Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kringgggggg!!!!!!....Jam loceng berbentuk penguin diatas meja mula berbunyi, menandakan waktu tepat 6.30 pagi, namun aku masih lagi ligat melukis peta dunia di atas bantal bercorak timun hadiah dari Umi. Indahnye mimpi dating bersama abang Is…tak bangun pon tak pe..
Esah yang sedang tekun mengeringkan rambut mencebik apabila terlihat air liur basi yang sedang meleleh laju dari mulut comelku ini. Tiba-tiba datang idea jahat yang mengalahkan Hagimaru kedalam otaknya yang sememangnya sudah terputus wayar itu.
"Wah!. Iskandar la kt depan pintu tu!". Dengan sepantas kilat aku berlari kencang kearah pintu hadapan. Namun yang kelihatan hanyalah semut-semut cergas yang berjalan di atas pagar pintu..Sampai ati ko kenakan aku Esah… "Kakakakaka". Esah berpuas hati apabila dapat mengenakan aku. "Alah… Tak mau kawan!..Esah jahat!.." Dengan malas aku melangkah semula kearah katil untuk menyambung semula mimpi indah besama Iskandar didalam tidurku.
"Ko tak nak pegi kuliah ke?, dah pukul berapa ni?, solat pon belum lagi..Ko nak kena kunci kat luar bilik kuliah ke…??". Esah yang terkenal dengan tokoh membebel itu sedang menunjukkan bakat membebelnya yang terpendam lagi terendam.. "Yelah…nk g mandi la ni…". Aku menjawab untuk memuaskan hati esah yang telah dijangkiti oleh H1N1..kang cair gegendang telinga aku nak dengar bebelan Si Esah tu..
Selepas selesai menunaikan solat subuh aku tergesa-gesa mencari kad pelajar yang aku campakkan keatas meja malam tadi sebelum tidur. Bukan pemalas tapi letih… " Pit, apasal ko g liquid nama ko kt kad ni?". Esah kelihatan bingung bercampur confuse apabila melihat kad pelajar aku yang dijumpai terselit di tepi katilnya. " Adela…". Jawabku pendek. Dengan pantas seperti lipas tak berapa nak kudung aku bersiap untuk mengelak lebih banyak soalan yang bakal ditanya oleh esah a.k.a polis pencen Damansara.
Nama sebenar: Sepit Binti Haron..
Umur : 20 Tahun..
Fizikal: terlebih banyak kurang isi..terlajak kurus la maksudnye dan berkulit cerah.
Perwatakan: Skema dan lurus tapi tak ade bendol
Penampilan: Berkaca mata bulat, suka berbaju kurung, bertudung...ala-ala perempuan melayu terakhir
Pepatah hidup: hanya Iskandar..Iskandar dan Iskandar…
Jejaka idaman: Iskandar @ jongang (satu kampus panggil dia jongang tapi bagi aku die hensem sangat, berkulit hitam manis, sederhana tinggi, berkaca mata petak, rambut berbelah tengah, dan hensem..hensem..hensem…hehe..bagi aku jela.. Esah dah banyak kali muntah darah dengar aku panggil die hensem.. rabun gamaknye Si Esah tu..)
Macam mana aku dapat nama glamour Sepit ni??.. Ini semua disebabkan oleh Umi. Ceritanya macam ni….masa Umi dah sarat mengandungkan aku cukup 9 bulan, dia besungguh-sungguh nak pegi cari stokin untuk babah (ayah aku). Katanya mengidam…Entahlah..Tak penah pulak aku dengar orang mengidam cari stokin.
Lepas tu nak dijadikan cerita, Umi aku ni penat nak naik escalator jadi babah ajak umi naik lift. Tiba-tiba perut Umi tersepit kat pintu lift sebelum Umi sempat masuk ke dalam lift tu. Air ketuban Umi dah pecah masa tu..Last-last aku pun dilahirkn kat depan pintu lift tu dan diberi nama "Sepit" gara-gara Umi tersepit kat pintu lift.
