BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, September 12, 2009
Cerpen : Sketsa Malam Puaka
Nama Pena : Van Seme

MUSTAHIL dapatku lupakan, pada suatu malam celaka dua tahun yang lalu tetapi membawa seribu makna yang tersendiri. Mungkin sesetengah orang akan mentertawakan aku bila mana mendengar ceritaku ini, tetapi itulah kebenarannya. Pengalaman yang penuh misteri ini dikongsi bersama dengan tujuh orang rakan sekampungku. Mereka inilah saksi dan mangsa bersama terhadap apa yang berlaku pada malam itu.

Malam itu merupakan malam Sabtu, dihiasi dengan bulan penuh di langit dan diiringi dengan tiupan angin yang dingin. Aku, Kamal, Sukri, dan Sani menunggang motosikal menuju ke sebuah rumah kosong dalam sebuah kebun durian di hujung kampung. Lebih kurang pukul sebelas, kami tiba di rumah tersebut setelah melalui jalan yang sudah dipenuhi semak-samun di kiri-kanannya. Motosikal terpaksa kami tinggalkan di pertengahan jalan kerana jalan yang seterusnya adalah jalan berbatu dan berbonggok-bonggok. Di situ, sudah terdapat beberapa buah motosikal yang amat aku kenali pemiliknya. Ternyata, teman-temanku yang lain sudah ada di rumah kosong tersebut. Malam itu, aku dan yang lain sudah berjanji untuk bermain poker, sejenis bentuk perjudian yang menggunakan daun terup. Semua bersetuju kerana keesokan adalah cuti am walaupun rata-ratanya bekerja sendiri dan tukang rumah sahaja.

"Wah, awalnya kamu semua malam ni! Patut la tak nampak kat kedai Pak Soh tadi," aku melihat keempat-empat rakan sekampungku yang duduk bersila membentuk bulatan mendongak ke arahku, kukira mereka sedang asyik berjudi. Di kiri kanan dan tengah terdapat beberapa batang lilin yang menerangi ruang rumah kosong tersebut.

"Awal apa, dah pukul 11.30 ni. Kau janji pukul 10 malam petang tadi. Eh..Man! Pinjam rokok kau sebatang," Jusuh tersengih malu-malu kucing. Lalu aku keluarkan kotak rokok dari kocek bajuku dan kuhulurkan kepada Jusuh. Jusuh yang berumur lewat 20-an, memiliki badan yang gempal dan berkulit gelap sudah tidak asing bagi aku kerana kenakalan dan cakap besarnya.
Sebenarnya rumah kosong ini sudah lama ditinggalkan, sesetengah bahagian dalam rumah ini sudah pun reput dimakan oleh anai-anai. Dindingnya pula terdapat lubang di sana-sini, manakala bahagian dapur pula dipenuhi dengan semak-samun yang tumbuh meliar dan menjalar. Pintunya pula sudah tidak berdaun. Tapi mujurlah, bumbung dan papan lantainya masih elok dan kukuh. Sudah dua minggu kami berjudi daun terup di rumah tersebut dan selalunya berlarutan sehingga Subuh barulah kami pulang ke rumah masing-masing untuk bersiap pergi kerja dan sebagainya.
Kami duduk bersila dan membentuk satu bulatan untuk bermain judi. Asap rokok pula berkepul-kepul memenuhi ruang udara, duit-duit kertas dan syiling bertaburan memenuhi ruang tengah dan terdapat banyak tin serta botol minuman yang kosong di kiri kanan kami.

Kami berlapan terus berjudi sehingga ke pukul 2 pagi, sehinggalah Kamal mengajakku untuk menemaninya membuang air besar di belakang rumah tersebut.

"Hish, tak naklah aku! Jatuh la saham aku temankan kau berak."

"Ala..Man, tolong la. Perut aku dah memulas ni, mungkin sebab rojak buah petang tadi, adoii.." muka Kamal berkerut menahan gelora perutnya.

