BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, September 06, 2009
Cerpen : Tinggallah Kenangan
Nama Pena : syababul islam

Bas nombor 37 berhenti di hujung simpang.Aku turun sambil mengucapkan terima kasih kepada pemandunya.Dia senyum lalu mengucapkan selamat jalan kepadaku.Ku balas ucapan itu dengan senyuman juga.Bas berlalu dan aku masih lagi terpaku buntu.Berdiri mencari arah pulang ke kampung halaman.Tidak ada siapa yang sudi menyambutku petang itu.Dan aku juga tidak berharap akan ada sesiapa menantiku.Mereka tidak lagi mengenaliku.Sedang aku telah lama di rantau.Pasti tiada sesiapapun akan mengenaliku.
Bas nombor 37 berlalu pergi sambil mataku menghantarnya hingga hilang di balik Bukit Simpan.Bas itu masih menabur khidmat baktinya.Ada kenangan lama yang sukar ditepis melihat bas nombor 37 berlalu.Bas pergi dan aku pun melangkahkan kaki.

Kumulakan langkah dengan rasa hati yang amat berat.Bagai memikul bebanan di pundak bertan-tan rasanya.Begitupun rinduku tidak pernah reda.Rindu bertemu insan yang telah lama kutinggalkan.Mereka menanti dengan penuh senyuman.Insan-insan yang bertakhta lama di hati.Sanggupkah aku menahan rasa duka di jiwa.
Sekilometer lagi langkahan kaki ini ke destinasi akan menemukan aku dengan istanaku.Istana yang kubina bersama gadis pujaan 16 tahun lalu.Gadis yang kugilai sejak usia remajaku.Kelembutan, kecantikan gadis desa yang tiada bandingan.Paling memikat kepandaiannya mengaji ketika kami anak desa Batu Papan mengadap Ustaz Hashim di suraunya.Lunak dan fasih bacaan dan rindu padanya pun terpendam.

Aisyah ,itulah dara pujaan kampung yang menjadi idaman pemuda sebayaku.Masing-masing akan cuba menonjolkan diri ingin mencuri perhatian gadis itu.Aku tidak mahu terjebak dalam perebutan itu kerana kekurangan diri lantas aku hanya memujanya dalam diam.Namun satu peristiwa yang tidak akan dapat aku lupakan bila gadis itu sendiri mencurahkan rahsia hidupnya yang selama itu terbuku.
Aku sangat menginginkan dirinya meskipun terpaksa bersaing dengan Azman,pemuda sebaya yang lebih bergaya dan berharta.Kawan paling rapat sejak zaman kanak-kanak lagi.Azman seorang yang berdisiplin,bercita-cita besar dan pintar.Di sekolah sering mendapat markah tertinggi di hujung setiap peperiksaan.Aku kadang-kadang cemburu namun aku akur kelemahan.Azman pula tidak pernah membezakan aku dengan rakan yang lain.Kami berkawan rapat sejak kecil sehinggalah masing-masing menamatkan SPM.Keputusan yang cemerlang membawa Azman ke menara gading dan aku masih di ceruk kampung menunggu jawapan permohonan ke jawatan kerajaan.

Aisyah pastinya akan terpikat dengan kelebihan yang ada pada Azman.Aku sudah mula pandai cemburu lalu tidak mahu meneruskan persaingan itu.Selepas itu Aisyah juga berjaya menjejakkan kaki ke maktab perguruan di ibu kota.Cita-citanya untuk menjadi pendidik akhirnya tercapai dan sejak itu desa ini menjadi sunyi kerana tiada lagi bunga yang menyerikan hari-hari kami dan hari-hariku.
Langkahan kakiku petang itu menjadi perlahan ketika sampai di jambatan kayu merentangi sungai Silu.Di bawahnya sungai jernih mengalir.Masih macam dulu.Cuma airnya tidak sederas dulu.Aku berhenti di tengah jambatan itu.Merenung jauh,sejauh kenangan yang lama tersimpan.Ada cerita yang indah pernah berlaku di bawah jambatan ini.

Manakan tidak di situlah aku,Azman,Din Gagap,Ali Hashim,Deris Gemuk dan Lokman mandi-manda sambil menanti anak dara kampung lalu.Di sanalah juga peristiwa kepalaku berdarah dibaling batu kerana mengusik Aisyah.Aku sangkakan Aisyah dan rakannya cuma bergurau tapi sangkaanku meleset.Aisyah pohon maaf tapi aku tidak menyalahkan dirinya.Kamilah puncanya.Daripada Aisyah dan rakannya mengadu kepada bapa masing-masing biarlah kepalaku berdarah demi kerana Aisyah.

