Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
MUSTAHIL dapatku lupakan, pada suatu malam celaka dua tahun yang lalu tetapi membawa seribu makna yang tersendiri. Mungkin sesetengah orang akan mentertawakan aku bila mana mendengar ceritaku ini, tetapi itulah kebenarannya. Pengalaman yang penuh misteri ini dikongsi bersama dengan tujuh orang rakan sekampungku. Mereka inilah saksi dan mangsa bersama terhadap apa yang berlaku pada malam itu.
Malam itu merupakan malam Sabtu, dihiasi dengan bulan penuh di langit dan diiringi dengan tiupan angin yang dingin. Aku, Kamal, Sukri, dan Sani menunggang motosikal menuju ke sebuah rumah kosong dalam sebuah kebun durian di hujung kampung. Lebih kurang pukul sebelas, kami tiba di rumah tersebut setelah melalui jalan yang sudah dipenuhi semak-samun di kiri-kanannya. Motosikal terpaksa kami tinggalkan di pertengahan jalan kerana jalan yang seterusnya adalah jalan berbatu dan berbonggok-bonggok. Di situ, sudah terdapat beberapa buah motosikal yang amat aku kenali pemiliknya. Ternyata, teman-temanku yang lain sudah ada di rumah kosong tersebut. Malam itu, aku dan yang lain sudah berjanji untuk bermain poker, sejenis bentuk perjudian yang menggunakan daun terup. Semua bersetuju kerana keesokan adalah cuti am walaupun rata-ratanya bekerja sendiri dan tukang rumah sahaja.
"Wah, awalnya kamu semua malam ni! Patut la tak nampak kat kedai Pak Soh tadi," aku melihat keempat-empat rakan sekampungku yang duduk bersila membentuk bulatan mendongak ke arahku, kukira mereka sedang asyik berjudi. Di kiri kanan dan tengah terdapat beberapa batang lilin yang menerangi ruang rumah kosong tersebut.
"Awal apa, dah pukul 11.30 ni. Kau janji pukul 10 malam petang tadi. Eh..Man! Pinjam rokok kau sebatang," Jusuh tersengih malu-malu kucing. Lalu aku keluarkan kotak rokok dari kocek bajuku dan kuhulurkan kepada Jusuh. Jusuh yang berumur lewat 20-an, memiliki badan yang gempal dan berkulit gelap sudah tidak asing bagi aku kerana kenakalan dan cakap besarnya. Sebenarnya rumah kosong ini sudah lama ditinggalkan, sesetengah bahagian dalam rumah ini sudah pun reput dimakan oleh anai-anai. Dindingnya pula terdapat lubang di sana-sini, manakala bahagian dapur pula dipenuhi dengan semak-samun yang tumbuh meliar dan menjalar. Pintunya pula sudah tidak berdaun. Tapi mujurlah, bumbung dan papan lantainya masih elok dan kukuh. Sudah dua minggu kami berjudi daun terup di rumah tersebut dan selalunya berlarutan sehingga Subuh barulah kami pulang ke rumah masing-masing untuk bersiap pergi kerja dan sebagainya. Kami duduk bersila dan membentuk satu bulatan untuk bermain judi. Asap rokok pula berkepul-kepul memenuhi ruang udara, duit-duit kertas dan syiling bertaburan memenuhi ruang tengah dan terdapat banyak tin serta botol minuman yang kosong di kiri kanan kami.
Kami berlapan terus berjudi sehingga ke pukul 2 pagi, sehinggalah Kamal mengajakku untuk menemaninya membuang air besar di belakang rumah tersebut.
"Hish, tak naklah aku! Jatuh la saham aku temankan kau berak."
"Ala..Man, tolong la. Perut aku dah memulas ni, mungkin sebab rojak buah petang tadi, adoii.." muka Kamal berkerut menahan gelora perutnya.
