Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nadia terus sahaja menghumbankan badannya di sofa. Dia cuba menenangkan hatinya yang bergelodak menahan kemarahan. Belum pernah dia bertemu dengan lelaki yang begitu cerewet dan menyakitkan hati. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia karate lelaki tersebut dengan ilmu karate yang ada padanya.
"Oo..jadi awak ni graduan luar negara…sebelum ni awak kerja kat mana?" Tanya lelaki di depannya di kala itu. Pada mulanya lagi Nadia sudah agak menyampah dengan lelaki yang agak dingin dan langsung tak menguntumkan sebaris senyuman walaupun di kala itu dia memberikan senyuman yang semanis mungkin sebaik sahaja masuk ke bilik temuduga itu.
"Sebelum ni saya kerja di UK," jawab Nadia sepatah. Dia cuba untuk bersikap ramah namun perasaan marah yang dirasainya di kala itu menghalang dia untuk bercakap banyak. Sudahla, lelaki itu kelihatan langsung tak mahu memandang mukanya. Dari tadi lelaki yang dikenali sebagai Syafiq hanya menundukkan kepala membaca resume yang dibawanya.
"Kenapa dalam resume awak ni tak catat apa-apa pun mengenai pekerjaan awak sebelum ni…kalau ikutkan tarikh yang ada pada degree awak ni…dah tiga tahun awak habis belajar…jadi dalam masa tiga tahun ni awak kerja apa?" Tanya Syafiq lagi.
"Macam-macam yang saya kerja…jadi pelayan dekat restoran makanan segera…baby sitter….dan ada juga yang saya bekerja sebagai pembantu dekat library," entah dari mana Nadia mendapat idea menyebut senarai pekerjaan yang dia lakukan semasa dia berada di UK, sedangkan semua pekerjaan tersebut tak pernah dia lakukan. Kalau kawan-kawan dia adalah yang bekerja seperti kerja yang dia senaraikan tadi.
"Dengan degree yang ada pada awak ni hanya kerja tu je yang awak mampu lakukan? Dekat mana awak lakukan kerja tu semua?" lelaki itu bertanyakan soalan yang selanjutnya. Wajah Syafiq di kala itu masih belum berubah. Tetap dengan raut wajah yang dingin.
"Dekat UK la...kan tadi saya dah cakap," jawab Nadia dengan endah tak endah. Dia mulai menyampah. Kalau ikutkan hati dia mahu sahaja dia bangun dan keluar dari bilik tersebut. Namun dia tahu, kalau dia bangun pada waktu itu sudah tentu dia akan diejek oleh Tiara dan Baby kerana dua orang rakannya itu dari awal lagi memberitahunya bahawa dia tak akan mampu bertahan dengan perangai Syafiq walaupun sepuluh minit. Mungkin kerana itu dia terasa sedikit tercabar lalu terpaksa bersabar dan hanya duduk dengan tenang walaupun hatinya panas menahan marah.
"Dekat UK? Kalau sekadar nak bekerja sebagai pelayan dekat fast food restaurant, baby sitter….kat Malaysia ni pun senang nak dapat…daripada awak habiskan masa awak buat kerja tu semua kat UK…baik awak balik Malaysia, jadi tak payahlah Malaysia asyik bawak masuk pekerja asing saja…jimat sikit ekonomi negara," kata-kata yang cukup sinis keluar dari mulut Syafiq. Nadia terus sahaja bangun dari tempat dudukya. Mukanya terasa panas. Dia tahu mukanya di kala itu sudah tentu merah menyala.
"Saya nak kerja pelayan restoran ke? Nak jadi baby sitter ke? Nak duduk UK seumur hidup pun…encik peduli apa? Kenapa, haram ke kerja tu semua?" Tanya Nadia mulai meninggian suara. Kelihatan lelaki itu tersenyum. Namun Nadia langsung tak pedulikan senyuman itu semua. Apa yang dia tahu Si Syafiq ni seakan-akan mahu menghina dia.
"Saya tak cakap pun kerja tu semua haram…ada saya cakap?"
"Memang la tak cakap…tapi cara encik cakap tu macam kerja yang saya buat sebelum ni hina," jawab Nadia agak kuat.
"Pun saya tak cakap kerja awak buat sebelum ni tu hina…awak ni ada six sense ek? Boleh dengar benda yang saya tak cakap," kali ini Syafiq turut berdiri mengadap Nadia yang sedang menahan kemarahan. Nadia pula langsung tak terkejut dengan reaksi syafiq. Malah dengan berani dia membalas renungan Syafiq yang tajam.
"Saya tak perlukan six sense untuk tahu perangai sebenar lelaki berlagak macam encik ni," suara Nadia perlahan.
"Apa awak cakap?"
"Saya tak cakap apa-apa pun…kenapa encik pun ada six sense jugak ke dengar apa yang saya cakap walaupun saya tak cakap apa-apa," balas Nadia. Dia tahu kali ini tentu lelaki itu pula terkena. Padan muka. Dia belum kenal siapa Nadia yang sebenarnya. Bisik Nadia dalam hati.