Aku kembali mengatur langkah.Rasanya tidak mahu mengenang lebih jauh peristiwa itu.Memang hatiku remuk dan kecewa ketika ini.Bayangan semalam bagaikan terasa baru berlalu.Tidak sangka begitu cepat waktu berjalan meninggalkan aku kembali mengutip sisa-sisa kenangan.Benar sepanjang jalan masuk ke kampung ini begitu banyak kenangan yang tersimpan.Aku masih ingat waktu kami di sekolah rendah.Berjalan ramai-ramai pulang dari sekolah menuju rumah masing-masing.Kami lewati jalan ini sambil bergurau dan bercerita peristiwa di sekolah yang melucukan.
Hari itu Azman kawan baikku tidak ke sekolah kerana demam.Aku yang ketinggalan bas pulang bersama budak perempuan sekampung. Aku melihat Aisyah berbisik sesuatu ke telinga Suhana sambil memandang ke arahku di belakang. Entah apa yang dibisikkan Aisyah hingga membuat Suhana ketawa lantas senyum sinis ke arahku.Aku hanya diam merenung telatah mereka berdua.
"Amir...Aisyah suka awak..!!" tiba-tiba Suhana menjerit lantas berlari meninggalkan Aisyah terpinga.Melihat itu Aisyah jadi malu lantas mengejar rakan baiknya dari belakang.Aku tergamam.Mungkin itu agaknya yang dikatakan Aisyah kepada Suhana tadi.Aku lihat dari kejauhan Aisyah mencubit bahu Suhana.Gelihati melihat tingkah dua sahabat itu.Mereka dua bersahabat baik sejak darjah 1 lagi.Di mana ada Suhana di situ ada Aisyah begitulah sebaliknya.Aku kagum dengan sikap mereka berdua yang punyai ikatan sepupu itu.Tidak pernah aku lihat mereka bermasam muka apalagi bergaduh sesama sendiri.
Sehinggalah kami melangkah ke sekolah menengah, Suhana dan Aisyah masih seperti dulu.Aku tidak lagi rapat dengan mereka seperti waktu di sekolah rendah.Mungkin masing-masing sudah tahu erti malu.Batas sempadan lelaki dan perempuan yang sudah menginjak ke alam remaja.Suhana dan Aisyah sudah mula mengenakan tudung baik ke sekolah mahupun ketika berjalan-jalan di desa ini.Mereka berdua makin manis begitu.Mereka sudah menjadi anak gadis yang menjadi bualan pemuda kampung. Sejak itu juga aku mula berangan dan berperasaan ingin berkawan dengan Aisyah.Ah cinta monyet.
Aku berjalan lagi,mencari arah mengikut hati.Hati yang pilu seperti waktu dulu ketika aku terpaksa meninggalkan desa ini.Meninggalkan seribu kenangan yang terpendam.Berhenti di bawah bayangan pohon sena petang itu hati bertambah sebak.Suatu ketika dulu di bawah rimbun pepohonan sena aku dan rakan berlindung dari basahan hujan sewaktu pulang dari sekolah.Aisyah dan sepupunya juga sudah tercegat di situ mencari teduh.Aisyah memandangku dengan senyum,mata kami bertentang lalu aku tunduk mengalah.Di situlah saat hati berbisik bahawa gadis remaja itu punya senyum yang manis berlesung pipit dan sepasang mata yang cantik di balik tudung putih.Lalu dalam diam cintapun berputik.

Deretan pohon sena menuju desa sudah tua benar.Tidak seperti dulu bila waktu kami anak desa Batu Papan menuju hentian bas berasa kagum dengan hamparan kuning angsana desa yang gugur lewat subuh.Kabut pagi mendingin dan hamparan sena menguning, mengajak kami menikmati keindahan itu.Bagai salji sepanjang jalan keluar desa dipenuhi bunga halus kuning apalagi ditiup angin lembut lalu gugurnya bagai panorama musim sejuk di negara barat.Indahnya waktu itu sehingga kami terpegun.