"Ah..kau ni, buat malu saja jadi anak jantan! Kau nak takut apa?" Kasim yang daripada mula jarang bercakap mula bersuara. Mungkin sudah banyak kehilangan duitnya dalam pertaruhan.
"Ha ah..kalau kau takut hantu, kau sebut je nama aku, mesti hantu tu minta maaf sampai menangis-nangis kat kau!" Jusuh pula menyampuk. Gurauan Jusuh itu disambut dengan ketawa aku dan rakan-rakan yang lain.
"Eh..jangan celupar sangat Jusuh! Baik kau tarik balik kata-kata kau tadi, kita dalam rumah tinggal ni." Mail yang duduk di tepi aku menyatakan kerisauannya.
"Betul juga tu," Borhan yang terkenal dengan sifat penakutnya juga mencelah.
"Mana ada hantu zaman moden ni, kalau ada pun, dia mesti tinggal kat bandar punya. Kat sana la best, ada disko,ada bohsia, semua ada. Ha..lagipun, hantu tu lagi takut kalau tengok muka Kamal ni, sebab muka Kamal ni lagi hodoh daripada muka hantu," gurauan Jusuh menyebabkan aku dan yang lain mula ketawa lagi.
"Baiklah Kamal, marilah aku temankan kau. Nanti tak pasal-pasal terberak kat sini, hilang pula selera aku nak makan nanti," aku menyatakan kesudian menemani Kamal membuang air besar. Ternyata Kamal berasa lega. Aku kemudian mengikut di belakangnya menuju ke halaman belakang rumah. Seketika aku berhenti untuk menyalakan rokok di tanganku, sejurus aku melihat Kamal terkangkang-kangkang berjalan masuk ke dalam jamban buruk yang terletak di belakang rumah tersebut. Waktu itu tidaklah begitu membataskan penglihatanku kerana cahaya bulan di langit, aku kemudian cuba melihat jarum jam di tanganku yang menunjukkan angka 2.30 pagi. Seterusnya, aku berdiri dengan menyandar tubuhku pada papan dinding tandas tersebut sambil bermain dengan asap rokok di tanganku.
"Mal, cepat la sikit. Banyak nyamuk kat luar ni!" aku mula bersuara selepas suku jam aku menunggu. Aku asyik tergaru-garu dan menghalau nyamuk-nyamuk yang berkerumun.
"Nantilah sekejap lagi, perut aku tengah sakit ni. He..he.." Kamal ketawa kecil.
"Kau ketawa apa Mal?" aku mula tidak puas hati, terasa seperti dipermain-mainkan.
"He..he..aku rasa lucu la ingat yang Jusuh cakap tadi," Kamal cuba mengungkit. Aku kemudian tersengih kembali, lalu aku menyalakan sebatang rokok lagi dengan harapan dapat menghalau nyamuk-nyamuk yang ada.
"Cepat la Mal, tak kuasa dah aku nak tunggu kau ni. Kau ni sebenarnya berak ke tidur?" aku semakin geram, mahu sahaja aku menendang pintu tandas yang tak berkunci tersebut, mungkin tidak tahan dengan gigitan nyamuk di sekitar. Aku kemudiannya dapat mendengar ketawa kecil Kamal dari dalam jamban, nyata menambahkan lagi rasa geramku. Melalui lubang-lubang di dinding, aku cuba mengintai Kamal yang berada di dalam jamban itu. Ya..Tuhan, tegak bulu romaku, berderau darahku, terbeliak mataku, dan peluh dingin mula terasa mengalir di dahi, bajuku pula cepat benar terasa basahnya kerana peluh yang secara tiba-tiba. Bukan Kamal..bukan Kamal yang berbual denganku, bukan Kamal yang ketawa menyindir dan bukan siapa-siapa. Melalui cahaya bulan dan dalam kesamaran, aku tidak melihat sesiapa pun yang berada di dalam jamban tersebut. Tanganku mula terketar-ketar, aku mula berundur perlahan-lahan ke belakang sementara kakiku pula terasa lemah dan longlai. Aku mula menelan air liur yang terlekat di kerongkong. Ke mana Kamal? Mustahil Kamal sudah keluar! Ke mana pula hilangnya semangat aku? Di mana pula keberanianku?
