Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
'Ya Allah, andai cintanya bukan milikku, aku redha, Ya Allah…aku mohon agar diberikan petunjuk agar aku dapat meneruskan hidupku tanpa bayangnya…bantu la aku Ya Allah..' Airmata laju membasahi pipi Asha. Dia tak sanggup lagi berpura-pura bahawa tidak ada apa2 yang terjadi antaranya dengan Naim. **************************************************** "Asha, ko nak smbg study lagi tak?"Soal Naim. Asha menggelengkan kepalanya. Berkerut dahi Naim. "Kenapa?"Asha menjungkit bahu. Naim mengeluh. "Sejak bila pula ko jadi bisu ni?"Asha tidak menjawab soalan Naim. Dia hanya menjeling Naim yang sedang memandangnya. Kemesraan antara Naim dan Qina di sekolah tadi masih bermain-main di ingatannya. Naim jadi bingung melihat telatah Asha yang dari tadi tak sedikit pun bersuara. 'Nak kena minah ni..' Dia menyucuk pinggang gadis itu. Ketawanya pecah melihat telatah Asha yang lucu. "Apa ni…"Asha sedikit terjerit. Merah mukanya menahan geram. Tawa Naim terhenti tatkala terpandangkan wajah Asha. "Sorry lah…"ucap Naim sambil mengangkat kedua tangannya. Asha kembali tunduk sambil menguis-nguis rumput didepannya. "Ko marah ke?aku gurau je lah…ko ni kenapa ar?aku tanya ko diam. Aku gurau sikit pun ko marah. Selalu ko tak macam ni. Aku ada buat salah ke?"soal Naim sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. 'Ya. Memang ko ada buat salah…'jawapan itu hanya terluah di hati Asha. "Aku minta maaf ek…"tersentak Asha mendengar ucapan maaf yang keluar dari mulut Naim. "Kau dengar ke?"soal Asha sambil memandang wajah 'blur' Naim. "Dengar apa?"Naim pula menyoal tanpa memberikan jawapan kepada soalan Asha. "Abaikanlah."Asha melepaskan keluhan dan kembali pada keadaannya tadi. Naim turut mengeluh. Tak pernah Asha bersikap macam ni sebelum ni. "Asha, aku tak suka la bila kau diam macam ni. Aku tak biasa. Ni bukan kau. Aku nak kau yang dulu."Naim memegang tangan Asha. Asha terus menarik tangannya dari genggaman Naim.
"Kau ni kenapa?"Naim terkejut dengan perbuatan Asha. "Aku bukan Qina. Kalau kau nak pegang-pegang tangan, kau cari la Qina."terkebil-kebil mata Naim memandang Asha. Akhirnya dia faham kenapa Asha bersikap dingin dengannya petang itu. Dia tersenyum kecil. "Kau cemburu ek?" "Buat apa aku nak cemburu. Buang masa aku je. Baik aku tengok cerita katun kat rumah." "ala…kau jangan nak tipu aku. Aku tau la."ucap Naim sambil tertawa kecil. Dia kini tau yang Asha nampak kejadian di sekolah pagi tadi. "Apa yang ko tau?" "Aku tau yang kau memang sayang kat aku."Merah muka Asha mendengar jawapan Naim. "Daripada aku sayangkan kau, baik aku sayang kambing nenek aku kat kampung." 'aik...kambing kau kata.'geram bermukim di hati Naim tapi tak lama. Dia lantas berdiri dan berjalan meninggalkan Asha. Asha terpinga-pinga melihat Naim pergi. "Naim.."jerit Asha. Tak ada respon. 'Huh!!' Asha berdiri dan mengejar Naim. "Naim!!!"masih tiada respon. Naim masih menjauh seolah-olah tak mendengar jeritan Asha. Dia jadi geram. "Kalau kau pergi, aku tak mau kawan dengan kau lagi."Namun Naim masih begitu. Sebak mula menguasai diri Asha. Dia duduk di bawah sebatang pokok berdekatan. 'Aku merajuk bukan nak pujuk. Adakah patut pergi macam tu je. Dah tu dia pun ikut merajuk.' "Aku memang sayangkan kau…"separuh berbisik Asha meluahkan rasa hatinya. "Aku tau."Terkejut Asha mendengar suara Naim. "Ke..kenapa kau ada kat sini?"soal Asha sedikit gagap melihat Naim yang duduk membelakangkannya. "Sebab.."Naim menoleh tanpa menghabiskan ayatnya. Asha jadi malu bila sepasang mata Naim memandangnya. "Pertama, kalau aku pergi, ko tak nak kawan dengan aku lagi. Kedua, takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat taman ni. Ketiga…"Naim memandang Asha dengan penuh rasa kasih. Asha jadi malu. "Ketiga apa?"soal Asha menutup kegugupannya. "Ketiga, aku takkan cakap selagi kau tak minta maaf." "Kenapa pula aku nak minta maaf. Aku tak buat salah pun." "Adalah. Ingat balik."Asha berfikir. 'Ada aku sakitkan dia tadi?kambing!!' "Err…takkan kau nak marah aku sebab aku sayang kambing nenek aku. Aku memain je la. Lagipun, nenek aku mana ada kambing."pecah ketawa Naim mendengar kata-kata Asha. "owh…memain ek."Naim mencuit hidung mancung Asha. Asha tersipu dengan perbuatan Naim. "Aku dengan Qina tak ada apa-apa. Tadi tu dia mnta tolong aku terangkan formula math yang Cikgu Bade ajar. Dia tak faham."Asha hanya mengangguk. Asha percayakan Naim. Padanya Naim bukan sekadar sahabat atau teman, dia amat sayangkan Naim. "Ketiga?"soal Asha. "Ketiga?"soal Naim pula. Asha mengangguk. "Lupa atau pura-pura lupa?" "hurm…pilihan lain?"Asha cuba memukul bahu Naim namun Naim pantas berlari meninggalkan Asha. Asha turut mengejar dari belakang. Mereke tertawa riang.
Assalamualaikum...novel ni agak menarik..tapi nape tak disambung lagi?kali pertama melihat tajuk novel ini aku terpaku seketika...kerana akulah ASHA...mungkin persamaan pada nama saja..tapi rasanya aku miliki kisah yg agak tragis juga....ingin sekali aku mgenali penulis novel ini...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
citer best tp knper pndek jer\
nie psl khawin masa kat sklh yer
tp aku suka cite mcm nie
sweet...