"Ah..kau ni, buat malu saja jadi anak jantan! Kau nak takut apa?" Kasim yang daripada mula jarang bercakap mula bersuara. Mungkin sudah banyak kehilangan duitnya dalam pertaruhan.

"Ha ah..kalau kau takut hantu, kau sebut je nama aku, mesti hantu tu minta maaf sampai menangis-nangis kat kau!" Jusuh pula menyampuk. Gurauan Jusuh itu disambut dengan ketawa aku dan rakan-rakan yang lain.

"Eh..jangan celupar sangat Jusuh! Baik kau tarik balik kata-kata kau tadi, kita dalam rumah tinggal ni." Mail yang duduk di tepi aku menyatakan kerisauannya.

"Betul juga tu," Borhan yang terkenal dengan sifat penakutnya juga mencelah.

"Mana ada hantu zaman moden ni, kalau ada pun, dia mesti tinggal kat bandar punya. Kat sana la best, ada disko,ada bohsia, semua ada. Ha..lagipun, hantu tu lagi takut kalau tengok muka Kamal ni, sebab muka Kamal ni lagi hodoh daripada muka hantu," gurauan Jusuh menyebabkan aku dan yang lain mula ketawa lagi.

"Baiklah Kamal, marilah aku temankan kau. Nanti tak pasal-pasal terberak kat sini, hilang pula selera aku nak makan nanti," aku menyatakan kesudian menemani Kamal membuang air besar. Ternyata Kamal berasa lega. Aku kemudian mengikut di belakangnya menuju ke halaman belakang rumah. Seketika aku berhenti untuk menyalakan rokok di tanganku, sejurus aku melihat Kamal terkangkang-kangkang berjalan masuk ke dalam jamban buruk yang terletak di belakang rumah tersebut. Waktu itu tidaklah begitu membataskan penglihatanku kerana cahaya bulan di langit, aku kemudian cuba melihat jarum jam di tanganku yang menunjukkan angka 2.30 pagi. Seterusnya, aku berdiri dengan menyandar tubuhku pada papan dinding tandas tersebut sambil bermain dengan asap rokok di tanganku.

"Mal, cepat la sikit. Banyak nyamuk kat luar ni!" aku mula bersuara selepas suku jam aku menunggu. Aku asyik tergaru-garu dan menghalau nyamuk-nyamuk yang berkerumun.

"Nantilah sekejap lagi, perut aku tengah sakit ni. He..he.." Kamal ketawa kecil.

"Kau ketawa apa Mal?" aku mula tidak puas hati, terasa seperti dipermain-mainkan.

"He..he..aku rasa lucu la ingat yang Jusuh cakap tadi," Kamal cuba mengungkit. Aku kemudian tersengih kembali, lalu aku menyalakan sebatang rokok lagi dengan harapan dapat menghalau nyamuk-nyamuk yang ada.

"Cepat la Mal, tak kuasa dah aku nak tunggu kau ni. Kau ni sebenarnya berak ke tidur?" aku semakin geram, mahu sahaja aku menendang pintu tandas yang tak berkunci tersebut, mungkin tidak tahan dengan gigitan nyamuk di sekitar. Aku kemudiannya dapat mendengar ketawa kecil Kamal dari dalam jamban, nyata menambahkan lagi rasa geramku.
Melalui lubang-lubang di dinding, aku cuba mengintai Kamal yang berada di dalam jamban itu. Ya..Tuhan, tegak bulu romaku, berderau darahku, terbeliak mataku, dan peluh dingin mula terasa mengalir di dahi, bajuku pula cepat benar terasa basahnya kerana peluh yang secara tiba-tiba. Bukan Kamal..bukan Kamal yang berbual denganku, bukan Kamal yang ketawa menyindir dan bukan siapa-siapa. Melalui cahaya bulan dan dalam kesamaran, aku tidak melihat sesiapa pun yang berada di dalam jamban tersebut. Tanganku mula terketar-ketar, aku mula berundur perlahan-lahan ke belakang sementara kakiku pula terasa lemah dan longlai. Aku mula menelan air liur yang terlekat di kerongkong. Ke mana Kamal? Mustahil Kamal sudah keluar! Ke mana pula hilangnya semangat aku? Di mana pula keberanianku?