"Sudah tahu ya! Heh..heh.." suara dari jamban yang kusangka kepunyaan Kamal mula berbunyi lagi. Ya Rabbi..sesiapa yang berada di tempatku kala itu, mungkin dapat merasakan apa yang kurasa waktu itu. Syaitan apakah yang mempermainkan aku, iblis apakah yang mencubaku? Aku cuba membaca surah Kursi di dalam hati, ternyata bacaanku kacau bilau, sememangnya kejahilan memakan diriku. Suaraku terasa tersekat-sekat di kerongkong. Aku spontan menjerit dan tanpa lengah segera berlari sehingga terpelanting selipar yang dipakai lalu segeraku mendapatkan kawan-kawan di atas rumah buruk tersebut.
Mereka yang sedang leka berjudi ternyata terkejut melihat aku melompat ke atas rumah dan bersandar di dinding. Dalam kesuraman cahaya lilin, jelas aku dapat melihat Kamal sudah berada di situ.
"Kau ke mana Man? Mati-mati aku ingat kau tunggu aku," Kamal bertanya kehairanan.
"Kau berak kat mana tadi, Mal?" aku bertanya kembali kepada Kamal. Peluh masih dapat kurasakan mengalir didahiku.
"Dalam semak tepi rumah ni. Kenapa?"
"Aku ingat kau masuk jamban, ah..celaka!" aku masih terketar-ketar.
"Gila kau, mana ada air kat dalam tu. Mangkuk tandas pun tersumbat, penuh dengan sampah," Kamal terus berbual sambil tangannya membelek daun terup.
"Eh..kamu semua, aku kena kacau tadi!" aku cuba memberitahu mereka. Seketika semua rakan berpaling ke arahku. Mungkin kerana raut wajahku yang berlainan membuat mereka memberi perhatian.
"Ala, Man! Aku dah tau la 'trick' kau ni. Tak payah la nak berlakon lagi, jom sambung main. Aku dah teruk kena ni," Jusuh masih cuba berlagak.
"Kalau hantu tu ada, dah lama makan penampar kiri aku ni," Jusuh ketawa dengan lawaknya sendiri. Ganggg!!! Keras bunyi sesuatu terjatuh di atas bumbung rumah tersebut membuatkan habuk-habuk halus yang terjatuh terasa di wajahku. Jusuh berhenti ketawa dengan mengejut, manakala kami semua tergamam kehairanan. Kami memandang sesama sendiri, rasa takut mula menyelubungi dan debaran didadaku kembali kencang.
"Bunyi apa tu?" Sani memulakan pertanyaan, tapi pertanyaannya itu terbiar kosong. Masing-masing sudah tidak mempedulikan pertaruhan dan asyik memandang sesama sendiri. Seketika kemudian, semua api lilin yang ada terpadam ditiup angin yang masuk melalui pintu yang sudah tidak berdaun, menambahkan lagi kekalutan kami. Kami semua menjerit terkejut dan berada dalam kegelapan. Cahaya yang ada cumalah cahaya bulan yang menerubus masuk melalui pintu utama yang sudah tanggal daun pintunya itu.
"Eh..apa benda tu?" Kasim menunjukkan sesuatu yang sama sekali mengejutkan kami semua. Aku dengan jelas dapat melihat lembaga yang menyerupai seorang wanita berdiri di depan pintu, rambutnya yang panjang dan mengerbang mencecah hingga ke kaki serta menutupi wajah. Terdapat sesuatu di tangannya, tetapi aku tidak pasti apakah benda yang dipegangnya. Aku sudah tidak sanggup melihat lagi, aku segera menutupi wajah dengan kedua-dua tanganku dan duduk mencangkung. Aku dapat merasakan kawan-kawanku yang lain juga begitu, berada di tepi dinding dan saling berpelukan sesama sendiri.