Kenapa la Umi dengan babah sanggup bagi nama yang tragis sekali untuk aku. Sedih-sedih.. Mungkin sebab nama aku, jadi…barang-barang aku selalu je tersepit dimana-mana bahagian yang boleh tersepit… nasib badan la Sepit…
P/S: korang je yang dah tau nama sebenar aku ni selain umi, babah dan keluarga aku. Sebab aku dah liquid a.k.a tampal permulaan nama aku. Jadi yang tinggal hanya perkataan"Pit".. Perkataan "Se"… Aku dah tampal dengan kertas atau liquid.. huhu…Sebab tu semua kawan-kawan panggil aku "Pit" je..glamour gitu..
BABAK KEDUA
"Ko nak tau Zam…Si Udin tu dah pecahkan rekod ko. Setakat ni aku dengar die dah bejaya pikat 69 orang awekz-awekz kat dalam kampus ni. Abis la ko Zam…semua awekz cun kt kampus ni dia dah sapu. Tercalar la status kau sebagai jejaka bermulut manis di abad ini."
Ceh mamat Toin ni, saje je nak naikkan hypertension aku yang memang dah tension ni. Bisik hati Zam atau lebih dikenali sebagai jejaka buaya..
Nama sebenar: Fairuzzam Bin Mohd Khalid
Umur : 22 Tahun..
Fizikal: Agak tough, berkulit sawo matang, dikatakan handsome oleh perempuan-perempuan yang gediks..
Perwatakan: Control macho, pakar mengayat, agak romantik..
Penampilan: Kemas, pembersih, selalu memakai pakaian berjenama, sentiasa membawa bekalan gel rambut di dalam poket seluar kerana mempunyai rambut yang agak kerinting
pepatah hidup: bia awek lari asal rambut sentiasa terpacak..boleh cari yang lain…
Gadis idaman: Terlalu ramai… asal manje… manje… dan manje….yerkkkk!!!!
"Ishh…Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh mengalah. Setakat Udin cabuk tu ape yang die ade..rupe??? aku lagi macho… ayat??? aku lagi power....kalau die ade 69 orang awekz-awekz, aku…Zam@jejaka buaya ni, ade 70 orang awekz tau…hahahaha" Aitt…kenapa aku gelak ni?? Zam yang semenangnye dah pening itu menjadi betambah pening dengan dirinya yang gelak secara tiba-tiba ".
Ok la..macam ni..aku ade satu idea bagus punye". Cadang Piron…" Ape kate ko tackle budak nerd pulak..ye la..semua orang kt kampus ni dah tau yang ko tu pakar memikat awekz-awekz cun kan…ko buat la pembaharuan sikit..pikat perempuan yang tak de sape boleh jangka ko nak pikat…amacam".???.
Boleh tahan jugak idea Piron ni walaupun semua exam dia fail.. Ahhh tak kisah la.. yang penting Udin cabuk tu mesti aku kalahkan… "Ok..Aku setuju..\" Jawab Zam pantas.. "Set Bro…huhu…tapi aku ade satu idea…, ko tutup mate. Bilang sampai lima. Perempuan yang lalu depan ko secara rasminya menjadi mangsa ‘penackelan’ ko… Sanggup ko terima cabaran ni??’ ..Toin memberi cadangan. Dengan sepantas siput Zam menggangkat kening tanda setuju dengan cadangan Si Toin...Ragu-ragu la tu..