"Sudah tahu ya! Heh..heh.." suara dari jamban yang kusangka kepunyaan Kamal mula berbunyi lagi. Ya Rabbi..sesiapa yang berada di tempatku kala itu, mungkin dapat merasakan apa yang kurasa waktu itu. Syaitan apakah yang mempermainkan aku, iblis apakah yang mencubaku? Aku cuba membaca surah Kursi di dalam hati, ternyata bacaanku kacau bilau, sememangnya kejahilan memakan diriku. Suaraku terasa tersekat-sekat di kerongkong. Aku spontan menjerit dan tanpa lengah segera berlari sehingga terpelanting selipar yang dipakai lalu segeraku mendapatkan kawan-kawan di atas rumah buruk tersebut.

Mereka yang sedang leka berjudi ternyata terkejut melihat aku melompat ke atas rumah dan bersandar di dinding. Dalam kesuraman cahaya lilin, jelas aku dapat melihat Kamal sudah berada di situ.

"Kau ke mana Man? Mati-mati aku ingat kau tunggu aku," Kamal bertanya kehairanan.

"Kau berak kat mana tadi, Mal?" aku bertanya kembali kepada Kamal. Peluh masih dapat kurasakan mengalir didahiku.

"Dalam semak tepi rumah ni. Kenapa?"

"Aku ingat kau masuk jamban, ah..celaka!" aku masih terketar-ketar.

"Gila kau, mana ada air kat dalam tu. Mangkuk tandas pun tersumbat, penuh dengan sampah," Kamal terus berbual sambil tangannya membelek daun terup.

"Eh..kamu semua, aku kena kacau tadi!" aku cuba memberitahu mereka. Seketika semua rakan berpaling ke arahku. Mungkin kerana raut wajahku yang berlainan membuat mereka memberi perhatian.

"Ala, Man! Aku dah tau la 'trick' kau ni. Tak payah la nak berlakon lagi, jom sambung main. Aku dah teruk kena ni," Jusuh masih cuba berlagak.

"Kalau hantu tu ada, dah lama makan penampar kiri aku ni," Jusuh ketawa dengan lawaknya sendiri.
Ganggg!!! Keras bunyi sesuatu terjatuh di atas bumbung rumah tersebut membuatkan habuk-habuk halus yang terjatuh terasa di wajahku. Jusuh berhenti ketawa dengan mengejut, manakala kami semua tergamam kehairanan. Kami memandang sesama sendiri, rasa takut mula menyelubungi dan debaran didadaku kembali kencang.

"Bunyi apa tu?" Sani memulakan pertanyaan, tapi pertanyaannya itu terbiar kosong. Masing-masing sudah tidak mempedulikan pertaruhan dan asyik memandang sesama sendiri. Seketika kemudian, semua api lilin yang ada terpadam ditiup angin yang masuk melalui pintu yang sudah tidak berdaun, menambahkan lagi kekalutan kami. Kami semua menjerit terkejut dan berada dalam kegelapan. Cahaya yang ada cumalah cahaya bulan yang menerubus masuk melalui pintu utama yang sudah tanggal daun pintunya itu.

"Eh..apa benda tu?" Kasim menunjukkan sesuatu yang sama sekali mengejutkan kami semua. Aku dengan jelas dapat melihat lembaga yang menyerupai seorang wanita berdiri di depan pintu, rambutnya yang panjang dan mengerbang mencecah hingga ke kaki serta menutupi wajah. Terdapat sesuatu di tangannya, tetapi aku tidak pasti apakah benda yang dipegangnya. Aku sudah tidak sanggup melihat lagi, aku segera menutupi wajah dengan kedua-dua tanganku dan duduk mencangkung. Aku dapat merasakan kawan-kawanku yang lain juga begitu, berada di tepi dinding dan saling berpelukan sesama sendiri.