"Hehhhhhhh...hehhhhhhh..ha..ha," kuat serta nyaring sekali di pendengaranku. Seram sejuk dan amat menakutkan, sama sekali tidak aku duga perkara celaka seperti ini terjadi ke atas aku. Aku cuba mencubit lenganku sendiri, nyata ini bukanlah satu mimpi. Semuanya benar-benar terjadi. Aku cuba mengingati kembali ayat-ayat al-Quran yang aku hafal. Macam-macam ayat yang aku baca, dari surah al-Fatihah, al-Nas, al-Ikhlas, Kursi dan doa makan, habis terkeluar daripada mulut aku. Aku mula terbayangkan wajah-wajah ahli keluarga aku terutamanya mak yang selalu berleter kerana aku sering pulang lewat atau tak pulang langsung ke rumah. Aku kemudian membuka mata perlahan-lahan dan cuba melihat melalui celahan jari-jariku. Tiada..ke mana perginya lembaga hodoh lagi menyeramkan tadi?
"Da..dah tiada, Suh..dah tak ada ‘benda’ tu. Oi..Suh" aku melihat Jusuh terketar-ketar dan menutup mukanya di sisi kananku. Sejurus kemudian aku berasa sesuatu yang hangat mengalir di kakiku, rupa-rupanya Jusuh sudah terkencing di dalam seluarnya. Tapi aku tidak berupaya lagi untuk ketawa, keadaan sama sekali tidak mengizinkan lalu membiarkan sahaja air najis itu membasahi tapak kaki yang sudah tidak beralas. Aku juga mendengar Jusuh membaca sesuatu yang tidak jelas di pendengaran, tetapi yang nyata aku memdengar perkataan Bismillah yang berulang-ulang kali daripada mulutnya. Aku dengan berhati-hati memberanikan diri mendongakkan kepala dan melihat sekeliling. Kasim juga sama sepertiku, dia asyik berpaling kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.
"Waaaaaaa......Setan!!!" Kasim melompat dan terus berlari menuju ke luar pintu. Aku kaget dan cuba melihat di tempat yang ditunjukkan oleh Kasim sebelum berlari ke luar. Ya Allah! ‘benda’ tu sedang bertenggek pada kayu galang bumbung dan menyeringai ke arahku.
"Yieee...haa..haa..haaieeee!!!" begitu jelas dan menusuk di telinga ketawa yang cukup menggetarkan hati, tanpa berlenggah aku juga bergegas melompat bangun dan berlari menuju ke luar rumah meninggalkan beberapa orang rakanku yang masih lagi duduk berteleku di hujung dinding.
Entah berapa kali aku jatuh tergolek di atas tanah kemudian bangun semula meneruskan larian yang tanpa haluan. Kakiku mula terasa pedih-pedih kerana tidak beralas tetapi tidak langsung mempengaruhi larian yang kuanggap paling laju sepanjang hidupku. Aku sedikit lega bila melihat cahaya lampu dari rumah ketua kampung di hadapan. Tanpa lengah, aku menghala ke sana dan barulah aku mula berasa kepenatan lalu memperlahankan larianku. Rupa-rupanya Kasim telah lama mendahului aku. Aku melihatnya masih tercungap-cungap menahan semput nafas dan keadaan aku juga tidak ubah sepertinya.
"Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa dengan kamu berdua? Hah..pagi-pagi buta dah datang rumah aku! Mustahak benar ke sampai dah tak boleh tunggu esok?" Tuk Ketua Sudin bertalu-talu menanyakan soalan. Aku melihat dia asyik menenyeh-nenyeh matanya, mungkin masih mengantuk dan mulutnya asyik menguap beberapa kali. Aku juga melihat Hajar, anak gadis manis Tuk Ketua Sudin di sisi ibunya di birai pintu. Mungkin terjaga kerana terganggu dengan kedatangan kami.