Kenangan itu sudah lama berlalu.Azman,Aisyah,Suhana sudah tidak ada di sini untuk berkongsi cerita. Setahun selepas itu akupun berjaya ditawarkan ke jawatan kerajaan.Sebagai kerani di pejabat daerah di bandar Bandar Baru.
Setiap inci bumi desa ini aku lewati.Setiap langkahan aku berhenti merenung panjang pada sebuah kenangan yang lama tersimpan.Kadang-kadang semacam lelaki kurang siuman bila aku berdiri memandang sepi kepada suatu tempat yang masih kuingat kuat.Aku mula mencari pangkal kisah mula pertama kali aku mengenal dan mencintai Aisyah.Ya di sini mulanya,di bawah pohon sena ini juga sewaktu pulang dari kerja di bandar Bandar Baru .Aisyah juga pulang lewat bercuti tahunan dari sekolah tempat mengajarnya di ibukota.
Sewaktu turun dari bas petang itu Aisyah menyapaku..
"Amir...??"
"Amir..??"
Kutoleh dan senyum.Aisyah membalas senyum.Senyum itu masih bisa menggetarkan hatiku.Degup jantung bertambah laju ketika Aisyah merapatiku.
"Aisyah.."balasku perlahan.
"Amir boleh tolong tak?"Aisyah senyum lagi.Sedikitpun tidak pernah kulupakan senyuman berlesung pipit itu.Usia kami tika itu sudah mencecah pertengahan dua puluhan dan saat memandang Aisyah itu hati jadi bergetaran.Masih kudambakan senyummu Aisyah.
"Boleh.."
"Bawak beg ni,boleh.?"
"Banyak begnya ni..Aisyah"
"Ha..ah,Aisyah dapat tukar sini.Jadi bawak la sikit.Beli barang kat Bandar Baru tadi tak sedar dah banyak pulak.Takpakan Amir..?"
"Ok jer"
"Terima kasih"
Sepanjang jalan masuk ke kampung menemaninya, kami bercerita.Tentang kerja,tentang kawan-kawan lama Suhana,Azman ,Lokman,Din Gagap,Deris gemuk,Ali anak Ustaz Hashim dan kenangan.Aku seronok mendengar Aisyah bercerita.Ada-ada saja ceritanya.Memang patutlah dia menjadi cikgu,pandai mengolah dan menarik perhatianku.Aku bertanya padanya tentang Suhana,sahabat baiknya itu.Kata Aisyah ,Suhana sudah menjadi guru di selatan tanahair.Katanya lagi Suhana akan bertunang hujung tahun itu.Mendengar berita itu lalu aku jadi teruja ingin menguji dirinya.
"Aisyah pula bila..?"
"Bila apa...?
"Ya la..bila nak ikut jejak Suhana..?
"Aisyah tunggu Amir..!"ketawanya kecil tapi bermakna.
Aku terdiam.Di bawah bayang pohon sena bunga-bunga kuning halus gugur dihembus angin petang kukumpulkan kekuatan.Panorama dulu berulang kembali.Kali ini suasana sungguh romantis.Aku tidak tahu gurauan Aisyah itu sungguh-sungguh padanya atau sekadar mainan.Tapi aku akui memang selalu memujanya.Meskipun Aisyah jauh di ibukota bertahun lamanya.Lalu aku luahkan bahawa aku menyukainya sejak dulu juga.Sejak bertentang mata di bawah pohon sena itu.Aisyah senyum malu.Rupanya masih segar di ingatan gadis manis itu peristiwa kami dibasahi hujan.
Aisyah,sebenarnya sudah lama menyimpan rasa.Memandangku menjadi debar,kehilanganku menjadi gusar.Satu rasa yang tiada pada rakanku yang lain.Setiap ketika hatinya dihambat rasa sayu bila mengenangkanku.Sejak dulu,katanya aku pemuda yang bertakhta di jiwa.Namun malu gadisnya menyekat niat.Aku terpaku.Alam juga kaku.Aku bungkam bahasa terdiam seribu rasa.Petang itu rahsiaku dan rahsia Aisyah bersatu.

Setahun mencurah kasih.Menitip sayang.Menyiram cinta agar kembang bugar sentiasa.Rindu yang tiada berkesudahan.Surat-surat penghubung kata,gambaran jiwa.Di sanalah ayat-ayatnya membenih cinta.Akhirnya ,Aisyah menyatakan sedianya menjadi suriku.Tahun kedua mencintainya aku paterikan ikatan itu dengan tautan syarak.Sahlah Aisyah menjadi isteriku di dunia dan akhirat selamanya.Istana yang dibina bertambah seri dengan lahirnya dua putera dan seorang puteri.

