bibir Julia.
"Aku..tak apa-apa. Cuma dah lapar sangat. Aku belum makan apa-apa tau! Semata-mata nak makan masakan kau.", dalih Nurul Huda bersama senyuman manis. Cuba sembunyikan resah gelisah yang datang mendera. Julia tergelak kecil.
"Ye ke? Terharu aku dengar that words. Don’t worry. Kimi pun dah sampai. So kita boleh makan sekarang."
Nurul Huda tersenyum sambil menolak rambutnya yang jatuh ke bahu. Tiba-tiba dia menjadi rimas. Menjadi tidak selesa. Tiba-tiba dia tidak mahu berada di ruangan ini. Sangkanya dia cuma akan menikmati makan malam bersama Shahril dan Julia. Julia tidak maklumkan padanya ada jemputan lain.
"Assalamualaikum."
Hati Nurul Huda bagaikan gugur mendengar suara itu. Lima tahun dia tidak mendengar suara itu. Rindunya yang kontang bagaikan disirami selaut bahagia saat ini. Sesungguhnya dia amat merindui Hakimi. Terlalu merindui lelaki itu. Perlahan dia berpaling. Hakimi tercegat di hadapannya. Hakimi yang dia rindui. Hakimi yang dia kasihi. Hakimi yang dia cintai.
Dan Hakimi, sama-sama terpaku menatap wajah insan yang sudah lima tahun dia jejaki. Wajah itu sudah sedikit matang. Tiada lagi wajah keanak-anakan yang sering menjadi sasaran telunjuknya satu ketika dulu tiap kali gadis manis ini tidak berjaya menghabiskan soalan matematik yang dibuat.
"Waalaikumusalam.",jawab Nurul Huda sepatah. Tanpa sedar dia bergerak bangkit daripada kerusinya. Sama-sama berdiri memandang antara satu sama lain. Nurul Huda cuba mengukir senyum. Cuba membuang debar yang menggila di dadanya. Cuba menghadapi tatapan mata Hakimi setenang yang boleh. Tiada senyum di bibir lelaki itu. Mungkinkah dek kerana terkejut? Sebagaimana dia terkejut saat ini. Atau, dek kerana rasa benci yang mungkin dia tinggalkan di hati lelaki itu? Dia tahu apa yang berlaku dulu, silapnya. Dia yang meminta. Dan dia yang terus mendesak. Kemudian memungkiri janji yang dia sendiri buat. Dia mahu menjadi pengantin Hakimi, walau bukan itu yang dijanjikan pada Hakimi. Walau dia tahu, Hakimi sudah ada Camelia. Teringatkan semua itu, tiba-tiba dia jadi malu. Malu pada Hakimi dan malu pada dirinya sendiri.
"Apa khabar?",akhirnya dia membuka bicara sambil menghulurkan tangan. Tidak sanggup terus berdepan dengan kebisuan Hakimi yang mendera. Hakimi sedikit tersentak mendengar sapaan Nurul Huda. Gadis itu nampak cukup tenang. Tersenyum lebar bersama tangan yang terhulur padanya. Senyum Nurul Huda membuat dia kabur untuk membaca isi hati gadis itu. Sukar mentafsir apa yang sedang bermain di hati Nurul Huda.
"Baik", jawab Hakimi sepatah. Jemari Nurul Huda dicapai. Di luar sedarnya, jemari Nurul Huda erat di genggamannya. Membiarkan satu perasaan aneh menjadi badai yang menghempas hatinya. Sungguh perasaannya bergolak hebat. Kalau selama ini dia keliru dengan perasaannya. Namun, saat ini, dia tidak dapat menafikan lagi apa yang dia rasa. Sememangnya selama ini dia merindui Nurul Huda. Dia merindui wajah di hadapannya ini. Memang tidak salah apa yang dia rasa selama ini. Dia perlukan Nurul Huda.
"Ek hem..", Shahril berdeham perlahan sambil tersenyum nakal. Membuat Hakimi tersentak. Genggamannya terlepas tiba-tiba. Nurul Huda tersenyum kelat. Gundah terus memburu hatinya. Sentuhan Hakimi terasa meresap ke seluruh jiwanya.
"Maaf mengganggu. Dinner dah ready. So, have a sit.", Shahril bersuara bersama senyum yang panjang.
Nurul Huda melabuhkan punggung ke kerusi. Hakimi pula mengatur langkah menuju ke kerusi berhadapan dengan Nurul Huda. Sesekali apabila pandangan mereka bertembung, cuma senyum yang terukir di bibir Nurul Huda. Senyum yang menutup segala kegelisahannya. Debar di dadanya terasa berganda berbanding debar yang pernah dia rasa di tahun-tahun yang berlalu.
"Kimi! Diam saja. Is anything wrong?", Julia bersuara sambil mencedok nasi untuk lelaki itu. Hakimi megukir senyum. Perlahan dia menggeleng. Matanya sekali lagi melekat pada wajah di hadapannya. Ada urusan yang belum selesai antara dia dan Nurul Huda. Hatinya memberontak untuk meluahkan segala apa yang tersimpan di hatinya. Namun, kehadiran Julia dan Shahril di antara dia dan Nurul Huda, memaksa dia pendam segalanya.