"5….4….3….2….1…. Bismillah….. Mak aii! biar betooll???" Fairuzzam terngaga apabila melihat seorang gadis tersembam tidak jauh dari dirinya. Perempuan ni ke aku nak pikat???erkkkkk
"Aduh..buat malu je". Apa la batu ni. Masa aku tengah sekodeng abang Is tercinta ni la ko nak ganggu kaki aku ye.. Dah jatuh saham aku depan abang Is..Waaa malunye…" Sepit mengomel sendirian sambil meniup lututnya yang berdarah. Itu lah akibatnya apabila tidak menundukkan pandangan apabila bertentang mata dengan bukan muhrim…
" Woit Zam tunggu ape lagi… cepat la..". Toin mengenyitkan mata ibarat mak nyah di lorong haji taib kepada Zam.. Sebok la Si Toin ni. Aku tau la.. "Hmmm.. Cik adik. Cik adik tak ape-ape ke??" Soalku dengan penuh macho.. "Tak…" Balas gadis itu pendek tanpa berpaling muka ke arahku. Eisshhh budak ni, laki hensem datang pon die buat dek je.. tak pe Zam sabar..sabar.. Be gentleman…
"Mari saya tampalkan plaster pada luka awak tu, nanti cepat sikit sembuh". Aku mengeluarkan plaster dari poket kananku..nasib baik aku cilok plaster syila @ makwe ke 50 aku tadi…huhu.. Inilah saatnya aku menunjukkan skill-skill buayaku yang terpendam.. "Tak pe lah, terima kasih..saya dah lambat ni lagipun untuk pengetahuan awak, tampal plaster tu lagi melambatkan luka sembuh, ok bye". Adeh, aku pulak yang kene. Budak ni tak nampak ke wajah aku yang hensem ni..??Die tak terpikat ke?? sadis sadis..
Kelihatan dari jauh Toin dan Piron ketawa terbahak-bahak mengalahkan pontianak yang mengilai di dalam cerita keliwon melihat aku ditinggalkan begitu sahaja… "Ceh..kurang asam punya kawan..tak dek kesedaran sivik langsung..bagi la moral support ke…ni tak…pontianak pon boleh menganggur sebab korang ambik watak die..
Eh.. ape ni?". Sekeping kad pelajar terlekat pada kasutku. "Owh….Pit ye… Budak ni name Pit….Pit...oh burung pipit…. tunggu lah ketibaan hero kampus ini..haha.. Nasib baik aku ni pakar bab-bab komputer, boleh jugak korek maklumat budak ni. I’m coming Pit… ".
BABAK KETIGA
Aduh…mane aku letak kad pelajar aku ni…Aku menggaru-garu telingaku yang tidak gatal. "Asalamualaikum Sepit Binti Haron".. Kedengaran satu suara garau dibelakangku. Tersentak jantung aku mendengar nama penuh aku disebut . "Awak?" soalku.. dah la cover gelak…Ingat aku tak perasan??suke sangat la tu sebut name aku yang glamour ni..
"Ini kad pelajar awak, awak tercicir semalam". Kad pelajar tu tak penting…..tapi yang aku musykil… macam mane mamat ni tau nama aku… aduh.. nak pitam rasa. "Macam mane awak tahu nama saya?!" soalku yang memang tak puas hati… "Macam mana???" soalnya. Aku mengangguk laju. "Ada syarat kalau awak nak tahu".. Amboi.. bersyarat-syarat pulak…aku kerat 20 mamat ni kang!..
"Yelah.. apa syaratnya?" Aku menyoal pantas. "Awak kene keluar dating dengan saya selama 10 hari.. setuju?? " Ape??? 10?? Aku menggeleng.. "Ok..Ok.. 6 hari??...Aku mengeleng lagi…"Baik… 3 hari muktamad!". "Kalau awak tak setuju saya tak akan bagitau sampai bila-bila". Aku terus mengangguk laju. Ceh.. mengugut aku ye..…
Hari pertama
"Untuk awak". Aku mengambil jambangan bunga ros yang dihulur, lalu tanpa segan dan silu aku masuk ke dalam kereta dengan sendiri sebelum die bercadang nak bukakan pintu untuk aku... tak sempat die nak tunjuk \'kegentlemanan\' die.. "Ait..lajunye"..Mamat tu mengomel sendirian.. Ahh gasaklah, yang penting rahsia mane dia tahu nama penuh aku harus dikorek. Bamm!…hehe.. belum sempat aku menarik jambangan bunga, pintu kereta dulu yang menghentam jambangan bunga tu.
