Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Awak belum tidur lagi?" Alia bertanya sambil berdiri disebalik pintu biliknya. "Awak nak temankan saya?" Syah pula bertanya sengaja menyakitkan hati Alia. "Kalau tak nak tidur takpe." Alia menutup pintu biliknya perlahan. Syah berjalan menghampiri bilik Alia. "Tunggu," Pintu bilik kembali dibuka. Perlahan Syah menghampiri pintu bilik tersebut. "Kat mana saya nak tidur?" Syah memandang sekeliling bilik yang hanya ada sebuah katil bujang. Alia turut sama melihat ke arah katilnya. "Ermmm..awak tidur kat katil tu. Nanti saya tidur kat bawah," Syah menyambut kain selimut dan sebiji bantal yang dihulur oleh Alia lalu merebahkan dirinya di lantai. Alia terus merebahkan badannya ke atas katil. Merenung siling melayan mata yang tidak mahu lelap. Seketika kemudian dia mengiring memerhati Syah yang berada dilantai. ‘Apakah memang jodoh kami untuk bersama?’ Alia bertanya pada diri sendiri. "Cikgu dah tidur?" Alia bertanya lemah. Syah menelentang. "Belum. Kenapa?" Alia senyap. "Alia, errrr," Syah duduk tegak. "Ye," Alia menjawab perlahan. "Boleh tak….. Takpelah. Lupakan." Syah kembali merebahkan dirinya. Alia hairan dan berusaha melelapkan matanya. Sementara itu, Syah masih belum dapat melelapkan matanya. Perlahan dia menghampiri Alia. Merenung wajah tenang yang sedang nyenyak tidur itu. ‘Aku akan merindui wajah manis ini,’ Bisiknya sendirian. Entah mengapa apabila menatap wajah Alia, dia tidak pernah puas untuk menatapnya sekali lagi dan lagi. Perlahan Syah berbaring di sebelah Alia. Memeluk tubuh hangat itu. ‘Kenapa panas sangat ni,’ Bisik Alia pelik. Seperti ada seseorang menghimpitnya. Alia membuka mata perlahan dan bingkas bangun bila melihat dirinya sedang dipeluk oleh Syah. Glupp…. "Cikgu, bangun." Alia menolak tubuh Syah sekuat hati hingga menyebabkan Syah hampir terjatuh dari katil. Namun sempat berpaut pada pinggang Alia. Sekali lagi mereka berpelukan. Mereka saling berbalas renungan. Syah tersenyum. Muncung bibir Alia semakin panjang. "Cikgu ni kan….Errrr…lepaslah." Alia menolak tubuh Syah lagi. Ketukan dipintu membuatkan mereka berdua serentak berpaling kearah pintu. "Syah, mari kita berjemaah kat surau," Suara Tok Man membuat Alia mengeluh lega. Kemudian dia tersenyum bila melihat wajah kelat Syah yang dengan berat hati melepaskan pelukannya. "Marilah. Alia pun kena pergi jugak," Syah menarik tangan Alia. "Errr…Saya cuti umum hari ni," Jawabnya sambil tunduk malu. Syah tersenyum kecil. "Cuti umum?" Soal Syah pelik. "Yups. Cuti orang perempuanlah." Jawabnya geram. Syah beredar ke pintu bilik dan keluar dengan senyum sumbing dibibirnya. Alia berbaring semula. Dia menguap seketika sebelum menyambung kembali tidurnya. **************
"Huarggg. Mengantuk betul." Alia keluar dari bilik dengan mata hampir terpejam. Beberapa kali dia menguap sambil berjalan ke bilik mandi. Sebelum keluar dari bilik, dia sempat melirik ke arah jam. ‘Baru pukul 8.30. Masih awal,’ Alia terus menanggalkan pakaiannya tanpa menyedari seseorang sedang memberus gigi di dalam bilik mandi tersebut. "Uuuuuuu..sejuk." Alia menggigil kesejukan bila air paip terkena badannya. "Ehemm…." Alia menutup pili paip bila terdengar suara seseorang. Dia berpaling mencari siapa gerangan yang turut sama berada di dalam bilik mandi tersebut. "Aaaaaaaaaaaaaaaaaa," Alia menjerit sebaik sahaja dia terpandang Syah yang sedang merenungnya juga. Ketika itu berus gigi Syah masih di dalam mulutnya dan hampir terlepas. "Alia… kenapa menjerit tu?" Syah dan Alia tersentak apabila suara Nek Aton memanggilnya dari luar bilik air. "Takde apa-apa, nek," Alia menampar lengan Syah yang sedang tersengih dihadapannya. Nasib baik dia memakai kain basahan. Syah tersenyum kemudian berkumur dan keluar dari bilik mandi tersebut. Lucu bila melihat riak marah dan malu di wajah Alia.
