Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sarah, terus balik ya. Iqbal ambil di rumah. Iqbal ambil ‘time off’ ini," pesan Iqbal pada kekasih pujaan hatinya selama ini. Sarah mengomel sendiri, baru mingu lepas dia balik tak adalah pula maknya bagitahu yang Mak Nap sakit. Setahu Sarah, mak Iqbal sihat waalfiat walaupun usianya telah menjakau 65 tahun, tidak seperti ayahnya yang mempunyai darah tinggi. Setahu Sarah juga, mak dan ayahnya serta Mak Nap hendak menunaikan umrah mingu depan. "Tak jadi pergi ke?" hatinya bertanya sendiri.
Iqbal sudah menunggu di bawah sementara Sarah menghabiskan suapan terakhirnya. "Sarah, Iqbal dah sampai dah tu," tegur Suria sambil mengintip dari cermin tingkap nako rumah flat tingkat 3 sewaan mereka berdua. "Kau rasa ada apa ek Sue, aku macam dapat rasakan mereka tu merancang sesuatu la. Aku baru balik minggu lepas. Ayah aku tak ada cerita apa-apa pun. Aku sangsilah, mesti mereka ada plan jahat ni nak kenakan aku" Sarah mengomel sendiri. "Ya Allah! Tak baik tahu buruk sangka pada orang tua. Mana ada mak bapak tak sayang anak sayang oi! Cepatlah! Iqbal itu dah bersandar kat kereta itu, macam dah bengang aja gamaknya. Sebelum kau menyesal baik kau balik! Dah pinggan tu biar aku yang basuh," marah Suria. "Aku dah cakap dengan Ikbal balik lepas magrib. Nak juga keluar 6.00 petang ini. Jalan ‘jam’ masa ni. Degil betul la! Oklah Sue, terima kasih sambal cili sotong kau. Kenyang perut aku. Bye bye," Sarah bersalaman sambil berpelukan dengan teman serumahnya. "Hah ni bekal Iqbal jangan lupa," tegur Suria sambil menghulur beg bekalan utk Iqbal itu.
"Sorry ya, lambat sikit," ucapnya sambil tersenyum. Sarah terus masuk ke perut Gen2 putih milik Iqbal. "Kenapa lambat sangat? Kan dah sampai awal," tegur Iqbal. Sarah tergelak kecil saja. "Jalan jam, kan saya dah cakap. Itulah tak percaya! Awak tu duduk Sepang apa tau," rungut Sarah. "Sayang, Iqbal ini risau tau mak sakit. Baju opis pun tak sempat tukar. Makan pun tak lagi tau. Sayang ini…" Iqbal akhirnya bersuara. "Oppss..maaf ya, lapar ke? Nak makan tak. Sarah sempat tapau tadi. Tapi lauk biasa saja," ucap Sarah sambil membuka beg bekalnya. Sambil Iqbal memandu Sarah menyuapkan nasi ke mulutnya. Air oren sunquick pun dah siap Sarah bekal. Tahu sangat Sarah yang Iqbal tak suka ais. "Thank you sayang, I love you," ucapan Iqbal dengan senyuman sentiasa terukir sepanjang jalan, hatinya berbunga bahagia.
Iqbal jurutera muda lulusan luar Negara yang berusia 27 tahun. Teman baik adik Sarah Muaz. Mereka berjiran, rumah ibu bapa mereka berhadapan antara satu sama lain. Rumah Iqbal atas bukit manakala rumah Sarah bawah bukit. Entah bila hati mula berdetik Sarah kurang pasti, yang pasti Iqbal mula memikatnya apabila dia pulang dari luar Negara 5 tahun lepas. Beriya-iya Iqbal berusaha, dan usaha gigihnya itu mendatangkan hasil 6 bulan lepas. Baru bulan lepas Iqbal memberitahu kedua-dua keluarga tentang hubungan mereka. Tindakan Iqbal itu menyebabkan Sarah merajuk 2 minggu. Iqbal adalah anak tungal Mak Nap, satu-satunya zuriat yang Mak Nap ada. Kata mak Sarah, bapa Iqbal meninggal dunia ketika Iqbal masih di dalam kandungan.