"Tuk, ada..ada hantu kat rumah buruk sana tu!" Kasim cuba memberitahu dengan nafas yang tersekat-sekat dan tangannya menunjuk ke arah rumah tersebut.
"Betul tu Tuk!" Aku menyokong Kasim dan cuba menyakinkan Tuk Ketua Sudin. Bulu roma aku kembali meremang mengingatkan peristiwa yang berlaku.
"Apa dah gila ke kamu ni? Sejak bila kampung kita ni ada hantu? Kalau nak main-main, lebih baik kamu berdua ni balik sebelum aku bagi penampar!" Serius nada Tuk Ketua Sudin. Mukanya berkerut tanda tidak puas hati. Kemudian dia duduk di atas anak tangga di sisi Kasim.
"Sumpah Tuk! Kami tak tipu, kalau Tuk tak percaya Tuk boleh pergi tengok sendiri. Saya rasa Jusuh, Sukri, Sani masih lagi ada kat sana." Aku masih lagi cuba menyakinkan Tuk Ketua Sudin.
"Baiklah, mari kita pergi tengok!" gesa Tuk Ketua Sudin. Aku dan Kasim berpandangan sesama sendiri, terasa amat berat untuk bersetuju.
"Saya dah tak boleh berjalan ni Tuk, tengok kaki saya dah berdarah-darah ni," spontan aku menunjukkan kakiku yang berdarah kepada Tuk Ketua Sudin. Sebenarnya aku bimbang dikatakan penakut walaupun dah memang nyata realitinya. Tambah lagi ada Hajar yang masih lagi mencuri-curi dengar perbualan kami. Kasim juga aku lihat menggelabah bila Tuk Ketua Sudin berpaling kepadanya.
"Eh, tak naklah saya Tuk! Ya Rabbi..!! Muka dia hodoh sangatlah Tuk. Tuk tengoklah sendiri nanti." Belum apa-apa lagi Kasim dah menolak secara terang-terangan.
Beberapa penduduk kampung mula berkumpul dan bersepakat untuk pergi bersama dengan Tuk Ketua Sudin termasuklah aku dan Kasim. Itupun setelah Tuk Ketua Sudin teragak-agak untuk pergi bersendirian. Berbekalkan lampu picit tuk ketua dan beberapa penduduk kampung, kami kemudiannya sampai ke rumah tersebut semula. Kami memanggil-manggil nama Jusuh dan rakan-rakanku yang lain, namun tiada balasan. Aku dan Kasim berjalan di belakang Tuk Ketua Sudin dan beberapa lagi penduduk kampung yang mengelilingi rumah tersebut. Aku cuba meninjau sekeliling sambil mulutku cuba membaca ayat-ayat suci al-Quran, walaupun tidak terhafal mana.
"Kat mana kawan-kawan kamu tu Leman?" Tuk Ketua Sudin mula bersuara setelah beberapa kali mengelilingi rumah buruk tersebut.
"Masa saya lari tadi, dia ada kat atas Tuk!" aku membalas dengan yakin. Aku teringat kakiku yang terkena air kencing Jusuh dan sekarang sudah luka-luka pula. Entah penyakit apa yang aku dapat selepas ini akibat kombinasi air kencing Jusuh, kotoran tanah dan kuman yang sudah menjangkiti lukaku. Spontan aku meludah ke tanah dan melihat ke kakiku walaupun dalam cuaca kelam. Aku, Tuk Ketua Sudin, Kasim dan empat lagi penduduk kampung yang aku kenali mula menaiki rumah buruk tersebut. Aku dan Kasim masih lagi tertinjau-tinjau di belakang Tuk Ketua Sudin melihat ke serata mengikuti cahaya lampu suluh Tuk Ketua Sudin. Tuk Ketua Sudin masih sempat berleter ke arah aku dan Kasim setelah melihat banyak daup terup yang berselerak dan sampah sarap di situ. Manakala beberapa orang pak cik yang aku kurang pasti namanya asyik menggeleng kepala setelah tahu rumah tersebut dijadikan markas perjudian oleh kami.