Maka tinggal lah batang bersama daun sahaja ditangan ku.. Aku tengok muke mamat kat tepi aku ni terkilan bercampur dengan syahdu…mane taknye…batang dan daun je yang tinggal di tanganku…maklumlah.. bunga mahal.. tapi aku tak kisah. Aku tak suka bunga..huhu
Hari kedua
"Romantik kan lagu Ungu ni. Saya suka sangat. Tapi….cop..cop…saya tak perkenalkan diri saya lagi kan…saya fairuzzam. Awak panggil saya Zam ye..so… apa pendapat awak tentang lagu ni?"
Apa-apa jelah.. Zam ke alakazam ke aku tak berminat, bisik hatiku. "Oh.. Ok Zam, tapi saya tak kenal la siapa die Ungu?". Malas betol la nak layan Mamat ni..
"Ungu ni Kumpulan indon..semua perempuan suke tau lagu-lagu dia." Bosan lah.uwekk "Owh yeke.. saya bukan perempuan la ye sebab saya tak suke"..jawabku. "Erkkk??? hehe. tak lah.. saya gurau je tadi.…jadi awak suke lagu ape\"?? sebok betol la mamat nih.. "Saya suka lagu-lagu Dato’ M. Daud Kilau je..". Tiba-tiba je dia diam membisu…ha… hilang ayat la tu…padan muke..
Hari ketiga
Kali ni Zam a.k.a alakazam bawak aku pegi makan makanan seafood.. wah..kecur air liur tengok ketam masak lomak…sedapnye…tapi memalukan je sebab tangan aku tersepit kat penyepit ketam masa aku tengah sebok main ketam hidup..bengkak jari aku 3 hari… hai sepit…sepit… nasib badan la sepit…Janji aku dah makan ketam yang dah sepit jari aku tu…huhu..
Setelah 3 hari berlalu akhirnya penantian yang mendebarkan muncul jua.. "Sebenarnya saya tahu nama awak melalui kad pelajar awak.. saya selidik latar belakang awak gune nombor pelajar awak tu.. saya mintak maaf sebab saya tak mintak izin awak..tapi yang pasti saya dapat rasa yang saya cinta awak".. Lancar betol la mamat ni bercakap, macam hafal skrip pon ade.. "Owh, selamat-selamat".
Lega dia je yang tau nama aku.. "Ait?? selamat apa awak??awak pon cintakn saya ya??". Ceh mamat ni, tersengih macam kerang buntal.. "Tak la.. selamat la bukan satu kampus ni tahu nama saya.., jadi……awak kene janji jangan bagitau pada siapa pon nama sebenar saya.. boleh??..kalau boleh janji..baru saya boleh maafkan awak…" Jangan harap aku cinta pada kau kerang buntal a.k.a mamat alakazam ...hatiku hanya milik abang Iskandar yang tercinta.. "Ok saya janji tapi saya tak akan berputus asa memikat awak.." Apa-apa jela kerang buntal….
BABAK KEEMPAT
"Piron, kang kalau ko singgah kedai cd tolong belikan aku semua cd lagu Dato’ M.Daud Kilau boleh.." Bermula dari hari ini aku kena hafal semua lagu Dato’M.Daud Kilau..Bia minah Sepit tu menangis terharu tengok aku menyanyi nanti…haha
"Ko ni demam ke Zam? Bile mase pulak layan lagu gelek ni??" Piron bersedia membawa termometer untuk menyukat suhu aku yang kelihatan agak pelik pada hari ni.. "Aku tak demam daa…beli jela.. banyak tanya pulak"
Haih…Sepit..Sepit..comelnye aku tengok ko kena sepit dengan ketam hari tu..hehe. Fairuzzam terus mengelamun sehingga tertidur dengan mulut ternganga…nasib baik tak ade awek tengok..kalau tak...