Semasa di meja makan, Syah asyik tersenyum-senyum dan matanya asyik merenung Alia yang sedikit pun tidak memandang wajahnya. "Berapa lama Syah sambung belajar?" Soal Pak Alwi. Syah yang asyik merenung Alia tidak mendengar soalan yang ditanya oleh bapa mertuanya. "Manalah dia nak dengar. Tu asyik sangat tengok si Alia tu," Nek Aton berkata selamba sambil tersenyum. "Aduh!!!!" Syah mengaduh kesakitan. "Apahal pijak kaki orang ni?" Syah menggosok kakinya yang dipijak oleh Alia. "Alia, kenapa buat suami kamu macam tu? Tak baik tau," Nek Aton menegur sikap kasar Alia. "Dia yang tak dengar ayah tanya tadi." Alia mempertahankan diri. Syah tersenyum malu bila semua mata memandang kearahnya. "Ayah cakap tentang apa tadi," Soalnya lagi bagi menutup rasa malu sebab tertangkap oleh bapa mertuanya ketika dia sedang asyik merenung wajah Alia. "Berapa tahun Syah sambung belajar?" Pak Alwi geleng kepala dengan gelagat menantunya itu. "4 tahun lebih." Jawabnya perlahan. Pak Alwi angguk kepala. "Sekarang ni cuti sekolah, kamu bawalah Alia tu balik ke rumah mama kamu. Atau kamu berdua nak jalan-jalan masa cuti sekolah ni," Nek Aton memberi cadangan. Syah angkat kepala. Begitu juga Alia. Terkejut dengan cadangan neneknya. "Yelah. Bawalah Alia jalan-jalan. Lama kamu berdua berpisah kelak. Sekarang ni, kamu berdua patut menghabiskan banyak masa bersama." Pak Alwi menyokong cadangan ibunya. Alia terbatuk. Syah pula terdiam sejenak. Memikirkan cadangan keluarga Alia. "Ok jugak tu, Ayah. Kalau macamtu, saya nak bawa Alia melancong," Syah bersuara senang. "Nak pergi ke mana?" Pak Alwi bertanya. "Belum tahu lagi. Petang ni bawa Alia balik ke rumah mama." Syah meneguk air milo. "Kat kawasan berdekatan sini, ada tak kawasan peranginan?" Soalnya lagi bila melihat wajah kelat Alia. "Laaaa…Bako National Park pun ok jugak. Ada rumah tumpangan. Cantik tempat tu," Cadang Pak Alwi. Nek Aton angguk kepala setuju. "Alia macamana. Suka?" Syah bertanya pada Alia. "Saya tak kisah. Saya ikut je. Lagipun tak pernah bermalam kat kat sana," Alia menjawab perlahan. "Kalau macam tu, petang ni kita ke sana," Syah berkata muktamad.