Telefon bimbit Sarah berbunyi membuat Sarah terjaga dari lenanya. "Hello Muaz, kenapa kau cari aku?" Tanya Sarah. "Kau kak, jawablah dulu salam aku. Kau dah sampai mana?" Tanya Muaz. "Waalaikumsalam, aku tertidur. Dekat Tangkak ke kita Iqbal?" Tanya Sarah sambil memandang Iqbal. "Sagil," jawab Iqbal. "Sagil Muaz. Eh kau kat mana ni?" Tanya Sarah. "Aku baru sampai kampong ini. Hehehe…" Muaz sudah tergelak di hujung talian. "Apasal aku dengar ketawa gatal kau ni tiba-tiba?" Tanya Sarah. "Kak, kau nak di kawinkan esok…" kata-kata Muaz buat Sarah terperanjat dan telefon bimbit yang di pegang tiba-tiba terpelanting dan terkena kepala Iqbal. "Kenapa ini?" Tanya Iqbal sambil mengosok-gosok kepalanya. "Tak ada apa-apa. Muaz tu dah gila. Datang bulan la tu." Rungut Sarah. Iqbal tersenyum sendiri. Sarah dan Muaz memang sering bertikam lidah, usik mengusik dan sakat menyakat sesame sendiri. "Dah tak mengantuk ke? Tidurlah dulu, nanti sampai saya kejutkanlah," pujuk Iqbal. Sarah terus menarik muka dan tak mahu bercakap lagi. "Kekasih Iqbal ni datang bulan ya?" Tanya Iqbal bila suasana senyap saja. Tiba-tiba Sarah menjerit geram. "Marah siapa sebenarnya ini?" Tanya Iqbal. Pertanyaan itu dibiarkan tergantung.
"Eh, awak tak payah hantar saya. dah terus tengok mak awak tu. Teruk sangat ke sakitnya?" ucap Sarah yang sudah membuka pintu kereta. Dia melambaikan tangan sebelum berjalan menuju ke muka pintu rumah keluarganya. Walaupun dia melihat suasana dalam rumah itu pelik namun dek kerana penat disimpanya sahaja persoalan itu di dalam hati. "Sarah mandi dulu la. sakit badan-badan ni.. mengantuk lagi. Mak ada masak sambal tumis cili api campur terung pipit?" sempat lagi Sarah bertanya makanan kegemarannya. "Esok mak masakkanlah. Bahan-bahan semua dah ada," jelas maknya. "Mak, kanapa Sarah rasa senyuman mak lain macam aja?" Tanya Sarah. "Eh, kenapa pulak. Dah cepat mandi," arah Hajjah Zakiah sebelum berlalu ke dapur.
Lepas mandi Sarah terus ke bilik Muaz. Sengaja mencari adiknya itu untuk mencari kebenaran. Tiba-tiba Sarah menjerit kuat membuat Muaz yang sedang menghias dulang hantaran terperanjat sama. "Kau buat apa ni. Siapa punya barang ini?" mata Sarah terbeliak melihat kek yang tertera selamat pengantin baru Maisarah & Iqbal. Ayah dan maknya terus masuk kebilik. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta. Dengan suara gamat anak saudaranya Sarah tahu Abang Mus sekeluarga telah sampai. Sarah pitam di situ bila diberitahu dia akan dinikahkan dengan Iqbal pagi esok.
"Sayang, mak Iqbal dah nazar. Mak dah rujuk imam dan ustaz. Kita mesti nikah sebelum mak ke tanah Suci. Boleh ya sayang." Pujuk Iqbal di corong telefon. Lepas 2 jam memujuk baru Sarah setuju. Macam-macam syarat diberikan namun Iqbal tetap setuju juga.
"Sarah, bangunlah. Dah 7 pagi ni," gerak mak Yah kepada anak tunggal perempuannya itu. "Mak, sarah cutilah. Tak solat. Sarah mengantuk sangat ni. Bukan selalu dapat peluang ini," rungut Sarah sambil menarik selimut. "Abang! Tengok anak dara abang ini!" jerit Mak Yah pada suaminya. "Bising la mak ni," selimut ditarik menutup kepala. Tiba-tiba Sarah menjerit dan terus duduk. "Sakitnya, lebam dah ni," Sarah menyingkap seluar tidurnya hingga ke paha. "Mak! Dah lebam dah ni," rungut Sarah. "Mak kejut kenapa tak bangun? Mak mertua kau dah sampai, Cik Semi dgn Kak Mis dah sibuk masak kat dapur tu tahu!" Mak Yah menjawab geram. "Yah, lebam peha Sarah tu. Macam mana kalau Iqbal tengok?" tegur ayahnya. "Iq..Iq..Iqbal ten..tengok nak nak bu..buat ape?" Tanya Sarah tergagap-gagap, kepalanya sudah mula berdenyut-denyut. "Ya Allah Sarah! Bangun sekarang. Mandi-mandi, bang sakit jantung saya dibuatnya! Abang uruskan budak ini. Orang kenduri dah nak sampai ni," marah Mak Yah dan meninggalkan bilik itu. Sarah memicit-micit kepalanya. "Mandilah, nanti pukul 8 pagi kenduri doa selamat, lepas itu sama-sama pergi masjid," jelas Pak Juki, panggilan ayah Sarah di kampong itu. "Ayah, kami dah setuju nikah gantung. Sampai majlis hujung tahun ini ya," Sarah menjelaskan kepada ayahnya. "Iyalah, kalau persetujuan bersama tidak mengapa," pujuk ayahnya sambil menepuk bahu anaknya.