"Udin…., lu ade dengar cite pasal Zam buaya tak?? Aku dengar die sekarang tengah pikat budak nursing … budak nerd yang pakai spek bulat tu…ape ntah name budak tu… Pit kot tak silap aku...diorang dah tau lu pikat awek yang cun melecun je… so diorang ubah plan nak pikat budak nerd pulak" Salleh merangkap naib presiden kelab jejaka tembaga melaporkan kepada presidennya.. Si Udin..
"Kita kene lawan dia beb..gua tak nak kalah kat tangan Zam buaya tu..tak kesah la nerd ke ape…kite kene buat plan..hancurkan harapan Si Zam tu!!" Mereka berdua ketawa memikirkan rancangan untuk memgenakan musuh ketat mereka..
Hari ni Esah beria bagi semangat pada aku suh aku jumpe dengan Iskandar..die suh aku luahkan isi hati aku kat Iskandar... Aku gementar sampai tak lalu makan…ohh indahnya dan malunya berdua-duaan dan bertentang mata dengan abang Is..terjiwang la pulak…Tapi di sebabkan Esah bersetuju temankan aku, jadi aku pon beranikan diri bersemuka dengan Iskandar…… Owh abang Iskandar…my hero mero...
"Sebenarnya saya langsung tak berminat pada awak…. hodoh, skema, buruk, serabai… Ada hati nak luahkan perasaan pada saya!"..Kata-kata Iskandar betul-betul dah hancurkan hati aku…Aku berlari sejauh mungkin..meninggalkan Esah..Iskandar..dan... Kenapa dia menghina aku seteruk ni…?? Apa salah aku..??
Aku bingung.. .Semasa kejadian tadi tiba-tiba je ade sorang lelaki datang gi belasah Iskandar tu cukup-cukup... Dia marah sebab hina aku…..kalau tak silap Iskandar panggil nama lelaki tu Udin.. Ahh.. biarlah… Iskandar terlalu kejam pada aku..Aku benci Iskandar…Tak…Aku benci JONGANG!!!!!!!!!!!!!!
Iskandar meraba-raba pipinya yang lebam dek tumbukan dari Udin tadi.. Pedih rase hatinya sebab dia tersedar dengan kebodohannya melepaskan gadis yang dicintai selama ini….Pit…kalaulah kau tahu……… semua ini kerana Udin.. Udin mengugut akan membuli Iskandar seumur hidup jika tidak setuju dan patuh dengan rancangannya.. "Bagus Iskandar, baru gua tau budak nerd tu ada hati pada lu bro.. sekarang tinggal budak tu jatuh hati pada gua je..haha…"
"Awk kt mane?sy ade surprise utk awk". SMS dari Zam. Patut ke aku balas.? "sy kt taman tasik".. Tanpa aku sedari jariku pantas membalas.. Tiba-tiba……"Peningku fahami dirimu…peningku mengikut rentakmu…namun bila jarang ketemu..rindu pula bermain di mindaku…" dari belakang aku dengar nyanyian dari suara yang amat aku kenali… Sah!!…Zam @ kerang Buntal yang menyanyi…"Zam.. malula.. semua orang tengok tu!!" Marahku…
"Hehe..awak tau ke tadi saya nyanyi lagu ape??" Aku garu kepala untuk mengingati lagu tadi.. "tu kan lagu dari penyanyi kesukaan awak.. Dato’ M.Daud Kilau.."
Haha.. nasib baik ko ada zam..terhibur sikit hati aku ni.. "saya gurau jela awak… saya pon tak berapa tau lagu-lagu Dato. M .Daud Kilau..saya tipu awak je hari tu…".Aku ketawa sehingga terkeluar air mata..