"Kalau pun kau belum puas lagi menatap muka Huda ni…janganlah sampai lupa nak makan pula. Penat isteri aku masak tau!", Shahril bersuara lagi, apabila melihat Hakimi bagai hanyut dalam renungannya. Nurul Huda tergelak kecil mendengar gurauan Shahril. Menutup perasaan sebenarnya juga cuba abaikan wajahnya yang panas tiba-tiba. Hakimi turut tersenyum mendengar kata-kata itu.
"Betul tu. Makan dulu. Dah habis makan..kau nak renung muka Huda sampai esok pagi pun..aku tak kisah.", tokok Julia bersama deraian tawa.
"Jangan salah faham. Aku cuma tertanya-tanya ke mana dia menghilang selama lima tahun ni? ", Hakimi bersuara bersama renungan yang tidak pernah putus. Nurul Huda tersenyum kecil. Mata Hakimi ditatapnya lembut. Rupa-rupannya cuma rasa hairan yang bersarang di benak lelaki itu. Tidak lebih daripada itu. Renungan itu, bukan renungan rindu. Memang tiada rindu pun untuknya barangkali.
"Oh ya! Takkan kita berempat saja? Mana Fairuz? Dan..Lia?", cepat-cepat Nurul Huda mengubah tajuk perbualan. Tidak mahu larut dek rasa tersentuhnya pada kata-kata Hakimi. Wajah Julia dan Shahril dipandang sebagai tanda dia menanti sebuah jawapan.
"Fairuz call tadi. Lia..tak sihat. Jadi mereka tak dapat datang."
Dahi Nurul Huda sudah berkerut seribu. Segera dia mencari wajah Hakimi. Wajah itu kelihatan terus tenang.
"Lia yang tak sihat..kenapa Fairuz yang tak dapat datang?", soalnya lagi. Keliru dengan situasi itu. Matanya terus jatuh ke wajah Hakimi. Bukankah lelaki itu sepatutnya bersama Camelia. Hakimi diam tanpa suara. Jemarinya terus menyuap nasi ke mulut. Tidak mengacuhkan soalan itu, meski dia tahu Nurul Huda mengharapkan jawapan darinya.
"Banyak benda yang kau tak tahu Huda. Dalam masa lima tahun, banyak perkara yang berubah. Banyak perkara yang berlaku," Julia bersuara apabila melihat Hakimi terus membisu. Barangkali lelaki itu belum bersedia untuk membuka cerita perihal perjalanan hidupnya. Nurul Huda sekadar berdiam diri. Melihat Hakimi lebih selesa melayan hidangan di hadapannya. Dia mengambil keputusan untuk tidak terus bertanya. Sudahnya, nasi di pinggan disuap perlahan-lahan ke mulut. Sedang kepalanya sarat dengan seribu persoalan. Apa yang berlaku sebenarnya?
"Anak macam mana? Sihat ke?"Hakimi tiba-tiba bertanya. Soalan yang hampir-hampir membuat Nurul Huda tersedak. Alunan suara Hakimi menanyakan soalan itu amat menyentuh hati. Pilu dia mendengarnya. Adakah Hakimi sudah tahu segalanya? Tiba-tiba rasa bersalah bersarang di jiwanya. Betapa selama ini dia telah pisahkan seorang anak daripada bapanya. Namun, rasa bersalah juga barangkali akan menghimpitnya kalau dia war-warkan kelahiran Imran Najmi pada Hakimi. Dia mengangkat muka perlahan-lahan. Ternyata Hakimi inginkan jawapan, apabila dia menyedari renungan Hakimi melekat kemas di wajahnya. Dia berdehem perlahan.
"Sihat…,"jawabnya sepatah.
"Apa namanya?,"
"Imran. Imran Najmi,"
"Bin?,"soalnya sepatah. Sengaja mahu mendera perasaan Nurul Huda. Tiba-tiba ada rasa geram dan terkilan di hatinya mendengar Nurul Huda bercerita tentang anaknya yang dia sendiri tidak pernah tahu akan kewujudannya selama ini. Terasa haknya benar-benar dinafikan. Dia berhak untuk tahu yang beberapa tahun ini, namanya ada di belakang nama seorang anak kecil. Dia patut tahu ada seorang Imran Najmi bin Hakimi yang sedang membesar. Dia ada hak untuk tahu.
Nurul Huda menelan liur. Dia yakin Hakimi sudah tahu segala-galanya.
"Kenapa Lia ke klinik dengan Fairuz?,"lambat-lambat dia alihkan soalan. Membalas renungan Hakimi. Hakimi cuma memandang. Nurul Huda cuba mengupah topic perbualan. Kemudian tumpuannya teralih pada Shahril yang menghilang sebentar tadi. Kemudian muncul semula sambil tersenyum panjang.