*********************************
"Wah!!!! Cantiknya permandangan," Alia bersuara kagum sebaik terpandang permandangan petang dari bilik yang mereka sewa. "Ermmmm. Memang cantik. Tak sangka tempat ni cantik. Kita honeymoon kat sini ye?" Syah bersuara perlahan sambil memeluk pinggang Alia. Alia tersentak. "Ehhh…Jangan nak merepek. Alia tak nak. Nanti kalau awak tinggalkan saya, saya yang rugi." Alia berusaha menepis tangan Syah. "Apa pulak rugi. Alia tetap jadi isteri saya sampai bila-bila," Syah mencium pipi Alia. "Siapa tahu. Kita tunggu awak habis belajar dulu. Baru kita fikirkan tentang masa depan kita." Syah mengeluh. "Kenapa susah sangat nak terima saya dalam hidup Alia?" Soalnya perlahan sambil membetulkan anak rambut Alia yang menutupi mata isterinya. "Kita beri masa pada diri kita untuk melihat dunia luar. Bolehkan? Takkan 5 tahun tak dapat nak sabar?" Alia memujuk Syah. "3 tahun?" Syah cuba memendekkan masa. "Kenapa? Sama saja. Takde beza" Alia terus menolak. "Susahlah macamtu. Kalau tunggu 5 tahun lagi, umur saya dah 30 tahun. Dapat anak masa umur 31 tahun. Lambatlah saya nak dapat anak ni," Syah melepaskan pelukannya dan bercekak pinggang menghadap Alia. Alia tersengih. "Alia muda lagi tau. Lagipun, Alia nak juga berseronok macam mereka yang lain. Alia belum bersedia lagi nak ada anak. Kawan-kawan Alia pun belum tahu tentang perkahwinan kita ni," Alia pula bercekak pinggang. "Tapi…. Alia sukakan, kahwin dengan saya?" Soal Syah lembut sambil menyentuh dagu Alia. Alia gelabah. Gugup seketika bila Syah berbicara romantic dengannya. Alia geleng kepala sambil matanya memandang kakinya. "Bohong. Imah bagitau saya, Alia terima seadanya jika terpaksa kahwin dengan saya. Betulkan?" Syah terus menggosok dagu Alia lembut. Alia angkat sedikit wajahnya dan menjeling tajam ke arah Syah yang sedang tersenyum. "Bila awak jumpa Imah? Awak ada cakap apa-apa dengan dia?" Syah tersenyum kemudian keningnya terangkat. "Takde apa-apa. Saya bagitau dia yang saya dah jatuh cinta pada kawan dia yang comel ni," Syah mencubit pipi Alia. "Hahhhhh…Dia cakap apa? Habislah Alia nanti," Alia tepuk dahi kemudian berbaring di atas katil. Syah tersenyum melihat gelagat Alia. Dia turut sama berbaring disebelah Alia. "Jangan risau. Takde apa-apalah. Lagipun saya takde kat sini nanti." Syah menepuk paha Alia. "Yelah tu," Alia melempar bantal ke arah Syah.
"Alia…. Sini. Tengok ni. Obor-obor," Syah menarik tangan Alia. Mereka duduk mencangkung melihat obor-obor yang terdampar di pantai. "Kasian dia." Alia berkata perlahan. Syah menampar dahi Alia lembut. "Apa pulak kasian. Abang baru terfikir nak bawa balik ke bilik, buat umai. Sedap ni," Syah membahasakan dirinya abang semenjak mereka sampai di situ. "Abang buat sendiri. Alia tak nak," Alia menjawab marah. Semalaman mereka bergaduh tentang cara panggilan mereka. Akhirnya Alia mengalah juga dan terpaksa memanggil Syah dengan panggilan abang bila Syah dengan sengaja mengungkit tentang anak. Pilih antara dua. Panggil Syah abang atau lahirkan anak untuk Syah. "Yelah. Bawa balik pun bukan ada bahan nak buat umai tu," Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan perlahan menyusur pantai. "Abang, tengok tu. Ketam," Alia berlari mengejar ketam tersebut. "Alamak!!!! Masuk dalam batu tu." Alia kecewa. "Bukan dalam batulah, Sayang. Celah batu," Syah menepuk bahu Alia. "Sama je," Jawabnya lemah. "Takpe. Jum…. Kita pergi makan makanan laut," Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan menuju