"Hehhhhhhh...hehhhhhhh..ha..ha," kuat serta nyaring sekali di pendengaranku. Seram sejuk dan amat menakutkan, sama sekali tidak aku duga perkara celaka seperti ini terjadi ke atas aku. Aku cuba mencubit lenganku sendiri, nyata ini bukanlah satu mimpi. Semuanya benar-benar terjadi. Aku cuba mengingati kembali ayat-ayat al-Quran yang aku hafal. Macam-macam ayat yang aku baca, dari surah al-Fatihah, al-Nas, al-Ikhlas, Kursi dan doa makan, habis terkeluar daripada mulut aku. Aku mula terbayangkan wajah-wajah ahli keluarga aku terutamanya mak yang selalu berleter kerana aku sering pulang lewat atau tak pulang langsung ke rumah. Aku kemudian membuka mata perlahan-lahan dan cuba melihat melalui celahan jari-jariku. Tiada..ke mana perginya lembaga hodoh lagi menyeramkan tadi?

"Da..dah tiada, Suh..dah tak ada ‘benda’ tu. Oi..Suh" aku melihat Jusuh terketar-ketar dan menutup mukanya di sisi kananku. Sejurus kemudian aku berasa sesuatu yang hangat mengalir di kakiku, rupa-rupanya Jusuh sudah terkencing di dalam seluarnya. Tapi aku tidak berupaya lagi untuk ketawa, keadaan sama sekali tidak mengizinkan lalu membiarkan sahaja air najis itu membasahi tapak kaki yang sudah tidak beralas. Aku juga mendengar Jusuh membaca sesuatu yang tidak jelas di pendengaran, tetapi yang nyata aku memdengar perkataan Bismillah yang berulang-ulang kali daripada mulutnya. Aku dengan berhati-hati memberanikan diri mendongakkan kepala dan melihat sekeliling. Kasim juga sama sepertiku, dia asyik berpaling kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.

"Waaaaaaa......Setan!!!" Kasim melompat dan terus berlari menuju ke luar pintu. Aku kaget dan cuba melihat di tempat yang ditunjukkan oleh Kasim sebelum berlari ke luar. Ya Allah! ‘benda’ tu sedang bertenggek pada kayu galang bumbung dan menyeringai ke arahku.

"Yieee...haa..haa..haaieeee!!!" begitu jelas dan menusuk di telinga ketawa yang cukup menggetarkan hati, tanpa berlenggah aku juga bergegas melompat bangun dan berlari menuju ke luar rumah meninggalkan beberapa orang rakanku yang masih lagi duduk berteleku di hujung dinding.

Entah berapa kali aku jatuh tergolek di atas tanah kemudian bangun semula meneruskan larian yang tanpa haluan. Kakiku mula terasa pedih-pedih kerana tidak beralas tetapi tidak langsung mempengaruhi larian yang kuanggap paling laju sepanjang hidupku. Aku sedikit lega bila melihat cahaya lampu dari rumah ketua kampung di hadapan. Tanpa lengah, aku menghala ke sana dan barulah aku mula berasa kepenatan lalu memperlahankan larianku.
Rupa-rupanya Kasim telah lama mendahului aku. Aku melihatnya masih tercungap-cungap menahan semput nafas dan keadaan aku juga tidak ubah sepertinya.

"Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa dengan kamu berdua? Hah..pagi-pagi buta dah datang rumah aku! Mustahak benar ke sampai dah tak boleh tunggu esok?" Tuk Ketua Sudin bertalu-talu menanyakan soalan. Aku melihat dia asyik menenyeh-nenyeh matanya, mungkin masih mengantuk dan mulutnya asyik menguap beberapa kali. Aku juga melihat Hajar, anak gadis manis Tuk Ketua Sudin di sisi ibunya di birai pintu. Mungkin terjaga kerana terganggu dengan kedatangan kami.