"Aduh..penat 3 hari 3 malam saya hafal semua lagu Dato’M.daud Kilau tau..sedey btol…"..Zam berpura-pura menangis. Hehe..tapi tak pe jugak..sekurang-kurangnya rasa sedih aku hilang dengan telatah kerang buntal ni. Entah kenapa air mata tiba-tiba mengalir di pipiku…kalau lah Iskandar seperti Zam tentu aku insan paling bahagia di kampus ini..
Tanpa kusedari, Zam lantas menyeka air mataku..Aku buka cermin mataku kerana sudah dipenuhi dengan air…tiba-tiba Zam mencium mataku…"cantik mata awak..kenapa awak sembunyikan mata yang cantik ni??".. Pipiku kemerah-merahan… ada satu perasaan aneh terlintas tapi aku tak dapat mentafsirkan perasaan itu..Aku cepat-cepat lari dari situ..malu dolll….
Pejam mata muke Sepit..bukak mata muka Sepit…tengok nasik muke Sepit..tengok muka aku pon nampak muka Sepit… Apa dah jadik kt ko ni ZAM!!!.... Aku cinta dia ke?? mustahil-mustahil.. tapi….kenapa semua bende pasal Sepit nampak comel???..
Dia kene sepit dengan ketam nampak comel..dia gelak nampak comel..dia tersembam nampak comel….cermin mata bulat die pon nampak comel…dan yang paling istimewa…mata dia….kalah semua mata perempuan yang aku penah tengok selama ni…nasib baik ko sorok mata cantik tu Sepit…kalau tak..melepas aku…huhu…aduh… ko pakai minyak dagu ke Sepit wei!??? Lantas Zam telah berikrar di dalam hatinye die akan memutuskan kesemua awekz-awekznya hanya demi…..SEPIT…
Pagi tadi aku dapat SMS dari nombor yang tak dikenali..dia cakap nama dia Udin..ada hal penting nak dibincangkan..kacau daun jela Udin ni…aku baru je nak layan perasaan jiwang aku ni…tak lena tidur bila teringat balik ayat Zam semalam…Dia cakap mata aku cantik…tak pernah orang puji mata aku cantik..tambah lagi...die cium mata aku....malunye…malu tapi suke…hehe
Tapi aku terkejut besar bila dapat tau Zam jadikan aku sebagai taruhan untuk dia bertanding dengan Udin.. Kali kedua aku terasa dihina oleh insan yang aku sayangi…Kau tipu aku Zam!!...kau tipu!!!…Lantas aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Zam a.k.a kerang buntal yang tak guna tu…aku benci menyayangi lelaki!!!..benci!!!!!!!!!
Tapi aku yang tak sedar diri..aku bukan perempuan yang layak untuk mana-mana lelaki..semua lelaki sama….terutama buaya seperti Zam!!!Arghhh!!!!!!!Aku benci!!!!Suke mainkan perasaan perempuan…Sejak dari kejadian tu aku senaraikan nombor Zam dalam screening number..Bila aku nampak kelibat Zam, aku cepat-cepat sembunyikan diri..Bertapa terseksanya semua ni…Aku benci pada Zam tapi semakin aku benci, aku jadi semakin rindu…oh tuhan..tabahkanlah hati hambamu ini..
"Toin…tolong aku… Aku langsung tak nampak Sepit sejak minggu lepas ..Jenoh aku cari dia kat merata tempat tapi aku tak jumpe dia pon..aku nak gila dah ni!!!!....Sepit…mane kau? kenape tibe-tibe ko hilang??"…Toin kebingungan melihat wajahku yang kusut dan hampir-hampir menjadi schizo ni..