ke restaurent makanan laut. "Ok," Mereka berdua berjalan seiringan. Selama 5 hari mereka tinggal bersama, Alia merasakan satu perasaan halus menjalar dalam dirinya setiap kali Syah menyentuhnya. Debaran itu semakin kuat bila Syah dengan sengaja memeluk tubuhnya. Akhirnya 5 hari berlalu juga. Tiba masa Syah berlepas ke Pakistan. "Kirim salam dengan papa ye. Bagitau dia, mama kirim salam rindu." Pesan Pn.Hamidah sambil memeluk dan mencium pipi anaknya. Alia mencebik bibir bila melihat Syah begitu manja dengan mamanya. "Tunjuk juga gambar menantu dia. Cakap menantu dia cantik." Pesannya lagi. Alia tersipu malu. "Mama ni. Mana ada cantik isteri Syah ni.. masih budak-budak lagi," Syah mengusap rambut Alia. Kawasan airport agak sunyi. Penerbangan malam memang kurang penumpang berbanding pada siang hari. Alia menepis tangan Syah. Sepanjang minggu dia menghabiskan masa dengan keluarga Syah. "Ingat pesan abang tau. Jangan nakal-nakal," Syah mencuit hidung Alia. Lama dia merenung wajah Alia sebelum dia angkat kepala dan memandang mama dan datuknya. "Ma, Syah nak jumpa Alia seorang sekejap, bolehkan?" Syah seperti budak kecil meminta kebenaran. "Kenapa?" Soal mamanya pelik. "Adalah. Mari Alia," Syah menarik tangan Alia dan dibawanya ke tandas. "Abang nak apa?" Alia bimbang melihat Syah yang gelisah semacam. Matanya liar memandang sekeliling. Setelah yakin tiada sesiapa berhampiran mereka, Syah mencium bibir Alia. Alia tersentak namun tidak menolak. Alia menyentuh bibirnya. Syah gelisah bila Alia mendiamkan diri setelah dia selesai mencium bibir Alia. Ketika Alia hendak beredar, Syah menarik kembali tangan Alia lalu dipeluk dan leher Alia menjadi mangsa bibirnya. Alia turut sama membalas pelukan Syah. Sekali lagi mereka hanyut dalam desakan asmara. "Hermmmm," Alia dan Syah tersentak. Mereka menoleh ke arah suara yang menegur mereka sebentar tadi. "Errr..Mama," Syah bersuara gugup. Alia tunduk malu. ‘Malunya. Mana nak letak muka ni,’ Alia tunduk memandang lantai sambil menggigit bibirnya. Syah pula masih memeluk tubuh Alia. "Dah puas? Mama ingatkan ada apa-apa terjadi kat kamu berdua. Buat mama risau je. Flight kamu dah nak berlepas tu," Pn.Hamidah geleng kepala dan berlalu. "Cepat sikit. Takkan cuti 5 hari tu masih tak cukup jugak," Pn.Hamidah membebel. Sementara itu, Alia dan Syah sempat juga berbalas senyuman. Alia juga tidak menyangka Syah akan bertindak begitu. "Abang punya pasallah tu," Alia menjeling sekilas wajah selamba Syah. "Bukan buat salah pun. Cium isteri sendiri." Syah tetap mempertahankan haknya. "Lama jugak kamu berdua kat sana? Apa kamu berdua buat?" Soal Datuk Zamri bila melihat cucunya berjalan sambil tunduk memandang lantai. "Biasalah Yah. Orang baru kahwin nak berpisah lama. Melepas rindu," Pn.Hamidah menjawab wakil anaknya yang sudah tertunduk malu. "Mama ni. Syah lama kat sana nanti. Lagipun, bukan buat dengan orang lain. Dengan isteri sendiri. Takde masalah, betulkan?" Syah menjawab selamba. "Mama tak kata salah pun. Dah… masuk lagi. Nanti kena tinggal pulak," Syah menyalami tangan mama dan datuknya. Akhir sekali dia menghulur tangan pada Alia. Alia menyambutnya kemudian mecium tangan kasar itu. "Ingat pesan abang tau. Jangan nakal. Selamat jalan," Mereka melambai tangan ke arah Syah yang semakin menghilang.
sy malu baca part nie tp saya terusan coz best.. mmg best la, ayat lak mudah nak d fahami.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story...
bako national park tu kat sarawak kan?
smbg lg erk