"Tuk, ada..ada hantu kat rumah buruk sana tu!" Kasim cuba memberitahu dengan nafas yang tersekat-sekat dan tangannya menunjuk ke arah rumah tersebut.

"Betul tu Tuk!" Aku menyokong Kasim dan cuba menyakinkan Tuk Ketua Sudin. Bulu roma aku kembali meremang mengingatkan peristiwa yang berlaku.

"Apa dah gila ke kamu ni? Sejak bila kampung kita ni ada hantu? Kalau nak main-main, lebih baik kamu berdua ni balik sebelum aku bagi penampar!" Serius nada Tuk Ketua Sudin. Mukanya berkerut tanda tidak puas hati. Kemudian dia duduk di atas anak tangga di sisi Kasim.

"Sumpah Tuk! Kami tak tipu, kalau Tuk tak percaya Tuk boleh pergi tengok sendiri. Saya rasa Jusuh, Sukri, Sani masih lagi ada kat sana." Aku masih lagi cuba menyakinkan Tuk Ketua Sudin.

"Baiklah, mari kita pergi tengok!" gesa Tuk Ketua Sudin. Aku dan Kasim berpandangan sesama sendiri, terasa amat berat untuk bersetuju.

"Saya dah tak boleh berjalan ni Tuk, tengok kaki saya dah berdarah-darah ni," spontan aku menunjukkan kakiku yang berdarah kepada Tuk Ketua Sudin. Sebenarnya aku bimbang dikatakan penakut walaupun dah memang nyata realitinya. Tambah lagi ada Hajar yang masih lagi mencuri-curi dengar perbualan kami. Kasim juga aku lihat menggelabah bila Tuk Ketua Sudin berpaling kepadanya.

"Eh, tak naklah saya Tuk! Ya Rabbi..!! Muka dia hodoh sangatlah Tuk. Tuk tengoklah sendiri nanti." Belum apa-apa lagi Kasim dah menolak secara terang-terangan.

Beberapa penduduk kampung mula berkumpul dan bersepakat untuk pergi bersama dengan Tuk Ketua Sudin termasuklah aku dan Kasim. Itupun setelah Tuk Ketua Sudin teragak-agak untuk pergi bersendirian. Berbekalkan lampu picit tuk ketua dan beberapa penduduk kampung, kami kemudiannya sampai ke rumah tersebut semula. Kami memanggil-manggil nama Jusuh dan rakan-rakanku yang lain, namun tiada balasan.
Aku dan Kasim berjalan di belakang Tuk Ketua Sudin dan beberapa lagi penduduk kampung yang mengelilingi rumah tersebut. Aku cuba meninjau sekeliling sambil mulutku cuba membaca ayat-ayat suci al-Quran, walaupun tidak terhafal mana.

"Kat mana kawan-kawan kamu tu Leman?" Tuk Ketua Sudin mula bersuara setelah beberapa kali mengelilingi rumah buruk tersebut.

"Masa saya lari tadi, dia ada kat atas Tuk!" aku membalas dengan yakin. Aku teringat kakiku yang terkena air kencing Jusuh dan sekarang sudah luka-luka pula. Entah penyakit apa yang aku dapat selepas ini akibat kombinasi air kencing Jusuh, kotoran tanah dan kuman yang sudah menjangkiti lukaku. Spontan aku meludah ke tanah dan melihat ke kakiku walaupun dalam cuaca kelam.
Aku, Tuk Ketua Sudin, Kasim dan empat lagi penduduk kampung yang aku kenali mula menaiki rumah buruk tersebut. Aku dan Kasim masih lagi tertinjau-tinjau di belakang Tuk Ketua Sudin melihat ke serata mengikuti cahaya lampu suluh Tuk Ketua Sudin. Tuk Ketua Sudin masih sempat berleter ke arah aku dan Kasim setelah melihat banyak daup terup yang berselerak dan sampah sarap di situ. Manakala beberapa orang pak cik yang aku kurang pasti namanya asyik menggeleng kepala setelah tahu rumah tersebut dijadikan markas perjudian oleh kami.