Pertama kali aku tidak peduli pada penampilan ku…mukaku yang penuh dengan misai dan jangut…Pernah aku tak mandi 2 hari semata- menunggu Pit menelefonku…tapi aku tak peduli…Aku nak Sepittt je….oh Sepit..di mana kau sayangku….Sah aku kene Catatonic Schizo ni…!.
"Piron..Parah dah kawan kita tu..aku rasa kita kena cari jalan tolong Si Zam tu..aku tak nak kawan kita tu masuk hospital Tanjung Rambutan pulak nanti"..Piron bersetuju dengan cadangan Toin. Mereka mesti lakukan sesuatu.. "Dan kalau tak silap aku Pit ada kawan baik..cun jugak budak tu..hehe..nanti kita mintak tolong dari die k." .Toin menambah..
"Saya mintak maaf…saya lakukan ni semua sebab Udin tak guna tu..Dia janji nak jadikan saya teman wanita dia kalau saya ikut rancangan dia..saya kejam pada Pit..sekarang Udin langsung tak pedulikan saya..saya tahu dia cume amik kesempatan je pada saya..yang sebenarnya dia cube pikat Pit sebab dia tak nak mengalah pada Zam tapi saya tak akan benarkan.."
Esah menangis teresak-esak mengaku kesalahannya pada piron dan Toin..Esah berjanji akan menjelaskan kepada Sepit keadaan yang sebenar dan juga keadaan Zam yang semakin parah. Orang hilang bini pon tak parah macam tu..
"Entah la Esah..aku maafkan kau tapi aku tak sangka ko sanggup tikam aku dari belakang.." Memang aku akui..aku terkilan dengan sikap Esah..kenapa la dia tergila-gila pada Udin sedangkan dia ada rupa..bergaya..cukup sempurna untuk menjadi seorang wanita yang di idami..Pasal Zam pulak, lagi serius..aku jadi tersepit..inilah padahnye nama Sepit..asyik tersepit je…..
Petang tadi dia datang minta maaf..Dia betul-betul menyesal..die cakap die nak ikat aku dengan tali pertunangan, macam tu jugak dengan abang Isakandar..dia datang minta maaf pastu die nak hantar rombongan meminang…aduh….aku betul-betul tersepit…antara lelaki yang sudah lama aku puja di dalam hatiku… atau… lelaki yang baru hadir dalam hidupku yang membuatkan hatiku bertambah ceria???aduh..geli la nak jiwang-jiwang ni...mudah-mudahan Allah memberi petunjuk padaku dari solat istikharah malam ni….
BABAK TERAKHIR
"Sayang..dah la tu…abang tengok dah sarat sangat dah sayang ni..kita pergi hospital ye…" Zam memujukku.. "Jap….sayang nak beli belon la abang…teringin pulak rasa nak tiup belon." Aku pon tak tahu kenapa aku nak sangat tiup belon..kalau tak tiup aku rasa nak menangis…biasalah..perempuan..
"Yelah-yelah..cepat sikit pilih ye"..Zam hanya mengelengkan kepala melihat gelagatku…tiba-tiba kakiku terkepit pada meja berdekatan rak belon ditempatkan..Sejurus itu air ketuban ku keluar…
"Kali ni kita namakan anak perempuan kita Kepit Binti Fairuzzam…semperna Ibu dia terkepit kat celah meja masa nak lahirkan dia… sedap tak nama tu sayang??" Zam mengusikku… "ABANG!!!!!"…Aku bersyukur sangat-sangat apabila jodoh bersama dia....aku betul-betul bahagia dengan Zam a.k.a Kerang buntal ku ini….
tamat…
P/S: Slia la beri komen…sy budak br blaja menaip..hehe
sye hanye boleh beri pen'jeles'an :) sbb sye pihak terbit matahari je.
perr.. sgt best. x sie-sie den bace. romantik ade sikit, lawak pon ade. baru x boring bacee :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahahahaahah...klakar arr cter nyh...hmmm..cter nyh not bad..keep it up...