"Eh..apa benda yang bergerak di tepi dinding tu?" kata salah seorang pak cik yang mengikut kami. Kami serentak menoleh ke arah "benda" yang dikatakan oleh pak cik tadi.
"Jusuh tu...Tuk!" Kasim cuba memberitahu Tuk Ketua Sudin. Aku dan Kasim masih lagi menjauhkan diri walaupun Tuk Ketua Sudin dan orang-orang kampung telah menghampiri Jusuh.
"Kenapa pula ni...?" tanya lagi salah seorang daripada kami. Aku dan Kasim mula berani untuk menghampiri setelah benar-benar yakin bahawa yang di tepi dinding itu adalah Jusuh. Tetapi kami dapati tubuh Jusuh asyik tesentak-sentak, kakinya kejang dan mulutnya pula berbuih-buih.
"Ini dah kena sawan babi ni..!" kata salah seorang pakcik yang datang bersama. Aku cuba mencari kawan-kawan yang lain kerana cuma ada Jusuh yang sudah tidak normal sahaja di dalam rumah tersebut. Aku kemudian teringat, mungkin Sukri, Kamal, Borhan, Mail dan Sani telah angkat kaki seperti aku dan Kasim. Tapi Jusuh... Itulah malam yang terakhir aku berjudi dalam hidupku. Keesokannya, heboh satu kampung hinggakan sampai ke kampung-kampung sebelah dengan cerita kami yang diganggu hantu sewaktu bermain judi. Bertambah teruk bila aku dileteri oleh bapak dan mak setelah mengetahui yang selama ini aku menghabiskan duit dengan berjudi. Rakan-rakanku yang lain juga berpendirian sama denganku. Kamal juga kasihan kerana teruk dibelasah bapaknya dengan getah paip bila tahu kelakuan tidak bermoralnya itu. Manakala Sukri dan Borhan kulihat sudah mula rajin ke masjid, itupun setelah demam beberapa hari setelah kejadian malam itu. Tuk Ketua Sudin kemudiannya mengupah jentolak supaya merobohkan sahaja rumah yang terbiar tersebut supaya tidak lagi menjadi sasaran kaki judi atau penagih-penagih dadah. Paling kasihan sekali ialah Jusuh. Dia demam hampir dua minggu disusuli pula dengan meracau-racau tak tentu hala dan mulut asyik berbuih-buih. Entah berapa kali keluarganya bawa ke klinik dan entah berapa orang bomoh yang datang cuba merawat. Barulah keadaannya semakin pulih. Sekarang Jusuh sudah tidak lagi bercakap besar, malah lebih menjadi pendiam bila kami bersantai di kedai kopi. Paling malang sekali ialah harapan untuk menjadi menantu Tuk Ketua Sudin turut hancur kerana tembelang yang pun sudah pecah.
hahahaha...lawaknya.. klu aku tkut jmpe 'menda' 2... mintak jauhlah.. aku nie dah lah duk kt hostel... kwn2 s'bilik plak p'nakut blake.. hampeh... puhhhh.bhaye2... tkut aku nk tido mlm nie... hihihi..
tima kasih sume krn sudi bace cite sy ni..sy ilhamkan watak2 dlm cite ni dengan mengambil nama2 kwn sekg n member masa di kolej. sy dedikasikn cite ni untuk persahabatan yg pernah trjalin satu ketika dulu. semoga semua kwn menjalani hidup dgn penuh kberkatan dan berjaya dlm karier msg2. kpd pembaca budiman, terima kasih krn memberi sokongan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha....
tkut ada...
seram pn ada...
lawak pn ada...
gud combination writer...
truskan ag..