"Sarah, baru bangun?" tegur Cik Semi yang sedang mengoreng sayur didapur. "Cik Semi, Sarah mandi dulu ya. Nanti baru salam," jeritnya yang terus masuk ke bilik air. "Sarah, dah cepatlah mandi tu. Laki kau dah sampai!" jerit Muaz. Sarah mengigit bibir dari dalam bilik air. Geram dengan Muaz. "Muaz, cuba jangan kau usik kakak kau tu," tegur Cik Semi pada anak didik mengaji al-Qurannya dahulu. Sarah keluar dari bilik air dengan tuala bersimpul di atas kepalanya. Dia bersalaman dengan Cik Semi, Kak Mis dan Mak Napnya. "Dah, pergi bersiap. Kak Long dah tunggu nak solekan Sarah di bilik," tegur Mak Nap. Sarah mengangguk dan tersenyum sebelum berlalu.
Sarah memandang sekilas wajahnya dicermin. Tersenyum sendiri melihat dirinya yang dirasakan berbeza. Manalah pernah dia bersolek, ke tempat kerja sekadar menepek bedak dan mencolet sedikit lipstick sahaja. "Ya Allah cantiknya sahabatku ini," Suria menjerit kecil. Sarah terus bangun dan memeluk sahabatnya itu. Tak sangka Suria datang walaupun sms dikirim dalam 4 pagi. "Ya Allah, janganlah menangis. Dah cantik ni.," Suria meyekat air mata temannya yang tumpah itu. Suria membetulkan selendang yang menghiasa tudung Sarah.
Sarah ke masjid menaiki kereta Suria. "Peh! kacak sungguh pengantin lelaki," usik Sue. "Aku tak nampak la Sue, lence aku terhanyut masa kat bilik air tadi," jelas Sarah. "Hah! Patutlah kau tak senyum pada Iqbal," komen Sue sendiri. "Sue, jantung aku macam nak terkeluar ni," Sarah memandang Suria. Mengekek-ngekek suria ketawa. Anak-anak abang Mus yang 2 orang sekadar tersenyum ditempat duduk balakang Vios Suria. "Aku dah mengeletar ni Sue, nak buat macam mana?" Tanya Sarah." Jom keluar nanti aku pimpin kau, Iqbal dah masuk masjid tu. Qayum pimpin tangan kanan Mak Ngah ya," arah Sue pada anak saudara Sarah yang berusia 7 tahun. Sarah yang baru nak keluar tiba-tiba masuk kembali. "Kenapa kau?" Tanya Sue yang membuka pintu kereta kembali. "Macam mana aku boleh sarung sandle buruk mak aku ini?" pertanyaan Sarah disambut ketawa oleh Sue dan bertambah kuat dengan ketawa Muaz. Gamat seketika. Qayumm dan Qusairi juga tergelak. Muaz menahan gelak sambil memicit-micit perutnya. "Kau pakai kasut aku ni, aku ada kasut lain kat boot kereta," Sue menyerahkan kasutnya kepada Sarah.
Akhirnya mereka selamat masuk ke dalam masjid dan Muaz masih bersisa gelaknya. Kalau ikutkan hati mahu saja dia baling dengan kasut tumit tinggi Ssue yang dipakainya itu. Antara percaya dengan tidak, Sarah dan Iqbal selamat di ijab kabulkan di Majid di hadapan Iman tepat 10 pagi. Iqbal membuat solat sunat dan kemudian sujud syukur sebelum acara membatalkan air sembahyang. "Pengantin perempuan, bersalaman dengan suami ya," arah Imam Nazri. Sarah bersalaman dan mencium tangan Iqbal. Sarah tersenyum apabila tangan Iqbal mengeletar dan berpeluh ketika menyarungkan cincin pernikahan mereka. "Ambai, sejuknya tangan pengantin," usik Muaz ketika dia bersalaman dengan Iqbal. "Mak ai, macam ais tangan pengantin perempuan," usik Muaz pada kaknya pula. Muaz menjerit bila Sarah mencubit perutnya. Setelah bersalaman dengan semua yang hadir mereka jalan beriringan ke kereta. "Oh mak engkau!" Sarah melatah apabila terpelecuk ketika hendak masuk ke kereta Iqbal membuat Iqbal tersenyum. Kalut sungguh isterinya pagi ini. "Kau naik kereta Sue la. aku nak berbual-bual dengan isteri tercinta aku ok," ucapan Iqbal di jawab jelingan Muaz. Tanpa Muaz peduli terus dia masuk ke tempat duduk pemandu Gen2 Iqbal. "Dah kau orang duduk belakang, aku menjadi driver pengantin hari ini. Cepat-cepat masuk. Duduk belakang ya," pesan Muaz. Sampai ke depan rumah mak Nap mereka diam sahaja. Yang bercakap seumpama murai cabut ekor itu sudah pastilah Muaz. Baik Iqbal mahupun Sarah sekadar mendiamkan diri. Cuma Sarah dapat rasakan cinta Iqbal meresap ke seluruh tubuhnya apabila jemari Sarah bertaut erat dengan jemari suaminya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pelik sikit.. kalau sarah datang bulan.. macamana pulak buleh masuk masjid.