"Eh..apa benda yang bergerak di tepi dinding tu?" kata salah seorang pak cik yang mengikut kami. Kami serentak menoleh ke arah "benda" yang dikatakan oleh pak cik tadi.

"Jusuh tu...Tuk!" Kasim cuba memberitahu Tuk Ketua Sudin. Aku dan Kasim masih lagi menjauhkan diri walaupun Tuk Ketua Sudin dan orang-orang kampung telah menghampiri Jusuh.

"Kenapa pula ni...?" tanya lagi salah seorang daripada kami. Aku dan Kasim mula berani untuk menghampiri setelah benar-benar yakin bahawa yang di tepi dinding itu adalah Jusuh. Tetapi kami dapati tubuh Jusuh asyik tesentak-sentak, kakinya kejang dan mulutnya pula berbuih-buih.

"Ini dah kena sawan babi ni..!" kata salah seorang pakcik yang datang bersama. Aku cuba mencari kawan-kawan yang lain kerana cuma ada Jusuh yang sudah tidak normal sahaja di dalam rumah tersebut. Aku kemudian teringat, mungkin Sukri, Kamal, Borhan, Mail dan Sani telah angkat kaki seperti aku dan Kasim. Tapi Jusuh...
Itulah malam yang terakhir aku berjudi dalam hidupku. Keesokannya, heboh satu kampung hinggakan sampai ke kampung-kampung sebelah dengan cerita kami yang diganggu hantu sewaktu bermain judi. Bertambah teruk bila aku dileteri oleh bapak dan mak setelah mengetahui yang selama ini aku menghabiskan duit dengan berjudi. Rakan-rakanku yang lain juga berpendirian sama denganku. Kamal juga kasihan kerana teruk dibelasah bapaknya dengan getah paip bila tahu kelakuan tidak bermoralnya itu. Manakala Sukri dan Borhan kulihat sudah mula rajin ke masjid, itupun setelah demam beberapa hari setelah kejadian malam itu. Tuk Ketua Sudin kemudiannya mengupah jentolak supaya merobohkan sahaja rumah yang terbiar tersebut supaya tidak lagi menjadi sasaran kaki judi atau penagih-penagih dadah.
Paling kasihan sekali ialah Jusuh. Dia demam hampir dua minggu disusuli pula dengan meracau-racau tak tentu hala dan mulut asyik berbuih-buih. Entah berapa kali keluarganya bawa ke klinik dan entah berapa orang bomoh yang datang cuba merawat. Barulah keadaannya semakin pulih. Sekarang Jusuh sudah tidak lagi bercakap besar, malah lebih menjadi pendiam bila kami bersantai di kedai kopi. Paling malang sekali ialah harapan untuk menjadi menantu Tuk Ketua Sudin turut hancur kerana tembelang yang pun sudah pecah.
posted by Penulisan2u @ 4:07 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
27 Comments:
  • At 12/9/09 12:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha....
    tkut ada...
    seram pn ada...
    lawak pn ada...
    gud combination writer...
    truskan ag..

     

  • At 12/9/09 10:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huh, tkot gax...lg2, tyme antu 2 ckp, " owh , da taw ye..."
    err, scary gax tyme 2 ble d bygkan...huhu...
    nway, nice story writer!!!!

     

  • At 13/9/09 5:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahahaha adoii mnakot kan
    slek ade gak klaka
    hahahaha

     

  • At 13/9/09 10:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh giler...
    seram...
    klakar..
    siap bce d0a mkn agy....hahahaha
    mcm2 ade..
    gud job writer...
    keep it up!!