"Awak tahu tak…cara awak ni boleh buat saya langsung tak berminat nak ambil awak bekerja dengan saya,"
"Kalau encik tak nak ambil saya bekerja…saya pun tak kisah…banyak lagi kerja lain yang saya boleh minta yang bos dia tak bongkak dan sombong macam encik…saya tak rugi apa-apa pun," Nadia terus menerus membalas apa yang keluar dari mulut Syafiq. Baginya lelaki begini bukannya boleh berlembut. Dia sudah tak kisah langsung dengan kata-kata rakan karibnya. Apa yang penting lelaki di depannya itu tak layak untuk memperlekehkan dirinya. Dia terus berjalan menuju ke pintu.
"Nanti dulu….ni resume awak…awak cakap nak cari kerja kat tempat lain kan…nah ambil balik resume awak ni, nanti susah pulak awak nak apply kerja…lainlah kalau awak nak jadi baby sitter…tak ada resume ni pun tak apa," Nadia melangkah menuju ke arah Syafiq kembali. Kemudian dia merampas kasar resume dari tangan lelaki tersebut dan menuju ke pintu.
"Cik Nadia,"
"Apa lagi," Tanya Nadia kasar.
"Minggu depan saya nak awak start kerja…pukul lapan pagi saya nak awak dah ada kat meja depan pejabat saya,"
Nadia terperanjat. Gila ke apa mamat ni? Aku dak berkasar dengan dia, biadap dengan dia tapi dia masih nak ambil aku kerja dengan dia. Nadia bersuara dalam hati.
"Maksud encik saya diterima bekerja di sini?" Nadia inginkan kepastian.
"Awak dengar apa yang saya cakap tadi kan sebab kalau awak tak dengar saya nak tarik balik apa yang baru saya cakap tadi…sebab saya tak nak secretary saya pekak,"
"Encik ni…..
"Saya tak suka pekerja saya lewat…kalau boleh datang awal dari saya," ujar lelaki tersebut yang kembali duduk di kerusi dan membelek fail tanpa memandang sikit pun kearahnya.
" Kalau macam tu…saya balik dulu,"
"See you next Monday," suara Syafiq cukup jelas. Namun lelaki itu masih tetap membelek fail di depannya. Nadia mengangguk dan terus menghilangkan diri. Kemudian dia tersenyum seketika. Dia seakan-akan belum dapat mempercayai bahawa di dapat mengisi kekosongan jawatan sebagai secretary Syafiq. Lelaki yang cukup degil dan sombong.
Nadia tersenyum mengingati kembali peristiwa itu. Namun dalam hatinya masih lagi menahan marah kerana inilah kali pertama dia bertemu dengan lelaki yang menjengkelkan. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menolak untuk bekerja dengan lelaki tersebut. Dia risau dia tak mampu bertahan untuk terus bekerja dengan lelaki yang cukup menyakitkan hatinya. Namun, dia terpaksa. Ini sahaja jalan terbaik untuk dia mengetahui perjalanan syarikatnya dari dekat.
****
"Kau gila ke apa?" Tanya Roslan kepada rakan serumahnya apabila mendengar cerita Syafiq sebentar tadi.
"Aku tak gila..malah aku rasa pilihan aku tepat," jawab Syafiq sambil tersenyum. Di kala itu, dia terbayang wajah gadis yang dikenali sebagai Nadia sedang menahan kemarahan terhadapnya.
"Tepat?…kalau aku jadi kau…aku terus reject kalau perempuan macam tu…gila, belum kerja dengan kau pun dia dah pandai melawan….kalau dah kerja dengan kau…aku tak tahulah jadi macam mana…berani tu!" bicara Roslan bersungguh. Namun jauh di sudut hatinya dia mahu juga mengenali gadis yang berani melawan Syafiq. Siapa yang tak kenal dengan Syafiq di pejabat. Seorang akauntan syarikat yang garang dan cerewet terutamanya dengan setiausahanya. Walaupun Roslan hanya bekerja sebagai budak pejabat yang kerjanya banyak menghantar surat-surat ke syarikat namun dia banyak juga tahu mengenai rakan baiknya itu. Perangai yang cukup berbeza yang ditunjukkan oleh Syafiq semasa berada di pejabat jika dibandingkan dengan sikapnya setelah habis bekerja. Hanya sesetengah orang sahaja yang tahu perangai sebenar syafiq.
"Berani tu la yang aku nak…aku nak secretary aku seorang yang berani…yang tak mudah menggelabah bila aku marah…yang tak mudah melatah bila aku meninggikan suara…dan yang paling penting berani pandang muka aku walaupun aku sedang marah!" ujar Syafiq sambil tersenyum. Sejak petang tadi dia asyik terbayangkan wajah gadis itu. Lucu. Hari ini sahaja sudah beberapa kali dia tersenyum seorang diri bila teringatkan peristiwa di pejabat.
"Ikut suka hati kau la Fiq…jangan satu hari kau terjatuh cinta dengan minah tu sudah," bicara Roslan sambil menekan remote control televisyen.
"No…impossible! Cinta tak wujud dalam hati aku," jawab Syafiq mulai berubah wajah.
"Cinta tak wujud dalam hati kau ke ataupun kau masih berharap Miya balik pada kau,"
"Kau jangan sebut nama dia lagi boleh tak?...Dah berapa kali aku pesan kan,’ Syafiq menjeling tajam ke arah Roslan. Roslan hanya mencebik. Kemudian matanya tertumpu ke arah televisyen yang terpasang.
i like story yg bala demdam ni.dah lama tunggu.bukan apa,ni menunjukkan x semua pompuan lemah.Beran lawan balek.itu yg penting...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Salam..
emm bagus!
tingkat2x cerita yg semakin menarik..
good luck!