"Kau berdua makan dulu ya. Ju, sekejap. Ada tamu nak jumpa kat depan,"
Julia merengus kecil. Dia mahu mendengar jawapan Nurul Huda untuk soalan Hakimi sebenarnya. Mana tahu, barangkali bapa kepada anak Nurul Huda adalah insan yang dia kenal.
"Ju….,"Shahril bersuara lagi melihat Julia seperti tidak mahu bergerak dari meja makan.
"Yalah. Kau berdua sambung makan ya. Sekejap aje. Nanti kami join balik,"
Nurul Huda tersenyum sambil mengangguk perlahan. Memandang Julia beriring dengan Shahril sambil mulutnya riuh bertanyakan pada suaminya, siapa tamu yang tiba-tiba muncul itu.
"So, Huda tak nak cakap apa-apa ke?,"
Nurul Huda berpaling. Memandang wajah serius Hakimi. Apa alasan yang mampu dia berikan?
"Huda nafikan hak abang. Sampai hati Huda…,"
"Ma… macam mana abang tahu? Siapa yang cakap?,"
"Abang cari Huda kat kampung,"
Nurul Huda terdiam. Pasti Mak Su Senah yang membuka cerita.
"Bukan Huda tak nak cakap. Tapi, bang… abang lebih tahu kan? Huda tahu Huda banyak buat salah dengan abang. Huda dah janji takkan libatkan perasaan dalam hubungan kita dulu. tapi, Huda mungkir janji…,"
"Kenapa Huda rahsiakan dari abang?,"Hakimi mengulang soalan. Dia perlukan sebab, bukan penjelasan yang beralasan.
"Takkan Lia boleh terima anak tiri bang. Dari Huda pula tu. Huda tak nak hubungan abang dengan Lia ada masalah kalau sampai dia tahu hal ni. Lagipun, semuanya tak dirancang. Huda sendiri tak sangka Huda boleh…,"kata-kata Nurul Huda terhenti di situ. Segan untuk menyambung bicara. Malu untuk mengingati semula tindakan bodohnyanya lima tahun dulu.
"Boleh apa?,"
Nurul Huda diam seketika. Membalas renungan Hakimi yang sedikit beremosi. Memang patut Hakimi ada rasa marah padanya.
"Huda tak sangka sampai boleh pregnant…,"perlahan saja dia bersuara akhirnya.
Hakimi mengeluh perlahan.
"Huda rasa bersalah sangat atas apa yang berlaku tu. Huda tak patut ikutkan perasaan. Huda buat abang serba-salah…Huda selfish,"
Hakimi diam. Bicara Nurul Huda mendomisani suasana. Dari wajah gadis itu, dia tahu Nurul Huda betul-betul kesal. Benar-benar rasa bersalah. Namun, dia tidak pernah menyalahkan Nurul Huda. Apa yang berlaku adalah atas kehendak dia dan Nurul Huda. Tidak perlu untuk dia menunding jari kepada sesiapa pun.
"So, abang dengan Lia , macam mana? Kenapa dia tak datang dengan abang?,"
Hakimi tersenyum hambar.
"Dia dah kahwin dengan Fairuz,"
"Hah?! Kenapa?,"
"Seminggu sebelum perkahwinan kami, dia terjumpa kad ucapan anniversary ketiga kita, yang Huda bagi dulu…,"
Nurul Huda bungkam. Diakah punca perpisahan itu? Seminggu sebelum perkahwinan pula tu?
"I’m so sorry abang. Abang patut buang kad tu,"
"Why should I? Kenapa abang perlu buang pemberian Huda? Pernah ke abang buang pemberian Huda selama ni?,"
"Tapi, situasi abang tu tak sama. Sorry bang. Sebab Huda, abang kehilangan Lia. Huda tahu abang cintakan Lia. Sangat cintakan dia…,"
"Lupakanlah…,"
"Lupakan apa?,"suara Shahril yang muncul tiba-tiba memutuskan bicara antara mereka. Nurul Huda diam sambil menyambung suapannya perlahan-lahan sedang Hakimi Cuma tersenyum sambil menggeleng. Perlahan dia mengangkat muka lagi. Memandang wajah Hakimi. Tidak mungkin dia lupakan. Dia paksa Hakimi menjadi suaminya semata-mata untuk memenuhi cita-citanya. Dia minta hak sebagai isteri padahal janjinya tidak begitu. Dan, sekarang, Hakimi tidak dapat bersama dengan Camelia disebabkan kad yang diberi pada Hakimi lima tahun dulu. Hakimi berhak mendapat kebahagiaan. Bukan menjadi insan terluka disebabkan dirinya. Dia tidak akan menganggu Hakimi lagi. Dia mahu Hakimi benar-benar mendapat kebahagiaan nanti. Juga dia tidak akan menggunakan nama Imran Najmi untuk merantai Hakimi lagi. Tidak akan…
Seterusnya dia Cuma mendengar bicara Shahril dan Hakimi tanpa dia tahu apa sebenarnya yang dibualkan. Fikirannya benar-benar tepu dengan rasa bersalah.

***
posted by Penulisan2u @ 6:58 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group