     

  • At 14/9/09 12:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST aaaaaa
    CITE niiiiiiiii
    A.1

     

  • At 14/9/09 2:12 PTG, Blogger awin.awina said…

    hahahaha...suke baca citer nie

     

  • At 16/9/09 10:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pehh bravo la cter nie..
    cter real kenie beb?..
    aku ske bace cter thriller mcm nie..
    fantasy...he3 gudluck yea..

     

  • At 16/9/09 2:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gd story..mcm2 ada

     

  • At 16/9/09 3:09 PTG, Anonymous shafirawani said…

    Best..kombinasi yg menarik

     

  • At 17/9/09 4:18 PTG, Blogger Unknown said…

    hahahahah.....best la...seram..klakar...leh plak tkncing.congrate writer.aku da snyum sorg2 da bce cite ni.de pngajaran yg perlu kte ikuti.

     

  • At 28/9/09 3:08 PTG, Anonymous sweet princess said…

    hahahaha...lawaknya..
    klu aku tkut jmpe 'menda' 2...
    mintak jauhlah..
    aku nie dah lah duk kt hostel...
    kwn2 s'bilik plak p'nakut blake..
    hampeh...
    puhhhh.bhaye2...
    tkut aku nk tido mlm nie...
    hihihi..

     

  • At 28/9/09 9:12 PTG, Anonymous akhir_fadzil said…

    baguih2 klaka n seram ... nice work writer...

     

  • At 30/9/09 7:34 PTG, Blogger ~kiE~ said…

    nice!
    good job writer!

     

  • At 13/10/09 12:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cter yg terbest pnh aku bce kt dlm blog niy..hehehe..
    keep it up!!

     

  • At 14/10/09 11:44 PG, Blogger yasmin said…

    good story
    ada lawak,
    ada seram
    anda memang penulis yang berbakat

     

  • At 15/10/09 4:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    crita ni best

     

  • At 19/10/09 4:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha kelakar tol...cian jusoh sampai terkencing2...tulah lain kali jangan suka cakap besar...

     

  • At 20/10/09 11:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite nie..
    seram ad, lwok pn ad...

    xsngke yg jusuh 2 ad sawan babi,,kcian
    2 la lenkli jgn ckp bsow..

    nway, well done writer!!

     

  • At 22/10/09 6:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie seram la
    dh la ngah bace sowg nie..
    gud job writer

     

  • At 23/10/09 10:55 PTG, Anonymous Van Seme said…

    tima kasih sume krn sudi bace cite sy ni..sy ilhamkan watak2 dlm cite ni dengan mengambil nama2 kwn sekg n member masa di kolej. sy dedikasikn cite ni untuk persahabatan yg pernah trjalin satu ketika dulu. semoga semua kwn menjalani hidup dgn penuh kberkatan dan berjaya dlm karier msg2. kpd pembaca budiman, terima kasih krn memberi sokongan.

    Van Seme

     

  • At 23/10/09 11:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mula2 seram,pastu siap guling ketawa atas ktil..
    cian jusuh tkot smpai kene swan babi...

     

  • At 11/5/10 8:53 PG, Anonymous annies said…

    mule2 seram, pastu nak ketawa bile jusuh terkencing dlm sluar..hahaha

     

  • At 19/6/10 9:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehe..gud job writer..i loike dis..
    keep it up..!

    ~myamiey~

     

  • At 5/8/10 8:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha...seram2 pun klakar gak ye.. mcm mn jusoh 2 xnmpk kamal kuar nk g berak kt ne..haha.. 2 la ckp besar g..
    pdn mke..haha

     

  • At 28/12/10 5:56 PTG, Blogger Dyra Haiyi said…

    uisyh memang seram waktu kamal dalam jamban tu .
    tahniah writer :)

     

  • At 21/8/11 1:49 PG, Anonymous ohio said…

    hmm..best gak ye

     

  • At 19/12/11 9:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha...tulah,main judi lagi

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group