Aku tiba di laman istana waktu fikiranku ligat mengingatkan wajah putera puteriku.Tiada yang indah lagi di sini.Hanya tinggal tunggul kayu dan rimbunan lalang.Belakangnya belukar kecil telah tumbuh meliar.Aku memandang dari kejauhan dan sejauh itu juga kenangan silam yang hitam satu persatu menghentam fikiran.Malam yang jahanam memusnahkan segala yang aku miliki.Istanaku musnah dijilat api.Sedang aku longlai hanyut dalam syurga dunia.Melayan nafsu menjamu najis dadah.
"Abang ke mana dah dua malam tak balik ni?"
"Ala abang keluar sekejap saja!,kau jangan sibuklah,jaga anak kita"
"Tapi abang dah dua hari tak kerja,sudahlah bang,jangan campur dengan budak dadah tu"
"Kau jangan sibuk!,jaga rumah!"
Itulah kali terakhir aku keluar dari istana yang dibina bersama Aisyah.Tengah hari aku pulang setelah ketagihan ku reda dengan kepala yang berpinar-pinar ,aku tidak nampak lagi sergam indah istanaku.Cuma yang tinggal tiang-tiang kayu yang hangus terbakar dan asap kecil dari timbunan arang.Segalanya hilang lenyap,sunyi sepi dunia kurasakan.
"Kau ke mana Amir..? rumah kau habis terbakar.Celaka betul kau ni.Hidup tak seperti manusia,lebih baik kau yang mampus dulu."Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku.Umpatan, kejian, sumpah seranah semua dihamburkan kepadaku.Istanaku terbakar ketika aku khayal di port kebun kelapa sawit pinggir hutan.Aku tunduk menangis.Segalanya telah hancur.Petang itu juga aku ditangkap polis kerana ketagihan najis dadah.Ujian dadah positif dan aku ditahan di pusat serenti selama dua tahun.Aisyah ,puteri dan puteraku dan desa Batu Papan kutinggalkan.Belum sempat aku bertanyakan hal dan menatap wajah mereka lalu aku dibawa pergi bersama maruah diri yang telah punah.
Sebak di dada tidak tertahan lagi.Hatiku berbaur kesal.Laman istanaku kutinggalkan sepi.Aku cuba mencari silapku dulu berpunca di mana.Bermula kerana dicabar juga rasa ingin tahu nikmat berada di syurga khayalan itulah puncanya.Mula hanya suka-suka tetapi menjadi ketagih dan semakin parah jika tidak mendapat bahan terlarang itu.Amanah Tuhan telah kuabaikan.Kalaulah aku akur kata-kata Aisyah dan mentaatinya.Isteriku yang baik hati dan melayan karenahku selama itu.Tentu....ahh.
Aku tiba di laman damai destinasi terakhir.Hening petang itu dengan redup cahaya mentari tersirna di balik awan tebal.Angin semilir Batu Papan tidak lagi sedingin dulu.Masih membenciku agaknya.Aku pulang memujuk hati merindui kalian yang pergi.Sepi tapi dalam hati menangis kesal.Kesal yang tidak berkesudahan.
"Salam atas penghuni kubur,mukminin dan muslimin,engkau telah mendahului kami dan insyaAllah kami akan menyusulmu...."
Di hujung sebelah kanan sana tegak nisan isteriku, Aisyah dan batu-batu nisan kecil sebelahnya tersusun sepi.Mereka menungguku dengan damai.Tiada lagi salam lembut Aisyah menyapa seperti selalu ketika menyambutku pulang dari kerja.Tiada lagi laungan abah balik dari putera-puteraku.Lenyap sudah rengekan manja puteriku minta didukung kala melihatku setiap petang pulang ke pangkuan.Airmataku bergenang lalu jatuh deras membasahi janggut nipisku.Sebak dan hancur hati tidak tertahan lagi.Hilanglah kini senyuman lesung pipit yang manis dan sepasang mata yang cantik itu.Tersimpan kemas ia dalam kotak fikiranku bersama kenangan lalu.
posted by Penulisan2u @ 1:21 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 6/9/09 10:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Cerita yg ringkas tetapi menarik.....Gud Job...

     

  • At 8/9/09 8:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cte penah keluar kan dulu??
    mcm penah bace

     

  • At 10/10/09 12:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hidup ibarat roda.. kadang di atas dan kadang di bawah.
    bila mana kita di atas, jangan lupa untuk tunduk ke bawah agar kita tidak terus alpa dengan dunia yang semakin mencabar.....
    semoga kita makin dekat denganNya
    dalam kehidupan ini

     

  • At 25/2/10 10:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yg menarik..cuma cepat sgt habis..aisyah meninggal sb umah dia terbakar ke?

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group